Khamis, 30 Disember 2010

Hujan dan bola

suasana cuaca di terengganu sekarang tidak begitu menentu. keadaan cuaca bak kata boss aku boleh mengakibatkan pasaran ubi kayu jugak berada didalam keadaan tidak menentu. ditutup secara bercampur-campur.

hujan sekejap ada sekejap tak ada. sekejap panas sekejap hujan. matahari, hujan, awam dan angin seperti memainkan perasaan orang sekarang ni.sama perangai seperti ASTRO.

aku syak dalam tempoh sebelum 2020 malaysia akan dilanda salji. disebabkan salji maka tahun 2022 malaysia akan masuk final Piala Dunia. oh ya, pasal AFF semua orang suka. semalam lepas tahlil kat kg Sekati, tuan rumah pasang bola. canggih tak patut. semua orang bercakap pasal bola. yang tak tahu pasal bola semua buat-buat tahu dan gembira.

hujan dan bola terus memainkan perasaan manusia.

Malaysia-lah



1. pertama, politik malaysia bukan tempat untuk orang-orang intelektual.

2. kedua, kebanyakan tulisan dalam buku ini merupakan satu mini kepada mini mini tesis. kebanyakan penulis gemar untuk merujuk kepada kata-kata orang intelektual yang lain.

3. ketiga, kebanyakan penulisan aku sendiri tak faham apa arah tujuan dia. bab nak marah kerajaan jee aku faham. kekadang macam bergantung dan berakhir tanpa sebab. intelektual merupakan satu hal yang menjadikan manusia ragu-ragu.

4. keempat, ia sangat sesuai dibaca oleh pelajar sains politik. orang kampung dan manusia kebanyakan yang belajar setakat PMR tak sesuai membacanya. intelek sangat dan mungkin diaorang tak kenal pun sama Fukuyama tu.

5. kelima, hal-hal agama ditulis dalam keadaan yang meragukan. kekadang aku pikir mereka ini menyanjung pluralisme dalam agama.

6. keenam, buku malaysia-lah ini tak ada depan mata. kalau ada mungkin ulasan dalam 100.

7. ke 100, buku ini boleh dibaca. sedap tapi tak memberahikan. boleh-lahhhhhh..

notakaki: dalam diri aku, hal intelektual dah mati sejak tahun 2008. takpe-lahhhhh

Rabu, 29 Disember 2010

Kelas 5 Cempaka Beruang

itu hari masa turun KL aku jumpa kawan lama namanya Ajooba. tapi zaman globalisasi ni orang tak panggil Ajooba tapi orang panggil Juba. Juba sekarang ni kerja bisnes. aku pun sebenarnya jumpa dia pun pasal bisnes.

Juba satu kelas dengan aku masa tingkatan 4 dan 5. kitaorang kelas akaun. kat mrsm tu ada dua kelas akaun daripada 6 kelas. yang lain semua nak jadi doktor. nama kelas kitaorang Cempaka. masa tu nama kelas semua nama bunga. boring tak patut. nilai-nilai intelektual memang tak wujud masa tu dikalangan pentadbir sekolah. disebabkan rebel kitaorang namakan kelas kitaorang Cempaka Bear. sampai sekarang aku tengah pikir apa kena beruang dengan perangai rebel kitaorang dan adakah beruang suka pada bunga cempaka?

dalam kelas tu ada seorang pelajar yang nama dia terpaksa dirahsiakan. hari tu masa kitaorang berjumpa mamat ni telah menjadi subjek perbualan kitaorang. kitaorang sebenarnya berasa kagum dengan mamat ni. perubahan perangai mamat ni telah menjadi bahan perbualan setiap orang daripada kami dan juga para cikgu-cikgu yang mengenali kami. itu belum cerita contoh tauladan yang ditunjukkan mamat ni sekarang kepada anak muridnya, lebai dan tok iman kampung dan juga para belia-belia kampung beliau.

masa belajar dulu-dulu subjek yang paling ass dan yang paling aku dan kawan-kawan menyampah sekali ialah subjek matematik tambahan. aku tak tahu kenapa bila masuk je masa mengajar matematik tambahan aku rasa lain macam. rasa loya ada, rasa nak muntah ada, rasa macam kena darah rendah pun ada dan yang paling penting rasa syahwat tu pun boleh tak ada. pelik tapi benar. realitinya aku dan kawan-kawan yang lain termasuk mamat itu merupakan pelajar yang sangat lemah dalam matematik tambahan.

sekarang aku dengar mamat tu dah pergi haji dan menjadi cikgu matematik tambahan dalam di sebuah kolej matrikulasi di Malaysia. aku jadi kagum sambil beristifar banyak kali mengenangkan mamat ni jadi cikgu tambahan.

esoknya aku dengar cerita Ajooba deman 5 hari dan aku yakin sangat ini semua berpunca daripada kehairanan dia kenapa mamat ni boleh ajar matematik tambahan. bak kata juba sambil geleng-geleng kepala.

" macam manalah dia mengajar budak-budak tu add matt?? "

Selasa, 28 Disember 2010

Pertamanya Melaka keduanya Terengganu



kalau bercadang nak melawat dan melancong sekitar Malaysia. Pertama lawatlah Melaka dan keduanya Terengganu.

ps: gambar kenangan paling 'art' semasa menyusur Sungai Melaka.

Sabtu, 25 Disember 2010

Apex Neon

try cari nama diatas kat Fb. kalau ada kasi tambah jadi kawan. mari kita rapatkan siraturahim. jangan putuskan siraturahim. nanti bila gua dah keluar novel nanti tolonglah kasi beli. kasi tambah siraturahim. ye siraturahim.

siraturahim tu ejaan mulut. yang betul tak reti nak eja.

Khamis, 23 Disember 2010

mambang jalan

suka tak suka perubahan akan tetap ada. perubahan itu tak kira sama ada berbentuk fizikal atau luaran atau jasmaniah dan jugak rohaniah atau dalaman. itu satu hal yang normal dan biasa.

perubahan ni berlaku banyak pada bende-benda hidup. dari manusia ke haiwan dan juga ke bumi, planet-planet, angin, udara dan segala mambang-mambang dalam dunia ni.

salah satu contoh mambang yang terjadi masa aku pergi kl itu ialah jalan dari upm ke mines. dulu jalan dia simple tak patut. giler babi punya simple. tapi tiba2 jadi kompleks tak patut. tiba-tiba dah rasa nak sampai balakong. cam celaka.

teori ibnu khaldun sama sigmund freud tentang perubahan manusia daripada homosapian yang simple ke kompleks betul-betul real.

Rabu, 22 Disember 2010

Pemuda Komputer Hujung Kaki



kat umah pp itu hari aku tak sabar betul nak main PES 2011. ada dua sebab mengapa tak sabar. sebab pertama lagu-lagu dalam PES 2011 boleh kata semua sedap dan semuanya aku tak kenal sangat. aku ingat PES 2011 support muzik2 indie antarabangsa.

dan satu sebab yang paling utama ialah aku dah lama tak tengok orang tidur kat hujung kaki dia ada komputer. pp dan shiro betul-betul buat gua teringat memori lama gua masa bujang dulu. memang terbaik!!

notakakihujungkomputer : lagu diatas bertajuk Armistice dari band Phoenix. melompat jugak gua masa layan lagu ni.

nota lagi : masa main pES2011 itu hari kat UYA! gua nyaris-nyaris kalahkah najib. luci bernasib baik itu hari. kalau tak...

Ahad, 19 Disember 2010

Kuala Lumpur

neon neon kuala lumpur ini mengelirukan aku. Aku mahu balik terengganu.

Sabtu, 18 Disember 2010

Masa dan perjalanan

1. aku sekarang berada di putrajaya. setiap kali jumpa putrajaya setiap kali itu juga aku dengar orang puji mahathir. menawan putrajaya dah kira macam menawan baitulmaqdis. sesiapa orang melayu berjaya tawan putrajaya maknanya dia berjaya menawan dunia. tapi masalahnya sekarang tanda jalan kat putrajaya gampang dia bukan sikit. aku cadang kena wujudkan jabatan papan tanda peringkat negara.

2. menulis ini perlukan kesabaran. disamping itu juga membaca juga memerlukan kesabaran yang tinggi. novel bumi cinta yang aku beli 4-5 bulan sedang dalam proses pengakhiran. penulis novel tu memang up giler babi watak hero indonesia dalam cerita tu. dia punya gampang bukan sedikit gampang. semua yang best, terer, alim, intelektual, bijak, cerdik, terer agama, pandai berbicara semua jatuh kat mamat tu. sabar jee ni...

3. semalam aku tengok wayang. dah lama giler tak tengok wayang. dia punya debar pun macam kencang tak patut. layan pulak cerita tron. aku ingat 3d. pasang wayang ni aku teringat bahawa kat terengganu dah ada panggung wayang. tapi jauhnya kat kemaman. hot jugak aku. apa tokey wayang ingat area kemaman tu orang kaya minyak banyak bagus sangat ke? aku masih memberontak agar kat kuala terengganu mesti ada panggung wayang.

4. cuti-cuti malaysia bulan ni aku pergi melaka. aku sebenarnya ingin melahirkan rasa respek aku pada dato ali, ketua menteri melaka. kalau kata melaka negeri maju memang aku setuju. aku sendiri kagum gak macam mana negeri yang tak ada balak, sumber alam tak banyak boleh jadi maju. dato ali memang arkitek terbaik dalam memajukan melaka. aku sebenarnya rasa kagum dengan projek-projek pelancongan yang dia buat. habis semua benda nak jadi muzium kat melaka. menyusur sungai melaka kira terbaik pernah aku naik kat malaysia dan aku berdoa agar ada disneyland kat situ satu hari nanti.

5. aku rasa klcc tak cukup tinggi. kat putrajaya ni tak nampak sangat.

Isnin, 13 Disember 2010

Kuala Lipis Pagi Sabtu

angin pagi bertiup perlahan, penuh kesedapan. awan putih pula merangkak perlahan-perlahan agak langit biru lambat kelihatan. matahari sikit-sikit mengeluarkan cahayanya agar pagi tu kesejukan dan keenakannya dapat dinikmati oleh manusia.

manusia puncak bukit tempoyang telah bangun. ada bangun dengan rasa kenikmatan, ada yang bangun dengan penuh semangat, ada yang bangun dengan rasa keriangan dan ada pula yang bangun dengan suara tangisan.

aku bangun dengan semangat. pagi itu bukan sebarangan pagi. pagi itu pagi sabtu. pagi segala pagi. pagi pesta untuk anak muda turun menikmati keremajaan. pagi semangat segala semangat-semangat yang ada di dunia ini.

pagi sabtu manusia berpesta. pekan sari merupakan satu himpunan manusia yang berpesta meraikan kehidupan sebenar manusia. segala ceruk rantau lipis ini bersatu dipekan sari. orang padang tengku, orang penjom, orang budu estate, orang batu kurap, orang taman rumah siti nurhaliza dan segala jenis orang semua berkumpul disitu.

aku berjalan ego. turun kebukit tanpa menggunakan sebarang brek. hidup secara DIY. dalam tangan duit rm10 digenggam setia. rm10 yang diberikan oleh mak ini umpama rm1000 zaman sekarang. penuh nilai. tambah bas tak sampai seringgit, sampai beli burger seringgit, air tebu seringgit, main game 2 ringgit, beli pop corn untuk adik seringgit dan kalau ada spek mata sedap boleh beli dengan harga rm3 ringgit.

aku menurun bukit dengan penuh angan-angan.

bersambung

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Tahun Baru

dalam proses pembesaran dalam kehidupan yang serba ringkas ini, makhluk yakni manusia itu sebenarnya tak dapat lari dari melakukan kesilapan. silap itu merupakan satu proses pembelajaran yang menguntungkan manusia sebenarnya. lebih-lebih lagi jika silap itu akibat ketidak-ketahuan kita atau disebabkan kebodohan atau kejahilan.

dalam kebodohan dan kejahilan itu marilah kita sama-sama belajar untuk membaiki kehidupan kita ini. apakah, dimanakah dan bagaimanakah seharusnya nilai kehidupan manusia yang sebenarnya?

adakah nilai kehidupan manusia ini terletak pada gajet-gajet ciptaan manusia itu sendir? adakah nilai kehidupan manusia itu terletak pada berjaya atau tidaknya satu idealogi ciptaan manusia itu sendiri? atau nilai manusia itu terletak pada bebasnya manusia itu sendiri?

benarkah agama itu candu yang melalaikan dalam hidup manusia? siapakah karl marx? tidakkah dia bangga dengan darah yahudinya? tidakkah dia bangga bahawa agama yahudi itu merupakan salah satu agama dari langit?

jika silap, salah pikir, buntu pikiran, hilang punca, jatuh gaung, hidup tak aman, pikiran terawangan dan jiwa tak tenang. kenapa tidak kita berpikir tentang Islam atau sudah masanya kita berpikir tentang Nabi Muhammad?

Ahad, 5 Disember 2010

Demo

salah satu aktiviti paling tak menarik masa jadi punk kat Kuala Lumpur dulu ialah bermain snooker. aktiviti ni merupakan salah satu aktiviti sosial yang paling tak best sekali bagi aku. aktiviti no 2 yang paling tak best ialah bermain game. bende jadi tak best bila tak ada duit.

aktiviti bermain snooker biasanya berlaku di Kompleks Pertama. masa tu bas Intrakota kalau dalam KL mesti lalu Kompleks Pertama ni. untuk makluman generasi melayu baru yang berada di Tempoyang, Kompleks Pertama ni letaknya di sebelah Sogo. kalau nampak Sogo dan nampak KFC sebelahnya maka itulah Kompleks Pertama. kalau tak jumpa Kompleks Pertama aku cadangkan lepak je di KLCC. lagi pun apa barang lepak Kompleks Pertama?

maka pada satu hari dalam tahun 1998. aku, Taja(gitaris meetunclehusin), Rijal dan budak-budak punk yang lain menghabiskan banyak masa di Pertama Kompleks. oleh kerana boring main snooker maka aku blah main game bolatampar yang aku rasa ada satu-satunya kat Kompleks Pertama. selepas selesai bermain bolatampar kitaorang pun pergi makan. habis makan kitaorang pun keluar nak melepak di Central Market. jadi punk kalau tak pekena roti canai Hameed restoran macam tak sah hidup hari tu.

dalam keadaan bergurau senda, sepak menyepak dan mengenyit mata dengan awek kitaorang tiba-tiba terperasan yang kitaorang terperangkap dengan geng-geng reformasi yang sedang sibuk berdemo berjalan kearah masjid negara.

keadaan jadi bingai bila ada para penunjuk perasan menjerit perkataan

" reformasi..reformasi...reformasi.."

..betul-betul kat tepi telinga aku.

tiba-tiba aku jadi berdebar. hal ni bukan main-main. bayangkan kalau malam ni muka aku masuk tv3 pasal turut berdemo petang tu, mungkin satu Tempoyang akan melihatnya. ini merupakan satu hal yang tidak baik yang akan mencacatkan usaha aku untuk menjadi pengerusi JKKK Tempoyang pada satu hari nanti. tapi aku pikir tv3 pun tak berani nak datang masa reformasi time-time gini.

lepas penat menjerit reformasi, maka adalah 2-3 kumpulan hamba Allah berselawat keatas nabi.suasana menjadi seperti kumpulan nasyid yang sedang menyambut Maal Hijrah atau Maulul nabi kat kampung. disebabkan dah lama tak selawat ramai-ramai maka aku pun turut berselawat bersama-sama dengan kumpulan reformasi ni.

tiba-tiba datang seorang pakcik separuh umur datang kat kitaorang sambil berkata-kata kat kitaorang,

" teruskan nak, teruskan nak...teruskan perjuangan..teruskan berselawat..."

masa tu aku berselawat punyalah kuat. makin bersemangat. umpama penyokong Kelantan yang mendapat gol.

sambil berselawat aku geleng-geleng kepala sambil beristifar panjang dan melihat diri aku yang berseluar pendek, ada gelang kat kaki dan memakai baju DOOM - LOST THE FIGHT. dalam pikiran aku reformasi tak mengira paras rupa, jantina dan keinginan seksual.

sampai jalan masuk ke central market, kitaorang belok kiri dan terus melepak di hameed restoran sambil gelak-gelak cerita hal tadi. insaf nak sembahyang tak ada sebab kitaorang terus melepak di situ hingga ke malam hari.

Sabtu, 4 Disember 2010

minyak naik

gua tak tipu ni. minyak akan sentiasa naik beb selepas ni. kalau ada duit lebih lu orang pergi beli kereta viva. jimat tak patut. kalau nak jimat lagi lu orang beli basikal. itu lagi jimat dan menyihatkan.

serius gua tak tipu ni. minyak akan naik dan sentiasa naik. nak jadi negara maju menjelang 2020 nanti apa barang pakai minyak subsidi.

Khamis, 2 Disember 2010

loser of the year (LOTY)

loty ni dimulakan pada tahun 1997 gua rasa. masa tu padeli selalu sangat sebut pasal loty ni. gua pun tak faham kenapa padeli boleh serius giler taknak dapat loty ni. loty ni kira satu anugerah yang diberikan secara persetujuan bersama semasa lepak-lepak. bab beri anugerah tak baik kepada orang lain merupakan satu hal yang seronok buat gelak. gua sendiri pernah dapat loty ni.

tahun ni loty 2010 mungkin jatuh pada amar. pada pandangan dari mata dan hati gua yang kasar ni, gua melihat amar merupakan menerima tepat untuk loty tahun ni. dengan gaya baju sendat, seluar jean ketat dan kasut kulit entah style sape dia tiru, ternyata dia layak menerimanya. itu belum kira lagi soal awek yang sebaya gua, komen cam gamp dalam fb gua dan pendirian tak teguh dalam menyokong bolasepak telah mengukuhkan penerimaan anugerah loty bagi tahun 2010.

pp mungkin tahun depan selepas syarikat buku dia bangkrap.

Selasa, 30 November 2010

kenapa perut saya besar?

aku dulu kurus kering. gile kurus. muka cangkung macam orang tak makan dan kepala nampak besar dan jelas kejendolan dahi aku. aku tak kisah orang panggil aku mat jendol. salah satu sebab utama ialah peribahasa selalu menyamakan jendul itu dengan mahathir.

tahun 2001 aku masuk kerja gomen. disebabkan aku kerja dalam hal ehwal orang muda dan hal-hal yang suka-suka maka secara auto kat opis aku ada sebuah gimnasium. orang kata orang "gemuk sangat" dan "orang kurus sangat" menang sesuai untuk masuk gim. orang yang kurus boleh membina otot-otot dan orang yang gemuk boleh memecahkan lemak-lemak dalam badan.

dengan kesedaran yang tinggi dan masuk gim secara percuma maka aku pun start main gim secara slow-slow. aku ingat memang slow2 je aku main. kalau korang nak tahu main gim ni ada seninya.

contoh seninya ialah apabila korang buat perut hari ini, maka esok dan lusa janganlah korang membuat hal berkaitan perut. ini boleh mendatangkan kecederaan pada perut anda. dulu dengan ilmu yang serba sedikit kerana intenet tak laju, maka aku buat senaman perut hari-hari. hal ini diakui oleh bini aku yang pada masa tersebut merupakan pelajar praktikal dibawah aku.

so itu salah satu sebab mengapa perut aku besar sekarang.

Ahad, 28 November 2010

Jambatan Bengkok

aku ingat isu jambatan bengkok ni dah selesai. tapi tak selesai-selesai jugak. puas jugak aku pikir tentang hal ni. hal ni kalau tak selesai baik-baik boleh jadi macam korea utara sama korea selatan.

korea selatan sama korea utara tu sama bingai. aku ingat isu idealogi ni tak habis-habis bincang lagi. dari kecik sampai aku besar isu idealogi ni merupakan satu idea bingai yang selalu dibincangkan secara intelektual. adakah ini anjakan paradigma?

beberapa tahun dulu aku pernah try untuk masuk scene intelektual. maksud aku yang real punya intelektual. daripada persoalan falsafah, idealogi, politik, ekonomi dan sebagainya. last-last aku perhatikan bahawa kekadang intelektual ni merupakan satu barah kepada kepada otak dan manusia yang asyik berpikir ini sebenarnya tiada upaya dalam membuatnya.

aku pikir aku tak berminat dengan intelektual. aku berminat dengan bende yang sangat real sepeti pergi kerja pagi balik kerja petang, petang ada masa pergi gim, ada masa pergi sembahyang jemaah kat surau atau masjid,baca yassin malam jumaat, pergi tahlil rumah orang, baca Alquran jika pandai, orang kahwin pergi tolong, orang sakit pergi lawat, ada masa bawa anak berjalan-jalan dan jika ada duit pergi merantau ketempat orang.

tetapi aku sendiri tak tahu kenapa sampai sekarang aku ada masalah sama kapitalisme.

Rabu, 24 November 2010

Selasa, 23 November 2010

Trankuiliti Tempoyang



Tahun 2011 nanti, Malaysia ini akan digegarkan dengan satu band hardcore yang bisa menyengat para pemuda dan para pemudi. Muziknya pantas, temponya ada nilai-nilai harcore kontemporari dan yang paling penting liriknya bisa mengoncangkan iman para kapitalisme, sama ada kapitalis baru atau lama!

usaha kearah pembentukan Trankuiliti Tempoyang(TT) ini bermula dengan kesedaran bahawa permasalahan sosial yang melanda dunia pada hari ini adalah kerana nilai globalisasi yang di bawa oleh kapitalis yang sedang menyerang keperibadian pemuda-pemudi yang sememangnya mempunyai jatidiri yang lemah.

TT ini bukan sebagai satu wadah atau aliran atau kefahaman yang baru atau bukan satu band motivasi pagi tapi sebagai satu alternatif kepada remaja belia yang sedang mencari satu pegangan hidup yang keras, teras dan cergas!

hardcore terus sampai tua!!!!

Isnin, 22 November 2010

hubungan Padeli dengan Mimpi

konsep mimpi dalam mimpi merupakan satu konsep paling simple yang pernah manusia cipta hasil pengalaman manusia sendiri. aku jumpa konsep mimpi dalam mimpi ni bila aku balik lipis itu hari.

semua ada kaitan dengan mimpi dan perjalanan. mimpi itu apabila kita kuasa dua kan akan menjadi konsep mimpi dalam mimpi.keadaan mimpi yang direalitikan adalah seperti mimpi basah. bagaimana manusia boleh basah dalam mimpi mereka?

hal ini telah berjaya aku jumpa jawapannya apabila aku balik lipis itu hari. bayangkan mimpi pertama kita ialah balik lipis. sampai lipis entah macam mana aku boleh berjalan pergi cameron highlands. dan mimpi kedua itu kita anggap sebagai pergi cameron highlands. tiba-tiba sebab aku tengok gunung brincang tu menarik maka aku pun naik gunung brincang. maka secara tiba-tiba naik gunung brincang itu kita anggap sebagai mimpi ketiga.

maka secara autonya mimpi dalam mimpi tu merupakan konsep perjalanan dalam perjalanan. jika anda masih tak faham ternyatalah masa SPM itu hari anda tak ambik geografi.

notakaki: ulasan seterusnya dalam catatan akan datang. HUBUNGAN PADELI DENGAN HUTAN DAN HAIWAN. DIMANAKAH KESILAPANNYA?

Punca Punca Masalah Sosial

dalam keadaan orang sibuk buat makan kat rumah, adik gua boleh pergi menjala ikan. panas gak gua ni. dah laa rambut warna coklat. mesti orang taman pelik macam mana pengerusi surau taman tempoyang ni anak dia boleh berambut coklat? adakah tok mat liberal orangnya dan penyokong pasukan chelsea yang nampak sayur sekarang?

Ahad, 14 November 2010

Lawatan Sambil Belajar SRK Clifford

Kenangan UPSR tiba-tiba beralun dalam kepala otak aku. anak melayu kalau tak bermemori memang bukan anak melayu. anak melayu yang true ialah anak melayu yang mempunyai banyak memori. memori pulak bukan calang-calang memori. ini memori melayu baru ala DEB.

habis UPSR kitaorang ada beberapa minggu yang banyak dihabiskan dengan bermain-main. disebabkan selalu bermain-main maka secara tak langsung pihak sekolah buat satu lawatan ke Kuantan dan Terengganu. masa tu pergi melawat belah-belah pantai merupakan satu lawatan yang sentiasa membuatkan hati ini berdebar-debar.

sebagai orang kampung yang duduk didalam hutan bukit, bayangan tentang pantai selalu bermain-main di dalam jiwa ini. tahun 1991 bila orang sebut penyu maka secara auto aku telah bayangkan besarnya penyu daripada kura-kura. ada satu kes kawan aku kata ada seekor penyu kat Terengganu besarnya macam bas pakcik mie.

bas pakcik mie merupakan satu bas lagenda dalam kuala lipis. siapa tak naik bas cik mie memang dia kodi giler. membayangkan besar penyu tu lebih kurang sama dengan bas pakcik mie membuatkan aku dan kawan-kawan membuat hipotesis bahawa nelayan-nelayan di terengganu akan jadi kaya raya kalau tangkap penyu. dipendekan cerita melawat Rantau Abang , Terengganu masa tu merupakan satu hal yang menyebabkan jiwa dan perasaan ini menjadi romantik. lebih-lebih lagi masa tu lagu kumpulan Iklim tengah naik.

bersambung ( jam dah 12 malam kalau menulis lagi apa kata mak mertua...)

Tulis dalam telefon

Tulis blog dalam telefon ni memang tak true

Sabtu, 13 November 2010

Haji D.I.Y

apa cerita Palestin? lama tak dengar cerita pasal Palestin. dah bebas ke Palestin? apa cerita Gaza? anak-anak di Gaza tengah main bola ke? anak anak Gaza sibuk dengan facebook ke? atau anak-anak Gaza sedang sibuk makan McD.

apa cerita jemaah haji di Saudi? harap semua sihat dan dilimpahi keampunan Allah. Jemaah haji Malaysia macam mana? sihat kah? apa khabar tabung haji? banyak tak dapat komplen daripada jemaah haji Malaysia? bersabarlah. dengar cerita dari Ustaz Azhar Idrus dari ceramahnya jemaah haji Malaysia ni manja-manja orangnya.

harap-harap semua di sana berdoa untuk kesejahteraan orang-orang palestin, orang selatan thailand, orang-orang moro dan untuk orang-orang Islam seluruh dunia. doa-doa kalian disana, samaada kalian haji tabung haji, haji DIY atau haji VIP sentiasa akan didengari oleh Allah.

Semoga Palestin bebas dan tak jauh lari dari hati kita.

power to the Palestin!

Jumaat, 12 November 2010

tak 5A hilang di dunia

sekali sekala tengok berita ni sedap jugak. aku sebenarnya dah lama tak tengok berita secara serius. sejak waktu maghrib dan isyak masuk awal sekarang ni, hubungan dengan tv berita dah tak berapa gam.

semalam keputusan UPSR keluar. masa aku kecik lagi UPSR ni dah ada. selama 6 tahun belajar di sekolah rendah maka UPSR lah penentu kehidupan budak selepas akhil baligh. masa nak periksa UPSR-lah bermulanya era nak mengorat makwe.

banyak tahun dah aku tengok adegan budak menangis sebab dapat 5A. lepas tu budak menangis masa dapat 8A dan seterusnya budak terus menangis bila dapat 10A1.

dimanakah kita belajar budaya menangis ni? kenapa orang cerdik mesti menangis? kenapa tv1 sama tv3 tunjuk budak-budak menangis. tidakkah orang amerika gelak kat kita nanti bila tengok budak-budak ni menangis?

semalam aku tengah pikir sama ada nak turut menangis atau terus gelak. bukan apa, sekarang ni bersepah budak U berijazah tak dapat kerja. ada radio tv tunjuk diaorang menangis tak?

Khamis, 11 November 2010

Kerja Sebenar Gua

kerja sebenar gua bukan menulis. untuk menulis dan mengajak orang lain berfikir jauh sekali. mengajak orang berfikir merupakan satu hal yang amat payah dalam dunia moden pada hari ini. keterbukaan manusia dah semakin terhakis dengan kewujudkan laman-laman sosial untuk melahirkan ke'ujub'ban manusia.

gua bekerja dengan manusia. gua tak tahu kenapa gua memilih manusia untuk berkerja tetapi bukan dengan mesin. gua ingat kerja dengan mesin seperti enjin kereta dan lampu neon lebih senang dari bekerja dengan manusia. ini kerana mesin tiada konflik jiwa dan tak pandai memainkan perasaan manusia. mesin cuma tahu buat hal dan manusia boleh baiki mesin jika tahu kenapa hal ini berlaku.

manusia? mereka pandai buat hal. tapi amat susah yang amat untuk menyelesaikan hal. orang politik, orang agama, orang ekonomi, orang seni dan orang sastera memang tak boleh menyelesaikan masalah manusia. orang-orang ini semua pandai bercakap saje dan menjadikan hal ini lebih besar.

ramalan masa depan mengatakan bahawa berlakunya perang antara manusia dan mesin adalah kerana manusia itu sendiri dengki sama mesin dalam proses penyelesaian masalah. manusia dapat tahu bahawa mesin dapat menyelesaikan masalah atau hal mereka dengan mudah tetapi tidak bagi manusia. bagi mesin 1 tambah 2 ialah 3 tetapi bagi manusia 1 campur 2 belum lagi dapat 3.

inilah persoalan yang menjadi hal kepada kerja sebenar gua.

Rabu, 10 November 2010

Mimpi dalam Mimpi dalam Mimpi

gua sendiri tak tahu kenapa musim banjir ni gua sibuk sampai masuk opis tak bukak pun internet. adakah ini di namakan kesibukan? adakah gua berada didalam mimpi orang lain?

realitinya gua baru semalam tengok cerita mimpi dalam mimpi tu. bagi gua kepercayaan ni bahaya. kita mimpi dalam mimpi dalam mimpi punya orang. hal ni macam tak logik. gua ingat nak bakar dvd inception ni. selain bakar ini merupakan satu tanda protes kepada ketiadaan panggung wayang di terengganu. gua ingat nak buat demo masa sukan asia ni.

novel gua memang gua tengah buat sekarang ni. sebab nak nampak seni dan memerlukan latarbelakang yang real maka gua sekarang betul2 cuba bermimpi untuk mendapatkan rahsia pada tahun 1993, 1997, 2001 dan 2005. cikgu gua ajar, latarbelakang dalam sesebuah novel tu penting. tanpa latarbelakang maka watak itu akan mati. buat novel macam buat filem. tapi pakai skrin hijau sebagai latar belakang memang tak true.

sekarang apa cerita gua layan fm2011 tanpa rasa peduli tentang waktu untuk bermimpi dan tulis novel.

Ahad, 7 November 2010

Selamat Hari Lahir Damia Nur Qistina

Hari ini Damia dah 5 tahun. tahun ni lain sikit pasal sambut kat Tabika Kemas Kg Sekati Manir. disebabkan dapat cuti free maka hari ni aku pakat join sambut ramai-ramai harijadi damia di sekolah Damia. yeah, this is sekati dan sekati ni semangat dia macam semangat Anfield.





Jumaat, 5 November 2010

Geng Gastrik

gua yakin ramai bebudak U sekarang ada itu gastrik. gua mengaku gua memang ada gastrik. biasanya budak-budak U yang miskin ramai yang kena gastrik. ini kerana masa belajar dulu diaorang ni memang tak ada atau kurang duit nak makan sarapan, makan tengahahri sama makan malam. lepas tu diaorang memang die hardcore berjaga sampai pagi untuk belajar atau main game.

gua berdoa agar PM Najib lekas baik daripada sakit gastrik. gua faham benar dengan orang yang kena gastrik ni. kepada bebudak U yang kena gastrik, anggaplah ini sebagai kesan liberalisasi pendidikan zaman mahathir dulu.

Khamis, 4 November 2010

Novel

semalam gua start berangan. bayangkan 100 ribu daripada 28 juta rakyat malaysia beli novel gua. bayangkan pp bagi gua seringgit dari keuntungan jual novel. gua dah ada 100 ribu. dari 100 ribu tu gua dah boleh bayar penuh duit pinjaman bank yang gua buat masa kahwin dulu. duit pinjaman masa belajar dulu pun gua kasi setel semua.

daripada 100 ribu tu gua pikir gua nak berjalan satu dunia. dari malaysia gua naik basikal sampai thailand lalu china pergi india dan lepak kat himalaya sekejap. dari puncak everest gua boleh kasi update blog gua.

selepas tu gua masuk eropah ikut turkey. dari situ gua travel satu eropah. dah habis eropah gua naik kapal murah pergi belah-belah amerika selatan. dari situ gua boleh sebarkan agama islam. selepas puas masuk hutan amazon gua akan pergi ke amerika pulak. gua dengar cerita 50 buah negeri dalam amerika tu satu pun tak ada sama besar sama malaysia. so bagi gua sape dapat wakil amerika tu dah kira power.

selepas tu gua balik malaysia. 100 ribu tu banyak lagi. dari situ gua beli tanah kelapa sawit. tanam kelapa sawit. gua dengar cerita 7 tahun tanam dah dapat hasil. hasil 3000 sebulan daripada kelapa sawit tu boleh tampung hidup gua. dari situ gua boleh tulis novel balik. dan semestinya gua jadi kaya masa tu.

kaya! kaya! kaya!

Isnin, 1 November 2010

The Curious Case of " The Voice Of God Is Government" part 1

ini pilihanraya bukan pilihan jalan raya! viva !











The Get Up Kids

baru-baru ini dalam kesibukan aku bertugas di Galas, Gua Musang, aku dapat sms dari bini katanya Damia akan main sukaneka wakil tabika tempat dia belajar. hal ini merupakan satu hal yang serius. hal ini kat Amerika kalau mak ayah tak datang maka ia akan menimbulkan rasa sedih kepada anak. maka selepas habis satu program kat Lojing, aku cabut balik sekejap ke Terengganu.











Ahad, 31 Oktober 2010

Ujub 2

gua ingat tahun depan gua nak start tulis dalam suratkhabar atau majalah-majalah. gua ingat isu politik, hal pelancongan sama isu sosial-ekonomi-belia merupakan satu ha yang sangat baik untuk dikupas.

selama ni gua baca rencana-rencana utusan malaysia dengan serius. tapi sekarang gua tengok utusan dia punya rencana macam dah tak ada kick. berita harian macam tu. kekadang gua agak ni semua sebab facebook sama blog.

kekadang gua tengok scene blog dah macam tak in jee sekarang. musim dulu punyalah ramai blogger masuk tv. gua pun rasa nak gelak pun ada. budak kampung gua pun ada sorang jadi blogger terkenal. tapi impak untuk sosial-ekonomi-politik memang 10% jee ada.

scene facebook gua tengok makin menjadi-jadi. raya itu hari, masing-masing sibuk update diri sendiri dalam facebook. masing-masing mengadap komputer. bagi gua update diri sendiri ni macam ada nilai UJUB dalam diri kita. mengikut kajian gua, blog sama facebook ni secara tidak sedar telah melahirkan rasa bangga pada diri sendiri dan semamangnya elemen UJUB itu wujud tanpa kita sedari.

contohnya macam gua. dalam artikel yang lepas gua tulis pasal gua dapat sambung belajar. hal ni kalau bagi budak-budak yang kenal gua gua diaorang tak kisah sangat, tapi bagi orang lain mungkin persepsi mereka mengatakan gua ni macam nak menunjuk.

antara elemen UJUB yang gua perhatikan dalam facebook ialah seperti update status

" pehh, sejuknya kat sini.." sambil letak gambar dekat turkey

" gua bersama brader kacip " sambil tersengih dan tunjuk buku kacip.

" gua dan feroza gua " sambil duduk tepi kereta ferrari.

" gua nak pergi singapore esok tengok the cure.." sambil tunjuk tiket bas pergi singapore

gua ingat gua dah kena tipu sama teknologi.

Khamis, 28 Oktober 2010

Jamilah Othman

siapa jamilah othman? adakah jamilah othman ini 'bekeng' orangnya? adakah garang macam singa? adakah dia terer menggunakan bahasa intelektual dalam kehidupannya? aku harap dia steady dan tabah dalam menjalani hidup sebagai orang intelektual.

jamilah othman adalah bakal penyelia aku dalam hal-hal belajar selepas ni. ini kali kedua aku sambung belajar selepas mengagalkan diri sendiri masa belajar kat udm itu hari. udm pun satu hal, mula-mula nama universiti darul iman. tiba-tiba dah tukar kepada universiti sultan zainal abidin (uniza). jatidiri selalu berubah-ubah.

sebenarnya malu jugak nak bercakap pasal hal belajar ni. ramai kawan-kawan ingat aku dah habis buat master. maklumlah dah lama. tapi yang lepas tu biarlah lepas, yang akan datang ini kita akan hadapi dengan gembira. so aku beritahu sekarang yang aku dah berhenti belajar dah dekat setahun. sebab apa itu kita cerita kat kedai kopi.

so sekarang ni aku akan kembali ke upm. universiti putra malaysia. masa aku mula-mula masuk dulu aku sempat dapat tanda nama sebagai pelajar universiti pertanian malaysia. aku sebenarnya hairan sama mahathir. nama pertanian dan sedap-sedap dia tukar kepada putra. kononnya nak kasi sedap macam putrajaya. bagi aku nama pertanian tu dah gempak. apa kejadahnya nama putra itu dengan pertanian. masa mula-mula dulu aku ingat putra tu nama baru bagi pertanian.

tapi yang tak bestnya yuran dia agak mahal. nak menuju serdang jalan sesak. udara tak berapa bersih, minda pelajar melayu sana lesu dan komuter selalu penuh. dari terengganu nak pergi sana mungkin agak jauh. hubungan dengan kapalterbang dah tak semakin gam yang paling penting kalau dah start belajar ni maka aku dah kena start baca buku.

notakaki : jual kereta untuk sambung belajar sedap gak bunyinya ni.

Mu - Se

mu ni boleh jadi mung. mung tu kalau ikut bahasa antarabangsa ialah u. kalau ayat kl, kau. engkau pun sedap jugak tapi nampak ganas. orang kedah pakai hang. ayat sopan ialah saudara. contoh ayat sedap ialah ," saudara hendak ke mana? "kat lipis mu itu lebih merujuk kepada awok. " awok nak gi mana? " contoh bunyinya di lipis.

' se ' pulak kalau kat terengganu ialah satu. kalau di kelantan, e selepas s itu di panjangkan. seeeeee...musang tu kalau di kelantan kan akan bunyi seeeeeeeeee kat belakang tu.

so apa menjadi persoalan sekarang?

gua muse ni tak ada kena mengena dengan kumpulan muse.

Selasa, 26 Oktober 2010

aku, cameron, lojing dan catatan ala mahathir.

1. tiada kedai kopi di perkampungan orang asli lojing. maka sebab itu tiada anjakan paradigma orang asli disini. apa kejadahnya paradigma?

2. line astro ada. line telefon kurang ada.

3. rupanya penyanyi kajol tu orang asli gua musang. nama dia hafis dulu. tadi masa nyanyi sama roy kapilla sedap tak patut suara dia. dengan cerita dia dah jadi perempuan sekarang.

4. orang asli sini minat sama kajol, sepak takraw, rokok free dan astro.

5. gua tengah pikir apa hubungan menara warisan sama orang asli kat sini. celah mana? paradigma?

6. cameron highlands dah 3 kali gua nak dalam tempoh 7 hari. ini boleh melahirkan ujub.

Ahad, 24 Oktober 2010

gomo kelate gomo!

tahun ni gerenti kelate menang. ini tahun semangat raja kelate yang baru. tahun lepas semangat raja n9 yang baru.

dalam bajet 2011 itu hari tiada bajet peruntukan untuk kerusi stadium yang baru. gomo weh...gomo weh...gomo weh...

keh keh keh

Jumaat, 22 Oktober 2010

bajet

majlis daerah lipis perlu diberi bajet yang lebih besar dalam soal-soal kebersihan. gua memaki dalam hati bila melihat bangunan central point lipis. kotor dan penuh daki. gua akan maki diri sendiri kalau gua bawa kawan amerika gua makan cendol aji dalam keadaan bangunan penuh daki. wtf? tak ada bajet?

bangunan 100 tingkat yang pnb nak buat tu katanya dapat menjana ekonomi malaysia. kat celah mana dapat menjana ekonomi gua sendiri tak dapat tengok. gua ingat setiap daerah kena ada bangunan 20 tingkat. kalau semua daerah ada bangunan 20 tingkat sekurang-kurang ia dapat menjana ekonomi daerah. sekali lagi gua tanya celah mana nak jana ekonomi daerah dengan bangunan tingi-tinggi. siapa dapat faedah sebenarnya?

tahun ni kerajaan tak kasi bonus kepada kakitangan awam. padan muka orang gomen. kerja malas. duit nak banyak. hari-hari main facebook. celah mana negara nak maju. NKRA sama KPI tak tercapai ada hati nak bajet. celah mana nak dapat kalau malas. kalau kasi bajet kerajaan kena keluar 3.2 bil. banyak tu. duit banyak tu boleh buat banyak hospital sama jalan raya. duit banyak tu boleh buat bangunan 75 tingkat.

ramai rakyat tak faham. kerajaan suruh berjimat cermat, eletrik kasi jimat, elaun sana-sini kasi potong, makanan asrama dengar cerita kena potong, program-program sukan kat sekolah-sekolah pun kena potong dan sebagainya.

bila kerajaan umum nak buat bangunan 100 tingkat sama projek karambunai ramai rakyat marah. abah gua pun bunyi macam marah-marah. budak-budak mrsm gua yang sekarang jadi golongan kelas menengah bertambah marah. gua tak tahu nak setel macam mana ni.

korang setel lah sendiri. gua bukan terer ekonomi.

Khamis, 21 Oktober 2010

Bola Piala Malaya

tahun lepas ada gossip cerita bahawa N9 telah dimenangkan sebagai juara Piala Malaysia sebab untuk memberi hadiah kepada raja baru mereka. cerita ini tersebar luas di telinga para peminat bola kelantan. sebab tak ada bukti maka apakejadahnya kalau hal ini diperbesarkan.

tahun ni kelantan sama johor dapat sultan baru. kalau jadi kelantan lawan sama johor masa final ini tahun maka perlawanan final ini betul-betul satu hadiah kepada sultan baru. siapakah yang menang? benarkan tokey stadium akan untung sedap sebab stadium sentiasa penuh apabila melibatkan peminat kelantan? apakah hubungan politik dengan bola dan apakah peranan bolasepak dalam setiap peti undi dalam pilihanraya?

benarkah pilihan jalan raya lebih bermakna dari pilihanraya? benarkah ada gossip mengatakan bahawa ada calon orang asli dalam pilihanraya galas pada hari ni? jika orang asli tu memang maka beliau akan mencatat sejarah sebagai wakil rakyat orang asli mungkin yang pertama di semanjung tanah malaya. jika ini benar maka mungkin ramai para kontraktor orang asli yang akan berjaya dalam hidup mereka.

dunia ini semakin cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kenangan entah apa-apa

pada satu hari aku dan kawan-kawan telah dihantar ke sebuah pusat membeli belah dalam kota phnom penh. aku tak tahu apa nama pusat membeli belah tu. sedar-sedar dari tidur-tidur ayam aku dapati kitaorang dah sampai. disebabkan semua turun maka aku pun turun tanpa apa-apa objektif yang nyata.

inilah malangnya apabila mengikuti pakej tour yang tak DIY. semua orang dah atur. kekadang rasa tak punk langsung. kekadang rasa macam VIP pulak. perasaan ini selalu menipu kita. sebab tu ziana zain menangis bila kena lempang dalam cerita sembilu.

sampai je situ semua pakat pergi tengok jam. aku merasa sangat hairan dengan hal ni. apa sedapnya jam kat sini aku tak tahu. orang-orang besar daerah jugak turut membeli jam ni. orang kata kalau orang tengok jam yang kita pakai ni mesti ingat harga dekat 11 ribu. disebabkan nafsu membeli jam takada maka aku dan kawan aku pun mendaki tangga-tangga supermarket ini. sedar-sedar dah sampai tingkat 4.

kat tingkat 4 ni orang kata ada jual ipad murah. tengok punya tengok harga dia kat 3 ribu jugak. disebabkan malas nak membeli maka aku dan kawan tengok iphone buatan china sambil membuat proses tawar menawar.

tengah sibuk tawar menawar tiba-tiba ada orang menjerit dan terus berlari turun. suasana macam panik giler. yang duduk tingkat 5 semua berlari turun. disebabkan panik jugak maka aku dan kawan aku pun berlari turun.

disebabkan terer maka aku sampai bawah dulu. perasaan macam tu macam celaka pulak rasanya. rasanya tak sempat langsung nak berzikir dan beristifar untuk mengingati tuhan. cara larian menunjukkan bahawa skill turun bukit guna kaki masih lagi ada.

disebabkan ramai orang panik maka aku pun bertanya dalam bahasa orang putih kepada akak-akak dan makcik-makcik ni yang turun berlari bersama aku.

" what happen? what happen? what happen? " aku bertanya steady

" i dont know laa sir...they run i run tooo..." jawab kakak tu.

aku tanya lagi kat sorang brader pengawal keselamatan. jawapan yang sama. pengawal keselamatan macam ni memang boleh dibuang kerja.

disebabkan keadaan dah ok. aku pun naik atas balik. hasil siasatan aku ada gas bocor kat tingkat 5. gas bocor tu macam bunyi bom meletup. patutlah orang panik.

sebenarnya dalam sejarah hidup aku tak pernah lagi suasana panik ni berlaku sepanjang melepak di mydin, giant, hanku jaya, pasaraya bilal, wakaf che yeh, pasal lipis, pasaraya active lipis dan central point lipis. disebabkan berada dinegeri orang maka aku pun ikut jadi panik. perasaan panik masa tu sebab dalam fikiran aku mungkin ada gempa bumi, gunung berapi, serangan al-qaeda, tembak menembak antara geng dadah mexico dan sebagainya.

panik memang tak patut masa tu.

Selasa, 19 Oktober 2010

Melayu Kemboja - Hal 2

sebelum datang ramainya orang malaysia memberi bantuan kepada saudara muslim mereka di kemboja, kebanyakan masyarakat disini percaya bahawa hanya orang cham/muslim khrem sahaja merupakan orang yang memeluk agama Islam di dunia ini.

Kemboja di bawah Hun Sen dikatakan sangat bertoleransi dalam hal Islam di Kemboja namun yang demikian digossipkan bahawa tiada langsung peruntukan untuk perkembangan agama Islam dibawah bantuan kerajaan. maknanya kerajaan kemboja tiada elaun khas kepada guru agama islam, tiada bantuan khas kepada iman dan bilal dan tiada juga peruntukan untuk membina masjid untuk umat islam disini.

namun yang demikian dalam suasana letih di petang jumaat di tepi sungai mekong, gua masih lagi dapat mendengar suara azan berkumandang indah. satu benda yang sedap didengar dalam satu negara yang majoritinya merupakan beragama buddha.

dibawah pemerintahan Pol Pot, hampir 100,000 ulama islam telah dibunuh. mengikut cerita yang gua dengar asal dengar orang tu pandai jee pol pot bunuh, asal pakai spek jee terus kena tangkap, asal pakai serban jee terus kena sembelih. hal ini telah menyebabkan gua mempersoalkan tentang etika dalam komunis pratikalisme.

bersambung.

Melayu Kemboja - Hal 1

sebenarnya banyak bende nak tulis tentang lawatan sambil belajar dan kempen Iqra ke kemboja baru-baru ini. entah sape kasi idea pergi sini. tapi dalam pikiran singkat aku daripada berjalan tak tentu hala di kota-kota besar jakarta, bali, bandung, phuket sama hatyai ada baiknya pergi buat sesuatu yang berfaedah untuk sesuatu komuniti yang tidak bernasib baik.

nasib baik atau tidak baik sesuatu masyarakat itu sebenarnya bergantung kepada apa? atau kepada siapa? atau kepada bagaimana? persoalan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan satu hal yang dianggap sangat politik dikalangan manusia. nilai-nilai yang terhad dengan kemahuan manusia yang tidak terhad menjadikan bumi ini merupakan satu planet yang sangat sesuai untuk manusia.

faker tul, gua dah rasa nak tidur ni. karang sambung.

Isnin, 18 Oktober 2010

Babad Gua Musang - siri 1

gua geleng kepala lepas tengok liverpool main tadi.

Sabtu, 16 Oktober 2010

The Voice Of God is Goverment

naik kapal terbang balik ke malaysia dari kemboja buat gua berjanji untuk tidak naik kapalterbang lepas ni. kalau ada jalan laut pergi UK gua berjanji untuk naik kapal laut.

sampai Malaysia gua dapat berita bini gua masuk hospital sebab keguguran. gua baru cadang kalau dapat anak lelaki gua nak namakan anak tu Salahudi Ayubi tak pun Muhammad Al Fatih. duduk dihospital buat gua rasa insaf serta memikirkan bahawa kalau kita ni susah ada orang lain yang lebih susah dari kita. kalau kita miskin ada lagi orang yang miskin dari kita. kat sini gua boleh belajar konsep syukur.

sepetang lepak hospital gua dapat surat pergi kerja kat Gua Musang sampai awal bulan depan. melepak gua musang syok jugak sebab pertama dekat dengan cameron, kedua dekat dengan ipoh dan ketiga dekat dengan kuala lipis. yang paling penting dekat dengan kuala lipis.

pagi nak blah pergi gua musang gua dapati memory kad kamera gua hilang. gua rasa cam nak menangis pasal dalam memori tu banyak gua tangkap gambar gua kat kemboja. gua pergi kemboja bukan untuk suka-suka tapi pergi dengan projek kemanusia untuk orang Islam sana. sekarang gua tengah berdoa pada tuhan agak memori kad itu anak gua main dan ada kat bawah mana-mana kerusi kat umah gua. serius gua tengah berdoa sekarang.

sekarang konsep redha memang gua tengah belajar.

Selasa, 12 Oktober 2010

bas

naik bas ni sedap. tadi dari kuala lumpur ke kuala terengganu aku betul-betul balas dendam sama tidur. sedar-sedar dah sampai hentian rehat temerluh. dari temerluh sedar-sedar dah sampai kuala berang. entah bila jumpa karak highway.

bas bila di bawa laju rasa sedap sebenarnya. tapi yang jadi tak sedap bila berlaku eksiden. sampai malaysia orang tengah cerita pasal eksiden bas. banyak teori aku dengar. teori paling banyak aku dengar ialah teori bawa laju, teori jalan lurus dan teori pemandu mengantuk. teori-teori macam ni tak boleh menang hadiah nobel.

aku ada sorang kawan kerja dia tengok radar kapal terbang. aku pikir kementerian pengangkutan kena tubuh satu jabatan khas. jabatan ni kerja dia tengok radar bas. mana-mana bas yang laju boleh kasi amaran. hal ini bukan sahaja sangat bagus untuk keselamatan penumpang tapi boleh memberi kerja kepada budak-budak muda lepasan universiti yang tak ada kerja sekarang ni. pengambilan pekerja jaga radar ni macam style kpli jugak.

yang paling penting, radar ni bukan sahaja boleh kesan bas. tapi boleh kesan ufo. aku dengar cerita kawan aku radar yang dia jaga sekarang ni tak boleh kesan ufo. bab tu memang kodi.

ufo tu aku rasa penting jugak untuk dibincangkan. aku jugak hairan kenapa tak ada ufo terhempas kat malaysia? kenapa tak ada hal ufo dibincangkan secara intelektual dalam rtm? adakah ini diskiminasi terpimpin? siapakah yang akan menjadi calon dun galas bagi PAS dan UMNO? dan apa hubungan politik dan ufo? kita akan bincang lepas ni.

Isnin, 11 Oktober 2010

jatidiri

semua hal kena jatidiri. tak ada jatidiri memang susah nak in dalam hidup ini. jati ini jenis kayu yang kukuh, kuat dan keras. diri ni boleh kita maksudkan dengan manusia.

manusia dan kayu memang takleh berpisah jauh. semua hal manusia dari dulu sampai sekarang ada kaitan dengan kayu.

ini soal jatidiri manusia. banyak manusia yang jatidiri mereka lemah. hal ini disebabkan banyak perkara. contoh manusia yang lemah dan takada jatidiri ialah menyokong pasukan kelab luar negara. contohnya jenis manusia lahir kat kelantan, besar kat pahang dan berkerja kat terengganu tapi jadi barai sebab sokong liverpool.

ada orang kata orang tanah melayu tak ada jatidiri sebab dah beratus tahun kena jajah. dengan siam, degan portugal, dengan belanda, dengan jepun, dengan agam hindu, dengan agama islam, dengan orang champ, dengan cukong cina dan orang india yang jual karpet. sebab tu orang melayu tak ada jatidiri.

semua hal perlu jatidiri. scene bola, scene kamera, scene blog, scene fb, scene tabligh, scene cincin dan terbaru aku dengar scene berkahwin ramai pun kena ada jatidiri.

jatidiri bende yang real yang dah mati di tanah melayu.

Restoran Seafood

perhatian kepada semua pengusaha restoran makanan laut. sila pastikan ada sup ketam di kedai anda. kalau tak ada sup ketam itu bukannya restoran seafood. ketam berasal dari laut. sekian terima kasih.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Hujan Emas dan Hujan Batu

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik main bola di negeri sendiri.

Rabu, 6 Oktober 2010

Tawaran dari Kelab


Baru-baru ini gua ditawarkan untuk bermain dengan satu kelab. tawaran ini bukan sahaja akan menyebabkan gua akan berubah dari pemain amatur ke pemain separuh pro tapi mampu meraih populariti gua sebagai pemain bola. tapi ada beberapa hal yang menyebabkan gua terpaksa menolak tawaran tersebut.

1. main sebagai keeper. apa barang jadi keeper. mana ada keeper glamer kat malaysia. lagi pun keeper mana shoot gol. kalau penyerang gua confirm akan terima.

2. kebanyakkan pemain dalam kelab tu adalah peminat tegar kelab english. terutamanya Man U. apa barang Man United? yang tua tak sedar diri minat betul sama liverpool. disebabkan gua sorang jee tegar sama Liga Itali maka gua tolak.

3. bermain secara part time. ini dah lari dari prinsip profesional gua.

4. tiada elaun tambahan untuk ketua Pasukan. ini betul-betul blues. ketua pasukan merupakan satu hal yang penting. jerit dan maki kepada pasukan sendiri siapa nak bayar?

5. apa barang main dengan kelab keluarga?

Algebra

aku pikir pakai tudung cam ni lebih senang dari belajar algebra. tapi ia akan jadi lebih susah dari algebra apabila hal ni melibatkan jiwa-jiwa manusia yang berkata,

" Jagalah dirimu sendiri! "

" Jangan sibuk hal aku! "

" kubur masing-masing "

" ko ingat ko alim sangat? "

...apabila kita sedang cuma untuk saling ingat-mengingati.

Isnin, 4 Oktober 2010

Tengkujuh

banjir dah nak start. kat sini hujan turun lebat petang-petang. pagi cuaca sedap tapi bila menjelang petang cuaca terus menjadi blues kepada orang-orang obesiti yang bersemangat untuk berlari.

hujan petang juga menjadi carutan kepada budak-budak bola anarki. tapi bola terus disepak kepada mereka yang rebel dan tak takut petir. betul-betul hati kering.

hujan petang juga blues bagi emak emak dan abah abah yang tinggal berdua dirumah. bertemankan kopi dan ubi mengenangkan anak-anak yang besar panjang yang dah berpindah dikota mencari rezeki. hanya memori pengubat hati buat rindu dalam alunan air dari awan yang membasah bumi.

hujan itu rahmat dari tuhan buat insan yang mahu memikirkan kebesaran tuhan.

Selamat datang tengkujuh!

Ahad, 3 Oktober 2010

Kelab Peminat PUISI

dalam scene puisi selepas Usman Awang, Masuri SN, Aziz Deraman sama Muhammad Haji Salleh, kini gua jatuh suka sama puisi Rahimin Idris. Nasib baik dia bukan awek. gua harap dia boleh buat satu buku berserta borang fanclub macam penulis "aku budak setan' buat dulu-dulu. bersama ini gua sertakan satu puisi yang gua curi ada satu laman web yang namanya dunia penyair.

Dan saat kau lepaskan pesawat kertasmu

Jun 6, 2008

… dan saat kau lepaskan pesawat kertas yang ada ditanganmu itu ke udara, pantas ia meluncur membelah angin, mendarat dan lesap di padang rumput yang tak bernama.

tapi sebenarnya sebelum sempat ia mendarat, bayang-bayangnya telah terlebih dahulu terhempas dan terbakar di atas rumput-rumput dek tembakan terik matahari yang tegak di atas kepalamu itu.

selepas itu:
pesawat kertasmu tiba-tiba lesap entah kemana
ada setompok rumput terbakar hangus
padang itu masih lagi tak bernama
bayang-bayang pesawat kertas menjadi debu-debu
matahari masih tegak berdiri di atas kepalamu
kau masih terpinga-pinga.

hari itu sebenarnya entah siapa yang paling malang diantara pesawat kertas, rumput-rumput hangus, padang yang tak bernama, bayang-bayang pesawat kertas, matahari yang masih tegak di atas kepalamu atau pun engkau — yang masih belum tahu pun entah apa namanya tempat kau berdiri itu.

ABDUL RAHIM IDRIS
Bandar Jengka, Pahang

Belia Melayu Mudah Lupa

sepatutnya hari ni gua ada temu janji sama doktor gigi. tapi sebab gigi gua dah tak sakit gua buat tak tahu sama itu janji. adakah gua seorang munafik? siapakah bangsa yang sanggup menjadi hamba kepada klinik gigi?

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kuala Lumpur & Melayu

bulan 10 ni gua akan turun KL untuk dua hal. satu untuk Perhimpunan Agung UMNO dan satu lagi untuk Festival Fotografi Kuala Lumpur. menurun Kuala Lumpur sejak ada Lebuhraya Pantai Timur merupakan satu hal yang sangat sedap. terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan nasib-nasib kereta.

hal umno kita bincang lepas ni. lagi pun suka tak suka kita tak boleh nafikan bahawa umno telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara pada hari ni. bagi gua semua parti memainkan peranan penting dan gua tak reti bahasa sama orang yang cakap politik itu tak penting.

melalui pengamatan gua. scene photo memang begitu mencanak naik sekarang. lebih-lebih lagi scene kamera gantung kat leher. dulu gua selalu gak bakar mamat minah yang gantung kamera kat leher.

scene kamera gantung ni bermula bila 2 biji kamera gua buat onar sama gua. sejak dari itu gua start pakai kamera gantung dan sejak tu hubungan gua sama pelajaran fizik semakin dekat dihati. bagi gua kamera ini tentang persoalan cahaya. walaupun ramai kata cahaya ini bergerak lurus tapi mengikut seorang cikgu matematik gua, cahaya ni bengkong sikit. disebabkan ia bengkong sikit maka ia boleh dibiaskan menjadi satu bende yang lain. sebab tu malaikat boleh merupai banyak bentuk pasal malaikat dibuat oleh cahaya. peh, gua dah masuk bab-bab malaikat ni.

pasal festival ni gua tengok tak ada semangat 1malaysia langsung. dalam promosi klpf tu penganjur menggunakan bahasa cina dan bahasa english sebagai bahasa promosi. inilah nasib bahasa melayu.

oh tidak, tidak. bahasa melayu mana layak untuk bahasa pembangunan. bahasa melayu mana layak untuk negara maju macam malaysia ni. orang melayu mana layak nak membangunkan ekonomi negara.

orang scene kamera tak serius tentang isu bahasa sebab bahasa tak ada kesan dalam kamera. kamera tentang cahaya. kalau nak bercakap pasal bahasa pergi ke dewan bahasa dan pustaka. kalau nak bercakap dalam bahasa melayu pergi tengok rtm sama klasik nasional. ini kuala lumpur. kotaraya metropolitan dimana warganya bercakap english dan mereka rasa malu bercakap melayu.

dalam suasana pasaran bebas ni rasanya tak salah kalau terus untuk kita bercakap bahasa melayu. Ahmaedinejad pun cakap bahasa iran kat UN itu hari. entah bila orang nak bercakap bahasa melayu kat perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu?



ps: sape kata kena cakap orang putih kat persidangan dunia?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Melayu History X


" lu jangan tuduh gua beli baju melayu ni kat Mydin "

masa ni gua tengah bercakap pasal isu beli barangan buatan Malaysia sama hal liberalisasi pasaran. sebagai penjunjung pasaran bebas gua hot sikit bila baju melayu gua dikaitkan dengan Mydin.

scene berborak dengan pakcik-pakcik

kalau kena gayanya pagi sebelum masuk opis aku akan melepak kat kedai Bakar. Kedai bakar ni kat sebelah Majlis Daerah Hulu Terengganu. tak tahu sebenarnya apa bende yang sedap makan kat kedai bakar ni. cuma sedap melepak sini pasal banyak hal boleh tahu pasal kejadian-kejadian yang berlaku dalam daerah. Bakar ni Pengerusi JKKK. kalau pengerusi JKKK mesti orang umno.

melepak kat kedai bakar ni aku jumpa macam-macam orang, biasanya jenis yang dah berumur. boleh kata semua jenis 45 tahun keatas. so bila 45 tahun keatas sepatutnya aku kena panggil pakcik. tapi apa kes aku guna "mung dan aku", rasa kurang ajar pulak tapi mesra rakyat bunyinya. ada doktor, ada kontraktor pakai kereta besar, ada kontraktor pakai wira, orang gomen pangkat besar, orang gomen pangkat bawah, pakcik-pakcik rela, orang politik pencen dan sebagainya.

tapi semalam masa aku lepak sama sorang pakcik rela ada satu benda yang true tentang apa yang dia cakap. katanya,

" duit banyak kalau tak sihat tak guna. yang penting sihat tubuh badan. duit boleh cari..."

lepas tu aku tengok banyak tak patut dia makan tapai. tapai ni orang cakap boleh buat sakit badan.

aku geleng kepala sambil bercita-cita nak jadi petani.

Alasan

hari ni dah 22 syawal. scene puasa 6 tak buat lagi. cita-cita nak puasa 6 memang dah tanam dalam hati. sejak setahun dua ni suasana syawal di Malaysia telah berada di satu tahap kenikmatan dan kesenangan duniawi. tetapi kenapa tv dan suratkhabar selalu keluar ayat " sambutan sederhana tetapi meriah..", setiap tahun ayat ni keluar.

bersyukurlah sebab hidup dalam negara Malaysia yang aman permai ni. setiap hari ada jemputan rumah terbuka sama orang kahwin. tahun ni kali pertama dalam dunia aku dengar ada jemputan orang kahwin pada 1 syawal. jemput rumah terbuka tu cerita lain. hari-hari orang jemput. selain orang jemput, pejabat-pejabat gomen juga membuatnya.

aku tak tahu sama hal ini merupakan satu alasan yang baik untuk tidak berpuasa 6. aku tengah pikir sama ada para pemimpin kita pada hari ini ada masa untuk berpuasa 6. bayangkan jadi PM atau Yb misalnya. aku pikir setiap hari ada jemputan macam ni. YB PAS aku taknak cerita. hal orang susah diaorang pikir ke tidak aku tak tahu.

ini betul-betul satu dillema bagi aku dan melayu-melayu baru yang berjaya dengan dasar-dasar ekonomi baru (DEB). kalau dijemput dan lepas tu kita cakap kita puasa, hal ini akan mendatangkan perasaan kecewa tuan rumah dan juga seperti menunjuk yang kita into 'orang-orang alim' dan seterusnya akan menyebabkan kita ditolak kedepan untuk jadi iman.

aku pikir ustaz-ustaz kena buat satu kursus seperti " bagaimana mengurus puasa 6 anda didalam bulan syawal? " atau "bidaah membuat rumah terbuka" atau " bagaimana untuk menjadi ustaz terbaik dalam rancangan tanyalah ustaz? " atau yang paling last sekali " kenapa radio IKIM dah jadi radio pop?"

Khamis, 30 September 2010

Bagaimana cara untuk mendapat kawan?

pada satu hari aku balik Lipis. salah satu sebab yang paling best pasal balik tidur kat lipis ialah suasana hutan malar hijau yang semakin janda keadaannya. maksud aku suasana dia dah tak sama dengan hutan dara.

disebabkan nak rasa perasaan sedap udara tempoyang maka pada malam harinya aku, jeman dan jeri akan ambik peluang tidur luar rumah. scene tidur luar rumah ni jarang-jarang anak melayu buat.

satu malam tengah aku sedap tidur, aku terdengar suara sumbang entah dari siapa, tapi bunyi dia lebih kurang cam ni..

" emm...ok...kita kawan ok? "

" yeee..kita kawan..saya janji..."

" okkk...ok...esok saya beli pets awak..janji kita kawan...ok? "

aku bangun sambil geleng-geleng kepala.

Membaca Sajak

pada pandangan aku yang serong ni. hubungan aku dengan dunia sajak dan puisi adalah kerana seorang cikgu. nama dia cikgu Salmiah Hassan. cikgu bahasa melayu aku semasa di mrsm. walaupun budak sains tapi hubungan dengan hal-hal puisi, sajak, syair dan buku malim demang menjadi pujaan hati.

ini semua kerana seorang guru. cikgu salmiah telah meng'in'kan aku dengan satu bidang 'art' yang telah menarik minat aku terhadap dunia sastera melalui penyampaian dan pengajaran beliau yang menarik.

'membaca' sajak merupakan satu bende yang susah sebenarnya. kita akan rasa ada sesuatu yang istimewa bila kita membaca sajak tersebut. cikgu salmiah ada ajar aku kalau kita nak baca sajak kita mula-mula kena baca semua sajak tersebut, lepas tu baca ikut satu-satu baris dan seterusnya cuba kaji perkataan yang digunakan dalam sajak tersebut. nanti aku akan tanya bini aku yang jadi cikgu bahasa melayu sekarang. aku hairan macam mana orang belajar PJ boleh gajar BM?

dalam penulisan moden sajak hari ni nama rahimin idris memang tengah ni. ada sesuatu yang mengegarkan jiwa bila membaca sajak-sajak daripada rahimin idris seperti " kalau kita menjadi kayu" sama " kalau bapak mahu bermain api". perasaan ini sungguh berlainan bila membaca himpunan puisi/sajak pendek dalam blog www.puisipendek.blogspot.com yang bagi aku hanya menulis kerana mahu jadi penyajak dan mahu jadi penyajak tapi tidak berilmu. bak kata orang amerika, " i tak ada perasaan langsung kat sajak u". aku harap rahimin idris perlu ajar diaorang.

namun yang demikian mereka semua penulis dalam blog tu boleh pergi jauh sebenarnya. jika mereka diberikan idealisme yang betul, sajak-sajak mereka mungkin akan memberi perasaan kepada orang lain.

ambik contoh rahimin idris, sajak-sajak beliau boleh aku tafsirkan sebagai sebuah sajak yang into nilai-nilai yang bersemangat kebangsaan dan memberi kritikan-kritikan kepada masyarakat sosial dan politik. aziz deraman pulak into ketuhanan. masuri SN dan Usman Awang misalnya, baca sajak mereka dan kita melihat rakan semaktab ini memiliki idealisme yang sesuai dengan zaman mereka. pyan habib? sajak metropolitan barang kali.

aku pikir penulis-penulis sajak moden perlu lebih rebel, penggunaan kata-kata yang vokalnya menyakitkan hati dan yang penting berdiri sendiri. ini pada pandangan aku yang serong.

to be or not to be - dari hamlet aku rasa

notakaki: aku pembaca sajak bukan penulis sajak. ianya sama dengan aku penghuni flat tapi aku bukan buat rumah flat.

Hari Gelap Seorang Pemain Bola


hi. apa khabar semua? nama aku hisham. aku ada banyak nama. maksud aku nama yang digelar oleh kawan-kawan aku. bapak aku bagi nama aku nor hisham. adik beradik panggil aku besham. budak flat tempoyang panggil aku semput. budak mrsm panggil aku mat tiara. budak upm panggil aku mat tepet. dalam hardcore scene aku panggil nama aku dengan nama apex.

aku seorang pemain bola. itu satu cerita betul tentang aku. aku bermain bola sejak sekolah. duduk umah flat aku main bola kat lantai simen bawah rumah flat. main bola kat situ macam gampang. kekadang kaki boleh luka dan kekadang bola hilang pasal pakcik-pakcik yang main 400 buang bola ke luar.

budak-budak flat DIY. kami tak harapkan bantuan YB atau mana-mana datuk kasi bola pada kami. kami kumpul duit sendiri beli bola. kami orang melayu, cina dan india sama-sama kumpul duit. kami bersatu kerana bola.

kami orang melayu, cina dan india flat tempoyang pernah buat padang sendiri kat Taman Permai. tiang gol kami buat dengan pokok buluh, tapi itu bukan padang bola tapi padang tanah. sebelum taman permai siap semua kawasan situ jenis tanah lumpur.

disebabkan kami buat padang bola sendiri maka ramai jugak orang datang tumpang main bola. masa tu tempoyang takada padang bola. paling dekat padang bola ialah padang bola smk setiawangsa. itu pun kena lalu jalan shortcut ladang getah. jauh sikit srk clifford. tapi sayang anak-anak orang berada yang duduk taman cheneras jaya atas tu bukan pandai sangat main bola. sebab tu kitaorang tak buat perlawanan sama diaorang. kenapa anak-anak orang sedang taman permai sekarang tak reti jugak main bola? adakah kerana diaorang dah senang?

kawan. gambar diatas tu aku pada tahun 2006. masa tu aku sedang mengalami proses sedap alam perkahwinan. aku sedikit chubby tapi masih sedap bermain bola.

kawan. semua punk rockers main bola. tiada hari gelap untuk seorang pemain bola!

bersambung

Rabu, 29 September 2010

Alih Suara

scene cerita filem alih suara ni betul-betul buat hubungan keluarga aku makin erat. walaupun entah berapa juta-juta kali tengok cerita spiderman tapi menonton spiderman dengan bahasa melayu merupakan satu hal yang menyeronokan. begitu juga dengan stuart little. pandai jugak astro ni cari makan.

masa kecik-kecik dulu aku selalu pikir tentang kenapa cerita-cerita orang putih yang ada kat malaysia berbahasa orang putih. kenapa tak berbahasa melayu? aku berpikir tentang ini bila aku melihat semua cerita dalam tv thailand berbahasa siam. gusti pun bahasa siam. bahasa orang putih memang susah nak cari siaran.

adakah kerana rtm sama tv3 tak ada sen untuk upah orang? adakah kerana dasar berkaitan bahasa tidak seteguh mana? adakah kerana bahasa orang putih merupakan bahasa untuk kemajuan. bahasa untuk mencapai wawasan 2020? adakah filipina sekarang dah maju daripada malaysia?

yang paling penting sekarang ialah rancangan gusti mesti dialih bahasa kepada bahasa melayu sebab aku tengok diaorang lebih banyak bercakap dari berlawan. lagi satu orang melayu mungkin dapat menggunakan ayat-ayat yang boleh diambil dari rancangan gusti sebelum nak bertumbuk atau nak terajang orang.

Alahan

mula-mula gua sakit gigi, lepas tu datang deman, lepas tu pening-pening lalat, lepas tu bini gua maklum dia mengandung dekat 2 bulan. lepas tu gua hairan pasal biasanya kalau mengandung dia datang alahan teruk sampai muntah-muntah. lepas tu gua juga naik hairan pasal 2-3 hari lepas dia main bola jaring.

lepas tu gua doa pada tuhan agar bab-bab alahan ni kita serah pada orang perempuan je.

notakaki: lepas tu gua harap tulisan gua ni tak ada unsur sexist.

Selasa, 28 September 2010

Api dari Gigi


aku ada satu teori pasal sakit gigi. sebenarnya pada zaman dulu. selain daripada naga yang boleh kuar api kat mulut, manusia pun boleh kuar api dari mulut. maknanya manusia dan naga merupakan jenis makhluk yang boleh kuar api dari mulut.

antara manusia dan naga. nagalah yang paling paling banyak kuar api. disebabkan nak ada equality antara sesama makhluk maka manusia pun belajar macam mana nak buat api lebih banyak.

maka berkatalah naga bahawa api yang dikeluarkan dari mulutnya adalah kerana naga tu sakit gigi. sekiranya manusia hendak keluar api lebih banyak maka manusia tersebut hendaklah berkeadaan sakit gigi.

kata naga tersebut, kalau sakit je gigi maka api akan keluar dari mulut. dan salah satu cara untuk mencegahnya ialah dengan menggunakan cengkih bagi menghilangkan sakit gigi tersebut. so sejak dari itu bila sakit gigi manusia cari bunga cengkih.

tapi lepas kes helang mengadu pasal ayam manusia hilangkan jarum yang dipinjamkanya kat naga maka sejak tu manusia dah tak boleh keluarkan api dari mulut.

alkisahnya...

Muka Buku


Ini Rendang Jamil, tiada kena mengena dengan facebook.

Ujub

Ujub ni ada kaitan dengan takbur dan riyak. kekadang sifat ni kita tak sedar wujud dalam diri kita. dalam bahasa Ismail Kamus ujub ni bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.

ujub ni ada kaitan dengan perasaan bahawa diri kita ini memiliki kelebihan yang hebat dan supernova dalam hal hal kecantikan muka dan body, kepandaian dapat 8A dalam PMR, dapat pangkat satu dalam SPM, masuk universiti luar negara atau dalam negara, dapat bini kerja doktor misalnya, anak cerdik lagi comel dan kelakar habis dan dalam segi hal kekayaan seperti memiliki telefon yang mahal, rumah besar giler dan berkilo duit dalam bank. itu ujub.

selain hal ekonomi bebas, aku juga sedang mengkaji tentang persamaan dan perbezaan antara ujub, takbur dan riyak. bende ni susah giler nak kaji. banyak contoh-contoh dalam masyarakat kita yang ada kaitan dengan sifat ni yang sebenarnya mengelirukan aku.

ada antara kita ni tak perasaan ada sifat ujub dalam diri kita. ada seorang mamat sastera tu aku tengok bangga sangat dengan orang Iran sama syiah dalam blog dia. lepas tu kalau apa bende tentang hal dia masuk dalam suratkhabar dia mesti up dalam blog dia. ada baiknya dia cerita hal-hal sastera daripada dok up diri sendiri sama orang Iran. so ini riyak, takbur, ujub atau cool?

ada seorang mamat tu lagi laa aku tak faham. bangga sangat dengan penggunaan "gua-lu-gua-lu" dalam blog sampai istihar diri sendiri sebagai orang pertama guna "gua-lu-gua-lu" dalam scene blog siap macam ada gaduh-gaduh style akademik. macam bodoh pulak aku tengok. so ini riyak, takbur, ujub, cool atau hardcore?

yang orang nak pergi haji laginya aku hairan. balik dari haji kalau berborak mesti diaorang macam kecik hati kalau kita tak panggil dia dengan nama tuan haji atau puan hajah. ada seorang makcik kat opis besar aku selalu sangat borak-borak pakai " kak hajah ni bukan apa...kak hajah ni ada cadangan sikit...kak hajah ni nak pergi..."itu belum cerita dengan orang yang 20 kali pergi haji. so ini riyak, takbur, ujub, cool atau satu sifat yang mesti ada pada orang pergi haji?

semoga Allah jauhkan kita semua dari riyak, takbur dan ujub.

Ahad, 26 September 2010

wisdom tooth

bunyinya macam ada unsur-unsur keintelektulan. bagi orang yang tak pandai english macam aku bunyinya macam ada unsur-unsur sekular barat.

pagi tadi aku dah pergi klinik pergigian besar Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. kali terakhir aku pergi klinik ni adalah dalam 5 tahun lepas. bab-bab kesihatan, aku memang takleh lari sama klinik atau hospital kerajaan. bagi aku Kementerian Kesihatan Malaysia dah capai satu tahap profesional yang boleh dibanggakan.

kesihatan bila ia diswastakan atau di koporatkan akan menimbul bencana kepada golongan-golongan marhain dan masyarakat bawahan. sebab itu aku menentang jika ada mana-mana pihak yang cuma untuk menswastakan kesihatan dan isu kesihatanlah yang menyebabkan aku tak percaya pada anarki.

berbalik pada hal gigi ni aku dah berada kat klinik ni jam 7.45 pagi. masa tu ada 2-3 orang pesakit je. operasi kerajaan sekarang ni dah seawal 7.30pagi. sebenarnya aku cukup takut nak pergi klinik gigi. dari zaman Sekolah Rendah Clifford sampai sekarang aku memang tak in sama nurse gigi atau doktor gigi.

masa Sekolah Rendah Clifford dulu, klinik gigi sekolah dekat dengan bilik guru. setiap kali pergi bilik guru aku akan lalu klinik gigi tu dan setiap kali lalu hati aku mesti berdebor-debor dan tak pandang ke arah bilik tu. ngeri beb.

masa tu sorang-sorang akan dipanggil untuk periksa gigi atau tampal/cabut gigi mengikut nama. perasaan dan jiwa ni jadi berdebor bila set-set nama yang bermula dengan huruf M dah semakin slow-slow nak ke huruf N.

biasanya orang yang baru balik dari bilik gigi tu akan bawa satu kad hijau yang akan ada nama orang seterusnya. hal ni menjadikan debor tu macam debor orang nak berbini dua.

ada satu musim masa aku darjah 4 aku jadi malas nak pergi sekolah bila dapat tahu hari tu turn aku kena cheak atau cabut gigi. mak aku akan menasihatkan aku dengan kata-kata manis seperti " misi tu nak cheak jee gigi tu, tak sakit.macam kena gigit semut api jeee.." bila sebut semut api aku dah start menangis.

tadi doktor tu kata kedua-dua geraham bongsu aku ni patut kena buang. sebelum kena buang kena pergi xray dulu. aku redha je. sejak daripada itu hubungan aku dengan laman web tentang penjagaan gigi memang kacip sekarang. aku membaca dengan penuh teliti tentang bab-bab gigi dan berjanji untuk gosok gigi 3 kali sehari.

notakaki: terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus mengomenkan hal-hal kesihatan. liberalisasi dalam kesihatan terus bergerak sihat dengan tumbuhnya klinik gigi atau bukan gigi yang bersepah dalam negara.

Selamat Berumah Terbuka.

ye, raya puasa ni sebulan.

Liverpool dan Sekati

bagaimana kita tengok bola? tengok pada passing? pada serangan? pada pertahanan? pada formasi? pada kemahiran pemain? pada skill perlawanan? pada ruang-ruang padang yang digunakan. atau kita tengok bola pasal orang lain semua tengok bola dan kita rasa kodi bila semua orang ada pasukan pilihan mereka? bila tengok bola bolehlah kita bercerita tentang hal bola secara emosi/perasaan cool/marah/angin dalam sokernet.

bila Roy Hodgson jadi pengurus Liverpool aku rasa sangat gembira. sebagai penyokong formasi 4-4-2 aku pikir mamat tu memang sesuai jadi jurulatih Liverpool. aku pikir aku memang into formasi 4-4-2 dan selalu berkata dalam hati aku bahawa manager yang tak pakai formasi ni sebenarnya sedang menjahanamkan kecantikan bolasepak itu sendiri.

namun yang demikian Liverpool berada dalam suasana yang tak berapa cool sekarang. kenapa agaknya? kenapa liverpool nampak tak berapa sedap? betulkan roy hodgson menggunakan formasi 4-4-2? marilah kita berbincang dengan penulisan ala mahathir.

1. masa zaman rafa dulu jarang-jarang 4-4-2 dia main. biasanya dalam musim lepas aku tengok 4-2-3-1. torres solo didepan disamping gerard,kurt sama babel kat belakang torres. masa ni torres benar-benar cam ass. pada season 2007/2008 sama 2008/2009 aku pikir rafa memang into 4-4-2.masa tu rafa memang into pemain-pemain winger macam mark gonzalez(chile tak silap aku), pennant,zenden pun ada sekejap dulu, kewell dan beberapa orang lagi. masa tu aku pikir dia memang into 4-4-2.

2. kekadang aku pikir kejarangan liverpool into 4-4-2 dalam musim lepas menjadikan liverpool longlai apabila menggunakan formasi ini. disamping itu juga tiada winger yang sedap untuk main winger. membeli joe cole dan mengangap joe cole sebagai winger adalah satu hal yang silap bagi aku. so aku pikir hodgson tak jumpa pemain winger pada awal musim ni lagi.

3. tadi aku tengok liverpool lawan sunderland. masa separuh masa kedua aku dah tidur. gantuk sebenarnya. tetapi kekadang aku tengok tak ada pulak mamat tu pakai 4-4-2. nak kata joe cole sama meireles main winger takada jugak. hal-hal winger ni lebih tertumpu kepada serangan tepi dari back winger kanan sama kiri. mamat danish yang baru beli tu main berterabur macam lucas. menggunakan ruang tepi dan dijanakan oleh winger back aku pikir sesuatu yang menarik namun pada pandangan aku kalau main bola tak ada winger bukan permainan bola sejati. bagi aku laa.

4. satu hal yang sedap dengan liverpool ialah style passing bola yang 'tak tenang'. bola sentiasa laju dan kekadang bola dipassing direct dan kekadang dipassing pendek. tapi laju. korang boleh perasaan bila tengok arsenal passing bola. tenang dan pendek-pendek. dibawah jurulatih baru melalui perhatian aku bende ni masih sama walaupun isu mamat anger tentang arahan passing jauhnya yang telah menimbulkan satu isu baru. adakah ini kerana gerard? sebab aku perhatikan gerard ni style passing bola dia tak tenang sama ada dengan england atau liverpool.

5. adakah hodgson cuma membawa style bertahan fulham ke liverpool?adakah mamat ni percaya bahawa style bertahan mereka yang berjaya dan menjadikan liverpool juara liga? adakah torres sama gerard akan hancur dibawah hodgson? kenapa budak-budak sokernet cerita hal bola 11 sebelah tapi diaorang main futsal jee? dimana semangat bola 11 sebelah mereka?

aku ada 8 perkara lagi nak cerita tapi memandangkan dah nak pukul 3 pagi maka aku akan sambung nanti. semua pandangan ini adalah pandangan semasa aku menonton separuh pertama liverpool lawan sunderland.

this is SEKATI!

notakaki : passing tu hantaran bola. namun menggunakan dan menggantikan perkataan passing dalam hal seperti hantaran perkahwinan dan kad hantaran tidak digalakan.