Isnin, 2 November 2009

SRK Clifford, Kuala Lipis Batch 4-5 Bendahara 89/91 Reunion

sekarang dalam facebook cikgu rohaya cadang nak buat reunion untuk budak darjah 4-5 pada tahun 1989 hingga 1991. ini cerita belas-belas tahun lepas. teacher marlene mungkin tak dapat datang sebab dia nak pergi europe. mrs tan choon yang dulu selalu marah aku sama tak kasi aku pakai pen dan selalu bersyak was-sangka negatif kat aku sekarang ada kat USJ. dia mesti dah tua dan sedang mengamalkan tai-chi kat rumah. tapi tak syok sebab mr pang tak ada. kalau ada boleh gak cerita-cerita memori pasal dulu sipi-sipi nak kena lempang pasal tak hafal sifir 3. guru besar aku cikgu zubir still aku ada aku tengok kat cheneras jaya. aku ingat dia dah jadi YB.

tahun depan anak aku damia masuk sekolah tadika. sekarang aku tengah buat facebook untuk damia, takut-takut 20 tahun akan datang ada pulak reunion untuk batch tadika kg sekati, kuala terengganu untuk tahun 2010 . mana laa tahu.

aku dah kagum sama facebook.

4 ulasan:

iyan berkata...

woi!
gua teringin nak jumpa cikgu pang...
banyak betul gua dengar cerita brutal dia tu...

aida cy berkata...

jangan main2
mak aku umur baru 60 tahun.
pukul tujuh pagi call bukan nak tanya subuh ke tak lagi..

" adik,balik nanti buat fesbuk tok ma,kawan ma nak chat ngan ma la"

hehe.BAby boomers tol la mak aku..

Amar Amir berkata...

iyan,mr pang dah mendiang beb.gua sebak juga teringat dekat dia ni.

meor saiful rizal berkata...

mase tu mesti ade facebook yg lebih canggih dr skang..
ntah2 dah tadek dah fb nie..