Khamis, 2009 Julai 09

jika kau tanya padaku tentang lautan, maka aku bisa panik untuk menjawabnya...terlalu indah kawan...terlalu indah...

dan kita bertemu lagi...

air laut sungguh tenang, ombak menghempas lembut, bulan mengambang penuh, suasana penuh romantik. jika ada malam paling indah, maka malam ini di Redang adalah malam-malam yang indah, angin semilir kekadang hadir penuh kenikmatan, mengingatkan manusia tentang nikmat kejadian.

jika gagal hadir kenikmatan itu maka kepanasan melanda, tapi dalam kepanasan ada suara-suara unggas ciptaan tuhan menutur bahasa alam, itu simfoni malam dan satu lagi nikmat dari tuhan.

ku pandang laut, tenang tanpa bahasa,
ku rasa nikmat bayu, bersuara penuh makna.

malam di Redang,
Pulau Redang,
11.33mlm 9/7/09
Lagu Latar : Cut Hete From The Cure

Pulau Redang, Terengganu

pehh, sekali lagi aku nak ucapkan tahniah kepada kerajan Malaysia dan syarikat komunikasi Malaysia. Aku boleh layan blog, tgk facebook dan YM terus dari Pulau Redang, Terengganu.

Pulau Redang memang lawa beb. Lu orang kena datang. Gambar nanti aku letak sebab kamera aku still lagi rosak dan aku tengah simpan duit untuk beli kamera yang gantung kat leher. Mungkin aku akan bikin satu syarikat tangkap gambar orang kahwin. Mungkin laaa...

Jumaat, 2009 Julai 03

Hal Falastin


Apa kes dengan Palestin sekarang? Macam dah merdeka jee. Jarang-jarang aku dengar cerita palestin dalam berita dan radio sekarang. Kalau nak tahu pun aku baca pun kat palestinkini.info. Dengar cerita operasi tentera Israel jalan macam biasa di sana. Power to the people!

Harap-harap kita tak lupa.

Rabu, 2009 Julai 01

Kenangan Flat Tempoyang

" Aku tengok tebu yang ane tanam kat lereng bukit tu dah berbuah, nampak macam sedap " Otok berkata-kata sambil mulut muncung ke blok B.

" Tanah yang ane tanam tu tanah kerajaan. Mana boleh suka hati tanam pokok. Ini dah salah! " Aku berkata sambil tendang pagar Blok A. Memang perangai budak flat macam tu. Tak puas hati sikit sepak pagar, tak puas hati sikit pagar di tampar. Yang tangan dia kuat sikit tampar peti surat.

Kita orang berjalan menuju pondok telefon. Kat sini ada parking untuk duduk.

" Ini operasi rahsia. Jika sesiapa bocor rahsia ni padah akibatnya. Kalau rumah aku free, memang aku tak ajak main Mario Bros " Rizal gertak sambil tangan macam pegang joystick game.

" Tebu ane ni kita boleh ambik. Tak salah. Lagi pun tanam atas tanah kerajaan, Pakcik Bakar mesti tak halang kita buat bende macam ni. " Zu bersuara. Lagaknya macam Robin Hood.

Semua pandang blok B. Kalau ada rezeki boleh nampak amoi pakai tuala. Biasanya rezeki tak ada petang-petang macam ni.

" Kalau kita nak ambik, kita ambik waktu siang. Kalau ambik waktu malam mencuri namanya. Kalau mencuri takleh masuk surau. " aku kasi cadangan.

Strategi diatur, peralatan dicari, operasi telah diatur, tempat makan dah ready dan semangat memang tinggi giler pasal lepas hisap rokok Dunhill.

di pendekan cerita...

" Woi!!! Mahu curi kaaaaaaaaaaaaaaaaa...." jerit ane.

Kita orang berlari dengan penuh panik sambil bawak tebu. Sebab aku kecik lagi masa tu memang aku last sekali berlari. Dah laa berlari last sekali, tebu ada dalam 2 batang aku kena bawak. Masa berlari memang tak pandang belakang dan masing-masing berlari bersungguh-sungguh macam Carl Lewis.

Masa tu dalam pikiran tempat yang dituju ialah surau sebab kitaorang pikir orang India memang takleh masuk surau.

*****

" Babi semput(nama glamer aku dulu), kalau ambik waktu malam tak kena kejar macam ni..." dia orang maki aku sambil makan tebu.

Sejak hari tu, 2 minggu kita orang tak beli rokok kat blok B.

ps: ane gelaran pada lelaki india yang tua.

Isnin, 2009 Jun 29

Kemanusian

Hari-hari aku melalui sekolah ni untuk ke pejabat. tapi semasa aku nak menulis blog ini aku lupa apa nama sekolah ini. Dalam dunia ada 3 benda yang payah aku nak ingat. Pertama nama jalan, kedua no telefon dan ketiga nama orang yang jarang-jarang aku jumpa. tipikal!

Sekolah ini terletak dalam kawasan Manir, Kuala Terengganu. Apa yang menarik tentang sekolah ini ialah motto besar yang berbunyi " mendidik manusia dengan kemanusian". Jika ada anugerah guru besar cemerlang, maka akan aku hadiahkan anugerah tersebut kepada guru besar yang bersetuju untuk meletakan motto tersebut.

Jika mahu mendidik manusia dengan kemanusian maka amat wajar filem The Punisher : War Zone dijadikan satu bahan pengajaran wajib dalam sistem pendidikan negara. Filem arahan Lexi Alexander ini merupakan satu cerita yang paling panas, penuh darah serta elemen keganasan yang sejati.

Keganasan dan seksual merupakan satu elemen asas dalam kehidupan manusia. Tetapi kerana manusia itu tidak rasional pikirannya maka keganasan dan seksual itu dijadikan satu alat. keganasan halal dan seksual halal serta keganasan yang haram dan seksual yang haram merupakan elemen-elemen yang menganggu pemikiran sedar dan tidak sedar manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Rasanya tidak salah jika elemen keganasan dan seksual itu dilampirkan bersama dalam filem-filem, drama serta novel dan juga cerpen-cerpen di Malaysia. Apa salahnya jika elemen ini dipaparkan dan mengapa perlu penapisan? Adakah filem yang ganas mempengaruhi keganasan perilaku manusia?

Adakah penjahat-penjahat dan pembunuh-pembunuh di Malaysia terpegaruh dengan cerita-cerita seperti Natural Born Killers, Scarface, Interview with Vampire atau Castello (filem malaysia)?

Tayangkan saje aksi ganas dan seksual dalam tv. Selepas tu banyakkan iklan. Setiap 10 minit kita letak iklan agar rakyat tak sedar bahawa filem itu penuh dengan keganasan dan seksualiti. Kaburkan pemikiran mereka dan jika tidak mahu kaburkan pemikiran mereka maka kita biasakan rakyat dengan keganasan dan seksualiti. Lihat sahaja rancangan gusti di kaca tv sekarang. Rakyat dan biasa tengok orang kena pukul dan aksi menghairahkan para diva-diva gusti yang seksi dan besar buahnya.

Jika mahu memanusiakan manusia di Terengganu maka amat wajar untuk dirikan satu panggung wayang disini.

notakaki : Ini semua jika manusia itu rasional pemikirannya.

ps: Aku keliru dengan pengunaan istilah MJ. Michael Jackon ke? MaryJane ke? atau Marijuana? Sila guna nama penuh untuk mengelakan sebarang kekeliruan.

Sabtu, 2009 Jun 27

Pagi Yang Indah

Jika ada pagi yang indah,
maka pagi ini adalah pagi yang indah.

6.45 pagi, 25 Jun 2009
Gurun, Kedah.

Isnin, 2009 Jun 22

muhammad haji salleh aku pikir dia punkrocker dulu.

aku kaget dan tersenyum bila baca satu sajak dari muhamaad haji salleh yang bertajuk " nasihat untuk penderita sakit angin " begini bunyinya,

jangan makan kacang
jauhi cempedak
jangan mendekati nangka
dan sendawa saudara.
dan jangan makan kipas angin
pendingin hawa.

aku tak tahu sama ada penyakit angin itu gastrik.jika angin itu gastrik dan gastrik itu angin maka amat malang bagi beratus-ratus ribu pelajar dan bakal pelajar universiti malaysia.

jarang jumpa pelajar malaysia bersarapan pagi. yang tiada duit sarapan pagi mereka ialah makan tengahari pada jam 1.00petang. begitu juga dengan makan malam. kadang kala dan selalunya mereka akan berlapar pada pagi hari dan berusaha untuk mengenyangkan diri mereka dengan makan malam yang berat-berat.

jadi tak hairan mengapa para pelajar malaysia selepas tamat belajar ramai daripada mereka menghidap penyakit yang berkaitan dengan perut seperti gastrik, ulser dan sebagainya. korang tahu tak apa nasihat doktor bagi mengidap gastrik/angin?

" mintak encik makan ikut jadual. kalau tak ikut jadual nanti masuk angin."

soalan cepu emas : dalam satu semestar hasil bersih duit biasiswa/pinjaman seorang pelajar ialah sebanyak rm2000/1500 setelah ditolak yuran pengajian. jika satu semestar ada 6 bulan dan satu bulan ada 30 hari cukupkan duit lebihan biasiswa/pinjaman pelajar tersebut untuk menampung kos makan minum ( bajet dalam Rm 10.00 sehari), duit zerox nota, duit pen/pensel, duit prepaid, duit format komputer dan duit untuk beli buku? bagaimana dengan duit baju silat, yuran kelab dan persatuan dan duit minyak motor?

ps: makan berjadual untuk pelajar kaya-kaya.

Selasa, 2009 Jun 16

Pulau Perhentian - Cerita


Aku selalu berfikir tentang laut Pulau Perhentian yang lawa. Sangat lawa. Lawanya mungkin mengalahkan Redang tapi kekadang aku pikir Redang punya laut dan suasana still lagi juara.

Adik aku Dekna yang baru kahwin hari tu menikmati bulan madunya di Pulau Perhentian. Tengok laut sambil memadu asmara. Aku pikir jika mahu memadu asmara baik pergi ke bukit tinggi seperti Cameron Highlands atau Bukit Fraser sambil menghirup udara nyaman bukit hutan belantara dari mencium angin tak berbau dari laut.

Jika anda mahu berpikir dan menenangkan pemikiran anda dan mempersoalkan soalan-soalan kerohanian dalam jiwa anda maka ada baiknya ada melihat wajah laut dan berkata,

" apa kau katakan padaku lautan? "

Ada beberapa hal yang cukup menarik untuk dirakamkan dalam kotak memori yang melahirkan suasana insaf, syahdu dan 'pesona nan grata' dalam lubuk jiwa aku.

Solat jemaah Maghrib dan Isyak di tepi laut Perhentian yang dipimpin oleh Haji Amran Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu dan bacaan zikir munajatnya yang merdu dan penuh makna tentang kebesaran Tuhan merupakan satu hal besar dalam dimensi pengalaman kejiwaan. Hembusan angin laut senja Perhentian bukan sahaja bisa menyamankan badan tapi ia pergi jauh, jauh, jauh dan jauhhhhhh didalam lubuk hati dan sanubari perasaannnnnnnnn...

Pelancong membaca buku merupakan satu kebiasaan. Perkara akan menjadi luar biasa sekiranya para pelancong yang ada di sini melepak sambil menonton tv, bermain PSP, menulis email atau membalas SMS. Benar kata jorji, budaya membaca orang putih ni tinggi sekali. Aku ada tengok masa aku kecik dulu. Masa dulu aku selalu tengok mat salleh bukan Muhammad salleh membaca buku di air terjun di satu tempat di Cameron Highlands. Bukan setakat tu saje. Ada satu kes aku pernah lihat mereka membaca didalam satu bas menuju Gua Musang. Tak kala semua penumpang pening kepala dan muntah-muntah dalam perjalanan ke Gua Musang, Mat salleh ni boleh cool dan steady sambil baca buku. Macam tak ada apa-apa berlaku. Bab tu memang aku puji.

Yang menarik terdapat beberapa kedai buku terpakai disini dan yang lagi ajaib ada satu kedai runcit disini bukan sahaja menjual barang-barang runcit tapi turut juga menjual buku terpakai dengan harga RM12. Sebab cool aku sempat sambar dua buah buku iaitu Slumdog Millionaire dan juga Fast Food Nation (Eric Schlosser) dan yang menjadi lebih cool dua-dua buku tu aku tak sentuh lagi. Setakat belek-belek lepas tu lempar kat dinding dan pelakuan devian itu berterusan sampai hari ni.

Dan satu yang hal yang paling menarik ialah intenet kat situ laju. Sape-sape bawak broadband memang beruntung sebab dari situ korang boleh berlagak secara live dengan kawan-kawan kat pejabat sambil berkata,

" gua ym dari tepi laut ni. lu nak tengok laut? "

Jumaat, 2009 Jun 12

Dari Flat Tempoyang ke Padang Tembak

Blok A Flat Tempoyang nak runtuh kata Pakcik Husin. Semua Runsing. Yang ada darah tinggi dengar cerita darahnya makin tinggi. Yang ada kencing manis dah stop minum teh kat satu kedai kat Tempoyang dan yang banyak duit mula pikir nak pasang pagar keliling rumah.

Aku pasang angan-angan nak dapat dapat satu bilik untuk aku. Bilik aku nanti akan aku namakan bilik revolusi. Revolusi YOT(youth of today). Aku taknak ganggu jiran sebelah kiri, kanan, depan , bawah dan atas dengan mesin taip klasik abah aku. Aku sedar mesin taip tu menganggu.

Revolusi bermula ditempat tidur. Selepas itu di bawa ke kedai kopi dan selepas itu ia dilaksanakan.

Punk Rock bukan satu revolusi. Ia ketidak sengajaan dalam kehidupan. Ia satu bentuk pelepasan atau pelarian. ESCAPTISM? my ass..Ia satu batu lonjatan. Punk Rock telah dilacurkan. Punk Rock adalah seperti kondom yang dibuang selepas digunakan.


Punk Rock adalah pemikiran picisan. Mahathir benar bila dia mengatakan Punk itu satu kobodohan.

Punk Rock satu devian. Satu bentuk kesalahan sosial. Ia budaya dagangan dari ketidak tentuan pikiran mental orang putih.

" Kita semua akan berpindah ke padang tembak. kerajaan ganti rumah kita kat sana. ada 3 bilik. kembar dua. "

" Macam banglo laa yeee.." ada suara kegembiraan

Semua orang suka. Semua orang pasang angan-angan. Semua boleh nampak padang tembak dari Flat Tempoyang. Yang tak nampak Padang Tempat naik sampai tingkat 4.

Ada satu musim. Golongan kebanyakan ini mengadakan lawatan sosial ke Padang Tembak. Hari-hari kami bercerita pasal perpindahan ke Padang Tembak

" Kami dapat rumah baru! Rumah baru! "

Kami semua gembira.

Satu Tahun-yang bercerita makin ramai

Dua Tahun- dah kurang sikit bercerita hal-hal Padang Tembak

Tiga Tahun - jarang dengan cerita

Empat Tahun - Cerita jadi hot balik pasal ada orang kata rumah kat sana tengah buat.

Lima Tahun & Enam tahun - Aku keluar Universiti dan masa tu dah ramai orang pindah slow-slow...

Sebelum pindah aku duduk dalam bilik sempit flat sambil berpikir tentang ketidakadilan dunia. Kapitalis memang bangsat. Sukom 98 berjalan lancar. Entah duit mana digunakan.

Patut la rumah kami lambat siap...

Aku lepak diberanda luar mengadap ladang getah dan bas cik mie.

dan aku menjerit,

" bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...."

...dalam hati pasal takut orang atas, bawah kiri dan kanan maki....

Notakaki: Flat Tempoyang merupakan satu flat untuk warga-warga kelas marhaen. Yang berduit duduk Aparment dan biasanya ada balkoni.

Rabu, 2009 Jun 10

Pulau Perhentian - Gambar 2

"...aku berhenti di perhentian
kerana perhentian bermakna pulau. "
( petikan dari sajak Berhenti di Perhentian karya
Muhammad Haji Salleh)