Selasa, 6 Oktober 2009

Meter Istiqamah

masjid dah kurang orang, isyak pun tak sampai 2 baris. masa ramadhan itu hari ramai bukan main. kat radio dan tv masa ramadhan itu hari boleh layan cerita-cerita agama ini siang dan malam, tapi sekarang kalau nak layan hal-hal agama dengar radio IKIM dan kalau radio lain boleh dengar hal agama petang-petang dalam pukul 6 petang. tapi ada satu kes aku dengar terengganu FM malam-malam ramadhan still lagi ada lagu-lagu rock. tak kisah laa joni, radio korang.

dalam hal solat aku dapati solat aku dah tak ikut waktu sangat. kalau lepas maghrib ada bola mungkin lepas habis bola baru sembahyang isyak. masa ramadhan itu hari rasanya boleh juga kadar cepat aku tunaikan sembahyang. tapi sekarang macam buat hal sikit.

bab gaji quran pun dah jarang-jarang berlaku. nak habiskan satu muka sehari pun cam susah jee. baca buku dan buat blog tak ada hal pulak.

adakah ada setan baru yang kuat tiupannya atau nafsu sendiri yang kuat dendamnya? aku tengah pikir ni...

aku pikir meter istiqamah aku macam ada rosak sikit. jika anda sedemikian rupa marilah kita sama-sama memulihkannya kembali.


ps: baca ini untuk membaiki meter istiqamah anda.

7 ulasan:

FdausAmad berkata...

puasa enam lu apa cerita?
gua nampak gaya macam nak terbarai...

meor saiful rizal berkata...

teman pon same..
tak jenguk langsung lak tu..balik koje.mandi2.smyg..sembg2.. tdo..

terra berkata...

so very true :)

j or ji berkata...

kene usaha keras lagi!

en_me berkata...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salam bro

mannmusa berkata...

sepatutnya selepas menjalani tarbiyah sepanjang berada di madrasah ramadhan tu...kita makin kuat beribadah, istiqomah kita dalam mendirikan solat, membaca dan menghayati kandungan al-Quran, berwirid dan bertakbir dan bertahmid...membesarkan Allah...entah lah banyak soal-soal dunia yang sampinagn yang diketengah dan diutamakan...bukan pasal urusan syaitan dan nafsu kita yang kuat tetapi soal iman kita yang "tidak berapa kuat" tak nak ngaku jugak LEMAH tu...

cikyuna berkata...

samalaa..time bln puase rajin bgn pg..masok syawal tetibe bgn subuh pon lmbt, mmg x rs seronok mcm ramadhan dlu