Isnin, 5 Oktober 2009

Meter Kelajuan Internet

walaupun tahun dah nak masuk 2010 masih lagi terdengar bunyi-bunyi sumbang, rasa tak puas hati, sakit hati, maki hamum sama pengusaha-pengusaha talian internet seperti...

" apa kejadahnya streamyx ni lembab nak mampus! macam kura-kura, bayar dah laa mahal! perkhidmatan macam celaka. celcom/maxis bb ni apa kejadahnya asyik terputus-putus, apa kejadahnya lembab ni bla..bla..bla.."

nampaknya sudah tiba masanya untuk parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan datang membuat janji sedap kepada para pengguna teknologi maklumat yang sudah pasti akan mengundi mereka jika parti politik membuat janji seperti...

" undilah kami. jika kami menang pilihanraya nanti kami akan pastikan seluruh penduduk akan menikmati kemudahan internet percuma. kami akan pasang sistem wireless kat puncak bukit dan semua akan menikmati internet percuma. semua akan dapat memuat turun lagu raya secara percuma, mendownload cerita-cerita filem secara percuma. takpayah pergi bank, takpayah pergi pejabat pos, bayar bil kat internet, bayar saman kat internet, main poker kat tagged, bersosial di facebook dan sebagainya. undi kami dan anda akan menikmati internet percuma! power to the people!

ps: di jangkakan setiap bayi yang akan lahir selepas tahun 2020 akan dikenakan yuran wireless. Selamat datang ke dunia teknologi!

4 ulasan:

Bobo Brazil berkata...

sedap jugak janji macam tu. maju dan kehadapan!

paiseh berkata...

gua syk banyak betul juga lah usul pesen gini~

terra berkata...

celcom broadband ? keh tengah tunggu masa je nak tukar ke Astro !

p/s keh dah buka blog baru lar... sedar x sedar tu dah tak sedar terus ...kikikiiii...

melayu lembab berkata...

dengar cerita penang tengah usaha nak kasi wireless free satu negeri.