Sabtu, 3 Oktober 2009

Meter Air

hal-hal air sekarang jadi isu untuk diborakkan. kalau duduk melepak dengan orang perseorangan dan jugak pihak surirumah, salah satu isu yang banyak diaorang bualkan ialah alat penapis air.

kalau aku ni pengurus syarikat air atau kerja kat loji air memang boleh kena darah tinggi. bab-bab tentang tak berkualitinya air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh pihak berwajib ini memang selalu dibincang, dikutuk dan diumpat.

" klorin banyak. air berkarat. banyak mineral terlarang. boleh kena penyakit. air tak bersih. warna kuning. rasa masam. air banyak kuman. bla..bla..bla.. "

sudah tiba masanya untuk mana-mana parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang membuat satu manifesto khas berkaitan dengan hal air ini dengan bunyi,

" jika tuan puan mengundi parti kami, maka kami berjanji untuk membekalkan air yang bersih, tidak banyak klorin, banyak mineral yang menyihatkan, berkualiti, sedap dan boleh diminum terus. Kami akan pastikan tuan-tuan tak perlu membeli alat penapis air di rumah. Undilah kami! Power to the people! "

ps: kalau ikut formula kimia air tu H20. maknanya ada 2 hidrogen sama 1 oksigen. kalau syarikat penapis air tu kata penapis air dia menghasilkan lebih banyak oksigen dalam air dia maka aku pikir apa yang aku minum tu bukan air. apa kejadahnya?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yep..gua setuju. mcm2 alasan merepek yang diaorang buat semata-mata nak jual penapis air. contohnya, boleh mengecilkan atom2 air supaya mudah diserap oleh badan??g ua rasa kalau minum air kencing pun badan boleh serap kandungan air dengan baik. huhuhu

meorazor berkata...

ayor hujan kot..

mannmusa berkata...

1. mmg pun air yg dibekalkan kerumah utk kita tak berkualiti.

2. mmg benar semua dakwaan sepeti air berbau, berwarna kuning selut, rasa payau, dan lebih kandungan klorin...

3. mmg benar cakap-cakap ramai orang tentang perlunya penapis air.

4. yang tidak benar ialah penapis air tu boleh hasilkan air lebih aksigen. Bohong, belawok, menipu...kalau lebih kandungan oksigen bukan air la...H5O bukan air (air (water) ialah H2O...

5. kalu ada parti tanding pilihanraya buat manifesto pasal nak bekal air bersih. pengguna air undi penjual dan pengeluar penapis air tak undi pulok...

6. jadinya balik asal jugok....

Tanpa Nama berkata...

jangan nanti air ujan/air sungai/air laut di swastakan pulok.. telaga & perigi dah tak boleh di korek.. time tu baru laa betul2 1malaysia!
*air tu kotor pun sebab attitude kite jugak hok dok reti jaga kebersihan sumber air.. sungai kotor gile, nak treat jadi bersih macam mane? tau dok bakpe klorin pakai banyok & ape efek nye kat manusia??