Selasa, 29 Jun 2010

pilihanraya - 2 dari 4 (le vote ne change rien la lutte continue)


dulu masa zaman gelap aku sebagai seorang punk hardcore yang panas baran dan emosional bila melihat makwe comel bercouple sama pakwe tak hensem, aku ada menampal gambar diatas dalam bilik revolusi aku. sebelah gambar tu gambar tun mahathir pakai baju biru sambil baca doa.

dulu aku pikir undi dalam pilihanraya tak memberi apa-apa faedah yang berguna kepada rakyat. orang politik tabur janji, lepas tu balik, lepas tu senyap dan lepas tu datang balik sekali sekala. masa pilihanraya untuk dapatkan undi diaorang sanggup masuk ke dapur tengok jamban rumah kita. bila habis pilihanraya nak jumpa kita pun susah.

sebab rakyat ni tak penting maka dalam mana-mana program bersama masyarakat atau bersama pemimpin rakyat akan duduk berpeluh ketiak untuk menunggu pemimpin datang majlis rasmi. dan benda tu tak berubah sampai sekarang.

kesedaran politik dikalangan rakyat pada hari ni merupakan satu keadaan yang baik dan sangat bagus dalam proses pembangunan negara. ini sejajar dengan hasrat dan matlamat wawasan 2020 yang tinggal 10 tahun lagi. namun apa yang penting ialah sejauh mana kesedaran politik dikalangan rakyat malaysia ini menjadikan kita matang dalam berpolitik. aku selalu pikir bila agaknya politik kita nak jadi macam amerika?

agaknya adakah kerana kes ketakmatangan dalam politik hari ini, maka secara auto ramai anak muda yang menjadi golongan pekerja dan golongan menengah ambik keputusan untuk tidak berdaftar sebagai pengundi dan mungkin juga tidak mempedulikan tentang hal-hal politik dengan pelbagai alasan yang rasanya logik jugak untuk didengar dan difahami secara mendalam.

siapakan yang tidak matang sebenarnya? rakyat atau orang politik itu sendiri?

bersambung

ata dan pp

ata gua syak sekarang ni dia tak ada makwe. syak gua makin bertambah bila dia ligat balas sms gua. entah bila mamat ni sokong jerman. dulu kata anti hitler. fak merata sama nazi. lambang swsatika dia takleh tgk. tiba-tiba leh sokong jerman pulak. sinis tul.

pp gua syak dia jatuh miskin. sms tak berbalas. tak pun makwe dia pegang telefon. berkasih macam geng rock melayu. tipikal tak patut. paling panas gambar gua dalam blog dia tak buang-buang lagi. apa dia ingat gua suka glamer, dadah sama, rock n roll, karaoke sama anarchy ke?

macam mana pun jerman memang power. hari ni satu hari gua geleng kepala tanda kagum sama jerman. cerita dari 8 pagi sampai 5 petang. dunia dunia dunia

Isnin, 28 Jun 2010

pilihanraya - 1 dari 3

hari tu mahathir kata sekarang masa sesuai untuk buat pilihanraya. bila orang besar dalam negara cakap macam tu semua orang cemas. aku jadi sedikit cemas. hal ni bukan main-main. letih jadi ketua tempat mengundi pilihanraya 12 hari tu tak habis lagi.

dalam satu sidang akhbar, aku tengok pm najib senyum dia melebar panjang. cakap pun macam suka. tanda-tanda nak pilihanraya macam dah dekat dari senyumannya.

lepas tu timbul cerita JI. universiti dikatakan jadi tempat budak-budak melatih jadi penganas Islam, ini memang cerita gempak. ini cerita lebih panas dari cerita budak rakan muda masuk jadi rela. orang pas jadi panas punggung.

tapi kenapa universiti? kenapa JI tak ambik budak politeknik? kenapa tak budak giat mara? kenapa tak budak-budak yang ambik kemahiran? kenapa tak ambik budak-budak yang sedang melatih jadi nurse sekarang? bersepah kolej swasta buat kursus nurse.

ambik budak universiti buang masa. diaorang pandai cakap je. hal teori memang banyak diaorang tahu bila suruh buat pengucapan awam sama mempegerusi mesyuarat diaorng jadi panik. berani satu hala. paling kuat diaorang salahkan kerajaan. yang takut sama kerajaan salahkan masyarakat. paling kodi banyak buang masa main facebook dan melalak kat wall.

bersambung

sayur ENGLAND sayur

mahathir tak pernah menulis tentang hal-hal sukan dalam bentuk point. sekarang biar gua tulis.

1. dari mula gua dah agak england macam nak kalah. masa dalam peringkat kumpulan lagi gua rasa england tak layak pergi pusingan kedua. england cuma bernasib baik je.

2. tiada lagi tumbukan padu ke udara rooney. keh keh keh...apa entah apa si mamat ni. gua hairan. pergi tumbuk dalam EPL je lah

3. gua pikir mamat pengadil yang tak kasi gol ke-2 england tu mesti kena bunuh. tak pun anak dia kena culik. tapi gua pikir susah gak nak agak bola tu masuk. penjaga garisan tengah berlari masa tu dan dia mungkin tak perasaan bola tu. sama gak dengan pengadil lain. gua pikir start tahun depan kena pakai teknologi gps.

4.gua setuju dengan kata-kata pengacara tv semalam. ini jerman baru. loew jurulatih jerman memang seorang yang berani, cool, keras kepala dan seorang yang liberal. mamat-mamat yang sedap main semalam jarang gua dengar nama dia di persada EPL. england perlu belajar dari jerman bab-bab ni.

5. gua lepas ni nak kutuk EPL gila-gila.

6. gua gelak beb bila capello masuk heskey. macam bodoh pun ada. apa dia ingat heskey ni maradona ke? tak pun macam gua main bola kat taman permai dulu. 10 minit boleh shoot 4 gol.

7. muellar sama oezil kalau diaorang pergi EPL hancur masa depan diaorang.

8. ada rahmat jugak ballack tak masuk team jerman tahun ni. kalau tak dia mesti susah hati nak balik chelsea nanti.

9. mimik muka capello buat gua rasa nak terajang dia. gua pikir salah satu kekalahan england sebab dia berambut kerinting.

10. apasal gua tengok david beckham macam poyo? apa special sangat mamat tu? menyampah dan rasa nak terajang ada jugak dalam hati gua yang suci ni.

11. berubahlah england berubahlah. belajarlah dari anwar ibrahim. reformasi!

12. adakah mereka hancur kerana EPL?

13. hal maradona memang gua panas. setiap kali gol pergi cium dan peluk semua anak buah. jarang gua jumpa rajagopal pergi cium dan peluk pemain malaysia.

Sabtu, 26 Jun 2010

will you surrender your mind? (dipetik dari neon #5)

seorang pegawai perancang keluarga datang mengajar penduduk-penduduk lipis cara-cara memakai kondom.

selepas itu, seorang lelaki separuh umur bertanya kepada beliau,

" encik, keh dok begitu selesa dengan jari tangan kanan, bolehkah keh pakai kat jari belah kiri? "

-------
satu hari pp, mail sama amin naik bas jelai

mail : lu tengok mamat tiket bas tu...

amin : apahal?

mail : cara dia pandang kita macam kita ni tak bayar tiket bas. gua rasa panas tu...

pp : habis tu macam mana? lu bayar tak tiket bas tadi..

mail : habis tu? habis tu pandang laa dia balik macam kita dah bayar tiket bas ni...

Orang Besar Tempoyang


Ustaz Maiyudin

Jumaat, 25 Jun 2010

menjual peti sejuk kepada orang eskimo

selepas italy kalah gua rasa sedih. hubungan gua dengan italy sebenarnya ngam. nenek sepupu kepada belah moyang tokki ayah de gua merupakan orang italy. gua rasa nak lempang diri sendiri ada sekarang.

nampak gayanya start tahun depan liga malaysia kena bukak untuk pemain import. kalau bukak ramai pemain italy akan datang malaysia. orang italy pun ramai ada kat pulau redang. ada satu minah italy yang aku tahu ada sorang tu selalu datang pulau redang. cakap malaysia macam melayu baru. kelas!

gua juga pikir pemain-pemain bola malaysia boleh start berhijrah pergi new zealand. meriahkan liga sana. dulu masa 4-5 tahun lepas gua tengok malaysia banyak buat perlawanan persahabatan sama new zealand. gua pikir kalau kita kasi up sikit pemain bola kita mungkin kita boleh masuk world cup.

sebenarnya hubungan gua sama new zealand 5 tahun lepas amat kacip. itu pun sebab masa tu bini gua pergi satu interview untuk jadi tenaga pengajar uitm. kalau dapat interview orang mara kata dia nak hantar bini gua pergi new zealand. 2 minggu sebelum bini gua pergi interview gua study habis pasal new zealand. tapi sayang bini gua tak dapat. frust menonggeng gak gua masa tu. gua baru pikir nak jadi geng gunung new zealand.

orang new zealand dah reti main bola. gua pikir nak apply main bola untuk kelab kat sana. gua pikir pemain italy mungkin ramai hijrah kat new zealand. cari ketenangan kata pirlo.

Khamis, 24 Jun 2010

Model Baru Ekonomi dan Geng Jambu Asam Boi

lepas pm lancar model baru ekonomi, kat terengganu ni gua tengok dah lain macam. setiap sekilometer atau 500 meter tepi jalan tumbuh geng-geng jual air jambu asam boi. sebagai rakyat malaysia gua merasa sangat bangga.

ini sudah baik. rakyat malaysia dah sedar betapa bagusnya minum air jambu. jambu merupakan satu makanan yang berkhasiat dan mempunyai vitamin tinggi. air kopi tak bagus. air kopi tak sesuai untuk yang ada ulser. tak bagus jugak pada yang ada gastrik.

mampukah anak muda penjual jus jambu asam boi menerima liberalisasi perdagangan dalam model baru ekonomi negara?

mampukan anak muda penjual jus jambu asam boi menerima hakikat bahawa mereka terpaksa bersaing dalam dunia global?

mampukan anak muda penjual jus jambu asam boi mencium wangi wang hasil liberalisasi perdagangan?

adakah yang menjual jus jambu asam boi terus menjual jus jambu asam boi dan yang kaya terus kaya?

adakah Tatparanadam Ananda Krishnan akan menjadi menteri penerangan selepas prestasi baik astro dalam penyiaran siaran langsung piala dunia berbanding siaran langsung dari RTM?

wah, indahnya kapitalisme!

Bandar jalan sehala pertama di asia.

gua harap sangat england kalah tadi.

Rabu, 23 Jun 2010

Diskiminasi terpimpin

hari ibu itu hari, sekolah tadika Kemas damia cikgu dia ajar buat kad untuk hari ibu.

hari bapak tak glamer kot...

Selasa, 22 Jun 2010

Jeman, Jeri dan Setiawangsa

1000d gua kasi jeman. katanya dia nak jadi jurugambar. gua pikir dia terpengaruh sama cerita adamaya. gua pikir cerita adamaya cerita paling tak logik langsung. bini dah betul-betul curang suami boleh rileks-rileks lagi. penulis skrip macam ni pun ada. gua pikir baik dia buat skrip drama radio.

jeman dulu sekolah agama kat padang tengku. gua pun kagum sama dengan dia. tapi hangat-hangat taik ayam. tak sampai 2 bulan sekolah padang tengku dia blah sekolah setiawangsa. sekolah setiawangsa bukannya best sangat. lawan bola sama sekolah kechau kat hulu pun lboleh kalah. penyerang paling kuat yang setiawangsa ada setakat ni padeli.

ada satu musim gua sama persekutuan jadi penyokong fanatik pasukan bolasepak setiawangsa. itupun sebab padeli main dalam team tu. ada satu musim perlawanan pp sanggup turun dari kuantan tengok padeli main bola. last-last padeli tak main. macam ass. disebabkan masa tu gua jadi cikgu sandaran sekolah orang kaya haji maka cikgu-cikgu situ pandang serong sama gua. masa tu setiwangsa tewas. gua nak jee bakar rumput kat situ tapi dihalang oleh persekutuan yang lain.

sekarang jeri adik bongsu gua sekolah situ. hari tu dia dapat vokasional kat bentong. tapi apa entah sayang tak patut sama setiawangsa maka dia tetap nak sekolah situ. gua suruh dia main bola.

masa gua sekolah setiawangsa sebulan dulu ada satu port isap rokok kat satu jambatan jalan shortcut ke batu 2. masa tu gua isap rokok sama budak tingkatan 4 dan 5. tiba-tiba boleh kantoi. cikgu displin buat siasatan macam polis siasat orang isap dadah. diaorang nak cari lagi sape budak isap rokok lagi kat situ.

cikgu displin dengar cerita budak-budak tempoyang ramai isap rokok kat situ. melalui risikan gua, nama gua dan budak-budak lain naik. gua dah cuak. reputasi mendapat UPSR 3A 1C gua akan tercemar. budak-budak sekolah rendah Penjom, Benta dan Wan Ibrahim akan pandang serong budak Clifford.

gua panik betul masa tu. 2-3 hari jugak gua tak pergi sekolah. gua terkenangkan sorang awek tingkatan satu yang gua tengah gorat ketika tu. dah lah dia anak ustaz dan kemungkinan besar ustaz tak suka memenantukan orang isap rokok. gua tak tahu kenapa macam celaka sungguh pikiran gua masa tu. kalau nama gua naik mungkin gua akan tersingkir daripada kumpulan koir yang baru sekolah tu bentuk.

sebenarnya gua selalu terpikir pasal pelempang abah gua. gua takleh bayangkan. itu yang gua takut sebenarnya. tapi gua heran kenapa jeman dan jeri dia tak ada langsung rasa takut atau respek sama abah gua. mungkin abah gua dah tua atau abah gua dah jadi seorang yang liberal.

tiba-tiba gua dapat surat tawaran belajar satu asrama penuh kat kulim. gua terus setuju tanpa berfikir panjang. lepas gua hantar buku teks kat sekolah gua dah tak pergi kelas. masa tu gua cari peta malaysia. tengok kat mana kulim. gua menyesal tak patut sebab gua tengok kulim sama kuala lipis tu jauh. melalui siasatan gua tak ada bas terus dari kuala lipis ke kulim. gua macam nak meraung.

maka selepas itu bermulalah hubungan gua dengan bas mara, jalan raub-bentong, puduraya, stesyen bas butterworth, komtar penang, nasik kandar, jambatan pulau pinang, kem polis, laksa penang, cendol kat stesyen bas kulim dan walkman sony.

bersambung

ORANG BESAR TEMPOYANG


ini orang paling besar kat tempoyang. hal-hal adat kat tempoyang dia jaga. 2 orang adik aku kahwin dia jadi kepala. dari bertunang sampai kahwin dia pegang. aku panggil dia tok pat je. nama betul tak tahu.

lelaki roket dari budak buat api.



lagu ini ditujukan kepada para lelaki yang makwenya lebih tua daripada dia.

Kuala Lipas

dulu kat taman permai ada beberapa keluarga mat salleh yang duduk. jimmy duduk kat sebelah rumah padeli. tapi taklah sebelah sangat, adalah berselang 3-4 buah rumah. belakang rumah padeli ada dua orang mat salleh duduk.

padeli kata setiap kali dioarang borak-borak belakang rumah mesti dia dengar. kekadang katanya dia boleh mimpi dalam bahasa omputih. sebab tu kekadang aku tengok english padeli terer sangat daripada pp. pp tahu berapa patah perkataan sangat seperti " how are u? " sama " fak u" je.

macam biasa petang sebelum main bola kitaorang akan selalu melepak kat buaian. buaian situ memang berpuaka. orang taman selalu nampak ada perempuan pakai baju putih rambut panjang selalu lepak situ pada malam harinya. kitaorang tak kisah sangat. bab-bab hantu ni memang aku sama persekutuan tak takut sangat.

biasanya bila kitaorang lepak kat buaian tu mesti datang seorang budak kecik anak mat salleh dalam lingkungan 2-3 tahun datang melepak sekali dengan kitaorang. nama dia bende entah. tapi mak bapak dia tak kisah sangat dia lepak dengan kitaorang. mungkin sebab kitaorang nampak baik, hensem dan mempunyai peribadi yang murni. mungkin sebab kitaorang selalu "hai" sama ustaz maiyudin.

budak tu pun kekadang aku tengok macam hilang kasih sayang dengan mak dia. mungkin sebab masa tu mak dia layan adik kecik dia yang aku tengok dalam lingkungan 5-7 bulan.

biasanya hal-hal borak ni memang kitaorang serah kat padeli sama amin. pp, gua dan dd senyap. amar cam pundek sebab nak jaga cool. sebab masa tu dia nak gorat anak pengurus bank yang umah dia sebelah buaian kitaorang.

tiba-tiba padeli tanya kat budak tu,

" where are u now? " padeli tanya pekat dalam lorat orang relong

" kuala lipassssssssssssssss..." cakap budak tu dalam slang english budak umur 2 tahun

kita orang gelak ramai-ramai

padeli tanya lagi...

budak tu jawab sama...

kitaorang gelak ramai-ramai. paling kuat pp.

lepas tu pp tanya lagi.

" where? "

" kuala lipasssssssssssssssssssss" jawab budak tu lagi.

kitaorang gelak ramai-ramai lagi. amar tak gelak buat cool. pp ketawa sampai keluar air mata. padeli ketawa cam celaka. amin naik motor pergi ketawa atas bukit.

amar tanya pulak.

" where kuala lipassssssssssss? "

" kuala lipassssssssssssssssssss..." budak tu jawab lagi

kitaorang ketawa sampai mak budak tu tengok kitaorang. bukan setakat mak budak tu. pengurus bank sebelah pun keluar.

ketawa lagi kuat. setiausaha majlis daerah lipis pun kuar. orang gaji yb fong pun kuar tengok.

lepas tu kitaorang start main bola.

Isnin, 21 Jun 2010

Hardcore balik woi!


krisis bumi merupakan satu band hardcore yang pertama dari kuala lipis, pahang. band ni merupakan satu band yang betul-betul ambik earth crisis sebagai influence dan idola mereka.

dengan muzik chuga-chuga hardcore yang emosional dan kritikalisasi, diharapkan krisis bumi ini mampu bersaing dengan band-band indie jadian yang lain seperti fury, primary, kary, monogary (kebanyakan band lipis ada RY kat belakang) dan sebagainya.

diharapkan band ini maju dengan menyanyikan lagu-lagu yang memberi kritikan berguna kepada sosial, masyarakat dan negara-bangsa bukan kepada padeli, bintang, bulan, sungai lipis dan majlis daerah lipis.

hidup krisis bumi!

Kaki Bukit

tak faham kenapa takleh letak pic dalam flickr gua. gua syak internet bb gua bermasalah. mungkin gambar besar atau mungkin flickr gua memang merajuk dengan gua pasal start 2010 satu ekor gambar pun gua tak upload. pergi jahanam dengan merajuk.

keibubapaan

budak ni nama betul dia aku tak tahu. tapi sejak kecik aku panggil dia amar. aku syak dia lahir dalam tahun 1998 atau 1999. aku tak ingat mana. lepas mak dia habis pantang, mak akulah jadi mak kedua dia. sebab tu sampai hari ni dia panggil mak aku, mak.

masa tu aku menganggur dan sebagai seorang bekas pelajar diploma pembangunan manusia yang jarang pergi kelas dan banyak tertinggal hal hal belajar ni maka aku bertekad untuk study pasal manusia ni balik. nasib baik nota-nota fotostat masih ada dan amar inilah dijadikan ujikaji aku.

seingat aku ada teori sigmund freud yang simple seperti tentang pikiran bawah sedar dan tentang hal hal nafsu syawat. hal-hal nafsu nafsi ni kalau bahasa sains ialah teori psikoseksual kalau tak silap aku.

dalam teori tu kata sigmund freud mengatakan bahawa sumber keseronokan/seksualiti budak-budak yang dari baru lahir sampai 2 tahun ialah mulut. tak caya pergi letak jari kat mulut budak-budak. secara auto dia akan isap jari korang.

menjaga amar merupakan pengalaman paling cool dalam hidup aku. dalam dunia sekarang jarang anak melayu lelaki yang menganggur ambik peluang jaga anak orang. amar merupakan seorang budak pertama yang dijaga oleh aku serta dijadikan eksperimen saintifik dalam mengiyakan beberapa teori-teori tentang manusia yang aku sendiri ingat-ingat lupa.

hingga sekarang anak-anak aku juga telah aku gunakan sebagai uji kaji. cuba bab ujikaji seperti kata bidalan " anak seperti kain putih dan ibubapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi yahudi, nasrani dan muslim " aku tak buat lagi. apa barang nak anak jadi yahudi sama nasrani. punk rocker pun aku tak bagi.

aku pikir yang mendidik anak-anak aku sekarang ialah belalang, hikayah putra shazlan, geng bas sekolah, detektif conan, geng ninja boy, budak sains sid, jam jim/jim jam and sunny? dan tuan haji aznil haji nawawi.

semoga tuan haji aznil dapat mendidik anak-anak aku dengan didikan 'siratulmustaqim'. harap-harap ada program agama dalam astro ceria.

ps: ok. aku follow aznil sekarang ni.

Ahad, 20 Jun 2010

blog cantik

masuk kul 4 petang ni dah berapa juta kali gua ejas blog gua. kononnya nak kasi lawa. ramai gak kawan-kawan gua yang menegur secara jujur betapa tak cantiknya 'suasana' blog gua sebelum ini.

apa diaorang ingat gua majlis daerah ke nak kasi cantik-cantik? banyak kali jugak gua jumpa ayat-ayat yang sakit mata gua tengok dalam blog orang lain seperti.

" cantik tak blog i? " atau

" mintak maaf kalau blog saya tidak secantik mana.."

gua tak marah. freedom of choice kata orang liberal.

dengan sedikit ilmu pendidikan seni yang gua dapat 5 masa SPM dulu. maka gua buat secara auto hal-hal ini. gua pikir bab-bab menghias ni gua kasi komputer buat. macam edit gambar. malas dengan photoshop gua pakai picasa. rileks macam tak ada apa-apa berlaku.

ps: hari ni gua cadang nak start baca novel karipap-karipap cinta. gua call pp pagi tadi tanya pasal novel ni tapi macam biasa awek pegang telefon dia. last-last telefon mail. mail confrim bahawa mamat vovin tulis novel ni.

Sabtu, 19 Jun 2010

ranjau sepanjang jalan berduri dan berliku di lipis


perkara satu

dalam banyak-banyak zaman, zaman menganggurlah merupakan satu zaman yang paling ngeri dalam hidup aku. masa tu duit tak ada. makwe pun takada, orang pandang serong dari mata kiri, budak-budak kecik selalu memainkan perasaan kita, rokok tengah naik harga sikit-sikit, idealisme dah berterabur kemana, sembahyang tak pernah nak cukup, hari terguris bila kawan-kawan datang lambat main bola dan macam-macam lagi.

tapi keadaan macam ni kekadang melahirkan satu perasaan yang 'true' bagi aku. tanpa tanggungjawab mutlak, tanpa paksaan atas satu undang-undang dan tanpa ikatan ukhwah/kemasyarakatan dan perhubungan sosial yang sangat mencengkam jiwa telah melahirkan satu bende yang aku rasa agak true untuk diri aku.

ini persoalan hidup. ada satu bende yang tiada orang lain mampu merampasnya dari kita. adakah itu satu kebebasan? adakah zaman menganggur dulu aku telah meraikan kebebasan kehidupan aku yang sebenar-sebenarnya?

perkara dua

zaman dulu aku ada buat satu zine. namanya neon. aku dah cerita banyak kali. siapa yang nak try baca boleh download kat sini. aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada dhani bilik pasal rajin gila tak patut macam pemain argentina. gua memang respek sama lu bro. aku berdoa agar ko ditemukan jodoh untuk kali ke dua dan ketiga. keh keh keh

perkara tiga

ok. aku malas nak cerita pasal bola. piala dunia tahun ni orang cakap tak meriah mana. aku tengok ok jee. tahun ni rasanya nak sokong belanda tapi orang kata belanda ni jahat sangat masa menjajah dulu-dulu. nak sokong england diaorang pun masa menjajah dulu jahat jugak, suka cakap koner-koner.

kekadang aku nak sokong jerman, tapi apa pulak kata orang israel dalam tagged aku. nak sokong jepun dendam tok nenek aku sama orang jepun ada lagi. blues betul. nak sokong spain lagi giler. jahat jugak masa menjajah dulu. sama jee dengan portugal.

ok. aku buat keputusan yang aku akan sokong pasukan mana yang orang kurang sokong. north korea boleh jalan. dia komunis jahat. ok. aku sokong new zealand. dengar mak mertua cerita orang new zealand yang bawa kereta kat sana baik-baik. tengok orang melintas jalan kereta dia kasi berhenti.

perkara empat

kuala lipis-tempoyang- rama rama besar - pontianak mengamuk - hantu jepun tak ada kepala - kacau budak mengaji - wcl 964 - baju fuck the kapitalisme - seluar rambu ramba- bawa motor laju-laju lepas tu langgar bonggol depan sekolah wan ibrahim - ambik korner secara slow tapi orang belakang cuak - main bola sampai maghrib - pretasi main bola tak pernah menurun-marah sama mahathir - dan tengok tv1 tv2 dan tv3 sampai muntah.

spoke!



ini band embrace. sendiri baca di sini. gua rasa sedih sebab masih ada lagi kutu dalam persekutuan yang tak pernah dengar band ni. gua harap mail, pp, amin leh study band ni. gua sedia jadi vocal. keh keh keh keh...2nd vocallah.

keh keh keh...ada cita-cita nak jadi rock star...keh keh keh

keh keh keh...hardcore sangat la tu...keh keh keh

keh keh keh...buat indie bandlah...keh keh keh

keh keh keh...factory effex nak naik balik? keh keh keh

keh keh keh...takyahlah laa woi...keh keh keh

keh keh keh...nanti gua gelak...keh keh keh

woi..layan embrace jee woi...keh keh keh

nota dari gunung


hal ini memang syok. selepas orang gua musang mendapat syok maka orang-orang lipis perlu merasa syok bersama. ini cerita benar. ini cerita yang benar-benar berlaku dalam hidup orang lipis. ini cerita yang benar-benar berlaku dan menimbulkan rasa syok juga pada orang sungai koyan.

tiba-tiba aku rasa syok sama samy vellu. india mana entah yang buat geng anti samy. mesti india ni kuat dengki. mungkin mamat ni tak dapat projek jalan. mungkin mamat ni terpegaruh dengan cerita-cerita samseng madras.

ramai dah orang cerita kat aku tentang betapa dekatnya kuala lipis sama cameron highlands. dekat dia macam pergi bentong kata orang lipis. tak percaya dengan cerita-cerita dongeng macam ni maka lantas tanpa membuang masa aku mengambil langkah anarchy untuk ke cameron.

tanpa notis mesyuarat aku terus ajak abah, mak, adik-adik aku pergi sana. diorang semua terkejut. apa diaorang ingat PM sama anwar ibrahim jee ke yang boleh kasi kejutan. ini kejutan ala mahathir.

perjalanan ke sana simple. dari tempoyang menghala ke simpang kg brencang tak samapi 15minit. dari kg brencang sampai felda sungai koyan tak sampai 20 minit. dari simpang sungai koyan ke simpang ringlet dekat shell tu adalah dalam sejam. jadi tolak campur bawa kereta secara rileks-rileks semuanya dalam 2 jam. abah aku kata kalau sesiapa kaki pecut mungkin sejam setengah. laju lagi boleh pergi sejam. kesimpulannya jalan dari depan umah aku ke tanah rata adalah dalam 123km.

abah aku kata lagi. pm atau sultan pahang akan rasmi jalan ni tak lama lagi. berita ini betul2 mengembirakan aku. dalam negara malaysia kalau dengar sultan atau pm nak rasmi projek ini akan disiapkan dengan kadar orang berlumba lari. siang dan malam diorang buat kerja.

aku tengok ada satu jalan tu tak siap lagi. sebab tak siap lagi maka adalah dalam 1 kilometer kereta kena lalu tepi sungai. cabaran dia tak lah teruk sangat. tapi kalau musim hujan aku syak memang berdebar jugak lalu jalan tu.

untuk makluman anda juga. ada 10 jambatan yang dibina dalam perjalanan melalui hutan belantara ini. ada satu jambatan tu panjang dia buat aku kejut perut gak. panjang dia tak patut punya panjang. aku pikir mamat jurutera yang buat jalan ni memang terer. dalam hutan belantara yang banyak hantu dan jin serta perumahan bunian dia boleh bikin satu jambatan panjang dalam hutan yang menghubungi dua bukit tinggi.

lain-lain dah ok. cuba ada satu kawasan tanah runtuh diaorang tak kasi setel lagi. mungkin kena tunggu macam stadium runtuh kat terengganu. sampai hari ni tak ada apa-apa diaorang buat.

hari tu pp, mail dan budak-budak lain pergi makan malam kat cameron highlands. aku dengar rasa panas. rasa nak terajang ada. pergi pukul 7 malam. sampai 9 malam lepas tu makan nasik atas sana. dah dapat sedap sejuk terus turun dalam kul 12mlm.

ramai bapak-bapak lipis sekarang planning beli sayur kat cameron. lepas subuh tolak, sampai kat kea farm beli sayur. dalam kul 10 turun balik dan kul 1.00petang dah leh makan nasik sayur cameron.

aku memang panas dengar cerita tu. cuti merdeka aku cadang sama persekutuan nak sambut merdeka atas sana. sape nak join leh kasi nama. semua persekutuan boleh pergi kecuali amar. dia agak kerek sekarang.

ps: kelihatan kereta aku sedang melalui satu jalan bahaya untuk ke cameron highlands. aku ingat sebulan dua lagi jalan ni dah siap. siapa nak merasai cabaran lasak bersama keluarga trylah pergi sekarang.

ps2: serius, amar memang aku taknak ajak melainkan dia mintak maaf sama aku dan persekutuan.

Jumaat, 11 Jun 2010

piala dunia dan art of war

gua pikir semua jurulatih bola baca buku art of war. kalau tengok suratkhabar hal-hal seperti pemainan hambar dan kecederaan pemain diperbesar-besarkan. hari-hari baca hal macam ni.

dalam peperangan salah satu strategi alternatif yang baik untuk mencapai kemenangan menakjubkan ialah dengan menunjukkan kepada musuh bahawa askar-askar mereka dalam bilangan yang sedikit. tengok dari depan askar sikit. tiba-tiba jadi banyak bila datang dari belah kiri dan kanan.

bola pun macam tu jugak. beritahu kepada media dunia bahawa permainan korang hambar. lepas tu kasi tahu pulak pemain utama cedera. biarkan moral pasukan lawan sedikit up dan terlalu yakin. bila dah terlalu yakin maka senang untuk memang lepas-lepas ni.

malaysia boleh tiru tentang hal ini. sepatutnya sebelum lawan china masa piala thomas itu hari kasi tahu satu dunia chong wei kena cirit birit. lin dan mesti main sambil lewa. bila dah lewa maka senang chong wei nak memang sama dia. ini tidak beritahu satu dunia misbun kena h1n1. cerdik tak patut.

orang kata pasukan yang 'bolok' atau kacau bilau selalunya memang piala dunia. pasukan yang main sedap dan steady biasanya tak menang piala dunia macam spain. gua target argentina. tahun ni messi dijulang sebagai wira piala dunia. lepas tu dia isap dadah dan kaki mabuk. jadi gemuk macam maradona.

gua target argentina.

Selasa, 8 Jun 2010

Hulu Berang - Hulu Dungun


aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato Rosol dan Pejabat DUN Ajil kerana menganjurkan satu program rekreasi/riadah yang baik dan cukup berguna kepada aku.

menaiki pacuan 4 roda di atas jalan merupakan satu hal yang biasa seperti menaiki kereta kancil ke pejabat. tapi menaiki pacuan 4 roda diatas jalan yang bukan jalan merupakan satu pengalaman yang cukup cool, berdebor dan 'seronak' kata orang gua musang yang berada di kuala lumpur.

ini 1st time aku join xpdc menaiki 4 x 4. tujuan program ini diadakan sebenarnya untuk meninjau satu laluan projek luar bandar yang dipohon kepada Kementerian Luar bandar dan Wilayah. Jalan dia tak jauh mana. adalah dalam 7km. tapi melalui pengiraan matematik aku perjalanan menaiki pacuan 4 roda adalah dalam 2 jam setengah.

mula-mula aku ingat nak tidur dalam pacuan 4 roda tu. tapi selepas merasai jalan tu aku rasa lain macam. mula-mula pegang kamera. lepas tu jalan makin teruk. daripada pegang kamera aku terus pegang dan peluk seat depan sambil memuji-muji tuhan yang esa. rasa nak muntah pun ada jugak. maklumlah berhayun macam naik bot.

aku ingatkan cabaran 4 x 4 ni kira lepak jee dalam kereta. tapi lepas lama tu aku rasa lain macam pulak. jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti. lepas berhenti aku turun dan lepas tu tengok apa kehalnya dengan laluan ni. peh, laluan dia memang mencabar. sungai dalam dilintasi, bukit tinggi dinaiki dan jalan-jalan berliku di harungi.

menarik dan mencabar. aku ingat main 4 x 4 ni tak kurus. tapi lepas aku review balik aku dapati main 4 x 4 ni bukan sahaja dapat menguruskan badan tapi menyebabkan kita akan mengurut badan selepas tu.

melalui perbualan aku dengan orang-orang 4 x 4 jalan yang kitaorang lalui ini taklah seberat mana. boleh kira dalam kategori ringan-ringan. peh, buat ringan-ringan pun aku dah berdebor tak patut. hal ringan-ringan ni macam budak tingkatan 4 buat projek ringan-ringan dalam kelas. ringan-ringan juga tapi bedebor tak patut.

sejak daripada itu aku bercita-cita nak kayuh basikal melalui jalan ini dan kumpul duit nak beli satu pacuan roda 4 x 4. ford ranger 2nd pun dalam 30k je aku dengar. itu belum kembara sama itu belum jeep jimmy. kalau ada rezeki mungkin dapat yang murah.

tapi kekadang aku pikir hal-hal ini boleh terus merosakan alam sekitar tapi selepas berfikir banyak kali kebanyakan jalan-jalan yang dilalui pacuan 4 roda ini kini telah menjadi jalan-jalan utama bertar yang dilalui ramai orang. sebab itu kat sabah ramai orang pakai pacuan 4 roda sebab banyak lagi jalan disana tidak boleh lagi dinamakan jalan.

satu hal yang paling seronok ialah bila sampai terus pekena maggi sama roti. satu jenis makanan yang paling bahagia untuk dimakan dalam hutan yang damai ini.

Ahad, 6 Jun 2010

selamat hari jadi ammosham!


6 Jun 2010. gua sambut hari jadi gua dalam hutan ini tahun. sebenarnya gua tak sambut pun. tak sampai 10 orang ucap selamat hari jadi dalam sms. dalam facebook memang tak ada pasal gua dah delete itu facebook sempena hari memadam facebook.

terima kasih kepada semua yang mengingati. kepada tak mengingati takpe. gua bukan rockstar dan gua tak kisah tentang itu semua.

cuma tahun depan gua berazam untuk dapat hadiah harijadi kereta 4 x 4. amacam? cam takbur bunyinya pun ada ni.

Khamis, 3 Jun 2010

emosi piala dunia

macam biasa gua antara manusia yang datang awal main bola kat taman permai. semangat macam ni memang kurang ada pada pp, padeli sama dd. kekadang lepak lama-lama dalam buaian sambil perhati budak-budak kecik main bola buat gua jadi emo.

gua jadi emo bila gua sorang-sorang dalam buaian. emo gua jadi panas bila bob dan kawan-kawan datang ganggu gua.

" faker bob pergi main jauh-jauh. aku terajang karang " gua cakap pada bob

" terajanglah kalau berani. aku beritahu ayah aku " jerit bob

gua kenal sangat ayah bob. dia cikgu sekolah. gua syak dia dah pencen sekarang.

gua kekadang sedih jugak sama prestasi main bola budak-budak taman permai. semangat kurang. selalu datang lewat. dd kekadang datang sambil lewa. padeli datang dengan keadaan terhiling-hiling. kekadang gua syak dia mastubasi sebelum main bola. tiru perangai pemain brazil.

pp toksah cerita, datang dengan semangat entah apa-apa. mulut kekadang penuh dengan cengkodok. kekadang ada bekas air liur nipis-nipis. paling panas amin, datang main bola pakai kasut skate dan seluar cawat labuh. lepas tu tendang bola entah sampai mana, perangai macam main ragbi. amar gua malas nak cerita. lembik dan tak bertenaga.

bersambung..

Selasa, 1 Jun 2010

mat komando

siapa yang akan ambik tindakan pada israel? itu yang aku tengah pikir bila dengar cerita mat komando israel serang kapal misi keamanan ke gaza.

adakah obama presiden amerika? adakah perdana menteri baru britain yang kaki basikal? adakah tun mahathir? adakah pemain bola piala dunia?

aku hairan dengan orang malaysia. pasukan malaysia tak masuk piala dunia pun kita semua berdebar. dalam radio hari-hari orang bercakap pasal berdebar tunggu piala dunia. rtm pulak jadi penyiar rasmi piala dunia 2010. lagi giler. sepanjang aku tahu rtm ni bab berita dan siaran langsung piala thomas je best. itu pun sebab ada hasbullah awang. kalau bab siaran langsung bola ni memang tak best.

isu israel memang tak reti nak cakap apa. di laut antarabangsa pun israel boleh serang. ini mesti sebab ada orang belakang cover. ini mesti dah dapat restu amerika. tak pun britain. dunia dah lama anarki sebenarnya.

ps: aku hairan kenapa nak masuk kerja gomen sekarang ada latihan ala-ala tentera. takziah kepada keluarga pegawai tadbir diplomatik yang meninggal dunia semasa latihan ala tentera semalam. setahu aku kerja ptd dalam bilik aircond je. nak kata panjat tangga hari hari tak jugak. tujuan latihan itu untuk apa sebenarnya aku sendiri tak tahu. rileks-rileks dah laa.