Selasa, 13 Oktober 2009

Bahasa Mempermainkan Jiwa - Part 1

satu petang dalam satu perjalanan balik kerja dari Marang ke Kuala Terengganu bini aku call aku. Biasanya petang-petang ni kalau bini call maknanya dia akan pesan bende-bende yang runcit dan ringan macam roti, pisang, roti canai, air kotak, ribena, gula, sedikit garam dan sebagainya.

so ramalan aku tepat belaka.

" abang, tolong belikan mee sup kat cabang 3 tu. beli laa 3. boleh ramai-ramai makan. hok yang punya jangan letak cambah "

" ok " jawab aku rileks lalu meletak telefon.

5 minit kemudian aku terpikir sesuatu. masa tu dah sampai kedai. makcik cabang 3 ada depan mana.

" Cambah? WTF? bende cambah ni? " aku bercakap dalam hati. nak call bini malas sebab telefon ada dalam kereta.

" ye dik, nok gape? "

" mee sup 3. "

.

.

.

nak-nak maghrib bini aku membebel sambil buang touge dari mee supnya. mana laa aku tahu...

5 ulasan:

meor saiful rizal berkata...

hahahaa!
tauge mende yg bercambah kot..
high level sungguh vocab nyer!

maryam abu ahmad berkata...

oh! kace cambah.. hihi

Tanpa Nama berkata...

mende mung apek camboh pung dok tauuu.. dok teganu lame doh!
wuahahah!

j or ji berkata...

touge kalau ikut slang terengganu jadi tougang! tu sebab mereka panggil cambah.wakaka

nway..jumaat malam ni aku pi Kuala Terengganu.lepak sana sampai ahad.
kalau lu berani nak belanja gua, gua pantang dicabar!

FdausAmad berkata...

sulit gila pesanan..
pesan losong sudah la....