Sabtu, 31 Januari 2009

paradigma..paradigma..paradigma

aku agak budak-budak zaman sekarang dah tak main bende alah nie semua. tak generasi X dan Y sesapa yang main game nie. paradigma kata Tun Mahathir. PARADIGMA!

Khamis, 29 Januari 2009

berseKUTU bertambah mutu

ps: mintak tolong sesapa tukarkan gambar gua. nampak jambu sangat. tak padan dengan semangat kutu. kutu mesti nampak ganas, rambut panjang, rokok kat telinga, hafal lagu nirvana kat bibir, hafaz skrip filem gila-gila remaja, kalau ada orang asing datang kawasan pandang dengan mata yang meleret (mata ganas), lepak sambil pakai topi, baju mesti ada mesej yang ganas macam "fuck the capitalisme!", seluar kena rambu ramba, jalan-jalan naik motor tak pakai helmet dan balik rumah sendiri bila lapar!

“Perih sekali, Landoooo...”


kenapa filem-filem dan muzik dari indonesia kebanyakannya best? ada kawan aku pernah ke indonesia mengatakan kesenian dan budaya indonesia cukup tinggi berbanding dengan malaysia. semangat dan ketelitian mereka mengagumkan. kerajinan dan jerih perih mereka lebih daripada kita.

ok aku ambik contoh muzik yang paling mudah. kenapa orang suka muzik indonesia? kenapa ramai minat pada sheila on 7, ungu, peterpan, slank, padi dan banyak lagi? sebab apa? mungkin sebab muzik yang dia buat begitu halus sekali atau sangat true sehingga menusuk ke kalbu? korang tahu tak yang band-band ni idola dia search sama wings?

masa dulu filem "ada apa dengan cinta?" begitu letup sekali. tak pasal-pasal chairil anwar punya sajak yang bertajuk AKU letup sama sekali. semua orang baca chairil anwar punya sajak dan semua nak jadi pemuisi kat malaysia. tapi kenapa orang kita tak minat nak tak baca sajak usman awang sama masuri SN? aku jadi pelik...

orang radio dan pemuzik-pemuzik malaysia panas jiwa bila radio2 tak siar lagu melayu malaysia tapi dok siar lagu-lagu indonesia.

semua jadi panas.

tapi aku rasa kalau lagu tu sedap apa salahnya nak dengar. dah muzik yang korang buat tu just untuk melepaskan batuk ditangga. buat lagu main-main. maka sape nak dengar?

kata orang jakarta 7 kali lebih besar dari kuala lumpur. maknanya ada 7 kali persaingan dalam apa segala bidang tu. maka aku rasa rakyat indonesia akan buat segala yang terbaik dalam apa jua bidang sama ada muzik, filem, kesenian, kebudayaan. mereka buat yang terbaik sekali untuk perut dan poket mereka. ye perut dan poket mereka...

notakakis: balik berjalan cuti hari tu aku tengok cerita ungu violet. aku dah tengok banyak kali tapi kenapa aku nak tgk cerita tu lagi. aku baru dapat tahu pagi tadi yang violet tu ungu dan ungu tu violet. lemah sungguh perbendaharaan warna aku. lemah!

ps: setiap tahun kalendar lat mesti beli. Datuk LAT, lu memang idola gua bab-bab kartun ni dan untuk makluman semua AKU BUDAK MINANG karya Ujang akan disiarkan kat kaca tv nanti. UJANG, lu pun idola gua!

Ahad, 25 Januari 2009

asal usul yahoo.com

lepas baca blog azwan ali gua rasa pening. lepas tu gua teringat lagu midnight blues nyayian dari wings. gua darjah berapa gua sendiri tak ingat tapi gua hafal semua lirik dari album teori domino tue. ha, gua rasa sampai sekarang kalau lagu itu dimainkan gua boleh ikut sekali. yess, ini dia...korang layan midnight blues nie. sawan tak patut!



notakaki: band yang tengah main tu bukan wings. sape kata wings gua singgung nanti.

notakaki 2: dalam lagu tu, awie ada jerit. yahoo! yahoo! gua syak mamat yang cipta website yahoo!com mesti dapat idea dari lagu tu. kalau lu tak caya lu dengar lagu tu baik-baik.

notakakis 3 : gua dengar kecoh band fury dari lipis kena fotostat. gua pikir fury lipis tukar nama laa lagi elok. lagi pun kat amerika ada 30 ribu yang pakai nama fury. lu orang tak caya lu google tengok. lagi satu pakai laa nama melayu, kasi bangga sikit orang- orang lipis!

Khamis, 22 Januari 2009

" Let’s put a smile on that face! " And... Why so serious?

ramai bercakap pasal orang muda yang tidak menyokong kerajaan pada hari ni. ramai bercakap pasal orang muda yang tidak menyokong parti barisan nasional pada hari ini. ramai bercakap pasal orang muda yang tidak menyokong parti umno pada hari ini.

ramai anak muda tidak menyokong kerajaan pada hari ini. ramai anak muda tidak menyokong barisan nasional pada hari ini. ramai anak muda tidak menyokong umno pada hari ini.

anak muda tak sokong kerajaan, anak muda tak sokong barisan nasional dan anak muda tak sokong umno.

tak nak kerajaan, taknak barisan nasional dan taknak umno.

apa yang anak muda nak?

mereka mahukan keadilan untuk semua? hak sama rata? kebebasan? kesaksamaan? seorang pemimpin seperti obama? fidel castro? mimpikan watak perjuangan rakyat seperti ernesto che guevara? mahu perjuangan agama seperti syed qutub? mimpikan watak-watak seperti bennabi ataupun saladin dalam perjuangan politik mereka?

barisan nasional dan umno tiada idola seperti itu. tiada watak watak perjuang rakyat agaknya. mereka kehausan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan rakyat. yang ada mungkin pemimpin-pemimpin yang memperjuang hak-hak kontraktor yang menabur budi sewaktu kempen mereka.

hey, barack obama yang sedang jadi presiden amerika sekarang ni mungkin tengah sakit kepala memikirkan budi-budi 'usahawan-usahawan' yang menaja sewaktu kempen presidennya. konflik dan peperangan perlu di wujudkan. tiada perang atau tiada konflik bermakna tiada wang untuk diberikan. siapa yang akan bayar balik wang-wang pelaburan usahawan-usahawan ni?

rakyat?

aku ada berborak dengan seorang member dari johor yang kini menetap di lyon, france(lyon aku rasa..) satu hari aku tanya dia apa yang dia buat sekarang. and then dia jawab tengah isi borang mintak bantuan perumahan dari kerajaan france. so aku pun cakap kat dia kau punk and kau benci kerajaan dan kenapa pulak nak ambik duit kerajaan. and then dia jawab. aku bayar cukai hari-hari dan aku ambik balik apa yang aku dah bayar. pas tu aku tanya dia, kau bayar cukai apa? dan lepas tu dia cakap cukai yang dikenakan masa beli barang-barang keperluan.

realitinya kita tak dapat lari dari memberi dan menerima sesuatu dari kerajaan. sedar atau tidak sedar atau tidak sedar diri?

sebab tu kekadang rasa pelik bila ada orang cakap yang depa tak peduli tentang politik dan mereka bangga dengan ketidakpedulian mereka. mereka bercakap bahawa mereka hanya boleh diperbodohkan sekali sekala dan mereka tidak boleh diperbodohkan selalu.

kekadang kita sendiri tak tahu apa itu politik. aku sendiri yang belajar sains politik pun boleh tercungap-cungap keliru antara tafsiran politik mengikut sains politik, sosiologi politik, psikologi sosial dan ekonomi politik.

yang aku tahu politik itu berlegar dalam persoalan kuasa di mana kuasa yang ada terhad tetapi kemahuan manusia yang tidak terhad. maksudnya kuasa yang ada satu tapi orang yang kuasa itu beribu.

simple kan? tapi kenapa kita nampak perebutan kuasa itu begitu rumit? adakah sebab rumitnya berebut kuasa ni maka anak muda pada hari ini suka dengan ketidakpelulian mereka terhadap politik? mereka tidak peduli. mereka pikir untuk kuasa pelakon-pelakon politik ini menipu(terutama watak pelakon politik yang memerintah). berat sebelah. rasuah. matlamat menghalalkan cara dan buat apa sahaja yang perlu untuk kekalkan kuasa.

mungkin anak muda mahu kuasa itu dikongsi? atau anak muda itu tidak mahu kuasa itu wujud? mereka mahukan anarchism? mereka mahukan pandangan mikhal bakunin yang bangga dengan konsep anti govermentnya? relevankah anarchist? tahukan anda sewaktu muda aku pernah mengedar satu bahan bacaan yang bertajuk 'what is anarchism?' dan bangga dengan topi A aku dan selepas itu kecewa dan akhirnya menjadi pegawai gomen yang bersih, cekap dan amanah.

bagaimana mahu percaya menjadi seorang anarchist sedangkan jiwa ini keliru sama ada boleh kah sebuah dunia ini hidup aman damai tanpa sebuah kerajaan? bolehkan sebuah hospital dapat beroperasi dengan penuh kebijaksanaan? gua confused dan seperti tulisan ahmad kamal dalam blognya. mungkin gua telah mencapai tahap atau fasa keagamaan selepas fasa estetika dan fasa etika dalam hidup gua. peh, ini falsafah apa? moslow? sigmund freud? emma goldman? malek bennabi? boleh pakai ke?

entah beb. aku tak tahu.

geng.

Why So Serious?

piala dunia 2018?


lepas baca nie.

aku hampa. lagi sakit jiwa bila baca komen dia.

malam tadi aku tengok rancangan rancangan Ally selang seli dengan cerita Independence Day. movie pro yahudi yang aku tengok belas-belas kali. dalam rancangan Ally tu ada sorang mamat mana entah cukup positve dan yakin yang Malaysia akan dapat masuk piala dunia 2018. cara dia cakap macam orang politik. tapi aku tak peduli sangat hal-hal tu. tapi...

pagi tadi aku baca utusan online.

" kita kena ganyang 5 - 0 "

macam mana?

panas tak jiwa?

Rabu, 21 Januari 2009

aku pembunuh upahan beringin tua dipinggir sebuah bandaraya...

awal tahun 2009 aku ada azam yang lama yang perlu dibarukan.

MEMBACA BUKU!

aku buat tanda seru sebab aku memang serius nak membaca buku. aku dah nak layan facebook sikit-sikit, layan utusan malaysia secara tak serius, main fm2009 secara slow-slow dan menonton bola sambil lewa.

aku memang serius nak baca buku.

so satu hari aku ada singgah kat book garden USM kat dalam UDM. aku pun hairan sama USM. sebuah univesiti tersohor dalam Malaysia yang dapat status universiti APEX boleh tukar nama kedai buku USM kepada book garden. korang tahu tak apa bende universiti APEX? google yee nanti. nampak sangat USM tak suka bahasa melayu.

aku melepak dalam kedai buku USM tu cukup lama. ada kat sejam. so kalau tak beli apa-apa nampak sangat macam local. so sebelum aku blah dari kedai buku usm tu aku sempat sambar satu buku yang bertajuk Hidup bukan rahsia karya Zabrina A.Bakar

masa aku baca testi buku ni aku rasa macam baca testi produk kesihatan pulak. " bagus laa, best la, menakjubkan laa, dan banyak lagi" kalau aku jadi penulis buku ni mesti aku kembang lubang hidung bila membacanya.

tapi serius aku cakap. aku memang rekeman kepada sesiapa yang nak memotivasikan hidup mereka. yang patah semangat, yang kecewa dalam hidup, yang nak jadi orang beriman, mamat hardcore yang nak jadi baik, pegawai gomen yang suka tidur kat pejabat, pemain bola yang tak kuat stamina, kaki playstation yang bengkak-bengkak tangannya, dan mat minah yang ketagih berwebcam. buku ini adalah untuk anda yang mahu berpikir. gua rekemen!

dia ada blog dan aku dah try bagi salam.

ps: dia penulis yang baik tapi secara jujurnya bab ending dia tak begitu best.

Isnin, 19 Januari 2009

roti canai kuah ayam madu

meet uncle hussain menang anugerah juara segala juara lagu semalam. aku sebenar tak tengok pun ajl tapi dapat sms daripada staff aku dengan katanya,

" boss, band kawan boss menang ajl "

kawan? aku gelak sorang-sorang semalam. dalam meet uncle hussain aku cuma kenal taja je. gitaris dia. yang lain aku tak kenal. dulu masa zaman kanak-kanak dan hardcore gile tak patut taja dan kawan-kawan aku yang lain ada buat satu band hardcore namanya non-priority. so, sebab band member maka aku selalu follow laa diorang. masa tu taja main dram dengan band tu.

menjadi hardcore dulu cukup best. kalau ada dalam rm50 dah cukup ok untuk turun kl. masa tu tambang bas tak sampai rm10. pergi balik dalam 20. makan bajet laa dalam rm10. bab-bab penginapan jangan bimbang. kompas dalam beg aku memang menuju ke sungai besi. cuma kena standby duit syiling naik bas intrakota jee. bab-bab makan free, tambang free, penginapan free dan stuff free aku serah pada tuhan saja.

gig yang paling suka aku pergi kalau gig tu kat actor studio bawah dataran merdeka. bukan apa kos pengangkutan tak banyak sangat. sampai pudu, menapak makan nasik kat central market dan lepas tu menapak sikit ke dataran merdeka. aku cukup enjoy kalau aki weng buat gig kat situ, hardcore hardcore jugak, emo-emo jugak. bak kata orang, rock tapi jiwang. ada satu tempat kat area uptown, damansara syok jugak pergi gig kat situ walaupun jauh sikit. tapi aku pelik, walaupun selalu pergi uptown tapi aku failed pergi uptown bila bawak kereta sendiri. memori aku yang lemah atau samy vellu yang dah upgrade jalan ke sana?

gig paling jauh pernah aku pergi ialah kat johor. masa tu memang hardcore dalam darah aku la. berbekal rm 60 aku memang buat true berani naik keretapi pergi sorang-sorang gig kat jb. orang kata budak hardcore mesti kena pow dengan mat skin kat sana tapi aku bersyukur sebab tak ada pun mamat skinhead pow aku. mungkin skinhead lipis dah hello sama skinhead jb tentang aku. masa tu gua memang suka sangat dengan band-band hardcore macam basic right, chronic mas, net dan sebagainya. masa tu stompin' ground band dari singapore memang jadi pujaan laa dan masa tu lion city hardcore memang top tak patut. kalau ada budak singapore turun KL mesti kawan-kawan aku jalan bangga semacam dengan diorang. macam gamp jee bila pikir pasal dulu-dulu.kalau nak ditulis tentang scene underground memang tak habis satu malam. banyak sangat kenangan, banyak sangat isu, banyak sangat hal. tu tak masuk bab-bab politik underground. tapi manusia dalam scene underground tak 100% bodoh seperti tun mahathir kata dulu-dulu. ada laa banyak bende yang positive yang boleh di ambik. ha, tak caya?

yang penting bila ada gig kat kl, hameed restoran kat central market tu menjadi satu tempat lepak yang menjadi pujaan hati. apa kes? teh tarik dia sama roti canai kuah ayam madu. budak punk dan hardcore malaysia jee yang makan roti canai kuah ayam madu nie. kat singapore tak ada. percaya la.

" macha, kasi roti canai satu, kuah ayam madu banjir.."

" adik hardcore, itu roti canai pukul 3 petang juga ada. sekarang nasik beriani jugak ada..."

kalau ada orang bayar gaji aku untuk melepak kat hameed restoran dari pukul 8 pagi sampai 5 petang aku sanggup.

notakakis: gig kat bawah ni aku rasa masa 1 Mei 1999. workers of the world, unite and take lover! cari aku kalau jumpa. huhuhu


Sabtu, 17 Januari 2009

tak otai kalau tak bawak malaysia pergi piala dunia!

semalam secara tak rasminya aku dah try main fm2009. punya laa sakit kepala pasal mula-mula aku install dia mintak produk key. aku try tanya pp suruh dia cari produk key, tapi rupa-rupanya dia tak main lagi fm2009. nampak sangat local.

aku rasa secara rasminya aku akan start main fm2009 malam ni. badan tengah letih sebab kat 10 hari tidur malam tak tetap. paling awal tidur pukul 2.00 pagi. musim kempen pilihanraya ni tidur memang tak cukup. sibuk apa entah aku pun tak tahu.

apa yang menarik tentang fm2008 ialah aku bawak malaysia masuk piala dunia. macam mana? true tak? bab-bab kelab tak yah cerita laa. naik muak aku menang piala dan liga. kalau padeli sama pp tengok mesti dia try tanya rahsia kejayaan aku. kawan-kawan jugak tapi boleh blah laa. ini fm2008, kalau nak tanya bab-bab rahsia kejayaan tolong laa tanya budak yang dapat 10a dalam spm nanti.


satu team dengan brazil...


rahsia kejayaan


boleh rileks belasah iraq 7 - 1. agak-agak dengan thailand sama singapore mesti pergi 9 - 1

Khamis, 15 Januari 2009

itu penulis lirik juwie hidup lagi ke?

tiap tiap malam aku tidur lewat sekarang. musim pilihanraya semua tidur lewat. aku pun tak tahu kenapa diaorang semua tidur lewat. semua sibuk gantung bendera, lepak kedai kopi lama-lama, cerita pasal entah apa-apa. kalau tidur lewat kalau israel nak serang malaysia aku memang sokong laa. ini apa kes?

tapi best gak tidur lewat. tadi aku layan nostalgia muzik-muzik kat tv3. sawan beb. tiba-tiba jadi syok bila tgk shidee layan lagu jiwang dia. mak aku gerenti sedih jiwanya bila tengok zaiton sameon. kesian dia, lepas balik show boleh eksiden kereta yang lagi sedih anak dia meninggal.

masa kecik-kecik, muzik-muzik memang top up! kita orang siap lagi teka-teka siapa akan jadi juara bulanan. tapi biasanya sapa lagu dia yang hit minggu akhir mesti lagu dia jadi juara.

malam pertandingan akhir merupakan malam segala juara. malam tu haram melepak luar rumah. tv memang dah set. sapa-sape ubah mesti kena singgung. makan nasik kena awal. kain dan bunga atas tv kena kemas dan memang jadi tempat haram bagi kucing aku melepak. dulu kucing selalu melepak tidur atas peti tv rumah aku. tapi bila malam juara lagu memang dia kena cari port lain.

sebelum loloq glamer, mama juwie memang glamer tak patut. dia memang top up bab-bab tulis lirik. m.nasir glamer gak tapi aku tak layan dia sangat pasal rambut dia panjang. tapi aku tak tahu mana pergi mama juwie sekarang.

tulis lirik ni susah rupanya. orang yang banyak prosa kata dan banyak baca buku mungkin top up bab-bab tulis lirik. itu sebab m.nasir sedih gila bila loloq meninggal. aku yakin m.nasir memang susah tak patut nak cari pengantinya.

kangkang amy search memang susah nak lupa. tapi bila dia bawak isabella memang sawan tak patut rasanya. pasal rock-rock dulu syok? muzik dia. lirik dia. pasal musim sekarang tak ada band rock yang true? faizal tahir dia ingat dia rock sangat kee? rock dulu aku rasa true walaupun ada orang cakap search tiru satu lagu band rock popular dari barat. tajuk benda entah. tapi rock memang sawan masa tu.

aku paham dengan situasi dunia pada hari ni. paradigma manusia berubah. manusia zaman dulu paradigma dia tak sama dengan zaman sekarang. zaman mahathir mungkin lulus spm pangkat satu dah kira ok. boleh masuk universiti. sekarang nie kalau setakat 5a mungkin sakit sikit nak masuk U. orang sekarang bercakap pasal 9a, 8a, 10a dan 17a. zaman mahathir lain, zaman paklah mungkin lain dan zaman najib akan datang mungkin lain.

gitu gamaknya dengan muzik scene. zaman abah aku dia memang minat sama wayang kulit. zaman aku tiba-tiba punk rock meletup, zaman adik aku tiba-tiba dia jadi mat shuffle. zaman anak aku entah apa-apa yang muncul nanti.

entah lah, manusia yang suka berhibur atau kerana muzik itu untuk perubahan sosial?

Ahad, 11 Januari 2009

musim pilihanraya bukan musim nak tengok bola...

tadi sewaktu aku sibuk dan buat-buat sibuk...

" Hello boss, malam ni liverpool lawan pukul berapa? "aku dicall oleh kawan aku, peminat giler liverpool tapi tak tahu jadual perlawanan liverpool.

aku rasa panas, tiba-tiba rasa nak singgung orang dan baling batu kat sekumpulan budak-budak perempuan macam aku buat masa sekolah dulu.

tiba-tiba timbul memori membaling batu pada budak-budak perempuan dulu-dulu. aku rasa macam jahat gile. tapi aku bukan jahat, nakal sikit-sikit. lepas SPM aku rasa pandai sangat. bukan apa, aku skor tak patut masa PMR. siapa sangka budak cgpa tak pernah sampai 3.0 boleh layan skor PMR.

masuk tingkatan 4, aku layan muzik alternatif. rancangan tv yang joe carberator dung jadi hos aku selalu hadir menonton. ruangan blasting concept yang joe carberator tulis wajib beli. baru nak belajar-belajar. underground katakan. masa cuti sanggup kerja kat subang semata-mata nak beli kasut dr.martin. peh, sawan tak patut.

sejak tu rasa malas nak belajar. kalau belajar pun, belajar sambil lewa dan bergurau senda sambil mengumpat cikgu. add math, kimia dan fizik sama akaun jadi subjek musuh. hari-hari perang sama cikgu. kalau ada bom merantai mesti dah letup macam kat gaza. ada sorang cikgu pernah lempang aku pasal aku letupkan mercun masa malam merdeka. tapi aku tak kisah beb kena lempang, tak punk laa kalau tak kena lempang. punk mesti kena lempang, kalau tak pernah kena lempang memang poser punk!

" aku layan as roma wei..liga english aku tak layan. tak true. lagi pun diorang support israel! kalau kau nak derma untuk palestin jangan kasi pada kedutaan palestin kat malaysia. kau kasi terus pada badan yang terus salur pada palestin sana..."

lepas cakap aku pergi sungai terengganu. masa lalu kat situ anwar ibrahim tengah berucap. sampai sungai terengganu aku terus baling handset nokia aku jauh-jauh...biar ikan-ikan dalam sana makan.

rupa-rupanya NOKIA ada deal sama israel...lepas ni nak buang kotex bini aku dalam sungai terengganu.

Jumaat, 9 Januari 2009

agak-agak tahun berapa nak tukar kerajaan ni datuk seri?

ada satu malam pilihanraya aku di call untuk diajak melepak. macam biasa laa, malam pilihanraya laa malam yang paling best untuk buat-buat sibuk. bila ada pilihanraya maka secara auto semua pemimpin-pemimpin dan orang orang dipimpin satu malaysia akan turun dan sibuk atau buat-buat sibukberkempen. maka tengah aku melepak aku terperasaan yang kat depan meja aku ada geng-geng PKR dan kat tengah-tengah meja tu ada anwar ibrahim (DSAI). disebabkan aku bawa kamera maka sempat jugak mengSNAP sekeping dua.


disebabkan dia duduk betul-betul depan aku maka kena buat-buat berlakon yang aku tengah tengok gambar kat kamera. kabur sebab hilang fokus.

anwar ibrahim dah syak yang aku ambik gambar dia.


ok. gambar jelas dari sudut atas meja makan.

notakaki: adik kedai makan tu mintak maaf kat aku sebab keropok lekok goreng yang aku order dia silap hantar kat meja DSAI. orang keje gomen kena cool time-time macam nie. kalau tak dah lama kena singgung.

notakaki2: baca INI. pidato DSAI yang aku letak dalam blog lama dulu.

Rabu, 7 Januari 2009

si ayah dan sebuah catatan merah..


C
E
L
A
K
A

KAU

IS
RA
EL!

kata aku bila,

tiga tubuh comel terbujur kaku,

haru, aku terpaku,

kaca mataku pedih dan jernih,

melihat,

seorang ayah meraung hiba,

apa dosa mereka?

hingga senjata-senjata moden buatan amerikana,

menembus badan-badan comel mereka,

yang semalamnya berlari riang sambil bermain patung mainan,

atau tidur berpelukan kerana takutkan letupan.

jiwa mana yang tak terlintas rasa sedih,

melihat wajah pilu seorang ayah meratapi,

si along, si angah dan si bongsu kurnia ilahi...

bagaimana jika aku si ayah itu?

dan anak-anakku terbaring kaku?

pasti sumpah seranah, ratapan dan kesedihan

menghiasi ruang-ruang hidupku.


durian burung,
4:10 pagi

Ahad, 4 Januari 2009

we walk under the light until we see each other face...

abah aku tok mat bekas SB lipis sekarang ni jadi ajk jkkk kampung tempoyang dan dia jugak pegang jawatan dalam rukun tetangga kat tempoyang. sekali sekali abah aku jadi penasihat dalam menasihat orang tak kira melayu, cina atau india dalam apa jua hal-hal kemasyarakatan. ada satu kes mak aku cerita ada satu family india datang jumpa bapak aku mintok tolong selesai masalah keluarga dia.

bapak aku asal dari kampung kelong, tumpat, kelantan. kalau korang layan google earth korang akan dapati kampung kelong dekat-dekat dengan thailand atau siam. nasib baik kampung kelong tak termasuk dalam tanah kerajaan melayu yang berada dibawah siam. yang aku tahu ada 4 buah negeri melayu yang berada dalam jajahan siam. aku pun tak tahu nape dalam perjanjian bangkok 1909/10, empat buah negeri melayu ni english tak ambik.

masa kecik-kecik kalau balik kampung kelong mesti datang rasa happy satu macam. apa kes? kampung tok aku rumah dia paling hujung. yang heaven sekali ialah rumah kitaorang yang paling dekat dengan sungai. so pagi petang siang malam kitorang akan berenang disitu. memang enjoy bila dapat berenang ramai-ramai satu family. boleh buat modal bercerita bila balik lipis nanti kat kawan-kawan masa sekolah.tapi apa kes sampai sekarang aku tak reti reti jugak berenang?

dalam kotak memori aku. rumah tok aku kat kelong tak ada api. kat bawah tangga rumah ada macam tempayan untuk basuh kaki. senduk dia kalau tak silap aku dibuat dari tempurung kelapa. so aku rasa syok sebab dapat jalan-jalan pergi sungai tak pakai selipar. kalau nak berak dan kencing memang kena lepak luar. pandai-pandai laa cari port. yang syok satu perkara yang dapat aku rasa bila balik kelong ialah air kelapa muda yang fresh. siap boleh tunjuk dari bawah nak pilih yang mana satu. abang man(anak peliharaan kakak tiri abah aku kalau tak silap) memang terer naik pokok kelapa. aksi paling bahaya yang pernah aku tengok ialah abang man naik pokok kelapa lepas tu boleh lepak atas sana sambil cabut parang dia dan minum dan makan isi kelapa atas pokok kelapa sana. macam mana? true tak patut. kalau masuk acara wall climbing mesti dah menang. bab kedua yang seronok ialah daging bakar kakak tiri abah aku. korang pernah makan daging bakar? fresh beb, bakar bawah pokok kelapa lepas tu makan dengan nasik panas. sawan beb...

yang tak syok ialah aku tak suka malam hari di kelong. bila waktu malam semua gelap, tv tak ada. dalam suasana malam yang pekat ada beberapa bau yang aku tak suka. pertama bau ubat nyamuk dan kedua bau minyak gas pelita. yang buat aku lemas ialah kena tidur dalam kelambu. masa tu nyamuk banyak tak patut dan aku gerenti nangis malam-malam.

abah aku selalu cerita betapa susahnya hidup dia masa lalu. nak sekolah kena berjalan sebatu dua. sampai hari ni aku masih tak dapat nak terjemahkan sebatu tu berapa kilo? abah jugak ada cerita pasal dia kena belajar dengan menggunakan pelita. sekali sekala dia akan selalu cakap bahawa presiden amerika abraham lincoln dulu belajar tumpang cahaya dari rumah orang. abah aku selalu cakap bapak dia iaitu tok aku ibrahim ada seorang bapak yang garang. tapi aku tak dapat nak berimaginasi tentang wajah tok aku sebab tak ada langsung dalam memori aku.

tapi bila aku kenang balik memori aku di kelong aku rasa ada something yang aku rindu. aku miss angin sepoi-sepoi bahasa yang menghembus, aku miss bau teh wangi dan biskut kering yang dihidangkan, aku miss tengok kakak tiri abah aku makan sireh kalau tak silap aku, aku miss tengok suami dia balut rokok daun dan sekali sekala dia tolong aku balutkan rokok daun, aku miss sungai yang menjadi tempat aku mandi, aku miss suasana kampung kelong yang tenang dan mendamaikan, aku miss bau pelita, aku miss waktu malam di kelong, aku miss mendengar bacaan quran dan alunan alfatihah suami kakak tiri abah aku dalam suasana subuh yang hening dan yang paling aku miss ialah aku rindukan pengalaman menaiki honda cup lampu bulat bersama abah aku dalam perjalanan ke kampung kelong.

pernah tak korang berjalan dalam gelap gelita dengan penuh rasa cemas sambil orang di belakangmu membaca obor api yang cahaya? percaya laa, dalam memori aku, aku pernah berjalan dalam gelap sambil abang man membawa obor yang menerangi perjalanan kami. apa kes berjalan dalam gelap aku tak ingat tapi mungkin nak pergi tengok tv rasanya malam tu.

yeah, kita berjalan dibawah cahaya api dan kita saling memandang wajah masing-masing...

laman web yang bercerita tentang kampung kelong.
abeli dan azizkelong and azizkelong2

notakakis : baca INI. itu pasal banyak kedai makan kat lipis ramai orang kelantan. sebab tu korang melepak kat kedai tak bukak.

apa penyelesaian di gaza?

441 kematian di gaza terkini selepas serangan bertubi-tubi oleh israel. itu jumlah semalam. nak menunggu selesai berapa puluh lagi yang terkorban agaknya? di pihak israel jumlah tidak diketahui. bila teringat bab-bab israel-palestin aku teringat satu lagu dari band propagandhi. sebuah band 'intelektual' punk yang bertajuk 'haillie sellasse, up your ass' ( nak tahu lirik boleh google sendiri). aku rasa semua punk rockers dalam dunia amat prihatin dengan isu palestin dan israel. ingat lagi masa kecik-kecik masa pergi gig kat kl. band the bollocks sempat jugak memberi kata seranah F**K ISRAEL sebelum memulakan persembahan.dalam dunia ada 2 perkara yang seronok untuk dibuat. pertama kutuk orang tapi orang tu tak malas dan yang yang kedua makan free. dan yang ketiga aku rasa paling seronok ialah bila berperang kita tembak orang yang tak ada senapang.

kenapa tak ada penyelesaian kat gaza? kenapa tak letak tentera pbb kat sana? kenapa pak-pak arab yang kaya raya berdiam diri? mana fungsi arab saudi negara islam terkenal dunia yang ramainya keturunan Rasullah dan tempat letaknya kaabah kiblat umat islam? kenapa pak-pak arab tidak bersatu? bukankah masjid al aqsa merupakan satu masjid suci bagi umat islam? kenapa pak arab tak sensitif? adakah pak arab takut jika isu palestin selesai maka dunia akan kiamat?

bukan apa. aku layan isu palestin gaduh sama israel sejak kecik. kalau layan dunia jam sepuluh kat tv1 gerenti isu ni keluar. kekadang naik muak sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa. kekadang sedih bila pikir ramai yang terkorban di sana. perlukan aku turut berjihad? atau sekadar berhimpun melahirkan rasa protes lepas tu berkumpul beramai-ramai lepas tu bakar bendera amerika dan israel and bak kata abdullahjones balik rumah tidur lepas tu dan bak kata pp balik rumah makan nasik bila lapar?

semoga jika ada kelapangan dan peluang dalam usia muda ini mungkin satu hari nanti aku akan turun sana. bantu apa yang patut. aku ada asas bulan sabit merah malaysia. masa sekolah asrama dulu ada join st john. mungkin yang cedera sikit-sikit masa kena serang aku boleh bantu. Semoga Allah selamatkan bumi palestin! dan berdoalah semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara muslim disana.


Jumaat, 2 Januari 2009

salam tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masihi 2009


jersey yang aku pakai ni sedapnya lain macam. bila pakai rasa macam totti. lincah semacam. kena sungguh dengan badan aku. so azam baru aku tahun ni nak support team baru. as roma. cool giler. sekarang semua suka sangat liga english. jadi tahun ni aku layan liga itali. baru mafia. baru semangat godfather tu ada.

azam kedua aku nak kasi mengaji aku mantap sikit. itu sebab aku hantar borang nak masuk belajar kat institut alquran kat sebelah sekolah bini aku. harap dia terima pelajar tua macam aku. bab belajar aku pulak berazam nak mempersembahkan aku punya objektif penyelidikan semestar ni.

tahun ni kesihatan kasi jaga sikit. main bola ambik posisi penyerang. dulu-dulu asyik ambik posisi golkeeper dan bercita-cita nak jadi rene higuita ala mamat keeper colombia yang cool tak patut tue. tapi aku pikir jadi golkeeper tak glamer. ronaldo yang gemuk tu dah kembali nak perform. takkan aku takleh jadi macam dia kot. so aku target nak kasi kurus sikit. biar kena dengan baju as roma yang aku pakai nie.

bab bab buku aku kena kasi tambah lagi. tahun 2008 tak menjadi baca buku. buku banyak tapi banyak yang tak baca. masa nak membeli meleleh air liur. masa nak membaca, banyak pulak halangannya.

bab hobi aku ada hobi baru. bela ikan susah tak patut. kena banyak tahu nama virus, nama ikan, nama makanan ikan, nama coral. susah tak patut dan memerlukan kesabaran yang tinggi so tahun ni hobi baru yang simple ialah kumpul poskad. macam mana? agak true dan senang hobi baru tu. agak-agak dah senang aku mungkin buat syarikat jual poskad. yang glamer sekarang aku tgk ialah sunspot postcards. agak-agak lepas ni aku buat ammosham postcards. ada cita-cita tapi tak tahu bila.

hobi kedua ni agak ganjil sikit. aku tiba-tiba nak main golf. ini semua sebab satu movie yang aku tengok. namanya the legend of bagger vance lakonan will smith sama mat damon. ada semacam feeling dari lubuk hati ni lepas tgk movie nie. so lepas 2-3 hari aku pergi laa mencari set golf untuk di pinjam dari geng-geng golf pejabat.

ada kata-kata menarik yang aku ingat dalam cerita ni. sesuai bagi mereka yang mahukan azam baru sempena tahun baru. sesuai bagi mereka yang mahu memulakan hidup yang baru selepas merasai kepalatan dalam hidup sebelumnya.

junnuh(mat damon) ada berkata lebih kurang, " aku kehilangan swing aku.." dan bagger vance(will smith) pun berkata, " well u hilang swing u, moh laa kita cari. dia ada diluar sana dalam suasana yang harmoni...." ha, kalau korang rasa korang kehilangan hidup korang. kalau korang rasa lost/hilang, sebenarnya kehidupan korang ada diluar sana dalam suasana ang harmoni..peh..falsampah sungguh ceritanya...

selamat tahun baru hijrah dan salam tahun baru 2009. tiger woods aku agak mesti gentar kalau tahu aku dah start main golf nie..

notakakis: malam tahun baru aku jumpa waris belah bapak aku yang berasal dari kampung kelong, tumpat, kelantan. dia ada blog namanya aberamly dan ramlyotai. rupanya aku pernah baca blog dia. ha, dia memang otai tak patut bab-bab politik nie. abah aku kata dia memang into politik dan nyaris-nyaris nak jadi YB. politik seni yang serba mungkin dan sebab tu aku jadi peminat separuh politik yang tak true sangat.

nokakis2 :ini kata-kata junnuh yang aku jumpa dalam web yang sangat puitis, layan laa...ps jangan mabuk ok.



dari blog lama II

katak-katak

October 25th, 2005 by ammosham

pada satu hari di musim panas berkatalah seekor katak jantan kepada pasangannya, " aku takut manusia yang tinggal di rumah tepi pantai sana terganggu oleh nyayian malam kita." pasangannya menjawab,"tidakkah mereka juga menggangu ketenangan kita di siang hari dengan perbualan mereka?

kata jantan berkata," jangan lupa kita mungkin menyanyi terlalu banyak dimalam hari," pasangannya menjawab,"jangan kita lupa yang mereka berleter dan berteriak dengan riuh di siang hari,"

kata katak jantan lagi," bagaimana dengan katak bentong yang mengganggu seluruh kampung dengan bunyi boomingnya?" pasangannya menjawab,"ya, bagaimana pula dengan ahli politik dan saintis yang datang kemari dan memenuhkan ruang udara dengan bunyi bising dan tidak berirama?"

lalu katak jantan menjawab," marilah kita jadikan diri kita makhluk yang lebih baik dari manusia-manusia ini, mari kita berdiam diri dimalam hari dan bernyanyi di dalam hati walaupun bulan memanggil kita untuk berirama dan bintang-bintang menyeru kita untuk berlagu, paling koman kita diam untuk semalam dua, paling tidak tiga malam" dan pasangannya menjawab, " baiklah, i setuju, kita tengok apa akibatnya dari kemuliaan hati u itu,"

malam itu katak-katakitu berdiam diri dan juga malam berikutnya dan juga malam ketiga. aneh untuk diperkatakan, perempuan bermulut pantat ayam yang tinggal di rumah tepi tasik berteriak kepada suaminya di meja sarapan pada hari ketiga itu," aku sudah tidak tidur selama tiga malam ini. aku tidur dengan nyenyaknya bila ada bunyi katak-katak itu bermain ditelingaku. mungkin sesuatu telah berlaku. mereka sudah tidak bernyanyi selama tiga malam. aku dan hampir giler kerana insomnnia."

katak jantan terdengar perbualan ini dan berpaling kepada pasangannya sambil mengenyitkan mata," dan kita hampir giler dengan kesenyapan kita, tidak bergitu?" lantas pasangannya menjawab, " ketenteraman malam amat berat buat kita dan aku ketaui bahawa tidak perlu kita memberhentikan nyanyian kita untuk kesenangan mereka yang mesti memenuhi kekosongan mereka dengan kebisingan."

maka pada malam itu bulan tidak kecewa memanggil mereka untuk menyanyi dan bintang-bintang pun tidak frust juga untuk medengar irama mereka.

The Wanderer, KAHLIL GIBRAN

diculik daripada biodegradable material zine

Khamis, 1 Januari 2009

lepih wei

masa aku balik lipis masa raya haji hari tu aku tgk budak-budak persekutuan lepak kat kedai tak bukak kat alamanda. nampak sangat local. bukan apa malam raya korang dah istihar sebagai malam segala lepak. teh tarik kena tambah, roti canai kena ada kalau yang isap rokok kena standby 2 -3 kotak. kalau yang isap ganja tu kena ready dua tiga balut. ini apa kes lepak kat kedai tak bukak. nampak sangat tak true...

kuala lipis nampak macam tak steady dan tak terurus. ada satu tanah runtuh lepas balai bomba dia punya amaran macam melepaskan batuk di tangga. kalau aku jadi bapak doktor geologi aku mesti dah hantar surat letak jawatan pasal itu pihak berkuasa tak ambik serius. korang bayangkan kalau tanah runtuh tahap tsunami melanda jalan lepas balai bomba sama jalan lepas kem askar? ha, sape yang susah? takkan nak lepak benta..taknak nak pekena teh tarik kat padang tengku.

tiba-tiba aku rasa ada something wrong berlaku kat lipis. tak nampak ceria. tempat budak-budak nak main buaian tak stategik. jauh. bandar baru lipis, kalau ada sesapa buat rompakan besar-besaran tak ada sapa yang sedar. dulu malam-malam kalau duduk flat tempoyang mesti dengar itu siren keretapi. kalau tidur sejuk dia bukan main. kalau hujan hembusan bayu dia menikam sehingga ke lapisan kulit yang terakhir.

paling kuat panas kes amin kahwin senyap-senyap sampai sarawak. tiba-tiba letup. tok mat bapak aku yang bekas SB lipis boleh tak tahu. padeli lagi local, kawan baik kahwin pun tak tau. jauh beb amin kahwin. tapi kira ok laa pasal bapak amin orang sana jugak, ini aku syak mesti nak eratkan hubungan kekeluargaan sama pahang dan sarawak. tapi haru beb nak balik raya. aku syak padeli dan pp mesti ikut amin nak kahwin sama orang jauh. padeli mungkin orang sabah. sebab nanti kerja aku harap dia kena posting kat sabah. kalau boleh belah-belah sandakan sana. kasi jaga hutan kat sandakan. pp? aku syak dengan anak kedua bongsu mat rani. (mat rani bapak ejoy...sepupu sepapat dia jugak..)

masa raya haji jugak. pakcik zamani, ayah eddy dan awi yang kerja bawak teksi kat lipis tu meninggal sehari sebelum raya haji akibat sakit cancer perut. masa tengah kapankan aku tiba-tiba datang rasa haru. banyak jugak kenangan-kenangan aku dengan arwah. keluarga aku sama keluarga makcik ros kira baik tak patut laaa. apa-apa hal masalah kitaorang selalu rujuk dia. aku kahwin tukang masak cik ros, aku bertunang kat terengganu diorang datang, aku kahwin pun diorang datang tak silap aku, kalau family aku kurang duit mak aku biasa buat loan sama diorang. maknanya macam family yang rapat laa kitaorang ni. sebab tu masa nak bawak arwah ke tanah kubur masa masing-masing buat ciuman terakhir tiba-tiba aku rasa macam nak menangis. so lantas aku mengcover diri dengan melepak kat luar dengan pakcik-pakcik otai.

pagi raya apa kes tak ada sorang pun budak-budak persekutuan bersembahyang raya? nampak sangat korang tak respek sama ustaz maiyudin. ha, dia memang patut jadi idola kat tempoyang. yang dosa-dosa kutuk dia undertaker baik korang mintak maaf. masa bapak aku buat doa selamat masuk rumah sape yang datang, ustaz maiyudin jugak, yang bagi khutbah jumaat kat masjid tempoyang sape? yang kasi hon masa maghrib suruh balik rumah semasa kita main bola dulu sape? bukankah dia? so aku rasa kita mesti respek sama dia. respek pasal dia banyak jasa bukan sebab anak-anak dia cun.

ha, gua balik lipis raya cina ni jangan buat malu melepak kat kedai tak bukak. tak true..