Rabu, 30 September 2009

aku baru tahu

ok serius. kesedaran aku lemah sebenarnya. kesedaran tentang hal-hal kerja pun masih lagi dianggap berada dalam tahap separuh baik.

aku tak tahu kemana aku pergi pada 5 Mac 2009. hari tu Kementerian Belia dan Sukan lancarkan Radio Belia di XFM. aku sendiri terhiling-hiling memikirkan hal ni. nampak sangat macam tak cakna hal-hal peringkat negara. masa tu bapak si dafi AF iaitu Datuk Ismail Sabri yang lancarkan radio belia.

ok serius. aku baru tahu hari ni pasal radio belia. kalau boss aku tahu memang aku kena kutuk dalam meeting. aku pun tak pasti sama ada boss-boss aku ada maklum pasal XFM ini sebagai radio belia. aku betul-betul tak ingat.

kalau tak kerana radio IKIM yang sejak dua menjak ni dah macam radio pop islam dan dah ada kata laluan untuk memenangi hadiah mungkin aku tak pasang XFM. aku cadangkan korang kalau nak dengar radio boleh laa layan IKIM sama XFM secara bercampur-campur. kalau nak syok layan satu slot pasal aktiviti-aktiviti masjid setiap petang kalau tak silap aku kat radio IKIM. kalau ada rezeki mungkin boleh dengar aktiviti masjid dan surau orang-orang PAS. rare, bagus dan penuh dengan maklumat.

aku memang puji laa bab2 radio belia ni. sekurang-kurang mat-mat belia 4B, MAYC, dan mat belia yang lain boleh sama-sama masuk radio yang boleh dikatakan sangat indie ni. gua pun kekadang layan syok jugak dengar radio XFM. tapi aku tengok DJ XFM cam suka menjerit. sebab apa aku tak tahu.

ps : aku baru tahu. kalau tak dah lama aku kasi tahu. kira macam gerila radio ni!

power to mat belia!

Selasa, 29 September 2009

Sakit Mata

bini aku kena sakit mata. semalam pergi klinik, orang ramai tak patut. memang sedap kalau dapat join industri sakit kat dunia ni. kaya cepat, boleh beli kereta besar dan boleh interview budak-budak dari kolej jururawat yang berlambak sekarang kat malaysia.

aku pikir budak-budak yang belajar ilmu-ilmu kejururawatan sekarang memang susah nak jadi penganggur. lepas habis belajar aku rasa kerja boleh dapat mudah. tak kat klinik kerajaan boleh apply kerja kat klinik swasta atau klinik-klinik persendirian tepi-tepi jalan.

yang susah nak dapat kerja mungkin para pemegang ijazah pengajian Islam. tak tahu laa diorang nak kerja apa lepas ni. paling jauh boleh pergi kerja kerajaan dengan join JAIS, JAWI, JAIP dan sebagainya. kalau hebat sikit boleh join kumpulan nasyid. agak-agak boring apply KPLI, jadi cikgu agama. aku pikir pelajar-pelajar pengajian Islam patut terus dapat kerja macam jururawat.

habis belajar terus posting kat masjid-masjid. lantik jadi pegawai masjid. jadi pengurus masjid. dalam satu daerah ada beratus masjid. budak-budak pengajian Islam ini diberi tugas untuk mengurus masjid. ramaikan orang kat masjid. kalau boleh buat apa-apa kelas kat masjid. kelas fotografi ke, kelas bahasa cina ke dan sebagainya. meriahkan masjid dengan pelbagai aktiviti. idea ni macam dr asri dalam bahtera perubahan yang ada siar dalam Astro itu hari aku dengar.

AJK masjid kena kreatif. aku rasa tak salah buat perlawanan akhir piala dunia kat afrika 2010 nanti kat perkarangan masjid. lepas habis bola boleh sembahyang ramai-ramai. tak pun try buat bengkel motosikal satu kat masjid. mana tahu budak-budak boleh insaf.

bab sakit mata memang tengah musim sekarang ni. bini aku dapat mc 2 hari. cam best jee cuti sakit mata ni.

ps: penulisan kali ini tak ada kena mengena dengan isu kes curi tongkat mimbar yang berlaku di Marang, Terengganu.

Ahad, 27 September 2009

Barisan Pemuda Balakong (BPB) - Sejarah

Kisah barisan pemuda balakong ni amat menyayat hati. kalau aku cerita secara serius dengan latar belakang muzik kitaro mungkin korang akan menitiskan air mata. lepas menitiskan air mata mesti korang marah sama kerajaan. lepas marah pada kerajaan mesti korang marah pada mahathir. lepas tu korang marah sama KLCC, Litar Sepang dan stesyen LRT kat tempat korang.

so aku ambik keputusan untuk cerita kisah pemuda balakong ni secara steady. tapi ramai salah anggap maksud steady. pernah tak korang tengok mana-mana orang angkat berat atau lepas main kat gim? lepas angkat berat mesti dia rileks sekejapkan? nampak macam steadykan? ha, steady macam tu yang aku maksudkan. tenang tapi penuh dengan kesakitan.

pemuda balakong ini ditubuhkan secara tidak rasmi oleh sekumpulan anak-anak muda yang menjadi mangsa ketidakadilan/kestabilan/kekacauan/kejatuhan ekonomi pada tahun 1998. sepatutnya diorang ni semua dah 'fly' pergi luar negara pada tahun tersebut tapi kerana hal soros kata mahathir maka kerajaan terpaksa hantar diorang belajar dalam negara malaysia sendiri. masa tu kerajaan betul-betul tak ada duit. kalau kerajaan ada duit sikit mungkin kerajaan hantar diaorang pergi Austaralia tak pun Indonesia.

aku yang dapat pangkat 2 dan belajar kat UPM pada masa tu sebenarnya sedih bila terjumpa diorang sedang bawak motor untuk pergi belajar kat UNITEN. sebagai kawan yang baik dan prihatin aku tak sampai hati nak cakap 'padan muka' kat diaorang. sepatutnya penat lelah mendapat argegat sikit dan A yang banyak tidak sepatutnya dibalas dengan belajar kat Malaysia. memang masa tu aku pun join diorang marah kat kerajaan.

so, mereka pun carilah satu tempat untuk dijadikan penginapan mereka sepanjang mereka belajar disana. maka terjumpa laa satu aparment yang terletak 2 -3 daripada the mines. kawasan tu kira ok laa strategik. kedai mamak dekat, sebelah kedai mamak ada kedai snooker. dalam snooker pulak ada kuda. pondok bas ada sebarang jalan dan bas pun ada banyak. cuma yang tak tahan rumah kat tingkat 4. memang pencegah maksiat JAIS pikir 8 kali nak naik atas.

barisan pemuda balakong ini terdiri daripada Ajuba. ajuba ni kira ketua rumah. ajuba ni satu kelas dengan aku. walaupun satu kelas hubungan aku dengan ajuba nak kacip sangat sebenarnya. lagi pun dia banyak sangat dengar lagu-lagu orang putih. bila aku nak pinjam kaset dia tak kasi sebab katanya aku tak reti english. ok jugak alasan dia. sebab tu aku terus layan muzik-muzik melayu ni. Youth of today pun aku layan sebab dia punya english simple dan macam rukun negara. yang aku paling panas dengan ajuba bila ada satu time dia kata kat aku, kalau sampai kat UK nanti dia nak join I.R.A. aku dah syak ini mesti sebab kuat layan lagu zombie dari the cranberries.

orang kuat no 2 ialah mat due. mat due dulu masa sekolah ketua pasukan bola. asal main bola nak gaduh. aku masa dulu kacip jugak sama dia. masa form 4 selalu juga lepak bilik dia tidur sekatil. dia kalau kat balakong ni kira macam ustaz. sebelum makan selalunya dia laa yang baca doa. asalnya mat due belajar hal-hal angkasa kat UPM. tapi apa kes entah tiba-tiba menceburi hal-hal baju kalis peluru. last sekali jumpa dia ada cerita hal-hal senapang dan pistol.

sorang lagi member balakong yang sampai hari ni kacip dengan aku ialah pian. pian ni tak kahwin lagi dan aku dengar cerita akhir tahun ni dia nak kahwin. apa kes kahwin lambat aku pun tak tahu. pian ni budak mrsm taiping. dia sempat belajar kat mrsm pdrm dalam 3 tahun dan cita-cita dia memang nak pergi USA. katanya nak pergi kubur cobain budak nirvana tu. pian sekarang memang orang kuat gomen. sebab kerja dia melibatkan hal-hal keselamatan negara maka aku takleh nak cerita dia kerja apa.

salah sorang pengasas kuat yang mempunyai gaya tersendiri dan aku rasa nak terajang ialah gap. gap ini jiran ajub. diorang duduk kat taman koperasi polis. hubungan diorang memang kacip. aku jadi kacip dengan gap pasal kitaorang dulu memang penyokong kuat leeds united. percakapan kitaorang hari-hari pasal leeds. yang teman aku beli jersey leeds united kat petaling street aku rasa gap jugak kot. gap ada cerita salah satu tujuan dia nak pergi UK sebab nak salam sama mark viduka sama alan smiths. ada satu musim aku sempat suruh gap kirim salam kat diorang semua. tapi sayang gap tak dapat terbang pergi UK. aku yang tak terbang ni rasa panas jugak dan tumpang sekali marah kat kerajaan.

salah sorang pengasas balakong yang tak boleh dilupakan ialah farid. dia memang orang kuat kerajaan. kalau bunyi sikit nak marah mahathir dia mesti jadi backup mahathir. UMNO memang kuat dalam jiwa dia. kalau kutuk UMNO sikit dia mesti rasa tak sedap hati. pukul 8 malam tv memang takleh nak tukar. Buletin utama mesti dia layan. surat khabar NST hari-hati mesti baca. kalau tak baca sehari macam tak sah sembahyang dia. tapi sejak kerajaan tak jadi buat jambatan bengkok dia punya marah sama kerajaan makin menjadi. aku tak tahu bila dia nak mengakhiri zaman bujang. kalau aku ada adik perempuan mungkin aku kasi sama dia.

so tak silap aku inilah pengasas kepada barisan pemuda balakong. aku akan menceritakannya kerana kat balakonglah aku dapat banyak idea tentang kehidupan kota. rupa-rupanya emo kota dan bandaraya dia punya feeling ni lain sikit daripada emo kampung. kalau kat KL tengok KLCC pun dah emo.

yeah! power to the people! emo sekali!

ps: gambar betul apartment Seri Jasa dari mudah.my

jemantorres

ini adik aku nama dia jeman. kalau tengok myspace dia memang rasa nak terajang. walaupun adik aku, kritik tetap kritik. kalau boleh siku muka masa main bola, memang aku dah siku. bab main futsal aku puji. kawalan dan bacaan bola dia memang pandai aku tengok.

tapi yang aku kecewa sikit perangai malas sembahyang memang kuat menjadinya. nak kata macam aku dulu-dulu adalah sikit-sikit tapi aku takpe laa sebab aku bukannya sekolah agama macam jeman. jeman dulu sempat jugak sekolah agama kat Padang Tengku dalam sebulan. dengar cerita kes dia kena buli menyebabkan dia blah dari Padang Tengku dan bersekolah kat Setiawangsa.

Hal yang buat aku panas sekali ialah dia bawak awek dia pergi jumpa abah aku kat hospital. siap awek tu cium tangan mak aku. macam faizal husin punya filem ada sikit-sikit ni. lepas tu malam raya call awek dia dah ucap I love U depan aku. budak-budak zaman sekarang memang tak reti bagi hormat pada abang sulung.

sekarang dia ada blog namanya jemantorres.

Isnin, 21 September 2009

Sinar Torres Yang Hilang di Aidilfitri


Semalam gua dan family belah kota bharu buat perangai macam tahun lepas. Hari Raya Aidilfitri punya malam raya kitaorang berkumpul ramai-ramai sambil tayang kasut futsal raya masing-masing.


ada masa boleh layan http://ammosham.fotopages.com/. sinar torres aku dah hilang semalam. gua tengah cari mood main bola dalam tempoh 2 bulan ni. adik ipar gua yang baru sama jeman memang menunjukkan bakal cemerlang semalam. cik lan aku menunjukkan skill jaringan gol yang buat aku rasa nak terajang.


ps : Kg Pintu Geng Terletak di belakang Tesco sama KB Mall. Kampung gua dah bukan kampung sekarang.

Ahad, 20 September 2009

Cacatan Puasa 1430 Hijrah

Macam biasa aku tulis style Mahathir.( marah sangat dia kat samy vellu rupanya..)

1. tahun ni puasa ok. cuma keadaan cuaca yang tak menentu dan serangan H1N1 menyebabkan jumlah tarawikh aku kat masjid agak berkurangan. banyak buat kat rumah daripada kat masjid. lagi satu serangan kumbang masuk telinga aku sehingga menyebabkan aku tak dengar dalam 2 minggu juga merupakan satu sebab mengapa kurang pergi masjid. kawan aku kata gegendang telinga pecah bahaya duduk kat speaker.

2. dalam banyak-banyak murtabak yang aku jumpa. satu murtabak kat pasar ramadan batu 6, kuala terengganu sedap tak patut. kat tempat lain lebih sayur dari daging. nak untung lebih aku agak.

3. onde-onde sama laksa penang merupakan dua makanan yang hari-hari ada kat dapur. kalau tak ada macam lain je malam tu.

4. disebabkan aku kerja gomen, maka jemputan untuk makan diluar memang banyak jugak diterima. tetapi banyak jugak aku tolak sebab perasaan berbuka kat umah lebih syok.

5. puasa ni sebenarnya bagus. melatih fizikal, emosi, mental, rohaniah, perasaan, jiwa dan sebagainya. aku masa kecik-kecik dulu menyesal jugak buat perangai tak senonoh makan di bulan ramadan. menyesal tu ada sikit-sikit. kalau tak sekarang aku dah buat ucap selamat hari raya dari universiti Al-Azhar Mesir.

6. bini aku puasa penuh tahun ni.

ps: tadi aku pergi wakaf che yeh. macam aku cakap nak berjalan pun susah. ni dah bukan selisih-selisih bahu dah, ni macam nak berlaga dada. baik duduk rumah layan tv rancangan ucapan hari raya tak pun layan gila-gila/ujang/apo? bumper tak pun layan takbir dan tahmid aidilfitri, pahala pun dapat.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

Rabu, 16 September 2009

Kisah Emosi - Petang Jumaat Yang Blues

lepas solat jumaat biasanya aku akan tidur berjemaah bersama anak dan isteri. memang syok tidur lepas makan nasik tengahari ni. nikmat tidur petang jumaat mungkin satu rahmat yang dibawa balik dari masjid aku rasa. bapak mertua aku selalu pesan. katanya kalau boleh lepas sembahyang kat masjid jangan singah mana-mana, bawak rahmat dari masjid tu terus ke rumah.

z
z
z

" bang bangun makan mee kari " kejut bini aku

dalam jiwa sentimental, dada rasa sedap, hati tak rasa dengki sama mata dan dari jauh dah bau mee kari aku bangun dengan keadaan yang cukup cool, tenang dan relaks.

tengah sedap makan mee kari bini aku bukak drama indonesia namanya Liontin. tiba-tiba dalam satu babak.

" maafkan aku ......(nama orang yang disebutkan itu aku tak ingat)....maafkan aku....... aku minta maaf..... aku terpaksa menolak cinta kamu. maaf kan aku....maafkan aku....jangan kamu cari aku lagi....maafkan aku....aku tidak boleh..maafkan aku..."

suasana jadi senyap. aku berhenti makan mee kari.

hanya esakan tangisan pelakon perempuan itu dengan latar belakang lagu menunggumu dari band peterpan memenuhi ruang suasana dapur.

aku rasa nak menangis masa tu. oh tuhan...

Bola Raya

suatu malam pada 'penghulu malam segala malam lepak' di lipis,

" kau balik beraya mana esok pp? " gua bertanya

" aku balik raub kejap jeee, petang tu ada sampai umah.." pp bercakap gembira

" kau padeli raya mana? " gua soal padeli

" aku balik kampung aku pagi jap, petang memang aku balik rumah. tak tidur umah nenek aku. pasal pek lu nak datang beraya ke? "padeli menjawab

" esok petang jadi ke main bola? 1 syawal kalau main bola macam sedap jee ni." gua kasi idea

" aku set jee. tengah semangat ni." pp setuju

" esok kalau main mungkin 4-5 gol aku shoot " padeli bercakap semangat.

lepas bersembang hal bola. masing-masing bukak topik lain. gua yang tepaksa beraya kat lipis tahun tu dah kembali bersemangat nak sambut raya. bukan apa raya kat lipis dalam kul 3 petang gua dah start tidur rumah selepas selesai sembahyang raya kat masjid tempoyang sama pusing-pusing satu taman seri tempoyang. so dapat main bola petang raya dah kira bonus.

" esok petang jangan lupa bola semua. sembahyang raya tak pe tak datang. sembahyang sunat je tu" pesan gua dalam keadaan perasaan tak takut tuhan.

padeli angguk, pp tersenyum, amar bercakap ok keriangan, amin tunjuk bagus dan boleh kata semua setuju malam tu. gua dah gembira.

+

+

+

petang tu sampai padang bola gua tengok pp terhiling-hiling main hoki sorang-sorang. cam celaka perangai masing-masing.

ps: tahun ni gua raya kota bharu.

Selasa, 15 September 2009

Pengaruh TV di kalangan budak-budak asrama penuh

petang jumaat merupakan satu petang yang heaven bagi kitaorang budak-budak asrama. biasanya lepas jumaat cerita hindustan yang start dalam kul 2.00 mesti di tengok oleh kami. kita orang akan berkumpul depan tv sambil baring-baring. yang perangai cam setan akan baring-baring sambil pegang buku. biasanya diaorang pegang buku teks sejarah tak pun kemahiran hidup. katanya senang nak tidur.

satu petang kitaorang cukup happy pasal Amitabh Bachchan berlakon. biasanya sengih kitaorang dan hal-hal percakapan pasal cerita hindustan ni akan terbawak-bawak sampai khamis minggu depan. petang tu Amitabh Bachchan berlakon dalam cerita yang bertajuk Ajooba.

lepas habis cerita tu seorang budak bernama Nurul Fadli bangun sambil ikat kain pelikat kat belakang kononnya macam superman. sambil cekak pinggang dia berkata-kata dengan penuh semangat.

" mulai sekarang panggil aku Ajooba, ingat Ajooba. nama Nurul Fadli dah tidak digunakan lagi, akulah Ajooba sekarang. "

nasib baik dia anak polis. kalau anak cikgu ke, anak pegawai belia ke, memang aku dah karate kat situ. memang bahaya tv dikalangan budak-budak asrama penuh dan sejak daripada itu aku berjanji nak hantar anak aku masuk sekolah agama.

ps : dengar cerita dia still guna nama tu sampai sekarang. jub, lu memang legend.

menjelang raya

ok serius. menjelang raya ni gua akan belajar cakap korea. itu pun lepas tgk satu artikel dalam suratkhabar kosmo hari ni. gua harap lu orang semua boleh belajar cakap korea sama-sama.

gua harap lepas kita belajar cakap korea ni nanti boleh lah kita sembang-sembang mengumpat dalam bahasa korea. sekali sekala melepak sambil cakap bahasa luar ni syok jugak gua pikir.

ps : gua harap semua dah reti cakap indonesia. senang sikit nak cover line bila pergi sana nanti.

terbaru : laman web yang kosmo kasi tu takleh nak bukak. punah harapan nak belajar cakap bahasa korea.

Ahad, 13 September 2009

empat empat dua

musim ni entah apa sebab aku boleh syok layan man city main. nak kata aku sokong sangat man city tak laa pulak. cuma musim ni kurang sikit tengok liverpool main dan bagi aku ada sesuatu yang tak kena dengan liverpool. mereka macam pasukan yang nak bankrap jee aku tgk. nak beli pemain macam kasi tak kasi. beli pemain pun macam melepaskan batuk ditangga. tangkap muat.

musim ni man city memang bergaya membeli pemain. tapi secara personalnya aku tengok corak permainan mereka di bawah Mark Hughes tak berapa menyakinkan. walaupun mereka memang 4 - 2 semalam tapi bagi aku bola masih lagi di kontrol oleh arsenal. ia seperti perlawanan pertama mereka menentang blackburn walaupun menang tapi main cam hancur aku tengok. ternyata man city bukan pasukan yang terbaik dalam bab-bab mengawal bola.

kelebihan man city ialah kelajuan mereka dalam membuat counter attack. mereka mempunya beberapa pemain yang bebas bergerak disebelah kiri dan kanan seperti robinho, wright-phillips dan bellamy dan korang boleh tengok sendiri betapa pantasnya mereka bergerak. tapi yang kelakar mereka tidak mempunyai satu set pemain tengah yang mantap seperti set pemain penyerang mereka.

setakat gareth barry sama stephen ireland aku rasa tak cukup kuat lagi bagi pasukan ini. sekurang-kurang mereka perlu memiliki 2 pemain tengah yang mantap, bisa mengawal padang, hensem dan sekurang-kurangnya pandai menanduk bola. so aku cadangkan man city beli juan roman riquelme sama esteban cambiasso sebab diorang macam sesuai untuk main dengan man city.

jika liverpool hanya mempunyai satu pilihan pemain untuk di beli pada musim ini maka aku pikir sergio aguero merupakan sorang pemain terbaik untuk mereka. memang sangat cun apabila meletakkan aguero disebelah torres. bagi aku torres akan menjadi seorang penyerang yang sempurna jika dia mempunyai sorang rakan segeng yang bijak, cekap dan amanah seperti aguero.

mengapa harus gerrard diletakan dibelakang torres bersama benayoun sehingga keadaan ini menenggelamkan kepintaran torres dalam menghasilkan gol-gol menarik. benayoun si yahudi yang menjaringkan 3 gol semalam sebenar tidak sesuai bermain di liverpool. corak permainannya sangat sesuai untuk pasukan penculik budak. chelsea.

4-2-3-1 yang diamalkan sekarang oleh rafa nampak cam best tapi sebagai manusia yang cukup berminat dengan formasi 4-4-2 aku berharap agar dengan kehadiran mamat dari roma iaitu alberto aquilani maka rafa akan try ubah dengan mengembalikan gerrard di sayap kanan, aquilani sama mascherano di tengah, babel atau riera di sayap kiri. torres di diletakan sebagai 2nd striker dan pemain yang perlu dibeli iaitu aguero diletakkan sebagai penyerang utama.

maka aku pikir liverpool akan menjadi satu pasukan sempurna. tahukan anda bahawa kehebatan torres membawa bola dan kebijakansanaan kawalan bola dengan hantaran cantik aquilani 'the prince' dan sentuhan 'tidak panik' daripada rafa bisa menjadikan liverpool satu pasukan yang akan menang bergaya di samping menceriakan penyokongnya yang cool dan setia.

so sekarang ni aku memang tengah cari jersey man city. amacam? as roma memang aku tak layan sebab diaorang jual aquilani. pengurus kepala botak pun diorang pecat dan aku dengar cerita diaorang lantik claudio ranieri jadi pengurus/ketua jurulatih. aku dengar laa betul ke tidak.

liga itali walaupun nampak cam ass, tapi jika korang pemain bola korang mesti rasa seronok kalau dapat main bola kat sana. tak ada laa pantas-pantas sangat macam epl. feeling pegang bola macam tak ada jee aku tengok. kata pemain bola. baru pegang bola sikit dah kena passing. best ke gitu?

notakakis : teringat zaman leeds united dulu-dulu. apa khabar diaorang agaknya sekarang.

Sabtu, 12 September 2009

ammopool - never shoot alone!

malam ni gua serius. lepas tarawikh karang memang gua tolak mentah-mentah perlawaan untuk minum-minum more. malam ni memang sah gua lepak depan tv tengok man city lawan arsenal. kalau man city menang gua akan terus sokong man city. kalau arsenal memang gua akan call padeli mintak topi arsenal yang dia selalu pakai.

liverpool memang gua jamin menang. perasaan orang-orang liverpool yang lain memang gua dah tak jaga sekarang.

u never walk alone bila balik taman tempoyang pek, gua teman lu - padeli

notakakis : malam ni gua ramal seri 2 - 2.

Jumaat, 11 September 2009

The Faculty, Alice in Chains sama itu lagu dari Pink Floyd

gua bukannya mat alice in chains sama pink floyd. telinga takleh nak dengar sangat. ada satu musim masa gua belajar dulu, gua ada 3 filem kegemaran dan salah satunya ialah The Faculty. dan dia punya lagu ni betul-betul buat gua malas nak belajar dan menyebabkan gua tak dapat sambung buat ijazah. rebel laa kononnya...



notakakis : syukur anak staf gua yang lari rumah dah balik semalam...perangai lari rumah ni jangan diamalkan. menyusahkan mak ayah sama prepaid telefon.

Khamis, 10 September 2009

Mat Tiara

satu hari pada satu musim dalam tahun 1992.

aku tak ingat musim apa masa tu kat Malaysia pada tahun 1992. Musim bunga, musim luruh, musim sejuk atau musim panas, aku tak pasti. tapi masa tu memang bermusim.

kalau tak silap aku masa tu musim muzik-muzik. musim muzik-muzik dia punya top biasanya pada akhir tahun. bulan 12. musim banjir. sebab hujan selalu maka sebagai rocker sejati yang tak pernah mendengar muzik-muzik dagangan dari luar yang seharusnya negatif, maka rancangan muzik-muzik merupakan satu rancangan yang mesti di tengok.

setiap bulan aku mesti tunggu siapa jadi juara bulanan. ada satu bulan lagu Tiara daripada kumpulan Kris menjadi pujaan hati aku dan tup-tup jadi juara kumpulan. boleh kata aku hafal lagu tiara tu. kalau aku reti main gitar memang aku dah hafal kod gitar lagu tu.

kegilaan rock KRIS dengan TiARAnya terbawak-bawak sampai aku masuk belajar kat mrsm. sekolah budak pandai kononnya. aku sebenarnya kagum jugak dapat masuk mrsm ni. aku hairan macam mana dengan upsr 3a 1c yang aku bawa dari SR Clifford telah membawa aku ke tahap pelajar berasrama penuh. nampak sangat kerajaan nak tolong orang melayu.

disebabkan tensen dengan keputusan 3a 1c sedangkan orang lain masuk mrsm dengan 4a, maka setiap kali masuk dorm asrama aku mesti menyanyi lagu tiara. pergi tandas tiara, masuk kelas tiara, masuk dewan selera tiara, main bola tiara. maka ada seorang mamat ni yang nama dia ajuba telah senang hati mengelarkan aku mat tiara. katanya,

" Hisham, sebab ko nyanyi lagi tiara selalu maka aku panggil kau Mat Tiara.."

sejak hati tu sampai sekarang budak-budak mrsm panggil aku Mat Tiara. amacam? lagenda tak nama?

ps: korang bayangkan kalau dulu aku hari-hari nyanyi lagu Isabella tak pun ada satu lagu rock melayu yang puja gadis bernama Rokiah. kalau tak sekarang diorang panggil aku Mat Isabella atau pun Mat Rokiah. amacam? tak ke sawan dibuatnya tu...

Rabu, 9 September 2009

aku, 2 ekor lembu dan kerajaan..

dari blog lama, aku jumpa dalam buku politik apa nama entah. boleh laa buat pikir-pikir sebelum buka puasa karang.

Sosialis - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik seekor dan memberikannya kepada jiran ku.

Fabianis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan jaga kedua-dua ekor lembu tersebut dan memberikan susu lembu kepada jiran ku.

Komunis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan beri aku sedikit susu.

Fasict- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan menjual susu lembu tersebut.

Birokrasi- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya, tembak seekor, jaga seekor lagi dan buang susunya.

Kapitalis- aku ada 2 ekor lembu, jual seekor dan beli kerbau.

Islam - aku ada 2 ekor lembu, jaga lembu itu, aku beri susu lembu itu kepada jiran dan yang memerlukan, jual selebihnya dan beli kerbau.

Selasa, 8 September 2009

Cinta Buatan Asrama Penuh - Edisi Emel

From : XXXXXXXXXXX

To : d59208@telnet.upm.edu.my
xvaskularx@yahoo.com

dear apek, (peh aku rasa macam hantar email kat awek..)

pek, apa cerita wei? harap kau sihat. aku try hantar kat kau pakai dua email ini. harap kau dapat email aku ni. aku tak yakin email telnet tu ko leh baca so aku hantar email kat email straightedge kau tu. tapi aku was-was gak dengan email straightedge kau tu. kau bukan sxe kan? kakakka..poyo betul sxe ko tu. baik kau rileks-rileks cam aku. layan rock melayu hari-hari.

aku kat terengganu sekarang pek. dapat kerja kerajaan. aku pun tak tahu macam mana nak cerita bestnya lepak terengganu ni. hari-hari aku tengok laut sama pantai pek. best giler. lipis memang tak ada pantai. tapi kekadang aku rindu sama lipis pek, sawan layan bunyi burung-burung sama cengkerik malam-malam. tapi pek semua bunyi tu diganti dengan bunyi ombak. hahaha..ombak jahat..ombak jahat.

pek, sekarang ni PAS perintah Terengganu. aman pek, pesta-pesta pun tak ada sangat. paling up pun dikit barat. best gak dikir barat pek, macam rap pulak. sini tak macam KL. disko-disko pun tak ada. gua pikir terengganu tempat sesuai untuk ko cari ketenangan pek. kau ingat tak masa kita lepak tepi pantai kat port dickson dulu pek? pukul 2 - 3 pagi kita pergi tengah laut dia jalan-jalan sama saha member sxe kluang ko tu? ko cakap sama aku yang ko nak keje tepi pantai pek. so aku harap kau apply laa keje mintak petronas. tak pun ko jadi cikgu sandaran kat sini. aku cadang jee..

pek, ko ingat tak awek junior yang aku cerita tu? peh, aku memang tak layan sangat sama dia sekarang. chubby pek, aku chubby-chubby ni memang takleh pek. geli. so pek sekarang ni aku tengah buat hubungan cinta sama sorang budak batch aku pek. tapi dia sampai tingkatan 3 jee kat sekolah aku. aku jumpa hari tu masa gath sekolah aku. lepas tu aku macam terjumpa dia dalam MIRC dan sekarang kitaorang macam tengah bercinta pek. sawan sial...(aku pinjam kata-kata ko..)

pek, tapi cinta kitaorang ni lain pek. kita orang pegang kontrak dari sebulan kesebulan. masuk ni dah 3 bulan dah ni. kitaorang cinta kontrak. di akhir bulan kitaorang perbaharui cinta kontrak kitaorang. macam mana apek? faking tak? aku rasa macam buat road tax motor kekadang tu.

tapi dia ni anak orang kaya pek. mak ayah kerja gomen pangkat tinggi. standard dia tinggi pek. dia layan rnb tapi aku cuma dengan rock melayu je. aku rasa macam jauh jeee kelas keluarga aku sama keluarga dia pek. kau pun tahu apek yang aku cuma tinggal kat rumah kos murah macam kau. dia pulak tinggal banglo. so macam tak sesuai pulak kasta aku ni. macam india pulak aku ni pek.

tapi pek yang paling ganas dia isap rokok. pehh, yang tu aku kagum. lagi satu dia kerja bank pek, kekadang pergi kerja pakai skirt pek. macam mana? lu kagum tak dengan aku pasal dapat tekel makwe metropolitan ni?

so, pek. aku harap ko doakan aku bahagia. kalau kalau confirm kerja gomen ni nak ajak dia kahwin pek. macam mana? kau restu tak? kakakaka...tapi macam aku cakap tadi laa aku rasa macam aku ni tak sama kasta laa dengan dia. tapi tak tahu laa pek. kalau ada jodoh ada la...

pek, nanti pergi laa pejabat buruh kat raub beli borang SPA kalau ko nak masuk gomen. kalau dapat interview nanti cakap sama tukang temuduga yang kau nak mintak kerja kat terengganu. kau kan nak jadi beach boy kan? tapi aku harap ko belajar berenang dulu.

kirim salam laa pada budak straightedge ko sama budak-budak skinhead lipis. korang jangan bergaduh sangat hal-hal nazi ni. budak-budak skinhead tu kawan-kawan ko jugak. rileks-rileks dah laa. satu lagi, aku nak balik lipis kekadang balik naik keretapi. kalau aku call kau malam-malam ko ambik aku yee. itu pun kalau ko berani keluar rumah.

ok aaa pek. panjang giler aku tulis ni. opis aku dah laa internet pakai dial up ni. slow tak patut. kalau senang jumpa laa dalam MIRC.

pecah kaca, pecah gelas, lepas baca, harap balas.

ps: kalau nak keropok call aku. aku pos.

*

*

*

woi....kirim salam kat haji hadi...
( tu je aku balas kat dia, lepas tu dia tak pernah hantar email lagi...)

notakakis: last sekali aku dengar dia putus sama awek bank yang satu batch dengan dia tu... meraung-meraung kalau tak silap aku. lepas tu dia jadi alim, cerita hal-hal pahala dan syurga...

Ahad, 6 September 2009

Pesanan khidmat masyarakat yang dipermainkan oleh Padeli

sebagai orang gomen yang perlu mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai hal, maka salah satu tugas luar biasa gua ialah melayari semua jenis laman web yang ada dalam dunia ni. lebih-lebih lagi laman-laman web yang dipunyai oleh pihak kerajaan, badan berkanun, swasta, politik, yang kelakar, hal ehwal agama dan sebagainya ( tidak termasuk hal-hal orang tak pakai baju dan seluar)

so tiba-tiba gua jumpa iklan ini dalam laman web MARA. sebagai seorang yang baik, prihatin, hensem walaupun obes, jarang-jarang bermasam muka maka gua pun sms kat padeli.

" MARA keluar iklan cikgu mrsm. best mengajar budak pandai ni. lu apply la..."

agak lama selepas tu padeli jawab,

" Malas aku..."

kalau adik gua dah lama kena lempang.

notakaki : kepada orang-orang yang tak ada kerja, gua harap lu orang yang nak kerja cikgu boleh apply kerja ini melalui online dalam laman web mara. lepas apply nak sedap lagi try jumpa YB-YB yang dekat dengan lu orang. mintak-mintak diorang tolong jenguk kat Kementerian Luar Bandar & Wilayah. untuk makluman semua Pengerusi MARA ialah Datuk Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu. Jangan percaya sangat dengan khabar angin pasal hal-hal nak masuk PKR ni. tanya gua dulu...

Sabtu, 5 September 2009

Wakaf Che yeh-yeh...

aku baru jee nak cerita hal wakaf che yeh ni. tiba-tiba aku tengok majalah 3 seronok benar cerita hal ni. so tak kisah laa. sekurang-kurang tv3 sekali sekala ambik hati tuan guru.

so semalam aku ke sana bersama anak dan isteri. target kita orang just nak jalan-jalan je. makan angin. lagi pun umah tok aku boleh kata belakang wakaf che yeh je. kalau tak pergi apa pulak kata orang sana.

tapi geng, suasana dia macam esok dah nak raya. aku dah kagum semalam. tapi mak sedara aku kata suasana kat sana hari-hari macam esok nak raya. dua kali kagum bila dengar cerita tu.

dulu wakaf che yeh cuma pasar biasa jee kalau tak silap aku. tapi masa aku kecik nenek aku dan sedara mara yang lain kalau cari makanan dapur mesti pergi ke pasar wakaf che yeh. murah kata diorang.

dengan tiba-tiba wakaf che yeh meletup. sesiapa yang pergi kota bharu atau kelantan mesti nak pergi wakaf che yeh. dia punya glamer mengalahkan erra fariza sama fasa sandra.

dia punya sesak toksah cerita. parking ada tapi kalau lambat parking jauh-jauh laa. semalam tujuan aku ke sana sebenarnya nak cari jersi man city tapi last2 bawak balik jersi liverpool kosong. peh, jersi ni memang ada liverpool pakai masa main kat france musim lepas.

bagi aku semua bende ada jual kat sini. bende eletrik jee yang tak ada kot. terbaru aku jumpa sampul duit raya yang corak duit. ada sampul duit Rm5, RM 10 dan RM50. so tahun ni aku beli sampul corak duit kasi budak-budak. biar semangat sikit raya diorang tahun ni.

aku yakin tahun ni dia punya sesak sama macam dulu-dulu. kalau rumah dekat aku cadang datang laa naik basikal. 15 hari sebelum raya pun berjalan kat situ dah sentuh-sentuh bahu. korang bayangkan kalau esok nak raya...

Juara sparring partner minum pagi peringkat daerah


nama dia Adanan Sulong. umur dia ada dalam 50an. dia kerja dengan Majlis belia. walaupun dah 50an tapi jiwa dia tetap jiwa belia. aku kalau satu hari tak lepak atau call dia memang hati lain satu macam.

dia kira sparring partner minum aku bagi peringkat daerah. kalau pagi-pagi tak call atau sms dia memang tak sempurna hidup. bagi aku minum pagi adalah permulaan revolusi. minum pagi sambil bincang-bincang hal semasa seperti hal politik, negara, pengasingan kuasa, umno, bn, pilihanraya, anwar ibrahim, hal-hal pengerusi JKKK adalah lebih bermakna dari pikir hal-hal muzik, lirik lagu, bolasepak liga english, awek clubbing dan hal padeli sama pp. aku jugak memikirkan bahawa melepak minum pagi lebih bermakna daripada melepak minum malam.

so, Adanan sulung telah di iktiraf sebagai juara sparring partner minum pagi aku bagi peringkat daerah. ada satu musim rekod minum pagi ada mencecah hingga pukul 10.30pg. bayangkan kalau aku start minum pagi pukul 8.30pg.

nantikan juara sparring partner minum pagi peringkat negeri pula selepas ini.

notakaki: patut laa aku rasa lain semacam masa 4-5 hari puasa hari tu, tak melepak pagi dengan dia rupanya!!

Khamis, 3 September 2009

Masihkah ada hari esok untuk Padeli?

" padeli, kau aku rasa macam jadi penganggur dalam 2-3 tahun jugak ni.." gua kasi gentar

" tak ada pek...tak ada pek...aku dah hantar resume kat banyak syarikat ni.." padeli menjawab

" borang spa ada isi tak? ptd mintak tak? " gua kasi semangat

" faking laa ptd. tak panggil aku periksa lagi ni..." padeli menjawab

" ko jadi wartawan cam pp nak? boleh shoot gambar kereta. malam-malam leh main bola.." gua kasi idea.

" pp tanduk bola pun tak reti..ko tak tgk dia main lagi pek..cam gamp..." padeli mengata

" pp terkenal sekarang. satu asia kenal dia. lu taknak jadi cam dia.." gua bakar padeli

" arghh..terkenal laa kononnya...tak kaya gak aku tengok..rambut panjang, badan kurus bai..." sedap padeli mengata.

" habis cam ne, sampai bila ko nak jadi cam ni padeli? simpan jambang ni apa kes? ko nak masuk tabligh? tak pun ko buat master. duduk jadi kutu kat lipis ni cam faking jee..kalau aku ada sedap sikit jadi kutu, ni tak ada orang, pp pun lepak KL. amin pun hujung minggu lepak sarawak. layan mail hari-hari sakit jiwa bai" gua kasi idea lagi sambil mengata kawan-kawan

padeli senyap...

" ko ada mintak kerja dengan kementerian belia dan sukan tak? ada isi borang spa tak? " gua bercakap

" arghhh, faking laa. dulu cakap tak payah suruh aku isi. ini apa cerita. faking aa apek..." padeli marah gua

" gua baru dapat tahu dari ptd kementerian aku yang belia dan sukan bukak untuk semua jurusan kecuali doktor dan jurus silat..." gua balas

" pehhh, betul ke pek? ijazah hutan pun dia terima ke. faking tul...nanti aku isi..."

rupa-rupanya padeli ada cita-cita nak kerja cam gua...

ps: gua bangga sama padeli sebab tolak jadi pelakon. nanti bila dah jadi pelakon lupa daratan sape yang susah?

Rabu, 2 September 2009

Hal-hal kamera

ok. gua bab-bab kamera ni memang amatur awalan lagi. dalam bola kalau sesiapa nak jadi jurulatih bola kena ambik kursus awalan jurulatih. lepas tu baru boleh ambik C, B dan A. lepas pas awalan boleh laa nak ambik tahap-tahap lain. dalam persekutuan gua sorang jee yang ada awalan (ayat cam riak..)

bab kamera, ISO, lens, shutter speed, aperture, RAW tak raw, dan bende alah lain semua gua baru belajar. rasa macam fizik pulak kekadang. dah laa masa SPM gua dapat 7 fizik. gua masa kecik memang dah lama tak gam sama kimia dan fizik. tapi sebab gua syok tangkap gambar maka gua study bab ni slow-slow.

so ada beberapa nama dan kawa-kawan seblog yang reti bab-bab kamera ni. antaranya ialah pp, jorji, fahmi fsf, azreen hardcore, gunx, raisyam (adik ipar gua) dan last sekali yang gua baru kenal ialah shaifulnang. so gua rasa sedikit kodi bila orang tanya gua bab-bab kamera. so gua nak mintak maaf laa kalau ada sesapa tanya hal-hal kelebihan kamera canon rebel yang gua pakai. gua tak reti...huhuhu

ps : gua pikir budak-budak sokernet sorang pun tak ada sijil awalan FAM. so cakap-cakap diorang takleh nak pakai sangat dalam hal-hal bola ni.

Selasa, 1 September 2009

wajah-wajah

test EOS 1000d. mode auto. saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan, hutang emas boleh dibayar, hutang budi tuhan yang balas nanti.

jika dalam kamera gua ada wajah lu. gua akan pastikan wajah lu ada dalam ni.

ps: tengkuk leher lu ok?

Ramadhan di Tempoyang Part 2/2 (sambung cerita kat bawah)

walaupun mata berat sesangat tapi aku tetap bangun sahur. pagi tu mak aku buat nasik goreng rasanya. aku sendiri tak ingat. tak ingat sebab mungkin pagi tu aku makan nasik sambil tutup mata dan sambil dengar cerita jeman pasal bola semalam. lepas sahur aku nak rileks kejap kat luar. jeman macam cabar aku tidur luar pagi tu. biasanya tidur kat luar memang best giler. oksigen dia lebih sikit.

pagi tu aku terlanjur subuh. sedar-sedar aku rasa macam ada bende kat dalam telinga kiri aku. faking tul, aku bangun lepas tu aku menjerit macam nak rak gila sebab bende tu macam gigi telinga aku. jeman ingat aku kena sawan. so, pagi tu abah aku bawak aku ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lipis.

aku tengok bahagian kecemasan kat sini rileks jee macam tak cemas langsung. cemas dia tak macam cerita ER. ada dalam 20 minit jugak aku berdiri tunggu orang buang binatang yang masuk telinga aku ni. yang ada penolong pegawai perubatan. doktor tak masuk lagi. mungkin sebab hari tu hari sabtu.

orang kerja hospital tu tak dapat nak keluarkan binatang yang masuk telinga aku tu. tapi dia sahkan bahawa bende tu dah mati. aku lega sikit dengar tentang hal tu. balik rumah aku ditenangkan dengan cerita-cerita tentang kawan-kawan yang ada pengalaman masuk bende dalam telinga. katanya bende tu nanti jadi taik telinga.

aku ada janji dengan pp nak pergi shooting gambar pagi ni tapi perangai cam biasa tak menepati janji. kalau dapat tangkap gambar pagi2 kat stesyen keretapi memang syok sebab boleh tengok gelagat orang kat sana. pp aku pikir dia tak bangun lagi so aku tak kisah sangat memandangkan telinga aku ni buat hal.

malam tu melepak sambil tengok bola. amin, mail dan gunx dan siap tunggu kat pahang club. semangat bola diorang ni tak ada langsung. ada ke pilih tempat jauh dari screen. tak pandai langsung nak jaga perasaan peminat bola liverpool.

hal-hal borak lebih kepada hubungan bola dan sokernet, hal padeli, hal-hal tentang kamera dan sekali sekala bercerita tentang hal-hal hantu tempoyang. tapi banyak kepada hal-hal dan skill permainan bola padeli dan pp. masing-masing up diri sendiri. kalau tak pikir gunx ada situ dah lama aku terajang diaorang berdua. perangai cam budak-budak darjah 6.

esok gua balik Terengganu sambil main-main telinga yang sakit. last-last gendang telinga pecah.

ps : kenapa mesti ada hujan petang di tempoyang ketika berbuka puasa sejak dulu lagi? Blues betul

Ramadhan di Tempoyang Part 2 (sambung cerita kat bawah)

sampai umah dalam pukul 2 pagi. suasana taman aku macam dulu gak. dari zaman emo-punk-rock-hardcore sampai zaman kerja gomen keadaan, suasana, situasi, hantu jembalang memang tetap macam tu jugak.

sampai umah aku melepak tunggu barcelona main. bukan apa aku nak tgk skill terbaru messi. siaran langsung macam gampang. suasana padang macam siaran langsung dari stadium darul makmur. memang aku tak ada mood langsung nak tengok.

bersambung sebab gua rasa nak tidur...