Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru Y2K

31 disember 1999

malam tu hujan lebat kat lipis. motor honda cup lampu petak aku alih bawah rumah. budak-budak semua pergi kl. petang tu zaiba 2-3 kali tanya aku sama ada aku nak pergi kl ke tidak. aku cakap kat dia aku memang takleh nak pergi sebab tak ada duit.

kekadang aku kesian gak sama zaiba. dia banyak tolong aku. kalau pergi gig kat kl selalunya dia laa banyak support aku. petang tu zaiba pergi dengan sape entah sambut tahun baru 2000 kat kl.

aku bukan taknak pergi kl masa tu. hubungan aku dengan kl memang kacip sangat. bagai anjing dan kucing. lari rumah pergi kl, interview kerja kerajaan kat kl, pekena roti canai kat kl, beli kaset kat kl, beli kasut sekolah pun kat kl. senang cerita satu bende pun tak ada kat lipis ni.

lagipun lipis ke kl bukan jauh sangat. naik bas 8.00 pagi masa tu dalam tengah hari dah sampai. ada 50rm dah cukup pergi kl. masa tu tak silap aku bas mara pergi kl dalam rm7. pergi balik baru rm14. masuk gig dalam rm10, bas intrakota dalam 90sen, makan-makan bajet rm1o, rokok tak hisap sebab straightedge, duit lebih sikit bila zine, syiling syiling yang ada buat kasi telefon kawan-kawan, penginapan tak jadi masalah. masa nak balik lipis cun-cun ada rm3. beli burger, air mineral sama duit bayar tandas kat pudu. semangat menabung memang tak ada masa tu.

tapi aku tak tahu kenapa aku tak pergi kl time tu. mungkin dalam jiwa aku tak ada semangat sangat sambut tahun baru. mungkin masa tu aku tahu bahawa menyambut tahun baru masihi seumpama orang kristian menyambut kelahiran Jesus dari Nazaret ataupun Nabi Isa. mungkin masa tu jiwa agama kembali slow-slow meresap dalam jiwa aku. mungkin masa tu aku pikir bahawa hedonism tidak memberi apa-apa kesedapan dalam jiwa aku.

malam tu hujan memang lebat. aku kesian sama zaiba dan kawan-kawan yang pergi sana. kesian sama diorang. apa barang sambut tahun baru dalam hujan. dalam hujan yang lebat, kilat yang menyambar dan amaran tutup tv daripada mak aku sebab kilat kuat, aku masih steady layan terminator yang tv2 tengah tayang masa tu sambil berkata-kata

" oh tuhan, jiwa ini masing lagi tak tenteram "

harap malam ni hujan.

Rabu, 30 Disember 2009

Bergambar bersama artis - ali XPDC/Terrarosa

notakaki : gambar ini di ambik di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu dengan menggunakan kamera orang, kamera gua tinggal kat rumah. Tahniah kepada Persatuan Belia Felda Bukit Bading kerana jadi johan pertandingan persatuan belia FELDA peringkat kebangsaan. Walaupun korang join belia, korang memang cool. terima kasih kerana jemput Ali XPDC datang, ingat ke mael datang. kalau mael datang gua ajak dia tidur rumah. gua rasa cool jugak kalau rockers join persatuan belia. cool tak patut gua rasa...
ps: siapa kata rockers tak chubby?

arah blog


1. hari tu ada seorang junior aku mintak tolong. katanya dia nak buat blog. dia mintak aku suruh kasi nama sedap-sedap dan menarik supaya ramai orang baca blog dia nanti. aku pun tanya dia apa tujuan dia buat blog. dia kata nak mempromosikan kisah hidup sihat. dia juga nak menceritakan kisah dia masa muda-muda dulu. lepas tu aku kasi tahu dia yang aku pun tak tahu apa tujuan aku tulis blog.

2. aku tengok semua benda nak jadi rock star. tulis blog nak jadi rockstar, pegang kamera gantung pun dah macam rock star, isap rokok pun dah macam rock star, pergi mancing macam rock star, bela ikan macam rock star, lepak kedai mamak pun dah macam rock star. aku sekarang tengah pikir untuk kumpul setem. dengar cerita kumpul setem jee tak macam rock star.

3. realitinya aku sendiri tak tahu kenapa aku tulis blog sekarang. mungkin aku suka menulis dan kemungkinan besar sebab kawan-kawan persekutuan yang lain menulis blog macam pp, amin sama amar. padeli dia poser sikit. otak dia berkembang lambat sikit. lepas dia tengok pp dah popular dengan blog dia maka dia pun nak buat blog.

4. nampaknya ahli-ahli persekutuan dah berkembang maju. amin dah kahwin dan kerja dengan gomen, hidup penuh dengan buku-buku. amar pulak belajar tak habis-habis tapi dia banyak belajar tentang hidup KL. harap dia tak fak merata. blog pun tak pernah nak update, pemikiran trendy dan suka melepaskan batuk ditangga. pp pulak nampaknya dah sedar dalam hidup dia. budaya malas bekerja dan suka meniru masa periksa menjadikan dia rajin belajar sekarang. dari sms yang aku terima dari padeli katanya pp ambik bidang penulisan, nak jadi razak mohyaidee katanya. padeli pun dah maju, ijazah dah habis. dah kerja gomen dan pandai mengarah kerani-kerani buat kerja. ego ada sikit lagi sekarang. tapi main bola aku dengar masih ditahap lama. satu lagi perangai macam celaka blog tak update sekarang. cam ass.

5. arah blog ni tetap sama. tulis apa yang rasa nak tulis. menulislah jika korang ingin menulis. jika korang menulis untuk dapat komen yang banyak maka takpayah laa menulis. buang masa, sebab korang akan kecewa jika takada orang yang memberikan komen kepada penulisan korang. kalau betul minat menulis kenapa perlu kecewa?

6. tikus-tikus atas siling rumah betul-betul memainkan perasaan aku sekarang. mereka berlari kegembiraan. terbaru dengar cerita, tupai pun ada kat siling rumah ni.

7. this is kg sekati!

Isnin, 28 Disember 2009

Damia masuk tadika


anak gua yang sulung akan masuk tadika ahad minggu depan. gua dan isteri ambik keputusan untuk hantar damia pergi tadika kemas yang kat kg sekati, manir. tadika tu kat belakang umah gua je. ada juga gua terima cadangan-cadangan untuk hantar ke sekolah tadika elit dan persendirian yang dikatakan mampu melahirkan anak yang cergas, cerdik, pandai orang putih dan juga terer mengaji. rileks dulu gua kata, biar cikgu kemas ajar anak gua dulu.

lagi pun kos hantar tadika elit ni leh tahan mahal. ada satu kes gua tengok dalam RM300 jugak untuk kasi hantar belajar situ. yang elit agama pulak dalam RM180 je. gua tengok tadika kemas bayar pendahuluan dalam RM 60 dan lepas tu gua tak tanya bulan-bulan bayar berapa.

gua jugak ada try tengok yang tadika permata negara yang bini PM buat tu. tapi kedudukan yang jauh menyebabkan gua ambik keputusan untuk kekal hantar damia ke kemas. ok laa kemas, adik-adik gua semua mak ayah gua hantar kat tadika kemas kg tempoyang kat sebelah masjid tempoyang, kemas/perpaduan kat flat tempoyang dan tak silap gua tadika perpaduan kat taman seri tempoyang, ok jee jadi orang semua. adik gua jeman walaupun sekarang dia shuffle tak patut sampai jarang-jarang sembahyang,tapi gua tengok bab mengaji al quran memang dia champion dikalangan adik beradik gua.

bagi gua pendidikan untuk anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. mak ayah sebenarnya mencorakkan dan mewarnai minda-akal anak-anak. kalau lu orang baca quran try cari surah tentang nasihat luqman pada anaknya. gua rasa nasihat tu mungkin dah cukup untuk kasi pada anak-anak kita.

cabaran globalisasi dan modenisasi merupakan satu ancaman kepada institusi keluarga. mungkin ini salah satu kaedah mudah untuk mensembunyikan kelemahan diri sendiri. kalau anak kurang ajar, degil dan sebagainya kita akan mungkin sedap menyalahkan pihak sekolah, tv, mcd, astro ceria dan sebagainya. adakah ini kerana kita terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga membiarkan tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan pihak-pihak tertentu.

atau..

ini salah satu konspirasi pihak kapitalis?

bersambung ( lama tak buat cerita bersambung)

Jumaat, 25 Disember 2009

i am flawed but im cleaning up so well...

1. keputusan pmr hari ni. wajah-wajah gembira campur kesedihan ditunjukkan dalam intro buletin utama tadi. aku rasa cam nak menangis pun ada. susah payah diorang berjaga malam untuk study dan dapat satu keputusan yang cemerlang seharusnya dipuji dan dicontohi.

2. adik aku jeri dapat 2b, 5c dan 1d. aku call dia tadi kasi semangat. takpe dapat result apa-apa pun, janji dia gembira sama result dia. sebagai abang yang liberal dan penyayang aku kasi semangat bahawa pmr ni bukan segala-galanya dalam hidup. aku kasi contoh pp, belajar sekolah sains dapat 8a lepas tu dapat pulak pangkat satu dalam spm. tiba-tiba tahun 2010 sambung belajar balik. memang satu contoh tauladan yang tak boleh diikuti sangat. nampak sangat takleh cari makan dalam dunia seni melayu di malaysia.

3. bini aku yang mengajar bahasa melayu tingkatan 3 berdebar lain macam jugak. katanya keputusan bm merundum. nampak sangat orang melayu, cina dan india dah tak boleh bercakap bahasa melayu. kesian sama bahasa melayu. tak tahu laa nak tolong macam mana sama bahasa melayu. subjek bahasa melayu sendiri pun aku tak paham, kejap sebut bahasa melayu, kejap sebut bahasa malaysia dan kejap melayu balik. mana satu yang betul aku sendiri tak tahu.

4. tadi aku tidur petang. bangun kat pukul 630petang. tapi tiba-tiba aku rasa macam bangun pagi. dah lama tak rasa feeling macam ni. masa kecik-kecik dulu kalau tidur petang lepas terjaga aku akan menangis sebab pikir yang kerja sekolah tak siap lagi. aku ada tulis hal ni dalam facebook tadi. ada seorang rakan aku cakap bila pulak aku buat kerja sekolah. tiba-tiba aku teringat masa tingkatan 4 sama 5 aku tak pernah sangat buat kerja sekolah secara bersungguh-sungguh. rasanya semua aku copy dari buku budak-budak perempuan satu kelas dulu dari bahasa melayu sampai ke matematik ke fizik, kimia, add math dan prinsip akaun. lepas tu aku baru sedar kenapa spm aku dapat 2.

5. aku pikir mereka-mereka yang berusaha dan berjaya, mereka berhak untuk menangis dan gembira dengan pencapaian mereka. bagi mereka yang berusaha tapi tidak berjaya, mereka juga berhak untuk menangis dengan pencapaian mereka. begitu juga dengan mereka yang tidak berusaha tapi berjaya, mereka sangat berhak untuk berfikir tentang doa siapa yang tuhan terima untuk mereka. dan untuk mereka yang tidak berusaha dan tidak berjaya mereka juga berhak untuk berfikir tentang bila untuk mereka boleh gembira dengan pencapaian mereka.

6. selamat bergembira dengan pencapaian masing-masing. dah besar nanti jangan lupa daftar sebagai pengundi.

power to the people!

Rabu, 23 Disember 2009

gerila perlu kekal kecil

gua telah menerima beberapa pertanyaan. gua mintak maaf dulu-dulu. gua bukan kejam. gua dah ada polisi baru. ini semua berkaitan dengan facebook. musim lepas masa banjir masa gua dengan facebook memang banyak. maka boleh kata setiap jam bukak facebook.

disebabkan masa tu rakan facebook ramai dan entah sape-sape, maka gua ambik keputusan untuk delete mana-mana rakan yang gua tak kenal dan rakan yang gua kenal tapi tak tegur gua dan bila gua tegur dia tak layan gua. so buat apa jadi rakan dalam talian. buat semak.

operasi delete ini turut melibatkan rakan-rakan sekolah lama termasuk junior-junior sekolah. ada jugak yang kesal dengan polisi terbaru gua itu hari. ada jugak yang kasi email mintak tunjuk sebab apa hal gua delete diorang sebagai rakan. yang terbaru masa gua turun kl itu hari ada yang taknak jumpa gua ekoran kes ni.

gua gelak besar. bende tak laa kelakar tapi gua tetap gelak. hubungan terputus kerana kes delete facebook. gua ketawa sebab gua rasa kelakar lepas tu.

oh labu, gua rasa kesian dengan diri gua.

Isnin, 21 Disember 2009

S-E-N-I

hiburan-hiburan budaya dagang dari barat tak mendapat tempat sangat dikalangan masyarakat melayu-islam-nusantara sebelum tahun 2000. budaya muzik untuk perubahan sosial nampak semakin berkembang setelah siti nurhaliza jadi kaya raya lepas menang bintang rtm.

muzik untuk perubahan sosial? pergi mati sama perubahan sosial. siapa orang seni yang peduli tentang masyarakat? siapa artis yang peduli sama kemiskinan masyarakat? apa prihatin sangat kah mereka? perjuangan untuk masyarakat atau perjuangan untuk perut mereka?

masyarakat dan perubahan sosial adalah dua nama yang selalu dilacurkan oleh mereka. siapakah mereka?

KAMU!

Jumaat, 18 Disember 2009

Hijrah dan jiwa hamba


sebelum berjumpa Allah dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhamad telah ditunjukkan Syurga dan juga neraka. dalam malam yang dipanggil " perjalanan malam" tu Allah telah memerintahkan agar orang Islam mengerjakan solat. daripada 50 waktu solat dan selepas berlakunya 'dialog nasihat' antara Nabi Muhammad sama Nabi-nabi yang lain dan turun naik berunding dengan dengan Allah maka akhirnya kita hanya bersolat 5 waktu sehari.

mungkin pada pandangan Nabi Muhammad 50 waktu solat yang Allah perintahkan kepada umat Islam itu tidak memadai dengan nilai keindahan Syurga yang ditunjukkan kepada baginda dan mungkin nilai solat 50 waktu itu tidak mungkin lagi untuk melepaskan diri daripada seksa neraka yang baginda lihat. so, baginda bersetuju tanpa banyak soal bila Allah memerintahkan agar umat Islam bersolat sebanyak 50 waktu.

story tentang sejarah solat ni simple tetapi mempunyai nilai falsafah yang sangat tinggi. jika setiap perjalanan dalam " perjalanan malam" ni kita kaitkan antara satu sama lain maka aku pikir setiap manusia yang berfikir dan berfalsafah untuk mencari makna kebenaran akan mencintai diri dan Tuhan nya dan secara auto tidak akan meninggalkan solat.

tahun hijrah 1431 ni merupakan satu tahun yang terbaik untuk kamu-kamu untuk terus berusaha menjadi hamba Nya yang terbaik. menjadi dan memiliki jiwa hamba yang berkualiti merupakan satu jawapan kepada persoalan dalam falsafah pemikiran manusia sebenarnya.

Selamat tahun baru 1431 Hijrah and power to all muslim!

Rabu, 16 Disember 2009

keliru

periksa pmr aku buat kejutan besar. keputusan ini telah mengejutkan beberapa pihak termasuk cikgu homeroom aku, rakan-rakan sebilik/sekelas, cikgu yang mengajar kelas pemulihan, bilal dan iman masjid junjung dan diri aku sendiri.

dari mana datangnya cerdik dapat 7a 1c tu sendiri aku tak tahu. C tu bahasa orang putih. masa tu hal-hal tatabahasa sama perbendaharaan kata memang lemah tak patut. tapi sekarang ni bila tengok pmrnya soalan rasa macam mudah pulak. rasa macam cerdik sikit.

sebab aku belajar kat mrsm maka secara auto untuk kekal sambung belajar kat mrsm mesti sekurang-kurang 4 a kalau tak silap aku. matematik sama sains mesti A. kalau tak A dalam subjek tu memang haram laa nak masuk belajar situ.

aku bukan nak up diri pasal pmr. pmr kepentingan dalam hidup tak sampai 45 peratus. masa tingkatan 4 tahun 1995 berlaku kekeliruan dalam hidup aku. ala-ala lagu ramli sarip. bak kata bro ramli dalam rangkap pertama lagunya " ku tinggalkan segala yang ku sayang dan ku cinta, hanya untuk mencari satu identiti diri yang murni..." faking tul, macam mana aku leh ingat lagi lirik nie...

ini semua sebab keliru sama ada nak pilih subjek prinsip akaun atau biologi. sebelum kitaorang dapat kelas masing-masing cikgu-cikgu prinsip akaun sama cikgu-cikgu biologi dok pakat promosi tentang kehebatan prinsip akaun sama biologi.

kata lebih kurang cikgu prinsip akaun, kalau ambik prinsip akaun nanti lepas SPM boleh sambung buat perakaunan kat malaysia, boleh jadi akauntan. syarikat-syarikat memang nak pakai akauntan ni. lagi pun gaji akauntan boleh tahan laa lumayan. kalau SPM power, boleh sambung belajar akaun kat luar negara macam kat UK. bersepah budak mrsm buat perakaunan kat luar negara.

cikgu biologi cakap lak lebih kurang, kalau ambik bio ni boleh jadi ahli sains. ilmu sains ni kira lengkap laa sebab korang dah belajar kimia, fizik sama biologi. sesiapa nak jadi doktor molek sangat laa ambik biologi ni. kerja-kerja makmal dia memang best dan menyeronokkan. doktor ni gaji dia mahal pulak tu dan ramai sangat budak mrsm yang dah jadi doktor yang berjaya. lepas tu orang panggil kita Doktor sampai bila-bila. sebab ngeri bab-bab belah katak aku ambik prinsip akaun. hanya 50 orang jee daripada 150 orang pelajar ambik akaun, yang lain semua nak jadi doktor.

tapi apa kes aku jumpa kawan aku yang dulu ambik biologi sekarang kerja kat bank? rupa-rupanya selama ini aku terpedaya dan keliru, macam takleh caya jee sama cikgu-cikgu tu dulu.

ps: aku caya sama ramli sarip. bang, keliru satu kali!

Selasa, 15 Disember 2009

Biro TataNegara

hari tu kecoh orang dok cerita pasal btn. kerajaan pakatan rakyat selangor sama kelantan haramkan budak-budak pejabat dia ke BTN. letih jugak aku baca paper cerita hal-hal btn. apa bende yang diorang nak takutkan sangat aku sendiri tak tahu.

entah hari apa aku ada baca dalam utusan melayu pasal seorang mamat yang menceritakan pengalaman dia pergi kursus btn. faking tul. mamat tu memang emo habis. tak pasal-pasal lepas aku baca pengalaman dia tu aku jadi emo macam lepas dengar lagu mineral ( tak pun emo lepas tengok cerita titanic)

sebenarnya pergi kursus btn ni seronok sebenarnya. sebagai seorang insan yang selalu sangat berkursus di hotel-hotel mewah seluruh malaysia, pergi pekena kursus kat btn merupakan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. memori dia ada la sampai 4-5 hari jugak nak hilang bila sampai rumah.

tahun lepas dalam tahun 2008 tak silap, aku dititahkan untuk pergi kursus kat btn ulu sepri, negeri sembilan. masa dapat surat arahan tu memang sumpah dia panjang giler. apa kejadahnya lepas 7 tahun kerja dengan gomen diorang suruh aku pergi kursus btn. dah laa nama tempat kursus dia ngeri giler., entah ada line telefon ke tidak.

tapi sebab pergi ramai-ramai satu opis bende yang tak sedap jadi sedap. peh, perjalanan daripada terengganu ke ulu sepri ni jauh tak patut. tapi yang fakingnya jalan menghala ke btn ulu sepri ni jalan dia emo tak patut. dah laa hari hujan, suasana berkabus dan jalan kiri kanan dipenuhi hutan dan dusun-dusun buatan manusia.

mula-mula aku cadang nak patah balik. apa kejadahnya tak jumpa tempat tu. tapi dari jauh kitaorang nampak kelibat bangunan-bangunan comel dalam hutan tebal ulu sepri. peh, cun giler tempat dia. masa tu aku terus tangkap cintan sama btn ulu sepri. cun laa berbanding btn kuala lipis yang dekat kampung aku tu. tak ada feeling langsung nak berkursus.

kitaorang kena berkursus sekali dengan budak-budak jururawat yang dah nak habis belajar dan sama cikgu-cikgu cina/india dari sekolah cina/tamil seluruh malaysia. orang berkursus ramai tak patut. disebabkan ramai daripada kitaorang ni dah otai bab-bab kursus ni maka secara auto jawatan penghulu sampai ketua kumpulan dipegang oleh kitaorang. tapi disebabkan aku tak tamak haloba dan tak kesah bab-bab kuasa ni maka jawatan ketua kumpulan aku kasi sama sorang cikgu cina ni.

aku rasa ceramah-ceramah dalam btn tak ada laa politik meraban sangat. btn ni satu agensi kerajaan dan peranan utama kerajaan ialah untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang sedia ada. kerajaan atau badan ekskutif ni peranan dia tak lain tak bukan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan berpandukan manifesto parti yang menang dalam pilihanraya. simple je labu. so bagi aku kalau ada ceramah sikit-sikit suruh sokong kerajaan tu biasa laaa. kalau korang taknak dengar tidur jee laaa, apa susah.

yang penting sebenarnya ialah keseronokan ketika berkursus. sekali sekali pekena tidur ramai-ramai dalam dorm sambil cerita pengalaman masa tidur asrama dulu memang best giler. tandas laa kat luar, hari tu aku buat perangai macam budak asrama. terjaga dalam kul 2pagi nak pergi tandas takut, siap gerak member sekatil pekena kencing sama-sama.

tapi yang paling best bagi aku ialah time bangun pagi. awal tak patut aku bangun, lepas tu pekena mandi air kolah ramai-ramai. peh, faking cool giler. mat rempit aku agak insaf kalau pergi kursus ni. bab makan taksoh cerita, sedap gak pekena makan ramai-ramai ni. selera dia lain macam sikit. aku tak tahu kenapa aku suka sangat makan nasik dengan kicap masa tu. macam berhantu jee hubungan aku dengan kicap.

tapi yang aku sedih ialah bila tengok cikgu-cikgu cina yang mengajar sekolah cina ni tak boleh dan lancar bercakap bahasa melayu. dalam kumpulan aku tu ada laa dalam 3 orang tak boleh cakap bahasa melayu. masa berbincang pun aku tengok diorang ni macam orang china baru masuk malaysia jee. apa kejadahnya? gagalkah cikgu bahasa melayu diorang?

tapi satu yang bagus yang boleh diambik contoh oleh cina-cina ni ialah diaorang buat bende dengan bersungguh-sungguh. bab tu aku kagum. hari last kat btn tak silap aku ada periksa. dia kasi buku pada semua untuk study. budak-budak melayu ni rileks jee tak baca buku sebab sibuk cari line telefon yang tak ada kat situ. tapi budak-budak cina yang terdiri daripada cikgu-cikgu ni berjaga sampai 3 pagi untuk study periksa btn tu. bab tu aku kagum.

tapi yang penting bila aku balik daripada kursus btn, 3 hari aku terbangun pukul 5 pagi. bangun tiba-tiba secara auto. bini pun dah kagum. tapi kejap jee laa sebab lepas tu kembali macam biasa bangun 6.30 pagi.

so aku cadang siapa yang rasa tak puas hati sama btn boleh try laa pergi dulu. rasa macam mana feeling dia. kalau boleh apply mintak kat ulu sepri. memang aku rekemen kat situ. jangan mintak nak pergi btn lipis. situ berhantu tak patut. kalau rasa tak puas hati jugak korang buat demo kasi bantah sama kerajaan.

ps : ukjk ada jugak masa tu. macam biasa aku gagal.

Balaik Lah WAUK

aku teringat satu sms yang aku terima pagi tadi bila baca blog Jorji tentang hal teater natrah. sms daripada Encik Ibrahim seorang pengiat seni daripada daerah Hulu Terengganu.

" Group teater Uraong Ulu akan mementaskan teater ' Balaik Lah Wauk ' pada 23 Disember 2009 di dewan teater Perpustakaan Negeri Terengganu jam 10.00 pagi dan 9.00 malam. Tuan di jemput. Masuk percuma "

so aku juga mengambil kesempatan untuk menjemput semua yang berada di Terengganu pada tarikh tersebut untuk menengok bersama. aku mungkin pergi waktu pagi, malam tidur awal. maklumlah budak belia.

realitinya aku tak pernah lagi tengok teater ni. maka aku rasa aku kena pergi tengok kali ni, cari pengalaman tengok teater dalam bilik teater. nanti kalau pergi istana budaya tak laa berdebor mana. rasa berdebor dia mungkin macam 1st time tengok wayang masa kecik dulu. jantung berombak tak patut bila lampu ditutup. masa lampu tutup aku siap pegang tangan member aku lagi. ni berdebor jenis taik kucing rasanya.


persoalan : adakah ini seni pentas untuk golongan marhain?

Isnin, 14 Disember 2009

Nur Qistina


semalam aku buat akikah anak aku yang baru lahir. nama dia Dhianaila Nur Qistina. susah jugak nama yang bini aku kasi ni. aku ada cadang nak kasi nama dia Diadora, tapi bantahan diterima awal-awal sebab bunyi dia macam barang jenama sukan. cucu pakcik din SB Lipis nama dia Diadini. cool tak patut nama Diadini ni.

disebabkan bapak mertua aku ada bela kambing kat Sekati maka secara auto dia dah stanby sekor kambing untuk dibuat akikah untuk "manusia-melayu-baru" ni. akikah ni merupakan satu hal yang wajib dibuat bagi menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana kelahiran anak. upacara menyembelih kambing pagi semalam simple jee. rasanya macam sembelih ayam. tak payah ikat pakai tali. ada 3 orang pun dah cukup. dalam keadaan kamera gantung kat leher pun aku boleh lagi pegang kaki kambing.

kekadang aku rasa macam syok jugak bela kambing ni. bapak mertua aku bela kambing sambil dibantu oleh anak pertama aku Damia. aku tengok Damia dia punya semangat bela kambing ni tinggi. pagi-pagi bangun jee dari tidur terus pergi lepak kandang kambing. kasi kambing makan, main-main dengan anak dan ibu kambing. kekadang aku tengok kambing-kambing ni manja dia lain macam, macam kucing pun ada aku tengok, cerdik la sikit daripada lembu.

rupa-rupanya daging kambing ni banyak khasiat daripada daging lembu. orang kata daging kambing tak ada kolestrol. baik untuk penyakit darah tinggi dan untuk menguruskan badan dan sesuai untuk orang-orang yang obesiti macam aku. ada sumber daripada laman web mengatakan bahawa barang sesiapa yang pening kepala selepas memakan daging kambing maka usah gusar kerana proses penuraian kolestrol sedang berlaku. wtf?! ye ke tidak ni?! kata depa ini dinamakan proses healing atau proses penyembuhan.

aku pikir betul gak. semalam aku pekena daging kambing banyak laa jugak. pening tu datang sekejap je dan lepas tu tak ada apa-apa pun. tapi perasaan nak tumbuk Arshavin tengok muka dia lepas shoot gol semalam memang ada. mungkin sebab daging kambing ni panas. aku pikir budak-budak bola kat eropah boleh makan daging kambing pasal semalam kat Milan aku tengok pemain-pemain AC Milan main bola macam pakai baju sejuk sebab suhu mencecah 4 darjah celcius.

aku sebenarnya dah boring tengok bola. aku rasa aksi 90 minit bolasepak telah dirancang oleh tokey cina di Malaysia, Mafia Italy, Mafia Bulgaria, Yakuza, FAM, samseng-samseng kota Madras, pengerusi-pengerusi JKKK, Pejabat Perbadanan Menteri Besar dan tokey arak. aku rasa macam kena tipu lak bila tengok bola. sebab tu hubungan aku dengan bolasepak dah semakin lewa seperti siri bercakap dengan pondan.

walau bagaimanapun , tengok separuh akhir Sukan Sea wajib kena malam ni. sebarang hubungan dengan berita dan sehati berdansa tidak akan dilayan.

ps: perhatian kepada semua kameraman. jangan gunakan flash ketika mengambil gambar kambing. diaorang ni kuat terkejut.

notakaki: gambar Damia di kandang kambing bapak mertua.

Sabtu, 12 Disember 2009

Petang yang indah

satu petang dalam on the way nak balik kerja. aku dapat sms ringkas dari bini.

" ubat nyamuk dah habis"

sms yang ringkas, padat, bermutu tinggi dan kena faham sendiri.

maka aku pun stop kat satu kedai kat area kampung Pulau Rusa. kedai ni belah kiri sebelum jambatan Manir. sape yang tak pernah singgah kedai ni memang kodi.

" dik kasi ubat nyamuk eletrik satu kotak " aku pergi meja pertanyaan sambil tunjuk 1. ala-ala lambang 1malaysia.

" abang pergi belakang. ada kat belakang tu." adik tu menjawab

sebagai abang yang baik aku pun menuju tempat yang disuruhnya.

cari-cari tak jumpa, cari-cari tak jumpa. letih jugak mencari ni. panas cari tak jumpa aku jerit.

" dik, mana ni. tak ada pun..." suara aku dah sedikit kuat.

adik tu datang terus ambik barang yang aku mintak tu.

" ni dia berus sabut tu bang...abang nak berapa?"

aku gelak.

" dik, abang nak ubat nyamuk hok eletrik tu. bukang berus sabut "

minah tu terhiling-hiling sambil beristifar panjang.

petang tu memang macam siri tamar jalis punya cerita.

Khamis, 10 Disember 2009

Stylo


gambar di snap dari filem body of lies. hampir 2 minggu jugak aku try buat gaya ni bila cakap dalam telefon. rasa cam cool giler dan hidup ini penuh dengan karisma. ada satu hari aku ada telefon bini aku pasal dia ada pesan suruh aku beli lampin anak.

" pampers budak ni saiz apa? M ke XL? cap bende nak beli ni? " telefon aku letak kat mulut macam gambar di atas.

kakak yang jaga kedai tu dah macam kagum tengok aku. Stylo tak patut...

Bank Islam bikin onar...

tiba-tiba pagi ni aku melagukan bait-bait terakhir dari lagu 'middle finger response' dari band Propagandhi " i've got a lot work to do, 3 million people.....fuck you, fuck all of you..." cam celaka, yang jelas fuck you tu memang kuat sikit.

ini semua tentang perkhidmatan haram jadah kad Kredit Bank Islam. pagi-pagi buta aku dah dapat sms amaran supaya menjelaskan hutang 2 bulan tertunggak. siap ada ugutan nak kenakan tindakan pada aku. cam celaka perangai. macam along je. aku sebenarnya memang saje taknak bayar lagi. apa kes?

bulan 10 itu hari kad kredit aku hilang. entah sapa yang buat hilang. entah toyol mana yang ambik kad tu. korang bayangkan dari bulan 10 aku mintak kad ganti dan sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. macam celaka. inikah perkhimatan yang bermutu yang ditunjukkan kepada pelanggan setianya? dah laa pakai nama Islam, perkhimatan tak melambangkan Islam tu sendiri. kalau orang bukan Islam yang kena macam aku kena ni mesti lebih sedap kutukan mereka.

sekarang ni aku tunggu diaorang call aku. tadi kata 5 minit lagi akan call balik tapi sekarang dah dekat pukul 1.00petang. macam celaka punya tunggu dah ni. ini ke Bank Islam? berjanji dia betul-betul macam melayu baru. lain kali cakap laa sebelum zuhur ke, lepas isyak ke tak pun sesudah asar. ini tidak, cakap 5 minit lagi, ini dah tunggu lama mana aku tak panas. pakcik yang dapat haji pun gerenti panas jugak. aku ada banyak kerja ni nak pikir. nak mandi anak lagi, beli pemain lagi, main facebook lagi, update blog lagi dan banyak bende lagi.

aku bertekad. kalau tak dapat jugak kad aku sampai hari khamis minggu depan aku akan tulis dalam suratkhabar. ini panas dia dah lain macam. amarah yang marah.

ps: hutang tu wajib bayar.

Rabu, 9 Disember 2009

Hospital Kerajaan

bini aku yang duduk lama-lama kat hospital kerajaan dah boleh keluar. masa nak bayar bil hospital, air mata aku macam nak meleleh jee keluar. kalau jumpa menteri kesihatan masa tu nak jee aku cium mulut dia.

rm54.00 ringgit jee aku bayar untuk kos beranak kali ni. kalau ikut bil sebenar ada dekat RM 1,100. duduk hospital dalam 18 hari, duduk wad kelas pertama dan kena belah untuk proses keluar anak ke-3 ni aku cuma kena bayar rm54.00.

bayangkan kalau hospital kerajaan di swastakan ? dulu ada sorang mamat mana yang pantat akalnya mencadangkan agar semua hospital kerajaan diswastakan. faking giler pemikiran mamat ni. tak tahu berapa juta dia akan dapat kalau hospital diswastakan.

bayaran rm1.00 mungkin akan jadi RM20.00. ubat yang tak payah bayar mungkin kena bayar. apa yang seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat akan dislogankan atas nama " mengurangkan beban kerajaan" idea kapitalis memang faking giler. kapitalis memang bijak untuk mencucuk jarum jubor-jubor para pemimpin negara.

dalam isu kesihatan masa kini, hal-hal kejurulatihan para jururawat rasanya dah diswastakan. mengambil kos jururawat merupakan satu peluang untuk terus dapat kerja lepas belajar. macam jadi doktor, ambik kos doktor ni memang kerat jari terus jadi doktor. kalau kerja kat fastfood jugak tak tahu laa. memang aku respek laa sama mamat tu.

aku rasa kalau hospital diswastakan, orang swasta mana peduli sama ada ko kerja kerajaan ke tidak. kalau kau ada duit kau bayar. kalau tak ada duit beli panadol. kalau nak beranak jugak dan tak ada duit, maka cari laa insuran-insuran yang Islam dan tak Islam yang bersepah sekarang. kalau tak ada duit jugak keluar duit KWSP atau tabung haji. aku rasa kalau hospital diswastakan juga mungkin tadi aku bayar penuh tak pun separuh petang tadi.

RM54.00? nak beli dakwat printer pun tak cukup aku rasa. power to the people!

ps: mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di wad 1B serta para doktor bedah, doktor bius, doktor pakar, makcik/pakcik jaga, radicare, kakak yang bawak makanan dan semua yang terlibat kat hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu atas layanan baik dan kerja kuat yang ditunjukkan. kepada semua doktor baru dan muda yang muka moyok bila balik kerja aku tengok supaya bersabar laa. ada modal nanti bukak laa klinik, nak kaya lagi bukak klinik 24jam.

Selasa, 8 Disember 2009

Kutu jadi jadi rock star wei!

sekarang gua tengok budak-budak persekutuan hala dia macam nak jadi rock star. sifat rock star tu memang tengah semangat dalam jiwa diorang sekarang. gua sebenarnya tak dengki. dalam jiwa ni tak ada langsung semangat dengki kat kawan-kawan.

gua tengok ada segelintir daripada budak-budak persekutuan ni dah macam dipergunakan oleh sesetengah pihak dan individu atas nama seni. seni apa entah. seni taik kucing ada laa. ada seorang mamat tu disebabkan blog dia meletup tiba-tiba orang seni mana entah lantik dia jadi pelakon. bakat berlakon dah laa tak ada. suara pulak dah laa tak sedap. buat malu persekutuan.

bakat menulis sepatutnya dibuat terus jadi penulis, jangan mengada-gada nak jadi pelakon. biar keluar beberapa karya agung. yang beberapa mamat lagi dok ikut nak berlakon tu nak buat apa? korang nak jadi henry rollins ke apa? cd black coffee blues yang aku selalu duk dengar dulu pun aku dah buang kat pantai terengganu. sakit telinga dengar.

ye, gua tahu lu orang semua nak jadi henry rollins. nak menulis, buat lirik lagu, jadi artis spoken word, dj radio dan pelakon. tapi lu orang jangan sampai dipergunakan. menjual nama perkutuan atau tempoyang chaos crew merupakan satu kezaliman kepada kutu-kutu yang true macam gua.

Khamis, 3 Disember 2009

Catatan temper sejuk (sebuah catatan ala-ala Khir Toyo)

1. Sekarang tengah Piala Monsoon 2009 kat Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Musim ni aku tengah hujan sama angin time kejohanan ni berlangsung memang cun habis. sebagai individu yang pengetahuan tentang hal-hal kapal, air dan udara yang agak cetek, aku pikir kesedapan hujan dan angin yang hangat melanda Terengganu time sekarang memberi keseronokan kepada para pelumba kapal.tetapi jangkaan aku meleset. masa aku melepak kat sini, sekali sekala aku melihat mat-mat salleh yang mengambil bahagian mengelengkan kepala mereka macam tak puas hati sama cuaca. lebih kurang macam beristifar gitu. entah laa labu, aku tak kisah sangat.

2. sebenarnya tahun ni hujan dan banjir agak teruk. rumah mertua kat Kg Sekati kembali naik air. anak-anak ikan kelihatan bermain manja di kaki tangga. rasa nak menuba ikan pun ada. perasaaan malas nak pergi kerja memang tahap ketagih macam main golf.

3. bagi aku bagus jugak buat aktiviti dalam musim monsoon ni. biasanya dulu-dulu orang Terengganu duduk umah tak buat kerja bende bila time musim hujan. nak ke laut memang bahaya, apatah lagi nak berkelah kat luar rumah, hujan dia memang lebat. so kebanyakan orang terengganu melalui mulut-mulut mengatakan bila time musim hujan ramai yang duduk rumah sambil makan , ehem-ehem dan tidur.

4. Kg Bukit Tabok, Hulu Terengganu merupakan satu kampung yang paling teruk kena banjir tahun ni. masuk gelombang ke-dua itu hari dah dua orang menteri mari tengok mangsa banjir. yang pertama menteri belia dan yang kedua menteri dalam negeri. yang paling seronok datang menteri dalam negeri siap ada helikopter lalu lalang atas kepala. aku sempat melambai dan tunjuk peace macam zaman budak-budak dulu. sepatutnya helikopter perlu ada hon besar kasi respon sama lambaian aku dan budak-budak lain.

5. aku tak tahu melambai ke helikopter tu bidaah ke bende. masa kecik mak aku memang suruh aku lambai sama helikopter yang lalu atas kepala. perkara ni sama berlaku pada aku sekarang. kalau jumpa helikopter lalu atas kepala mesti aku suruh anak aku melambai pada helikopter dengan harapan pilot helikopter hai kita balik. sesat ke?

6. aku dengar kita dah ada klinik 1Malaysia. bagus tu. kerajaan sebenarnya sangat prihatin sama rakyat. cuma kekadang rakyat ni angry dia lain sikit. aku pikir hospital pun kena buat wad 1Malaysia. maknanya semua orang diletakkan dalam satu wad tanpa mengira warna kulit, pangkat dan darah keturunan. aku bukan apa, bila aku tengok makanan yang disajikan kepada bini aku masa duduk wad kelas pertama berbeza dengan masa duduk 3rd kelas wad sama 2nd kelas wad aku sibuk memikirkan bahawa kita ni masih lagi mengamalkan hal-hal berkasta. makanan kat 1st kelas ada 3 jenis lauk, disediakan sudu dan garpu dan pinggan macam dalam almari mak aku, 2nd kelas ada 2 jenis lauk dan hanya disediakan sudu dan pinggan buruk sikit dari 1st dan 3rd kelas ada dua jenis lauk gak tapi tanpa sudu dan tanpa pinggan. pakai tray macam duduk asrama dulu. cuma yang bagus para pesakit tidak diperlukan untuk membasuh pingan/tray yang telah digunakan.

yeah, power to the peopleeeeeeeeeee!

ps: gua tengah pikir nak belajar berenang lepas tu baru bercita-cita nak main kapal layar. kalau kata ini sukan orang kaya nanti orang kaya marah kat aku. baiklah, aku akan cakap ini sukan untuk orang negara maju, orang negara membangun macam kita ni sabar-sabar laa sikit. tak lama lagi boleh laaa nak join. harapan Mahathir untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. 10 tahun lagi bai....

Isnin, 30 November 2009

Selamat datang ke Universiti Hamburger, Kuala Terengganu


yeah, ini satu penjajahan bentuk baru. kapal pandu-lalu McDonaldland dah berlabuh di Kuala Terengganu. Kapal pertama dah berlabuh di Kerteh Kemaman dan ini kapal yang kedua.

budaya makan bende-bende segera 24 jam sudah bertapak disini. nasik dagang dan nasik minyak akan merosot penjualannya. 24 tahun dari sekarang nasik dagang dan nasik minyak akan pupus dari selera penduduk Kuala Terengganu. Orang Kuala Terengganu makan padi di McD, lunch di McD, makan malam di McD dan semuanya di Mcd.

budaya makan orang putih ni. orang melayu buat berniaga. abang-adik-kakak-tokwan-tok ki- melayu baru dijemput hadir semua. kata orang politik takpe buat bende ni semua, anak-anak melayu kita jugak yang bekerja. sekurang-kurang dapat duit simpan nak bernikah nanti.

yeah, selamat datang ke Universiti Hamburger, Kuala Terengganu.

notakaki: aku nak buat sajak sebenarnya, tapi dalam keadaan hujan sekarang ni feeling dia tak ada. Inspirasi dari buku Fast Food Nation karya Eric Schlosser.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Haji

100 hari selepas aidilfitri adalah aidiladha. kalau tak percaya try kira tengok. selepas aidilfitri maka orang akan sibuk cerita hal-hal haji pulak. pergi haji merupakan satu rukun penting dalam Islam. kalau korang dah ada rm1,300 dalam akaun tabung haji maka korang dah boleh daftar untuk pergi haji. dengar cerita dari seorang kawan kalau daftar tahun ni maka secara auto boleh pergi pada tahun 2028.

masa kecik raya korban ni dia punya feeling tak macam raya puasa. raya puasa orang siap boleh nangis kalau tak balik kampung. ada satu musim masa aku belajar kat UPM dulu, perasaan nak balik kampung layan raya haji kat lipis macam dah tak ada.

ada satu musim masa kecik, aku rasa sedih tak patut bila tengok lembu kena sembelih. empati aku terhadap lembu memang betul-betul menusuk kalbu. sebab tu masa kecik pelawaan untuk tengok lembu kena sembelih aku tolak macam tawaran nak pergi klinik gigi.

tapi cerita disebalik pergorbanan merupakan satu cerita yang sangat menarik. rasanya semua tahu tentang betapa besarnya erti pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail sama Siti Hajar. ceritanya panjang, kalau cerita balik boring pulak korang membacanya. di barat cerita-cerita sebegini digambar melalui lukisan-lukisan yang ada kat rumah ibadat diorang. kekadang aku yang selalu layan google image bila tengok lukisan-lukisan ini sentiasa beristifar agar gambar-gambar ni tak mempengaruhi ruang dimensi keimanan aku. takut pulak kalau lari akidah.

rasanya nilai pergorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim memang tiada tolak tandingannya dalam dunia ni. Kalau perhati balik cerita-cerita tentang hal Nabi Ibrahim ni memang banyak betul ujian yang Tuhan kasi kat dia. dari berlawan dengan raja Namrud, blah dari Mesopotamia, kahwin lambat dapat anak, kena buat Kaabah dan sampai kena perintah untuk sembelih anaknya Ismail.

Raya haji tahun ni aku raya kat Kuala Terengganu. bini bawak keluar dari wad petang tadi semata-mata nak sambut raya haji. tahun lepas raya haji dah kat Kuala Lipis. Kutu-kutu persekutuan yang melepak sanggup berkorban untuk lepak di kedai yang tak buka raya haji tahun lepas. tak true langsung. kalau tinggi semangat pergorbanan melepak mungkin diorang dah turun melepak kat Padang Tengku.

papahal pun aku dengar ramalan cuaca kata raya haji kedua mungkin hujan turun lebat. semoga yang buat kenduri kahwin, akikah anak sama nak jumpa bakal mak/bapak mertua perlu berhati-hati sikit. parking kereta biar kat kawasan tinggi. sekarang ni tak boleh percaya sangat, hujan sikit terus banjir kilat. harap orang-orang yang kerja bab-bab sistem saliran air berkerja kuat sikit bagi memastikan air mengalir ikut peraturan.

salam aidiladha.

ps: harap persekutuan tak melepak kat kedai yang tak bukak.

Rabu, 25 November 2009

Menanti langit biru dan sinar mentari


sejak ahad hari tu kereta tak bergerak. petang ni nampaknya air dah surut. matahari dah keluar macam segan-segan nak kasi cahaya. bila 4 hari tak nampak langit biru rasa rindu pulak nak tengok langit. cantik sungguh rasanya hari ni. mentari menyinar slow-slow, suara burung berkicauan dan bersiul keriangan, bunyi pokok-pokok kelegaan, semilir pagi yang sejuk dan kedinginan. rasa macam kat padang golf.

selesai sudah banjir gelombang kedua. dengar cerita nak datang gelombang ketiga raya haji kedua ni. bersedialah apa yang patut. selamat bercuti sekolah dalam hujan dan banjir. power to the people!

Sabtu, 21 November 2009

pinky grrl


notakepala: aku sedang menemani bini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan semangat myspace. kagum dengan semangat juang bini yang membawa laptop ke hospital untuk memfacebook. aku rasa insaf dan bercadang untuk menerima dia sebagai rakan facebook. bini kena tahan kat hospital kes uri kat bawah dan anak duduk melentang dalam perut. sedap jugak pekena nasik kat hospital ni. lauk macam lauk asrama sekali tengok...
ps : gambar diambik pakai cam laptop. nak charge bateri takleh kat sini. hari tu aku charge bateri laptop sama handset aku kat Hospital Lipis tak ada hal pun. ini apa kes tak boleh?

Selasa, 17 November 2009

Politik dan Persoalan

kalau belajar tentang hidup, maka hal-hal persoalan memang tak boleh dari daripada pikiran kita. kalau tak kena gaya memang boleh jem otak pikir pasal persoalan hidup. hidup itu sendiri satu persoalan. politik itu sebenarnya kehidupan dan kehidupan itu adalah politik. boleh dikatakan politik itu memang tak boleh dari kehidupan. sebab itu politik adalah persoalan.

orang-orang dan manusia yang benci pada politik sebenarnya tak benci kepada politik itu sendiri tapi mereka sebenarnya benci dengan politik kepartian. politik kepartian merupakan satu persoalan yang membelenggu jiwa dan pemikiran dan menjadi satu persoalan besar bagi orang-orang melayu sejak dahulu kala. dahulu kala yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada bila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM/ROS) itu ditubuhkan.

ada beberapa perkara dan story dan menarik untuk diceritakan secara penulisan ala mahathir yang diperhatian dalam senario politik 'sedap' masa kini.

1. budak-budak sekolah darjah 5 kat terengganu masing-masing dapat e-book daripada pihak kerajaan Negeri Terengganu. salah satu faktor pemberian e-book secara percuma ni merupakan satu strategi kerajaan negeri agar budak-budak sekolah bila masuk darjah 6 nanti tak perlu bawa buku teks yang berat-berat ke sekolah. aku sebagai manusia yang mengikuti hal-hal teknologi memang puji usaha kerajaan negeri ni. harap lepas ni semua budak-budak seluruh malaysia pakai ebook dan bawak pergi sekolah. kalau boleh takpayah langsung bawa buku. baru dunia tanpa kertas. bila kertas dan pensil dah kurang digunakan maka mungkin banyak pokok-pokok balak tidak lagi ditebangkan. bila dah kurang ditebangkan maka secara auto kesan rumah hijau tak berlaku. pemanasan global mungkin juga tak jadi. bila dah tak berlaku mungkin kiamat tak berlaku pada 2012(macam mana cerita ni boleh masuk Malaysia). aku pikir mungkin selepas 2012, budak-budak duduk belajar daripada rumah pakai e-book.

2. tahun ni nampaknya Tuan Guru Nik Aziz tak jadi ke Mekah. hari tu katanya ada orang belanja. kekadang susah gak nak pikit tentang hal-hal belanja ni. kalau pikir 2 kali sama jee. kalau Nik Aziz ada orang belanja pergi Mekah maka tak salah kot kalau pemimpin-pemimpin lain di belanja untuk pergi Bali, Kemboja, Bukit Tinggi, Indonesia dan Bandar Golok, Selatan Thailand. Tak salah kalau macam tu. Syarikat yang belanja Nik Aziz tu takkan tak ada kepentingan apa-apa kot. Dalam dunia ni mana ada manusia, syarikat berhad, usahawan muda, penjual minyak wangi yang benar-benar ikhlas nak belanja sesiapa tanpa apa-apa kepentingan. hal-hal Ilmu Ikhlas memang satu perkara yang merumitkan. YB yang berjiwa rakyat pun susah kita kata dia ikhlas atau tidak. aku pikir Ilmu Ikhlas ni kena dijadikan satu subjek penting dalam SPM atau STPM. Orang-orang kita bila melibatkan orang-orang UMNO/BN maka secara auto diaorang pikir mereka ni makan rasuah. aku pikir dalam politik semuanya sama dan bende-bende macam ni susah nak lari. apa? budaya orang melayu? rasuah itu budaya orang melayu sejak dahulu kala? atau rasuah itu muncul selepas tertubuhnya Badan Pencegah Rasuah?

3. Tiba-tiba orang bercakap tentang rombakan kabinet. aku yang dengar pun dah goyang dada. berdebar tak ingat. seminggu dua ni orang bercakap pasal rombakan kabinet. orang ni naik, orang ni turun, orang ni tak pandai buat kerja. orang ni itu, orang tu ini. kekadang aku rasa macam mengumpat pulak. ya, salah satu aktiviti orang politik adalah mengumpat. jatuh hukum macam mana aku tak tahu. tapi aku ada jugak baca hukum yang dibolehkan mengumpat karangan Al-Ghazali. susah nak cakap. nak cakap pun susah. bab-bab rombakan kabinet ni macam cerita perpindahan pemain bolasepak. spekulasi lebih. yang syok dengar cerita mamat kembar dari Negeri Sembilan itu hari Kelantan nak beli. Rita Rudaini nak lepak KB agaknya...

4. apa hukum rezeki daripada permainan politik? perkara ni kalau dibawak berbincang bersama alim ulamak mungkin menimbulkan persoalan jiwa yang maha hebat. katakan aku seorang kontrator kelas F. mintak projek melalui YB dan orang kata secara auto kena kasi 10%. macam mana nak kira?

5. aku kena buasir. tapi tak lee sakit sangat. ada orang tanya sama ada aku baik tak dengan seorang Haji daripada pemimpin pembangkang kat Terengganu. aku kata apa kes aku kena baik dengan dia? kata dia dia ni bapoknya sakit buasir dulu dan sekarang ni dah ok. member tu suruh pergi jumpa dia mintak ubat buasir. cara gelak semalam macam jatuh mengumpat kat pemimpin tu. nak kira macam mana ni?

6. politik adalah persoalan siapa mendapat apa-bila dan bagaimana. ia juga tentang siapa dibunuh-terbunuh-membunuh diri dan juga siapa diumpat-mengumpat-terumpat.

power to the people!

Sabtu, 14 November 2009

Palestin itu jauh dari kita


jarang radio melayu siar sajak dan puisi. kalau pantun tu rasanya no hal. radio-radio kerajaan banyak dah siar. radio-radio swasta kalau diaorang siar puisi/sajak dalam radio diorang memang esok lusa bangkrap laaa syarikat radio diaorang. xfm, radio belia malaysia yang KBS taja satu haram puisi/sajak aku tak pernah dengar dari diaorang.

aku teringat dengar filem 'ada apa dengan cinta'. macam haram, lepas tengok cerita tu bersepah orang layan sajak Chairil Anwar. power betul cerita tu. semua emo. semua nak jadi pemuisi. semua nak jadi mat sajak. jurutera yang buat jalan kat malaysia pun layan sajak.

so hari tu aku terlayan ikim.fm. terdengar sajak ni. pasal palestin. pehh, layan syahdu tak patut. insaf sekejap. betul gak kata mamat/minah yang tulis sajak ni. kecewa kita tak sama taraf sama kecewa orang palestin. kecewa kita cuma sebesar taik hidung berbanding kekecewaan orang-orang palestin.

mamat-mamat dan minah-minah semua, jangan lupa depa!


-------------------------------
Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Jumaat, 13 November 2009

kalau ikut nafsu memang nak beli, tapi kalau ikut skill memang tak patut beli lagi...



notakamera : macam tak percaya gambar di ambil pakai EOS 7D. cool tak patut.

Genjatan Memblog!

panas gua sama itu perlawanan akhir membuatkan penulisan gua kacau bilau. so gua akan membuat genjatan memblog sehingga satu hari yang membuatkan gua cool. tahun depan gua pikir nak sokong pahang darul makmur.

ps: ini gambar kat Stadium Shah Alam. Sebarang usaha untuk menamakan gua sebagai pembakar kerusi di stadium bukit jalil tidak dialu-alukan.

Isnin, 9 November 2009

kenapa mesti salah pos?

ada beberapa perkara yang menarik yang sedap untuk dibualkan dalam keadaan hujan yang nampak sedap untuk di tidur. sebuah lagi cacatan ala mahathir.

1. pemain kelantan tak sepatutnya main bola macam budak tak reti main bola masa final itu hari. ini mendatangkan kemarahan peminat bola. ini juga juga merupakan satu pengajaran kepada semua jurulatih bola agar mencari penyerang muda bukan penyerang tua dan mencari pertahanan tua bukan pertahanan muda dan akhir mencari penjaga gol yang sedang-sedang umurnya.

2. semangat ultra yang ditunjukan oleh peminat bola kelantan memang amat wajar untuk diikuti. keadaan ini perlu ada pada semua peminat bola negeri. sudah tiba masanya untuk melenyapkan pasukan-pasukan berstatus kelab. buang masa. pembeli kereta proton ambik masa 10 hari untuk berfikir sama ada nak sokong tidak pasukan proton. penguna-penguna lebuhraya plus pun ambik masa berbulan nak sokong KL Plus. apa kejadahnya?

3. bila lagi nak bakar stadium? datang dari jauh. semangat kekelantanan tinggi. main macam hampas. aku yang duduk rumah sempat jugak acah-acah nak terajang tv. aku pikir pemain kelantan macam kena rasuah. dengar cerita kerajaan negeri nak support diorang pergi umrah. apa diaorang takut nak pergi umrah ke apa?

4. mak aku marah kalau main bola dalam hujan. ye, hujan memang selalu memainkan perasaan pemain bola, peminat bola dan penjaga garisan.

notakaki : jika hujan lebat, sila awasi astro anda. astro memang pandai memainkan perasaan anda.

Jumaat, 6 November 2009

Power to the patani! Start your VCR now!

sudah tiba masanya untuk aku, kamu dan anda-anda semua untuk memberi sokongan kepada patani, sebuah negeri orang melayu yang telah menjadi jajahan siam sejak tahun 1902. gua selaku individu yang selalu mengambil pusing tentang hal-hal patani ini menyokong separuh saranan PM Najib agar kerajaan Thai dibawah Abhisit memberi autonomi di kawasan tersebut.

tapi semalam gua dengar cerita parlimen thailand tak sokong usaha nak kasi autonomi dan marah-marah dengan usaha negara jiran untuk masuk campur dalam urusan negara mereka. faking laa thailand. gua sejak dulu memang tak kacip sama negara siam ni. bab-bab merunding memang faking tak ada. autonomi pun tak kasi, apatah lagi nak kasi patani merdeka.

bagi gua perkara ni tak akan sudah sampai bila-bila. hal-hal orang mati kena tembak akan terus berlaku. selatan thai akan terus jadi duri dalam dalam negara thailand. keamanan tidak akan wujud sampai bila-bila. orang melayu islam akan terus dilenyek disana. proses mengSIAMkan orang melayu akan terus dilakukan.

sokongan dan doa aku, kamu dan anda semua bukan hanya untuk palestin. sokongan juga untuk selatan thai, untuk selatan filipina, orang-orang khasmir dan seluruh umat islam diseluruh dunia yang di tindas. bangkit! bangkit! bangkit!

BERSATULAH MELAYU PATANI!

Khamis, 5 November 2009

damia

ini anak aku damia, 7 sebelas ni hari jadi dia. sedar tak sedar anak sulung dah 4 tahun. sebab tu aku ambik keputusan tak pergi tengok final piala malaysia. kelantan dah sah menang. harap tak ada rusuhan besar-besaran. kepada bapak-bapak saudara, adik beradik dan sepupu-sepupu yang pergi tengok bola aku harap balik dengan selamat. jangan call aku bila dah ada dalam lokap. jadi penyokong yang baik. baling mercun jangan kena orang. kalau takut mercun kena kepala orang tolong bawak lastik. biar mercun jatuh padang.

lepas liverpool seri sama lyon semalam, aku tengok aura-aura rafa benitez nak jadi jurulatih kelantan makin cerah. dengar cerita dia suka warna merah.

Rabu, 4 November 2009

Merogol MADU

dah lama aku pikir pasal ni. dah lama aku terasa nak cakap tentang hal ni dan dah lama dah aku tengok style ni kat mana-mana.

tadi aku baca kosmo!. tajuk dia memang sedap iaitu Keistimewaan Jeruk MADU Pak Ali. aku bukan dengki dengan mana-mana orang melayu yang berjaya dalam perniagaan tapi aku tengok penggunaan perkataan madu dah macam dilacurkan. kalau korang baca kosmo! hari ni dan korang baca cara-cara pak ali buat jeruk madunya, memang tak ada langsung madu yang di masukkan dalam jeruk dia. wtf?

yang paling panas sekarang aku tengok nenas madu. aku jumpa kat tepi jalan mana entah. apa kena madu dengan nenas? itu belum cerita pasal pisang madu, betik madu, cempedak madu dan sebagainya. aku berdoa pada tuhan semoga tak ada hal-hal madu berkait dengan binatang lepas ni. kambing madu, lembu madu dan ayam madu. madu lebah ok.

jeruk madu pak ali memang buat aku sedih hari ni.

Isnin, 2 November 2009

SRK Clifford, Kuala Lipis Batch 4-5 Bendahara 89/91 Reunion

sekarang dalam facebook cikgu rohaya cadang nak buat reunion untuk budak darjah 4-5 pada tahun 1989 hingga 1991. ini cerita belas-belas tahun lepas. teacher marlene mungkin tak dapat datang sebab dia nak pergi europe. mrs tan choon yang dulu selalu marah aku sama tak kasi aku pakai pen dan selalu bersyak was-sangka negatif kat aku sekarang ada kat USJ. dia mesti dah tua dan sedang mengamalkan tai-chi kat rumah. tapi tak syok sebab mr pang tak ada. kalau ada boleh gak cerita-cerita memori pasal dulu sipi-sipi nak kena lempang pasal tak hafal sifir 3. guru besar aku cikgu zubir still aku ada aku tengok kat cheneras jaya. aku ingat dia dah jadi YB.

tahun depan anak aku damia masuk sekolah tadika. sekarang aku tengah buat facebook untuk damia, takut-takut 20 tahun akan datang ada pulak reunion untuk batch tadika kg sekati, kuala terengganu untuk tahun 2010 . mana laa tahu.

aku dah kagum sama facebook.

Ahad, 1 November 2009

Nota - Nota Dendam

1

aku lelaki yang berpenyakit. aku juga seorang pendendam. aku tidak kelihatan menarik sekarang. dalam usia 30 aku telah menjadi seorang lelaki obes dan kelihatan tidak menawan semasa berjalan. aku fikir aku akan terkena penyakit kemewahan seperti kencing manis dan darah tinggi. aku menjadi pendendam dengan masakan terengganu yang menjadikan aku obes.

aku tidak suka doktor. mereka suka menipu. mereka mahu cepat kaya. selepas beberapa tahun kerja dengan kerajaan mereka ambik keputusan untuk membuka klinik sendiri. mereka mahu cepat kaya. mereka benci dengan pengurusan cerdik sistem kesihatan malaysia dan bisikan cinta dari jururawat-jururawat muda. namun aku masih menghormati ilmu kedoktoran dan para doktor yang lain.

2

aku dilahirkan di kota bharu, kelantan. sehingga ke hari ni aku masih tidak mampu bercakap kelantan dengan baik. tiba-tiba aku menjadi seorang pendendam. apa yang kelantan berikan kepada aku? tanah? tak ada. biasiswa? tiada. aku fikir aku serangga saudara-saudara. aku fikir aku cuma semut-semut yang meramaikan umat kelantan.

Kelantan bukan Petersburg. ia tidak sesuai untuk aku.ia tidak sejuk dan mempunyai 4 musim seperti petersburg. aku tak boleh hidup dalam kepanasan. aku tidak boleh hidup dalam kesejukan.


3

aku benci kuala lumpur. aku benci dengan kemunafikan warganya. aku benci kawan-kawan yang berkawan hanya kerana wang. aku benci dengan simpati mereka. aku tiba-tiba menjadi pendendam dengan kuala lumpur.

mereka nampak cool. mereka makan besar. mabuk besar. aku benci mereka. mereka cuma serangga. mereka hanya bunyi-bunyi rintik hujan yang menjemukan. mereka menjemukan aku. hidup mereka tidak menarik kerana iri hati dan kebusukan hati. aku dendam mereka.


4

orang seni berpenyakit. namun mereka tidak menyedarinya sehingga mereka berumur 50 tahun. kebanyakan daripada mereka menderitai sakit gigi namun mereka sangat takut dengan doktor gigi. ramai daripada mereka bercakap tentang persoalan perjuangan tetapi tak ramai daripada mereka yang masuk penjara.

kata mereka sakit gigi adalah kenikmatan. aku benci sakit gigi. aku benci dengan kerintihan. ia mengelirukan. kata mereka, penderita sakit gigi akan menemui ekspresi dalam kesakitan itu. jahanam sama ekspresi.

kata mereka lagi kesakitan yang kau rasa itu menunjukkan kau tiada musuh untuk didendami dan dihukum tapi kau punyai rasa sakit dan kau harus menikmatinya.


ps: ilham secara tak sengaja daripada Notes from the Underground karya Dostoyevsky.

Jumaat, 30 Oktober 2009

PerseKUTUan dan Jimmy

ada satu musim 1996 kalau tak silap aku ada sebuah keluarga daripada Austalia tak pun new zealand lepak kat taman permai selang 2 -3 dengan umah padeli. masa tu aku duduk flat tempoyang lagi. di sebabkan jarang balik lipis sebab study oversea kat kulim aku terkejut jugak tengok budak-budak flat aku sama dengan budak taman buat rumah atas pokok kat tangki air.

anak mat salleh tu namanya jimmy dan salah satu aktiviti dia main rollerblade kat taman futsal kitaorang. masa tu amin, kakak amin nojah, padeli, sama aku selalu jugak melepak berborak dengan jimmy ni.

kat situ kitaorang belajar bercakap orang putih. paling berani padeli, kekadang ditanya soalan-soalan yang susah macam,

" jimmy how are u? mastubate today? "

tak pun

" do you eat pig jimmy? best?" sambil tunjuk ibu jari

dan macam-macam lagi. kalau nak ikut memang padeli sama amin memang kacip giler sama jimmy. kekadang aku dengar padeli dia punya bunyi english macam orang-orang blah australia sana.

masa tu pp memang tak ada, dia study oversea kat kuantan. sebab tu bahasa orang putih padeli lebih bagus daripada pp dan sebab tu aku pikir pp dia memang tak berani nak tulis blog dalam bahasa english. kalau dia tulis dalam bahasa english aku sanggup bayar rm10 untuk satu perenggan kat dia. entah english dapat berapa dalam spm aku tak tahu.

sekarang ni jimmy entah lepak mana. mungkin dah jadi orang besar kat sana. silap-silap dia dah buat buku pasal pengalaman dia kat lipis. harap-harap dia tak tulis pasal kelincahan aku bermain bolasepak dulu, nak tulis pasal kebangkuan padeli main bola aku tak kisah.

ps: sehingga sekarang aku tak jumpa lagi mamat jimmy ni dalam facebook. mungkin dia tukar nama lepas masuk Islam agaknya.

Khamis, 29 Oktober 2009

Nomos dan Dike

kisah dalam surat khabar melayu semalam mengenai seorang ibu yang membunuh anaknya akibat kemiskinan kekadang tak lojik untuk didengar dalam keadaan negara yang akan ada sebuah pasukan dalam F1.

ibu muda tersebut dilaporkan membunuh anaknya kerana tidak tahan dengan tangisan anaknya yang mahukan susu, oleh kerana tidak mampu maka dibuahnya teh untuk anaknya. dilaporkan juga ibu tersebut telah ditinggalkan suaminya, mempunyai 3 orang anak, mempunyai pendapatan hasil dengan membungkus serai sebanyak RM2 sekilo/segram(tak pasti) dan kejadian ini berlaku d Kota Bharu, Kelantan.

kemiskinan adalah penyakit sosial yang berlaku sejak dulu dan mungkin akan terus berlaku sampai bila-bila. adakah ibu muda ini tidak mendapat keadilan sosial dalam hidupnya? adakah dia tidak menikmati hasil-hasil daripada dasar-dasar negara? adakah Pengerusi JKKK/Ketua Kampung disitu tka buat kerja? tidakkan pejabat kebajikan masyarakat membuat kerja? apa kerja YB DUN dikawasan tersebut? kenapa dah tahu miskin maka tiada bantuan untuknya? adakah masyarakat disitu tidak prihatin tentang nasibnya? kalau dia miskin kenapa dia tidak cari kerja di Tesco, mydin, giant dan pasaraya lain yang bersepah di Kota Bharu?

bak kata Aristotle, manusia bila sempurna dia adalah lebih baik daripada haiwan-haiwan dalam dunia ni tetapi jika dia tersisih atau tergelincir daripada nomos(lurus) dan dike(jujur) maka dia lebih teruk daripada haiwan-haiwan di dalam dunia.

ketidakadilan sosial merupakan satu yang menyedihkan.

Rabu, 28 Oktober 2009

Majlis Pertunangan

sejak dua menjak ni aku tengok orang bertunang dah lain macam. adik aku dua-dua orang hari tu dia punya majlis pertunangan macam style orang nak berkahwin. siap order kanopi lagi. dia punya cara masak pun panggil makcik ros. yang aku panas siap mak andam datang rumah hias muka. nenek aku yang dari kota bharu geleng kepala tak sudah.

adik ipar aku nak bertunang sabtu ni. persiapan aku tengok macam ganas jugak. kehadiran pihak lelaki ada dalam 13 buah kereta. ramai tak patut. 2 -4 hari ni sibuk tengah siap macam-macam. mak mertua aku lebih menghala pada hal-hal masak. cara beli barang macam nak kenduri kahwin dah ni. aku syak ada dalam 30 kereta akan parking kat area rumah mertua aku. harap-harap tak ada usaha untuk jemput RELA kawal lalulintas area rumah mertua aku ni.

ada satu musim aku tengok orang yang nak bertunang siap gantung banting. bab tu aku dah kagum. bini aku cakap ada jugak orang nak bertunang siap order pelamin. harap tak ada orang buat kad jemput ke majlis pertunangan.

dunia ini berubah dengan laju. kalau tak ikut laju nampak sangat kita ni kodi. kalau orang bertunang tak buat betul-betul nampak sangat kita ni ketinggalan bas. orang sekarang mana pakai tm net, kapasiti kelajuan 51.2 kpli(betul entah tidak) dah tak pakai. orang semua pakai broadband, yang kaya sikit pakai blackberry. hari-hari boleh main facebook. hari-hari boleh lapor bende yang kita buat. kalau tak ada facebook memang kodi sekarang.

sudah, esok hari khamis. gua memang malas betul nak pakai baju batik.

ammo poto

salah satu bende larangan yang mak aku tak kasi aku pegang masa kecik ialah kamera. katanya aku selalu ambik gambar mengarut dan membazirkan filem. ada satu musim kat flat tempoyang aku telah mendatangkan kemarahan mak aku dengan menangkap gambar burung yang sedang terbang, bas pakcik mie, try zoom pokok getak kat belakang rumah, ambik gambar rumah kakak kumari, ambik gambar siku aku, kasut sekolah yang telah dikapurkan dan sebagainya. sampai hari ni kalau dia tengok aku pegang kamera hal-hal macam tu yang selalu di ungkitkannya.

aku memang gemar tangkap gambar. tapi sebab kamera yang gantung kat leher ni mahal sangat dan harganya boleh beli motor maka baik aku beli motor. tapi bersyukurlah pada tuhan kerana minat-minat anak muda dan tua tentang kamera gantung kat leher ni semakin ramai maka secara tak langsung kamera ni dah semakin murah. terima kasih kepada keprihatinan kapitalis dalam hal ini.

tapi kamera dslr bukan jenis kamera yang boleh buat main-main. ini semua tentang fizik. ini semua tentang cahaya. dulu cikgu fizik aku kata cahaya ini bergerak lurus, tapi ada cikgu matematik kata cahaya ni bengkok sikit. wtf! disebabkan masa spm fizik aku dapat 7, maka 2 bulan pertama menggunakan kamera gantung leher ni aku cukup cool dengan mode auto. tapi lepas belajar sedikit sebanyak dengan internet diselang seli dengan laman web kat ning.com maka sekarang aku tengah ambik gambar dalam mode AV.

ok. malas dah nak cerita. nanti sambung dengan gambar model-model aku.

ps: terpegaruh dengan adegan gambar bercakap lakonan ibrahim pendek. cerita bende entah...bujang lapok ke apa...

Selasa, 27 Oktober 2009

hal gua

1. bini gua tengah periksa kertas budak-budak pmr sekarang. sebab bende ni rahsia besar kerajaan malaysia gua memang tak pegang dan sentuh langsung kertas peperiksaan budak-budak ni. so sekarang ni gua dalam mode senyap. nak menaip pun takleh sebab bunyi keyboard ni kuat semacam. nak pasang tv kuat sikit pun takleh takut ganggu bini gua punya konsistasi. so sekarang gua tengah rasa nak baca buku dan kekadang pikir bahawa solat hajat yang ibubapak, cikgu buat kat sekolah itu hari sebelum peperiksaan salah satu dia punya objektif ialah untuk kasi cikgu-cikgu yang periksa kertas ni tenang sikit jiwa dia...

2. isu 'gua-lu-lu-gua' yang gua baca dalam satu blog ni buat gua gelak. yang gua heran semua orang macam puja sangat di pp tu. pergi laa. setakat blog taik idung masin macam tu nak gaduh dan kecewa sebab kena plagiat boleh pergi jalan-jalan klcc laa. yang gua tau padeli yang bersalah sebab dia ajar pp cakap lu-gua-gua-lu. tak senonoh perangai

3. faking facebook. gua dah boring...

Ahad, 25 Oktober 2009

hal-hal bola lagi


semalam buat kali kedua dalam tahun 2009 aku ke stadium. tengok bola ramai-ramai. itu hari dah layan negeri sembilan. semalam lawan selangor. orang memang ramai tak patut. mula-mula aku rasa menyesal pulak datang tengok bola sebab dapat tahu ada live kat tv. tapi masalahnya aku dengar cerita sehati berdansa dah start. kalau aku layan bola sorang-sorang ini akan mendatangkan blues pada kaum ibu.

start wisel pertama sampai wisel penamat masa tambahan aku berdiri. kepenatan berdiri disamping asap rokok yang menerjah muka buat aku rasa tak syok tengok bola kali ni. rasa nak marah pada pembuat stadium yang runtuh pun ada sikit-sikit. selain daripada tengok bola, kebanyakan penonton merasakan kecewa dengan keruntuhan stadium. kata diorang, kalau tengok kat stadium baru tak ada laa berdiri macam ni.

terus terang aku katakan bahawa permainan terengganu semalam tidak laa sebagus selangor kalau disimpulkan dari minit pertama sampai minit terakhir. penyokong selangor yang datang sepatutnya berbangga kerana pasukan selangor bermain dengan begitu sedap sekali bagi aku. mereka mengawal bola, melakukan beberapa gerakan dan percubaan yang menarik. tak macam terengganu. hilang punca dan menimbulkan caci maki penyokong sendiri.

disebabkan tak dapat tempat duduk, aku menonton dengar rasa tak begitu seronok. asap rokok, dahaga tekak dan rasa lapar membuatkan feeling tengok bola tak ada. nak tangkap gambar pun penyokong lain ingat aku wartawan sinar harian.

bagi aku masih ramai orang malaysia yang sangat sayang pada negeri mereka dan menyokong pasukan bolasepak mereka. lihatlah kelantan, dimana-mana pergi ada saje penyokong mereka. lihatlah pahang, kat stadium darul makmur sendiri pun susah nak penuh, macam masjid-masjid di waktu maghrib. nak dapat 2 saf pun sakit.

bagi aku, peranan pengurusan persatuan bolasepak negeri memainkan peranan utama dalam mengembalikan semangat penyokong-penyokong bola. contoh terbaik boleh dilihat dalam pengurusan pasukan selangor dan juga kelantan. anuar musa yang mentadbir persatuan bolasepak negeri kelantan banyak menyumbang kepada kemajuan bolasepak negeri kelantan daripada pelbagai sudut.

tidak dapat dinafikan bahawa wang memainkan peranan utama dalam kejayaan sesuatu pasukan tapi bagi aku wang bukan segala-galanya. profesional pengurusan persatuan, profesional pemain dalam pasukan, kritikan positif media dan reaksi penyokong memainkan peranan utama dalam kejayaan sesebuah pasukan.

aku ambik keputusan untuk menyokong saranan YB Raja Ahmad Zainudin supaya kita benarkan kembali syarikat-syarikat rokok taja pasukan-pasukan negeri. apa salahnya Dunhill kembali menaja pasukan seperti dulu-dulu. semua orang isap rokok dan cukai-cukai rokok yang banyak kerajaan kaut digunakan untuk pembangunan bolasepak negara. nak harap hasil keuntungan riba dari bank-bank macam tak sedap hati. nak harap cukai dosa dari arak dan judi rasa cam tak sedap hati dua kali. so aku pikir syarikat rokok memang layak dan terbaik untuk kembali support liga malaysia.

so, aku ingin menjemput kawan-kawan negeri sembilan seperti ateng, mike neraka dan jorji untuk datang ke Terengganu untuk tengok bola separuh akhir nanti. datang boleh tidur rumah aku tapi kalau datang satu bas memang tak dilayan sangat.

notakaki : kalau ultraman tak gaduh dengan raksasa itu hari memang sedap tengok bola kat stadium baru.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Terengganu lawan Selangor

" zul, sabtu nanti bawak mercun. aku nak baling kat amri yahyah. "

aku sms budak pejabat aku sambil bersiul-siul dan dendam tak tentu pasal sama amri yahyah. apa entah dosa dia kat aku.

Khamis, 22 Oktober 2009

airmata anfield - ampunkan mak, kassim!

" kalah 4 kali berturut-turut tak bermakna kita akan kalah untuk kali ke-5, sabarlah kassim.." rafa 'selamat' benitez

Selasa, 20 Oktober 2009

Bahasa Mempermainkan Perasaan

tahun tu tahun ke 2 atau ke 3 aku berada di Terengganu. Mula-mula aku ada hajat dan pindah dari Terengganu tapi bila pikir-pikir tentang syoknya layan pantai maka aku ambik keputusan untuk rilek-rilek dulu.

satu hari aku pergi mesyuarat kat Kg. Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kalau korang nak tahu kg ni sekarang terkenal dengan projek homestay. kalau sesapa nak merasa melepak homestay boleh try tengok laman web ni.

Masa tu satu malaysia sibuk dengan program PKSN (Program Khidmat Sosial Negara). aku dengar cerita program Latihan Khidmat Negara (PLKN) model dia ambik dari program PKSN. so aku tak kisah sape punya model. janji kerja jalan siap.

so kita orang pun bincanglah pasal aktiviti-aktiviti yang yang budak-budak(peserta) akan buat selama 4 hari 3 malam di kampung tersebut. sampai satu part pengerusi majlis iaitu Cikgu Mie berkata-kata,

" masa program gotong royong ni, kita akan mintak para peserta ni letak kerek disepanjang jalan utama kampung ni "

" WTF!" aku menjerit dalam hati. masa tu aku dah kagum giler pasal aku pikir diorang nak tanam carrot tepi jalan. memang sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku tengok orang tanam carrot dalam apa-apa program. paling gemilang pun tanam anak pokok kelapa.

" kita akan mintak budak-budak ni cat kerek yang ditanam di tepi jalan. nampak lawa dan saya percaya lembu tak akan makan bunga yang kita tanam dalam kerek tersebut " sambung cikgu azmi

" faking! apa kejadahnya semua ni " masa tu aku dah keliru. perasaan keliru bermain-main di dalam hati seperti syaitan.

" mie, bende kerek tu. ko tahu tak? " aku tanya member aku jaimi yang duduk tersengih-sengih macam faham bende yang diorang borakkan tu. aku bukan apa, jaimi ni kira orang kampung aku jugak. dia budak jerantut.

" tak. aku tak tahu." jawab jaimi tersenggih-senggih

aku panas betul masa tu. rasa macam nak angkat tangan tanya soalan.

tapi aku ambik keputusan ikut tersengih-sengih macam jaimi, angguk-angguk dan bermain dengan janggut macam orang tua menerima pinangan anaknya.


*

*

*


pada hati kejadian baru aku tahu kerek tu macam telaga kecik. memang diorang letak bunga dalam telaga tu. kalau diorang tanam carrot jugak masa tu memang aku tabik spring sama orang kampung situ.

ps: kalau korang pergi kg Teluk Ketapang mesti korang jumpa kerek tersebut. pergilah melancong!

negara jahanam kerana manusia obes!

kerisauan tun mahathir tentang masalah obesiti yang melanda negara sebenarnya amat disokong sangat oleh aku. ini semua salah liberalisasi pemakanan yang melanda negara. open house mesti ada sate. kalau tak ada sate memang kodi sangat orang yang buat open house tu. mana-mana menteri yang tak buat sate masa open house senang-senang orang cakap YB cap ayam.

mahathir bercakap betul kali ni. sebab tu aku sayang sangat kat dia. sayang aku pada mahathir kerana dia telah meliberalisasikan pendidikan satu ketika dulu. orang melayu kaya kerana liberalisasi pendidikan bawah mahathir. semua orang boleh buat kolej. semua orang boleh buat instituti pendidikan. walaupun dapat gred 3 atau 4 dalam spm diorang semua boleh masuk universiti.

sebab tu kat mydin ramai tukang wang dan tukang susun barang ada ijazah belaka. paling koman ada diploma. musim sekarang siapa tak ada diploma memang kodi giler. tak percaya try tanya budak-budak yang kerja KFC sekarang. silap-silap yang tengah buat ayam goreng tu ada ijazah dalam bioteknologi kimia.

susahlah manusia obes. jangan kamu tangisi kejadian kamu. kegemukan kamu adalah beban bagi kerajaan. kamu tidak biasa mempertahankan negara. aku benci kamu manusia obes. kamu menjahanamkan negara. kamu merugikan negara. ramai pemimpin dan bekas pemimpin sedih dengan kamu. kamu hanya mengembirakan pakcik-pakcik restoran sahaja.

bersenamlah semua!

ps: www.unamerican.com ( sejak kenal internet pada tahun 1997, inilah laman web yang aku tengok sampai sekarang. yeah, power to the sticker!)

Isnin, 19 Oktober 2009

Politik Seni Yang Serba Mungkin

gambar ini jelas menunjukkan aku tidak memakai baju melayu dan aku lebih muda daripada Datuk Idris Jusoh. Nak menangkap gambar dengan pemimpin melayu ni debor dia macam nak tangkap gambar dengan Mawi.

ps: gambar siri berjalan di PWTC boleh ditengok didalam facebook. Power to the people!

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hal-Hal Melayu Baru

Di sebabkan Tun Mahathir pergi perhimpunan Agung UMNO tadi dan Tun Abdullah tak pergi maka secara autonya aku akan menulis macam Mahathir.

1. Semalam aku interview kerja. dengar cerita nak pakai 20 orang tapi interview sampai 2000 orang. apa kejadahnya ni? kalau interview 2000 orang nak pakai 500 orang pun dah kira ok. Lepas dengar cerita tu aku start baca Utusan Malaysia balik. Apa kes nak interview baca surat khabar orang putih? mana perginya melayu?

2. Tiba-tiba sebelum masuk interview aku jadi panik. macam celaka perangai. Perangai pelupa dia macam style kita cari kunci kereta atas meja sedangkan kunci kereta tu dah ada kat tangan. Macam mana aku leh lupa nama menteri belia? Soalan yang diberikan semuanya kacang-kacang tak patut. menyesal jugak aku baca Perintah Am, hafal Arahan Perbendaharaan sama semua jenis arahan kerajaan. Nak ambik PTK tak ada laa macam ni sangat.

3. Paling haru lepas interview. aku kata kat pakcik teksi aku nak pergi Novotel Hotel . cina teksi tu boleh rileks hantar aku ke Novo Hotel kat alor. nasib baik orang melayu bukan jenis manusia yang racist. orang melayu je yang betul-betul manusia yang tak ada sifat perkauman. kalau dah perkauman mesti aku dah kutuk gila-gila cina teksi tu.

4. tapi bagus jugak dia salah hantar. sekurang-kurangnya aku dapat menapak dari Novo Hotel alor ke Novotel Hotel. tiba-tiba aku rasa kalau aku dapat kerja kat KL aku mesti sihat. sebab sejak dulu aktiviti menapak di KL merupakan satu aktiviti biasa yang wajib. setakat menapak dari Pudu sampai CM dah biasa sangat. dari CM pergi Pertama/Sogo memang no hal. Menapak dari Dataran sampai pulapol pun bukan hal besar sangat. Cuma menapak dari CM ke Zoo Negara tak pernah buat lagi. so aku pikir kalau setahun kerja KL mungkin aku kurus.

5. tadi aku pergi PWTC. orang memang ramai. orang sana ramai sampai aku tengok ada sorang kakak wanita sama adik puteri boleh jalan berlaga kepala. apa kes?

6. Kuala lumpur dia punya kereta terlalu ramai. ramainya kereta ini membuatkan aku tak syok nak datang lepak KL atau bersiar-siar kat sini. sebab tu aku lari ke terengganu. sebab tukar di terengganulah maka aku jarang dengar ayat BANYAK. boleh kata orang terengganu guna perkataan ramai. lembu ramai, lalat ramai, kereta ramai dan sebagainya. perkataan banyak hanya didengar bila kita banyak makan nasik. contoh ayat, " banyok mung makan nasik hari ni bosss..."

ps : power to the people!

Selasa, 13 Oktober 2009

Bahasa Mempermainkan Jiwa - Part 1

satu petang dalam satu perjalanan balik kerja dari Marang ke Kuala Terengganu bini aku call aku. Biasanya petang-petang ni kalau bini call maknanya dia akan pesan bende-bende yang runcit dan ringan macam roti, pisang, roti canai, air kotak, ribena, gula, sedikit garam dan sebagainya.

so ramalan aku tepat belaka.

" abang, tolong belikan mee sup kat cabang 3 tu. beli laa 3. boleh ramai-ramai makan. hok yang punya jangan letak cambah "

" ok " jawab aku rileks lalu meletak telefon.

5 minit kemudian aku terpikir sesuatu. masa tu dah sampai kedai. makcik cabang 3 ada depan mana.

" Cambah? WTF? bende cambah ni? " aku bercakap dalam hati. nak call bini malas sebab telefon ada dalam kereta.

" ye dik, nok gape? "

" mee sup 3. "

.

.

.

nak-nak maghrib bini aku membebel sambil buang touge dari mee supnya. mana laa aku tahu...

Isnin, 12 Oktober 2009

Kelas Menari

ok serius. ok serius. ok serius. sepanjang aku belajar kelas menari aku serius tak pernah dengar pasal tarian pendet. cikgu menari aku pun tak pernah ajar pasal tarian ni.

persoalannya adakah mamat punggung hitam yang membuat iklan perlancongan ini sakit otak? adakah orang gomen yang kerja dalam bab-bab perlancongan tak tengok iklan ini? adakah kerana ura-ura mengatakan bonus tak ada dalam bajet 2010 tahun ni menyebabkan orang gomen tak serius dalam hal-hal ini? adakah kerana terlalu banyak pilihanraya? adakah kerana satu jari yang menunjuk orang tapi empat jari yang menunjuk diri sendiri menjadi punca kepada hal ini? kenapa orang-orang discovery channel tak merujuk kepada orang-orang malaysia? adakah discovery channel dah cukup cerdik dalam hal ini? adakah discovery channel merupakan agen yahudi untuk memecahkan belahkan kehidupan rakyat di Nusantara lalu mereka dapat menempatkan askar-askar perang di kawasan ini dan seterusnya dapat mengepung negara china dari arah nusantara?

adakah mereka mengikut perangai james brooke yang menulis kepada ratu england satu masa dulu dan menuduh orang-orang melayu sebagai bapak-bapak lanun dan penganas dan menghalang usaha Inggeris untuk ke Kota Batu di China? dan tiba-tiba james brooke menjadi rajah sarawak. adakah boss discovery channel ini mahu menjadi raja? adakah ini satu konspirasi antarabangsa untuk memecahkan nusantara raya lalu menghalalkan pembunuhan sesama rumpun? mengapa jose rizal berbangga dengan darah melayunya? mengapa isa samad boleh menang?

mengapa kelas menari aku naik yurannya selepas isu tarian pendet?

Sabtu, 10 Oktober 2009

Bukan Jeritan Akordian Tua

sejak dua menjak ni aku kerap ke wikipedia. boleh kata hari-hari layan wikipedia. aku sedang dan tengah study tentang sejarah semua agama, hal-hal kejadian manusia dan perciptaan Adam dan Hawa dari pelbagai perspektif agama dan fahaman, hal-hal azazil, jibrail/gabriel dan malaikat yang lain, tentang Taman Eden/Garden of Eden/ Taman Firdaus dan sebagainya.

selain daripada Bahasa English, banyak daripada maklumat disana ditulis dalam Bahasa Indonesia. di mana perginya Bahasa Melayu?

Menyedihkan. Kita tak serius dalam penterjemahan. Orang-orang indonesia walaupun mereka selalu kelaparan, tak cukup makan dan kadang-kadang tidak rasional dalam tindakan, tapi mereka cukup serius dalam hal-hal ilmu pengetahuan. mereka prihatin dan murni dalam hal-hal perkongsian ilmu pengetahuan.

aku teringat dengan novel Ayat-Ayat Cinta. Pemegang watak utama dalam novel tu mencari pendapatan dengan menterjemah kitab-kitab yang ditulis dalam Bahasa Arab ke Bahasa Indonesia. Itu mahasiswa Indonesia, mahasiswa Malaysia?

dan orang-orang kita di malaysia cukup berbangga dengan Insititusi Terjemahan Negara Malaysia. Lalu dengan bangganya Insititusi ini menjual buku penterjemahan dengan satu harga yang agak mahal dan bagi mengalakan rakyat membeli buku penterjemahan maka di buatnya pertandingan menjawab soalan dengan hadiah sebuah kereta Myvi.

tahniah kepada pemenang kereta Myvi tersebut.

ps: Wikipedia dulu Persatuan Penterjemah Malaysia. People not profit!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Jika aku dah quit hardcore-sxe-youthcrew, apa kejadahnya lagu Dr.Alban - No Coke menjadi siulan hari-hari....

yeah! i've got a straight-edge!



ps: pernah beli kaset cetak rompak Dr.Alban dulu-dulu.

Selasa, 6 Oktober 2009

Meter Istiqamah

masjid dah kurang orang, isyak pun tak sampai 2 baris. masa ramadhan itu hari ramai bukan main. kat radio dan tv masa ramadhan itu hari boleh layan cerita-cerita agama ini siang dan malam, tapi sekarang kalau nak layan hal-hal agama dengar radio IKIM dan kalau radio lain boleh dengar hal agama petang-petang dalam pukul 6 petang. tapi ada satu kes aku dengar terengganu FM malam-malam ramadhan still lagi ada lagu-lagu rock. tak kisah laa joni, radio korang.

dalam hal solat aku dapati solat aku dah tak ikut waktu sangat. kalau lepas maghrib ada bola mungkin lepas habis bola baru sembahyang isyak. masa ramadhan itu hari rasanya boleh juga kadar cepat aku tunaikan sembahyang. tapi sekarang macam buat hal sikit.

bab gaji quran pun dah jarang-jarang berlaku. nak habiskan satu muka sehari pun cam susah jee. baca buku dan buat blog tak ada hal pulak.

adakah ada setan baru yang kuat tiupannya atau nafsu sendiri yang kuat dendamnya? aku tengah pikir ni...

aku pikir meter istiqamah aku macam ada rosak sikit. jika anda sedemikian rupa marilah kita sama-sama memulihkannya kembali.


ps: baca ini untuk membaiki meter istiqamah anda.

Isnin, 5 Oktober 2009

Meter Kelajuan Internet

walaupun tahun dah nak masuk 2010 masih lagi terdengar bunyi-bunyi sumbang, rasa tak puas hati, sakit hati, maki hamum sama pengusaha-pengusaha talian internet seperti...

" apa kejadahnya streamyx ni lembab nak mampus! macam kura-kura, bayar dah laa mahal! perkhidmatan macam celaka. celcom/maxis bb ni apa kejadahnya asyik terputus-putus, apa kejadahnya lembab ni bla..bla..bla.."

nampaknya sudah tiba masanya untuk parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan datang membuat janji sedap kepada para pengguna teknologi maklumat yang sudah pasti akan mengundi mereka jika parti politik membuat janji seperti...

" undilah kami. jika kami menang pilihanraya nanti kami akan pastikan seluruh penduduk akan menikmati kemudahan internet percuma. kami akan pasang sistem wireless kat puncak bukit dan semua akan menikmati internet percuma. semua akan dapat memuat turun lagu raya secara percuma, mendownload cerita-cerita filem secara percuma. takpayah pergi bank, takpayah pergi pejabat pos, bayar bil kat internet, bayar saman kat internet, main poker kat tagged, bersosial di facebook dan sebagainya. undi kami dan anda akan menikmati internet percuma! power to the people!

ps: di jangkakan setiap bayi yang akan lahir selepas tahun 2020 akan dikenakan yuran wireless. Selamat datang ke dunia teknologi!

Sabtu, 3 Oktober 2009

Meter Air

hal-hal air sekarang jadi isu untuk diborakkan. kalau duduk melepak dengan orang perseorangan dan jugak pihak surirumah, salah satu isu yang banyak diaorang bualkan ialah alat penapis air.

kalau aku ni pengurus syarikat air atau kerja kat loji air memang boleh kena darah tinggi. bab-bab tentang tak berkualitinya air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh pihak berwajib ini memang selalu dibincang, dikutuk dan diumpat.

" klorin banyak. air berkarat. banyak mineral terlarang. boleh kena penyakit. air tak bersih. warna kuning. rasa masam. air banyak kuman. bla..bla..bla.. "

sudah tiba masanya untuk mana-mana parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang membuat satu manifesto khas berkaitan dengan hal air ini dengan bunyi,

" jika tuan puan mengundi parti kami, maka kami berjanji untuk membekalkan air yang bersih, tidak banyak klorin, banyak mineral yang menyihatkan, berkualiti, sedap dan boleh diminum terus. Kami akan pastikan tuan-tuan tak perlu membeli alat penapis air di rumah. Undilah kami! Power to the people! "

ps: kalau ikut formula kimia air tu H20. maknanya ada 2 hidrogen sama 1 oksigen. kalau syarikat penapis air tu kata penapis air dia menghasilkan lebih banyak oksigen dalam air dia maka aku pikir apa yang aku minum tu bukan air. apa kejadahnya?