Sabtu, 24 Mei 2008

sorak subuh

gua bukan minat sangat sama bola. lebih-lebih lagi tengok bola ramai-ramai. pagi MU lawan Chelsea hari tu memang gua dapat jemputan untuk main futsal jam 1 pagi sampai 2 pagi lepas tue layan bola ramai-ramai. " buang masa " kata gua dalam hati.

tony blair bekas PM Britain dah berjaya. sangat berjaya. kata orang kelantan " ekcelen.." hampir seluruh dunia minat sama liga english. tapi orang-orang kita masih kurang minat sama porno english. ada orang kata wanita british nie sombong dan ego sikit. betul tidak aku tak tahu. tapi aku cukup panas (bukan dengki) bila semua bercakap pasal bola. dari budak kecik dalam tom-tom bak sampai ke orang tua dok bercakap pasal bola. giler ke apa woi?

gua terima laporan dari dua tiga orang sahabat gua. ramai orang bersorak tak kala masjid-masjid dan surau-surau sedang mengalunkan azan. harap-harap lepas tengok bola ramai-ramai boleh pergi masjid/surau ramai-ramai. dunia pun dapat akhirat nanti pun dapat. tapi yang bersorak tengah pak bilal bang gua tak boleh terima beb.

malam tu gua rasa ada konspirasi kasi main sampai penalti. biar budak-budak yang duduk di asia tenggara bersorak dalam suasana subuh yang hening. biar budak-budak lupa bahawa bola tue lebih penting dari segala-galanya.

Selasa, 20 Mei 2008

layan sengih

ada satu pagi tu gua layan sengih sorang-sorang dalam kereta sambil dengar radio...apa kes?

begini ceritanya...

ada kat satu kampung nie. nama dia dollah. dollah nie pelik sikit sebab dia tak suka kucing. dollah cukup anti kucing. semua orang kampung tahu dollah tak suka kucing. entah macam mana, dollah dijodohkan dengan timah. timah ni pulak lain sikit dari dollah. kalau dollah tak suka kucing tapi timah nie suka sangat kucing. semua orang kampung timah tahu timah suka kucing. kat rumah dia memang banyak kucing.

so kerana dah jodoh maka berkahwin laa timah dah dollah. maka timah pun bawa laa seekor kucing yang bernama tomok ke rumah mereka. tomok di belai dan disayangi macam anak kandung timah. dollah, yang cukup terkenal dengan sifat anti kucingnya telah buat perancangan jahat untuk usir tomok dari rumah mereka.

hari pertama masa timah mandi, dollah ambik tomok letak dalam raga moto c70 nya lalu ke kampung sebelah dan buang tomok kat situ. dollah cukup gembira. dengan hati yang girang, sambil bersiul-siul dollah pulang kerumah. hati yang girang bertukar menjadi panas membara bila dia melihat tomok tidur meniarap di atas tilam biliknya.

hari kedua, semasa timah tengah mandi jugak, dollah ambik tomok dan bawa tomok ke dua tiga kampung sebelah dengan harapan tomok tak balik kerumah. dollah cukup yakin yang tomok tak akan balik-balik kerumahnya. tapi dollah hati dollah jadi berangin bila balik je dari rumah dia tengok tomok sedang tidur di atas set tv karaokenya.

hari ketiga, dollah bawak tomok lagi jauh. ada la dalam 5-6 kampung. sampai jee rumah, tomok sedang layan tv sama timah.

masuk hari ke empat, dollah dah bertekad nak buang tomok ke bandar besar. ala-ala bandaraya. semasa timah mandi, dengan berbekalkan rm10, dollah ambik tomok dan bawa dia ke bandar. sampai satu pasar besar, dollah buang tomok dan terus melepak sambil minum kopi dengan rasa gembira.

selang sejam kemudian, dollah call timah..

" hello mah, abang nie..."

" yee bang, ada apa?"

" tomok ada tak kat rumah?"

" ada nie, tengah tidur atas tv, kenapa bang?"

" tanya dia macam mana dia balik rumah, abang sesat kat bandar nie...."

p/s : andy hakim lu memang rock hindustan!

Ahad, 18 Mei 2008

astro ceria bukan untuk kita saje tapi untuk mak bapak juga...


sejak anak aku damia reti tengok TV telah berlaku satu sindrom yang aku namakan tak-suka-suka-tak yang berlaku dalam diri aku. balik jee ke rumah dalam pukul 6 petang confirm wajib sewajib-wajibnya untuk buka astro ceria. aku dah kira master dalam melihat jadual perjalanan program astro ceria. kalau tom tom bak tue aku rasa aku boleh hafal skrip2 yang dia akan tuturkan. kalau cerita ninja boy tu aku boleh cerita kat anak aku apa yang dia buat lepas nie. itu belum lagi cerita pasal skrip din beramboi dalam telematch dan si mat dalam kampung boy. aku rasa macam terer sangat dan kalau ada pertandingan hafal skrip aku yakin kalau aku tak dapat nombor satu aku mungkin dapat nombor dua atau tiga. percaya laa...

anak aku memang fanatik sungguh dengan si aznil dalam tom tom bak dan rancangan anak-anakku. fanatik sehingga boleh menyepahkan ruang tamu dan melakukan aksi mengulingkan diri. tahniah pada aznil kerana aku yakin dalam tempoh 20 tahun atau 30 tahun lagi dia akan kekal sebagai pengacara paling popular. budak budak kecik dah reti sebut nama dia. korang bayangkan kalau aznil dalam tempoh 20 tahun lagi ada cita-cita dalam politik dan aku berani kerat jari dia akan menang punya. percaya laa....

kerana isteri aku mempunyai kaedah psikologi yang lebih hebat dari aku maka secara tak langsung dia berpeluang untuk menonton rancangan kegemarannya iaitu Konsert akademi fantasi dan juga rancangan drama tv yang baru saje habis iaitu Bella. macam mana kaedahnya aku malas nak belajar kerana confirm sejak anak aku damia reti tgk tv aku memang tak ada peluang untuk menonton berita utama, berita jam 10, berita bernama, CNN dan sebarang jenis berita. apatah lagi rancangan gerak khas, siaran langsung bola epl, movie-movie dan segala yang lain. tak ada harapan langsung. so sejak dua menjak nie aku rasa aku merupakan seorang manusia yang kurang mempunyai pengetahuan am yang banyak lebih-lebih lagi dalam bab-bab ramalan cuaca...serius...percaya laa korang...

secara tak langsung TV ada peranan dalam pembentukan nilai-nilai kemanusia. TV sudah menjadi satu faktor penting dalam memanusiakan manusia. sebagai contoh, air sirap merupakan satu alat yang penting dalam membuat helikopter. apa kes air sirap dengan helikopter? kerana tanpa air sirap tukang buat helikopter tidak akan dapat menyiapkan helikopternya. macam tv, tanpa tv mungkin manusia tidak dapat dimanusiakan. sebab tu, sampai hari nie elemen-elemen keTVan bertapak secara tidak langsung dalam diri manusia. percaya ke tidak? cuba korang cheak diri korang...kalau sehari tak sebut pasal TV mesti tak sah. contoh ayat, " kau tgk tak tv semalam...bla..bla...bla..."

hidup ini memang kelakar. kalau tak percaya korang tengok JUST FOR LAUGHS hari-hari di astro ceria...

Sabtu, 3 Mei 2008

rage-against-the-futsal-star


posing untuk sinar harian...



keeper import dari tempoyang...beraksi separuh cemerlang



kehebatan mencari ruang-ruang kosong digeruni lawan...



aksi final



kami dah letih boss...



makan...makan...makan



ucapan perasmian



menang dan kalah....masing-masing dapat hadiah tuala...

Jumaat, 2 Mei 2008

main dalam hujan boleh laa memang...

kepada rafa dan the geng....takpe cuba lagi tahun depan dengan jurulatih dan beberapa pemain yang baru...

buruh-buruh Malaysia...unite and take LOVERS!!

kesatuan sekerja di Malaysia boleh dikatakan bermula selepas perang dunia ke -2 dengan tertubuhnya General Labour Union (GLU) di mana ia melibatkan semua jenis industri. pada tahun 1947 - 1948 gerakan buruh dikatakan ditindas dan diharamkan kerana di pengaruhi dengan anasir-anasir komunis yang sedang rancak bergerak di asia pada ketika itu. pada tahun 1950an, kesatuan kekerja dibenarkan beroperasi semua dengan syarat ia tidak lari daripada tujuan mengurangkan ketegangan buruh dengan pihak kerajaan.

pada tahun 1959, akta kesatuan sekerja (trade unions act) bagi tujuan untuk mengawal aktiviti kesatuan sekerja seperti menghadkan keahlian sesebuah kesatuan sekerja kepada mereka yang telibat dengna perniagaan, pekerjaan dan industri yang sama, kesatuan pekerja umum tidak dibenarkan atas alasan kepentingan pekerja yang berbeza. kesatuan sekerja dihadkan kawasan operasinya kepada sama ada Semenanjung Malaysia sahaja, sabah sahaja atau sarawak sahaja.

pada tahun 1967, akta hubungan industri (industrial relations act) yang bertujuan untuk mengawal hubungan pekerja dan majikan supaya pertelingkahan mereka diselesaikan tanpa ekonomi negara terjejas. menteri sumber manusia diberi kuasa untuk merujuk sebarang krisis kepada mahkamah industri dan mengharamkan tindakan mogok. mahkamah industri diwujudkan untuk menyelesaikan pertelingkahan majikan dengan pekerja dalam kes seperti pemecatan yang tidak adil, interprestasi yang berbeza atas persetujuan kolektif. menurut statistik hanya 10% pekerja di Malaysia menjadi ahli persatuan sekerja, namun kesatuan sekerja tetap penting dan relevan kerana persetujuan kolektif yang dicapai melalui rundingannya meliputi semua pekerja dan bukan hanya ahlinya.

terdapat 2 faktor utama mengapa perlu menjadi ahli kesatuan sekerja. pertama kerana faktor ekonomi. kesatuan sekerja mampu menjadi suara menuntut majikan untuk melihat dan membaiki terma perkhidmatan seperti memperjuangkan gaji minima. menjaga hak pekerja seperti pengelakan diskiminasi antara kaum, jantina atau agama dan yang paling penting ialah memastikan pekerja-pekerja di jamin pekerjaan.

kedua ialah faktor sosial, dalam akta hubungan industri (seksyen 5), majikan tidak boleh menghalang seseorang pekerja untuk menyertai mana-mana kesatuan sekerja, kedua majikan tidak boleh enggang mengambil seseorang pekerja semata-mata kerana dia ahli atau pegawai kesatuan sekerja, ke-3, majikan jugak tidak boleh mengamalkan diskiminasi terhadap seeorang pekerja kerana dia ahli atau pegawai kesatuan sekerja. ke-4 majikan tidak boleh mengancam atau membuang seseorang pekerja yang bercadang untuk menyertai kesatuan sekerja atau kegiatannya. dalam hal ini juga para pekerja juga tidak boleh dipaksa untuk menyertai kesatuan sekerja. Malaysia juga merupakan sebuat negara yang mengharamkan amalan 'kedai tertutup' (closed shop) yakni persetujuan majikan dengan kesatuan sekerja untuk mengambil bekerja hanya dati ahli kesatuan sekerja tersebut.

Pendaftar kesatuan sekerja telah diwujudkan pada tahun 1946 dan telah diberi kuasa meluas untuk tidak meluluskan atau membatalkan pendaftaran kesatuan sekerja yang terlibat dalam tujuan haram, atau yang melanggar Akta Kesatuan Sekerja atau yang perniagaan, pekerjaan dan industrinya sudah mempunyai kesatuan sekerja.

dalam sektor swasta kesatuan sekerja bersifat kebangsaaan(national) di mana ia meliputi pekerja dalam perniagaan, perkerjaan dan industri yang sama dan dalaman(in-house) dimana ia meliputi perkerja di bawah majikan yang sama, oleh itu ia mungkin meliputi perniagaan, perkerjaan dan industri yang berlainan. umumnya kesatuan sekerja dalaman lebih digemari kerajaan dan majikan tetapi keberkesanannya diragui oleh aktivis kesatuan sekerja kerana hubungan rapat majikan dengan kesatuan sekerja. kelemahan berkait dengan keanggotaan dan kewangan yang terhad. kebajikan ahli tidak akan terbela sepenuhnya disebabkan tabung yang kecil dan pergantungan pemimpin kepada majikan.

dalam sektor awam pula, keahlian kesatuan sekerja mesti melibatkan pekerja yang sama pekerjaan, jabatan atau kementerian. pekerja bidang sensitif dan keselamatan seperti polis, tentera dan penjara dilarang menyertai kesatuan sekerja.

bagi mengimbangi kuasa kolektif buruh, majikan menubuhkan persatuan yang mewakili suara mereka seperti malayan agricultural producers' association, malayan commercial banks association dan association of insurance employers. pada tahun 1978 kerajaan membentuk Malaysian employers' federation(MEF) yang dianggotai oleh syarikat-syarikat sebagai ahli biasa dan persatuan majikan sebagai ahli bersekutu.

ini adalah sebanyak sedikit sejarah-sejarah ringkas gerakan buruh di malaysia. lain kali ceria padal MTUC sama CUEPACS. itu pun pasal aku terjumpa nota masa belajar dulu. cerita pasal kesatuan sekerja dimasukkan sedikit dalam satu kursus EKONOMI POLITIK MALAYSIA yang aku ambik masa belajar dulu. dalam melihat pembangunan ekonomi politik malaysia terdapat 3 unsur utama yang diambil kira iaitu negara(state) melihat sejauh manakah negara menggunakan 'kuasa'nya. unsur ke dua ialah unsur modal(capital) dimana cuba melihat sejauh mana memainkan 'wang'nya dan ke tiga unsur buruh(labour) dimana cuba mengupas keupayaan 'manusia buruh' dalam memainkan peranan mereka.

maka secara tidak langsung kita akan menjumpai konflik-konflik yang memeningkan apabila ketiga-tiga faktor tadi dibincangkan . sape yang lebih penting? state? capital atau buruh?

aku tak cita-cita lagi nak bercerita state atau kapitalis. sememangnya kalau dilihat semacam rupa ada pakatan antara kerajaan dan kapitalis dalam proses pembangunan negara. kalau lihat sejarah malaysia daripada sebelum merdeka sampai hari ini kita akan melihat bahawa golongan kapital telah bertapak kukuh di tanah melayu sejak dulu lagi. maka secara tidak langsung kita dapati bahawa golongan kapitalis memainkan peranan yang besar di malaysia dalam pembangunan negara sejak dulu sampai hari ini.

lemahnya gerakan sekerja di malaysia ada dibincangkan oleh K. george dan AH Ponnoah dalam aliran Monthly pada tahun 2004. boleh cari sendiri dalam google rasanya. mereka adalah antara pejuang kesatuan yang mengatakan bahawa kesatuan buruh lemah akibat daripada undang-undang yang boleh dikatakan ketat.

pada pandangan aku, kerajaan mungkin terpaksa 'mengetatkan' sikit undang-undang agar pembangunan yang hendak dicapai ini dapat berjalan dalam suasana yang aman dan damai. negara baru nak membangun katakan. belum lagi maju. kena sabar laa sikit. pada pandangan gua kalau tak ada 'siksaan sikit' mungkin piramid kat mesir tak siap-siap sampai hari nie.

tapi setiap penindasan harus ditentang. setiap keburukan harus diperkatakan. yang tidak baik harus dibaikan. sebab itu aku sebenarnya menyokong tindakan mana-mana pihak untuk memperbaiki keadilan atau untuk mengubah sesuatu perkara menjadi yang lebih baik lagi.

bayangkan jika kita bergaji di bawah rm1000 pada hari ini dan stay melepak di Kuala Lumpur atau bandaraya-bandaraya besar dunia. ok, senang bercakap kalau gaji seribu lepak kat KL. jangan laa sibuk bercakap tentang soal KUASA BELI. nak beli apa kalau gaji seribu. rumah lagi. bayar duit motor/kereta lagi. duit anak-anak lagi. duit api. duit air. maka bagi menampung kos maka kita akan buat kerja lebih masa. lebih masa bekerja bermakna kurang masa berkeluarga. masa untuk berkasih sayang digunakan untuk kerja lebih masa. maka secara autonya anak-anak akan kehilangan kasih sayang. maka salah satu masalah sosial berlaku ialah faktor kekurangan kasih sayang.

siapa yang salah? mereka dan keluarga mereka? atau kerajaan, kapitalis dan gerakan buruh di malaysia?

SELAMAT HARI PEKERJA!