Khamis, 29 Disember 2011

My Life Is My Parent's Biggest Television

Damia masuk darjah satu, tiba tiba gua panik...power betul

Notakaki: tak turun 5 kilo gua tak update blog!!!

Jumaat, 16 Disember 2011

Memori PUNK lama

Itu hari boy disaster funhouse ada datang terengganu. Disebabkan terengganu tu luas maka akan aku perincikan yang aku jumpa boy kat Kuala Terengganu. Untuk makluman anda Kuala Terengganu merupakan salah satu ibu negeri yang masih lagi tiada panggung wayang.

Disaster funhouse merupakan satu band hardcore yang paling power kat malaysia. Sape kata dia hardcore pastu tak kenal band ni aku tak reti nak cakap apa. Turut turun melepak ialah 2 orang punk lama yang duduk di Kuala Terengganu.

Masa kita orang lepak itu hari perbualan kitaorang lebih kepada memori-memori lama pasal scene punkrock sama hardcore. Daripada cerita lama kitaorang cuba jejaki manusia-manusia yang memeriahkan scene lama dulu-dulu dan apa diaorang buat sekarang.

Pung pang gua sebut nama taja yang sekarang dgn meetunclehusen, pung pang pasal fida lepak france tak balik2 malaysia, pungpang lagi, pasal mamat masuk tasawuf, pung pang pung pang pasal budak- budak lain lepak finland tak balik, pasal mamat hc yang jadi org power dalam penulisan akhbar dan lain-lain.

" ha, ada seorang lagi lupa nak sebut..." aku kasi tambah

" ha, sape apex? " boy tanya

" firdaus abdilah. Dia pakai nama pp buat zine hilang punca, budak hardcore, sekarang ni jadi blogger terkenal..power...pungpangpang (gua
kasi tambah lauk)..."

" gua tak kenal pekkk..." boy buat muka keliru.

Budak punk yang dari terengganu dia punya muka lagi powernya keliru.

Aku tersipu malu lantas tukar cerita hal lain. Masa tu aku tengok pp kecik jee. Bikin malu persekutuan hardcore lipis.

Sabtu, 10 Disember 2011

basikal bukit

tadi gua join satu program berbasikal. Program ni umno kawan gua yang buat. Skrg ni gua tak peduli mana dgn kata- kata pakatan rakyat. Berita berita diaorg mcm gampang. Itu hari masa hari belia kat putrajaya ada ke harakahdaily ckp hanya puluhan ribu sahaja yang hadir. Banggang habis berita tu. Mungkin dia belajar dari utusan melayu agaknya.

Tadi lagi power, kampung gua dah masuk isyak. Kampung sebelah masih lagi dok ceramah marah ke kerajaan. Start maghrib dah ceramah agama politik ni. Hilang perasaan gua nk mkn nasik goreng usa tadi.

Pasal basikal bukit gua cerita esok la. Gua hilang perasaan ni...

bangkit belia bukit

Jumaat, 9 Disember 2011

Cuti dalam hujan.

1. Gua sebenarnya tengah buat satu genjatan. Genjatan ni kira protes terbesar dalam hidup gua. Selagi berat gua tak jatuh dalam 2 kilo gua mmg malas nk update blog. So skrg ni mcm dah jatuh dua kilo. Kiranya gua dah kurus skrg.

2. Itu hari dalam 24 november kira ulangtahun perkahwinan gua. Macam biasa gua dah lupa. Gua steady jee ni.

3. Sebenarnya ahli keluarga gua yang lain mcm adik adik gua ni gua lupa tarikh lahir diaorang, bukan apa tok gua kat kampung gua syak tak ingat mana tarikh lahir adik dia. Kira seri laa main bola.

4. Menjadi betul hujan itu hari. Banjir dia tak laa power mana. Tapi dia punya power sampai kajang banjir. Gua kesian ke pegawai kebaikian daerah sana nak jawab macam mana kat pegawai daerah?

5. Sebenarnya gua sibuk dengan fm2012. Power jugak dia punya menu. Power laaa( gua ckp sekali je)

6. Semua budak budak buat blog dah kuar buku. Pp dah jatuh miskin. Kedai burger dah tutup. Gua nak kutuk lebih lebih takut dia kecil hati. Budak belia melayu kekadang ni gua tak reti jugak dia nak bende...

7. Tadi gua pikir LIMA ni patut buat kat lipis. Tapi biar scene kereta kebal jee laaa...

8. Lepas tu gua pikir balik macam mana org lipis boleh mkn sotong sedangkan kat lipis takada laut. Magic giler kan?

Isnin, 21 November 2011

Bibir Ceri Melati

jika kamu, ye kamu. saya katakan kepada kamu sekiranya kamu percaya apa yang kamu percayai sekarang maka kamu kena teruskan apa yang kamu percayai.

jika kamu percaya pada Tuhan yang satu dan kamu percaya akan manusia-manusia yang diutuskan oleh Tuhan untuk menyampai kebenaran maka kamu kena teruskan.

satu lirik yang terbaik dari kumpulan primary daripada lagunya yang bertajuk bibir ceri melati ialah ayat " semuanya akan kembali sempurna.."

sebab itu jika kamu percaya apa yang kamu sedang anuti sekarang kamu harus teruskan jua dan janganlah kamu " jangan henti tersenyum, jangan henti bermimpi dan jangan kamu henti berharap "

kerana ayat " kalau aku tahu.." itu tidak berguna lagi.

kamu harus percaya apa yang kamu harus percayai.

sedar

tanpa disedari oleh sesiapa aku tersedar. kesedaran ni memuncak bila aku dapati bahawa aku tidak punyai kesedaran.

kesedaran ini wujud apabila manusia seperti kau dan aku tidak sedar yang betapa pentingnya kesedaran. tanpa kesedaran nilai-nilai yang sepatutnya dipunyai oleh manusia sepatutnya dihargai dengan penuh rasa kesedaran.

aku sedar bila ada hujan rintik-rintik berbunyi atas atap yang menghasilkan,

"tap...tap..tap...tappp..."

aku sedar kerana aku tertidur tadi.

notakaki : kerja yang palat akan jadi sedap jika kita sedar bahawa " kerja yang palat itu sedap"

Politikoi Anakoi

OI!

tak sangka juga dengan kicauan palsu suara burung dari pembesar suara disatu rumah burung ditepi sebuah sungai kecil yang bernama Sekati berjaya menipu dan memperangkap burung-burung walit ini untuk singgah disitu.

tetapi terperangkapkah burung walit itu? tidak! kerana mereka tetap terbang bebas jua.

OI!

suara-suara ahli politik yang berteriak semalam yang memulakan isi ceramah mereka dengan kata-kata puji kepada Allah dan Rasul berjaya menipu dan memerangkap manusia-manusia yang berada di satu kampung yang bernama Sekati.

tetapi terperangkap manusia itu tadi? tidak! kerana mereka tetap boleh terbang bebas jua.

OI!

manusia berpolitik! dan manusia adalah haiwan yang berpolitik. tapi awas dengan politik pembesar suara. anda terperangkap tetapi anda bebas terbang jua.

OI! oi! OI!

Ahad, 20 November 2011

politiko anakis

saban hari manusia memperkatakan tentang politik. situ sini. sana situ. sana sana. sini sini. dari sabah sampai perlis dan dari perlis sampai kepulauan belah hulu alih atartika dok cerita pasal politik.

kat eropah orang kecoh pasal banyak nak bangkrap. jarang sekali gua dengar cerita pasal negara bangkrap. kat area negara-negara arab, sosialisme-arab gagal. negara. macam mesir dan negara yang sedap macam libya hancur. kehancurannya cukup membimbangkan mamat-mamat arab dia arab saudi. sebagai manusia gua sebenarnya agak risau jugak dengan suasana ala akademi fantasia yang berlaku di dunia ni.

(bersambung, entah apa2 komputer ni. taip sikit lepas tu ayat dia pergi sambung kat tempat lain..)

Jumaat, 11 November 2011

matahari dan bulan

hari ni matahari cantik. terang, panas dan sedap. bulan mengambang cantik, comel dan sedap.

orang kata lepas ni hujan datang dengan power sekali. steady semua.

Sabtu, 5 November 2011

raya Haji

gua sebenarnya tidur petang tadi lepas jumaat. tak syok sangat pasal tadi termakan bende pedas. dia punya angin satu macam rasa tak sedap badan.

sekarang ni gua layan ping pong sambil pikir kenapa time raya haji ni astro start promosi pasal pontianak.

giler ke apa?

Khamis, 3 November 2011

Kena tipu tengok bola

itu hari aku ada borak sama beberapa otai bolasepak. memang otai habis.. jenis sekarang ni rambut panjang lepas leher. boleh kata memang kaki bola.

biasanya perbincangan tentang kekalahan terengganu kepada negeri 9. semua rileks jenis tak ada kecewa tak ada menangis. tenang macam tak ada apa-apa berlaku.

borak punya borak punca borak masuk bab judi dan bolasepak. masuk bab bookie. masuk bab scene rasuah. masuk bab-bab muka pemain kaki rasuah.

sekarang ni nak main football manager 2011 pun tak semangat mana. apa tah lagi nak tengok sukan sea nanti..

giler kena tipu.

Selasa, 1 November 2011

Hilang

Banyak bende yang hilang..paling gua miss sekali ialah cahaya matahari...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Lagu Bolo PES 2012

setakat semalam ni laa lagu paling buat gua melompat semasa main PES2012. muzik dia ada macam "crust" sikit. lu orang layan crust tak? gua sebenarnya tak laa reti sangat bab2 muzik gini. tapi sedap. suara mental yang dilajukan. kod muzik dinaikkan dan dijadikan sebagai vokal kedua dalam lagu ni. gua syak tak lama lagi ada laa muzik-muzik gini kat Malaysia. PES2012 ni wajib main. FM2012 pun wajib jugak. tak main kodi. layan weh lagu ni.

Ahad, 16 Oktober 2011

Stadium Bola

sebenarnya gua into stadium ni sejak kecik lagi. tapi tak true mana sebab gua duduk lipis sama cameron highlands. kat sana mana ada stadium. pengalaman pertama gua lepak stadium ialah semasa satu sukan SEA tahun apa entah. masa tu gua sekolah rendah lagi. pergi pulak rombongan sekolah. sedap jugak pergi stadium merdeka masa tu.

gua serius tengok bola ni masa start kerja gomen sekitar waktu tahun 2001. masa tu gua ada sorang geng yang suka sangat tengok terengganu main. mula-mula gua pelik jugak sama mamat ni. walaupun dia cakap loghat kelantan tapi dia into team terengganu. rupanya dia orang besut. gua pun ingat besut dulu negeri kelantan yang punya.

so sejak 2001 sampai sekarang ni gua kira sokong terengganu laa. lu bayangkan gua sokong terengganu sejak zubir jadi keeper sampai laa zubir sekarang ni jadi jurulatih keeper. nampak tak power gua?

paling power gua sokong liverpool walaupun gua tak beranak kat liverpool. kiranya semua orang malaysia ni tak laa kukuh jatidiri diaorang semua. yang sokong man united tu mula-mula gua ingat kena beranak kat man united. tapi tak sebenarnya...

Khamis, 13 Oktober 2011

Kuntum-Kuntum Bunga Palsu Trafik Light

aku tak tahu nak cakap macam mana lagi ni. ada satu tempat namanya simpang trafik light Ajil. kat situ ada kuntum-kuntum bunga palsu yang hidup pada waktu malam. palsu tapi lawa giler.

bunga api ni jadi lawa apabila dicampur dengan sinaran neon. memang lawa. kekadang macam pokok krismas. ada satu malam tu aku balik lewat sikit. disebabkan lawa maka aku nyaris-nyaris langgar trafik light.

kecantikan itu kekadang satu kepalsuan mata. bende ni bahaya. paling bahaya bende ni subjektif. cantik bagi aku, tapi tak cantik bagi kau, comel bagi kita tapi tak comel bagi mereka.

kekadang bende ni persepsi. kalau ada 24 juta rakyat malaysia kita mungkin jumpa 24 juta persepsi manusia. contohnya semalam, aku belajar satu bende dari Maharaja Dr Rizal, dia kasi ceramah pasal Kuasa Minda. memang power, disebabkan power, lepas setengah jam dia kasi ceramah aku keluar. nampak tak power kuasa minda aku?

paling power semalam aku layan NatGeo tajuk Nomad Bear/bear Nomad apa entah tajuk dia. memang power, paling power tentang Alaska. tiba-tiba semalam aku pikir pasal misi aku jelajah dunia. misi tu dah aku gerakkan sejak tahun 1997. lepas kerja gomen tahun 2001 sama kahwin pada tahun 2004 misi jelajah dunia ni macam senyap jee.

ini semua persepsi. ini semua kuasa minda. tapi kekadang aku pikir ni semua angan-angan. kuasa minda melayu ialah angan-angan.

pagi ni aku bangun tidur sambil ingat hari ni hari Rabu. power betul kuasa minda ni...

Rabu, 12 Oktober 2011

Kuntum-kuntum Bunga Trafik Light.

sekarang ni gua ada hobi baru. hobi baru gua ni kira bahaya jugak. sekarang ni gua suka sangat tengok bunga yang orang tanam kat trafik light. bila nak sampai trafik light gua akan line kiri dan bawa slow-slow sambil berharap lampu merah menyala. scene ni memang bahaya dan gua harap jangan ada sesiapa berani tiru aksi gua ni.

pagi tadi gua tengok satu bunga ni. gua rasa bunga ni takada kat Malaysia. mesti import luar negara. paling power, dalam keadaan trafik light yang lama gua nampak banyak lebah-lebah menghisap bunga. power giler. pagi tadi kira pagi yang romantik. nak update dalam facebook pakai bb ni macam kodi pulak rasanya. kalau dah update memang balas nak tulis dalam blog.

steve jobs? bagi gua dia manusia kreatif. tapi sebenarnya gua tak laa kenal mana sangat dia ni. sebenarnya produk dia mahal. tapi power. produk pertama gua pernah beli dengan apple ialah iphone, ipad, ipad2 dan ipod nano. paling power ipod nano. kononnya beli nak buat jogging tapi last2 ipod nano tu hilang entah kemana. nak beli mac mahal tak patut. kesimpulan bagi gua ialah duit yang banyak takleh nak beli kesihatan. kata seorang orang tua yang gua kenal, " duit banyak tak guna kalau tak sihat.."

ok. gua nak start jogging balik!

Jumaat, 30 September 2011

Gua OK

Gua sekarang berada di hospital besar Nur Zahirah Terengganu. Sebagai generasi ulul albab hubungan gua dengan hospital kerajaan sebenarnya amat baik. Bagi gua mengswatakan sistem kesihatan merupakan satu hal yang tidak boleh dikompromi. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Sebab tu gua tolak anarchy. Hanya yang banggang simpul otak dan pikir pendek jee terima anarchy.

Ok. Ni 1st time gua masuk wad. Paling power gua tak cerita hal ni kat sesape. Cuma orang orang yang call gua dan cari gua jee gua cerita. Yang lain takpe. Sebenarnya tidur kat wad marhain ni sedap jugak. Kat sini gua dapati bahawa kita perlu berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. Paling power anak tu ok dan sedar besarnya tanggungjawab anak kepada orang tuanya.

Contoh paling sedap pagi tadi. Seorang anak yang bekerja sebagai orang gomen mintak ayahnya ditukarkan ke wad yang lebih sedap. Gua bangga dengan mamat tu. Paling sayu gua tengok tadi seorang mak tengah tunggu anaknya yang sedang sakit. Mengalir jugak air mata gua dalam hati. Tapi yang paling power gua tengok layanan abang polis dan abang penjara terhadap mamat-mamat penjara yang sakit.

Kerajaan malaysia tak power lagi ke apa?

Khamis, 29 September 2011

Gua OK

Gua sebenarnya dah lama tak bukak laptop. Fb pun pakai telefon yahudi. Update blog pun pakai ipad yahudi. Gini laa senang cerita, realpolitik kat malaysia mmg tengah sedap sekarang. Sebagai individu yang jarang tengok buliten utama sama baca utusan malaysia, gua rasa politik pembangkang ni dah membanggangkan fikiran gua sejak 1997 lagi.

Maklumlah darah anak muda. Dah laa punk, persatuan mahasiswa islam u pun gua join. Gua join persatuan ni pun sebab calon belah satu lagi tu kuat main mesin kuda. Tapi gua tengok pemikiran kumpulan mahasiswa ni pun dia punya visi tak power mana, lepas anwar kena pecat tak ramai nk join persatuan ni.

Yang anwar pun satu hal. Sejak 1997 gua mmg tak caya langsung yang anwar terlibat dalam hal- hal mungkar macam orang tuduh. Maklumlaa idola para pelajar, baca khutbah jumaat dan paling powet ayat-ayat dia dalam belanjawan menjadi ikutan gua di bibir.

Tapi mat sabu dah panggil anwar sheikh aljuburi dah lama dah. Gua rasa gua dengar gelaran ni sejak tahun 1996-7 Memang power laa mat sabu ni. Memang gua marah habis dengan mat sabu. Abah gua sebagai sb pun kekadang cakap mat sabu ni dia punya ayat pun power. Ada seorang kawan gua bawa satu kaset ceramah mat sabu masa kat mrsm dulu. Masa tu mmg gua layan mat sabu dari belajar add math dan kimia.

2011??? Gua caya sama mat sabu pasal aljuburi tu. Kah kah kah...bab komunis gua rasa mat indera tu tak power mana....

Rabu, 21 September 2011

Rokok Hospital

Semalam masa aku pergi hospital aku ada jumpa 4-5 orang budak budak MRSM Kuala Berang sedang menunggu untuk membuat pemeriksaan doktor. Yang paling power semua muka sihat. Nak kata sakit nampak semua jenis boleh bergurau sambil tunggu doktor.

Tiba tiba aku teringatkan kenangan sedap pergi hospital Kulim masa belajar dulu. Sebagai sebuah pusat pengajian yang bertarap antarabangsa tidak boleh dinafikan bahawa mrsm penyediaan pengangkutan van untuk pergi hospital pada waktu pagi dan petang. Selalunya dengan berkat kerjasama kawan kawan sekelas dan wajah menipu dan muka kesian kepada kerani sekolah maka secara auto aku akan pergi hospital dengan jayanya.

Sebenarnya tujuan utama outing hospital ni adakah disebabkan bekalan rokok telah habis. Biasanya aku akan pergi pada hari hari isni tak pun rabu. Kedudukan hospital kulim dengan kedai makan yang menjual rokok adalah dekat sekali. Kekadang dengan steadynya ada 2-3 rokok yang berjaya diseludupi.

Sehubungan dengan itu aku dengan tegasnya mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk menyediakan seorang pegawal keselamatan pangkat kapten dan seorang guru gred 44 untuk mengiringi pemergian pelajar pelajar sakit ke hospital. Ini bertujuan mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berulang seperti penyeludupan rokok dan dating dalam van maktab..

Selasa, 20 September 2011

Muka buku

Tadi aku pergi hospital. Tujuan perginya adalah untuk memeriksa kesihatan. Memeriksa kesihatan ni sangat penting dalam kehidupan ni. Open house kerajaan sekarang ni betul2 banyak. Tadi paling power pergi open house pejabat hutan. Dia punya bajet satay untuk sorang dalam 5 cucuk. Power betul.

Aku cheak darah aku ok. Kencing manis ok. Yang tak ok cuma scene angin dalam badan. Paling power tengok komputer sekarang ni tak boleh sangat. Bayangkan sejak tahun 1996 sampai 2011 ni mana pernah satu hari tanpa komputer. Mata pun berbulu tengok nadir bumi yang bernuklear. Aku ingat nak stop kejap lepak depan komputer dan fokus pada scene baca buku sambil tangan letak kat dahi.

Scene baca buku sambil tangan lekat kat dahi merupakan scene orang revolusi membaca. Para ulamak tak baca buku sambil baring aku rasa. Paling sopan pun bersandar sambil membaca. Aku sebenarnya tak rasa sedap mana kalau membaca sambil duduk. Membaca paling sedap memang sambil baring. Tapi itu hari aku try baca buku Bimbingan Mukminin sambil baring. Tak dapat feeling pasal bagi aku buku-buku agama ni elok kalau dibaca sambil duduk.

Muka buku aku ingat nak fak esok lusa tapi sejak ada ipad ni aku bermuka buku sambil baring dan tangan letak kat dahi. Revolusi betul pengguna pad pad yang bertab ni.

Jumaat, 16 September 2011

Hari Malaysia

Biasanya dulu-dulu masa zaman gua muda Hari merdeka mesti ada gig. tema dia power-power. gua tak tahu laa sama ada gig sekarang ikut tema. paling power gig pernah gua pergi ialah gig tema valentine. power tul.

harap-harap gig tema hari malaysia boleh buat bagi meraikan mansuhnya ISA. ni cadangan gua pada punk rocker yang ada. gua sebagai orang main golf sekarang ni tak laa menjadikan ISA ni sebagai satu hal sangat.

Selamat Hari Malaysia semua.

Khamis, 15 September 2011

Kontraktor Muda Firdaus

Pada satu hari dalam tahun 2004 sedang aku kucar kacir dalam hidup selepas kena rompak di siang hari, aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat baik yang berasal dari Kuala Lipis. Sahabatku ini merupakan rakan sepermainan dalam bolasepak, pelajar sekolah sains dan merupakan seorang pelajar lepasan institut teknikal daripada sebuah kolej swasta terkenal.

" hello, assalamualaikum abang Sham. Abang Sham ada Terengganu ke? Saya cadang nak pergi Terengganu ni. Ada kursus untuk ambik lesen kelas f. Kalau boleh nak tumpang rumah abang Sham. Itupun kalau abang Sham sudi terima saya. Saya sampai pagi esok, abang Sham boleh ambik saya tak?"

" hello. Waalaikum salam. Oh Firdaus. Alhamdulillah sihat. Abang sham memang ada sini. Apa? nak datang? Datang jee lah. Lagipun dah lama kita tak jumpa. Tak ada orang rumah ni. Datang ramai pun takpe. Tidur sini tak? Oh kursus tu. Bagus lah. Kursus kat sini memang berkualiti. Sampai bila? Ok. Sampai nanti call "

Maka pada hari itu dalam tahun 2004 datanglah Firdaus ke Terengganu. Gayanya betul-betul seperti kontaktor kelas f yang berjaya. Baju kotak - kotak cap polo, seluar slack kemas dan rambut pendek yang jelas menampakan telinganya yang capang dan nampak seperti seorang pemuda belia yang mempunyai otak yang geliga. Manusia telinga capang dengarnya mengikut pakar motovasi adalah seorang pendengar yang baik.

Maka selesai kursus tersebut Firdaus pulang kerumah aku dengan satu perasaan yang bersemangat. Umpama orang melayu mendapat projek jalan 10km. Maka berboraklah kami pung-pang-pung-pang tentang masalah orang melayu, tentang usahawan belia, senario masalah ragut yang membimbangkan dan peranan politik dalam pembentukan negara bangsa.

Maka malam tu aku mengantar Firdaus ke stesyen bas. Maka aku pun sempat berpesan ke Firdaus.

" dapat projek nanti jangan lupa bayar zakat. Solat dhuha jangan tinggal. Kalau buat projek jalan kampung jalan lupa kasi sikit pada JKKK. Kalau berjaya nanti jangan lupa abang Sham kat Terengganu"

"Insyallah" lantas sebelum balik dihadiahkannya kepada aku sebuah topi yang biasa orang pakai kalau masuk tapak projek.

Sejak daripada itu dengar cerita Firdaus dah keluarkan dua buah buku dan satu majalah hiburan. Firdaus juga sibuk berlakon dan sedang menempatkan dirinya dalam arena ART.

Rabu, 14 September 2011

Batu Kurap

" kau pasti? "

aku pandang tepat wajah Ahmad Johari.

" aku pasti sangat Sham. Kalau kita jumpa memang kita terbaik kat Lipis ni " Ahmad Johari cuma menyakinkan aku.

" kalau kau pasti Joe, petang ni kau tunggu tepi hospital. Aku ambik kau." aku kasi harapan pada Ahmad Johari.

" kau datang dengan apa Sham? Naik bas Jelai ke Lee Siong? "

" Bapak aku beli basikal kat Singer semalam. Basikal ni ada tempat duduk belakang. Kau jangan bimbang, kau tunggu tepi hospital. tapi kalau kau nak cepat kau tunggu kat depan Kutub Khanah. AKu boleh pinjam buku kat situ dulu. sekurang-kurangnya bapak aku tak syak projek kita ni. " aku kasi cadangan aku panjang lebar pada Ahmad Johari.

Ahmad Johari pandang aku. Bibirnya terukir senyuman. Matanya yang jernih mempersonakan.

" ok sham"




petang tu kitaorang tak jumpa ladang getah kat Batu Kurap.

Selasa, 13 September 2011

Syoba



selain Ahmad Johari, Amiruddin Kassim, Iswani Ibrahim, Nor Fariza Zaki, Rebecca, Mohd Edzuan Zubir, Nor Juhaliza, Hazalia Hassan dan Arif Faizal. Aku ada seorang kawan baik yang bernama Shahyil Syoba.

apa yang lain tentang Syoba ni ialah dia bukan sekelas dengan aku masa SRK Clifford dulu. Syoba ni kelas sebelah kelas aku. walau bagaimanapun aku sendiri tak pasti dia kelas aku atau sekolah kat SRK Wan Ibrahim.

SRK Wan Ibrahim ni sebenarnya satu sekolah yang kodi sikit sebab kalau main bola kena kongsi dengan SMK Orang Kaya Haji. Biasanya orang-orang asli dan orang kebanyakan sahaja yang sekolah Orang Kaya Haji ni.

dipendekkan cerita lepas aku menggangur dulu aku memang kacip laa sama syoba ni. paling power aku selalu ambik syoba pergi jalan-jalan. masa mengangur dulu kita orang berkongsi hobi yang sama iaitu memancing.

kenangan paling power kita orang ialah pergi memancing di Terenggun. Sebab power ialah masa tu 1st time aku dapat ikan pergi memancing. masa tu aku, syoba dan honda cup lampu petak WCL 964 aku merupakan kawan baik. paling sedap syoba selalu belanja aku rokok.

masa mengangur jugak kitaorang pernah kerja sama-sama. kerja yang paling power pernah kitaorang buat ialah buat bata. peh, masa tu memang power tangan dan lengan aku. disebabkan itu maka aku sempat kerja selama 1HARI jee dengan syoba.

sebenarnya syoba ni jenis senang untuk berbincang. paling senang ialah masa kitaorang buat kerja korek lubang pagar rumah aku dulu masa bulan pose. walaupun padeli dan pp berjanji bersama-sama mengorek lubang, tapi hanya syoba jee yang datang. sejak dari tu aku tak percaya sangat sama padeli dan pp. masa mengali lubang dulu sempat jugak aku menyumpah padeli dan pp. orang kata sumpah orang berpuasa ni masin mulutnya. tapi aku tengok sumpahan aku tu lebih banyak terkena pada pp. tengok pp sekarang, entah kenal ke tidak kerani kwsp.

sekarang ni syoba dan kahwin dengan orang utara. dia dah makin melupakan lipis. yang paling kodi sekali dia sokong arsenal. giler kodi sokong arsenal ni. rasa taknak kawan pun ada sikit-sikit.

tapi sekarang dia dah ada blog. paling power dia main kamera gantung kat leher dan tangkap gambar orang kahwin.

syoba..syoba...

ammosham

kalau tak jadi hal tema "peluru-peluru dari langit " yang bertahun jadi ayat sedap blog ni akan bertukar kepada " sekuntum bunga sakura di awan sahara"

tak pun " catatan pemuda komputer hujung kaki.."

power tul.

Isnin, 12 September 2011

Merah Sang Saka

1. sakit hati jugak gua tengok blog gua jadi warna merah ni. tapi steady jugak.

2. habis tu tanah melayu ni merdeka dari sape?

3. komunis gua memang tak in sangat.

4. art ambik gambar ni payah jugak art dia ye dok?

5. piala malaysia ni gua ingat KL menang.

Ahad, 11 September 2011

Hidup Gua dan Lu Bukan Rahsia

(gua curi dari satu blog power. www.sayaneon.blogspot.com)

gua percaya bahawa perjalanan hidup gua dan lu bukan satu rahsia. " Lahir - Hidup - Mati " merupakan satu perjalanan yang seharusnya gua dan lu tahu dan memahaminya. Setiap manusia yang beriman atau tidak beriman dengan kehidupan seharusnya sangat memahami tentang hidup ini.

gua memahami tentang hidup ini apabila gua melihat kucing kesayangan gua yang bernama Timah yang gua bela di Flat Tempoyang mati dalam keadaan yang penuh dengan rasa kesunyian. gua juga memahami kehidupan ini ada jalan akhirnya apabila gua melihat kawan India gua yang duduk di Blok B, Flat Tempoyang mati dalam keadaan menyayat hati dan gua melihat keadaan yang begitu menyedihkan hatigua di hari upacara pengebumian beliau.

gua juga amat memahami kehidupan ini apabila gua melihat Hedonisme itu bukan merupakan satu jalan yang "seronok" tetapi satu "keseronokan yang membebalkan hati dan perasaan".

gua juga faham dengan kehidupan ini apabila kebebasan itu bukan satu jalan yang "benar" dalam kehidupan. Saya makin keliru antara "keadilan", "kesamarataan " dan " kebebasan". gua faham tentang hal ini kerana keliru itu adalah punca kebenaran.

Hidup ini bukan lagi satu rahsia apabila gua dan lu, kamu dan juga mereka mampu melihat agama itu sebagai satu sumber kebenaran. Cerita-cerita tentang "kehidupan lalu" dan juga "kehidupan akan datang" dari Kitab-Kitab Suci mungkin menjadikan satu pedoman dalam kehidupan gua, lu atau luorang dan para along jua.

Hidup ini bukan rahsia lagi oleh kerana ada lampu-lampu yang menerangi hidup lu dimalam hari tapi didalam jiwa lu itu ada kekeliruan hati dimana satu hari nanti lu dan gua akan melihat kebenaran nun jauh dihujung jalan yang lu dan gua lalui.

Jumaat, 9 September 2011

hujan petang sampai...

hujan petang ni entah sampai bila. hujan petang ini mungkin sampai esok pagi. jika tak sampai esok pagi mungkin sampai petang esok.

kalau hujan petang ni sampai esok petang, mungkin air sungai akan naik. kalau naik dan melimpah sampai takat yang bahaya, kita sekeluarga mungkin pindah balai raya.

kalaulah hukan petang ni berhenti selepas isyak nanti mungkin esok naik sungai tak naik. kalau tak naik tak perlulah kita pindah balai raya.

kalau boleh biarlah hujan petang ni sampai lusa. boleh juga kita sekeluarga kebalai raya. keluarga kita, keluarga mereka, keluarga sana, keluarga sana dapat berkumpul sama. susah tentu seronok makan sardin bersama-sama.

kalau hujan petang ni sampai lusa, datang jugak nanti yang berhormat menjenguk muka. dapatlah jugak insyallah 100 dua. buat bekalan anak-anak kita semua.

tap..tap..tap..bunyi hujan petang ni..entah sampai bila...

911

Masa zaman mirc dulu gua ada kenal sorang kawan yang belajar di germany. Budak ni belajar bende gua tak ingat tapi masa tu gua chat kat #ex-mrsm. Orangnya bertudung, duduk subang jaya, bapak peguam, atuk orang kota bharu dan paling power gua chat dengan dia sampai tahun 2003.

Dipendekkan cerita, pada satu hari gua balik kerja waktu malam, masa tu gua baru start jadi mat belia dan duduk rumah anak buah tok mat kat kemaman. Balik kerja masa tu kecoh orang kata amerika kena serang. Masa tu gua keliru giler babi macsm mana amerika boleh kena serang. Masa tu pulak gua panas sama amerika dan radiohead. Radiohead masa tu ada satu lagu namanya pyramid song yang menemani tidur malam gua. Masa tu pulak rumah yang gua tumpang ni ada aircond.

Disingkat cerita, lepas kejadian tu kawan chat gua tu kabo dia dah tak start pakai tudung bila keluar jalan. Katanya orang eropah ni panndang serong sama wanita yang memakai tudung. Itu pun belum cerita lagi pasal mamat singh yang kena pukul kerana menyangka dia beragama islam.

Sebenarnya nk tulis panjang lagi ni tapi tahukah anda pakai ipad ni sebenarnya tak best mana bila nk tulis blog. Betul kata stam, ipad cuma iphone yang besar. Tapi stam lupa satu perkara, mirc lebih power dari ym sebenarnya.

Selasa, 6 September 2011

bolo lagi

sejak liverpool jadi team power ni, gua tak henti-henti tersenyum. senyum gua jadi lebar bila gua tengok ramai dah orang malaysia pakai jersi malaysia. dulu punya laa susah nak tengok orang pakai jersi malaysia. paling ramai pakai jerso sepanyol, no 2 argentina, paling power pakai jersi jepun.

sebab tu dulu gua ada membebel sorang-sorang dalam sambil maki bercakap tentang ada ke orang sepanyol, argentina dan jepun pakai jersi malaysia?

bolo ni sebenarnya permainan dia bukan laa sedap sangat pun. orang tengok bolo ini sebab orang lain tengok. lagi pun tengok bolo ini lama.90 minit. buat tarawikh kat surau biasa pun tak sampai 90 minit.

paling tak best ada asap rokok. anti betul gua dengan asap rokok. sekarang ni gua tengok adik gua jeman dan jeri dah pandai isap rokok. bende macam ni itu perangai yahudi.

ok macam ni, malam ni gua harap harap sangat kelantan sama selangor kalah. final tahun ni mungkin tteam lawan terengganu. biar padan muka tokey stadium bukit jalil tak untung..

Ahad, 4 September 2011

tunang bolo

gua faham perasaan pemain bola malaysia lebih-lebih lagi penjaga gol. isu yang melanda keeper malaysia yang orang panggil apek tu sebenarnya pernah gua alami.

cerita dia panjang kalau gua nak cerita. mungkin boleh buat novel. kekadang gua pikir tunang keeper malaysia tu boleh buat novel pasal kisah dia. sedih jugak gua bila membacanya dalam blog dia.

tapi sebenarnya macam ni. mamat takaful yang orang panggil pidomat tu dia punya blog ada link sama blog tunang keeper tu. kekadang gua syak pidomat jugak menjadi puncanya.

gua ingat gua masuk kuih tat nenas ni.

notakaki: masa gambar diatas dirakamkan semua pemain gua semua follow epl. lepas gua maki sekarung dua ada jugak peningkatan untuk menyokong liga itali.


Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin semua.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Kick Malam Raya

sebenarnya malam raya kat tempoyang boleh kata syok jugak. kekadang kurang kick. keadaan kurang kick biasanya tak ada geng-geng nak ajak melepak malam raya. lagi pun nak pasang pelita gua tengok kawasan taman gua ni kurang kick dia.

satu hari raya gua balik tempoyang. perjalanan dekat 7 jam dari kuala terengganu ke kuala lipis memang memenatkan. tapi bila sampai lipis terus jadi kick. dia punya kick dia lain macam sedap. masuk jee sempadan lipis dia punya syok kick tak patut. tak tahu nape. mungkin sebab banyak sangat memori sedap dan kick gua kat sini. maklumlah gua duduk tempoyang start gua darjah dua. adik gua yang perempuan tu siap yayasan pahang kasi biasiswa.

malam raya merupakan satu malam yang kick untuk melepak. geng melepak 6 jahanam seperti amar, amin, padeli, pp, dd dan beberapa kutu yang lain biasanya dah ready untuk melepak bila berita rtm habis disiarkan. sebagai abang kepada mereka gua biasanya diambik oleh pp atau padeli. kekadang amar datang dengan kereta kancilnya. paling power pp, ada satu hari dia ambik gua dengan kereta buruk sape entah. paling jahanam kereta yang dibawa pp cuba dilanggar oleh satu motor betul2 kat simpang tempoyang. nasib baik masa tu gua pandai beristifar.

malam tu macam biasa gua turun melepak. masa tu gua sengaja tak makan banyak kat rumah. lagi pun masa buka pose gua steady makan ikut perut. turun melepak malam-malam kalau dapat pekena mee goreng telur dadar sama air teh o ais memang kick tak patut. dalam perjalanan gua dah berangan nak kasi order makanan yang kick tu.

malam tu diaorang melepak kat kedai yang tak bukak. gua rasa nak kick sorang-sorang.

Selasa, 23 Ogos 2011

biji getah

dalam keadaan tengahari yang agak power sekarang ni tiba-tiba gua teringat ada satu musim tu gua cari bijik getah sampai ke batu kurap.

lu tahu tak dari tempoyang ke batu kurap tu jauh tak patut kalau jalan kaki?

nasib baik abah gua belikan gua basikal Singer...power betul...

Scene POP

ramadan tahun ni anak gua yang sulung dah pandai ikut gua pergi pasar ramadan. pasar ramadan dengan rumah gua tak jauh mana. ada dalam sekilo lebih. sejak ada motor ni gua kekadang pergi pasar manir tak pakai helmet. tapi kekadang pakai juga sebab nak jaga status gua sebagai orang gomen yang mengikut prinsip-prinsip rukun negara.

anak gua sekarang dah kenal satu mercun yang agak power. kekadang nak cakap mercun pun tak laa mercun sangat. nak kata bunga api tak laa bunga api. nak kata bom boleh jugak sebab mercun pop ni jenis kalau kita baling dia meletup. baling jee meletup. kira bom yee dak..

mungkin sebab sedap sangat bunyi letup dia anak gua damia ni hari-hari follow gua beli mercun ni. masalahnya scene mercun pop ni jenis boleh bikin sampah kat luar rumah. jenis mercun macam ni sebenarnya mengajar anak-anak kita untuk buang sampah gua pikir.

Selasa, 16 Ogos 2011

16 Ogos

ok. serius ni. tak main-main. tahun ni cukup gua 10 tahun kat Terengganu Darul Iman. 10 tahun lepas dalam tahun 2001, masa aku datang sini Terengganu dibawah PAS(Parti Kebajikan Malaysia). sekarang ni Terengganu dibawah UMNO(PEKEMBAR).

sepanjang 10 tahun ni banyak betul perubahan yang aku tengok kat Negeri Terengganu. Perubahan paling power ialah mentaliti rakyat Terengganu. Namun yang demikian panggung wayang still lagi takada di Kuala Terengganu semanjak 2001.

paling serius semenjak 2001 aku tak pernah miss tengok Piala Malaysia secara percuma. Kalau Terengganu masuk final Piala Malaysia tahun ni tolonglah missed call aku. mana tahu ada tiket lebih.

paling penting lagi ialah Terengganu ni tepi pantai. itu paling penting.

Ahad, 14 Ogos 2011

Kenapa Budak Perempuan Kelas 5 Cempaka Pandai-Pandai?

pagi tadi masa aku lalu satu kawasan sekolah aku agak kagum dengan sekumpulan budak-budak yang dok sibuk main bola kat padang besar. aku ingat budak-budak ini dalam tingkatan 3-4. tapi semua budak lelaki. mungkin pendidikan jasmani tak berapa nak in sangat masa bulan puasa ni dan cikgu pendidikan jasmani pun memang suka duduk dalam bilik guru yang beraircond.

tiba-tiba aku teringat memori manis aku sewaktu masa pendidikan jasmani. di sekolah berasrama penuh, pendidikan jasmani merupakan satu subjek yang di pandang serius oleh pelajar dan guru-guru. cikgu yang mengajarnya jugak jenis cikgu serius. jangan buat main-main. siapa buat main-main memang bahana.

ini nak cerita apa yang berlaku selepas masa pendidikan jasmani. biasanya budak-budak lelaki akan salin baju sekolah dalam kelas. sambil tukar baju kitaorang akan atur kerusi panjang lepas tu baring sambil kipas dipusing laju-laju. masa tu memang rasa syurga betul. paling power baring atas meja. masa tu budak perempuan memang tukar baju dalam tandas.

apa yang paling power ialah biasanya budak-budak perempuan ni selalu bawa botol-botol air dalam kelas. disebabkan keletihan aku dan beberapa kutu yang lain akan minum air yang budak-budak ni bawak. kekadang kitaorang ni minum sampai habis.

disebabkan masih ada lagi perasaan kasih sayang dengan kawan-kawan perempuan ni maka secara tak langsung untuk memastikan para pelajar perempuan dapat menghilangkan dahaga selepas waktu pendidikan jasmani maka air yang kitaorang minum tu akan kitaorang gantkan dengan air paip.

oleh yang demikian aku rasa minum air paip ni sebenarnya ada baiknya. ini terbukti dengan kejayaan budak-budak perempuan kelas aku yang score giler babi dalam SPM pada tahun 1996. yang paling power pergi luar negeri. tengok sekarang ni, boleh dikatakan mereka semua mempunyai perkerjaan yang tetap, gaji yang besar, suami yang comel dan anak-anak yang manja.

atau mereka pandai dan berjaya pada hari ini kerana kesan bekas mulut kami pelajar-pelajar lelaki 5 Cempaka? Jangan biarkan misteri hidup ini menyelebungi diri anda!!! jeng..jeng...jengggg...

Rabu, 10 Ogos 2011

Gambar Kahwin

power betul cara bini gua scan gambar...gua pun tak boleh nak buat macam ni.

Ahad, 7 Ogos 2011

Lalat United

sekarang ni gua syak pahang dilanda lalat. contoh paling dekat semalam. semalam aku singgah satu bazar ramadan dalam perjalanan balik ke Terengganu. bazar ramadan tu tepi pantai dan jarak dia lebih kurang 10km dari bandar Kuantan.

peh..lalat dia memang banyak. united we stand betul.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Mengenalimu Padeli


" hello..hello..apek..apek..ko kat mana? " satu hari padeli telefon. macam biasa salam dia jarang bagi.

" aku kat Kuala Lumpur ni..apa kes ni? kau kat mana? " aku tanya mesra

Padeli sebenarnya jarang call aku kalau tak ada hal penting. last sekali aku call dia pun bincang pasal perkahwinan dia. kekadang kalau aku call dia tak jawap. paling power dia tak balas balik call aku.

" bodo aaa...aku kat Kuala Berang ni..." macam biasa bodo adalah permainan kitaorang sejak dulu...

" laa..kau sampai bila ni? steady laa dulu..aku balik 24 ni.."

" ok aku balik 28 ni pek...aku dua minggu kat Kuala Berang ni.." kata padeli

" pek kat mana nak main futsal ni? nanti kasi location pekk..." sambung padeli

" orait..."

pa pa pa pa pa (bunyi mengitung hari...)

satu pagi sebelum pose aku melihat keluar dari opis aku.

" ha..pajero jabatan perhilitan..ni mesti ada padeli..."

aku bukak blackberry aku (pehh..bukan nak riak ni..)

" ha..kau kat mana padeli? " aku jerkah padeli.

" alaa..aku kat kedai makan ni...apa nama entah..kedai..kedai kak zah..."

" ok ko tunggu aku situ.."

sebenarnya kedai kak zah ni sebelah jee opis aku...

sampai kedai tu aku duduk satu meja..sebab ni kawasan aku aku jerit kat padeli,

" woi budak..woi budak baju merah..mari duduk sini.."

" babi pekkk...."

pung pang pung pang (kitaorang berborak)

lepas tu kitaorang sambung borak dalam bilik opis aku.

pung pang pung pang..

banyak bende kitaorang borak. pasal kerja, pasal kerisauan padeli dengan kepupusan rusa dalam negara, pasal jumlah babi yang makin meningkat, pasal pemburu haram, pasal orang kampung curi pokok hutan, pasal bini padeli yang tak tahu pindah mana, pasal bola, pasal arsenal, pasal tempoyang dan paling power pasal pp.

" padeli, ko tahu tak pp sekarang ni glamer tak patut? " aku saje kasi panas padeli. aku nak tengok dia.

" ah..ko kasi tahu kat aku bende yang glamer sangatnya..." jawab padeli dengan satu muka yang cukup power.

.

.

.

semalam bila aku borak balik dalam facebook dia boleh tak gaku dia cakap macam tu, dia kata aku buat fitnah pulak, power betul padeli ni. rasa kecik jee aku tengok padeli dari google earth semalam.

notakaki: gambar terkini padeli diambik dari bilik opis Mat Belia

Kenangan Scene-Scene Puasa Masa Lampau

gua sebenarnya ada jugak rekod beberapa scene puasa yang berlaku dalam hidup gua yang masih gua ingat. ini betul punya scene puasa. scene puasa dalam pp punya blog tu lu jangan percaya sangat. boleh jadi bidaah nanti.

waktu kecik = ni memang satu scene puasa yang true. dia punya power betul2 melekat dalam hati. masa tu gua duduk kat flat tempoyang. gua ingat gua start serius pose ni dalam darjah 3-4. tapi gua bertuah sebab bapak gua ni jenis liberal walaupun dia kerja polis. tak macam mak gua jenis tegas tak patut. bapak gua selalu sangat kasi semangat kat gua macam, " lapar? kalau lapar pergi lah makan...tak tahan buka jee ok..." tapi mak gua jadi batu penghalang..mak gua selalu sebut " jangan nak gada-gada..ada 2 jam lagi ni..."

masa kecik dulu ada satu cerita sedap namanya Rumah Kedai. itu hari gua ada borak sama Harun Salim Bachik kat facebook. ada laa dalam 2 tahun lepas. gua ada cerita sama dia pasal Rancangan rumah kedai ni. gua kata gua tak puas hati pasal sepatutnya ada cerita tu kat tv. abang harun kata steady jee.." itu tv3 punya right tu..payah laa sikit.." sekarang ni sejak Abang Harun jadi Presiden Persatuan artis ni gua tengok dia dah jarang online FB.

scene asrama penuh = gua ingat gua jadi pelajar terbaik dan rajin puasa masa tingkatan 1 sampai 3 jee. seingat gua masa tu gua betul2 puasa dan ikut arahan tuhan. tapi masuk jee tingkatan 4dan 5 gua jadi menyombong pulak nak puasa. kena pulak masa tu hidup ni lebih kepada nirvana, muzik alternatif, rokok, percintaan alam remaja dan kebencian kepada add math dan ilmu kimia.

scene universiti = masa belajar universiti dulu gua tengok bab2 puasa ni agak patuh jugak walaupun bab solat gua agak fail. gua syak sebab gua straight-edge masa ni. lagu pun gua berkawan dengan budak-budak universiti yang rajin sembahyang, dengar nasyid dan bukak email dakwah selalu. gua syak sebab tu time ni gua puasa.

paling syok masa tu perjalanan mencari juadah berbuka puasa boleh sampai Kuala Lumpur, tapi paling power pasar ramadan kat Bandar Baru Bangi sebab gua syak masa tu awek-awek dakwah pengajian Islam UKM selalu turun beli kat situ. kekadang gua jugak selalu turun cari juadah buka pose kat Seri Serdang. bukan apa kekadang jumpa rakan sekuliah yang selalunya gua tak jumpa diaorang masa berkuliah. maklumlah, belajar malas.

scene menggangur = gua syak scene masa ni agak jahanam cerita dia. nak kata pose ada hari gua pose. nak kata tak pose gua pose. disebabkan menganggur dan tak buat apa2 gua selalu jugak terkena ceramah dari abah gua. masa tu abah gua cukup anti dengan cara gua pakai rantai kat kaki. dah tua ni liberal dia dah tak berapa sangat.

tapi scene masa menganggur ni merupakan satu scene dimana Championship Manager merupakan satu permainan yang melapangkan hati.

scene kerja = scene kerja masa bujang ni merupakan scene true. masa ni duit banyak. kereta tak pakai lagi. tapi gua hairan sebab gua tak ada pilihan nak beli apa untuk masa berbuka. balik-balik nasi kerabu..balik nasik kerabu..gua hampir dipanggil Mat Nasik Kerabu oleh rakan sekerja gua. tapi scene kerja ni orait sebab ramai NGO panggil kitaorang ke Jamuan berbuka puasa persatuan diaorang. paling gua boring kena berucap sebelum masjid buka pose. tak power betul.

scene sekarang ni malas gua nak cerita. bulan pose jee gua layan google earth. hari2 sampai tu kekadang boring tengok bumi sendiri. nasib baik google sediakan planet marikh sama bulan. harap 2-3 tahun nanti gua boleh google matahari sama jupiter.

Selamat berpuasa!

Khamis, 4 Ogos 2011

Allah Kasih - Muhammad Kasih



Dabus Rohani - Kopratasa
Lagu: Sani Sudin / Pak Ngah (Hakcipta : Pak Ngah Production / Pustaka Sri Nada)
Lirk : Tradisional / Khalid Salleh (Hakcipta : Pustaka Sri Nada / Hakcipta Terpelihara)

Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul 'Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya.

(gua rasa sedap layan lagu ni dalam Radio IKIM lepas pekena tarawih semalam...viva semua!)

Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted



selain keras teras. kaset band ni dengan butterfingers selalu ada dalam beg askar aku. terbaiklah abang fathul!

Rabu, 3 Ogos 2011

Setan Flat Tempoyang

Ada satu musim tu bulan Ramadan di Lipis dia punya hujan boleh kata hari-hari. gua syak masa tu Ramadan dalam bulan tengkujuh. walaupun kebanyakan daripada penduduk tempoyang bukan nelayan tapi keadaan hujan setiap hari menimbulkan rasa tak syok sebab kebanyakan diaorang ni pakai motor.

abah gua bukanlah kaya sangat. tapi selain WCL honda gua, satu motor honda ex5 kerajaan kitaorang jugak memiliki sebuah kereta lumba merah berplat WC4425 dan oleh kerana itu musim hujan di sambut dengan tenang oleh gua. WC4425 ni power. kalau duduk flat dulu, enjin kereta ni memang gua boleh dengar dari bawah kat bukit pertama yang nak naik Taman Permai tu.

Musim hujan jugak merupakan satu musim yang merimaskan gua. sebab yang paling utama ialah tak boleh nak ke CC Ejoy. masa tu kalau tak dapat pergi Masjid takpe lagi. boleh buat reason kabo hujan.

sepanjang pengenalan gua dengan pp sama padeli gua kecik hati jugak sama dioarang. setakat hari ni takpernah lagi dipelawanya gua ajak main CM kat komputer diaorang. PP lagi gua panas, gua dengar cerita komputer dia boleh sambung dengan line internet. tapi setakat gua tahu line internet dia taklah power sangat time hujan. padeli lagilah gua kecik hati. main CM senyap2 pakai komputer ayah dia tahulah ayah dia guru besar.

Musim tu padeli, amin sama pp sibuk bekerja. pekerjaan diaorang ni kira power jugak pasal kena mengira. tapi yang gua kecik hati diaorang ni jenis taknak ajak gua sekali bekerja. mungkin diaorang ni jenis tamak haloba. daripada gaji dibahagikan kepada 4 ada baiknya gaji dibahagikan kepada 3.

disebabkan hujan lebat, line bukit tempat diaorang selalu berbuka puasa tu tak berapa nak clear. dengar cerita diaorang takut terhempap dahan pokok yang besar-besar dia macam paha Dollah Salleh. rupanya diaorang takut mati.

satu hari gua turun Taman Permai, walaupun puasa gua tetap main bola.

jam dah agak lewat, gua hairan kenapa diaorang semua tak ada.

" bob, pp mana? padeli mana? " gua tanya bob

" ada tadi AKU nampak diaorang.." Bob power masa tu, baru tadika dah guna perkataan aku.

" kau jangan nak kelentong bob, mana diaorang.." gua sound Bob

" kau cari sendiri lahhh...aku nampak diaorang dah balik kerja tadi..." Bob sound gua balik.

sebenarnya gua dengan bapak Bob ni dulu pernah satu kerjaya. masa tu gua jadi guru sandaran tak terlatih paling power dalam Kuala Lipis.

" tak boleh jadi..." gua start motor round satu taman.

tiba-tiba hati gua berdetik untuk naik atas flat tempoyang. masa tu flat tempoyang tak ada orang duduk.

gua steady gua memecut laju menaiki Flat tempoyang ni. gua yakin tiada hantu bulan-bulan pose ni.

TIba-tiba gua dengar dari jauh ada suara budak-budak gelak. gua panik. ini mesti hantu flat yang orang sebut-sebut. tiba-tiba gua jadi berani..gua terus memecut..laju...berdesup bunyii....

" Astagfirullah....." gua beristifar dalam hati.

Padeli, Amin sama PP sedang rancak sedap makan nasik kat bukit Flat Tempoyang ni.

notakaki: jarak tempat kejadian daripada rumah padeli sama pp ni dekat giler. gua hairan macam mana bapak padeli dan bapak pp takleh nak kesan kejahatan diaorang ni. Sejak itu gua berfikir bahawa masalah sosial ni bermula dari rumah.

Bagaimana untuk menakluk Tempoyang


sekiranya gua cerita pasal Kuala Lipis dan Tempoyang sila tengok kepada peta ni untuk lebih faham. Nak sembang banyak-banyak mungkin tak sempat. Gua sibuk nak tengok Marikh lepas ni. Bulan pose ni memang scene google earth betul2 kuat dalam jiwa ni.

Sebenarnya kalau korang nak tahu ada satu tempat kat area Kuala Lipis tempat meteor jatuh. kalau terer korang cari laa sendiri. Sebab tu kebanyakan orang yang kena meteor tu telah menjadi orang yang berbakat besar seperti Siti Nurhaliza, Ustaz Kamaluddin Zakaria (bekas iman besar negara), Hamidon Abdullah (striker pahang dulu), Firdaus Abdulliah (blogger sembang power, buku gua entah bila nak keluar), Kumprinx (blog dia paling tak true sebab kena sign masuk nak komen), Padeli (Penolong Pengarah yang jaga haiwan pupus), Amar (pelakon kononya) dan Mat Belia( mat ni memang power!)

dengar cerita sape nak jadi power dan terkenal macam orang diatas ni boleh lagi cari tempat meteor tu jatuh.

Ramadan di Lipis

Padang Tembak panas petang tu. Suasana panas bertambah panas dalam hati gua. Dah laa panas, musim pose pulak tu. dah laa pose, rumah pulak tak ada aircond. paling power dah laa rumah tak ada aircond, duit dalam poket gua pun takada.

gua pandang mak gua. gua mengaku sebagai seorang penganggur yang ada diploma pada tahun 1999 merupakan satu hal yang tak bahaya sangat macam zaman sekarang. zaman sekarang ni budak ada ijazah pun tak ada kerja, itu belum cerita pasal budak yang ada sijil politeknik macam Jeman. power betul liberalisasi pendidikan.

gua pandang mak gua sekali lagi.

" mak, RM2. nak cheak email ni.." gua kasi satu alasan kukuh.

mak tak banyak cakap petang-petang pose. maklumlah dah laa pose, panas pulak tu dan yang paling power umah tak ada aircond.

gua menuju Central Point. dalam perjalanan ke Central Point gua berkira-kira nak beli Saviola sama Totti. PP dan Padeli kata kalau diletakkan Saviola sebagai penyerang dan Totti letak bawah Saviola maka ini akan mengakibatkan kucar kacir dipihak pertahanan lawan.

Huzaiba dan berhenti jaga CC. Entah kemana, tapi nampak gayanya budak nama Nizam yang jaga CC ni jenis orait jugak.

Nizam paham dengan semangat gua sebagai seorang Manager bola. walau bagaimanapun sebelum jadi Manager gua sempat jugak menyemak email dan jugak laman pondok puteri. bende-bende macam ni kalau tak pergi melawat rasa lain macam jee.

tiba-tiba PP datang bersama amin dan padeli. dari jauh aku dah tahu mereka mempunyai niat yang sangat jahat.

" apek..jom pasar ramadan.." padeli ajak gua

" giler..jam baru kul 3..steadylahhh...gua nak beli player ni.."

" kitaorang lapar ni pekk..." pp bersuara.

" aku pose ni...aku teman korang dah laa..cam ne?"

" ok pek...lu memang otai..." amin kasi semangat kat gua.

sebenarnya gua ni jenis suka tolong orang. dalam hidup gua, gua takleh tengok orang menderita. gua kalau tengok orang Somalia sama orang palestin mesti gua rasa sedih. sebab tu kalau amin, pp sama padeli lapar gua akan tolong mereka.

selesai membeli murtabak, air minuman dan makanan ringan gua sound diaorang.

" aku hantar korang jee kat atas bukit ni. rugi nanti masa kat komputer tu. karang kalau ada budak ambik komputer tu karang payah aku nak beli player.."

"orait.." jawab 3 mereka serentak.

sejak daripada dari tu gua dah kurang sikit kawan dengan budak-budak macam ni. gua semakin rapat berkawan dengan Amar sebab dari jauh gua tengok Amar jenis budak yang puasa penuh, ikut cakap mak dia dan selalu masukkan baju kedalam seluar bila tiap kali keluar ke bandar.

budak macam ni bapak aku suka sangat kalau aku kawan.

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadan



Salam Ramadan untuk semua. Gua sambung menulis lepas ni.

Hey Ramadan

sebenarnya aku ada satu penyakit sekarang ni. nama dia penyakit takleh tengok laptop lama-lama. setakat hari ni aku ingat ada dalam seminggu lebih tak bukak laptop. tapi kalau komputer besar ni ok lagi. kalau tengok skrin lama-lama rasa macam sakit mata. so sekarang ni aku memang into spek mata bila depan komputer.

syukur bila Ramadan datang lagi. dalam hidup aku banyak kisah-kisah sedih, sedap, kelakar, suka dan duka bila mengenangkan Ramadan. Cerita yang paling sedap dalam dunia untuk diceritakan kepada anda-anda semua ialah cerita time Ramadan. Kisah dari kecik di Kuala Lipis, kisah Ramadan di MRSM, kisah Ramadan sebagai seorang penganggur dan kisah Ramadan semasa bujang dan berumah tangga merupakan satu story sedap untuk diceritakan. aduh bila rasa nak cerita tentang hal ni?

Aku sebenarnya amat kecewa dengan kekalahan Malaysia dengan Singapore itu hari. rasa nak menangis pun ada. Syukur pada tuhan dengan semangat Rakyat Malaysia yang dari Perlis sampai Sabah menyokong pasukan Malaysia. ini satu fenomena yang hebat. patriotik ni sebenarnya penting jugak untuk di fikirkan. dunia aku rasa akan senyap tanpa nasionalisme tapi bagi aku patrotik sebenarnya kena steady. paling tak steady aku dengar dalam radio mana entah DJ radio suruh mengaum untuk menyokong pasukan malaysia. DJ yang kodi bagi aku.

2018 2 tahun sebelum 2020 kita akan pastikan Malaysia masuk Piala Dunia. Siapa kita? aku, korang, geng persatuan bola dan rakyat Malaysia semua kena pastikan. senang jee, mana2 budak yang korang tengok terer main bola korang terus telefon FAM. dan FAM kena pastikan ada telefon 24 jam tentang hal ni.

baru power! Salam Ramadan untuk semua!

Rabu, 20 Julai 2011

Kolompo

banyak betul kereta kat kolompo ni. aku ingat ada dalam 2-3 juta atas jalanraya. rakyat malaysia ada 27 juta. dulu masa zaman aku kecik dulu aku ada dengar jugak cerita dari Mahathir cerita pasa 100 juta rakyat malaysia.

100 juta tu banyak sebenarnya. kalau nak seratus juta dalam satu daerah aku syak perlu ada dalam 100-200 taman perumahan. satu taman perumahan mesti ada gelanggang futsal. bayangkan kalau tak ada gelanggang futsal? marahlah budak2 muda sekarang.

budak2 muda sekarang aku tengok dia punya manja lain sikit. perangai malas pun ada sikit2. hidup nak senang. hubungan cinta pakai facebook. putus cinta pakai twitter.

bende ni bahaya sebenarnya. aku ingat aku takleh takleh nak duduk kolompo ni. serius tak tipu.

Jumaat, 15 Julai 2011

Selepas Bersih 2.0

1. sekarang setiap kali tengok komputer gua kena pakai spek. nyonya kedai spek mata mendapati aku ada silau cahaya. maknanya rabun silau mata belah kanan. power gak pakai spek ni. aku rasa cerdik sedikit daripada biasa.

2. bersih? kah kah kah kah...malas nak komen lama-lama. budak-budak bersih kena bakar sikit terus taknak kawan. kah kah kah

3. scene bela kucing ni sedap rupanya. kali terakhir aku terlibat secara aktif dalam scene bela kucing masa darjah 6. nama kucing tu abah kasi nama Timah. melihat Kipi (nama anak aku kasi) aku selalu teringatkah Timah. oh timah, mana lu sekarang?

4. Baca surat khabar pagi aku rasa hot semacam. kalau tengok suratkhabar semangat pemain-pemain malaysia untuk merobek kubu Liverpool semakin kuat. diaorang ni jenis tak sedar diri rasanya. Bagi penyokong kelab Liverpool dan sekali gus sokong Malaysia lu orang ni kena ada jatidiri. nak sokong malaysia buat sokong malaysia, nak sokong liverpool buat sokong liverpool. jangan kelirukan hidup lu. buat masa sekarang, gua sokong Liverpool. Jangan harap nak pergi stadium pakai jersi Malaysia belang-belang merah. jangan jadi macam penyokong Arsenal. jatidiri takada.

5. jerebu datang lagi. duduk rumah diam-diam dan banyak minum air.

6. Avrocco Nasir.aku kenal dia secara tak sengaja masa duduk melepak di Hameed Restoran, Central Market sekitar tahun 1997. Walaupun aku tidak mengenalinya secara rapat aku berharap Alfatihah aku ini mendamaikan kamu disana.

Isnin, 11 Julai 2011

Bersih 3.0

sekarang ni gua mode main dengan kucing.

Jumaat, 8 Julai 2011

Dari Kuala Lipis ke Temasik

1. sibuk. sejak ada blackberry iaitu sebuat telefon yang smart ni aku merasai bahawa bermain internet di hujung jari dan berbual dalam telefon merupakan satu perkara yang agak orait untuk dibuat. walaupun perkara ini agak orait untuk dibuat ianya merupakan satu hal yang tak sedap apabila digunakan semasa senang memandu.

2. sebenarnya aku ada pakai blackberry itu hari. tapi tiba-tiba rasa sedap nak pakai iphone. tetapi pakai iphone sebenarnya menyebabkan bateri cepat habis kata orang kedai telefon. kalau kita kerap cas bateri kita terpaksa bersetuju dengan kerajaan untuk membina satu lagi empangan hidro untuk bekalan tenaga. bila nak buat empangan, hutan-hutan perlu dibersihkan. maka dengan itu gajah akan mengamuk dan memeningkan kepala rakyat marhain yang hidup dengan hasil pisang, ubi, durian, buah manggisteen(ayat orang kuala berang) dan sebagainya. tidakkah ini menjahanamkan dunia?

3. secara personalnya aku tak terpegaruh dengan kata-kata tv dan surat khabar arus perdana tentang perhimpunan bersih. jika dibaca dengan tuntutan bersih itu bagi aku orait jee. tapi kekadang tak orait jugak bunyinya. paling tak orait mengundi 21 hari. bende mengundi 21 hari ni lama bagi aku. pkr dan pas mungkin tak ada cawangan-cawangan diperingat kampung-kampung seperti umno. sebab tu diaorang agak susah nak berkempen. paling rileks 11 hari. tapi sebenarnya kempen buat 3hari 2 malam jeee bagi aku. nak berkempen apa lagi. pembangkang dan kerajaan yang memerintah kat malaysia dah lama berkempen sejak hari pertama kerajaan memerintah.

4. ok. macam ni. aku pikir ini langkah terbaik untuk menjadikan kuala lumpur ini bandar tidak berkereta. semua kereta, lori dan bas dilarang masuk dan kita mulakan langkah dengan berbasikal ke kuala lumpur. macam mana? kuala lumpur akan menjadi lebih indah, lebih sedap dan lebih BERSIH.

5. sekali lagi. badan yang BERSIH lahir dari otak yang KUNING.

6. Anwar Ibrahim lantik ambiga jadi Timbalan Perdana Menteri bila menang nanti? kah kah kah kah...

Isnin, 4 Julai 2011

Malaysia vs Temasik

jangan kata aku tak sayang negara Malaysia. walaupun konsep negara-bangsa ni merupakan satu konsep yang agak baru tapi keadaan ini perlu diterima seadanya.

bagi manusia yang tidak percaya pada semangat nasionalis atau patriotik sila baca sejarah dunia balik. tidak salah untuk merasa bangga dengan "negara" "tamadun" "bangsa" yang tempat mereka duduki.

Tahniah Pasukan Malaysia. Kita jumpa Temasik. Kita mesti menang lawan Temasik!!

Hidup Malaysia!

Selasa, 28 Jun 2011

SMS dari Adik Kepada Abangnya

tadi tengah gua sibuk entah apa-apa dengan urusan dunia tiba-tiba gua dapat SMS dari adik gua yang tengah berpantang kat Tempoyang.

Bunyinya,

" oit, jery ni buat hal xnk pg skolah..bg mcm2 excuse..sakit tekakla, buku skolah ilangla, jatuh motorla..mg ni xpg2 lg..mgu lps 1hari je pg..tiap2 mlm kuar balik 2-3pg..pls advise.."


petang dekat dengan pukul 6 gua masih lagi tak tahu nak jawab apa.

paling power gua akan jawab,

" besham dulu malas macam tu jugak, tapi boleh jugak kerja kerajaan.."

paling akademik gua jawab,

" kita kena tanya dia dari hati ke hati...apa masalahnya...boleh tak awak guna perkataan bahasa melayu yang betul? awak merosakkan bahasa jee..."

paling agama gua jawab,

" kita kena buat sembahyang hajat lepas tu kita berdoa pada tuhan semoga hatinya terbukak pergi sekolah..."

paling tak bertanggungjawab gua boleh jawab,

" ala biar laa..dia dah besar panjang, nak jadi rokes laa tu. rokes pun sekarang ni sekali show dekat 3-4 ribu. itu pun 4-5 lagu jee...biar laa..."

gua rasa paling power gua akan jawab,

" awak nasihat dulu, kalau 3-4 kali tak dengar cakap, balik lipis nanti aku pukul dia..."

jawapan last paling power...

Isnin, 27 Jun 2011

Manusia Borneo



rasanya orang-orang borneo perlu bangga menjadi manusia borneo. Ramai Mat Salleh kebanyakan yang aku tengok mahu saje menjadi manusia borneo. Borneo memang hebat. Keindahan dan keunikan flora dan fauna yang terdapat disini merupakan satu perkara yang mempersonakan manusia-manusia lain.

Manusia Borneo juga!

Sabtu, 25 Jun 2011

Sarawak

Dalam perjalanan naik belon ke Sarawak aku rasa kagum sebab aku dah temui satu hal yang sangat baik untuk mengilangkan rasa takut semasa naik kapalterbang. bayangkan dalam ketinggian 30k tu korang kena cirit birit. itu perasaan 'seronak' apabila perasaan takut di kedudukan yang tinggi dapat dihilangkan dengan memikirkan bilakah lagi perut akan terus memulas.

Sampai Sarawak aku rasa kagum. Pertama keadaan Bandaraya Kuching yang sangat bersih. ini sangat berbeza dengan Bandaraya Kota Kinabalu yang tidaklah terlalu bersih. Sebenarnya banyak juga ibu-ibu negeri yang kurang bersih. Contoh paling dekat ialah Bandar Kuala Lipis. Sebagai bekas ibu negeri Bandar Kuala Lipis gagal menunjukkan ianya sebagai sebuah bekas ibu negeri yang bersih. contoh paling dekat ialah Central Point Lipis. Bangunan itu sangat selekeh dan kotor.

orait. aku tak cukup tidur lagi ni. aku rasa ni kes banyak sangat cuba Kek Lapis Sarawak. Gambir Sarawak tak cuba lagi. Buat masa sekarang gigi-gigi yang berlubang nampaknya masih lagi tidak memerlukan gambir-gambir ini.

bersambung

Rabu, 22 Jun 2011

Abah - Siam - Bola- Hamka

Sejak menjadi anak sulung kepada 5 adik-adik lain aku selalu membuat hal dengan abah aku. kata mak aku kurang kasih sayang. mana tidaknya, tak sampai setahun-dua tahun membesar aku dah dapat adik. maknanya konsep beranak setahun ke setahun ni melahirkan generasi yang kurang kasih sayang.

abah aku seorang anggota polis. dari raut mukanya abah aku 'bengkeng' orangnya. mengikut salasiah keturunan yang aku tahu. abah aku ni berasal dari sebuah Kampung yang bernama Kampung Kelong, dalam daerah Tumpat. Kampung Kelong ni kalau ikut peta sebelah je dengan Negeri Thailand. walaubagaimanapun, mengikut pengetahuan politik aku, ada 5 lagi buah negeri Melayu yang masih dijajah oleh Siam. Sebab tu aku kurang kamcing sama Bhumibol Adulyadej.

kekadang, ucapan terima kasih kepada kerajaan British kerajan perjanjian English-Siam 1909 perlu diberikan. Walaupun dalam perjanjian itu Setul/Satu sama Patani tak dapat masuk Pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu tapi sekurang-kurangnya Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Langkawi masih lagi kekal dalam Liga Super Malaysia untuk tahun ni. Pahang entah apa-apa dia punya merosot aku tak tahu. jika berminat untuk membaca tentang perjanjian Inggeris-Siam sila baca laman web ni. http://www.fco.gov.uk/resources/en/pdf/treaties/TS1/1909/19.

ok. tiba-tiba jee aku rasa nak marah sama Siam. Aku ingat ini mungkin kesan cerita Ong bak kat Astro yang aku tengok time maghrib semalam. Mungkin sebab tu masa kat rumah dulu, time maghrib jee abah akan paksa tv cap NEC aku dulu ditutup. time berita jee baru bukak balik.

sebenarnya konsep keibubapaan tak perlu diajar sangat. cukuplah dengan contoh tauladan yang kita dapati. macam aku contohnya. aku mengaku aku dapat D dalam Kertas Keibubapaan tapi banyak bende yang aku belajar dengan abah aku. walaupun banyak belajar tapi aku tak apply sangat sebab aku rasa sangat 'ganas' dan aku pikir itu tidak sesuai untuk di applykan dalam kehidupan sekarang.

tapi kegarangan dan ganas tu sebenanya mesti ada. sebagai contohnya bini aku, dia punya garang punya laa power sampai anak-anak nak buat bende semua tengok bini aku. arahan pun sekali. tapi disebabkan aku ni punya laa lembut layan anak-anak sampai tak pernah cubit anak-anak maka kekadang tu kaki anak-anak tu dia punya style sampai atas kepala aku.

ok. kesimpulan dia macam ni, aku lebih suka ambik contoh dari Bapak Hamka, katanya " kata-kata yang lemah dan lembut itu akan melembutkan hati dan manusia yang keras"

ok nampak tak artikel yang aku tulis ni dia punya falsafah agak tinggi dan menjahanamkan fikiran anda? nampak? sebab tu orang sains politik selalunya gagal dalam perniagaan.

wassalam

Hari Bapa itu hari

kata-kata Damia cukup power itu hari,

" kakak taknak sambut hari bapa! "

" kenapanya, kakak tak sayang papa? "

" tak! kakak tak suka papa! "

" kenapanyaaa? "

" papa tak kasi kakak tengok dora! sebab tulahhh..! "

.
.
.

dalam kereta masa hari bapa tu hari.

" macam mana abang boleh dapat D dalam subjek keibubapaan masa diploma dulu...pelik-pelik..."

gua sengih2 sambil layan lagu SM Salim.

Selasa, 21 Jun 2011

Cabaran Hidup Manusia Ek0nomi

duit bukan segala-segalanya. tapi kini segala-galanya kena pakai duit. Kekadang aku pikir asal usul manusia adalah disebabkan ekonomi. manusia jahat sebab ekonomi, manusia baik sebab ekonomi, manusia hebat sebab duit, manusia tak hebat pun sebab duit.

sepatutnya aku belajar ekonomi. aku sebenarnya tak sepatutnya belajar sains politik. sains politik merupakan satu subjek yang paling mudah dalam dunia. orang-orang dan manusia yang belajar sains politik sebenarnya memiliki otak yang sangat rendah dikalangan pelajar sains sosial.

aku pikir fikiran aku low class. mungkin sebab orang tak faham apa yang aku fikirkan. orang yang tak faham tentang apa yang orang lain fikirkan dan memandang rendah terhadap penulisan pemikiran orang lain merupakan manusia yang tinggi fikirannya.

Stamford Raffles.ini satu contoh manusia ekonomi yang hebat. siapa dia sebenarnya? boleh jadi seorang pegawai kepada syarikat British, seorang ahli politik yang hebat, seorang pentadbir yang disegani, seorang peminat bahasa melayu dan yang paling power seorang yang berminat dengan flora dan fauna. nampak tak powernya manusia yang pandai ekonomi.

contoh terbaik Prof Ungku Aziz. kalau tak baca utusan malaysia memang tak tahu pasal ni. sape tak kenal Ungku Aziz ni dia memang kodi. seorang manusia ekonomi, kasi idea buat tabung haji, kasi idea ini, kasi idea itu, buat tesis ekonomi di Perkampungan Kuala kemaman dengarnya dan yang paling power sekarang buku yang hanya beliau terbitkan sekarang ialah buku tentang PANTUN.

pernah baca PANTUN? ye manusia ekonomi kaji pantun. amacam power tak?

Ahad, 19 Jun 2011

Wangsa Walk 7

sampai kat Wangsa Walk aku rasa kagum. dicelah-celah bukit-bukit yang tinggi wujud sebuah tempat yang sangat happening kata orang KL. parking susah nak cari. sebenarnya suasana 'rare' macam ni jugak berlaku di Bandar Kuala Lipis. Time raya dan jugak time hari Sabtu, Bandar Lipis bertukar suasana daripada bandar yang tak sibuk kepada bandar yang sangat sibuk.

Kekadang Abah aku selalu pesan bila nak ke Bandar Lipis time hari nak raya dan juga hari Sabtu. Katanya cukup betul, tajam dan nasihat ala pantun yang berbunyi,

" hari raya dan hari sabtu, hati sakit dan jiwa pun buntu, kalau kau tidak mahu bercakap kotor, pergi bandar naik motor."

Sampai tempat yang dituju iaitu dikedai burger pp, aku tengok ada seorang brader yang bernama pyanhabib sama vovin. disebabkan rambut aku ala-ala NorFarhan Mohamad maka abang pyanhabib tak cam aku. itu hari aku ada buat panas kat blog dia. pp kata dia tak puas hati. masalah tak puas hati sebenarnya bagus. perasaan tak puas hati ni boleh diselesaikan di meja rundingan secara ilmiah. kalau tak puas hati jugak kita main bola. itu konsep aku. masa main bolalah korang nak taji kaki orang ke, tumbuk rusuk ke atau jentik kote.

sesama lepak disitu aku tengok pp tak lepas tangan. burger sentiasa di order orang. aku rasa kagum. kalau dia kata takleh hidup jugak kat kl aku tak tahu. tak sempat nak berehat ada saje orang orang order. rehat sikit ada orang order. power. kaya. dan untung besar. bagus. kekadang tak patut dia jual kacip dengan harga Rm20. aku rasa.

malam itu Jorji datang. perbincangan bisnes diadakan secara terbuka. akhirnya bersetujuan dicapai. peluang yang berguna ini perlu diambik dan digarap agar bangsa melayu mendapat pelindungan sewajarnya.

malam tu lepak jugak disertai oleh dua orang kawan MRSM yang betul-betul dah jadi orang. Sorang doktor forensik dan sorang lagi polis cyber. tak lupa jugak ada 4-5 table geng-geng yang aku tak kenali. tapi pp kata kat atas kedai ni tempat Pekida rekrut orang. aku malas nak masuk campur. berpersatuan ni bagus. paling bagus masuk persatuan belia.

lepas pp untung besar malam tu kitaorang tengok x-men. show pukul 12.10 tengahmalam. kitaorang masuk 12.15. lepas habis cerita dalam 2.30 pagi kitaorang bincang pasal Iblis. bapak mertua aku baru jee cerita pasal Iblis ni hari jumaat sebelum aku pergi tengok bola. katanya Iblis ni kat setiap langit ada nama dia. kat langit ke-7 orang langit panggil dia Azazil.

mengikut para tasawuf, Azazil ni pegang hampir separuh khazanah syurga dan king segala king para malaikat. maknanya Jibril ni bawah dia. dalam keadaan itu, Allah cipta nabi Adam.

kekadang kalau nak ikut cerita macam tak ada apa laa sangat. macam mana makhluk yang kuat beribadat macam azazil boleh taknak sujud pada Adam kerana Adam dibuat dari tanah. aku tak tahu konsep 'kuat ibadat' kepada Allah itu telah melahirkan makhluk yang sangat ego seperti azazil.

sebab itu mengikut pandangan bapak mertua aku. sealim dan kuat ibadat pun kita macam mana pun, janganlah kita meninggalkan istifar. istifar tu penting.

bersambung

"Pak Abu" dalam Kenangan

dalam satu scene Pak Abu berlari kena kejar dengan Kak Limah betul-betul buat aku ketawa sampai kuar air mata. Scene tu power. kononnya Pak Abu tak takut hantu. Pernah tengok perangai orang tua kena kejar hantu? tengok scene tu banyak kali.

tadi masa bukak FB seorang rakan mengatakan Pak Abu dah tiada. Peh, perginya seorang artis lawak yang dulu bersemat dalam hati sejak Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Siapa tak pernah tengok komedi ini? Siri Drama ini terbaik di dunia bagi aku. Siapa tak kenal Flat Seri wangi dan aku sebagai warga Flat Tempoyang sangat bangga dengan siri drama ni. Satu cerita berlaratbelakang manusia rumah murah yang sangat menciut hati.

buat Zami Ismail aka Pak Uda aka Pak Abu. Damailah kamu di sana. Al-Fatihah

Rohana Jalil 6

sebenarnya aku ada satu persoalan yang rumit untuk dipikirkan bersama sejak tahun 1998. Masa tu nama Bukit Jalil memang top. aku sebenarnya menjadi sangat hairan kenapa kawasan tu nama dia Bukit Jalil. aku hairan kenapa nama stadium kita nampak kodi, kekampungan, lusuh, menyakitkan minda dan sebagainya. Kenapa Bukit Jalil?

why? kenapa? kenapa tak buat nama bandar sikit? nampak macam koperat? kenapa? why? siapa Jalil?

selepas pekena kari kepala ikan aku pergi lowyatt. Jorji kata dia mungkin jumpa aku malam sikit. sebenarnya aku benci giler babi pergi lowyatt ni. pertama benci tengok teknologi yang tak sudah-sudah. aku ada berborak sama sorang abang komputer. katanya, dia sendiri tak larat dengan komputer ni. belum lagi selesai hal-hal komputer biasa sekarang dah komputer sentuh-sentuh. semua nak main tab-tab.

aku sedih mendengar pengakuan mamat tu. tapi apa boleh, globalisasi yang dibawa oleh kemajuan dan kelajuan teknologi ni sebenarnya perlu kita terima. suka tak suka kita kena terima. penjajahan era baru ini merupakan satu bende yang kekadang Hang Tuah sama Sultan Mahmud atau Saidina Abu Bakar ataupun Saidina Ali tak terfikir agaknya.

Selepas merasa aku lama melihat Teknologi aku call pp, katanya dia dah ada kat warung burger. awalnya, bisik hati tu. dulu brader-brader yang jual burger memang ramai yang budak rock. aku selalu terfikir inilah caranya kapitalis nak tarik budak-budak rock jadi usahawan atas nama FREE ENTERPRISE. lama dan makin lama mereka akan menjadi usahawan berjaya dan satu hari akan menjadi mat Belia atau mat rakan muda yang mempunyai personaliti dan contoh kepada anak-anak muda.

walaupun teknologi ini kekadang faker. tapi kalau tak kerana GPS maka aku mungkin tak sampai ke warung Burger Rokes. Burger Rokes yang kedudukannya kat Wangsa Walk merupakan satu kedudukan yang power untuk cepat kaya.

sebenarnya ini 1st time aku datang Wangsa Walk. tempat dia boleh laa kita happening sebab yang pertama susah nak cari parking. bagi aku tempat yang rare dapat ditunjukkan dengan keadaan parking yang susah nak jumpa. power.

bersambung

Sabtu, 18 Jun 2011

Jalil 5

bangun dari tidur matahari sudah terang menerang atas kepala. bangun pagi tu tiada suara ayam tapi dari jauh kedengaran suara-suara gagak berkicau riang.

astaga..subuhku. aku beristifar dalam hati. lantas aku terus pergi mandi dan sambung bersembang entah apa-apa.

sebenarnya salah satu tujuan aku ke Kuala Lumpur selain daripada tengok bola ialah bertemu Jorji. Suka tak suka aku mesti kena jumpa Jorji memandang semangat kapitalisme aku tengah tinggi sekarang ni.

tengah bersiap-siap tiba-tiba kumpulan pemuda ni ajak aku pergi makan.

" mana nak soru? " aku tanya balik

" sentul curry house boss..power...kepada ikan terbaik.."

" lu orang ni memang tahu-tahu saje kegemaran aku selain Bukit Bintang." aku jawab dan lantas kesana.

Makan kepada ikan ini mengingatkan aku kepada sebuah kedai kari Kepala Ikan yang dekat trafik Light Raub. setiap kali pergi KL atau balik dari KL, mesti bertemu dengan Kedai tu. setiap kali bertemu mesti mempunyai cita-cita yang besar untuk makan Kepala Ikan.

tapi rupanya makan kepada ikan yang besar-besar ini tak syok mana. pertama sebab kari tu pedas. kedua kesian pulak tengok kepala ikan yang besar-besar dan kekadang rasa tak sampai hati nak makan.

gampang..aku rasa terliur pulak nak pekena kepala ikan ni.

bersambung

Ziela Jalil 4

lepas habis games aku sama pakcik aku pergi makan kat satu kawasan area Kuchai Lama. dalam kereta dia ada 4 orang. 3 sokong Kelantan sama 1 sokong Terengganu. maknanya kat meja makan ada 3 penyokong Kelantan, 1 sokong Terengganu dan aku yang berbelah bahagi nak sokong sape. pakcik kedai itu dia punya istifar panjang tak patut. katanya,

" ni tak gaduh-gaduh kee ni..."

bimbang sangat kalau kedai dia jadi tempat pengaduhan. kat situ juga ada 2-3 table yang semua orang kelantan duduk. aku steady kasi hai.

tengah-tengah duduk dapat pangilan dari set-set Pemuda daerah gua, bunyinya..

" boss, ada mana? mintak tolong sikit. LRT dah habis ni...tak tahu nak balik dengan apa..."

aku jawab,

" lu orang tunggu situ, nanti viva gua datang..."

ada dekat setengah jam jugak gua lepak makan.

disebabkan set-set pemuda ni kawan aku maka semangat tolong orang ni perlu ditanam samaada diaorang ni orang umno, pas, pekida, punk, skinhead, budak rumah murah atau sebagainya. bende-bende ni wajib kena tolong.

dalam perjalanan ke Hotel diaorang di Cititel Express kat area Lorong Haji Taib tu kitaorang bersembang tentang bola, bukit bintang dan jugak peranan anak muda dalam mebangunkan negeri Terengganu. power beb, ini bukan sembang main-main. ini sembang melibatkan pembinaan negara.

sampai kat hotel hajat hatiku nak blah ke rumah pp. tiba-tiba diaorang tanya,

" boss tidur mana? ada bilik kosong ni. marilah, tidur sinilahhh dah kul 3 pagi ni.."

" orait, tapi aku tumpang bilik korang jeelah..tidur sorang-sorang tak berani. nanti datang hantu massage karang..."

malam tu pung-pang-pung-pang ada dekat 5 pagi kitaorang tidur.

semua yang pikir hal-hal negara jenis manusia tidur pukul 5 pagi rupanya...

bersambung

Jalan ke Bukit Jalil 3

Di Bukit Jalil orang ramai tak patut. dengar cerita tiket 80ribu habis dijual. kat tangan aku ada 6 tiket. ajak semua taknak datang, call pp berlagak tak datang, stam tak reti tengok bola, jorji tak nak sokong pantai timur. last-last yang datang adik ipar aku. itu pun siap mengaku katanya tak pernah sepanjang 31 tahun hidup tengok bola kat stadium.

tapi kat tangan aku ada 6 keping tiket Rm30. sebab panas sangat tak tahu nak kasi sape aku jual tiket tu rm10 ringgit satu. satu tiket dah jatuh entah mana. aku ingat nak tukar dengan pakcik yang jual tiket kat luar stadium tu dengan tiket Rm50 tapi susah dia nak kasi. tapi kat tangan dia aku tengok tiket memang banyak lagi. mesti tak laku.

bercerita pasal tiket pakcik aku yang sokong kelantan menyesal tak sudah beli tiket dengan seorang kawan dia yang aku rasa dapat tiket free jugak. kalau dia hello aku awal-awak gerenti tengok bola free. kerajaan Terengganu ni aku tengok bab-bab tiket takada masalah. semua dapat free. yang tu power.

satu perkara yang sedap bila sampai bukit jalil ialah suasana harmoni antara penyokong kelantan sama terengganu.gaduh pun tidak. paling power, pergi tengok bola satu kereta. macam takada apa-apa berlaku. bayangkan penyokong kelantan sama penyokong selangor satu kereta. setakat ni aku tak jumpa lagi.

duduk di tiket rm30 memang syok dia tak sedap.disebabkan aku duduk di sebelah tiket Rm50 hati aku makin panas pasal ramai kawan-kawan aku duduk kat area tiket 50. tanpa buang masa aku panggil sorang kawan yang aku kenal suruh dia kasi tiket Rm50 kat aku.

berbalik pada perlawanan bola, penyokong kelantan tengok bola macam tengok tilawah al-quran. nak jerit susah pasal bola banyak terengganu yang pegang. aku tak dapat nak beri tumpuan pada bola pasal sibuk berusaha untuk pergi ke belah tiket Rm50.masa rehat, aku dapat masuk ke tiket RM50 dengan senang hati.

ok aku malas nak cerita pasal perlawanan. tapi nak sembang pasal suasana semasa dan selepas perlawanan. dalam tempat tiket Rm50 aku tak puas hati dengan seorang suami isteri ni. aku tengok anak dia ni dalam 5 bulan. pada pandangan aku yang sedikit bijak ni. budak umur 5 bulan tak sepatutnya bawak pergi stadium. ini menggangu hak asasi budak itu untuk tidur. aku pun hairan jugak dengan mamat dan minah yang bawak anak ni. tak kesian ke budak tu. dah laa bila gol budak tu macam nak meraung jee. peminat EPL pun aku rasa tak bawah bayi pergi stadium.

lagi satu hal-hal merokok. bende ni dari dulu aku tak puas hati. aktiviti merokok dalam stadium ni perlu dielak. sebagai straightedge aku anggap merokok dalam stadium sama skillnya merokok dalam bas atau dalam kapalterbang. kerja banggang ni. dah laa panas tambah dengan asap rokok. itu belum cerita hal orang makan kuaci.

bersambung

Khamis, 16 Jun 2011

Road To Bukit Jalil II

Sampai kat R&R Temerluh aku kasi tidur satu kali. Perasaan tidur dalam kereta dia punyai syok macam tidur kat Puduraya masa muda-muda dulu. Dulu kalau nak balik Lipis dari Kulim kena berhenti Puduraya. Bas yang biasanya bertolak dari Kulim@Butterworth dalam pukul 10mlm akan sampai dalam kul 4 hingga 5 pagi. Oleh yang demikian tidur di Puduraya merupakan satu hal yang sangat best. Masa tu bas paling awal bertolak dari Pudu ke Kuala Lipis dalam 830pagi.

agak sedap tidur aku gerak slow-slow sambil pikir kat mana tempat nak tidur. biasanya turun Kl tak jadi masalah sangat nak tidur mana. kalau nak ikut aku ada 2 orang adik yang tinggal kat Subang Jaya sorang dan Putrajaya sorang. adik ipar pun ada sorang kat Subang Jaya. tetapi demi melihat nasib kawan-kawan yang berkenala di Kuala Lumpur maka aku call PP. macam biasa dia orait jee bila aku cakap nak tidur situ. tapi makluman paling best yang aku dapat tahu ialah rumah stam kat Puchong bilik dia ada aircond. pengetahuan macam ni merupakan satu hal yang bawah sikit dari ilmu Fardu Ain.

Perjalanan dari Tol Gombak menuju Bukit Jalil dia punya jem macam gampang. tanpaku sedari perasaan marah kepada jalan, kereta dan juga bapak menteri bermain-main dalam jiwa. namun sepanjang jalan yang jem ni aku lebih banyak melihat kumpulan motor yang pakai baju merah dengan bendera Kelate berbanding mat motor dari Terengganu. aku syak penyokong Kuala Lumpur sokong Kelantan.

Aku pikir pasukan Kuala Lumpur yang dulunya sangat power kena bangkit. Dulu team Kuala Lumpur merupakan satu team bola yang power. Setiap kali Kuala Lumpur jumpa Pahang dulu-dulu hati aku mesti berdebar-debar pasal aura pasukan ni macam Kelantan. dan dari maklumat sulit yang aku ketahui, ramai orang Kelantan sokong team bola Kuala Lumpur dulu. bende ni tak tipu.

bersambung.

Selasa, 14 Jun 2011

Road To Bukit Jalil

sebenarnya niat untuk ke Final Piala FA ni ada sikit-sikit dalam hati. perasaan ni berbelah bagi samada nak sokong Terengganu atau Kelantan. Sebab wajib untuk sokong kelantan ialah aku dilahirkan di Kelantan dan boleh dikatakan 95% daripada jumlah hari raya aku sambut di Kelantan.

tapi secara jujurnya aku kena sokong Terengganu. sebab yang pertama ialah aku dah tinggal lebih 10 tahun di Terengganu. Lagipun tiket tengok bola ni Kerajaan Terengganu kasi free. walau bagaimanapun sokongan aku kepada pasukan Pahang, tetap utuh dalam hati sampai bila-bila. sampai bila2 tu tak tahu nak cakap macam mana.

pergi ke Bukit Jalil kali ni memang power. power yang pertama sebab pergi naik Viva. sebenarnya tak ada masalah langsung naik kereta kecik ni pergi jalan-jalan. sebelum ni aku ada kereta kancil. dia punya jimat hanya tokey minyak jee yang tahu. dari Kuala Terengganu ke Kuala Lipis dulu minyak hanya RM30. naik Viva itu hari minyak hanya RM50 pergi.

perjalanan kali ni betul2 rileks. tak ada sesiapa yang paksa nak pergi. dalam kereta ada 6 tiket bola. telefon pp malas nak pergi tengok, telefon stam pun dia tak reti tengok bola. last-last aku telefon adik ipar. power jugak pergi tengok bola dengan adik ipar, bayangkan kalau pergi kelab dangdut dengan adik ipar.

Sampai daerah Kemaman aku berhenti potong rambut. perkara paling utama dan paling bahaya untuk potong rambut pada hari itu ialah budak sekolah ramai giler yang menunggu nak potong rambut. disebabkan waktu makan tengahari maka secara tak langsung ramai budak pergi makan dan sudah menjadi rezeki aku tak menunggu lama.

" abang nak style apa? " tanya mamat tu

" mung ejas style norfarhan mohamad sekali...aku nak gi tengok bola.." aku jawab steady

habis bergunting aku start kereta meneruskan perjalanan. salah satu pengajaran daripada kedai gunting rambut tadi ialah hasrat tengok bola terpaksa ditunda memandangkan ramai budak sekolah gunting rambut. kesimpulannya ialah pergi tengok bola bukan dapat duit.

bersambung

Isnin, 13 Jun 2011

Cinta Buatan Asrama Penuh

Aku Neon

Menulis menggunakan saya cukup-cukup tak power. perasaan saya tu tak ada dalam jiwa aku sebenarnya.

Aku jugak best.

Selasa, 31 Mei 2011

Saya Neon

Gua ingin memaklumkan kepada Tuan Puan bahawa saya akan berpindah ke satu blog percuma iaitu

www.sayaneon.blogspot.com

Sekian Terima Kasih

Rabu, 25 Mei 2011

Tun M



Semoga Tun M berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Memahami Manusia

satu hari gua main MIRC. untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan gua start chating MIRC sejak tahun 1997. masa tu dunia teknolgi Tun Mahathir baru kasi nak naik. tahun 1997 berduyung-duyung orang masuk Diploma Sains Komputer kat UPM. no dua paling ramai ialah kos gua iaitu Diploma Pembangunan Manusia.

budak Sains Komputer disebabkan dia belajar pasal komputer dia punya kerek tinggi sangat. namun yang demikian kerek diaorang jadi kurang bila budak-budak yang gagal matrik masuk Diploma Sains Komputer. apa barang orang 'rejek' masuk belajar komputer. sepatutnya jadi jurutera JKR.

masa tu email ni tengah meluas. selain email yahoo sama email hotmail, gua turun ada email doramail. lepas tu verspamail, rocketmail. dan macam-macam jenis email. tapi sekarang gua tengok susah betul nak cari email-email yang unit ni. email paling kodi ialah email kerajaan, 3 bulan sekali diaorang suruh tukar password.

dulu nak memahami manusia ni senang. tengok jenis email yang dia pakai. kalau pakai doramail budak ni kartun sikit orangnya. kalau pakai verspamail budak ni trendy sikit, kalau pakai email universiti sah budak ni pelajar universiti.

sekarnag susah nak memahami manusia. yang ada blog tutup blog. yang ada facebook main tutup bukak blog. gua tak faham betul. gua ingat sebab tu robot perang sama manusia dalam 20 atau 30 tahun lagi.

gua sendiri tak faham kenapa hasrat gua nak cerita pasal MIRC boleh sampai ke perang manusia robot.

Selasa, 24 Mei 2011

Kepentingan Berpersatuan Belia (Bahagian Akhir)

pada satu hari tengok bola(lebih kurang pada satu hari pada zaman dahulu), gua bawak kereta kecik gua. kereta kecik gua ni jimat minyak tak patut. kalau harga minyak naik, gua boleh senyum lagi. gua harap minyak naik sampai tak ada bunyi subsidi dah. biar padan muka orang melayu.

hari tu terengganu lawan pahang piala FA. pahang pulak kalah. pahang ni betul2 buat gua keliru. dah tak ada ke orang lain selain dollah salleh sama zainal abidin? zainal abidin tu jurulatih sape? jurulatih pahang ke jurulatih dollah salleh? dollah saleh tu sape? jurulatih zainal abidin ke jurulatih pahang?

selepas tengok bola gua turun pergi tempat parking. nak start kereta jee terus tak boleh. gampang. bateri mati.

tiba-tiba datang budak-budak belia yang memang gua kenal. gua apa lagi mengadulah nasib kat diaorang. lepas tu datang lagi 2 -3 kumpulan budak2 belia yang gua kenal jugak, lepas tu datang lagi budak belia, lepas tu datang lagi ramai. gua syak ada dalam 38 orang. muat satu bas.

dengan tak susah hati maka kereta kecik gua tu diaorang tolak dalam 20 orang. maknanya ramai yang membantu. tu tak kira yang tolong pergi beli air, beli keropok, telefon mekanik, cari wayar api dan sebagainya.

sejak daripada itu gua berazam nak tubuh lagi banyak persatuan belia.

Sabtu, 21 Mei 2011

Kepentingan Berpersatuan Belia



tiket free final Piala FA gerenti dalam tangan.

Cikgu Prinsip Akaun (cerita sempena Hari Guru 2011)

sepatutnya cerita ni keluar masa hari guru itu hari. tapi memandangkan siang malam aku meeting entah apa-apa maka aku ambik keputusan untuk tunda cerita ini ke satu tarikh yang tak berapa busy.

kat sekolah dulu aku ambik kelas prinsip akaun. masa tu kelas prinsip akaun hanya 50 orang jee yang ambik daripada 200 orang. 150 orang lagi tu takut dengan nombor dan bercita-cita tinggi nak jadi doktor. masa tu kelas Anggerik sama kelas Cempaka merupakan kelas yang paling power. tapi dalam banyak-banyak kelas, kelas aku Cempaka yang sangat cool, punk dan jarang-jarang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah.

cikgu prinsip akaun tu aku dah lupa nama. tak macam cikgu Azian yang gajar Matematik Tambahan, cikgu prinsip akaun ni kita glamer jugak dalam sekolah aku ni. masa tingkatan 4 hubungan aku dengan cikgu yang ada taik lalat kat bibir ni seperti biasa. tak ada apa yang luar biasa.

walaupun belajar prinsip akaun, kekadang cikgu ni best jugak. kekadang boleh jugak diajak bergurau. pernah satu hari dia tanya aku pasal apa imbangan duga aku tak seimbang, maka dengan penuh semangat pendidikan agama maka aku pun jawab " kalau seimbang amalan kita macam mana nak masuk syurga cikgu.."

ada satu kes dia nak kasi semangatlah kononnya kepada anak murid supaya bersemangat untuk belajar. contoh paling power dia kasi ialah " tengok cikgu ni, berulang dari penang, pagi2 dah naik bas, sampau kulim naik bas sampai sini pulak..bla bla..bla..." lepas tu seingat aku, aku ada kasi nasihat kat dia supaya cari rumah dekat dengan sekolah.

walaubagaimanapun entah apa kes masuk jee tingkatan 5 semangat punk dan malas belajar serta pandai mengorat telah menyebabkan hubungan aku dengan cikgu prinsip akaun ini seperti " pisang emas dibawa belayar, masak sebijik diatas peti, hari-hari malas belajar, result yang teruk di kemudian hari"

seperti Matematik Tambahan, prinsip akaun pun jenis aku tak reti jugak. sejak belajar prinsip akaun, imbangan duga aku tak berapa nak seimbang. salah satu sebabnya ialah kerana perangai suka men'copy' kerja sekolah dari budak perempuan kelas aku. aku ingat sebab tu aku banggang semua subjek.

maka satu hari cikgu ni dapat mengesan bahawa aku sedang mengorat anak homeroomnya. tanpa membuang masa dia panggil aku masuk bilik guru. masa masuk bilik guru dia nasihat, marah, sound aku macam-macam. seperti biasa aku tak mengaku. apa barang nak mengaku. paling tak power dia kata, prestasi anak buahnya menurun sejak aku mengorat budak tu. ini alasan yang paling tak kukuh. maka sejak tu hubungan aku dengan cikgu prinsip akaun ni kira dinginlah.walaupun tak berapa kacip namun aku dengan cikgu tu ok gitu2 sehingga spm.

spm menjelang tiba. aku sebenarnya tak faham langsung bab2 prinsip akaun ni. orang kata janji imbangan duga kena sama semua. aku target aku dapat 6 atau 7 prinsip akaun. harapan nak sambung belajar tingkatan 6 kat sekolah menengah kembali bersinar.

akhirnya spm prinsip akaun aku dapat 3. ending cerita kali ini aku tak reti nak kaitkan dengan hari guru. karang kalau ulas panjang2 nanti korang ingat aku suruh derhaka pada cikgu.

sebenarnya cikgu tu memainkan peranan paling penting dalam hidup ni. cikgu yang paling true ialah cikgu Maktab perguruan. cikgu KPLI tak berapa true. kebanyakkan diaorang kerja sebab dah tak ada kerja lain yang layak untuk ijazah diaorang. maka diorang pun masuk KPLI. semangat cikgu KPLI sama cikgu MAKTAB ni memang jauh powernya.

cikgu yang paling true dua kali ialah cikgu yang duduk kat pusat kegiatan guru dan cikgu yang jadi cikgu pengakap. diaorang memang dipandang tinggi oleh masyarakat. kesimpulannya ialah kita kena respek sama cikgu kita walaupun kita gaduh sama dia.

notakaki : cikgu-cikgu yang mengajar aku dari di MRSM PDRM tahun 1992 hingga 1996 merupakan cikgu-cikgu yang jatidiri dia kuat. trimas cikgu.

Jumaat, 20 Mei 2011

bodoh tak faham

satu lagi tentang manusia ialah perangai bodoh tak faham. perangai macam ni memang banyak berlaku dalam negara malaysia. malaysia yang merupakan negara yang paling power dari segi bilangan rumah urutnya kini berada dalam sebuah negara asia yang paling banyak umah urut. tak percaya tengok sinar harian.

contoh paling mudah ialah buang sampah dari kereta. perangai bodoh macam ni memang banyak orang buat. mereka yang buat bende ni tak kira siapa, yang pakai kereta kancil ke, mereka yang punk habis ke, mereka yang pakai kereta besar ke, pakcik sokong pas ke, lebai sokong bn ke, penulis blog terkenal ke atau orang gomen pangkat 41 keatas. perangai ni sama dengan jenis orang isap rokok lepas tu buang punting merata-rata. jenis ni memang jenis bodoh tak faham.

contoh paling mudah ialah nak buat kerajaan. kalau nak buat kerajaan mesti menang pilihanraya. nak menang pilihanraya kena pergi mengundi. nak mengundi kena ada orang yang tukang mengundi. tapi jenis bodoh tak faham ialah jenis manusia yang bercakap banyak lepas tu tak pernah daftar sebagai pengundi. lepas tu marah pada kerajaan.

bodoh tak faham yang lain jenis dah laa tak daftar mengundi lepas tu pergi buat demo kat masjid. bende macam ni gua takleh terima. ini jenis bodoh tak faham yang agak power.

contoh ini jugak yang melanda budak-budak yang belajar internet dulu-dulu. dah tahu kat cyber internet takleh tengok porno dia pergi bukak porno jugak. jenis ni memang jenis bodoh tak faham yang paling power.

malas nak faham

masalah utama manusia ialah malas nak faham. mereka faham tapi mereka malas nak faham. nak kasi mereka faham ni senang tapi nak kasi mereka rajin untuk faham ni susah.

kesusahan ni macam main sudoku. bende nak buat senang, tapi nak kasi senang buat tu malas. contoh paling senang sekali ialah nak buat kerajaan. kalau nak bentuk kerajaan mesti menang pilihanraya. nak kasi memang pilihanraya kena masuk bertanding.

kalau nak buat negara islam, kena masuk bertanding semua kerusi parlimen. masuk bertanding 222 kerusi parlimen. bila dah menang semua kerusi parlimen baru boleh ada cita-cita nak buat negara islam.

bende-bende ni semua kena faham. ada jugak yang jenis dah faham tapi malas nak berfikir. bende-bende ni semua akan jadi masalah kemudian hari.

Ahad, 15 Mei 2011

Bincang-Bincang

banyak bende kena bincang. duduk lepak-lepak sambil berbincang ni merupakan satu hal yang perlu dalam hidup manusia. nak nampak power dan elit sikit perbincangan orang panggil mesyuarat.

mesyuarat peringkat akar umbi yang paling orang nak masuk ialah mesyuarat JKKK. tapi sekarang aku tengok mesyuarat JKKK tak true mana. sape-sape ahli JKKK pergi mesyuarat dapat elaun. mesyuarat dengan elaun ni merupakan satu mesyuarat yang tak true dan tak power sangat.

mesyuarat yang paling atas dan paling power ialah mesyuarat kat PBB aku rasa. ini melibatkan mesyuarat yang melibatkan negara-negara bangsa. mesyuarat ni paling true sebab ianya melibatkan banyak bahasa. tapi setakat ni ni tak pernah pulak wakil tetap malaysia cakap bahasa melayu.

sebenarnya bincang-bincang, mesyuarat atau syura yang kita buat selama ni bertujuan untuk menjauhkan kehidupan manusia daripada anarchy. anarchy walaupun nampak sedap didengar oleh anak muda merupakan satu hal yang sangat bahaya dalam hal bernegara.

tujuan utama ada meeting JKKK adalah bertujuan mengelak kampung berada dalam keadaan anarchy dan begitu jugak meeting peringkat PBB untuk mengelakkan negara lain tak buat onar kat negara lain. persamaan itu juga untuk mengelakkan dunia ini berada dalam huru hara.

minggu lepas aku hari-hari mesyuarat. sampai sekarang hidup masih lagi huru-hara. semangat Amerika kena ambik sekali sekala dalam hidup ini.

Ahad, 8 Mei 2011

Another Side of Tok Mat

orang tempoyang panggil abah aku Tok Mat. kalau ikut teori kemanusian dalam organisasi gelaran Tok yang digunakan dalam masyarakat marhain Malaysia menunjukkan bahawa Tok itu seorang yang tua atau orang lama dalam masyarakat tersebut.

namun yang demikian, walaupun tua, Tok Mat bukanlah pendukung utama humanisme iaitu manusia yang mementingkan pemikiran yang rasional dan nilai sekular. ini adalah kerana mengikut pengetahuan aku, Tok Mat merupakan rakan sekelas kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang iaitu Dato Ahmad Yakup.

tapi kekadang aku merasai kagum dengan keupayaan mengingat abah aku. satu hari sedang duduk melepak abah aku akan bukak cerita lama seperti,

" bukan kau dulu taknak kahwin ke? lepas tu berangan nak travel satu dunia? mana semangat kau sekarang? "

satu hari masa duduk dalam kereta sambil kasi semangat pada jeman dan jeri abah aku bukak cerita,

" abang kau dulu pergi interview kerja entah sape dia pinjam baju, seluar sama kasut hitam. setiap kali interview pergi pinjam kasut orang. cuba laa syukur sikit sekarang ni.."

paling power abah aku cakap,

" abang kau ni orang panggil apek, kat mana cinanya entah..."


gampang...hari ini hari ibukan? pasal apa aku cerita pasal Tok Mat?

notakaki : sambut hari ibu gua rasa macam bidaah jee...

Bayangan Kau

selain mat rap gua sebenarnya into hardcore metal dulu-dulu. terima kasih kepada mamat yang masukkan lagu ni dalam youtube. kaset keluar tahun 1997. tahun 2010 baru ada dalam internet. canggih tak patut. walaupun kaset ni mahal tak patut, gua ada kasi dubbing dari member gua. kah kah kah kah...biar rugi syarikat tu..kah kah kah...

Selasa, 3 Mei 2011

Kawan saya Bharu

" kawan abang Bharu beli kereta grand livina " gua bukak cerita depan bini gua

" baru ke 2nd hand? " tanya bini gua

" baru" gua jawab

" baru ke 2nd hand? " tanya bini gua

" baru " gua jawab lagi

" tahulah kawan abang Bharu tu. dia beli yang baru ke yang 2nd hand? "

" dari tadi dah cakap baru "

notakaki : cakap biar jelas