Selasa, 31 Ogos 2010

Kemerdekaan Tempoyang

Kuala Lipis perlu ditabalkan sebagai satu daerah yang penuh dengan sejarah kemerdekaan. kawasan yang paling utama ialah Padang Tembak, Tempoyang.

kawasan Padang Tembak kini dah dikenali dengan PAKR Tempoyang. Perumahan Awam Kos Rendah bukan PKR. sekarang geng Pakr Tempoyang dah ada laman Facebook. ramai pulak tu. anak sape entah tak kenal.

ada ceritanya kisah hantu jepun berkawat tak ada kepala di kawasan bukit nak naik Taman itu menunjukkan bahawa sesungguhnya banyak khazanah kemerdekaan tetanam di sini.

ada sebabnya masyarakat sibuk membicarakan tentang hal wahabi tak wahabi. mat belia dengan akademi fantasianya, mat rock dengan band indienya dan pakwe dan makwe sini sibuk menguruskan status dalam facebook mereka maka kita lupa tentang sejarah diri kita.

bangkitlah anak muda. belajarlah sejarah. kenali tokoh pejuang kemerdekaan kita sama ada kiri dan kanan. perhatikan dunia dulu dan dunia kita hari ni. timbulkan persoalan sama ada tuk nenek kita gagal dalam proses globalisasi 1.0 yang dibawa oleh kuasa-kuasa dunia pada waktu dulu.

adakah kita berjaya dan lulus dalam penjajahan globalisasi 3.0 pada hari ni? adakah kita perlu belajar sejarah dari rancangan jejak rasul atau rancangan "hari ini dalam sejarah?"

merdekakah kita pada hari ini? merdekakah tempoyang? merdekakah lipis?

merdekakah fikiran mereka yang membuang sampah dari dalam kereta?

selamat hari merdeka dan selamat bercuti.

Power to the People!

Isnin, 30 Ogos 2010

Teka Teka Syawal

semalam aku ada satu program. program ini memerlukan aku memakai songkok sama baju melayu siap bersampin.

baju melayu tak ada masaalah.

sampin tak ada masalah.

butang baju melayu masalah sikit sebab ada 3 jee. tapi kira ok

masalahnya songkok. di manakah harus aku cari songkok.

sampai di tempat program aku jumpa satu kedai jual songkok. sukanya takleh digambarkan.

tempat program aku ialah sebuah masjid peringkat daerah. bila sebut peringkat daerah tok iman sembahyang tarawih dia mesti iman thafiz. tak pun orang dari mesir.

sampai-sampai aku lepak luar macam biasa. berbual hal-hal dunia.

tiba-tiba aku main teka teki,

" kalau korang terer songkok aku ni harga berapa? "

" 40 ringgit boss? betul tak? "

" salah.."

" aku rasa 29.90 songkok ni..."

" salah..salah...teka lagi..."

" 15 ringgit ni..aku tengok kat mydin...'

" wrong....wronggg...elizabeth wrong..."

" kain baldu ni...aku rasa lebih 50 ringgit..."

" semua salah....harga dia tujuh ringgit sembilan puluh sen..." jawab aku sambil bersiul-siul diluar masjid yang mulia itu.

Ahad, 29 Ogos 2010

Pose @ Tempoyang

hari jumaat itu hari aku balik tempoyang. tujuan utama balik ialah berbuka pose dengan keluarga. perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lipis melalui Tasik Kenyir-Felda Aring- Gua Musang memakan masa selama 4 jam. syukur kepada tuhan kerana kerajaan Malaysia buat jalan ni.

kalau balik jalan gua musang merapoh ni aku mesti gelak dalam hati bila jumpa Kg Petola. tak tahu nape. cam kelakar laa pulak. tapi cam racist pulak bila ketawakan nama kampung orang. bayangkan apa bila orang namakan kampung Tempoyang dengan tempoyak. tak belajar muzik ke masa kecik?

sampai tempoyang aku kasi rehat badan satu jam. cukup satu jam aku terus pergi bazar ramadan bandar Lipis. tujuan utama tak lain tak bukan ialah rendang Jamil. dalam perjalanan ke bandar aku rasa panas sama Majlis Daerah Lipis. keadaan jalan kiri kanan macam tak terurus, ikan emas bulatan central point macam tak basuh, rumput kiri kanan macam tak kasi terbang, jalan naik zoo lipis macam lepas perang, tempat permainan kanak-kanak sebelah Masjid Lipis tempat parking dia bahaya tak patut. kalau disenaraikan rasanya macam tak pose pulak hari tu.

tapi aku memang rasa panas.

rendang Jamil aku beli 10 ketul. 5 bawak balik makan pose dan 5 lagi bawak kasi balik Terengganu. kena bawak balik sebab rendang jamil dah kira lagenda kat sini.

malam aku pekena tarawih kat surau Al-Hidayah Taman Seri Tempoyang. keluarga sapik buat makan buka pose. sapik memang kuat tangkap pendatang tanpa izin sekarang. Mail rocker tempoyang turut serta. dia dah baju sekarang apabila berjaya menempatkan diri disaf pertama bila solat Isyak sama Tarawih. Ramadan tahun depan aku rasa Mail masuk tabligh.

anak ustaz maiyudin pun ada. faker aku lupa nama dia. sama ada norman, lokman atau rosman. dia baru balik dari mesir. cuti 3 bulan katanya. jelas menunjukkan mukanya macam ustaz maiyudin. walaupun baru balik dari mesir kitaorang melepak luar surau walaupun orang dah start sembahyang. dia cerita orang Mesir mencarut tak habis bila kalah dengan Algeria masa kelayakan piala dunia itu hari. walaupun belajar hal agama, semangat bola dia tetap tinggi.

habis tarawih mat gunx datang. sapik balik awal. mengikut laporan bininya yang mengandung pitam masa rakaat ke 3 solat tarawih. adik aku syikin tukang sambut dia sebelum dia jatuh. mat gunx, mail sama aku melepak sambil bincang hal kerajaan. perkara macam ni memang tak leh tinggal.

hal borak yang jarang dengar yang melanda hidup mail sekarang ialah kurangnya bekalan api kat rumah dia. gunx cerita hal palestin dan aku puji lakonan mail sama kumprinx dan melihat seni lakonan memang ada pada diaorang tapi tak ada pada pp sama amar.

balik tarawih tiba-tiba mata aku rasa mengantuk sangat. ini mesti letih bawa kereta punya pasal. jeman ada call katanya mail ajak melepak minum air. disebabkan mengantuk dan tak ada sape boleh ajak teman keluar, aku ambik keputusan tidur.

hal cerita pergi pasar pagi sabtu malan nak story. panjang giler. nantilah sambung.

ps: amar sekarang sombong. orang call tak angkat. dia dah ikut pp dah nampaknya. kalau kereta satria dia rosak...haaaa lu tengoklah nanti.

Khamis, 26 Ogos 2010

Angin Rindu Tempoyang

perlahan-perlahan bunyi enjin bas Cik Mie hilang dari telinga. angin subuh dari ladang getah belakang flat bertiup lembut. kicau burung berbunyi perlahan tapi mempersonakan. sekali sekala terdengar jeritan budak menangis di atas rumah.

" sham, bangun subuh.." gerak mak dari dapur

aku bangun malas menuju ke ampaian kain. aku perhatikan pohon-pohon getah sambil berharap agar keluar seekor dua harimau dari hutan bukit itu.

" Tempoyang ini macam Visoko jugak ye " getus hariku.

aku pandang bukit getah itu. aku pandang langit. masih lagi hitam. aku lihat burung-burung bermain riang.

aku juga lihat anak-anak bermuka masam. mungkin tanda protes kepada kerajaan. protes juga pada alam. sepatutnya sekolah start pukul sembilan bukan tujuh atau lapan.

" macam mana? nak sambung belajar kat UPM ke nak sambung tingkatan 6 kat SMK Mahmud Raub? "

aku bilang pada abah dalam hati,

" aku tak mahu belajar. nak kerja kontrak. jadi punk lepas tu merayau satu dunia. balik tu aku dapat phd. "

aku bilang pada abah kat mulut,

" takpelah pergi UPM buat diploma tu "

" member-member lain semua dapat buat matrikulasi kan? "

aku bilang pada abah dalam hati,

" matrikulasi tak menjaminkan dapat awek yang pakai kereta honda bah "

aku bilang pada abah kat mulut,

" ye, dia orang semua buat matrik akaun kat UUM"

" kita ini bukan orang senang. orang susah. harta pun bukannya ada. kalau nak belajar, belajarlah sungguh-sungguh. bab-bab duit tu janganlah awak pikir sangat. ini hal kami yang uruskan. tugas awak belajar je..."

aku dengar dari suara hati mak.

aku terus pandang bukit hijau itu. aku pandang Blok B. aku pandang cina-cina dan india-india marhain disitu. aku pandang mereka dengan sayu. semua mereka bukan orang-orang kaya.

ada yang kerja jaga sekolah. ada kerja tukang kebun sekolah. ada kerja jaga pagar keretapi. ada kerja cuci baju. ada kerja tukang sapu. ada bukak runcit kat umah. ada kerja petani. dan yang besar sikit mungkin kerja kerani.

perut melayu, perut india dan perut cina sama bunyinya bila lapar.

aku pandang bukit hijau itu.

aku tak mahu Tempoyang jadi macam Sarajevo. aku tak mahu kita bermusuh sebab aku melayu, Maniam india dan Ah Chong cina. aku tak mahu gaduh sebab aku Islam, Maniam Hindu dan Ah Chong Buddha.

" ini bukan Visoko!!!!!!! Ini Tempoyangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

aku jerit. jerit. terus jerit. jerit terus di subuh yang mulia itu.

Putty


pemuisi. punk rocker. kaki gim. buat audio book dan spoken word. penyajak pun dia. pelakon pun dia. dj radio dan pelawak pun dia. boleh kata dia memang orang 'art'.

semalam masa gua layan The Alibi dalam Astro 131, gua gelak jugak tengok dia berlakon. lawak dan cool.

gua pikir tahun depan persekutuan kena hantar wakil untuk program Lawaking.

Rabu, 25 Ogos 2010

Solat

Ibnu Majad dan al-Baihaqi, dari Abi Darda ra, dia berkata " Telah berwasiat padaku kekasihku SAW :

" Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu, meski kau dipotong atau dibakar. Jangan kau sengaja tinggalkan solat wajib, siapa sengaja meninggalkannya, kau lepas dari menanggungnya dan jika kau minum arak, sungguh ia kunci tiap kejahatan "

Ibnu Abi Syaibah dan Bukhari dalam tarikhnya merawikan Hadis Mauquf pada Ali ra, dia berkata,

" Siapa tidak solat, dia kafir "

Kitab Mukashafah Al Qulub, Iman Al-Ghazali

------------------------------------------------------------------------------------------

hari tu gua ada borak sama member gua. hal-hal borak kitaorang dalam kereta lebih menjurus kepada hal-hal dan perkara agama dan hal ehwal syurga dan neraka. gua berkata pada dia kalau tak dapat syurga kelas A takpelah, syurga kelas bawah pun dah ok.

berbincang tentang ini menyebabkan gua timbul rasa menyesal bila memikirkan tentang hidup gua. salah satu amalan yang menjadi kunci untuk masuk syurga mengikut ulama-ulama dan kitab-kitab adalah amalan solat.

solat adalah tiang agama. kalau tak solat seperti meruntuhkan agama. sabahat gua berkata bahawa kalau kita tak solat masa muda-muda dan kalau dah datang insaf wajib untuk kita mengadar solat-solat yang kita tinggalkan. ini kerana kita sebenarnya berhutang dengan Allah.

gua cuba menghitung hutang solat ni. peh, banyaknya tak patut. ini menunjukkan aktiviti masa muda gua seperti menperjuangkan hak asasi manusia dan haiwan, menggalakan orang hidup sihat, memperjuangkan keadilan, kebebasan dan kesamaan antara manusia dan paling penting melawan kapitalis adalah sia-sia kerana gua jarang-jarang bersolat dulu-dulu.

hal ini merupakan satu perkara yang menjahanamkan diri sendiri. jahanam dan rugi. siapa yang ada indie band boleh buat tajuk lagu " jahanam dan rugi". gua pikir daripada buat lagu, " tengah hari di kuala lipis" baik buat lagu-lagu yang suruh budak sembahyang ke, ajak pose ke dan keluar pergi gotong royong kubur ke. baru true dan tidak nampak terlalu hedonist.

gua pikir gua dah nak start baca blog "assalamualaikum" lepas ni.

Selasa, 24 Ogos 2010

Tulisan belakang gambar


satu hal yang best tentang gambar-gambar lama yang ada kat umah aku ialah tulisan and info tentang gambar tersebut. aku pikir semua orang buat macam tu dulu-dulu. maklumat atau info yang ada digambar tu merupakan satu hal menimbulkan suasana romantik dan mengharukan.

sebagai contohnya aku pernah jumpa gambar-gambar aku semasa aku kecil dan mak aku menulis dengan ayat yang lebih kurang seperti ini,

" gambar ini di-ambil ketika norhisham berumur satu tahun "

haru betul bila baca masa besar-besar ni.

Isnin, 23 Ogos 2010

USPD

hari tu dalam kesempatan di alam maya ni dipagi bulan ramadan yang mulia.(ramadhan ke ramadan?sedap gak menulis ramadan dari ramadhan) dipagi ramadan yang mulia gua pergi berjumpa dengan seorang yang paling penting dalam daerah gua dan negeri ini.

tujuan gua berjumpa dengan orang besar ni tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membincangkan hal-hal negara. bak kata orang gomen " Urusan Seri Paduka Baginda "

habis bincang hal-hal negara. gua lantas mengeluarkan idea kepada beliau.

" boss, ini gua dapat dari survey gua tentang budak-budak belia "

" apa dia lu sham? "

" gua pikir budak-budak belia Terengganu nak panggung wayang sebijik. boss ejas sama boss besar kasi TGV satu kali kat Kuala Terengganu. gua dah malas menapak pergi Kuantan tengok wayang. lagi satu ada sorang mat rempit Terengganu kata sebab dia merempit sebab tak ada panggung wayang"

" nanti bincang.."

selepas tu gua blah bersiul-siul dan memikirkan tentang jumlah berat yang akan hilang diakhir ramadan.

Ahad, 22 Ogos 2010

Cahaya Ramadan

Semalam aku kena cirit birit. aku syak ini semua kari kambing yang di beli kat bazar Ramadhan Cabang Tiga. nak marah tokey kedai pun tak guna.

lepas pekena ke tandas aku terus pergi timbang berat. 91 kg. berat tak puasa dalam 95 kg.

ini betul-betul cahaya ramadhan.

Khamis, 19 Ogos 2010

hapy beday Delisha Nur Qistina!


20 tahun akan datang. kalau delsiha ada baca blog ni, dia mungkin rasa bangga sebab bapaknya mengucapkan selamat hari jadi disini. selamat ulang tahun kelahiran ke -2 pada 18 Ogos 2010. Merdeka!

Ramadhan Selepas Y2K

" hello, apek ke tu? "

" ye, aku le ni. woiiii xxx, apa kes call aku? sawan sial lama tak jumpa..."

" pek, ko kasi email ko jap. aku nak send bende "

" xvaskularx@hotmail.com. takpun d59208@telnet.upm.edu.my. ko try laaa..."

" yang telnet tu takleh pakai aku rasa pek..."

" apahal weii...ko nak hantar bende..."

" hehe...kad raya pek. kat raya eletronik. siap ada gambar bunga api lagi. bunyi meriam pun ada...hehhe...ko layan pek...sawan siallll..."

hari tu gua layan banyak kali kad raya eletronik. memang sawan giler. ada lebih 20 kali gua review. gua ingat tahun ni nak start balik hantar kat raya pakai email. macam sawan jeee rarenya...

Rabu, 18 Ogos 2010

Malam Ramadhan 1431 H

sekarang dah pukul 2.38 pagi waktu komputer gua. gua masih lagi tak tidur. pagi ini pagi puasa hari yang ke-8 kalau tak silap gua. tadi tarawik gua buat 8. tambah 3 witir dah 11. tambah 4 rakaat isyak semua dah 15 rakaat.

tadi gua layan radio ikim. katanya mengikut kajian satu rakaat boleh kasi hilang 10 kalori. maknanya dah 150 kalori hilang. bayangkan kalau gua buat 21 rakaat. gua boleh mengalahkan formula dr.romzey.

tujuan gua bercerita tentang hal tarawikh tu sebenarnya nak cerita pasal hilang kalori dan bukan nak riak tentang amalam solat tarawikh. meriak dan menunjuk tentang amalan kita merupakan satu hal yang tak sepatut ditunjukkan.

sekarang gua tengah layan football manager 2010. fm2010 ni macam haram jugak. kalau nak main kena pakai cd. gua sekarang jadi mnaager man city. kedudukan no 2 dibelakang chelsea. maknanya man u, liverpool sama arsenal gua berjaya gua sayurkan.

walaupun gua perform tak patut gua merasai hubungan gua sama pak arab city macam tak gam jee. gua pikir pak arab tak suka orang yang tak wahabi macam dia. mungkin dia tak suka dengan orang-orang melayu buat hal-hal bidaah seperti malam nisfu syaban, buat tahlil, sambut maulidur rasul dan sebagainya.

gua betul-betul hidup daam blues sekarang. gua pikir nak ikut jalan al-ghazali. kearah pengayatan kepada tasawuf. dibulan ramadan ni gua cadang untuk rehatkan pemain-pemain beragama Islam gua.

esok pagi gua beli Mesut Ozil sama Arda Turan

Selasa, 17 Ogos 2010

dulu-dulu

tadi masa tarawikh gua datang pikiran tentang merdeka. jadi tak merdeka tahun ni. kalau ikut biasa 16 Ogos dah ramai org kerajaan belajar berkawad. gua pun dulu-dulu terpegaruh ikut join berbaris sempena merdeka.

mungkin sebab puasa nampak sambutan merdeka tak begitu meriah macam dulu-dulu.

tapi gua terpikir jugak tentang hal-hal bendera yang tak banyak gua tengok. biasa merata orang letak atas kereta. mungkin tak ada free ini tahun so tak ada bendera atas kereta dan motor ini tahun.

mungkin sebab kerajaan tak ada bajet nak kasi bendera macam dulu-dulu.

rakyat malaysia tak patrotik gua rasa. kalau patrotik diaorang dah kasi kibar bendera. mungkin diaorang semua dah jadi geng-geng anti flag. gua tak tahu. mungkin jugak rakyat malaysia tengah buat silent protes terhadap isu-isu kenaikan harga barang. mungkin jugak.

mungkin sebab minyak sama gula naik dan tak murah macam dulu-dulu.

gua pikir rakyat malaysia ni jenis manja-manja orangnya. dari orang indie-punk. dari orang seni. dari orang sasterawan negera. dari orang intelektual sampailah kepada orang nak pergi haji.

mungkin sebab dulu tak pernah manja dan dulu-dulu hidup susah tak macam sekarang tak pun dulu kurang kasih sayang.

ps: salah sorang yang manja tu ialah gua. kira mengakulah ni.

Isnin, 16 Ogos 2010

16 Ogos

aku sambung cerita yang aku tulis pada 16 Ogos 2009.

sebelum kerja dengan belia dan sukan aku kerja dekat Penjara Sungai Buloh. Kerja ni best gak pasal kerja dari pulul 8 pagi sampai 4.30 petang. lepas 4.30 boleh turun Sogo, main game kat Kotaraya dan melepak kat Central Market.

tapi kerja ini tak sesuai dengan jiwa aku. salah satu tugas aku ialah jaga kebajikan banduan-banduan dalam penjara situ. sebagai contoh buat spek mata,buat gigi palsu, selesaikan hal nikah kahwin dan sebagainya.

ada satu tugas yang paling hot masa tu ialah banduan yang nak kena hukum mati jumpa aku nak perempuan kasi main sebelum dia kena gantung. bab ni gua berdebar. mana nak cari?

tiba-tiba kat 2 bulan kerja aku rasa tak sesuai duduk sini. masa tu line tmtouch macam gampang. walaupun duduk Sungai Buloh aku rasa macam duduk Benta. line susah nak dapat. masa tu aku pakai telefon cap Sagem. sekarang ni susah betul nak cari telefon cam Sagem. kalau nak melepak rindu sama jenama Sagem aku pergi lepak kat pejabat Pendaftaran Negara. alat dia tangkap gambar cap sagem.

tiba-tiba satu hari jumaat aku rasa nak balik lipis. dah lama tak pekena main bola. hubungan dengan bola masa tu memang rapat. aku masa tu antara start futsal tempoyang dan still lagi pegang cikgu sandaran terbaik di SMK Orang Kaya Haji.

satu malam tengah aku melepak tengok tv tiba-tiba aku ternampak satu surat dari kerajaan. tanpa membuang masa aku tengok surat tu.

WTF! surat tawaran kerja belia dan sukan. aku jadi panas. setelah soal siasat diaorang rupanya taknak kasi tahu aku pasal tawaran ni. kiranya macam sorok surat laa. selepas berunding. aku bersetuju telefon kerajaan belia dan sukan untuk terima tawaran ni.

hari Isnin aku turun opis belia dan sukan kat Bank Negara. dia tawarkan aku kerja kat Chukai. WTF aku berkata dalam hati. kat mananya Chukai tu. aku kasi yahoo.com nak cari kat mana Chukai. masa tu google tak ada lagi. bangbros pun tak ada lagi aku rasa.

Chukai, Kemaman. tepi pantai. dekat dengan Kuantan. Menteri Besar Haji Hadi. Keropok Lekor. Sate and Otok-Otok dan yang paling penting ialah pantai. itu maklumat yang aku dapat serba sedikit. aku rasa pengetahuan ni dah cukup untuk dibawa berbekal semasa ke Terengganu.

Malam 15 Ogos 2001 dari puduraya aku blah tinggalkan ibukota dan mat bangla KL sambil pikir kat mana aku nak tidur dan pasal apa aku tak bawak tilam, bantal sama motor.

bersambung.

Ahad, 15 Ogos 2010

Ramadhan 1996

Ramadhan 1996
Kelas 5 cempaka, MRSM PDRM


Suasana kelas tengah hot walaupun kipas berpusing laju dan tingkap dibuka luas. suasana bertambah panas bila subjek matematik tambahan tengah di ajar oleh cikgu Azian. satu patah nombor pun aku tak faham.

Aku yang kena duduk depan bila subjek matematik tambahan ini diajar bagaikan cacing kepanasan. sekali sekala pandang buku, sekali sekala pandang papan hitam dan sekali sekala pandang luar.

Aku memandang luar. sekali sekala terdengar suara orang-orang tengah buat kerja buat rumah diluar sekolah. sambil memandang awan, masjid, dewan selera aku juga sedang berpikir sama ada orang kontrak ni berpuasa ke tidak.

" Hisham, awak nak belajar ke nak tengok luar? " cikgu Azian membebel pada aku.

" Saya nak kahwin dengan adik cikgu boleh? " aku cakap dalam hati

Sebagai pelajar yang ditarget lulus dalam matematik tambahan, aku buat-buat pandang buku. selepas jemu pandang buku aku pandang luar balik.

aku perhatikan alam. aku melihat burung-burung terbang keriangan, anai-anai berlari riang dan juga sekali sekala terbayangkan maggi mee. aku terus berkhayal dalam pelukan dosa.

jam dah hampir pulul 1 petang. aku terus memandang luar sambil memikirkan juadah
tengahari. kalau semalam makan maggi dalam baldi. petang ni kalau pekena roti bakar bersalut telur best jugak. tapi memandangkan cara roti dibakar itu menggunakan sterikar maka aku ambik keputusan untuk makan maggi goreng.

Tanpa buang masa aku terus angkat kerusi duduk kat tepi tingkap agar dapat mencari idea bagaimana untuk membuat maggi goreng.

Cikgu Azian memandang aku dengan satu wajah seperti orang hendak menangis.

Tiba-tiba Cikgu Azian terus keluar daripada kelas. merajuk macam kena tinggal suami.

Lepas tu semua budak macam marah sama aku. lepas tu ada budak-budak perempuan yang terer sangat matematik tambahan suruh aku pergi mintak maaf sama dia. disebabkan masa tu punk tak patut aku buat bodo je dan hal-hal menyiapkan kerja sekolah dengan menyalin daripada kawan-kawan perempuan diteruskan macam biasa.

Sejak itu hubungan aku sama cikgu Azian macam tak steady jee dan petang tu aku tak jadi makan maggi goreng.

ps : Aku tak pasti sama ada cikgu matematik tambahan atau cikgu prinsip akaun yang merajuk sama aku sebab aku angkat kerusi pergi lepak tepi tingkap. tapi memang merajuklah.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Hari ini dalam Geografi

hari merdeka tak pun hari gaji ni aku rancang balik lipis. dalam pukul 3 pagi tolak bersahur kat Cameron Highlands and subuh berjemaah di Masjid Tanah Rata.

Beli sayur lebih kurang, lepas tu kasi beli baju raya kat Ipoh. dekat-dekat maghrib naik balik buka puasa kat Cameron, pekena teh o panas, kasi tarawikh sampai 8 rakaat lepas tu terus balik lepak sama budak-budak art lipis sambil bincang isu video klip, seni drama, projek kartun radio dan hal belia tani sama adwa.

Khamis, 12 Ogos 2010

Dhia Naila Nur Qistina

leh tahan jugak gen anak gua yang ke tiga ni...

ramadhan di Tempoyang

ada satu bulan puasa di lipis musim hujan. nak menghala ke petang jee hujan turun dengan lebatnya. start je pukul 2 petang hujan turun. kekadang bila hujan tak turun dalam pukul 2 hati rasa gembira sangat. perasaan berbunga-bunga nak pergi bandar. start je motor, tiba-tiba hujan pun turun.

hal ini kekadang menyebabkan perut jadi lapar. bayangkan duduk rumah sambil tengok tv3 dalam keadaan hujan. kekadang mak menjerit dari dapur suruh tutup tv hujan-hujan ni. nanti terbakar tv siapa yang susah.

perasaan nak beli kancil memang tengah membara masa tu. kalau tak dapat kancil kereta proton saga pun jadilah. disamping itu juga perasaan mencari makwe yang pakai kereta jugak tengah naik dan juga makwe yang boleh menghadiahkan g-shock supaya setiap dating datang tepat pada waktunya.

tapi perasaan main championship manager tengah hangat masa tu. padeli sama pp sibuk beli pemain. masa tu kalau tak beli saviola memang tak cool. masa tu padeli sama pp ada komputer kat rumah. takpelah diaorang anak orang kaya.

maka dalam hujan yang lebat dengan semangat ramadhan aku pergi juga ke cc ejoy. masa tu nak main internet mahal gila. cecah rm4 ringgit sejam. walaupun mahal kekadang semangat pondok puteri memang membara jugak sikit-sikit dalam ramadhan ni.

kesimpulannya aku tak terlibat sangat dalam operasi murtabak 3 segi. amar masa tu bebudak sangat dia mungkin takut dirotan oleh emaknya. ata masa tu skema anak bapak, dia mungkin tidak terlibat dalam hal ni. mail masa tu lagi skema, hari-hari jalan dengan mak dia. kalau dia terlibat jugak memang tak lojik.

jika aku, amar, ata sama mail tidak terlibat dalam hal murtabak ini. siapakah yang terlibat? dimanakan keadilan dalam dunia ini? siapakan yang pergi sembahyang jumaat pakai baju melayu dan seluar jean berlipat? siapakah mereka? hanya sejarah yang akan menentukannya.

Rabu, 11 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan



Nabi Muhammad SAW bersabda, " Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian "

Hikayat Nur Tempoyang - 5

Kelompok manusia dibawah Haji Wan ini ada 3 puak sebenarnya. satu puak anak jati Tempoyang. mereka ini memang asal keturunan dan sejenis darah dari Haji Wan juga dan Puak ini merata duduknya di tempoyang.

puak kedua pulak dikatakan berasal dari Patani dan juga Kelantan. kebanyakan mereka ni lari menyelamatkan diri dari Siam. Siapa tak kenal dengan kegilaan tentera Siam. penentang yang ditangkap diheretnya dengan rantai besi sampai ke ibu negeri Siam. Kebanyakan daripada mereka ini rajin-rajin orangnya. suka berniaga dan pandai bercucuk tanam.

puak ketiga yang ada di Tempoyang ni ialah puak yahudi. duduknya di bawah bukit Tempoyang. puak ini dikatakan datang ke tanah melayu apabila tok kepada tok Haji Wan berniaga kapur barus, kemenyan dan juga buah pala di Yaman dan Syam sekitar 600 masihi hingga 650 masihi. Puak ini dikatakan mengikut tok kepada tok Haji Wan ini balik ke Tanah Melayu kerana dikatakan mereka ini tertindas dengan pemerintahan Rom pada masa itu.

dikatakan juga kemungkinan besar jugak tok kepada tok Haji Wan ini membawa balik sendiri agama Islam ke Nusantara . dan mungkin juga tok kepada tok Haji Wan ini pernah berurus niaga dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad samaada di Yaman atau di Syam.

Maka tiada ditulis pula dari Bani manakah datangnya asal usul Yahudi yang menetap di bawah bukit Tempoyang itu. Namun kedatangan mereka ini pada mulanya hanya 3 keluarga dan terus berkembang sehingga 100 keluarga mengikut ceritanya.

Selasa, 10 Ogos 2010

Hikayat Nur Tempoyang - 4

Naga Chini ini sebenarnya boleh merupai sesiapa sahaja kecuali kecuali Nabi Muhammad dan juga Nabi Ibrahim yang tidak boleh mereka rupai.

ada hikayatnya mengatakan bahawa Naga Chini ni 2 ekor jumlahnya yang lari dari China kerana percintaan mereka tidak direstui oleh kedua-dua keluarga mereka. maka larilah mereka melalui Laut China Selatan, Sungai Pahang dan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Jelai dan ambik keputusan untuk menetap di Sungai Tempoyang ini.ada sebabnya mereka berhenti disini kerana kesedapan akan buah Tempoyangnya.

Di hari perjanjian itu si jantannya merupai seorang lelaki yang sangat tampan sekali. ada hikayat mengatakan panau yang terdapat di leher si jantan itu bersinar-sinar bagainya emas. si betina pula sangat jelitanya. lehernya panjang, dahinya licin dan matanya sepet seperti gadis cina yang lain.

Hikayat Nur Tempoyang - 3

Perjanjian damai antara manusia dan bunian terlaksana di bawah pokok Tempoyang. Manusia yang hadir seramai 300 ribu orang manakala bunian yang hadir seramai 900 ribu orang dan hampir-hampir sejuta orang jumlahnya.

maka dibacalah kuat-kuat akan perjanjian tersebut supaya setiap orang dan bunian serta makluk lain mendengarnya.

maka berjanjilah kami untuk taat setia demi Allah yang satu dan Muhammad pesuruh Allah bahawa,

1. Pokok tempoyang ini mesti dijaga dengan baiknya oleh sekalian makhluk.

2. Jika ada buahnya yang akan gugur. burung borak akan mengambilnya dan akan jatuhkannya di kawasan Syed Nur.

3. Pokok, dahan, ranting, akar, buah dan daun jangan di ambil sesuka hati. Kebenaran hanya dari Haji Wan dan juga Syed Nur.

4. Naga Chini boleh mengambil dan bermain buah Tempoyang sesuka hati namun jangan sekali dibawa ke tempat lain.

5. Binatang dan makhluk lain bebas berada dikawasan tersebut asalkan tidak menganggu manusia yang berada di kawasan tersebut.

maka mengikut ceritanya ada 95 lagi syarat damai antara mereka.

berselawatlah mereka semua kepada junjungan besar Nabi Muhammad setelah selesai perjanjian damai antara mereka.

Isnin, 9 Ogos 2010

Hikayat Nur Tempoyang - 2

ada ceritanya tinggi pokok Tempoyang yang tak jadi ditebang dikawasan Syed Nur tingginya mengalahkan Tahan. besar batangnya bersamaan dua ratus pemeluk. ada riwayat pelayaran mengatakan dari tengah Laut China Selatan mereka dah nampak akan bayangnya.

pokok tu satu-satunya yang tinggal. Syed Nur pada mulanya sangat marah dengan Haji Wan yang jadi kepala yang memusnahkan pokok-pokok tempoyang yang lain. kata Syed Nur, Haji Wan dah berlaku kianat. orang yang kianat boleh dimusuhi.

kalau tak kerna perjanjian itu maka berperanglah manusia dan bunian. Haji Wan pada mulanya dah berpakat dengan anak raja dari Jerantut yang dikatakan memiliki panah untuk membunuh makhluk halus. mengikut ceritanya panah itu terjatuh dari ketangan anak raja dari Jerantut tu bila Dewa Sakti Kartini ditolak dari kayangan.

Selain dari anak raja Jerantut tu Haji Wan juga buat perjanjian dengan Raja Kemas, jin Islam dari Penjom. Raja Kemas berhutang budi pada Haji Wan kerana beri pengetahuan kepada bangsa mereka untuk membuat emas.

Pakatan Syed Nur bukan calang-calang jugak. Selain Naga Chini, gajah-gajah Bukit Betong dan gajah-gajah putih Belaan Megat Jalakwangsa pun turut bersetuju bersama Syed Nur. mengikut ceritanya, Megat Jalakwangsa ini berketurunan separuh manusia dan separuh dewa. Raja Jin Merapoh yang belum memeluk Islam terpaksa mengikut Megat Jalakwangsa. Kononnya kawasan merapoh tu diberikan kepada Raja jin tersebut kerana membalas jasa raja jin yang melindungi orang-orang Kelantan yang lari dari Siam.

Peperangan hampir berlaku. namun kedua-dua pihak sedar betapa buruknya perang maka menangislah iblis dan syaitan apabila perang tersebut tidak kesampaian dan diakhiri dengan perjanjian damai.

Hikayat Nur Tempoyang - 1

Bumi Tempoyang tempat lagenda. Naga Tasik Chini ceritanya bermula di Tempoyang. asal keturunannya di sini. Pokok buah Tempoyang yang tumbuh cantik macam buah rambutan jadi makanan harian Naga Chini.

Pokok buah Tempoyang cantik warnanya. Berbulu-bulu macam buah rambutan. Merahnya cantik dan mempersona. Tapi buah Tempoyang tak boleh di makan oleh manusia. Buah tempoyang disumpah oleh Syed Nur, Ketua Bunian Tempoyang. Syed Nur kecewa dengan sikap-sikap manusia yang tidak menepati janji mengikut ceritanya.

Buah Tempoyang yang luruh dari pokoknya melahirkan irama yang indah bagi mahkluk halus dan haiwan yang lain. mengikut cerita manusia tak suka sangat dengan bunyi luruh pokok buah Tempoyang. bunyinya berbeza setiap masa. kena malam jumaat, bunyinya seperti halilintar bagi manusia.

sebab tu manusia marah dengan pokok Buah Tempoyang. Haji Wan Ismail, orang besar Tempoyang ambik keputusan untuk tebang semua pokok Tempoyang yang tak terkira banyaknya itu.

habis dimusnahnya pokok Tempoyang cuma Haji Wan Ismail tak dapat nak musnahkan pokok Tempoyang yang berada di kawasan Syed Nur, Ketua Bunian Tempoyang. maka termaterilah satu perjanjian antara manusia dan bunian dan disaksikan oleh Naga Chini itu.

maka di malam selepas perjanjian itu bermimpilah Syed Nur, Haji Wan Ismail dan Naga Chini bertemu wali Allah. di suruhnya Syed Nur berpindah di Bukit Tujuh tempat peninggalan Raja Jin Bina Sakti dan bina Negara disana. disuruhnya Naga Chini berpindah di Tasik Chini, katanya tempat burung borak Puteri Jin bina Sakti membasuh kepak dan menghilangkan hausnya. Pada Haji Wan Ismail, wali Allah berpesan agar jadi Raja di Tempoyang, bina kekayaan dari hasil buah Tempoyang, terima hijrah Raja Jin Bukit Tujuh yang dikatakan masuk Islam ke Bukit Tempoyang

bersambung

Ahad, 8 Ogos 2010

Bulan Pose - Bumi Google

bulan pose tahun ni macam biasa aku akan lawat dunia pakai google earth. google earth ni kalau diguna pakai dalam belajar geografi bagus jugak. budak-budak akan suka. aku tak tahu sama orang-orang besar dalam Kementerian Pelajaran pikir tentang hal ni.

kekadang aku pikir kerajaan dah boleh ambik alih Astro. aku tak pikir orang-orang muda sekarang tengok RTM. ramai anak muda kutuk RTM masa piala dunia itu hari. aku dengar dengan penuh linangan air mata.

kat astro sekarang dah ada tv pendidikan untuk UPSR. aku pun naik kagum. itu belum cerita lagi pasal siaran langsung budak main ragbi kat astro arena itu hari. aku pikir mesti lepas ni pertandingan akhir bolasepak antara rumah-rumah sukan Sek Men Orang Kaya Haji, Kuala Lipis Astro Arena akan buat siaran langsung.

memilik negarakan sesuatu bende yang boleh mendatangkan maafaat kepada rakyat merupakan satu hal yang baik bagi aku. hal-hal tv kalau kita biarkan sesuatu pihak memonopolikan pasaran seperti astro pada hari ni akan memberi kesan negatif kepada rakyat. penindasan dan paksaan mungkin berlaku dan ini akan membebankan rakyat.

RTM perlu berubah. kalau boleh buat sampai RTM20 bukan setakat siaran RTM1 dan RTM2. lagi banyak siaran lagi bagus.

demi rakyat kita mesti berubah! hapuskan monopoli astro!

power to the people!

Sabtu, 7 Ogos 2010

istilah

budak-budak universiti yang praktikal kat tempat gua dari dulu sampai sekarang panggil gua en.sham. tak tak ada masalah tentang itu sebab itu dah kira protokol.

kawan-kawan adik gua yang kat universiti yang kenal gua panggil gua abang sham. gua tak kisah sangat sebab itu dah kira normal dan tanda hormat.

tapi semalam ada sorang budak universiti panggil gua pakcik bila gua tanya arah satu kedai buku dalam USM.

sejak semalam gua pikir nak beli pencuci muka, pergi spa, kurangkan makan nasik dan beli satu kayu hoki.

Khamis, 5 Ogos 2010

Bernoty dengan KELAH di Santuari Kelah, Hulu Terengganu



dalam sebulan ni dah dua kali gua masuk sini. gua dah rasa macam kerja pejabat hutan. kalau masuk hutan, nafsu nak makan sardin dan megi memang tinggi. macam cerita novel Bumi Cinta. bernafsu tengok orang Russia.

gua sendiri tak tahu nape novel tu gua menyampah nak baca. masuk bab hero belajar kungfu cina tu terus gua tutup novel. cara penulis up hero kekadang buat gua sakit hati. mungkin ramadhan nanti gua start sambung balik.

kepada semua pencinta alam seluruh dunia,

SAVE THE WORLD!!!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

Perjalanan

dari kuala terengganu pergi kuala lipis. dari kuala lipis pergi putrajaya. esok dari putrajaya pergi pulau pinang. lepak sehari pergi putrajaya balik. dari putrajaya balik kuala lipis. dari kuala lipis balik kuala terengganu.

sampai putrajaya sekarang aku tengah pikir macam mana orang imigresen boleh terlepas itu orang afganistan.

Selasa, 3 Ogos 2010

intelektual melayu

generasi intelektual melayu yang dulu belajar ramai-ramai di UM Singapore rasanya dah makin tak ada. ramai rasanya dah jadi arwah dan sedang sakit-sakit sekarang.

golongan intelektual melayu ini kalau dilihat merupakan individu yang memainkan peranan besar dalam arus pembangunan negara. ada yang jadi kanan dan ada yang jadi kiri.

aku dok pikir tentang siapakah geng intelektual melayu baru sekarang? adakah daripada sindiket sol-jadah? adakah syed munawar akan menjadikan sol-jadah sebagai intelektual melayu baru yang radikal dan berfesyenkan sosialist?

adakah geng pyan habib? adakah geng amir muhammad? adakah geng-geng indie? adakah geng-geng nurul izah atau kj? adakah keturunan al-attas yang akan mewarisi keintelektualan generasi sebelum mereka? atau adakah blogger terkenal pp atau ahmad kamal? bukankah blog mereka cukup intelek?

tak isap PAIP tak intelek kata orang intelektual. intelektual melayu baru semua boleh start isap paip aku rasa lepas ni.

Isnin, 2 Ogos 2010

18B Jalan Mawar


" boleh saya tahu di mana rumah no.5 persiaran satu? "

" oh rumah berkembar dua tingkat tu? dibelakangnya masjid di depannya mini market.."

notakaki : gua pikir nak start projek drama radio persekutuan lepas ni.

WCL 964

masa aku jadi mat motor dulu hubungan aku sama jalan raya memang akrab tak patut. tanpa jalan raya siapalah aku dan motor. falsafah dan kehidupan bagi aku bermula dengan motor. bila naik motor aku start berfalsafah dan mencari erti kehidupan ini.

sikap anti kapitalis aku bermula diatas motor. tapi bermula diatas motor itulah maka secara auto kapitalis telah menguasai diri tanpa disedari.

falsafah akan mati tanpa wcl 964. aku pernah ditanya oleh zaiba tentang " apa rasional hardcore punk?" ketika mengambil selekoh tajam di jalan berliku di balai bomba kuala lipis tu. bayangkan dengan lutut hampir mencecah tar persoalan falsafah terus menguasai diri.

itu belum lagi berbicara tentang soal emosi dan air mata. bayangkan persoalan seperti " dah berapa banyak awek naik motor ni pek? " membuatkan hati ini pedih.

" mana pernah ada awek naik motor ni. ini motor straightedge " aku jawab serius.

motor ini menakutkan orang. tanya pp. tanya zeba. tanya stam, tanya amar, tanya amin dan tanya padeli. WCL 964 apabila melalui bonggol-bonggol besar dihadapan sekolah orang kaya haji telah menyebabkan tubuhku ini dipeluk erat oleh mereka. argh, apa stimnya apabila tubuh ini telah diratah oleh jantan-jantan itu. mengerikan dan menyebabkan mimpi buruk di malam hari.

------------------------------------------------------------------------------------------------

" wtf. apa jenis 2t yang digunakan oleh mamat ni? " aku berbisik sambil mencium kesedapan bau minyak 2t motor mereka

" lu kasi perlahan sikit depan bonggol ni. melayang karang gua. karang tak ambik SPM karang " padeli

" rain down...rain down...come on rain down on meeeeeeeeeeeee...." aku satu ketika dulu ketika hujan dalam bulan ramadhan menuju taman permai untuk main bola...

Ahad, 1 Ogos 2010

This Is SEKATI!


" Kamu, dengan kekayaan dan tempat letak mu, tidak akan lepas dari sambaran dia Di situ, Gedung Agung pada fajar menyinsing Melaka yang kaya sungguh ( Opulanta Malaca ) dan ternama ! Mata panah mu yang berlumurkan racun Keris lengkok mu jadi senjata, dengan Pahlawan Melayu yang berahi (Malaios namorandos ) dan Jawa yang berani (Jaus valentes ), Semuanya akan kecundang dengan Portugis... "
Os Lusiadas

ps: aku masih hairan nape semua pemain portugis tak simpan misai masa Piala Dunia itu hari.