Khamis, 30 September 2010

Bagaimana cara untuk mendapat kawan?

pada satu hari aku balik Lipis. salah satu sebab yang paling best pasal balik tidur kat lipis ialah suasana hutan malar hijau yang semakin janda keadaannya. maksud aku suasana dia dah tak sama dengan hutan dara.

disebabkan nak rasa perasaan sedap udara tempoyang maka pada malam harinya aku, jeman dan jeri akan ambik peluang tidur luar rumah. scene tidur luar rumah ni jarang-jarang anak melayu buat.

satu malam tengah aku sedap tidur, aku terdengar suara sumbang entah dari siapa, tapi bunyi dia lebih kurang cam ni..

" emm...ok...kita kawan ok? "

" yeee..kita kawan..saya janji..."

" okkk...ok...esok saya beli pets awak..janji kita kawan...ok? "

aku bangun sambil geleng-geleng kepala.

Membaca Sajak

pada pandangan aku yang serong ni. hubungan aku dengan dunia sajak dan puisi adalah kerana seorang cikgu. nama dia cikgu Salmiah Hassan. cikgu bahasa melayu aku semasa di mrsm. walaupun budak sains tapi hubungan dengan hal-hal puisi, sajak, syair dan buku malim demang menjadi pujaan hati.

ini semua kerana seorang guru. cikgu salmiah telah meng'in'kan aku dengan satu bidang 'art' yang telah menarik minat aku terhadap dunia sastera melalui penyampaian dan pengajaran beliau yang menarik.

'membaca' sajak merupakan satu bende yang susah sebenarnya. kita akan rasa ada sesuatu yang istimewa bila kita membaca sajak tersebut. cikgu salmiah ada ajar aku kalau kita nak baca sajak kita mula-mula kena baca semua sajak tersebut, lepas tu baca ikut satu-satu baris dan seterusnya cuba kaji perkataan yang digunakan dalam sajak tersebut. nanti aku akan tanya bini aku yang jadi cikgu bahasa melayu sekarang. aku hairan macam mana orang belajar PJ boleh gajar BM?

dalam penulisan moden sajak hari ni nama rahimin idris memang tengah ni. ada sesuatu yang mengegarkan jiwa bila membaca sajak-sajak daripada rahimin idris seperti " kalau kita menjadi kayu" sama " kalau bapak mahu bermain api". perasaan ini sungguh berlainan bila membaca himpunan puisi/sajak pendek dalam blog www.puisipendek.blogspot.com yang bagi aku hanya menulis kerana mahu jadi penyajak dan mahu jadi penyajak tapi tidak berilmu. bak kata orang amerika, " i tak ada perasaan langsung kat sajak u". aku harap rahimin idris perlu ajar diaorang.

namun yang demikian mereka semua penulis dalam blog tu boleh pergi jauh sebenarnya. jika mereka diberikan idealisme yang betul, sajak-sajak mereka mungkin akan memberi perasaan kepada orang lain.

ambik contoh rahimin idris, sajak-sajak beliau boleh aku tafsirkan sebagai sebuah sajak yang into nilai-nilai yang bersemangat kebangsaan dan memberi kritikan-kritikan kepada masyarakat sosial dan politik. aziz deraman pulak into ketuhanan. masuri SN dan Usman Awang misalnya, baca sajak mereka dan kita melihat rakan semaktab ini memiliki idealisme yang sesuai dengan zaman mereka. pyan habib? sajak metropolitan barang kali.

aku pikir penulis-penulis sajak moden perlu lebih rebel, penggunaan kata-kata yang vokalnya menyakitkan hati dan yang penting berdiri sendiri. ini pada pandangan aku yang serong.

to be or not to be - dari hamlet aku rasa

notakaki: aku pembaca sajak bukan penulis sajak. ianya sama dengan aku penghuni flat tapi aku bukan buat rumah flat.

Hari Gelap Seorang Pemain Bola


hi. apa khabar semua? nama aku hisham. aku ada banyak nama. maksud aku nama yang digelar oleh kawan-kawan aku. bapak aku bagi nama aku nor hisham. adik beradik panggil aku besham. budak flat tempoyang panggil aku semput. budak mrsm panggil aku mat tiara. budak upm panggil aku mat tepet. dalam hardcore scene aku panggil nama aku dengan nama apex.

aku seorang pemain bola. itu satu cerita betul tentang aku. aku bermain bola sejak sekolah. duduk umah flat aku main bola kat lantai simen bawah rumah flat. main bola kat situ macam gampang. kekadang kaki boleh luka dan kekadang bola hilang pasal pakcik-pakcik yang main 400 buang bola ke luar.

budak-budak flat DIY. kami tak harapkan bantuan YB atau mana-mana datuk kasi bola pada kami. kami kumpul duit sendiri beli bola. kami orang melayu, cina dan india sama-sama kumpul duit. kami bersatu kerana bola.

kami orang melayu, cina dan india flat tempoyang pernah buat padang sendiri kat Taman Permai. tiang gol kami buat dengan pokok buluh, tapi itu bukan padang bola tapi padang tanah. sebelum taman permai siap semua kawasan situ jenis tanah lumpur.

disebabkan kami buat padang bola sendiri maka ramai jugak orang datang tumpang main bola. masa tu tempoyang takada padang bola. paling dekat padang bola ialah padang bola smk setiawangsa. itu pun kena lalu jalan shortcut ladang getah. jauh sikit srk clifford. tapi sayang anak-anak orang berada yang duduk taman cheneras jaya atas tu bukan pandai sangat main bola. sebab tu kitaorang tak buat perlawanan sama diaorang. kenapa anak-anak orang sedang taman permai sekarang tak reti jugak main bola? adakah kerana diaorang dah senang?

kawan. gambar diatas tu aku pada tahun 2006. masa tu aku sedang mengalami proses sedap alam perkahwinan. aku sedikit chubby tapi masih sedap bermain bola.

kawan. semua punk rockers main bola. tiada hari gelap untuk seorang pemain bola!

bersambung

Rabu, 29 September 2010

Alih Suara

scene cerita filem alih suara ni betul-betul buat hubungan keluarga aku makin erat. walaupun entah berapa juta-juta kali tengok cerita spiderman tapi menonton spiderman dengan bahasa melayu merupakan satu hal yang menyeronokan. begitu juga dengan stuart little. pandai jugak astro ni cari makan.

masa kecik-kecik dulu aku selalu pikir tentang kenapa cerita-cerita orang putih yang ada kat malaysia berbahasa orang putih. kenapa tak berbahasa melayu? aku berpikir tentang ini bila aku melihat semua cerita dalam tv thailand berbahasa siam. gusti pun bahasa siam. bahasa orang putih memang susah nak cari siaran.

adakah kerana rtm sama tv3 tak ada sen untuk upah orang? adakah kerana dasar berkaitan bahasa tidak seteguh mana? adakah kerana bahasa orang putih merupakan bahasa untuk kemajuan. bahasa untuk mencapai wawasan 2020? adakah filipina sekarang dah maju daripada malaysia?

yang paling penting sekarang ialah rancangan gusti mesti dialih bahasa kepada bahasa melayu sebab aku tengok diaorang lebih banyak bercakap dari berlawan. lagi satu orang melayu mungkin dapat menggunakan ayat-ayat yang boleh diambil dari rancangan gusti sebelum nak bertumbuk atau nak terajang orang.

Alahan

mula-mula gua sakit gigi, lepas tu datang deman, lepas tu pening-pening lalat, lepas tu bini gua maklum dia mengandung dekat 2 bulan. lepas tu gua hairan pasal biasanya kalau mengandung dia datang alahan teruk sampai muntah-muntah. lepas tu gua juga naik hairan pasal 2-3 hari lepas dia main bola jaring.

lepas tu gua doa pada tuhan agar bab-bab alahan ni kita serah pada orang perempuan je.

notakaki: lepas tu gua harap tulisan gua ni tak ada unsur sexist.

Selasa, 28 September 2010

Api dari Gigi


aku ada satu teori pasal sakit gigi. sebenarnya pada zaman dulu. selain daripada naga yang boleh kuar api kat mulut, manusia pun boleh kuar api dari mulut. maknanya manusia dan naga merupakan jenis makhluk yang boleh kuar api dari mulut.

antara manusia dan naga. nagalah yang paling paling banyak kuar api. disebabkan nak ada equality antara sesama makhluk maka manusia pun belajar macam mana nak buat api lebih banyak.

maka berkatalah naga bahawa api yang dikeluarkan dari mulutnya adalah kerana naga tu sakit gigi. sekiranya manusia hendak keluar api lebih banyak maka manusia tersebut hendaklah berkeadaan sakit gigi.

kata naga tersebut, kalau sakit je gigi maka api akan keluar dari mulut. dan salah satu cara untuk mencegahnya ialah dengan menggunakan cengkih bagi menghilangkan sakit gigi tersebut. so sejak dari itu bila sakit gigi manusia cari bunga cengkih.

tapi lepas kes helang mengadu pasal ayam manusia hilangkan jarum yang dipinjamkanya kat naga maka sejak tu manusia dah tak boleh keluarkan api dari mulut.

alkisahnya...

Muka Buku


Ini Rendang Jamil, tiada kena mengena dengan facebook.

Ujub

Ujub ni ada kaitan dengan takbur dan riyak. kekadang sifat ni kita tak sedar wujud dalam diri kita. dalam bahasa Ismail Kamus ujub ni bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.

ujub ni ada kaitan dengan perasaan bahawa diri kita ini memiliki kelebihan yang hebat dan supernova dalam hal hal kecantikan muka dan body, kepandaian dapat 8A dalam PMR, dapat pangkat satu dalam SPM, masuk universiti luar negara atau dalam negara, dapat bini kerja doktor misalnya, anak cerdik lagi comel dan kelakar habis dan dalam segi hal kekayaan seperti memiliki telefon yang mahal, rumah besar giler dan berkilo duit dalam bank. itu ujub.

selain hal ekonomi bebas, aku juga sedang mengkaji tentang persamaan dan perbezaan antara ujub, takbur dan riyak. bende ni susah giler nak kaji. banyak contoh-contoh dalam masyarakat kita yang ada kaitan dengan sifat ni yang sebenarnya mengelirukan aku.

ada antara kita ni tak perasaan ada sifat ujub dalam diri kita. ada seorang mamat sastera tu aku tengok bangga sangat dengan orang Iran sama syiah dalam blog dia. lepas tu kalau apa bende tentang hal dia masuk dalam suratkhabar dia mesti up dalam blog dia. ada baiknya dia cerita hal-hal sastera daripada dok up diri sendiri sama orang Iran. so ini riyak, takbur, ujub atau cool?

ada seorang mamat tu lagi laa aku tak faham. bangga sangat dengan penggunaan "gua-lu-gua-lu" dalam blog sampai istihar diri sendiri sebagai orang pertama guna "gua-lu-gua-lu" dalam scene blog siap macam ada gaduh-gaduh style akademik. macam bodoh pulak aku tengok. so ini riyak, takbur, ujub, cool atau hardcore?

yang orang nak pergi haji laginya aku hairan. balik dari haji kalau berborak mesti diaorang macam kecik hati kalau kita tak panggil dia dengan nama tuan haji atau puan hajah. ada seorang makcik kat opis besar aku selalu sangat borak-borak pakai " kak hajah ni bukan apa...kak hajah ni ada cadangan sikit...kak hajah ni nak pergi..."itu belum cerita dengan orang yang 20 kali pergi haji. so ini riyak, takbur, ujub, cool atau satu sifat yang mesti ada pada orang pergi haji?

semoga Allah jauhkan kita semua dari riyak, takbur dan ujub.

Ahad, 26 September 2010

wisdom tooth

bunyinya macam ada unsur-unsur keintelektulan. bagi orang yang tak pandai english macam aku bunyinya macam ada unsur-unsur sekular barat.

pagi tadi aku dah pergi klinik pergigian besar Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. kali terakhir aku pergi klinik ni adalah dalam 5 tahun lepas. bab-bab kesihatan, aku memang takleh lari sama klinik atau hospital kerajaan. bagi aku Kementerian Kesihatan Malaysia dah capai satu tahap profesional yang boleh dibanggakan.

kesihatan bila ia diswastakan atau di koporatkan akan menimbul bencana kepada golongan-golongan marhain dan masyarakat bawahan. sebab itu aku menentang jika ada mana-mana pihak yang cuma untuk menswastakan kesihatan dan isu kesihatanlah yang menyebabkan aku tak percaya pada anarki.

berbalik pada hal gigi ni aku dah berada kat klinik ni jam 7.45 pagi. masa tu ada 2-3 orang pesakit je. operasi kerajaan sekarang ni dah seawal 7.30pagi. sebenarnya aku cukup takut nak pergi klinik gigi. dari zaman Sekolah Rendah Clifford sampai sekarang aku memang tak in sama nurse gigi atau doktor gigi.

masa Sekolah Rendah Clifford dulu, klinik gigi sekolah dekat dengan bilik guru. setiap kali pergi bilik guru aku akan lalu klinik gigi tu dan setiap kali lalu hati aku mesti berdebor-debor dan tak pandang ke arah bilik tu. ngeri beb.

masa tu sorang-sorang akan dipanggil untuk periksa gigi atau tampal/cabut gigi mengikut nama. perasaan dan jiwa ni jadi berdebor bila set-set nama yang bermula dengan huruf M dah semakin slow-slow nak ke huruf N.

biasanya orang yang baru balik dari bilik gigi tu akan bawa satu kad hijau yang akan ada nama orang seterusnya. hal ni menjadikan debor tu macam debor orang nak berbini dua.

ada satu musim masa aku darjah 4 aku jadi malas nak pergi sekolah bila dapat tahu hari tu turn aku kena cheak atau cabut gigi. mak aku akan menasihatkan aku dengan kata-kata manis seperti " misi tu nak cheak jee gigi tu, tak sakit.macam kena gigit semut api jeee.." bila sebut semut api aku dah start menangis.

tadi doktor tu kata kedua-dua geraham bongsu aku ni patut kena buang. sebelum kena buang kena pergi xray dulu. aku redha je. sejak daripada itu hubungan aku dengan laman web tentang penjagaan gigi memang kacip sekarang. aku membaca dengan penuh teliti tentang bab-bab gigi dan berjanji untuk gosok gigi 3 kali sehari.

notakaki: terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus mengomenkan hal-hal kesihatan. liberalisasi dalam kesihatan terus bergerak sihat dengan tumbuhnya klinik gigi atau bukan gigi yang bersepah dalam negara.

Selamat Berumah Terbuka.

ye, raya puasa ni sebulan.

Liverpool dan Sekati

bagaimana kita tengok bola? tengok pada passing? pada serangan? pada pertahanan? pada formasi? pada kemahiran pemain? pada skill perlawanan? pada ruang-ruang padang yang digunakan. atau kita tengok bola pasal orang lain semua tengok bola dan kita rasa kodi bila semua orang ada pasukan pilihan mereka? bila tengok bola bolehlah kita bercerita tentang hal bola secara emosi/perasaan cool/marah/angin dalam sokernet.

bila Roy Hodgson jadi pengurus Liverpool aku rasa sangat gembira. sebagai penyokong formasi 4-4-2 aku pikir mamat tu memang sesuai jadi jurulatih Liverpool. aku pikir aku memang into formasi 4-4-2 dan selalu berkata dalam hati aku bahawa manager yang tak pakai formasi ni sebenarnya sedang menjahanamkan kecantikan bolasepak itu sendiri.

namun yang demikian Liverpool berada dalam suasana yang tak berapa cool sekarang. kenapa agaknya? kenapa liverpool nampak tak berapa sedap? betulkan roy hodgson menggunakan formasi 4-4-2? marilah kita berbincang dengan penulisan ala mahathir.

1. masa zaman rafa dulu jarang-jarang 4-4-2 dia main. biasanya dalam musim lepas aku tengok 4-2-3-1. torres solo didepan disamping gerard,kurt sama babel kat belakang torres. masa ni torres benar-benar cam ass. pada season 2007/2008 sama 2008/2009 aku pikir rafa memang into 4-4-2.masa tu rafa memang into pemain-pemain winger macam mark gonzalez(chile tak silap aku), pennant,zenden pun ada sekejap dulu, kewell dan beberapa orang lagi. masa tu aku pikir dia memang into 4-4-2.

2. kekadang aku pikir kejarangan liverpool into 4-4-2 dalam musim lepas menjadikan liverpool longlai apabila menggunakan formasi ini. disamping itu juga tiada winger yang sedap untuk main winger. membeli joe cole dan mengangap joe cole sebagai winger adalah satu hal yang silap bagi aku. so aku pikir hodgson tak jumpa pemain winger pada awal musim ni lagi.

3. tadi aku tengok liverpool lawan sunderland. masa separuh masa kedua aku dah tidur. gantuk sebenarnya. tetapi kekadang aku tengok tak ada pulak mamat tu pakai 4-4-2. nak kata joe cole sama meireles main winger takada jugak. hal-hal winger ni lebih tertumpu kepada serangan tepi dari back winger kanan sama kiri. mamat danish yang baru beli tu main berterabur macam lucas. menggunakan ruang tepi dan dijanakan oleh winger back aku pikir sesuatu yang menarik namun pada pandangan aku kalau main bola tak ada winger bukan permainan bola sejati. bagi aku laa.

4. satu hal yang sedap dengan liverpool ialah style passing bola yang 'tak tenang'. bola sentiasa laju dan kekadang bola dipassing direct dan kekadang dipassing pendek. tapi laju. korang boleh perasaan bila tengok arsenal passing bola. tenang dan pendek-pendek. dibawah jurulatih baru melalui perhatian aku bende ni masih sama walaupun isu mamat anger tentang arahan passing jauhnya yang telah menimbulkan satu isu baru. adakah ini kerana gerard? sebab aku perhatikan gerard ni style passing bola dia tak tenang sama ada dengan england atau liverpool.

5. adakah hodgson cuma membawa style bertahan fulham ke liverpool?adakah mamat ni percaya bahawa style bertahan mereka yang berjaya dan menjadikan liverpool juara liga? adakah torres sama gerard akan hancur dibawah hodgson? kenapa budak-budak sokernet cerita hal bola 11 sebelah tapi diaorang main futsal jee? dimana semangat bola 11 sebelah mereka?

aku ada 8 perkara lagi nak cerita tapi memandangkan dah nak pukul 3 pagi maka aku akan sambung nanti. semua pandangan ini adalah pandangan semasa aku menonton separuh pertama liverpool lawan sunderland.

this is SEKATI!

notakaki : passing tu hantaran bola. namun menggunakan dan menggantikan perkataan passing dalam hal seperti hantaran perkahwinan dan kad hantaran tidak digalakan.

Sabtu, 25 September 2010

Liverpool

gua hairan nape orang sibuk-sibuk bila liverpool kalah memanjang. kenapa orang tak rileks-rileks2? kenapa orang malaysia cikai sangat samapi sokong team luar negara? lebih-lebih lagi budak sokernet. entah reti main bola ke tidak budak-budak tu.

Jumaat, 24 September 2010

Pasar Seni Kuala Lumpur

Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari-hari yang indah. ada satu ciuman tentang Central Market bila masuk hari-hari tersebut. ada satu perasaan dan bauan yang tidak mungkin ada di tempat lain.

perasaan dan bauan itu melahirkan satu suasana indah yang tidak boleh dirakamkan dan diletakkan didalam youtube.

lewat 90an pasar seni ni senadi dengan gerak dan jantungku. setiap jumaat atau sabtu atau ahad bau tapak kakiku akan ku tinggalkan disini.

pasar seni itu kurasa ada hantunya. kurasa seninya sangat true. pasar seni itu betul-betul art. seni dan idelisme berkumpul disini. aku pikir pemberontakan dan revolusi juga bermula disini. ada gossip menceritakan bahawa geng-geng Al-Maunah juga pernah berborak-borak disini sebelum pergi belajar silat. entah benar atau tidak.

Pasar seni merupakan satu tempat lepak mat-minah rebel sejati. melepak di air pancut KLCC tak begitu rebel. mat-mat rebel yang melepak di bawah KLCC telah ditipu oleh penguasa. mereka jadi penyembah berhala kapitalisme yang sedang merobek jiwa.

entah berapa juta petemuan insan-insan yang telah pasar seni ni saksikan. pasar seni adalah rumah pertemuan. dari zaman surat posmen ke zaman irc dan seterusnya kezaman ym dan pintu pasar seni terus menjadi pintu saksi kepada penemuan 'bende' yang bernama manusia.

Kuala Lumpur tanpa pasar seni akan mati.

Pasar Lipis Pasar 1Malaysia Sejati

kalau balik lipis patin memang takleh lari dari hidup gua. tilapia ke atau talapia?
gua dah keliru ni.

kalau tak kena gaya boleh sakit pinggang


" durian lama ke durian baru ni? "tok mat


ikan disiang secara hidup-hidup. bab ni ngeri.


ikan ni dah lama mati gua rasa

bapak amin aka kumprinx.


Oi! sahabat lama gua Amir. Perintis Skinhead Lipis.
" aok ni macam pelancong bawa kamera" katanya.

selain majlis kenduri, pasar lipis merupakan satu tempat untuk menjadi ukhwah sesama manusia. teruskan pasar sabtu! ahad boleh pergi pasar Benta sama Padang Tengku!

Power to the people!

Mat Tiara

gua pikir nak tulis novel story pasal mat tiara. mesti anak yusof haslam buat drama.

Khamis, 23 September 2010

Mimpi


semalam aku tidur awal jam 8.30mlm. dalam mimpi jumpa budak muka macam Mark Zuckerberg. dia kata facebook aku ada lagi tak delete-delete sampai sekarang. aku sekarang tak tahu nak setel macam mana. try cari Nor Hisham Mohamed.

gigi geraham bongsu tengah sakit secara slow-slow dan perasaan nak marah sebab banyak sangat 'open house' pun ada. tadika damia pun buat rumah terbuka kul 10pagi tadi. ini mengalakkan mak bapak ponteng kerja..

notakaki: aku pikir nak start balik straightedge hardcore ni. positive youthcrew,unite and take over!

Rabu, 22 September 2010

Pasaran Bebas

lepas raya ni aku cukup serius dalam memikirkan tentang hal-hal pasaran bebas. sebagai seorang insan yang fahaman dan ilmu pengetahuan ekonomi setakat F pada semestar pertama pada tahun 1997 dan dapat C pada semestar akhir pada tahun 2000, aku mendapati diri aku berada didalam kejahilan yang agak gomen apabila membincangkan isu-isu dalam pasaran bebas.

mari kita berfikir secara serius pagi ni.

sebagai seorang insan yang terlalu di 'rage-against-the-machine'kan dalam persoalan ekonomi. aku melihat bahawa pasaran bebas merupakan satu hal yang kejam, penuh penipuan dan penindasan dan pasaran bebas merupakan asas kepada penjajahan. kapitalisme merupakan satu bende yang agak kejam bagi aku.

aku jumpa satu laman web yang berslogan " Individu Merdeka.Pasaran Bebas.Kerajaan Terhad.Kedaulatan Undang-Undang" di tulis oleh seorang yang aku rasa seorang pejuang " pasaran bebas" yang sebenar-benarnya.

bersambung ( gigi geraham bongsu buat hal, pergi klinik pagi buta katanya untuk cheak gigi kena datang hari Ahad sama Rabu, aku nak cadang pada Menteri Kesihatan agar Klinik Gigi Kerajaan kena ada Unit Kecemasan macam hospital selalu ada. oleh kerana scene pasaran bebas, maka aku pergi klinik swasta. dah laa mahal.)

notakaki: geraham bongsu memang buat hal sama pasaran bebas.

Selasa, 21 September 2010

Buruh Kedai Minyak

tadi dalam pukul 6 petang aku singgah satu stesyen minyak kat satu pekan namanya Bukit Payung. Bukit Payung ni merupakan satu pekan dalam daerah Marang. Marang tu dalam negeri Terengganu. Negeri Terengganu ni team bola piala Malaysia dia tewas dengan Pahang 1-3 itu hari.

aku sebenarnya suka sangat singah kedai minyak ni. dalam pukul 6 petang aku tengok buruh-buruh sini masih lagi bersemangat untuk buat kerja dengan mood happy. apa yang diaorang happy sangat aku akan kaji nanti. ucapan seperti " selamat datang encik" "assalamualaikum tuan" dan " terima kasih, saya jual encik/tuan" merupakan ungkapan-ungkapan indah yang sedap untuk didengar. aku pikir kedai minyak orang belanda ni banyak belajar daripada siri-siri penjajahan mereka di Indonesia.

yang paling cool yang aku tengok dalam 3 orang buruh minyak, sorang ada walkie talkie. dari pukul 6 petang sampai malam ni aku tengah pikir apakah 'globalisasi'nya diaorang menggunakan walkie talkie. dengan semangat intelektual dan imaginasi yang tinggi aku pikir diaorang menggunakan walkie talkie ini untuk memberitahu orang dalam kedai tentang jumlah minyak yang kereta ni nak isi. kekadang aku pikir mereka cuba menghubungi orang yang berada dalam tangki minyak bawah tanah dan kemungkinan besar jugak mereka ni agen perisikan polis Malaysia.

aku pernah menjadi buruh kedai minyak selama sebulan aku rasa. kalau korang pergi sunway pyramid atau sunway lagoon korang mesti perasaan satu stesyen minyak esso yang ada kat celah tu. kat situlah aku menjadi buruh minyak semata-semata nak beli kasut bola sama kasut dr. martin.

walaupun nampak senang tapi kerja dia susah dan memenatkan. paling susah bagi aku isi minyak untuk motor. banyak kali jugak aku kena marah pasal minyak tertumpah sikit. masa kerja sini aku banyak belajar pasal orang. ada orang suka marah dan ada orang yang rileks-rileks.

tapi aku suka orang yang datang isi minyak sambil berfalsafah pasal hidup, kerajaan, ekonomi dan politik. masa tu tahun 1995. walaupun tahun 1995 aku melihat orang masa tu tengah marah dengan Mahathir pasal buat-buat bende yang membazir seperti buat klcc, lrt dan sibuk buat projek sukan untuk sukan komanwel 1998. masa tu nama Bukit Jalil tak timbul lagi. sebagai pelajar tajaan Mahathir aku dengar sambil angguk-angguk manja, nak tambah lebih-lebih memang tak reti dan Harakah masa tu susah nak dapat.

bekerja sebagai buruh kedai minyak membuatkan aku menjadi seorang yang berhati-hati. aku juga menjadi seorang yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam hal ehwal semasa dan hal ehwal pasangan kekasih kolej sunway yang buat hal kat tandas kedai minyak. masa tu surat khabar aku baca. kalau tak baca nanti orang cakap aku ni buruh kedai minyak yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi. yang paling penting ialah mengenal antara minyak diesel dan minyak petrol.

aku rasa betul-betul working class punya orang masa tu. cuma aku tak join kesatuan-kesatuan buruh. sampai hari ni memang aku bangga habis sama kerja tu. setiap kali lalu sunway, pergi subang aku akan lalu depan esso tu sambil cerita yang aku pernah kerja sini. bini aku mesti pandang luar cermin sambil bercakap dengan pandangan mata yang serong seperti" dah beritahu dah...berapa banyak kali nak story niii...'

masa tu jugak scene layan diri memang tak timbul lagi. scene layan diri merupakan satu pencabulan kepada kemeriahan buruh-buruh kedai minyak. tapi aku tengok kedai-kedai minyak orang belanda dah tak into scene layan diri. buruh-buruh dari bangladesh kembali menceriakan suasana kedai minyak sambil berborak tentang jambatan jamuna yang merupakan jambatan terpanjang didunia, hal kriket dan juga scene tabligh.

buruh-buruh kedai minyak. unite and take over!

ammosham

masa tu friendster memang tengah top. amin sama pp memang akaun friendster diaorang kucar-kacir dengan awek. bab-bab internet ni amin memang dia pegang. aku pikir dia tukar nama dari amin kepada kumprinx pun mungkin sebab nama kumprinx tu aku rasa sejenis wayar dalam komputer.

dalam friendster tu ada 'blog'. aku start berjinak dengan penulisan dalam talian ini menerusi friendster. ini satu revolusi bagi aku. dulu menulis dengan pen sama kertas kajang tapi sekarang tulis atas komputer. orang-orang sebelum nabi Isa mungkin tak memikirkan tentang hal ni aku rasa.

dalam blog friendster tu aku tak menulis sangat cuma aku berkongsi keseronokan idea-idea manusia seperti ungku aziz, usman awang, anwar ibrahim dan sebagainya. kekadang aku menulis tentang kuala lipis dan tempoyang. aku target 4 orang jee baca iaitu pp, amin, amar sama padeli.

lebih kurang beberapa bulan kemudian. amin kenalkan aku kepada www.blogger.com. masa tu blogger memang tengah naik kat amerika dengan semangat freedom of speach. dengan semangat orang gomen aku pun menulis dalam blogger.com. seperti biasa aku tulis dan berkongsi tentang hal-hal idea dan tempoyang. sekali lagi target kepada padeli, pp, amar sama amin.

disebabkan ada elemen-elemen negatif dimata masyarakat maka aku tutup kejap blog aku ni. aku buat kopisham.blogspot.com, disamping itu juga aku menulis blog dialog aku yang bernama kancilman.livejournal.com. kancilman itu sangat sensitif kerana melibatkan ramai orang dan aku telah terima email untuk memberhentikannya. disebabkan taknak melukakan hati sesiapa dan takut kena bakar maka aku tutup terus kancilman.

boring sama kopisham maka dalam tahun berapa entah aku start balik ammosham. pastu aku stop balik menulis dan tahun 2008 aku start balik menulis blog ini secara serius tapi penuh dengan suka-suka.

menulislah kerana kita minat menulis bukan kerana mahu kelihatan sebagai seorang penulis. atau kita jadi punk sebab kawan kita jadi punk misalnya. atau kita nak jadi nurse sebab sekarang ni banyak kos dalam jururawat misalnya. atau kita buat band indie sebab band indie boleh dapat ramai awek misalnya.

aku petik sikit tentang erti penulisan yang aku pikir pada September 2005 yang aku rasa masih relevan untuk anda pikirkan yang aku ambik dari blog lama aku di friendster.

"..Aku tak tahu dan aku keliru macam mana nak mulakan satu penulisan. Mungkin itu sebabnya 14 tahun dulu aku dapat C dalam karangan bahasa Malaysia UPSR. Aku sebenarnya hairan dengan diri aku sendiri. Masa bawa kereta sorang, masa pandang siling, masa nak tidur, masa termenung aku cukup banyak idea untuk menulis tetapi bila pegang pen atau keyboard tiba-tiba idea aku hilang, aku bungkam, otak aku diserang panic, dan jiwa aku tertekan dan aku baru sedar bahawa aku tidak dilahirkan sebagai seorang penulis. Mungkin aku cuma berbakat untuk menjadi orang suruhan, hamba seraya atau pegawai kerajaan yang hanya menurut arahan yang terkandung dalam buku perintah am kerajaan. Mungkin korang sedar yang korang tidak ada bakat dalam penulisan tetapi korang berminat untuk menulis sekurang-kurangnya untuk meluahkan perasaan korang kepada manusia yang korang cintai, setidak-tidaknya…

Kadang-kadang manusia(macam aku) keliru untuk mentafsir sesuatu penulisan itu sama ada penulisan mereka itu merupakan satu penulisan pemikiran atau pemikiran emosi. Dualisme dalam penulisan jugak merupakan satu isu yang selalu diperkatakan. Susah ke nak mentafsirkan penulisan seseorang itu. Macam mana penulisan seorang orang politik, penulisan mereka mungkin berpaksikan kepada idea politik mereka. Padangan mereka tentang Negara, perlembagaan dan sewaktu dengannya. Adakah itu penulisan pemikiran? Adakah ia bersih dan emosi dan perasaan? Orang politik adalah orang jugak, Cuma mereka membawa makna kemanusiaan daripada sudut mereka, orang seni begitu juga, orang tak seni pun sama dan orang agama pun sama jugak..suara kemanusiaan….

Masing-masing ada emosi, masing-masing ada jiwa dan perasaan, masing-masing ada rasa cinta. Masing-masing ada pentafsiran tersendiri tentang sesuatu perkara. Manusia berpersepsi antara satu sama lain, kau-kau, aku-aku, aku-kau dan kau-aku. Persepsi lahir daripada pengalaman seseorang. Pengalaman setiap orang menjadi dunia ini penuh dengan cerita yang berwarna-warni . pengalaman masing-masing berbeza, aku mungkin tak pernah nak merasa hidup dalam zaman penjajahan dan mungkin sebab itu aku tidak terlalu bergembira menyambut kemerdekaan. Orang yang pernah hidup susah akan menghargai waktu senangnya. Pengalaman masa sakit kita menyebabkan kita menghargai waktu sihat kita. Itu sebabnya dunia ini adalah tempat yang sesuai untuk manusia. tidak ada sebab untuk tidak bergembira untuk hidup dalam dunia ciptaan tuhan yang maha agung ini.

akhir sekali buat masa sekarang aku mungkin tak mahu menulis lagi, aku pikir baik aku banyakkan bacaan aku, tambah ILMU, tambah makluman dan berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan. mungkin bila dan berumur 30 tahun, aku akan start menulis. tak buat zine pun takpe mungkin boleh buat cerita pendek(cerpen) atau buat rencana untuk surat akhbar etc. semua kemungkinan mesti diambik perhatian. semua isi yang terkandung didalam blog ini adalah bentuk pembacaan yang aku pikir boleh membuatkan aku-kau-mereka-kita semua berpikir…"

notakaki : aku nak start friendster balik. sape tak join tak true.

Belang Belang Proteksionis


" Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan dan Liberalisasi"

notakaki: Kampung Imam Lapar terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu.

Isnin, 20 September 2010

Haji VIP

ada satu pakej vip haji yang gua tengok harga dia sampai 37k untuk sorang sebilik. lepas tu pakej dia ada kelas-kelas macam kelas kapalterbang sama kelas keretapi.

2-3 tahun ni sejak orang-orang malaysia jadi kaya dan golongan-golongan kelas menengah ada banyak duit hal-hal umrah vip sama haji vip selalu kedengaran dibibir telinga gua. gua tak tahu pulak bab-bab haji ni ada hal tentang vip atau tak vip. macam kasta pulak rasanya.

gua harap lepas ni ada syarikat buat pakej haji atau umrah PPRT.

Ahad, 19 September 2010

Art BUKU.

masa raya itu hari, kedai yang paling laku yang aku tengok ialah kedai tudung. aku pikir orang yang jual tudung time raya itu hari dah start jual tudung untuk orang pergi haji. kopiah yang paling laku sekali aku tengok ialah kopiah yang ada lambang syarikat. tak tahu laa lambang syarikat ke lambang apa bende. tapi kopiah jenis tu memang ramai pakai masa sembahyang raya. '' in" tak patut.

semalam masa aku pergi kedai buku Popular kat Mesra Mall, Kemaman diaorang dah start jual buku hal-hal haji.

gua harap bila musim tengkujuh ni ada kuar buku " buat duit dengan musim tengkujuh atau buat duit dengan banjir". art tak patut rasanya.

ps: gambar diatas diambik disebuah masjid di Besut, Terengganu. selain daripada masjid, kain rentang ini boleh jugak dipasang di area pasar malam, kat kawasan simpang dan tempat-tempat yang dipikirkan sesuai.

Sabtu, 18 September 2010

Selamat Hari Raya ke-8 dan Salam 1Malaysia

hari ni masuk raya ke-8. dalam astro aku tak tahu kenapa dia promosi raya sampai hari ke 8. lepas tu siap selingan dengan filem hantu. yang menyedihkan dalam semua cerita hantu malaysia, para alim ulama ditugaskan hanya untuk menghalau hantu. kesian sungguh bila melihat status pak lebai melayu.

mungkin membikin filem kita tak membaca buku Syed Husin Ali. mungkin membikin filem Malaysia berjiwa kecil, malas membaca dan tak pandai untuk memahami sejarah budaya sebenar orang-orang melayu di Malaysia. mungkin membikin filem malaysia merupakan individu bodoh sombong yang banyak berkiblatkan Tanah British.

oh tanah British. tanah Queen. aku tengah berfikir sama ada kita perlu bersyukur kerana dijajah oleh British? bersyukur kepada British kerana berjaya menghalau komunis dari Tanah Melayu? atau bersyukur kepada British kerana berjaya melupakan hubungan kita dengan Empayar Othmaniah?

Perlukah kita ke Turkey untuk belajar tentang sejarah tanah air kita?

Jumaat, 17 September 2010

Padeli

padeli

sekarang ni telefon sama sms tak berbalas. dulu pantang gua miss called sikit terus telefon balik. tak tahu laa apa kenanya sekarang. mungkinkah sebab awek? mungkinkah sebab padeli mengalami krisis umur? siapakah orang di belakang padeli? adakah padeli pergi tengok senario asam garam time raya hari tu? adakah padeli dah join tabligh dan telah pergi keluar ke Pakistan sama India?

Khamis, 16 September 2010

Scene Rumah Terbuka

gua dapat beberapa sms jemput rumah terbuka raya. contoh sms yang biasa gua dapat.

" di jemput datuk/datin/yb/encik/tuan/puan ke rumah terbuka saya terletak di bla..bla..bla...pada jam 12 tgh hingga 5 petang bla..bla..bla..."

pastu gua jawab,

" ok. Datuk Hisham akan datang. Tq "

pastu biasanya sms gua tu tak dijawab. panas ke apa gua tak tahu.

Rabu, 15 September 2010

Pahang

Kumpulan B Piala Malaysia: Terengganu, Pahang, KL, Sabah

sepatutnya semalam gua turun tengok Terengganu lawan Pahang kat Kuala Terengganu. tapi tiba-tiba gua rasa nak demam. bila rasa nak demam nak update blog pun tak ada mood. gua redha jee semalam. lagi pun semalam ada live Kelantan lawan Negeri 9 kat astro.

tiba-tiba gua dapat berita Terengganu kena cedok 1-3 sama Pahang. Gua tersengih dan tiba-tiba gua pikir 17/9 ni gua nak turun Kuantan, tengok Pahang cedok Kuala Lumpur.

Persekutuan kalau tak turun tak true.

G-shock

mood tak ada. jam tangan g-shock gua hilang. ini kali keberapa entah jam g-shock hilang. malas nak kira. lepas ni gua pikir nak pakai jam randik.

Emak dan Abah Bukan NeoKonservatif!


Pintu bilik tidur mak aku.


antara maklumat berguna.


emak tak kenal francis fukuyama. abah aku pun sama. hal neokonservatif mungkin diaorang tak tahu. diaorang pun tak tahu yang amerika serang iraq sebab puak-puak ni. namun yang demikian gambar diatas tidak langsung boleh dikaitkan dengan sikap konservatif.

pintu bilik ni penuh dengan maklumat. hal ni memang mak dah buat sejak duduk flat lagi. mungkin masa tu rumah flat tak cukup dinding. maka pintu dijadikan dinding ilmu. sejak kecik hubungan aku sama pintu dan dinding memang tak dapat dipisahkan.

walaupun tak berharta. ilmu itu jangan kita pisahkan daripada kehidupan itu. miskin tak bermakna kita tak boleh ada ilmu.

terima kasih kepada Tun Mahathir kerana liberalisasi keilmuan dan pendidikan. Semoga satu hari nanti pengupayaan rakyat dalam pendidikan akan dilipat gandakan oleh kerajaan.

memanusiakan manusia dengan kemanusian! power to the people!

Selasa, 14 September 2010

Blues Pejabat

semalam gua dah masuk pejabat. masuk pejabat lepas raya memang blues. sentimental raya dah sedikit kurang namun kedai makan banyak tak bukak lagi. orang-orang yang biasa gua ajak borak ramai yang tengah beraya lagi. maka gua simpulkan scene berborak memang tengah pudar sekarang ni.

sekarang apa cerita gua minum teh o panas pakai straw? blues giler.

Isnin, 13 September 2010

Skrip Drama Radio " Tempoyang Chaos Di Pinggiran"

mula-mula gua nak buat skrip kitaorang main bola. tapi gua pikir perkaraan yang biasa kitaorang gunakan sewaktu main bola seperti bodo, banggang, faker(padeli selalu guna perkataan ni), pundek (ini pp), what the fak?, tolol, sawan, celaka, cam setan dan banyak lagi biasanya takleh masuk radio.

kalau nak masuk radio boleh tapi mesti kena potong. bagi gua kalau dah kena potong maknanya dah tak true. kalau dah tak true maka itu sudah tidak benar.

kalau dah tak benar maka buat apa nak buat skrip drama?

Kelate

balik raya di kelantan itu hari aku berdebor sebenarnya. sehari sebelum raya aku balik dulu sambut pose sama nenek aku. sampai-sampai dekat rumah nenek aku, terpapang satu iklan daripada Jabatan Kesihatan yang berbunyi " awas anda sekarang berada di kawasan DENGGI!"

siasat punya siasat rupanya depan rumah nenek aku ada sorang mati kena denggi. lepas tu 2-3 beranak depan rumah pun kena demam denggi tapi dah ok. pok muda merangkap adik nenek aku pun kena denggi. tapi suasana dah terkawal sebab 2-3 orang kerajaan sembur asap kat kawasan rumah nenek aku tu.

pergi pasir puteh pun sebelum solat jumaat tok iman kasi pengumuman katanya nak buat gotong royong. cerita hal denggi jugak. katanya ada sorang jemaah tengah tenat sebab denggi.

aku buat kesimpulan negeri kelantan sebenarnya berada dalam keadaan darurat sebab hal denggi ni. tapi mungkin sebab kerajaan nak kasi rakyat cool maka hal ni perlu dibawa rileks-rileks.

kekadang aku pun pelik. sepatutnya sebagai sebuah negeri 'Islam', Kelantan tidak seharusnya jadi port negeri terburuk tentang denggi. sepatutnya semua rakyat kelantan dah amalkan kebersihan di sekitar kawasan rumah mereka. jangan kasi air bertakung dan sebagainya.

kekadang aku rasa mungkin sebab kerajaan negeri lebih pikirkan hal-hal politik, minyak dan balak, sibuk dengan pemerintahan tapi lupa dengan soal-soal simple macam isu kebersihan dan sebagainya. siapakah yang bersalah? pemimpin? rakyat? atau tv3?

dalam hal kebersihan ni sebenarnya aku tabik sama Dato Idris Jusoh. ada satu musim masa dia jadi Menteri Besar, kerajaan Negeri Terengganu buat acara gotong royong secara besar-besaran melibatkan seluruh kampung di negeri ini. beg sampah diberi percuma. hal ni kalau buat ramai-ramai memang syok.

aku tak tahu sama ada pemimpin kelantan ada idea seperti itu? daripada dok sibuk cerita pasal pembangunan 'kapitalis' yang membesar di Kota Bharu. ada baiknya hal-hal kebersihan ni diaorang ambik tahu jugak. masuk kelate jee aku tak tahu nak marah sape. nak marah orang Majlis daerah ke, nak marah sama exco ke atau nak marah sama Tok Guru.

aku ada cerita hal ni kat abah aku tapi dia beritahu Timbalan Menteri Besar Kelanta tu satu kelas dengan dia dulu. lepas tu aku rasa nak marah sama "kebersihan" itu sendiri.

notakaki: jalan sempit di kelantan. sila buat jalan baru.

Berdialog dengan bini

" sakit gigi ni..kes makan daging ni..." gua

" mana tak sakit gigi, gigi berlubang..." bini

" kalau tak makan daging mana nak sakit gigi..." gua

" yelah..daging tu masuk kat gigi berlubang, tu sebab sakit.." bini

" yelah, kalau tak makan daging, daging tu tak masuk dalam lubang.." gua

" gigi sakit sebab berlubang..." bini

" laa..apa kena lubang pulak ...sebab daging...bukan sebab lubang tu..." gua

lepas tu bini gua beredar sambil cakap sorang-sorang dan gua tengah pikir sama ada lubang gigi atau daging yang buat gua sakit gigi.

Futsal Raya

Futsal Raya 1429H


Futsal Raya 1430H


Futsal Raya 1431H


nampak gayanya dah 3 tahun aku dan sedara-mara-sepupu-sepupu buat main futsal time malam hari raya. maksud main bola malam raya ialah bermain bola dimalam hari raya selepas semua orang pergi sembahyang raya, makan-makan dan beriang ria.

tujuan utama main bola ini adalah bagi bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan golongan remaja. objektif kedua ialah untuk menunjuk skill dan mengajar skill kepada diaorang. banyak jugak skill yang diaorang dapat dari aku.

3 edisi ni main kat united futsal Kg Pintu Geng , Kota Bharu, Kelantan. Paling panas nama dia United Futsal. tak sedap sungguh bunyinya.

apa yang penting adalah kerjasama, skill dan perasaan nak muntah lepas main bola.

notakaki: makan nasik lemak dan meminum air sirap sebelum main bola merupakan satu skill mudah untuk muntah. aku hampir-hampir nak kena dah itu hari.

Selamat Hari Raya ke-4

Jumaat, 10 September 2010

blog raya

hari raya ni budak-budak yang ada blog tak update ke blog diaorang? tak true langsung. tak " rage-against-the-machine" langsung. ikut sangat dengan "norm"masyarakat sambut raya. ikut sangat dengan kehendak sosial orang-orang khatulistiwa.

kena tipu. kena tipu dengan orang bank. kena tipu dengan orang jaga tol. kena tipu dengan jalan raya. kena tipu dengan tv. kena tipu dengan orang wakaf che yeh. kena tipu dengan orang yang jual kat TAR.

ps: di inspirasi dari filem " i know what u did last raya ".

Kucar Kacir Pagi Raya

kucar kacir pagi raya merupakan satu scene yang berlaku dalam hidup gua sejak dulu lagi. hubungan kucar kacir pagi raya dengan gua juga merupakan satu elemen art melebihi 'art' artis-artis penyair.

sejak dulu pagi raya merupakan satu pagi yang emo bagi gua. kekadang gua jadi emo bila butang baju melayu takleh 'in' dalam lubang baju melayu yang baru beli. kekadang gua jadi emo bila emak gua lambat gosok baju melayu gua. paling emo bila abah gua bising-bising pagi raya sebab subuh tak sembahyang lepas tu bising-bising dia melarat sampai alam akhirat.

antara faktor kucar kacir ialah malam sebelum raya tu mengikut susunan umur gua banyak melibatkan aktiviti dunia seperti melepak sampai pukul 3-4 pagi. main daun terup sambil minum air coke, main ps2, menonton ucapan selamat hari raya sampai pagi, melepak wakaf ceh yeh dan yang paling in ialah melihat emak kucar kacir di dapur.

pagi ni kucar kacir gua tak melibatkan emo gua tapi emo bini gua. ini semua sebab seluar baju melayu gua tak muat kat peha. boleh tahan jugak emosi bini gua ni. mungkin sebab pagi ni scene sedondong yang dia planing lari jauh.

keh keh keh...sedondong...keh keh keh

keh keh keh...gua pakai kain pelikat ni woi...keh keh keh

keh keh keh...art ni...art nii...keh keh keh

keh keh keh...adik gua jeman dan jeri dah into art ni woi...keh keh keh

keh keh keh...ada kes pagi raya menangis pasal tuala mandi...keh keh keh

keh keh keh...tak art langsung woi....keh keh keh

kah kah kah...pagi raya nii...gelak takpe woi..takpe gelak woiiiiii....kah kah kah

Selamat Hari Raya

woi maaf zahir batin!

Khamis, 9 September 2010

Salam Perantau

salam perantau? siapa perantau? bersepah kain rentang tulis " selamat pulang perantau". apa bende ni? tak malu ke orang yang buat kain rentang ni?

kenapa diaorang jadi perantau? sampai ke amerika ke diaorang merantau? kalau duduk lipis kerja kat raub kira perantau ke?

salah siapa? perantau tu nape tak kerja kat negeri dia? tak ada kerja ke kat negeri dia? kalau dia kerja kat negeri dia nanti dia dikira perantau tak?

kenapa tak tulis saja " selamat pulang pendatang" atau " salam pendatang" ?

yang merantau tu sebenarnya pendatang ye tak?

so kenapa kita pandang sinis sama pendatang indon, bangla sama nepal?

sekarang nak setel macam mana?

Petang nak raya

petang yang gelap. malam ni mesti hujan. bunga api takleh main. line internet mesti slow. tak tahu konspirasi siapa.

Menjelang Raya - 2

ok. gua baru habis debor ni. ini semua sebab kes eksiden motor yang berlaku betul-betul didepan mata gua yang berwarna coklat ini.

mula-mula gua dah taknak berhenti sebab berdebor punya pasal. tapi disebabkan rasa tanggungjawab maka gua suruh adik-adik sama bapak saudara turun. gua jaga dalam kereta. tapi sebab nampak serius maka gua turun dan tengok dari jauh.

walaupun gua ada ilmu masa dalam persatuan bulan sabit merah malaysia kat srk Clifford sama st John masa sekolah menengah tapi gua takleh buat apa-apa. kalau gua sentuh maka secara auto gua boleh kena dakwa.

manusia sikit punya ramai. jalan jem. dalam menjelang raya ni gua tengah berpikir kenapa manusia sangat ramai dalam pukul 1-2 pagi ni. tak kerjakah esok?

kepada semua abang-abang motor agar sentiasa membawa motor dengan steady, kelajuan yang logik dan penuh kesopanan dan kesusilaan. daripada lepak luar sampai pagi buta ada baiknya layan solat tarawih dari mekah.

Rabu, 8 September 2010

Menjelang Raya

menjelang raya ni gua dengar cerita pasal Mail tempoyang kata gua takut nak keluar lepak sama dia dengan amin masa gua balik lipis itu hari.

hal ini boleh menimbulkan keretakan hubungan antara gua dengan persekutuan. namun yang demikian gua bersyukur yang raya jatuh hari jumaat.

Kota Bharu dah bukan jem gila. tapi jem gila-gila. kalau lipis jem gila ini sebab liberalisasi kereta. harga kos pengeluaran seunit kereta jenis kebangsaaan mahal gila dan cukai import kereta pun mahal tak patut. hal ini menyebabkan orang muda yang start berkerja terpaksa beli kereta keluaran negara.

gua berharap agar manusia dapat hidup dari satu hal yang kompleks kepada satu hal yang simple dan bukan dari simple kepada hal yang kompleks. peh, gua bercakap macam budak dapat 1 dalam SPM.

notakaki : gua dengar cerita pontianak tempoyang dia punya baju putih tak patut. pakai sabun apa entah.

Debor Raya

gua baru sampai Kota Bharu hari ni. tujuan balik untuk bukak puasa dengan nenek gua. tiba-tiba orang gossip sama gua katanya esok hari raya. gua dah debor ni. kalau esok raya, malam ni gua balik kuala terengganu.

barai macam ni.

Scene Mekanik

realitinya dalam hidup gua ada dua perkara yang gua tak faham. pertama gua tak reti berenang dan yang keduanya gua memang gagal memahami falsafah membaiki kereta dan motor. hal ini diakui benar oleh bini gua.

bab-bab bertukang lagilah gua kodi. ada satu musim gua beli rak buku. tapi macam gampang rak buku tu kena pasang sendiri. lepas gua pasang bini gua geleng kepala sambil beristifar.

secara serius hal-hal mekanikal ni memang gua gagal. lagi-lagi bab kereta. gua baru kenal scene mekanik ni masa kat terengganu, itu pun sebab gua beli kereta kat sini. kat terengganu ni ada 2 tempat baiki kereta yang selalu gua pergi. satu kat Pulau Musang dan satu Kat sekolah bini gua. nama gua takleh sebut. nanti pemilik bengkel tu saman gua.

yang kat pulau musang tu gua rasa dah bertahun gua pergi hantar kereta kat dia. dia ni memang glamer. hubungan gua dengan dia kacip sebab semua keturunan kereta belah mak mertua hantar kat sini. lagi pun senang berurusan dengan dia. sekali call terus datang.

pada satu hari sedang gua lepak kat kedai dia. tiba-tiba dia tanya gua.

" lu bawak laptop? "

" tak. pahal bro? "

" sini ada wifi. agak-agak boring tunggu kereta lu. lu boleh update status facebook lu.."

gua senyum sambil kenyit mata dan tunjuk tanda bagus.

satu musim masa gua hantar kereta naza gua kat dia. selepas habis service gua pun undurlah kereta gua. entah macam mana ada satu kereta kancil parking belakang gua dan dengan rileks gua langgar. masa tu nak marah pun tak guna. kesan kemek memang cun ada.

pemilik bengkel yang tengah lepak minum tengok gua dari jauh. gua kasi isyarat kereta gua sudah hantam sama itu kancil. dengan rileks dia tunjuk gua tanda ok dan suruh gua blah dari situ. maknanya eksiden tu dia kasi setel.

yang member gua sorang lagi ni kedai ok . dekat dengan sekolah bini gua. hubungan gua rapat sejak gua beli kereta dengan dia. selain buat service kereta dia jugak jual kereta. service ok cuma kedai dia tak ada wifi.

ada satu malam kereta gua buat hal. maka secara auto gua call dia suruh setel. tanpa banyak cerita gua tinggalkan kereta gua tengah2 malam tu dan esok bendenya setel. gua ada satu kesimpulan disini.

1. bini kedua-duanya cikgu dg41.

2. kat kedai diaorang ada sorang awek bertindak sebagai kerani.

3. kedua-duanya boss. anak buah buat kerja.

4. kaki tangan diaorang bersih dari kekotoran mekanikal.

5. kedua2nya pakai kereta besar. sorang honda dan sorang lagi aku tak tahu.

6. kalau service bagus, pandai ambik hati pelanggan, pandai bermain harga dengan cina maka orang tak lari. kaya beb.

gua pikir scene mekanik merupakan scene yang paling true dalam abad teknologi maklumat. gua menyesal jugak tak into sijil mekanik kereta.

notakaki: ada satu bengkel cina yang gua tengok diaorang cukup bangga sama sijil SKM tahap satu yang diaorang dapat. siap tampal kat dinding. melayu memang tak buat macam tu setakat gua perhatikan. melayu islam komtemporari memang dalam dillema. hidup mahathir!

Konspirasi Teluk Anson

gua betul2 hot sekarang. dari minggu lepas hubungan gua dengan bank tak berapa gam. asal pergi je bank nak tukar duit untuk kasi budak raya diaorang kata dah habis. pergi je habis. pergi jee habis. budak-budak tahun ni ada peluang untuk dapat duit raya dalam bentuk syiling dari gua.

gua pikir ini konspirasi. aku pikir ini pakatan kapitalisme terbesar untuk menghancurkan sistem menyambut hari raya di Malaysia.

Seni Subuh

disetiap pagi gua bangun sahur. sambil makan sahur kat belakang gua diaorang bukak tv. dalam kul 5 hinnga 5.30 pagi drama Angin Rindu Sarajevo memang tengah main.

sekarang apa cerita tentang Janda Leha dengan cerita ni? gua dah keliru. kenapa yus raja lawak beritahu bini dia pergi qiamulai tapi pergi tidur rumah janda leha? mamat tu tak takut dosa? kenapa bini mamat tu yang sedang mengandung marah sangat ke yus?

adakah janda leha sama bini yus bergaduh merebut yus masa mudanya? kenapa budak bosnia tu pakai blackberry? kenapa lokman yang chubby cam celaka perangai? adakah semua chubby perangai cam celaka?

gua pikir drama ni ART sangat.

Selasa, 7 September 2010

Lemang Pakcik Pakcik Tempoyang

tiba-tiba gua teringat lemang pakcik bakar, lemang pakcik baha dan lemang pakcik husin. gua juga rindu sama borak-borak tentang ulu dong dengan arwah pakcik zamani.

power to the people!

budak asrama



amar, pp, otam adalah budak asrama. amar dan pp masuk sekolah asrama penuh. otam tak. aku pun tak tahu kenapa otam masuk sekolah teknik tak sekolah asrama penuh. budaknya pandai, kulitnya putih dan terer bahasa english pulak tu.

antara padeli, amar, pp, norman, stam, jimmy, sarip dan togel. pplah yang paling sedap main bola. biasalah budak asrama penuh. walaupun amar budak asrama penuh tapi dia lembik dan cerdik dia kurang. mungkin sebab sekolah asramanya kat raub, dekat dengan mak. hari sabtu balik lipis dan mak still basuh baju.

satu hal tentang pp yang paling aku ingat ialah etika ketika hendak bermain bola. biasanya semasa lepak kat buaian, mulut dia mesti ada kesan makanan. paling kuat bekas air milo. paling normal bila sampai kat buaian mulut penuh dengan cengkodok. paling kejam masa berjalan ada 3-4 keping cengkodok kat tangan dan bila sampai kat buaian semua dah masuk mulut.

masa dia punk dulu dia straightedge. singkatan dia sxe. dia tak merokok, isap dadah dan tak fak merata. dia jugak pernah jadi vegetarian dan dan into vegan dan animal right sikit-sikit. pernah dengar lacto-ovo vegetarian? ha, yang tu lu pergi tanya dia sendiri.

berbalik tentang amar. aku dapati yang amar ni agak slow orangnya. pergerakan dia lambat tapi bila main bola hantaran dia smart. paling panas dia selalu lambat keluar rumah walaupun aku dah ada depan rumah dia dekat setengah jam. nasib baik minyak murah masa tu. bila tanya kenapa lambat katanya dia tengah sikat rambut. panas tul.

amar ni identiti dia aku tak tahu sangat. nak kata hardcore tak jugak. nak kata indie tak jugak. dia kekadang menghala ke arah drama komedi pi-mai-pi-mai tang-tu. tapi aku syak dia into stone roses sama radiohead. sebab tu dia jadi vokal utama kumpulan apa nama...piramid? parmasi? primary? tapi lakonan dia dalam klip video 'tengah malam di kuala lipis' mendapat pujian aku dalam senyap.

dalam banyak persekutuan yang paling real bagi gua ialah stam. dia betul-betul dalam satu scene yang cukup rare bagi aku. macam moby. budak straightedge yang kini terkenal dengan eksperimental muziknya. aku pikir otam nak jadi moby. otam jugak macam pp. orangnya berbakat dalam seni lukis dan pernah belajar hal-hal lanskap kat uitm. tapi sekarang kerja into jaga kilang. aku pun kagum sama dia. the chalatchalat best tapi dia kena cari vokalist sorang.

semua hebat-hebat seperti bak slogan yang selalu aku dengar, " Tempoyang Bestari, Persekutuan Hadhari" so apa kesimpulannya? kesimpulannya ialah bakat yang ada pada diri masing-masing harus digunakan secara maksimum. amar sebagai pengoda, pp into penulisan, stam into jurutera muzik, amin into kamera, mail into gitar, padeli into kayu dan aku still macam ni. aku tengok, aku dengar dan aku kritik. ok?

notakaki : keh keh keh...penghulu segala malam gua ada kat Terengganu. makang kopok leko malang-malang sedap wehhh...keh keh keh

PiPi

PP - Hilangpunca

mengikut ceritanya dalam dompet pp ada gambar aku. aku tahu pp mengambil aku sebagai idolanya. setiap bende yang aku cakap dia akan apply dalam hidupnya. aku tak tak kisah bab-bab idola ni. paling terkini aku dengar adwa anak haji idola sama aku.

adwa kalau tahu aku balik mesti dia datang umah aku. datang umah lepak lama-lama sambil cerita pasal scene internet sama games pc atau ps. tapi last sekali melepak dengan dia, hal kereta banyak dia bincang. paling steady dia kabo ke aku dia pergi kl tak sampai 2 jam.

pp dan adwa tak jauh berbeza. masa aku meningkat dewasa disamping banyak ilmu, kaset dan zine pp dan adwa budak lagi. aku pun baru tahu yang amar dan togel baru bersunat bila aku masuk U. biasalah budak-budak, mereka perlukan seorang untuk dijadikan petunjuk/role model/mentor/pemandu/cikgu dalam proses pembangunan manusia. lebih-lebih lagi jenis yang baru lepas mimpi basah.

bila dah jadi idola maka secara auto apa yang kita suruh buat mesti dikuti. sebagai contoh seperti menghantar aku balik taman lepas main bola, ambik aku untuk minum air dan ikut aku jumpa parah dan sebagainya. bab-bab parah tu nanti aku cerita. banyak melibatkan emosi orang.

sebelum aku berhijrah ke Terengganu aku ada panggil dia sama amar dan otam. masa tu aku kasi habis semua kaset-kaset dan zine-zine aku ke diaorang. the curelah, the smithslah, jesus and mary chainlah, heartattacklah, semua jenis zine hardcore, semua jenis kaset hardcore, propaghandilah, dikit baratlah, peotic ammolah dan sebagainya dengan harapan mereka dapat meneruskan gelombang pemberontakan remaja muda mudi di lipis.



akhirnya diaorang jadi artis paling 'art' sekarang ni..

notatapakkaki : kepada pp. kalau berani sila hantar sms ucap selamat hari raya kat gua.

Isnin, 6 September 2010

Liberal, Tolak Ansur dan Berjiwa Bebas

dalam wawasan 2020 ada satu cabaran yang bunyi lebih kurang bergini...

" melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang liberal, yang bertolak ansur dan berjiwa bebas..."

so hal konspirasi tv3 ni termasuk dalam cabaran ni aku rasa.masa kecik cikgu zubir tak detailkan tentang liberal dan berjiwa bebas. hal bertolak ansur je banyak dia ajar. contoh jangan berebut-rebut ketika berada dikantin sekolah dan menaiki bas. kena bertolak ansur. so hal liberal dan berjiwa bebas baru aku tahu hari ni.

so liberal tu macam mana? lepak atas tembok dan lepas tu terima cakap orang kiri dan kanan? LALANG?

bertolak ansur tu macam mana? nak buat ni? buatlah.. nak buat tu? buatlah..AIMAN TAK KISAH?

hal berjiwa bebas ni aku tak reti sangat. mungkin berjiwa bebas dengan etika, moral dan akhlak yang positif. mungkin berjiwa bebas buat apa saja yang kita suka. fak merata, buang merata dan sebagainya. mungkin jiwa bebas itu jiwa tanpa agama? mungkin semua agama itu sama? mungkin semua bangsa itu sama? PLURALISME?

notakaki: gua sokong geng anti freemason. geng-geng pp, geng-geng pro tv3 dan geng-geng tempoyang nakal boleh pergi jalan.

Syukur

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah orang yang suka memanjatkan puji dan syukur kepada Allah” (Riyadhus Shalihin 27)


Ahad, 5 September 2010

Firdaus Abdillah aka Pipi

Tempoyang ni merupakan satu kawasan yang unik. kawasannya berbukit indah. asal usul Tempoyang adalah Kg Tempoyang itu sendiri. mengikut ingatan aku Kg Tempoyang asli ini letaknya dari satu jambatan kecik dekat rumah abang farid sampai ke rumah Singh yang bela lembu kat bawah Taman Permai.

Kedua Tempoyang terkenal dengan Flat Tempoyang, siapa tak kenal Flat Tempoyang maka secara auto dia poser. 90% peratus yang duduk Flat tempoyang kini jadi orang Tempoyang yang real.

Orang yang berkasta tinggi yang ada di Tempoyang duduknya di Taman Permai. Yang duduk kawasan situ bukan calang-calang orangnya. Pendapatan bulanan mungkin cecah 3-5 ribu sebulan. maknanya semua masih lagi ada duit lepas bayar duit rumah kat bank.

PP duduk Taman Permai. rumah dia kat hujung sekali. bawahnya bukit. kalau ada gempa bumi kemungkinan besar umah dia akan runtuh. kalau runtuh ada satu rumah bawah bukit tu akan sambut.

aku tak ingat bila pp duduk situ. tapi masa tu aku tak into Tempoyang sangat pasal aku belajar kat Kulim. 1st time aku pergi umah pp bila abah aku ajak pergi tahlil kat rumah dia. kata abah, bini cc meninggal sebab sakit barah. walaupun belajar kat asrama aku tak tahu sakit barah tu macam mana. tapi orang kata sakit barah ni macam sakit bisul, tapi jenis bisul makan dalam.

sebab pp ni jenis cerdik maka dia belajar kat sekolah sains kat kuantan 5 tahun. dia kata kat aku masa PMR dia meniru dan sebab tu dia score 8A. kekadang tak lojik juga meniru dalam PMR score 8A. macam tipu jee bunyinya.

sebab dia belajar sekolah sains maka aku jarang jumpa dia. geng dia kat lipis ialah amin sama padeli. dia dengan amin memang sejak kecik kamceng tak patut. kalau amin kata malam ni projek skodeng maka pp pun ikut. kalau pp kata malam ni malas mengaji maka amin pun tak mengaji.

pp sebenarnya into scene hoki. scene bolasepak sebenarnya dia baru ceburi. sebab tu kekadang cara dia bermain bola seperti dia bermain hoki. terhiling-hiling.

kitaorang jadi baik sebab pertama kitaorang into scene. masing-masing minat sama punk/hc. lagipun semua jenis sepupu pp iaitu zaiba, stam, adik stam, zairi, zairul dan sebagainya adalah manusia-manusia yang suka sangat dengan punk/hc. amin pun terlibat sama dengan sindiket ni. kebanyakan aktiviti masa lapang mereka ialah menulis surat dan membuat zine. kepala kepada sindiket ini ialah zaiba. bagi aku zaiba adalah perintis kepada scene ini dalam keluarga besar diaorang.

paling panas semua geng ni geng straightedge. diaorang semua fanatik kepada pergerakan straightedge yang tengah hangat masa tu. masing-masing ada nilai dan etika dan pegangan suci dalam jiwa dan badan masing-masing.

pp bergiat dalam penulisan hardcore punk bila ramai sedara maranya into penulisan. zaiba masa tu cukup terkenal dengan zine maximum think. ata pun buat zine, dd pun buat zine, amin pun buat zine dan masa itulah pp buat zine hilangpunca. aku tak pasti sama ada dia ada interview aku ke tidak. tapi secara kesimpulan hilangpunca itu wujud ketika era kegemilangan hardcore/punk/sxe sekitar tahun 1997.

bukan pp tak tahu tentang etika, moral, akhlak, hal, perkara pokok tentang hardcore punk. dia pun pernah baca ' what is anarchism? ' dia pun pernah memahami isu etika yang melanda scene sekitar 1997 hingga 2001. dia pun sedar tentang realisme dan romantisme dalam punk/hc scene. dia pun pernah pangkah tangan. bukan dia tak tahu tentang freedom of choice. bukan dia tak tahu tentang pro choice and pro life. bukan dia tak tahu isu abortion, homophobic dan freedom of religion. dia tahu itu semua.

Tempoyang Chaos Crew(TCC) yang kami tubuhkan juga sering ditanya oleh orang-orang dalam scene dari KL. masa tu berdebar jugak bila orang tanya pasal TCC sebab yang pertama kitaorang tak buat sebarang band tapi kami bangga dengan jumlah zine yang agak banyak disini. lagi pun kami cuma chaos masa main bola, tolak pelawaan ustaz maiyudin pergi masjid, main bola sampai maghrib, memusnahkan perniagaan cc ejoy, makan di bulan pose dan melayari laman porno indonesia.

satu projek kami yang sangat berjaya ialah membuat satu kompilasi artzine yang bertajuk " Hardcore is the Feeling ". artzine ni jauhnya pergi sampai ke keluar negara. paling jauh orang amerika order. paling dekat orang Singapore. bagaimana kami pergi jauh? kami juga menggunakan kaedah pemasaran yang kapitalis buat seperti pengiklanan dan menggunakan disto-distro yang wujud dalam lingkungan scene untuk memasarkan hasil 'art' ini.

sebab itu zine huzaiba sampai ada orang Bulgaria order dan sebab itu thinking straight amin ada orang filipina baca. so siapa nak hairan bila ada orang Singapore order kacip pp?

aku pikir masa tu tak ada langsung bab-bab nak buat untung dengan scene. sesuatu perkara apabila dibuat atas dasar love dan tanggungjawab manusia kepada masyarakat scene maka ia akan menjadi sesuatu yang bermakna.

" gerila itu perlu kekal kecil. biar pecah diperut jangan pecah dimulut. idealisme perjuangan ini mesti selalu diperingkatkan dan diingatkan. masyarakat yang membenci kami dan bukan kami yang benci kepada masyarakat. masyarakat kena faham dan perlu di beri pengetahuan tentang kebebasan, kesamaan dan keadilan. perkauman adalah musuh besar kepada solidariti kemanusian. manusia bebas menghayunkan tangan setinggi mana yang kita mahu asalkan tangan kita tidak menyentuh bahu dan badan orang lain " ini sumpah pemuda Tempoyang atau Tempoyang Chaos Crew yang tidak pernah kami bukukan.

chumawamba mungkin merupakan satu band yang sudah bosan menyampaikan mesej anarki kepada komuniti punk rock/hc yang sudah faham dengan itu. mereka mahu sampaikan mesej mereka kepada semua masyarakat dunia. sebab itu mereka sign dengan EMI.

aku bukan anarki dan aku sebenarnya tak percaya dengan anarki. rata2nya semua kutu-kutu tak percaya pada anarki. pernah tengok filem " Battle in Seattle " ? diaorang sendiri tak faham dengan anarki.

berbalik kepada pp. aku pikir dia seorang yang anarki. mungkin seorang anarki sosialisme. mungkin dia terpegaruh dengan Crass. mana mungkin budak cerdik pandai memilih jalan mekanik sebagai kelangsungan hidupnya.

bagaimana seorang yang anti sistem boleh jual kacip dengan harga Rm20? mungkinkah pp memilih kongsi gelap yang salah atau kongsi gelap ini adalah satu yang 'real' dalam hidupnya. sebab tu aku marah. dia tipu aku dengan kehidupan anti sistemnya tapi menjual satu bende yang orang lain kata 'rare' dengan harga yang tak munasabah. lepas tu dia kata dia tak into punk/hc.

ini bukan masalah punk rock atau rock kapak. ini masalah ilmu pengetahuan yang dia tahu. dia tahu tak sembahyang itu salah, tapi dia tak sembahyang. maka bila dia tak jahil maka secara auto Tuhan dan malaikat akan marah. so sebab tu aku marah.

kalau orang cakap kita kena buang etika untuk nikmati kebebasan maka ia akan menimbulkan perasaan lucu bukan saja kepada Noam Chomsky tapi kepada Ustaz Maiyudin, Tok Mat( bapak aku) dan Encik Hassan Tuah (bapak amin, aku jumpa dia masa pergi pasar itu hari)

kalau tak ada etika maka kita tak ada ilmu. etika tak sama dengan moral walaupun ramai orang cakap etika dan moral adalah sama. etika, moral dan akhlak tak sama bagi aku walaupun bende tu nampak sama. etika, moral dan akhlak seumpama beras, padi dan nasik pulut. hal yang sama tapi satu bende yang lain.

sebab tu aku rasa pp faham mengapa aku marah sangat kat dia. walaupun kitaorang dah tak berapa into scene tapi perkara-perkara yang benar yang kami dapat dalam scene sepatutnya kami gunakan dalam kehidupan yang 'real' pada hari ni.

kitaorang tak ada gaduh-gaduh tapi cara pp menulis macam dia benggang dengan aku. aku dah rasa dia benggang dengan aku bila dia dah tak balas sms aku. mungkin sebab komen aku dalam cerita punk/hc dia yang membuatkan dia nak buat 'hari perhitungan'.

mungkin dia berdendam dengan aku kes 9 tahun lepas. masa tu musim MIRC, #malscene sama #pisscall tengah hangat. tiba-tiba ada sorang awek ni. katanya makwe pp. disebabkan nakal maka aku gorat awek ni. tiba-tiba lepas tu pp call dengan suara yang tersekat-sekat. mungkinkah sebab tu?

bagi aku sepatutnya pp terus jadi mekanik. jadi orang mekanik yang art. lepas tu buat pinjaman belia. bukak satu kedai kereta kat lipis. lepas tu cari budak giat mara kerja kat kedai tu. jadi tokey. kat bengkel kereta tu pasang wifi. sambil arah-arah budak-budak buat kerja boleh tulis blog. hujung minggu ada duit pergi maskara, main bowling, bukak kelas gitar dan mengorat awek kat YM.

ada masa sikit hantar karya ke Utusan. cuba ambik Rahimin Idris sebagai idola. kerja-kerja jugak, idealisme perlu diteruskan. jika kita ada art dalam penulisan jangan mengatal nak berlakon. kita bukan budak sekolah rendah. hoki pun kita main, bola pun kita main, takraw pun kita wakil sekolah. cuba tengok budak-budak sekolah relong, boleh dikatakan seorang budak wakil sekolah untuk kebanyakan sukan yang dipertandingan. macam mana kita nak pro. cuba tanya Rahimin, ada dia pernah berlakon drama? dia tak pernah berlakon drama walaupun dia antara penulis sajak muda yang terbaik yang pernah kita ada.

ramalan aku pp boleh pergi jauh dalam dunia penulisan dan dunia sastera moden malaysia. ambiklah jalan apa yang dia mahu tapi idealisme yang baik dan nilai positif yang dipelajari dalam kehidupan yang ditinggalkan dulu jangan diabaikan. aku letak sajak dari Rahimin Idris untuk renungan kita bersama.

Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu
atau cendana wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak jika terpaksa,
cukuplah jadi kayu api asal punya harga diri

Tetapi,
jika mahu jadi kayu majal,
keras dan padu seperti cengal,
keruing atau meranti itu juga pilihanmu cuma,
jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak kaum sendiri

ps: kepada Rahimin, lu kalau betul-betul into scene sajak, gua ramal lu bakal jadi terkenal macam Muhammad Haji Salleh bro!

Sabtu, 4 September 2010

Skandal dengan Siti Feroza


bulan pose ni scene 4x4 memang tak in. scene tudung ariani memang tengah top tak patut. 5 juta dari 6 juta perempuan yang aku tahu pakai tudung 'keras didahi lembut dikepala' ni. dalam banyak-banyak kedai yang aku pergi tadi, kebanyakannya bukak kedai tudung, sedikit kedai baju melayu dan ada satu kedai jual air kotak. yang kedai jual air kotak tu aku tak tahu nak cerita. strategi pemasaran agaknya.

scene 4x4 ni macam lebih kurang scene macam cerita yang anak usof haslam buat tu. tapi scene ni banyak menghala ke dalam hutan. yang paling cool pasal scene ni kita tak perlu smart-smart macam mat kereta yang lain. kalau taknak pakai spender pun takpe. ada sorang mamat yang gua kenal siap pakai kain pelikat masa bawa kereta. hal ni memang cool tak patut.

ramai kata scene ni menghala kearah memusnahkan hutan tapi setahu akulah jalan yang kereta 4x4 ni lalui kebanyakan jalan-jalan yang dilalui oleh lori-lori balak. bab2 pemusnahan alam sekitar aku aku tak ambik port.

sekarang ni dah kat sebulan kereta aku tak berjalan. semalam masa try bawak slow2 ada bunyi masa ambik koner. hal ni memang panik. bab-bab dalaman kereta ni memang aku fail. selalunya sejak dulu kalau ada apa-apa tentang kereta aku serah pada mekanik kereta.

hubungan dengan mekanik kereta sekarang ni macam adik beradik. apa apa hal call. raya ni mungkin aku jemput diaorang semua datang umah.

Rahimin Idris

Realiti dan seriuslisasinya gua tak kenal sangat Rahimin Idris ni. jumpa pun tak pernah. katanya dari jerantut. hubungan gua dengan jerantut tak berapa gam sejak kecik lagi. kalau main bola, hoki sama sepak takraw gua tengok jerantutlah paling banyak import orang asli. lipis nombor dua. sebab tue tak ramai atlit bumiputra tempatan dari Jerantut dan Lipis dapat wakil negeri pahang.

masa gua into utusan malaysia dulu-dulu gua selalu belek ruangan puisi/sajak setiap hari ahad. membaca sajak kat situ memang perasaan dia satu macam. lagi pun masa tu kawan gua yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan turun juga sekala sekala menghantar sajaknya dalam surat khabar tu.

kalau kita tak support member bila lagi nak support ye tak. ini tidak, dapat rm4000 buat senyap. asal gua turun je KL gua yang kena belanja. balik lipis jee gua yang open table. ini yang buat gua marah sebenarnya pada pp.

sekali sekala gua terpandang jugak nama Abdul Rahim Idris dari Jerantut Pahang. daripada puisinya gua mendapati bahawa mamat ni seorang yang rebel. perkataan yang digunakan ada unsur vokal yang garang. kekadang sinis bunyinya. biasanya puisinya berkaitan dengan isu semasa dan gua syak dia Ketua Pemuda UMNO Cawangan kampung kat Jerantut.

dan pada satu hari yang dulu sedang gua berjalan ke kedai buku sambil mencari buku-buku sajak maka gua terjumpa satu buku yang bertajuk " Kalau kita menjadi kayu ", di terbitkan oleh Utusan. yang paling panas dia cerita hal-hal pasal pertandingan Hadiah Sastera Utusan dekat berjela, dan didalam buku ini ada sedikit puisi dan cerpen-cerpen yang banyak jugak untuk dibaca. harga RM18. kurang RM 2 dari kacip.

kesimpulan dari story.

1. pp dah upah rahimin suruh tulis dalam blog kasi sokong dia. maknanya sekarang rahimin dah geng dia.

2. kaum buruh mesti bersatu. tak bersatu memang takleh cari makan.

3. Kalau Rahimin Idris buat buku sajak macam Muhammad Haji Salleh dan jual dekat RM30 dan major label keluarkan gua tak marah. sajak dia memang sedap.

4. gua pikir lepas ni gua nak interteks karya rahimin idris. " kalau kita menjadi kayu " tu memang sedap bagi gua

5. amar, amin sama mail dah belah pp sekarang. gua bernasib baik sebab adwa majlis daerah lipis belah gua.

6. yang kesimpulan nombor satu tu gua reka. yang lain semua benar.

ps: murtabak Jerantut yang jual sekeping 5 ringgit kat tepi kedai padeli tu memang berhantu.

RM20


habis raya nanti gua akan terus layan piala malaysia. seat vip kat stadium bukan runtuh di bandar Kuala Terengganu harga dia dalam rm20. disebabkan seat itu seat vip dan bende paling rare dalam dunia maka hanya orang yang paling vip, art dan banyak duit jee boleh duduk situ. yang tak ada duit pergi duduk kat kerusi simen.

nampak gayanya raya tahun ni gua raya kat Terengganu. pengalaman pahit melepak di kedai makan yang tak ada orang merupakan satu pengalaman yang sangat ngeri. disebabkan ramai mat kelantan berniaga di lipis maka malam raya secara auto diaorang balik raya. bende ini satu isu yang besar. lagi pun pp cara ajak melepak tahun ni rasa lain macam sikit. sejak masuk universiti satu semesta ni cara cakap dia dah macam orang intelek. mungkin dia dah hisap paip. oh, atau perkara ini satu 'proses'?

gua pikir tahun ni selangor juara piala malaysia. semangat diaorang lain macam. anak zainal abidin hassan yang main dengan selangor jadi beck tu nampak ganas gak orangnya. cool gak kekadang gua tengok dia. oh ya, kalau tak tengok dia pikirkan alternatif untuk tengok orang lain.

kalau tak tengok bola, tengoklah bende lain. kalau dah rasa bende yang buat secara diy tak boleh pergi jauh, jalanlah dekat-dekat dulu. kalau nak pergi jauh sangat naik bas jelai, sampailah ke padang tengku tu.

kalau nak glam, jangan kerja gomen. masuk akademi fantasia. kalau nak sangat femes jadi cikgu sandaran sekolah orang kaya haji sampai ke tua. budak orang asli bawak nama sampai kampung dia.

itu baru betul real.

Jumaat, 3 September 2010

Gerila itu perlu kekal kecil - untuk PP

aku baca tulisan pp. marah nampaknya. alasan yang dia beri aku dah biasa dengar. mungkin dia baca heartattack zine masa kecik-kecik dulu. try tanya semua yang 'jual' diri mereka kepada sistem (oh..itu termasuk aku) dan korang akan menemui jawapan yang sama.

cuba tanya jonny rotten. cuba tanya Iac mackaye. cuba try tanya offsprings. cuba tanya Tang. cuba tanya greenday.

kalau malas tanya diaorang cuba tanya lebai google sama abang yahoo.

pp adalah seorang penulis yang sangat baik. sebelum menulis blog pp menulis zine hilangpunca dan aku memang seronok membacanya. tulisannya bersahaja, nampak tenang, lucu tapi penuh dengan pemberontakan. itu pp.

bila pp kata dia quit hardcore sama punk rock, tiada siapa yang peduli. aku tak peduli. apa masa dia masa hardcore sama punk dulu ada ke dia isi borang masuk ahli macam persatuan belia 4B?

ini bukan tentang dengki, iri hati, busuk hati atau "we hate it when our friends become successful" oh tidak. tidak. tidak. ini tentang persahabatan. ini bukan tentang siapa lebih art daripada siapa. tidak. tidak. tidak dan aku bukan roketman.

apabila kacip dijual rm20 dan diuruskan oleh satu sindiket art aku merasa sangat marah. beb, siapa tak marah apabila satu buku nipis dijual dengan harga yang tidak sepatutnya. harga kacip dah kira macam harga LO untuk pejabat kerajaan. siapa peduli tentang masalah lu orang dengan pencetakan. lu orang nak jual buku ke nak jual art?

aku macam bersetuju dengan komen mamat or minah 'six' dalam komen nombor 30 hilang punca yang berbunyi.

" aku rasa sejak ko masuk sindiket soljah, blog ko dah kurang bisa. sindiket soljah pun baru 'faymes' lepas ko masuk. u're being used i think."

siapa yang perlu jawab tentang hal ni. pp terpaksa menjawabnya sebab mungkin kerana tekanan perasaan. siapa tak tertekan bila hasil art dia dikritik kerana harga bukan kerana seni penulisannya. jika hasil penulisan dikritik itu merupakan satu kebanggaan.

tapi bila hal buku kacip di kritik kerana harganya yang tak munasabah perkara ini bukan sahaja mengecewakan diri sendiri tapi sahabat-sahabat dan juga pembaca-pembaca hilangpunca yang dari dulu mengikutinya.

itu belum kira lagi hati dan perasaan orang tempoyang.

notakaki : penulis bukan seorang melayu tipikal yang dengki dan iri hati diatas kejayaan melayu-melayu lain. penulis tak pernah terasa terpinggir bila siti nurhaliza, m.nasir dan pyan habib kaya dengan art masing-masing. art tu macam jual burger.

Khamis, 2 September 2010

Ramadan (bola, skrip drama melayu dan Crespo)

awan hitam berarak perlahan. panas mentari menghilang secara slow-slow. angin begitu pandai memainkan perasaan. sekejap bertiup kencang dan sekejap bertiup perlahan. dari jauh guruh sekali sekala mengeluarkan bunyi.

" tak boleh jadi macam ni..." padeli mengeluarkan kata-kata keramat.

aku, amin, amar, pp dan dd memandang padeli dengan wajah sayu.

" nampak gayanya hujan dah jadi musuh kita..." aku bersuara sambil memerhatikan rintik-rintik hujan membasahi padang bola.

" walaupun puasa, semangat bola kena ada. walaupun hujan, kita kena main bola.." pp berbisik sambil meludah mengeluarkan sisa murtabak ayam yang terlekat di giginya.

semua senyap. masing-masing melayan blues masing-masing. palong yang kami teduhi ini menjadi saksi bisu kami.

" kalau tak ada orang main bola, aku nak balik tengok drama.." amar bersuara, walaupun perlahan tapi gemanya menyakitkan telinga.

" bala..bla...bla " kata padeli

" bla..bla..bla.." balas amin

" bla..bla..bla.." jawan pp

" faker, boleh tak lu orang semua jangan ajuk skrip drama. umah gua tv rosak. gua takleh nak ajuk! " aku merasa sangat marah kerana aku takleh nak ajuk skrip drama yang diaorang tengok.

" sekarang macam mana apek. kita fokus main bola. kita tunggu hujan reda sikit..." dd pandai mengambil hati orang yang lebih tua darinya.

.
.
.
.

petang tu macam biasa, team aku menang. padeli tergelincir 3 kali, amar kepala terhantuk simen 2 kali, pp berlaga kaki sama padeli banyak kali, amin rembat bola sampai bukit atas, dd steady shoot gol walaupun tersepak 3-4 kali kaki dia ke bata simen gol.

aku pikir paling banyak parut main bola kat situ padeli. setiap kali main mesti luka. kalau tak kat tapak kaki mesti ada luka kat ibu jari kaki kanan. tetapi kekadang dia steady jugak bila shoot gol. padeli macam crespo jugak sikit-sikit masa main bola di bulan ramadan.

nota kaki pop quiz : jika padeli adalah crespo, pp adalah batistuta dan sapik berangan sebagai david seaman. siapakah yang berusaha untuk cuma menekel anak pengurus bank maybank? siapakah yang selalu lepak awal ditaman sambil memandang kearah rumah awek itu? siapakah yang cuma menekel adiknya yang kembar itu? janganlah misteri ini menyelubungi hidup anda.

Planet Marikh

Semalam lepas tarawih gua keluar jalan-jalan ke bandar Kuala Terengganu bersama keluarga. Manusia punyalah ramai. macam-macam fesyen ada. fesyen yang paling banyak gua tengok ialah fesyen orang baru balik dari tarawih.

yang pakai kain pelikat ada, yang pakai telekung sembahyang ada dan yang pakai jubah macam pak arab masuk kedai beli kad raya pun ada. dan yang paling cool dalam banyak-banyak tu ialah gua sebab gua pakai baju liverpool.

dalam perjalanan pergi. gua berborak-borak dengan bini gua.

" nampak tak bintang yang bercahaya terang tu? " gua tanya bini gua sambil mulut muncung ke arah langit.

" ha...nampak...nape? "

" tu planet marikh tu..." gua kasi penerangan.

" Allah..dah nak kiamat dah dunia ni bang..." bini gua respon

gua beristifar dan lepas tu gua telefon astro suruh kasi tambah channel learning dalam tv.

Rabu, 1 September 2010

Cafe

dekat-dekat nak raya ni gua main satu game nama dia cafe. cam haram ada jugak game ni. ada satu makanan nama dia Chocolate Mousse & Raspberry Cake ambik masa dekat 20jam untuk memasaknya.

ini mesti orang yahudi yang buaat game ni. tak pun orang freemason. tak pun orang zionist yang suruh manusia leka dan lalai.

bila semua dah lalai, senang diaorang nak menjajah dunia dan menghapuskan orang-orang Palestin.

power to the palestina!

Subuh di Kuala Lumpur


bangunlah abang,

bangun subuh,

janganlah begitu mata,

janganlah begitu hati,

kelak kau rugi nanti di akhirat yang pasti.

Kuala Lumpur, 18 April 2010 6.58pg