Isnin, 24 Disember 2012

Kuala Lipis - Gua Musang

kuala lipis dengan gua musang tak jauh mana. ada laa dalam 120km. kalau bawak rileks rileks ada laa dalam sejam setengah kot aku rasa. 

jalan teruk sekarang. dia punya teruk tu kekadang rasa nak marah jee bila terlanggar lubang. aku sendiri tak tahu sama ada aku nak marah lubang ke, kereta ke, nak marah diri sendiri ke atau rasa nak marah ke menteri jalan raya. bende bende macam ni real dan mengelirukan.

dalam hal ni aku teringat tulisan tun mahathir dalam Doktor Umum. dia ada cerita pasal keretapi. power jugak dia punya impian untuk melihat semua rakyat malaysia dapat berkeretapi. bende macam ni aku sokong. 

hari tu aku pergi kolompo. aku sebenarnya puas hati betul dengan perkhidmatan macam lrt, komuter, dan seumpamanya dengannya. bende bende macam ni power.

aku tengah pikir ni tentang sistem komuter dari kuala lipis ke tumpat dan dari kuala lipis ke woodland. aku pikir sudah tiba masanya geng pantai timur ada sistem keretapi yang power macam blah pantai barat. kalau boleh biar laa ada 2 rel. daripada buat bangunan tinggi-tinggi, hal hal seperi dua rel ni perlu dimasukkan dalam bajet 2014 atau 2015 nanti. 


Isnin, 26 November 2012

stereo genmai - fantastic fear of everything

buku ni aku tak beli. buku ni pp punya. pp tengah baca aku ambik bawak balik rumah. sebenarnya sebelum baca buku ni ada orang dah pesan aku supaya berhati hati bila baca buku ni. tapi aku ok. aku tak dengar cakap orang.

sebagai penulis aku tak dapat nafikan bahawa minda manusia ni kekadang akan mengalami kecederaan otak.  bahasa sastera kecederaan otak ni ialah writer's block. kecederaan ni otak ni sangat bahaya, aku dulu pernah kena sampai satu tahap tak tahu nak tulis apa.

kekadang selepas mengalami kecederaan otak kita akan menghasilkan penulisan yang sedap . sebab semasa kecederaan otak tu kita akan berada dalam keadaan stim, bawah bawah sedar yang paling bawah, kecelaruan fikiran dan panas baran. yang panas baran tu aku reka.

Stereo genmai (SG) ni sedap. aku suka baca sebab dia bawa pikiran kita berjalan-jalan. pikiran apabila dibawa berjalan jalan akan melahirkan perasaan yang pelik pelik. kita kena pandai bezakan fikiran yang dibawa berjalan dengan perasaan yang dibawa berjalan jalan.

lepas baca buku ni aku rasa letih. letih sebab yang pertama fikiran aku dibawa berjalan jalan dan keduanya ending buku terbang babak last sekali tu power.

percaya lah. lepas korang baca buku ni secara jujurnya aku mintak korang tengok movie Fantastic fear of everything.

korang ingat senang nak jadi penulis buku? korang kena giler dulu. kena giler dulu.

Selasa, 20 November 2012

menulis

suka tak suka tweet menjahanamkan minat untuk menulis dalam blog. dulu semua suka baca blog. lepas tu semua suka dengan facebook. lepas tu semua suka dengan twiitter. kekadang aku pikir dunia ni entah bende bende. banyak sangat hal nak kena kejar.

aku ada seorang member dalam kerja. umur dia dalam 50 lebih lebih. member ni dia punya umur baya dengan dengan mak aku. manusia yang berumur macam ni ramai jugak yang takut dengan komputer. aku kagum pulak kekadang.

bagi aku manusia yang takut dengan komputer ni ialah manusia yang terpilih oleh tuhan untuk menjauhi komputer. jarang manusia takut dgn komputer.

sebenarnya suka tak suka kalau diteliti elok elok komputer sebenarnyabanyak menjahanamkan manusia. menjahanamkan hati dan perasaan manusia, menjahanamkan nilai nilai murni dan tatasusila manusia, menjahanamkan kesopanan dan kesusilaan manusia dan menjahanamkan moral manusia.

komputer ni dalam keadaan gaza sekarang  aku pikir alat jahat yahudi. aku pikir jee la.

Isnin, 15 Oktober 2012

Mat Tiara

canggih canggih canggih

Demi sebuah Pejuangan

semalam aku dapat cuti. jarang-jarang dalam hidup ni pergi kursus dapat cuti sehari. mungkin kursus ni susah agaknya sampai kena kasi cuti.

semalam jugak pade kahwin. pade ni jiran aku sejak aku kecik lagi dari flat tempoyang. sekarang ni rumah dia belakang rumah aku. disebabkan kenal sejak kecik maka secara auto aku kena laa pergi dia kahwin. dah laa masa adik dia faizal kahwin aku tak sempat nak pergi. tapi semalam aku tengok faizal dah maju. anak 3. anak pertama kembar. power tak power faizal ni.

disamping tu juga aku sempat laa jumpa mail sama hilman. diaorang ambik gambar. power jugak cara diaorang ambik gambar. tapi isu mail tak keluar rumah malam sebenarnya jadi isu dalam meeting neon terbit. punca tak keluar malam ni entah kenapa aku tak tahu. mungkin sebab makwe, mungkin sebab hantu atau mungkin sebab facebook.

habis makan aku keluar dewan diikuti jamal. sampai keluar aku terserempak dengan ustaz maiyudin, ada sedikit dialog untuk dikongsi bersama.

" ha hisham, aok bila balik? " tanya ustaz maiyudin

" saya kerja gua musang dah lee ni ustaz.."

" aaa..bagus laa gitu...senang sikit nanti..."

" senang bendenya niii ?"

" senang laa tolong-tolong PERJUANGAN kat sini...PERJUANGAN kita..."

lantas dengan tenang aku jawab,

" Isyallah, bende kecik jee ni ustaz. saya akan tolong punya..."

kami saling bertukar senyuman.

atas motor aku pikir payah jugak kalau kena pacak bendera PAS kat tempoyang tu. apa entah kata najib nanti.

Selasa, 9 Oktober 2012

Kutuk kutuk Keretapi

katakan ko sudah bekerja di suatu tempat lebih kurang 10 tahun. dalam tempoh 10 tahun itu ko boleh dikatakan telah berjaya dalam hidup. kau dapat isteri yang baik, bapak mertua yang banyak harta dan juga anak-anak yang comel. kau sangat bahagia disana. kau rasa disana hujan emas manakala rumah kau disini hujan batu. kau rasa kau suka dengan hujan emas.

tiba-tiba tanpa petir dan guruh hidup kau di landa hujan diantara batu dan emas. kau katakan hujan perak. tapi kau tak anggap perak bernilai sangat. kau mahu gangsa. kau pikir gangsa menjadikan hidup kau sedikit bahagia. kau jadikan pandelela sebagai idola kau. dapat gangsa dan kau tiba-tiba jadi kaya.

tiba-tiba aku rasa mengantuk. aku sambung nanti. diluar mahu hujan atau tidak aku tak tahu. tak tah faham dengan cuaca.

Isnin, 1 Oktober 2012

Tok Mat


dipendekkan cerita Tok Mat ni jenis manusia garang. prestasi garang dia dalam usia emas ni pun boleh dibanggakan. ada satu hari aku naik kereta dengan tok mat, dia bawak kereta sebab aku jenis kurang mahir bawak manual.

tiba-tiba ada sebuah kereta buat onar pintas kereta dia tanpa mengikut peraturan jalan raya. sebab dia bekas polis maka secara auto dia menjadi marah. dah tok mat macam biasa kejar kereta wira bikin tu dengan kancil manual biasa. aku geleng-geleng kepala tanda kagum. namun syukur dia dah tua dan tak aku rasa kondisi badannya membuatkan dia malas nak marah marah sangat.

masa kecik perkara paling sedap dalam dunia bila tok mat pergi out station. masa tu punya laa enjoy hidup. main bola dalam hujan ok, balik lambat maghrib ok, cari biji getah masuk hutan ok dan main terup sampai tak ingat dunia pun ok. ok laa sebab masa tu budak budak.

tapi sekarang ni bila pikir balik garang tok mat ni ada asas-asas yang jitu untuk diikut. tapi sebagai bapak yang belajar pembangunan manusia aku jenis tak apply garang-garang ni kepada anak-anak aku. sebab apa aku taknak anak aku tak happy bila aku balik rumah. 

tapi bila kita tak garang tapi bini kita garang, kaki anak kita boleh sampai kepala kita. korang faham tak? anak aku berani tumbuk perut aku tapi tak berani nak cubit mak dia. korang nampak tak berapa tak garangnya aku?

notakaki : tugas hakiki tok mat sekarang ialah hantar aku pergi stesyen keretapi pukul 5 pagi dan ambik aku pukul 9 malam. entah garang ke tidak dengan tugas hakikinya sekarang.

Khamis, 27 September 2012

Bunohan

aku ada tanya Tok Mat pasal Kg Bunohan. Kata Tok Mat Kg Bunohan ni jauh dengan kampung dia iaitu Kg Kelong tapi masih lagi dalam jajahan yang sama iaitu Tumpat. kata bapak aku Kg tu kg campuran pasal banyak orang Siam sama melayu duduk situ.

Bila filem Bunohan ni keluar aku sebenarnya memang nak pergi tengok kat wayang tapi korang tahu laa betapa sepinya Kuala Terengganu dan Kota Bharu bagi aku sebab sampai sekarang masih takada panggung wayang. kalau ada kat Terengganu pun ada kat Kemaman.  Disebabkan zaman canggih maka filem ni ada kat Astro First. sebagai seorang yang suka menonton dan membaca filem maka aku order Bunohan ni.

aku tengok filem ni 3 kali. pertama tengok dia dah start bertumbuk. kata orang awalan filem ini adalah rumusan kepada keseluruhan filem ni. pertama kali tengok aku tak faham. art dia tinggi sangat. sebagai seorang individu yang tak belajar pasal filem maka aku pikir Bunohan mungkin tentang kasih sayang, mungkin pasal kurang ikatan kekeluargaan, mungkin juga tentang kemodenan dan anti kemodenan dan kekadang macam ada unsur-unsur mistik aku tengok. masuk kali ke-2 pun aku masih lagi tak faham tapi aku dah rasa best bila tengok cerita ni. kali ke 3 aku tengok aku just nak rasa enjoy dengan bahasa-bahasa kelantan yang sedap untuk didengar dan sebagai orang kelate aku rasa nak gelak jugak bila 2-3 orang pelakon yang bukan orang kelate bercakap bahasa kelate. orang kata 'teelo'

tapi masa tu aku tengok Pekin Ibrahim punya lakonan memang power. entah apa bende entah aku suka betul dengan lakonan Pekin sebagai Bakar. Bakar mengingatkan aku dengan seorang dua rakan aku yang muka nampak baik tapi perangai macam setan. dalam pikiran aku Pekin Ibrahim ni boleh pergi jauh dalam seni lakonan malaysia. aku sebenarnya jarang-jarang minat pada pelakon-pelakon filem ni. sekarang ni pun aku minat seorang pelakon iklan lelaki yang berlari memegang bendera. Sejak berlakon iklan ni jarang-jarang dia bbm aku. 

Masa kat Jb itu hari aku sempat jumpa Pekin, kasi buku Mat Tiara satu lepas aku kata kat dia,

" kawe minat sungguh lakonan demo ni boh..kelah! "

notakaki : Jangan lupa buku Pekin bertajuk Memoir Bukan Memori. Aku syak Pekin ni Punk Rock masa muda-muda dulu. 



Buku Puisi

bila aku baca buku puisi proses berfikir aku lama sikit. aku akan cuba memahami setiap bait bait dalam sajak sajak yang ada. setiap patah perkataan perlu di baca berhati hati agak aku faham maksud yang cuba disampaikan oleh penulisnya. sebab tu sampai sekarang aku takleh into buku puisi sangat. lagi pun sekarang ni aku sibuk bertweet-tweet.


Isnin, 24 September 2012

pos-punk-hc-rock

aku memang rindu nak menulis dalam blog ni. aku rindu sangat. blog ni macam satu ruang yang bebas untuk kita menulis apa yang kita suka. ya benar, apa-apa yang kita suka. aku suka tulis dalam blog sebab ia merupakan ruang kebebasan untuk kita menulis. asalkan apa yang kita tulis ni tidak menghina orang lain. aku ada konsep kebebasan yang sedap. aku tak ingat mana dan dari mana aku belajar tentang konsep kebebasan ni. masa aku belajar sains politik dulu, aku mendengar banyak maksud tentang konsep kebebasan, keadilan dan kesamaan. sebab aku tak peduli sangat maka aku tak ingat.

 "kebebasan tu boleh aku takrifkan dengan berjalan-jalan sambil menghayunkan setinggi mana pun tangan kita asalkan tangan kita itu tidak terkena kepada badan or tangan orang lain, tapi apa gunakan menghayunkan tangan kita itu tinggi-tinggi jika tuhan dah jadikan hanyunan tangan kita itu ala kadar" hari tu sempat jugak aku melihat aktiviti seorang lagenda punk rock hardcore yang aku kagumi iaitu Ian Mackaye. kalau korang tak tahu sape ian mackaye korang boleh google. google adalah tuhan pengetahuan di internet tapi jangan laa sembah google. takada paedah. aku kekadang rasa macam hamba google sehinggakan satu hari bila semut masuk telinga aku, aku lantas google " bagaimana untuk mengeluarkan semut dari dalam telinga.." banggg....google ada jawapannya.

 Ian mackaye berusia 50 tahun pada hari ni. dalam usia 50 tahun ni aku perati dia membuat kerja-kerja sukarela untuk golongan belia yang berumur 25 tahun kebawah dan fokus kepada kerja sukarela yang berkaitan dengan muzik dan juga art. kalau rajin boleh google the VERA Project. dalam satu dialognya Iac Mackaye ada bercakap tentang punk. ia dia kata dia masih lagi punk dan dia kata punk tak mati. punk adalah idea dan satu ruang. ruang untuk berfikir, ruang untuk meluahkan idea dan ruang untuk memcuba potensi diri dan sebagainya. kekadang aku pikir sekolah bukanlah sesuatu yang punk. dan semalam lepas aku berfikir secara laju ada mujurnya aku aku kenal punk masa dulu. dalam hidup manusia malaysia kearah menjadikan malaysia negara maju ni kerja-kerja sukarela ini merupakan satu kerja-kerja yang jarang-jarang orang ambik serius.

masa aku mula masuk kerja dulu dalam tahun 2001, ramai orang kata kesukarelaan dalam persatuan belia dah mati. yang ada cuma kesukarelaan berbentuk prepaid. ada duit ada sukarela. takada duit takada sukarela. bende ni memang real. bila aku tengok The Vera project aku dapati ada senarai penderma-penderma dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan ni. memang panjang senarainya. kekadang aku pikir Ian Mackaye macam sell-out je. aku pikir je. aku tengah pikir. dan aku pikir Ian Mackaye tak berapa nak bebas dalam umur 50 tahun.

Khamis, 13 September 2012

Kuala Lipis ke Johor Bharu



9.00am - Komik-M

10.00am - Sesi Rasmi & Promo Terbuka untuk mana-mana penerbit buku.

11.00am - Sang Freud Press & Selut Press
1) Promosi Buku “Rahsia Dua Pria” Oleh Adiwafi & Mosyuki Borhan
2) Promosi Buku “Sepuluh Ribu” – Antologi Cerpen
3) Promosi Buku & Lagu “Langit Vanilla” Oleh Wani Ardy

12.00pm - Sindiket Soljah, Studio Anai-Anai & Neon Terbit
1) Promosi Buku “Rahsia Victoria” Oleh Bart Ahmad
2) Promosi Buku “Mat Tiara” Oleh Mat Tiara
3) Promosi Buku “Gasak” – Antologi Cerpen Aksi
4) Promosi Buku “Orang Hodoh Cantik” Oleh Stam Mustapha

1.00pm - Rehat

lepas rehat ni aku ingat nak pergi rumah terbuka raya budak junior aku masa mrsm dulu. lepas tu aku nak pergi singapore.

Selasa, 11 September 2012

Keretapi Melayu

sebelum aku naik keretapi tok mat telefon aku,

" kau jangan makan nasik. kau jangan makan nasik lagi. kat rumah banyak lauk "

sebagai anak yang baik aku jawab OK.

Keretapi lewat dekat dua jam dan dalam keretapi aku lapar macam rasa nak makan rel keretapi.

notakaki : cakap orang tua ni boleh didengar juga sekali dan sekala.

Jumaat, 7 September 2012

Kisah Percintaan Damansara

pada satu hari dalam bulan syawal aku kena pergi kolompo untuk bekerja. bekerja di kolompo ni bagi aku kalau sekali sekala tu sedap jugak. kalau kerja kat kolompo hari hari bapoknya tak sedap.

aku ingat lagi tarikh tu. hari tu 28 Ogos 2012. petang tu aku ada meeting kat putrajaya dan malam tu ada orang ajak main futsal rakankop lawan kopkiller. giler babi punya bahaya game ni. masa tu aku lepak damansara umah amar sama pp.

maka lepas main bola tu kitaorang pergi makan dan pekena berborak tentang hal-hal scene bola, percintaan dan jugak hal hal lelaki.habis berborak aku dan pp pergi tapau nasik kandar. makan nasik kandar jam 2 pagi ni jarang betul orang kuala lipis buat.

amar pergi masuk kereta malas nak tunggu pp dan aku tapau nasik. lepas tu dah bosan menunggu aku pulak pergi kat kereta sebab pp lambat sangat. kat kereta aku bukak bonek dan melipat baju dan mengemas kereta sedikit. maklumlah keretaku rumahku.

sedang sedap melipat baju pp terus masuk dalam kereta. amar tengah main sms dan tiba-tiba pp bukak kisah percintaan damansara. cara pp bukan cerita ni menarik lantas aku terus duduk kerusi belakang dan terus tutup pintu kereta.

dalam keadaan bercerita tu amar terus reverse kereta dan kitaorang menuju balik rumah. amar, pp dan aku kasi ulasan tentang kisah percintaan damansara. tak sangka diaorang ni ada prinsip-prinsip percintaan yang jitu.

tiba-tiba aku rasa macam bende jatuh. celaka betul bonek tak tutup. aku jadi panik gile sebab takut beg aku jatuh. dah laa ada komputer dan aku juga bawa barang-barang rahsia kerajaan dalam beg tersebut. tapi syukurlah yang jatuhnya plastik sampah.

siapa yang bersalah? pp bawak kisah percintaan damansara atau amar yang bawa kereta tak pandang belakang?

nasib baik takada padeli masa tu. kalau ada cerita ni mesti sampai syawal tahun depan.

Rabu, 5 September 2012

Keretapi Puaka

2 minggu ni memang aku letih tak patut. dari kuala terengganu aku pergi kota bharu, lepak kejap gua musang dan lepas tu terus pergi kolompo. sibuk raya tak habis lagi tapi tiba-tiba dan kena pergi kerja. aku tak kisah sangat pasal kerja aku ni pun bukannya jenis boleh kasi perang antara dua negara.

minggu ni macam biasa aku berulang balik dari gua musang ke kuala lipis. kuala lipis ni bandar dia tak laa besar macam kolompo tapi kat sini ada stesyen keretapi. power laa dari kuala terengganu tu.

maka petang semalam pun dalam 715 petang aku pun bertolak balik dari gua musang ke kuala lipis. sebab letih kolompo minggu lepas tu tak habis lagi masuk je keretapi aku tidur.

sampai satu tempat keretapi ni berhenti, tiba-tiba bunyi telefon dan aku tengok abah aku tok mat telefon.

"ha, mung ada mana ni? "

" apa? " aku tanya balik sebab line tak sedap nak ada.

" mung ada mana? abah tunggu kat lorong surat khabar karang. ada mana ni? "

" tol gombak ni. tol gombak. " aku jawab steady dan lancar.

tiba-tiba abah aku putuskan perbualan.

dalam 5 minit jugak aku berfikir.

lepas tu aku beristifar dan berdoa agak tok mat tak anggap aku anak derhaka.

Selasa, 14 Ogos 2012

Malam segala Malam Lepak

di malaysia kita ada banyak malam. ada malam merdeka, malam tahun baru, malam jumaat, malam raya, malam nisfu syaaban dan yang paling power ialah malam lailatulqadar kerana ianya lebih baik daripada seribu bulan. sah sah malam tu malam yang paling power.

tapi kita orang ahli ahli persekutuan hardcore kuala lipis ada malam yang kitaorang panggil "malam segala malam lepak". malam segala malam lepak ni merupakan satu malam yang aku rasa paling power sebab ia mengumpulkan kutu-kutu yang pernah menjadi kutu kat tempoyang. walau bagaimanapun kutu yang duduk diluar tempoyang seperti otam, ben dan ata juga diterima melepak kerana pernah main bola bersama.

biasanya pukul 11malam, semua dah gelisah nak keluar melepak. dikala semua orang sibuk tengok cerita melayu dimalam raya seperti senario dan misteri mimpi syakila semua kutu bergerak ke lokasi yang telah dijanjikan dengan perasaan yang tenang. ada juga keluar dengar target nak kutuk sape.

kekadang lokasi melepak tak boleh nak dijangkakan. ada satu musim tempat melepak yang biasa kitorang lepak ditutup sebab semua tokey tokey kedai balik beraya ke kelantan. masa tu aku takleh nak pegi betul. marah pun ada. ada ke patut pergi kedai beli air lepas tu melepak. kodi sungguh masa tu. tapi kekadang tempat lepak boleh tahan powernya. ada satu musim lepak kedai awek comel.

biasanya perbualan lepak kitaorang boleh jadi serius dan boleh jadi entah apa-apa. bab paling power bincang hal drama melayu. bab ni aku boleh pergi, ulasan-ulasan diaorang ni bijak-bijak. bab paling serius ialah hal bola, masa nilah padeli nak tunjuk dia punya pengetahuan am pasal arsenal. aku tak boleh pergi.

biasanya malam segala malam lepak ni kitaorang saling mengutuk. kira power laa sebab kata depan-depan. kalau kata belakang-belakang mengumpat namanya. biasa yang kerap kena padeli. tapi sejak dua menjak ni aku tengok padeli dah power buat counter-attack. biasanya dia punya serangan balas kena terus kat pp sama amar. biasanya amar kena teruk pasal dia yang paling kecik dan paling lemah dalam ramai-ramai. aku selaku yang paling tua dalam team melepak biasanya jarang kena attack.

so, berdebor jugak nak lepak pada malam segala malam lepak ni. aku ingat 4-5 hari ni semua ahli persekutuan dah bersiap dengan buku buku nota nak kutuk orang. bende-bende macam ni memang power tak patut. seorang ahli baru yang aku tengok boleh masuk ialah amat kiamat. amat kiamat ni jenis boleh melepak lama. cara amat kiamat berborak dan melepak dengan aku masa puasa hari tu nampak gayanya boleh pergi jauh.

aku harap tempoyang akan melahirkan lebih ramai kaki melepak macam amat kiamat. usaha murni dan positif yang dilakukan oleh pp dalam menjayakan misi melepak ni merupakan satu usaha yang boleh membangunkan manusia dengan lebih jitu dan beramanah. memang kena betul dengan tema NEON TERBIT,

" BERGAYA DAN BERWIBAWA "

Isnin, 6 Ogos 2012

art kolompo

ada dekat 4 jam jugak aku pikir tentang kolompo. aku tak pikir 4 jam terus. aku pikir ikut set set. mula pikir kolompo dalam 5 minit. habis 5 minit rehat pikir bende lain. lepas tu 10 minit pikir balik pasal kolompo.kalau korang main gim mesti korang tahu macam mana nak buat work out ikut seta. kalau korang tak tahu lantak korang la.

kolompo ni aku perati melalui hala tuju dan pemikiran ibnu khaldun yang aku belajar ni sedang melalui satu zaman kemelesetan. meleset ni tak bermakna runtuh. tapi dia meleset. macam kemelesatan ekonomi. lepas meleset dia ok balik.

contoh kemelesetan ni entah nak cerita tak pakai. bukti2 empirikal ada tapi masih lagi tak diuji lagi. kalau cakap karang tak pasal2 kena sailang. argh, aku pakai ayat kolompo.

membaca Lelaki Eksistensial yang aku beli dengan member seorang penulis lejen ni menjadikan aku rasa kolompo betul. aku rasa banyak giler ketinggalan daripada sudut pengalaman penulis tentang kolompo. seriusnya jalan telawi pun aku tak tahu kat mana. lagi power kalau orang cerita pasal down town cheras tu lagi aku tak tahu. kalau budak maktab tipu aku cakap down town cheras tu kat balakong pun aku percaya.

aku rasa aku tak art mana bila datang kolompo.

aku rasa aku ketinggalan banyak hal tentang kolompo. tapi ok.

aku ok kat kuala lipis. aku okay.

Khamis, 2 Ogos 2012

puisi kolompo

kolompo oh kolompo
ko steady kolompo
ko ada wayang
terengganu dan lipis takada
ko memanng power

kolompo
aku kekadang rindu banget same kamu kolompo
aku beli baju kat kolompo
aku lari rumah kolompo
aku pergi interview kolompo
aku masat kolompo
aku gorat awek kat kolompo
ko best kolompo

kolompo
kenapa ko tak best sangat sekarang kolompo
ko sensitif kolompo
hujan sikit ko banjir
asap sikit ko jerebu
banyak kete sikit ko jem
marah ke gomen pun kat kolompo

kolompo oh kolompo
(muzik latar kalau boleh biar mendayu dayu sikit cuba aku harap kat kolompo oh kolompo tu kasi up sikit dengan tune bersemangat..)

Rabu, 1 Ogos 2012

Kenangan Puasa Abang Gomen

berbekal diploma pembangunan manusia pointer atas sikit 2.0 aku telah diterima menjawat jawatan sebagai penolong pegawai gomen pada tahun 2001. perasaan dia taklah teruja mana. biasa-biasa je. masa tu aku tengah syok jadi cikgu sandaran tak terlatih di sebuah sekolah pinggir bukit di kuala lipis pahang.

masa masuk kerja tu hubungan aku dengan agama ni tak beberapa in lagi.didikan sekular yang aku dapati tentang masyrakat, agama, sosial, ekonomi dan juga politik menyebabkan fokus aku pada agama ni berkurangan. tapi masa tu aku seorang yang percaya pada tuhan.

maka pada satu hari tu bulan puasa pun muncul.disebabkan ada sedikit kesedaran untuk berpuasa aku pun cuba berpuasa dalam keadaan berkursus. dalam hidup aku bende bende berkursus ni baru lagi. masa kat universiti pun aku mana pernah pergi kursus. masa belajar ada sekali pergi kursus btn kat kulim. itu pun steady jugak memonteng.

berkursus ni umpama belajar add math. kekadang satu patah perkataan pun aku tak faham. fokus berkursus pada masa itu lebih kepada usha awek belia serta belajar angguk angguk kepala. kalau ada janggut boleh jugak usap usap janggut.

tengah-tengah berkursus aku lapar. lapar dia bukan main. mencucuk-cucuk perut. masa tu aku ingat ke murtabak mini. tiba-tiba aku teringatkan pp, amin sama padeli. aku rasa nak menangis. aku rasa nak menangis sebab masa tu kuala lipis sama kuala terengganu jauh giler. kalau tak memang aku dah join diaorang.

tiba tiba aku terpandang seorang awek ni. budak praktikal pejabat. budak fakulti islam UKM. comel dia bukan main bertudung labuh dan mengaji quran selepas waktu maghrib. dia senyum sama aku.

tiba-tiba perut aku dah tak sakit dan aku rasa bahagia dan sejak daripada itu aku berjaya berpuasa penuh.

notakaki : berkawanlah dengan orang yang berpuasa kerana kalau kita berkawan dengan orang tak puasa mesti orang tak berpuasa tu suruh kita tak berpuasa juga.

Selasa, 31 Julai 2012

Kita Tanah Melayu

1. sejak duduk gua musang hubungan aku dengan keretapi memang rapat. kebetulan pulak ada keretapi bertolak pagi balik lipis dalam 5.30pagi dari kuala lipis dan daripada gua musang dalam kul 7.00mlm. memang cun giler dibuatnya.

2. naik keretapi emosi dia lain macam. kekadang perasaan tu bercampur campur. paling aku panas perasaan bercampur tu berlaku bila aircond tak sejuk sama asap rokok masuk dalam koc.

3. aku harap kerajaan melalui NKRA berkaitan pengangkutan awam tidak sahaja tertumpu kepada kat belah lembah kelang. apa kata kasi up sikit pengangkutan keretapi di belah timur. mengikut pandangan aku mengangkutan perjalanan keretapi ni merupakan satu jenis pengangkutan yang penting. selain itu juga ianya penting bagi mereka yang takut nak lalu bukit tujuh selepas jam 8 malam.

4.menuju negara maju, kerajaan juga perlu tengok balik kemudahan keretapi yang disediakan kepada rakyat. kalau boleh biar kasi moden sikit. paling power ada tv. contoh semalam masa malaysia lawan mancity. ada ke patut aku berdebar tak patut sebab takleh nak tgk malaysia kumbang main.nasib baik keretapi lewat.

5. pasal buku mat tiara lagi satu cerita. jangan lupe beli. aku rasa aku sellout sekarang ni. kah kah kah

sedap pulak menaip sambil layan ping pong singapore lawan korea ni.

Khamis, 26 Julai 2012

Ahad, 15 Julai 2012

sell out



pergi beli kat www.neonterbit.blogspot.com.

Sabtu, 7 Julai 2012

Neon Terbit

secara seriusnya boleh aku katakan bahawa bulan rejab dan syaaban ni merupakan bulan bulan yang mulia. paling power syaaban. sejak akhir rejab hinnga awal syaaban termasuk awal bulan april dan mei itu hari aku dengan pp berbincang tentang projek projek yang besar dengan tujuan untuk mengharumkan nama Tempoyang.

nak kata patriotik kitaorang ni tak laa patriotik sangat. tengok hari merdeka. mana turun lepak karnival lipis. tapi disebabkan rasa perasaaan kekitaaan terhadap tempoyang yang kuat maka NEON TERBIT diterbitkan secara rasminya.

projek neon terbit ni lebih kepada pengaruh DIY dan semangat punk rock dulu dulu. tapi dgn berkat teknologi dan tokey pencetakan yang ada maka secara langsung neon terbit berhasrat menerbitkan penerbitan buku yang steady, bergaya, ilmiah tu entah tak tahu ada ke tidak dan yang penting NEON TERBIT ini dari KG TEMPOYANG.

selepas MAT TIARA kami menjangkakan lebih ramai lagi penulis penulis yang pernah menulis untuk punk/hc zine dulu dulu datang untuk menulis dengan kami dengan kami. mungkin AKAB? mungkin W.WANDERER? mungkin FIDA 90's Choice? Mungkin SAHA EMBRACE? mungkin abang LIBYAMAN?

korang tunggu. bangkit dari KG TEMPOYANG!!

Rabu, 4 Julai 2012

neon



petang ni aku main futsal kat tempoyang.

Rabu, 20 Jun 2012

Mat Tiara

buku mat tiara dijual pada 24 Jun 2012 ni kat KLAB, Central Market, Kuala Lumpur, Malaysia.

harga buku dijual agak mahal kerana skim belia enterprise.

Jumpa kat Sana

Selasa, 5 Jun 2012

Buku peluru



sekali sekala jadi poser ni takpe.

Jumaat, 25 Mei 2012

Kuala Lumpur

semua orang kat kuala lumpur ni main facebook aku tengok.

Khamis, 24 Mei 2012

Neon

selepas berbincang dari hati ke hati dengan pp.kita orang dah capai kata sepakat. ini tentang hidup dan mati dan persoalan perjuangan scene kemanusian terbesar.

duduk di gua musang buat aku ada banyak masa untuk berfikir, main dart, ping pong dan juga belajar berenang. semua ini serius. semua ini kemanusian.

kalau tak jadi aral, kitaorang buat satu scene buku. mula-mula keluar buku aku, lepas tu buku pp, lepas tu buku aku, lepas tu buku pp lagi, lepas kitaorang akan cari siapa yang berminat nak menulis buku.

kita jumpa kat pesta buku alternative kl.

kita orang serius dan tolong ingat nama NEON.

Rabu, 16 Mei 2012

Ipad melayu

Setelah berfikir secara bertakaful tentang kemajuan teknologi gua dapati teknologi bahawa melayu ni tak boleh pergi mana. Selalu sangat buat dengan bahasa blog ni.

Genjatan? Perlukan?

Selasa, 15 Mei 2012

Cikgu Apek

Habis je belajar dulu entah macam mana aku dapat rezeki power. Menganggur tak lama aku dapat jawatan menjadi guru sandaran tak terlatih(GSTT). Memang power. Pertama kat sekolah menengah cina aku tak ingat Nama Dan yang kedua sekolah orang kaya haji. memori paling banyak ialah kat sekolah orang kaya haji.

Orang kampung kalau jumpa aku mesti Tanya,

" aok kerja macam mana? Ok dok jadi cikgu?"

" cikgu sandaran je...dok menyandor jee kat kerusi..."

Masa tu Internet memang takada kat sekolah. Di masa lapang sebagai punk hardcore waktu lapang digunakan untuk baca zine Dan balas Surat peminat. Giler sedap masa tu..masa memang berkualiti. Scene melepak dengan cikgu cikgu memang taraf tinggi macam cerita Hal buat rumah, hal tukar kereta sama tukar nak balik Kelantan. Aku memang tak go langsung sama scene bual macam ni. Isu anwar pun hangar jugak tapi aku ok jee masa tu sebab aku masa tu memang into scene anwar.

Jadi cikgu ni cabaran dia tinggi. Macam aku mengajar matematik biasa. Kelas paling power aku ajar tingkatan 2...paling rileks tingkatan 1...paling Susah kelas orang asli...mencabar betul. Adil lelaki siti nurhaliza entah siapa Nama aku ajar...sebab dia anak polis aku kasi markah tinggi sikit kat dia. Senang sikit dia beritahu siti yang aku ajar dia.

Memori paling power ialah aku jadi jurulatih bola baling lelaki Dan perempuan smk orang kaya haji. Dah laa tuan rumah, kalah pulak tu buat malu gua ada. Paling letih bush Sukan sekolah, tak pasal2 aku kena buat Padang.

Tapi kenangan paling sedih Dan buat aku rasa punk betul bila Ada pelajar awek Tanya aku,

" cikgu Apek, saya tengok cikgu ni pakai baju kerja dua hilang je. Biru dengan kuning..cikgu takada baju lain ke?"

Cikgu punk habis!

Rabu, 25 April 2012

dewa paling sakti sekali ialah dewa 6.

hasil penyedilikan aku dengan menggunakan google maka aku jumpa apa bendelah penyakit yang aku kena ni. mula-mula aku ingat aku kena santau. maklumlah jenis mulut cabul, dah laa cabul, kalau bercakap memang provoke orang ajak bergaduh. bab gaduh ni aku tak kisah sangat pasal masa kecik aku selalu bergaduh dengan tok mat. bayangkan tok mat badan yang besar tu kalau aku dah dia tak puas hati kitaorang mesti gaduh, biasanya tokmatlah menang. dia memang power bab2 ni.

Akhirnya aku jumpa blog dr nizar. www.drnizalabduljalil.blogspot.com. kesakitan pada tengkuk, bahu sama belikat ni merupakan gejala sakit sendiri facet. dia punya feeling sakit ni susah aku nak kabo. puncanya mungkin eksiden dulu, kecederaan sukan masa muda-muda itu hari, depan komputer banyak sangat dan pukulan-pukulan yang tepat oleh pihak lawan ketika bergaduh dulu. " kawe bunoh ore..." " demo ada dengar?"

Semalam bermulalah hari yang bersejarah dalam hidup aku sebab semalam 1st time aku masuk bilik bedah. seperti diceritakan sebelum ni aku hanya ada pengalaman dengan bilik bedah ni dua kali je. masa bersunat (tak true mana) dan masa tunggu bini masuk bilik bedah (ni lagi tak true). so pengalaman ni kira pengalaman baru setelah 33 tahun hidup dalam muka bumi. biasanya aku berdebar kalau masuk bab2 ubat bius ni. kalau pergi klinik gigi ni 2-3 kali start tutup start tutup enjin kereta sebab tak konpident nak pergi ke taknak klinik gigi. tapi ni tidak. rasa tenang, rileks dan berdebar tu tak mana sangat. dalam menunggu di operate aku pikir ketenangan ni bukan sebab amalan aku ni. ni mesti doa doa mak ayah sama makbapak mertua.

Sebelum masuk bilik bedah tu aku ditolak oleh seorang mamat yang power dia psikologi dia. dia bawak masuk aku dengan ceria. aku pikir ini salah satu KPI ni. bawak masuk pesakit ke dewan bedah dengan keadaan ceria dan tugas dia ialah menghiburkan pesakit. macam aku dia dok cerita betapa syoknya makan keropok losong. sebagai insan yang ambik psikologi jugak maka aku buat layan dia. tapi ok laa brader tu. dah tugas dia macam tu.masuk bilik bedah steady jee aku tengok dr nizar sambil bercakap tak puas hati dengan sape entah. biasalah hospital. tempat yang paling stress dalam dunia. tempat antara hidup dan mati. mengikut kajian aku, pekerjaan nurse sama doktor ni merupakan satu kerja yang sangat stress. kesian.disebabkan langkah2 keselamatan maka aku takleh sangat nak cerita bab suntikan radiofrekuansi ni. perasaan rasa buat ubat bius masuk kat tengkuk tu memang rasa sedikit negeri. chet..chet..chet bunyi dia...sekali tengok alat yang kasi cas api kat jarum tu macam alat aljabbar aku tengok. so, sekarang ni salah satu kesedapan yang aku rasa selepas suntikan radiofrekuansi ini ialah dapat menaip dengan panjang lebar dalam blog ini. ini satu kejayaan. disamping itu aku rasa sedikit lega kat bahagian tengkuk, bahu dan belikat dan perasaan ini sangat sedap sekiranya dapat menggenakan baru polo.syukur pada tuhan tu penting.(dialog bab dewa ditajuk atas dikutip dari perbualan pakcik depan katil aku...)

Selasa, 24 April 2012

Slimline - this is hardcore

Pengalaman aku dengan bilik bedah ni tak banyak. Kali pertama mungkin masa bersunat. Tapi tak laa feeling mana pasal masa tu aku bersunat kat klinik hijrah. Tahukah anda bahawa central point dulu ada kedai makan sama gelanggang bola keranjang? Tak tahu Tanya... Kali dua tak true mana pasal aku kena tinggi bini liar bilik bedah pasal bini Ada tumbuh polip masa beranak anak kedua. Berdebar jugak tapi masih lagi steady update Facebook. Orang Sekarang ni dah giles aku rasa. Semua Hal nak update. Perji jamban pun nak beritahu. Giler giler ( kecuali geng persekutuan kuru tempoyang) Apa giler tapi dalam iPad takada perenggang ni....(bersambung)

Jumaat, 20 April 2012

Ptptn

Kes budak budak buat demo kat dataran tu sebenarnya buat gua boring. Tak kisah berdemo sambil marah kerajaan. Gua dulu masa baya diaorang pun melas pun tak pergi. Tapi syukur cgpa power berkat doa mak ayah dan nota fotostat kawan2. Ok. Tak best langsung menulis pakai iPad ni...hilang perasaan.... Sambung semula....

Selasa, 3 April 2012

Kunang kunang di hati saya

Kereta gua skrg ni dia punya bunyi lain macam. Viva elit nampaknya masih steady membelah bukit bukit dan jalan di kenyir. Dari depan opis gua sampai depan pagar umah mak mertua gua jarak dalam kilometer malaysia ialah 199.5, kalau bundarkan pada ratus yang hampir ialah 200.

Satu hari gua ada berborak dengan seorang pegawai tinggi kerajaan. Paling power borak dia ialah dia hari-hari berulang dari gua musang ke pasir putih. Memang power berulang dia. Tapi ok sebab naik bas. Lepas tu hasil borak borak gua ada sekumpulan manusia juga berulang hari hari dari gua musang ke kota bharu.

Lepas tu sekarang ni gua berazam nak berulang hari hari dari gua musang ke lipis dengan keretapi. Tapi gua berazam nak start bulan 5 ni selepas buat suntikan radiofrekuansi untuk leher gua ni. Baru sedap sikit lentok atas seat keretapi. Lepas tu bikin bilik sedap kat lipis ala bilik revolusi gua pada tahun 1999-2001...

Masa tu gua ada gantung gambar tun mahathir tengah baca doa dalam satu perhimpunan umno. Punk tak patut masa tu.

Isnin, 2 April 2012

Gua musang - kota bharu - kuala terengganu - kuala lipis

Sejak dua menjak ni gua rasa gua dah jadi drebar lori peringkat zon timur. Seminggu sekali gua akan ke kb, kt dan lipis. Kb tu pergi kalau ada meeting, kt tu balik jumpa anak bini dan lipis tu kekadang jadi tempat tidur gua.

Dia punya letih sampai peringkat tidur tepi jalan. Tapi paling hardcore gua tgk ada drebar lori tidur bawah lori kat bukit tujuh. Tu paling power. Gua paling power tidur kat stesyen minyak. Tapi ada satu haritu gua tidur dalam perjalanan balik dari cameron tepi hutan besar. Tapi ada kedai makan kt sini.

So korang paham tak nape gua jarang update blog? Gua sibuk bukan sebab gua drebar lori...

Rabu, 14 Mac 2012

Menuju sihat

sepanjang hidup gua, gua tak ingat berapa banyak kali gua demam, sakit gigi, sakit kepala, gusi berdarah, tumbuh bisul dan sebagainya. rekod kesihatan gua gua tak pernah gua tulis dalam diari.

sebagai manusia, sakit merupakan satu bende yang semua orang akan rasa. manusia bukan malaikat. korang jangan pulak nak jadi malaikat sebab malaikat tak pernah sakit. bersyukur sangat pada tuhan sebab jadi manusia ni. boleh ambik upsr, pmr, spm, dapat diploma, ijazah, pergi kerja dan sebagainya.

sebenarnya gua ada satu kecederaan di tengkuk area c7. 24 april ni gua pergi cucuk. puncanya mungkin eksiden masa muda-muda atau kuat sangat bersukan sehingga menyebabkan cedera tengkung atau alasan yang paling power ialah akibat terlalu lama duduk depan pc dengan keadaan postur badan yang tidak betul. sakit ini adalah tuntutan keadilan badan @ jasah akibat kesalahan manusia kerana nafsu.

sedang gua sibuk dengan tengkuk c7 gua ni. tiba-tiba gua kena campak rubella. sekarang ni tak pasal-pasal gua boleh cuti panjang. walaupun begitu juga gua sangat bersyukur pada tuhan bahawa bintit-bintit merah yang muncul kat badan gua merupakan bintit campak rubella bukan campak denggi. tapi sekarang ni dia punya gatal memang membuatkan gua secara auto teringatkan kisah Nabi Ayob.

sabar itu separuh dari iman.

Isnin, 12 Mac 2012

pin pon



chong wei kalah????? main pin pon laaaa

Rabu, 29 Februari 2012

travelog NEON - Don Riang

" assalamualaikum. assalamualaikum. ini ustaz don ke? "

" ye...ye..ye..teruskan pertanyaan..."

" assalamualaikum ustaz.Saya Hisham dari Gua Musang nak bertanya sesuatu. boleh saya teruskan? "

" ye..ye teruskan soalan.."

" ini berkaitan dengan riang-riang. ustaz tahu tak kat Gua Musang ni banyak riang-riang? "

tidur malam jadi sedap bila ada muzik asli. suara nyaring riang-riang atau tonggeret(bahasa indonesia sumber wikipedia) menjadikan malam-malam dia Gua Musang menjadi sungguh indah.

sumber tidur sedap ini mengingatkan aku tentang satu cerita dari Khalil Gibran yang bertajuk "the Frogs". mengapa harus dihapus suara alam ini? ini satu terapi asli bagi manusia-manusia yang mengerti dan menghargai alam.

KL ada riang-riang?

Selasa, 28 Februari 2012

Travelog Neon - Dendam Demam

" asal sini panas? " aku tanya budak pejabat aku sambil merenung langit cerah tanpa awam di Gua Musang.

" musim kemarau ni bos. memang panas. pening kepala dibuatnya "

aku kuatkan penghawa dingin kereta.

" aku ingat kalau dekat dengan cameron ni cuaca dia sejuk. maklumlah kita ni di kaki bukit..." aku kasi tambah pengetahuan.

" ye laa boss, saya pun ingat macam tu dulu.." shahril budak opis kasi pandangan bernas.


hari kedua di Gua Musang aku demam. 38.4 darjah celcius. tonsil kat tekak ni dia punya bengkak punya la power. sepatutnya bulan februari ni aku kena buang tonsil kat Hospital kat Kuala Terengganu.

membuang tonsil ini merupakan satu pembedahan yang 'sede' kata orang lipis. 'sede' kira senang atau ringan. kata orang putih 'pembedahan minor'. lebih kurang macam kod main gitar c minor. lu orang faham tak?

Aku syak aku demam sebab cuaca gua musang. macam ada satu dendam gua musang sama aku. aku tak kisah sama dendam gua musang dengan aku. janji aku tak ada dendam dengan sape. sepanjang perjalanan hidup aku ni jarang-jarang aku simpan perasaan dendam. dulu masa kecik ada jugak dendam sama tok mat tapi itu masa kecik. sekarang ni dendam ni dah tak ada dalam hati.

dendam ni sebenarnya boleh kasi hati busuk. bila busuk hati dan perasaan boleh sakit. hidup dalam hati yang sakit bukan syok. ini serius aku cakap. sebab tu ada orang-orang alim ada kata sebelum tidur ada baiknya kita maafkan dosa-dosa orang yang buat kat kita dan kita berharap orang lain juga memaafkan dosa kita.

demam ni sebab cuaca dan bukan sebab dendam sape-sape.

Isnin, 27 Februari 2012

Tasik "Amazon" Kenyir

kena faham hidup ni

cuaca gua musang ni gua rasa lain macam sungguh. gua setuju dengan dengan kata-kata dari NASA tentang dunia yang semakin tua ni. kekadang gua ingat dunia yang kita duduki sekarang ni dah tak berapa nak stabil. apabila dah tak stabil maka secara autonya dunia ini iaitu bumi akan menjadi terbalik. maknanya utara akan pergi selatan dan selatan akan pergi utara. dan proses ini menyebabkan keadaan cuaca bumi yang tak berapa nak stabil. contohnya gua musang ni. pagi ni matahari mana laa ada keluar sangat, tapi dia punya panas tu rasa macam kat gurun sahara. lu orang paham tak gua cakap apa ni?

berjauhan dengan anak-anak ni sebenarnya perasaan dia tak syok mana. sebagai individu yang bapak-bapak sekarang ni tidak dapat melihat anak membesar didepan mata merupakan satu proses kehidupan yang tak berapa true. dah ada anak mesti laa nak tengok anak membesar ye dok. kekadang gua rasa gua miss tengok anak-anak gua membesar. menjadi bapak dan mempunyai keluarga merupakan satu nikmat kehidupan. so sebab tu gua membantah sekerasnya cubaan-cubaan pihak tertentu yang cuma lari dari nilai-nilai normal kekeluarga. korang faham tak ni gua cakap apa?

Jumaat, 17 Februari 2012

syak was sangka

1. Secara 1malaysianya gua dah start kerja kat gua musang. Gua musang ni 1 daerah Yang menjadi laluan orang kelate Yang duduk kl untuk Bali kg. Org kata GM ni bandar transit. Makanan mahal woi! Makan 3 orang waktu pagi itu hari Rm17...

2. Put mayong Yang gua tengok dlm tv9 ni sedap betuiiiii wehhhh.....karang sambung...

Khamis, 2 Februari 2012

Angkasa raya

Semalam gua masuk laman web angkasa.gov.my. Tujuan masuk sebenarnya nak tgk tentang keadaan scene angkasa raya seperti penemuan ufo, suara ghaib kat saramahan, lokasi ufo jatuh di malaysia, scene planet x dan sebagainya.

Hati jadi berdebor bila tengok dalam tv3 tentang Meteor ke apa jadah yang lalu atas planet bumi dan boleh ditengok atas kepala kat angkasa dalam pukul 3 pagi. Semangat punya pasal gua pun bukak laman web tu.

Bukak bukak bende paling paling panas dan terbaru ialah tentang " sebutharga kerja -kerja pemasangan....bla...bla...bla".

Gua tengok laman web NASA takada cerita hal-hal ni. Tolong laa serius sikit. UFO penting untuk kita dalam tahun 2012 ni..NASA laa sikittt woiii....

Ahad, 29 Januari 2012

Tenis

Tgk tenis ni dari pukul 4 sampai tak tahu pukul berapa ni rasanya tak rugi bayar tiket. Badminton kira style lama laa baru sedap....

Jumaat, 27 Januari 2012

oh penyajak penyajak urdu...rasuk lah dalam jiwaku...

Keretapi

Gua tengah berangan angan nak pergi kl naik keretapi yang ada bilik tu. Sedap jugokkk. Berdebor jugok sebab tak pernah try lagi. Mintak mintak boleh tutup lampu.

Kuala lipis - woodland - kuala lumpur - hatyai.

Khamis, 26 Januari 2012

Gua Musang

Akhirnya setelah hampir 11 tahun gua menetap secara tidak sedar di Terengganu maka secara auto gua akan bertukar kesebuah negeri yang sebelah dia kampung gua. Jeng...jeng...jeng..jeng...

Gua akan pindah gua musang. Yahoo laa jugak. Cameron highland dekat, ipoh dekat, kota bharu dekat dan kuala terengganu dekat. Yang tak dekat cuma israel. Gua mengucapkan terima kasih kepada tukang yang tukar gua tu. Harap2 pertukaran gua ini tidak kancel akibat daripada kajian semula sbpa.

Sbpa pun patut laa orang marah. Orang gomen yang pangkat besar naik dia banyak giler. Orang yang rendah kasta dia sikit naiknya, orang yang kasta sederhana sederhana naiknya. Perpatah melayu yang sesuai dengan hal ini ialah " beruk di hutan disusukan, anak sendiri diberi susu formula"

Masalahnya sekarang rumah kat gua musang ni mahal giler 450dollar, bilik yang beraircond pulak 300dollar amerika dan bilik berkipas 250 dollar euro. Nampak tak betapa canggihnya gua musang?

Pastu gua pun borak2 sama abah gua tok mat. Maka tok mat buat keputusan.

" lu tidur jee kuala lipis. Nanti gua usha tiket keretapi.."

Lepas borak gua tengok jAdual keretapi...

gua berdoa kalau2 ada menteri jkr yang cerdik buat erl dari kuala lipis -gua musang-tumpat..

Rabu, 25 Januari 2012

Ribut Solar

sebenarnya gua tengah marah ni. semalam masa tengok ramalan kaji cuaca tak ada pulak awek tu cerita pasal ribut solar matahari ni. planetariaum negara tak ada pulak kasi warning tentang hal ni.

mengikut berita yang baca kat nasa ni. ribut ni dah sampai semalam. patut semalam gua rasa lain. tiba-tiba jee gua layan cerita KL driff tu. biasanya cerita melayu ni gua kurang layan mana. adakah ini kerana radiasi ribut solar?

selain isu susuk dan santau. isu ribut solar ni perlu dijadikan isu dalam filem. bende2 macam ni gua rasa lagi real dari hantu. tak percaya tengok web nasa.

notakaki : gua serius bab radiasi-radiasi ni. gua takut jadi hulk karang.

Januari Yang Sibuk dan Steady oi!

1. januari ni permulaan dunia yang agak sibuk. awal-awal tahun dah pergi berjalan. perjalanan daripada kuala terengganu ke kuala perlis ambik masa lebih kurang 10 jam. dalam 10 jam perjalanan tu aku berangan dan berdoa kalau-kalau ada kebijaksanaan daripada menteri JKR untuk buat satu keretapi laju yang power yang boleh sampai langkawi dalam masa 2-3 jam.

2. lepas langkawi aku pergi kolompo. perjalanan kolompo jadi perlahan bila had laju diturunkan. sebagai seorang pemandu driff, aku tak kisah sangat. cuba aku berangan-angan dan berdoa agar ada jugak keretapi power dari terengganu ke kolompo yang boleh pergi sana dalam 2-3 jam jugak.

3. di kolompo aku try naik erl dari kl central ke putrajaya. dia punya power dan cepat kira power. masa ni aku berangan lagi sekali kalau ada erl pergi kuala lipis. tapi paling power biar kasi ada tandas. maknanya dari kolompo, berhenti bentong, raub dan station last sekali tempoyang. power giler angan2.

4. hari ni aku masuk opis. hari-hari aku berulang dalam 38km sehari. pergi balik dalam 80km sehari. sekarang tengah pikir kalau kerajaan negeri buat erl dari kuala terengganu - kuala berang. mesti power pergi kerja.

Ahad, 22 Januari 2012

Raya Cina

gua sebenarnya ada syak jugak gua ni ada keturunan cina. tapi tak tahu laa nak setel macam mana ni...

Sabtu, 7 Januari 2012

901 - Mari Membakar

hari ni dah masuk 8 januari 2012. suka tak suka masa tu berlalu dengan pantas. prestasi blog tak menentu. muka buku sebenarnya satu bende yang membosankan tapi ianya ketagih. lebih2 lagi kalau ada kasi respon.

respon tu satu komunikasi. tapi bagi aku tak respon pun takpe. lu nak respon lu punya hal. taknak respon tak jadi hal. dunia ni steady sebenarnya.

aku demam sebenarnya. 1 januari 2012 aku main hujan. kehulu kehilir main hujan. gaji tak naik2 jugak. yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. orang gomen adalah orang yang ada code of conduct. orang gomen cuma laksanakan dasar kerajaan dari parti yang menang daripada pilihanraya. dasar kerajaan tu hasil daripada manifesto parti yang menang dalam pilihanraya.

nak hancurkan kerajaan sedia ada bukan susah. burukkan dasar kerajaan. kutuk pegawai gomen, maki orang gomen dan ludah muka orang gomen tu. tapi adakah semua dasar kerajaan buruk?

pada masa dahulu kala, sejak zaman almaududi, aristotle, sun tzu, parameswara, hikayat merong mahawangsa dan malaya union sudah menjadi satu hal yang sangat besar untuk memilih pemimpin yang berakhlak mulia, sopan santun, baik hati, jiwa romantik, beriman, berhenti makan nasik sebelum kenyang dan al amin.

masalahnya anwar ibrahim ni power ke? ke sama je dgn yang lain? atau kita sendiri hidup dalam satu hal yang dipanggil konspirasi. macam cerita xfiles. tahukah tindakan 901 yang diadakan itu adalah sebenarnya satu helah kerajaan untuk mengaburi rakyat bahawa pada hari yang sama ada sekumpulan makhluk asing turut akan dijatuhkan hukuman penjara akibat pencerobohan di bukit bintang. korang ingat imegesin tangkap PATI je ke? lu tahu apa.

luorang pandai menyalak je dalamm FB.

kah kah kah...ayat demam...kah kah kah

Isnin, 2 Januari 2012

Tahun baru 2012

2012.

Nak belajar berenang.

Belajar main drum.

Belajar tambah iman.

Baca buku lagi.

Selamat tahun baru!