Selasa, 30 Disember 2008

dari blog lama

CINTA ADALAH SEEKOR ANJING DARI NERAKA…

October 18th, 2005 by ammosham

aku selalu mempunyai masalah dengan duit.
ditempat aku kerja, semua orang makan
hotdog dan ubi kentang di kantin kompeni
3 hari sebelum hari gaji. aku mahu steaks.
aku pernah berjumpa dengan pengurus kantin
dan meminta dia menyediakan steak tetapi dia menolaknya.

aku terlupa dengan hari gaji. aku mempunyai rekod
ketidak hadiran kerja yang tinggi dan apabila
tiba hari gaji maka ramai orang akan bercakap
tentangnya.
"hari gaji?" aku berkata, " celaka, hari ini gaji?
aku terlupa untuk ambik cek terakhir aku…"

"jangan mengarut kawan…"

"tidak, tidak, ia benar…"

aku melompat dan berlari ke tempat pembayaran gaji
dan yakin bahawa aku masih mempunyai gaji. aku kembali
kepada kawanku dan menunjukan cek aku kepada mereka.
"oh tuhan, aku terlupa dengan semua ini…"

dengan alasan yang munasabah mereka menjadi sangat marah.
selepas itu kerani gaji datang kepada mereka. aku
mempunyai 2 cek lagi. "oh tuhan" aku berkata, " 2 cek."
dan mereka menjadi marah. setengah daripada mereka bekerja
dengan 2 pekerjaan.

hari ini adalah hari yang sangat teruk.
hari ini hujan turun dengan lebat sekali. aku
tidak mempunyai baju hujan jadi aku memakai
baju hujan yang sangat lama dimana sudah sebulan aku
tidak membasuhnya. aku berjalan dengan lambatnya ketika
mereka bekerja. aku mencari rokok di dalam baju hujan ku itu
dan kemudian aku menjumpai 5 dollar bil didalam poket.
"hey, tengok nie," aku berkata ," i jumpa 5 dollar bil
dan aku sendiri tak tahu, ini sungguh kelakar."

"hoi kawan, diam laaa"

"tidak, tidak, aku serius nie, betul, aku baru teringat
yang aku memakai kot ini bila aku mabuk di bar. aku mengambil duit dan menyembunyikan nya daripada diri sendiri.

"woi!! duduk dan pergi buat kerja!!"

aku meraba poket sebelah.."hey, tengok ini DUA PULUH!
oh tuhan, di sini DUA PULUH dan aku tak tahu yang
aku ada DUA PULUH! AKu KAYA!!"

"celaka haram jadah…"

"hey, oh tuhan ini lagi dua puluh telalu banyak,
terlalu banyak…aku teringat yang aku tidak menbelanjakan
nya semua pada malam itu.

aku terus mencari," hey, ini sepuluh dan ini 5! oh tuhan…"

"woi dengar ini, pergi duduk, buat kerja dan diam!!…"

"oh Tuhanku, aku KAYA! aku tak memerlukan kerja ini lagi…"

"kawan, tolong lah duduk…"

aku terjumpa sepuluh lagi selepas aku duduk tetapi
aku tidak berkata apa-apa. aku dapat merasai gelombang
kebencian dan aku menjadi sangat keliru. mereka percaya
yang aku merancang ini semua untuk menyakitkan hati mereka.
aku tidak bermaksud demikian. orang yang memakan
hot dog dan ubi kentang 3 hari sebelum hari gaji akan
merasainya.

aku duduk dan mempelajari sesuatu dan mula untuk bekerja.

diluar, hujan masih lagi lebat…

diterjemah dan diubah suai tanpa kebenaran daripada
LOVE IS A DOG FROM HELL karya Charles Bukowski…

Jumaat, 26 Disember 2008

soalan-soalan yang membuatkan aku mahu melempang diri sendiri...

kes-1

pergi 7 eleven, beli barang dalam harga RM 9.70 dan adik kedai tu tanya,

" abang ada 70 sen tak? "

kes-2

pergi mc doland, beli apple pai satu lepas tu adik kedai tu tanya,

" rugi abang beli satu ni, satu rm 2.00, beli dua rm 3.00. abang ambik dua yeee...?"

kes-3

pergi kursus kat seremban, tengah cari hotel, sambil tanya kat co-pilot,

" hotel yang kita nak tidur nie tepi pantai kee? "

Sabtu, 20 Disember 2008

oh cameron...

sebelum aku duduk kuala lipis aku lepak cameron highland adalah dalam 5 -6 tahun. aku blah dari cameron masa aku darjah 2. cameron? tempat sejuk, pagi pagi mandi air panas. makanan biasa kobis, stawbery dan limau, teh o mesti ada dan 'hai' mat salleh yang lalu belakang rumah aku hari hari.

masa " hari 100 tahun cameron highland " aku memang ada sana kat situ. meriah gile sambutan dia. siap ada helikopter bawa budak-budak lagi bapak aku cakap. sukaneka dia sikit punya meriah. mak aku dan geng-geng perkep dia sibuk tak patut, buat apa entah. masa tu aku duduk rumah polis kat bawah dekat masjid cameron highland yang kat atas bukit tue. kalau sesapa pergi, rumah polis tu dah tak ada sebab diorang runtuh buat apa entah.

hujung bulan lepas aku ada pergi lawat sana, kerja sambil melancong. pehh, tiba-tiba nostalgia mengimbau dalam benak kepala otak aku. syahdu dan ada satu 'bau' yang membuatkan aku jadi sentimental bila sampai kat cameron highland.

realitinya semua dah berubah. cameron 20 tahun dulu tak sama macam sekarang. brincang memang berubah gila-gila. kat tanah rata siap ada starbuck lagi. bar-bar pun ada kat tepi-tepi tue. hotel-hotel tumbuh macam cendawan. cuma sekolah lama srk convent masih lagi macam dulu. tapi ramai kawan aku gelak kat aku bila aku cakap aku sekolah convent sebelum sekolah kat clifford. diorang kata mana ada budak lelaki sekolah convent. tapi realitinya memang aku sekolah darjah 1 dan 2 kat situ.

dulu, ruang-ruang di tanah rata, cameron menjadi jajahan takluk aku. padang bola tanah rata, bandar tanah rata, taman permainan tanah rata tu sampai srk convent tu aku berjalan dengan penuh rasa sayang dan penuh kenikmatan. kehijauan dan kesejukan cameron jadi pujaan aku sehingga ke hari ini.

ada sesuatu 'bau' yang menyentuh sentimental aku. mengegar ruang emosi perasaaan aku. yang mencetus dimensi nostalgia yang mengegar jiwa aku yang sememangnya romantik dan sentimental ini. adakah bau pokok teh? adakah ia bau pokok-pokok rhu yang banyak disini? ataupun dia mungkin bau oksigen-oksigen yang meraikan kedatangan aku kembali kesini?

ada satu petang masa kita orang main layang-layang kat padang tanah rata tu. aku ada dengar ada orang cakap, " layang-layang kita yang paling tinggi dalam dunia nie..." tiba tiba aku rasa bangga, aku rasa syok, aku rasa memang best...yee, aku setuju...layang-layang kami paling tinggi.

notakakis : aku start baca gila-gila masa kat sini

notakakis2 : ada musim-musim aku buat alasan mak aku tak masak air panas kalau malas pergi sekolah. pergi sekolah dulu pakai baju sejuk tapi seluar pendek.

notakakis3: hari tu pergi tidur kat brincang, hotel sana untung giler pasal aircond pun tak ada. tidur 3 lapis baju. duduk atas tandas cangkung siap jerit dulu.

notakakis4 : ada peluang kerja kat sini aku kerja. syahdu beb...teh dia memang syahdu.



ps: gambar kat tanah rata, bukan kat anfield.

Khamis, 18 Disember 2008

sepak bola II

tadi lepas makan petang, aku ada berborak-borak dengan geng-geng pejabat aku. yang paling muda aku dan yang paling tua ada laa dalam umur 50an. rupa-rupanya pengetahuan sejarah bolasepak memang aku tak cukup power lagi. sambil cerita pasal bolasepak malaysia, aku juga dapat pengetahuan pasal cerita-cerita lama dan baru pasukan kelantan dan terengganu.

aku rasa ini lah 1st time aku ada berborak ramai-ramai pasal scene bolasepak malaysia secara serius. last sekali ada laa masa darjah 6 dan tingkatan satu. sekarang balik-balik cerita pasal ronaldo, balik balik cerita pasal MU, cerita gossip pasal team england. buang masa, orang sepanyol sama orang town liverpool yang tengah mabuk dalam bar tak ada cerita pasal scene bola malaysia. nak pakai jersey malaysia? haram laa...isap laa telor aku sampai lebam kalau ada orang sana cerita pasal bola malaysia sama pakai jersey malaysia. kat malaysia ada siar pasal liga qatar. korang agak ada tak dia cerita pasal liga malaysia kat qatar? arhh..haram jadah laa kalau nak ada.

memang syok dengar cerita pasal sejarah lama-lama. paling syok cerita pasal orang-orang jepun belajar dari FAM tentang pengurusan bolasepak malaysia. apa kes? sebab dulu malaysia adalah antara pasukan terkuat dan terhebat dirantau asia. orang jepun sama korea kalau dengar lawan malaysia malam tu confirm buat sembahyang hajat ramai-ramai(style diorang laa). indonesia, vietnam, thailand, mana kita pandang sangat. bila jumpa pasukan tue, malaysia bawak masuk 2nd team. tapi sekarang apa kes? lawan maldives pun sesak nafas beb, jepun sama korea sebelum main siap main game tv lagi.

aku setuju kadang-kadang dengan pak ungku aziz. dia kata corak pemakanan orang malaysia dan atlit malaysia tak berdisplin. kalau boleh kena makan telur 2 biji sehari, try tgk orang jepun, under 16 dia body macam budak-budak umur 25 tahun. member aku cakap tadi, kat jepun ada 1000 orang macam akmal rizal. maknanya ada ribuan lagi pemain yang lebih hebat dari akmal.( sebab akmal bukan hebat sangat)

pasal pengurusan toksah cerita. dari awal sampai habis mesti salahkan FAM sama persatuan-persatuan bola. pemilihan untuk pasukan negeri pun ada unsur-unsur politikal, rasuah, kedaerahan, kekampungan dan ketidakadilan. yang terer giler babi tapi tak duduk kat daerah macam kat kuala terengganu memang jangan harap nak main untuk negeri. dulu-dulu kata member aku unsur-unsur kedaerahan cukup menebal laa dalam skuad bolasepak negeri terengganu. itu dia kata laa, bukan aku kata. tapi sekarang rasanya tak ada kot.

bab-bab sejarah pemain toksah cerita laa. nak tulis tak larat korang nak baca. cerita pasal anuar jusoh laa, hairuddin laa (cerita pasal dia banyak laa aku tahu pasal staf aku sorang bapak sedara dia), sejarah ariffin othman...ha korang kenal dia? penyerang berbisa satu ketika dulu kat terengganu. masa tragedi rasuah bolasepak dalam negara sekitar tahun 1992/93, aku ada jumpa dia kat kulim, kedah. masa tu aku tingkatan 2. nak salam mintak autograf aku berada dalam situasi sukar. pasal masa aku terserempak dengan dia dulu aku tengah beratur tengah keluar duit. korang bayangkan kalau aku pergi minta autograf? ha, kena beratur belakang balik laa jawabnya.

kalau dengar cerita memang bolasepak malaysia dulu hebat-hebat. stadium penuh, yang reti panjat pokok sanggup panjat pokok. yang paling histeria yang aku dengar ialah ada geng-geng peminat bola dari pulau duyung, terengganu(tempat monsun cup tue) diorang sanggup balik kampung lepas tengok bola dengan cara berenang. maklum laa, bot penambang dah takde masa tu. macam mana? true tak penyokong bolasepak masa tue. sekarang apa kes? tengok jee stadium darul makmur kat kuantan. orang boleh kira dengan jari. nak buat siaran langsung mesti rasa malu. nak cari penaja pun mesti susah.

itu belum cerita pasal mokhtar dahari lagi. tak cerita pasal malaysia pernah seri sama england B dulu. cerita pasal malaysia pernah kalahkan amerika 3 -0 masa kejohanan olimpik. lawan amerika menang 3 -1. hebat beb, kalau LA galaxy ada masa tu, mesti dia ambik pemain malaysia main. nostalgia beb.........nostalgiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....(aku jerit nie..)

notakakis: kat sini bersepah orang malaysia pakai jersey argentina, ada tak orang argentina pakai jersey malaysia?

notakakis 2: aku pakai jersey malaysia woi!

Sabtu, 13 Disember 2008

sepak bola

zaman aku kecik awal 1990an orang kata zaman bolasepak malaysia sedang meleset. nama besar dalam bolasepak yang aku ingat masa tu ialah azman adnan. dia memang top masa tu. azman adnan ada cakap yang dia mulakan karier main bola dia masa main padang simen kat bawah rumah flat dia. start dari tu maka aku dan geng2 rumah flat tempoyang hari-hari main bola bawah rumah flat kami yang bersimen. masing-masing memang kaki keras macam simen. kalau main bola setakat sepak simen luka dan berdarah dah kira normal. masa tu semua nak jadi azman adnan. kalau shoot angkat tangan luas-luas macam azman adnan shoot gol.

halangan terbesar main bola rumah flat tempoyang ialah kitaorang selalu berdepan dan berkonvontrasi dengan geng-geng daun terup 400. ah, bakar dan the geng. korang bayangkan kalau main bola tak merempat? sekali sekala kalau tendang terkena geng2 400 memang bola kitaorang akan melayang sampai kebun getah kat bawah. nak bergaduh dan berlawan memang tak guna sebab kita orang budak kecik lagi. masa tu bawah motor tak ada lesen lagi.

kitaorang memang DIY tak patut masa tu. kalau bola hilang dan rosak. memang sanggup kumpul duit beli sendiri bola. kumpul duit sikit-sikit. kalau tak main bola dalam sehari memang hilang keceriaan bola kitaorang. hari-hari bercerita pasal bolasepak, kejap-kejap berangan nak jadi khairul azman, kejap-kejap nak jadi azman adnan, kejap-kejap nak simpan rambut macam matlan marjan. ada satu kes sebelum main bola boleh simpan angan-angan nak shoot gol macam hashim mustafa. pemain import? alan davidson, attapol sama piyapong je yang aku kenal. yang lain susah nak sebut.

serius beb, liga malaysia awal 1990 memang meriah tak patut. biasanya malam ahad dah kira malam yang berdebarkan bagi aku. dalam 830mlm dah ready depan tv. kerusi panjang aku dah tempah awal. kalau malam tu pahang ada masuk tv memang happy tak patut. kalau tgk stadium mesti penuh satu stadium.

tapi sekarang apa kes semua minat sama liga english? dalam pikiran aku kita semua dah kena tipu. korang semua tahu betapa lajunya diorang main. lepas tu kita nak harapkan pemain kita yang stamina tak seberapa nak main macam dalam liga english. gila apa. sebab tu kita rasa tak syok dan menyampah bila tengok malaysia main. realitinya liga english telah menjajah minda orang orang kita. padeli dan pp, entah dari kampung hulu lipis mana tiba-tiba boleh sokong arsenal. apa kejadahnya diorang ni. nak kata diorang lahir kat arsenal tak jugak, belajar kat arsenal ke, macam mana diorang boleh sokong arsenal. tak ke mangkuk namanya. adek aku jeman tiba-tiba sokong sama liverpool, syok sendiri, kalau tanya liverpool kat england belah mana mesti tak tahu jawab. banyak sangat penjajahan liga english dalam kotak pemikiran orang-orang kita.

bila malaysia kalah sama vietnam dan thailand ramaia giler orang kutuk. cakap main tak kemas laa, passing tak steady laa, sistem tak ada laa. kesian beb pemain-pemain muda kita. relaks laa. bagi diorang peluang lagi. paling kuat pun kasi tukar jurulatih. budak2 muda jangan kita kutuk sangat beb. sabar..sabarkan separuh dari iman.kalau tak dapat main macam dalam liga english pun tak pe. dapat main macam liga itali B pun dah ok. aku rasa pemain bolasepak kita pun terjajah mindanya dengan liga english. sudah-sudah laa liga english tu. kita layan liga yang sedang-sedang sudah laa. sudah laaa...kita perlu sokong malaysia untuk kelayakan piala asia yang seterusnya...peace

woi, korang tak sedar kee?

Rabu, 10 Disember 2008

harap pasukan malaysia pakai baju batik bila lawan bola tahun depan...kasi kemas sikit bila main bola....

jersi team Sriwijaya FC dari indonesia
(jersi paling true dan bercorak nusantara)


jersi pasukan Kelantan untuk musim 2009
( tak true sebab corak batik dia tak banyak)

Sabtu, 29 November 2008

Antara Jeram dan Jurang - Datuk Haji Razali Haji Ismail

Pandangan aku secara peribadi walaupun tidak begitu rapat dengan Allahyarham ialah beliau merupakan seorang pemimpin intelek yang berjiwa masyarakat, motivator yang menyakinkan, pemidato yang hebat, pemimpin yang berdedikasi, pejuang pendidikan negara dan cukup komitmen dalam menjalankan tugasnya.

penulisannya yang bertajuk antara jeram dan jurang dalam dewan masyarakat keluaran ogos 2008 membuatkan aku rasa 'admire' dengan Allahyarham Datuk Haji Razali. dalam penulisan beliau dinyatakan 5 rukun dalam menanggani ' jeram' dalam realiti kehidupan: -

rukun pertama - belajar daripada kepayahan hidup
rukun kedua - memaksimakan tenaga
rukun ketiga - tenang dan sabar
rukun keempat - daya fokus
rukun kelima - menguasai gerak hati.

"esok, gema suara di langit terbuka ini, kalau masih kedengaran, ayatnya sayup di kejauhan, kerana ia adalah tempias angin dari jeram dan jurang, suara dari lancang, berlainan lautan suara dari unggas berlainan rimba. "

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan membalas kebaikan-kebaikannya. Al-Fatihah.

Selasa, 25 November 2008

holilday dalam hujan

ada satu zine waktu remaja dulu yang aku suka baca. namanya holiday in the rain. tulisan rulez ke apa kejadah namanya. budak kuantan. dulu hari-hari kitaorang selalu meng'contack' melalui surat. dia belajar kalau tak silap aku kat politeknik PD (ingat-ingat lupa)

setiap kali musim cuti sekolah hujung tahun memang secara autonya mesti hujan. sekali sekala banjir. setiap kali hujan di musim cuti sekolah hampir saban tahun ingat ke nama zine nie. memang sentimental sungguh nama zinenya. rules, mana lu pergi?

notakakis: tengah-tengah sibuk hujan dan bencana, apa kes sinar harian tulis pasal inspektor polis kahwin? itu belum cerita pasal sambutan hari jadi anak sape entah...mana hati gua tak tercalar!

Rabu, 19 November 2008

semestar baru menjelang tiba, tapi satu hasil pun tak ada lagi ni. hidup banyak di habiskan dengan facebook, tgk bola dan membaca utusan malaysia...

kajian aku

ps : team satu geng sambung belajar dengan orang-orang besar UDM. aku bergambar malu-malu sebab takut masuk sinar harian. aku syak semuanya bijak, intelek, layan radio IKIM, baca NST, ada facebook dan tak minat america football. aku syak aku sorang jee sokong liverpool dan baca utusan malaysia.

Selasa, 11 November 2008

susah orang jawa dan susah orang jawi

bibik yang bini aku sewa baru baru ni selama 8 jam untuk membersihkan rumah aku ada ijazah akauntan dari universiti di Indonesia. gaji dia sebulan rm900. daripada duit tue, semuanya dia hantar ke kampungnya di indonesia. tak pasti indonesia di mana, jawa barat, jawa timur, surabaya, lombok. aku tak pasti.

kalau kat malaysia. pelajar lepasan universiti mungkin sibuk cari kerja yang pakai tali leher kat pejabat- pejabat berhawa dingin. tengok jee padeli, belum habis belajar dah bercita-cita nak pakai kereta K.E. apa kejadahnya keretanya aku ta tahu.

kalau kat malaysia masa kat universiti dah pakai motor. yang kaya sikit masa zaman aku pakai kancil. yang miskin sikit macam aku pakai honda cup lampu petak. yang kaya sederhana pakai EX5. yang betul-betul miskin dan taknak menyusahkan mak ayah mungkin sanggup jalan kaki tak pun menumpang kasih dengan mencari pakwe atau makwe yang pakai motor atau kereta. contoh korang sendiri boleh tgk di IPTA swasta atau awam yang berdekatan.

mungkin kat indonesia kehidupan diorang susah. malaysia dah kira lubuk mas bagi mereka. bibik yang ada ijazah akauntan diorang hantar kat malaysia. agak2 bibik yang ada ijazah kedoktoran diorang hantar ke arab saudi atau negara-negara kaya lain. tapi aku syak bibik ni mungkin agen spy untuk kerajaan mereka. aku agaknya, tapi aku kagum dengan kesungguhan bibik yang bini aku sewa nie. kerja bukan main bersungguh-sungguh. tak pernah aku tengok orang cuci tingkap sungguh-sungguh. itu belum part cuci tandas sama cuci bilik tidur aku. tapi bini aku ada cerita ramai geng-geng cikgu sekolah dia puji bibik nie.

orang tanah jawi? susah hati pasal industri muzik tanah jawa menyeliap masuk dalam industri muzik tempatan, susah hati sebab banyak sangat cerita indonesia di kaca tv, orang tanah jawi susah hati pasal ramai orang tanah jawa masuk tanah mereka, semuanya kerana orang tanah jawa...

ps: kekalkan tulisan jawi!

Isnin, 3 November 2008

alunan muzik yang paling nyaman



ps: nak belajar main piano...

the story is old - YOU KNOW - but it goes ON...

rumusan cerita sivaji the boss.

1. pagi raya depavali aku panik sebab ingatkan sivaji ditayangkan pada malam sebelum raya. tapi lega bila dapat tahu ia ditayangkan pada malam raya.

2. 8.55 malam aku dah ready baring depan tv. siap hampar tilam dan ada 2-3 bantal. lepas tu sms promosi cerita tue kat kawan-kawan.

3. hari tue pecah rekod. aku rasa ada laa dah 19 tahun tak tgk cerita tamil.

4. rajnikanth aku syak awek muda. macam jefri din, dari dulu muka macam tu jugak. tak ada ubah-ubah. patut laa fahmi fsf jadikan dia hero pujaan hati.

5. sivaji memang cool dan baik hati dan berfikiran konsevatif sikit. cari awek kat kuil. mana ada orang tiru zaman sekarang.

6. penjahat dia memang cool. nampak dah tahu jahat. tapi macam orang baik. hati baik dan hati jahat(dua-dua ada), pergi mana-mana pakai kain. scene berjalan penjahat nampak macam berhemah dan berkarisma tinggi.

7. skill paling gampang ialah skill makan coklat(makan coklat baling kat tangan lepas tu masuk mulut) dan skill baling duit syiling. aku try buat sampai hari ni tak jadi-jadi.

8. kepala jadi pening sikit bila masa scene gaduh-gaduh. kamera dia pusing-pusing. paling ajaib sambil gaduh siap menyanyi dan main piano sekali. otai giler. aku agak kalau filem ni tayang sama time dengan cerita matrik boleh jadi filem matrik tu tak laku.

9. ayat yang paling cool, " aku dipenjara sebab membuat kebaikan untuk masyarakat " (ayat awal filem) dan " kau tak bawa satu sen pun bila ke sana(mati) " ayat last sekali.

10. adegan makan cili sebab nak tunjuk cool adalah adegan 18sx.

11. disebabkan cerita tamil. mana ada hero mati. sorang hero boleh lawan 20 gangster madras. ganas giler. ps : gangster madras adalah antara 10 gangster terbaik dunia

12. banyak lagi aksi atau adegan yang terbaik. itu belum lagi cerita pasal scene nyanyi dan scene joget dia. korang pikir apa giler cerita masa scene nyanyi siap ada gambar sivaji kat perut diorang?

13. aksi paling menarik ialah aksi main kepala botak sivaji. usik sikit siap ada bunyi...sawan beb...

rumusan : aku yakin satu hari nanti mamat khalid akan bikin cerita macam nie!

ps: baca dalam wikipedia cerita ni ada kesan negatif pada parti yang memerintah kat india dan aku syak hindraf pakai kod etika cerita ni untuk memberontak. mana laa tahu...

Ahad, 2 November 2008

pagi pagi yang separuh blues...

tshirt adidas. seluar bonia saiz 38. kasut nike panjat gunung. aku rasa macam alien semalam. semua dalam kelas pakai smart-smart. paling smart aku tgk pakai baju macam pergi kerja. siap pakai tie. aku dah panik mula-mula. aku dah start nak balik rumah. hati aku meronta-meronta bila aku tgk ada orang datang siap pakai baju batik. ada sorang ustaz tue siap pakai baju batik, pakai kod dan pakai kopiah. bukan apa boleh kata semua orang pakai kameja dan berkasut kulit hitam. semua orang smart. semua orang hensem. semua pakai minyak rambut.

aku blah pergi kat kereta. aku dah start enjin. tiba-tiba aku nampak jaket hitam aku. ok. boleh cover. arh..tak jadi balik dan masuk semula ke kelas. aku tengok semua pelajar-pelajar sarjana dan bakal doktor ambik serius kelas pagi nie. aku try ambik serius jugak. tapi tak dapat. mata aku gantuk. aku tertidur kejap. tapi aku syak penyelia aku pandang serong kat aku sebab masa tu kepala aku dah serong. aku stay up balik. buat-buat steady. aku try buat serius. aku belek apa yang patut. tiba-tiba aku jadi boring. bende yang di ceritakan terlalu ilmiah.

tiba-tiba aku pikir pasal bola malam ni. aku pikir kalau liverpool lawan jam 9.00 malam memang confirm tak boleh tengok. isteri aku dan geng-gengnya lebih cenderung gelak ramai ramai dalam sehati berdansa. aku dah risau. tiba-tiba aku hidup dalam blues. kalau aku tgk jugak bola mesti mendatangkan perasaan marah dan kecewa pada geng geng sehati berdansa di rumah. nanti diorang cakap aku tak support local scene. kalau aku tak tgk bola mesti aku akan ketinggalan perlawanan and aku mungkin jadi peminat liverpool yang tak true.

memang sampai malam aku hidup dalam blues. ada ke games pukul 1.25 pagi. apa dia pikir hari ahad tak kerja ke kat sini....??

Rabu, 29 Oktober 2008

meditasi otak padeli...

blog padeli true. bersih. pikirannya bebas dari unsur kelucahan dan jugak anasir anasir luar. tak macam pp yang banyak di pengaruhi dengan unsur unsur luar macam bende2 yang melemahkan semangat macam band weezer ,search dan juga the smiths, padeli tak mendengar semua bende tu. padeli habis mengaji. amin, amar dan pp aku tak tahu.

padeli dah ada blog. aku yakin dia bakal meletup. dia tak ada rule dalam penulisan blognya. sekejap2 dia menggunakan perkataan 'gua' dan kejap-kejap 'aku'. kritikan sosialnya tetap. sapa tak pandai, tak pandai laa. sape tak habis mengaji, tak habis laa. sape tak reti main bola, tak reti laa.

semangat dia kuat. apa yang dia cakap dia akan kotakan. lepas ni tunggu laa dia tayang kereta K.E (apa kejadahnya kereta nie?) depan rumah korang. aku tgh berdebar nak tunggu nie.

blog dia memang di rekomenkan. http://padlychenko.blogspot.com/

dia mungkin tak ada dalam senarai dalam anugerah " loser of the year tahun 2008 ..."

Selasa, 28 Oktober 2008

flat dan masyarakat dan orang india..

dulu kat tempoyang ada dua flat yang tingginya di puncak awan. nama dia flat tempoyang. sebab apa nama dia flat tempoyang sebab dah duduk dalam kawasan kampung tempoyang. masa tingkatan satu, aku ada try nak buat satu kajian georgrafi tak pun sejarah. nama dia sejarah flat tempoyang, tapi usaha aku terbantut sebab bila aku tanya abah aku bila flat tempoyang ini dirasmikan, maka abah aku jawab tak ada siapa lagi yang pernah rasmi flat ni. kecewa punya pasal, maka aku ambik keputusan terima belajar kat luar lipis masa tu.

flat tempoyang ada dua bangunan. satu blok A dan satu blok B. blok A untuk golongan melayu dan bumiputra manakala blok B untuk cina dan india. flat tempoyang ada 4 tingkat dan satu tingkat ada 12 buah rumah. dalam rumah ada hanya 2 bilik tidur, satu tandas, satu ruang tamu dan satu beranda.

blok A kira blok yang paling tinggi aku rasa dalam kawasan tempoyang nie. dulu aku ingat paling tinggi dalam kuala lipis tapi lepas pergi melawat kat flat sungai kerpan ada satu hari tu maka sah memang tinggi lagi flat sungai kerpan tue.

masa aku mula-mula duduk dulu, blok A dah kira penuh. cuma tingkat 3 dan 4 tak ada orang lagi. baru sikit2 nak masuk. blok B, hanya satu rumah sahaja yang orang baru. satu keluarga India yang cukup memberi makna dalam skop masyarakat majmuk di malaysia. aku lupa nama ketua family dia, tapi aku ingat seorang anak dia menama Kumari. aku panggil dia kak kumari. bapak dia aku panggil ane dan mak dia aku panggil aci.

Blok B masa tu tak masuk eletrik lagi. sebab rumah aku view dia menghala ke ladang getah maka hari-hari aku aku tgk rumah kak kumari. aku ada try tanya abah aku kenapa blok B tak masuk eletrik lagi, then abah aku cakap sebab orang tak ramai masuk lagi.

hubungan masyarakat melayu dengan keluarga kak kumari sebenarnya amat erat. bagi aku kak kumari ni macam kajol, comel dan menawan. bahasa melayunya cukup hebat dan tak ada langsung bunyi india(ada laa sikit-sikit). kak kumari ni jugak jenis manusia cerdik jadi masa aku sekolah rendah bapak aku hantar aku bertusyen dengan kakak kumari. tak silap aku dia ajar aku matematik dan english. sebab kamcing sangat, aku rasa rumah kak kumari dan kira rumah kedua aku. ada peluang aku jalan.

masa depavali merupakan satu masa yang cukup meriah kat flat tempoyang. pagi-pagi dah pergi beraya kat rumah kak kumari. kak kumari ada cakap jangan risau pasal masakan dia sebab semua ayam dia beli dari orang melayu dan gerenti sembelih punya. favorite masa tu tak lain dan bukan ialah tosei dan juga maruku sama satu makanan yang keras tak patut yang aku sendiri yang reti nak beri nama.

hubungan aku dan kak kumari terputus pasal aku blah belajar luar lipis selepas UPSR. so sejak dari hubungan aku dengan masyarakat India tidak semersa seperti hubungan aku dengan keluarga kak kumari.

flat tempoyang ada satu contoh indah kejayaan masyarakat majmuk di malaysia. walau pun tak dapat di nafikan berlaku juga permasalahan hubungan semasa di flat tempoyang, tapi aku rasa kepimpinan melayu, cina dan india flat dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik sekali. dulu syok dapat gotong royong sama-sama dengan india sama cina. dulu main bola kat bawah flat sama-sama degan cina dan india. masuk hutan sama-sama, cari buah getah sama-sama. tapi sekarang aku tgk muhibah kaum agak kurang bila aku balik tempoyang.

tahun 1996/1997 aku tak ingat bila. tapi masa tu kami semua dah pindah ke kampung tempoyang selepas didapati rumah flat yang kami duduki tak selamat untuk dihuni. maka sejak dari tu aku tak pernah lagi jumpa kak kumari walaupun mak aku cakap rumah kak kumari kat belakang rumah aku. mak ada cakap juga yang ane dan aci kalau tak silap dan meninggal, ialah masa aku kecik masa darjah 6 pun dua-dua tu dah tua.

persengketaan antara kaum merupakan satu perkara yang perlu kita elakkan. dalam masyarakat majmuk seeprti malaysia ini aku berharap agar segala apa juga permasalah kaum dan agama dapat diselesaikan dengan baik sekali. bukankah tuhan ciptakan lelaki dan wanita dan pelbagai kaum dan bangsa yang ada didunia ini bertujuan untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain?

dan aku tak boleh jawab bila kali terakhir beraya depavali? 15 tahun? 10 tahun? 8 tahun?

Ahad, 26 Oktober 2008

pemimpin yang dipimpin

aku tak pernah lagi jumpa manusia yang offer diri nak jadi ketua kelas. tak pernah lagi aku dengar sesapa bangun dan angkat tangan dan berkata kat cikgu rohayu, " cikgu saya tawarkan diri nak jadi ketua kelas! "

tapi aku tahu masing-masing ada hati nak jadi ketua kelas. tapi segan nak offer diri. bagi budak darjah 3 jawatan ketua kelas tu dah kira besar dan glamer. bukan apa, biasanya lepas kelas, yang tukang angkat buku masuk bilik guru ialah ketua kelas. masuk bilik guru mesti glamer sebab mesti ada cikgu tegur.

lepas jawatan ketua kelas, masing-masing sasar nak jadi pegawas perpustakaan. bukan susah jagi pengawas perpustakaan, susun buku lebih kurang, lepas tu suruh budak senyap, then yang syok sikit boleh lepak lama-lama dalam library.

dah besar sikit, cita cita nak jadi pegawas sekolah termakbul kalau korang cerdik sikit. jadi pegawas sekolah memang glamer tak patut, pertama sebab baju biru. lain daripada lain. kedua kalau kena waktu bertugas boleh keluar awal pergi kantin. syok sikit jaga pintu pagar. lagi syok boleh lepak dalam bilik sound sistem jaga lagu negara ku masa perhimpunan.

itu cerita masa sekolah rendah. ini cerita pasal kepimpinan masa kini. 2 - 3 minggu aku dok pikir tentang soal kepimpinan. siapa pemimpin? apa itu pemimpin? apa makna pepimpinan? syarat-syarat kepimpinan? daya juang otak aku kekadang terbungkam bila memikirkan tentang persoalan kepimpinan dan contoh-contoh yang cukup banyak yang dihidangkan didepan mata pada hari ini.

sekarang macam mana nak cari pemimpin? yang rajin, yang bersungguh, yang beramanah, yang jujur, yang punyai idea, yang bijaksana, yang berahklak mulia jangan harap nak jadi pemimpin. yang banyak duit, yang pandai melobi, yang boleh kasi projek, yang ada syarikat besar, yang kaya, yang tak miskin, yang kurang berakhlak, yang tak ada idea mungkin ada peluang jadi pemimpin. sekarang, politik mainstream sekarang sape ada duit dia boleh jadi pemimpin. sape tak ada duit, simpan jee laa bakat kepimpinan tue. simpan dalam almari.

"akan tetapi terdapat juga di antara sebilangan mereka perasaan kicewa terhadap pilihanraya itu, kerana ianya seperti kemerdekaan juga, telah tidak membawakan perubahan yang dijanjikan kepada orang kampung khususnya. sebagaimana yang dirungutkan oleh setengah-setengah mereka, " apa nak pedulikan sangat? siapa juga menang, kita macam itu juga "....."
S. Husin Ali, Masyarakat dan Pimpinan Kampung di Malaysia.

Ahad, 19 Oktober 2008

haaa demehh....sokong local scene weiii...

sindrom sms lelaki berkahwin

kalau bini korang atau awek korang sms panjang-panjang korang jawab laa macam aku jawab sekarang. jangan balas panjang-panjang. tunjukkan kita sebagai lelaki yang berkarismatik, logistik, revolistik, bloglistik dan simplistik.

" ok " kekadang jadi " k"

" ye "

" tak " kekadang jadi " x "

" apa? " kekadang jadi " pe? " tak pun " ? "

" belum " kekadang jadi " lum "

ha..macam mana? berprosa tak?

Selasa, 7 Oktober 2008

cerita hari raya


raya tahun ni aku raya kuala terengganu. tahun lepas aku dah raya kota bharu. biasa laa dah kahwin. kita pandai gilir-gilir. tapi serius raya kat kuala terengganu tak meriah mana. geng aku tak ramai. jadi nak lepak sambil tengok gusti memang tak ada kaki.

2 hari sebelum raya aku balik kota bharu. macam biasa berbuka puasa bersama nenek dan mak ayah yang balik sana. baju raya dah beli, tapi jersey raya tak beli lagi. tahun ni aku memang ada hati nak beli jersi liverpool. sebelum tu memang beria-ria dah nak beli. dalam dompet memang tebal duit bonus. tapi bulan puasa keimanan cukup tinggi. apa cerita nak bawak kehulur kehilir lambang kasberg tue.

lepas buka puasa dan berentap winning eleven sesama adik beradik, kitaorang pergi ke wakaf che yeh. aku heran, dulu wakaf che yeh ni macam pasar malam kat bandar lipis jee. tak ada apa yang best. tiba-tiba meletup tak tentu pasal. apa kes? wakaf che yeh ni belakang rumah nenek aku jee. tapi nak cari parking memang satu hal yang membuat aku rasa nak menampar.

sampai wakaf che yeh manusia ramai tak patut. aku, jeman dan jeri terus membelah lautan manusia mencari sesuatu yang kita orang sendiri tak pasti. tapi tiba-tiba aku jumpa satu kedai jual jersey. tanpa berfikir dgn waras dan panjang aku terus menyambar satu jersey liverpool yang ada tulisan liverpool. brader yang jual siap tanya nak jersey liverpool cap apa? aku rembat 2 jersey liverpool, satu lengang panjang dan satu lenggang pendek, lepas tue satu jersey liverpool untuk jeman dan satu jersey chelsea untuk jeri. hampir ratus2 jugak jumlahnya.

ok. itu cerita 2 hari sebelum raya. cerita hari raya macam biasa. malam sebelum raya aku tak ada kerja. nak ajak member melepak diorang semua tengah jem kat bandar kuala terengganu. mydin dan giant kuala terengganu orang ramai tak patut. malam tu aku keluar cari majalah Apo? bumper super hari raya. dulu masa kecik-kecik setiap kali puasa dan hari raya, keluaran bumper puasa dan hari raya memang letup! lebih-lebih lagi majalah gila-gila. tapi sekarang tak menarik mana. semua jokes dia aku dah boleh tekel.

pagi raya aku kat kuala terengganu. lepas tu kita orang bertolak slow2 balik pasir putih rumah tok bini aku. lebih kurang petang-petang sikit aku balik kota bharu. sampai rumah nenek aku, semua orang macam tak ada. pakcik sedara sama jeman beritahu aku diorang semua tidur kat rumah mak sedara aku sorang lagi. so, aku pun terus ke rumah sedara aku. ah, semua dah tertewas. ini semua kes pulun nasik tak ingat pagi raya tadi. habis beraya kat rumah mak sedara kita orang terus balik rumah nenek aku then lepas tu pergi beraya kat rumah tok sedara kat kubang kerian. so aku boleh buat rumusan bahawa tahun nie aku beraya tak sampai 10 buah rumah sedara mara.

lepas puas berhari raya tiba-tiba datang idea pak sedara aku ciklan. kira punya kira semua sepupu dan sedara mara, cukup 2 team nak main futsal malam tu. apa lagi, walaupun games 1.20 pagi aku dah start pakai baju torres pukul 1100mlm. semangat tak semangat. rupanya semua sedara mara dan sepupu aku ni memang berbakat besar dalam bolasepak. adek aku jeman dan jeri memang berskill main. macam abangnya.

habis futsal kitaorang ramai-ramai ke kedai kopi yang ada astro. layan live liverpool lawan psv. apa kes jeri pakai baju chelsea bila liverpool shoot terus jerit sama-sama? apa cerita ciklan sama jeman boleh rasa nak muntah lepas main futsal?

memang beraya betul hari tue...pukul 4 pagi baru tidur....

Khamis, 25 September 2008

memperkenalkan delisha nur qistina


damia nur qistina dan delisha nur qistina. qistina maksudnya keadilan tapi ini semua tak ada kena mengena dengan parti keadilan rakyat dan usaha-usaha penubuhan kerajaan lompat oleh pakatan rakyat. dia orang melompat tak tinggi kot bulan-bulan puasa ni.

kau tag aku

apa kes main tag? hari tu pp dah tag sama aku. lepas tu amar tag pulak. ini apa kes macam budak-budak sekolah ni? sebab bulan puasa aku cerita sikit fakta ringkas tentang diriku.

1. walaupun sekolah asrama penuh, spm aku dapat 2. pendidikan islam, bi, fizik, add math aku dapat 7 dan kimia aku dapat 8. subjek yang paling aku tak reti dan membuatkan aku benci ialah subjek kimia. tak ada kepentingan dalam kehidupan aku setakat nie.

2. style yang paling aku suka ialah style masa menggangur dulu, pakai baju 'fuck the kapitalisme' dan seluar rambu ramba sambil bawa wcl 964 aku.

3. bini aku sekarang merupakan pelajar pratikal bawah aku dulu.

4. dari dulu sampai sekarang aku suka baca buku dan surat khabar sambil baring. aku try baca dalam keadaan duduk, tapi tak boleh sebab tak ada feel.

5. aku dah 10 tahun tak pakai jeans.

6. aku main championship manager(football manager) sejak tahun 1997/98.

7. aku lahir kat kelantan, membesar kat pahang dan kerja dan kahwin dgn orang terengganu. kalau lawan bola aku sokong semua.

aci tak kalau aku tag orang yang tag aku?

pp, amar, kumprinx, stam, ajis, huzaiba, dan jorji

Khamis, 18 September 2008

THIS IS SEKATI! ( baca Kampung Sekati, Manir, Terengganu)

liverpool 2 - MU 1

malam raya nanti aku balik kelantan. cari jersi liverpool yang tak ada cap " kasberg ".baru betul penyokong muslim liverpool!! pak arab dah beli city. anfield bila lagi?

this is ANFIELD!

Selasa, 9 September 2008

persekutuan tempoyang (satu kememorian )





gambar atas nie aku dah post dalam kepalafoto. laman baru bagi persekutuan. amar kasi komen gambar ni dia syak pada tahun 1997. aku tak setuju. pasal kalau 1997 aku mana mampu lagi nak beli handset berkamera. aku syak gambar ni dalam tahun 2005, tahun lepas aku ada anak.

kalau nak cerita tahun 1997. aku rasa aku duduk flat lagi. seingat aku, aku pindah ke taman seri tempoyang dalam sekitar tahun 1999. tak pun 1998. masa tu aku yakin amar, otam, pp dan amin baru lagi akhil baligh, bukan apa sebab nak gorat awek anak pengurus bank satu taman pun malu. try kau tgk pp, tahun 2004 keluar bandar pakai baju melayu. korang bayangkan pada tahun tahun 1997. mesti keluar bandar siap masukkan baju dalam seluar.

1997 zaman membara nak buat zine. pp ada zine, stam ada zine dan amin pun buat zine. amar tak buat zine sebab mak amar cikgu kemas. korang tahu laa cikgu kemas macam mana. malam-malam mesti cheak beg sekolah anak-anak. lagi pun amar sekolah asrama penuh. bangga sangat sekolah asrama penuh kat raub tu. hari-hari cerita pasal result pelajaran dia. padeli? haram katanya baca zine.

sah confirm seingat aku tahun 1997 aku still kat flat. petang-petang turun bawah main bola. biasanya budak kecik lawan budak besar. tapi dah lama-lama sebab budak besar asyik menang maka budak besar join sama budak kecik. selain main bola, kekadang pp buat gila bawak kayu hoki sama bola hoki. main sorang-sorang. macam orang giler pulak. sebab aku kesian sama dia aku kasi semangat ke dia suruh mencuba nasib dengan pasukan maybank, bsn dan sapura. aku cakap kat dia kalau boleh main hoki sama team maybank buta-buta jee boleh kerja bank. ha, mesti dia tak penah cerita pasal nasihat aku kat dia dalam blog dia. biasa laa dia, suka melupakan diri.

stam story dia tak banyak kat persekutuan tempoyang. main bola pun semi amatur. kalau main bola pun buat ramaikan orang je. dia join persekutuan pun sebab pp itu sepupu dia. lagi pun aku syak dia syok kat adik pipi. tapi sepupu sama sepupu tak elok kahwin. aku tak sangka pulak otam kerja kilang sekarang nie. sebab kalu tak silap aku dia belajar bab2 lanskap. itu laa akibatnya kalau malas belajar. amin masa tu suka bawak motor. bawak motor pulak tanpa lesen. bapak aku tok mat selalu juga tanya aku sama ada amin ada lesen ke tidak. tok mat selalu menasihatkan aku agak jangan selalu membonceng dengan orang yang tak ada lesen. tapi motor amin kita orang boleh syak dari jauh. kalau tengah lepak atas buaian ramai-ramai kita orang dah boleh dengar enjin dia dari rumah ejoy. oleh yang demikian sempat jugak padeli, pp, amar dan aku mengumpat sebaris dua tentang sound motornya.
masa 1997 aku syak padeli sekolah kat setiawangsa. ada satu kes dia cerita dia dapat wakil sekolah main bola. dia kata cikgu pilih dia pasal finishing dia 17. kalau main CM finishing 17 dah boleh beli main untuk kelab. ada satu hari aku dan kutu-kutu lain punya laa semangat turun padang bola setiawangsa nak tengok dia main bola. pp yang dari KL sanggup naik bas lompat-lompat balik lipis tengok padeli main .seingat aku tak nampak pun kelibat padeli dalam separuh masa pertama dan kedua. nasib baik laa aku anak polis. bapak aku tak pencen lagi masa tue. kalau tak aku dah bakar rumput-rumput kering yang ada kat tepi padang bola tue. menyedari kehadiran para persekutuan di padang bola, padeli beri alasan dia cedera masa latihan. nasib baik aku dan persekutuan yang lain dapat terima, kalau tak rumput kat rumah dia aku bakar. tetapi sekarang padeli dah maju. aku yakin dia pakai handset berkamera. dia ada beritahu aku dia nak kerja dalam tempat yang berhawa dingin macam aku. dia antara ahli persekutuan yang berjaya menempa nama di IPT dan aku yakin satu hari nanti dia akan jadi pegawai perhutanan yang tegas.
padeli, amin sama pp memang kawan baik. diorang mandi sama-sama kat lata area taman lipis, mengaji sama-sama dan keluar ke bandar tengok wayang sama-sama. amar masa tu geng sama sapik. sapik sekarang ada kat terengganu. kerja tangkap pendatang asing. sebagai anak orang gomen amar jenis manusia yang smart dan kemas. kalau nak keluar bandar mesti mekap lebih kurang. nak main bola pun siap mekap rambut. kalau main bola jangan harap dia nak tanduk bola tu. kalau bola tu jatuh dalam longkang, korang jangan harap nak tgk amar sentuh bola tu dengan kaki. jarang sekali orang offer nak jadi keeper.tapi sapik jenis kalau main bola mesti dia nak jadi keeper. aku ingat dulu dia jadi keeper pahang sebab lama tak jumpa. lagi pun sapik dengan aku kira dia hormat tak patut sebab mak aku gajar dia mengaji dan aku syak sapik minat kat adik aku syikin, kalau dulu dia panggil aku abang sham tapi sekarang mungkin frust dengan adik aku dia panggil aku apex.
p/s: sebab panjang sangat nanti aku sambung.

selera ramadhan dan jenis-jenis kain pelikat

satu pagi sahur.

" ustaz boleh tak ustaz terangkan kelebihan bulan ramadhan? "

" ye, dalam bulan ramadhan ini Allah melimpahkan rahmat dan hidayat-NYa kepada semua umat Islam. Allah buka pinta syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya dan di ikatnya syaitan-syaitan dan dalam bulan ramadhan ini juga..."

" nampaknya kita dah boleh angkat masakan ini...nampak sedap kan ustaz? "

dalam mata yang kabur. mulut yang penuh dengan nasik. aku rasa nak terajang jee tv nie.

satu malam tarawikh

" gajah duduk, gajah kursi, mangga, tak ada jenama, pakai track suit, satu set baju melayu..macam mana orang ni boleh pakai seluar sukan datang tarawikh nie...."

aku agak pahala tarawikh aku tinggal 4 daripada 10. haru...

Isnin, 8 September 2008

apa hal hari-hari layan google earth

puasa tahun ni macam puasa tahun lepas. hari-hari layan google earth. buat lawatan sambil belajar. masa pmr dulu geografi aku agak cemerlang. aku tak faham kenapa spm tak ada geografi. kalau korang perasaan geografi tak duduk bawah sains tapi duduk bawah ilmu kemanusian. korang pelik tak? aku rasa kalau ada subjek tu masa SPM aku gerenti dah lama aku jadi cikgu geografi.

ada sorang cikgu geografi yang aku ingat sampai sekarang. nama dia cikgu sarah. garang tak patut. bila time kelas dia memang confirm aku berdebar tak patut. kalah lagi berdebar waktu kelas mengaji. bukan apa dia jenis cikgu suka tanya orang. kalau salah memang confirm kena cubit. ingat tak sakit ke? azab woi. ada satu kes, dia tanya mana gurun sahara kat sorang kawan aku ni, sebab panik kawan aku tunjuk gurun sahara letak kat india. ha, ambik ubat, sejak tu aku rasa dia memang study geografi sungguh-sungguh. kalau tak silap aku jugak, cikgu sahara ni sebelum kelas mesti dia suruh letak tangan atas meja. apa kes? cek kuku sape panjang, yang panjang macam hantu siap ada taik kuku tu siap laa tangan dia, boleh buat alasan tak ambik air sembahyang.

apa kes dalam google earth tak nampak kampung tempoyang? satelit rosak ke apa?

Ahad, 7 September 2008

subuh gajah 3 puasa

" jam ni cepat 5 minit mcm rumah kitakan?" gua bersoal jawab dengan bini sambung mulut muncung ke jam dinding bilik kita orang kat rumah mertua aku.

" tak ada laa. ikut time betul nie..." jawab bini gua yakin

" laa ingat cepat 5 minit, kat rumah cepat 5 minit, dalam kereta cepat 5 minit, telefon hanset cepat 5 minit, bla bla bla..." bebel gua sorang-sorang dalam hati sambil pikir bukan semua rumah jam mereka cepat 5 minit...

Rabu, 3 September 2008

malam merdeka yang steady!

malam merdeka gua kena kerja. ada satu jemputan sambutan ambang merdeka dari persatuan belia yang nun jauhnya di sana. dari rumah gua ada dalam 60 km. lalu hutan belantara. so kalau pergi sorang-sorang memang gua tak pergi punya. malam-malam akhir sebelum puasa nie, gua syak hantu jembalang mesti buat last party. so malam tu gua ajak sorang staff aku.

bila sampai gua cukup terkejut, orang cukup ramai. dari mak ayah ke datuk-datuk, dari mat minah belia ke mat minat sekolah, dari dari budak kecik sampai ke adik pra sekolah semua ada. bila gua sampai tu diaorang tengah berkaraoke. wakil YB lambat, so diaorang suruh gua rasmi.

gua rasmi dengan steadynya dalam suasana dewan yang gamat. disebab kan terlalu gamat dan ada budak2 belia tak sabar nak berkaraoke maka gua pendekkan sahaja ucapan gua. lepas perasmian gua di mintak jadi pengadil untuk pertandingan mewarna bendera malaysia. dalam hidup gua ini laa kali pertama gua jadi pengadil pertandingan mewarna. lepas jadi pengadil gua di minta untuk buat 10 cabutan bertuah. lepas tu diorang ada cita-cita suruh gua menyanyi dan dengan lantas gua cakap sori mintak maaf suara tak ada.

agak-agak dekat pukul 1130mlm gua ajak staff gua balik. buat alasan nak tgk bunga api kat bandaraya kuala terengganu. tapi gua tahu tak ada bunga api malam tu pasal sambutan ambang merdeka besar-besaran kat kemaman. malam yang tenang, tak ada jerit2 merdeka, tv gua tutup, internet tak bukak, YM tak layan, rock tak rock, punk tak punk, patriotik tak patriotik, merdeka tak merdeka dan gua layan lepak sama anak baru gua.

malam tu gua rasa malam merdeka yang paling steady dalam hidup gua!

Rabu, 27 Ogos 2008

lewat dan sesumpah

permatang pauh? isu melewat? sesumpah? disumpah? rasuah? 60 juta? najib amal amalan hindu?

politik seni yang serba mungkin. banyak bacaan. semua orang ada bacaan yang tersendiri. prof datuk ni ada bacaan dia. prof kangkung ni pun ada bacaan dia. astro awani ada bacaan dia. pakcik mie bas tempoyang ada bacaan dia. pok jak taman ada bacaan dia.

sebab tu politik itu seni. sebab seni itu indah. dia indah sebab dia banyak tafsiran. serba mungkin. nak cari yang benar dan yang salah pun susah. sebab tu aku belajar politik.

masa spm aku ambik seni lukis. saja suka-suka. masa exam spm aku ada buat lukisan. aku buat pemandangan tepi laut. sebab lipis tak ada laut. maka bot nelayan aku tak macam bot nelayan dan nelayan yang aku lukis tak macam nelayan. tiba-tiba dapat 5.

sejak dari tue. aku rasa seni itu indah. seni indah pasal banyak sangat tafsiran. fizik, kimia, biologi, add mat bukan seni. sebab tue aku rasa aku tak dapat kredit masa spm dulu. tiba-tiba aku rasa aku orang seni...

nah ini kata-kata yang aku jumpa dalam buku 'falsafah ketuhanan' karya Prof Dr. Hamka.

" dalam jiwa manusia ada 3 sudut penting dalam perhubungan dengan alam, pertama perasaan kedua fikiran dan ketiga kemahuan. apabila perasaan kita lebih menonjol maka kita akan menjadi seorang seniman, jika fikiran kita lebih menonjol maka kita akan jadi seorang filsuf dan jika kemahuan pula lebih menonjol maka kita akan menjadi pahlawan atau seorang pemimpin terkemuka atau ahli agama yang membawa kefahaman yang baru.."

ha...korang yang mana?

Selasa, 19 Ogos 2008

impossible is nothing!

semalam aku rasa macam james bond sebab aku rasa aku lah manusia paling cool. lebih kurang pukul 4 pagi lebih-lebih sikit bini aku gerak aku dari tidur.

" bang jom pergi klinik. rasa nak beranak dah nie "

aku bangun dengan gaya yang sangat cool. rileks. sopan. dari kain pelikat aku tukar satu set dari atas bawah adidas. baju adidas, baju sejuk adidas dan seluar track adidas kecuali stokin aku, sekarang ni aku tidur pakai stokin so stokin tu aku tak tukar-tukar.

4.30 pagi keadaan masih lagi sunyi. rumah mak mertua aku sama klinik bersalin tu tak sampai 5 kilo. aku bawak dengan gaya yang penuh dengan karisma dan paling cool. dan aku dapati aku menekan minyak dengan selipar adidas yang di pakai dalam lebih kurang 40km/j atau kurang dari itu.

sampai klinik aku terus bawak bini jumpa doktor. doktor tidur dan semua misi-misi dia tidur lagi. sebab semuanya perempuan aku lepak dalam bilik dulu. jumpa port sofa panjang. cool! aku layan tidur dulu sebaris dua. tengah-tengah tidur dalam kul 5.30 pagi ada misi gerak aku.

" encik, masuk bilik pembedahan. bini encik nak beranak nie."

sekali lagi aku bangun dengan gaya yang cool. dengan satu set baju adidas dan sepasang stokin yang aku pakai tue. aku yakin aku manusia pertama dalam dunia yang dressing macam nie masuk bilik pembedahan.

aku masuk dengan gaya yang paling cool. gementar tak ada cuma rasa berdebar sikit-sikit. tapi aku tetap cool. macam aku cakap tadi, macam james bond.

aku masuk misi tue suruh aku duduk sebelah bini aku. tak sampai sepuluh minit tiba-tiba anak aku dah keluar. aku macam tak percaya jee betapa mudahnya bini aku beranak kali ini. sakit tak laa nampak macam orang sakit sangat.

kejadian pagi itu menginsafkan gua dan gua tak jadi cita-cita nak jadi james bond...

ps: semua kisah ini benar termasuk part dressing baju adidas tue...

Rabu, 6 Ogos 2008

itu cerita 10 tahun sebelum merdeka....51 tahun lepas merdeka apa cerita?

tanpa kebenaran penerbit filem ini. aku letakkan 4 klips dari filem 10 tahun sebelum merdeka untuk tatapan korang sempena bulan kemerdekaaan negara! itu cerita 10 tahun sebelum merdeka, cerita 51 tahun lepas merdeka? ini dia...buat bands, bikin blogs, buat zines, merempit, chat kat YM/mirc, main skate, bela ikan, pergi jam, masuk club keluar club, pergi maskara, pergi shoping dan bak kata pp makan nasik bila lapar...







kisah tepi laut 2

bukan nak mengumpat apa, tapi ini kisah benar. makanan kat terengganu makin mahal!! tadi diam tak diam harga nasik ayam dah 4 ringgit sepinggang. nasik putih sepinggang, tambah ikan keli, telur masak kuning dan sayur harga kat RM 6.30. tambah nasik ayam 2 bungkus jadi semuanya RM 14.30. wtf?

sebenarnya aku dah perasan lama makanan kat terengganu nie mahal. kalau nak berbanding dengan kelantan, aku gerenti yakin kat sana lebih murah dari sini. tapi aku rasa makan kat lipis mahal jugak harganya. tapi tak tahu laa sebab lama tak balik lipis. ftw?

agak-agak ini semua sebab harga minyak naik kan? rm 2.70 seliter memang membebankan. tapi tak boleh jugak korang nak salahkan kerajaan seratus peratus. harga minyak tetap naik, tapi naik laa slow-slow. f::K

aku rasa pindaan semula harga minyak nanti secara tidak langsung akan menyebabkan meter minyak di stesyen-stesyen minyak cepat rosak. bila cepat rosak, nanti pengusaha-usaha minyak akan caj 5% jika kita gunakan pam minyak yang pakai meter. aku agak laa...fm!

ha...aku yakin kedai makan jadi mahal sebab ada cukai 5 % yang kerajaan kenakan. korang perasaan tak kedai-kedai makan kita dah macam KFC. ada cukai 5%? cuba korang cheak tgk...fu!

makan tetap makan...

Isnin, 4 Ogos 2008

kisah tepi laut


ikan-ikan aku semua dah mati. dulu mula-mula ok.daripada banyak ekor yang ada dalam aquarium aku lebih kurang 12 ekor jugak aku derma ke kawan aku. lepas tue mata gatal nak bela ikan nemo. aku beli laa 4 ekor. siap upah orang ambik air laut dan tak sampai seminggu semua nemo mati.

ikan nemo ini cute giler. memang lawa tak patut, gerakan dia cantik. berseni. solid. kemas. aku syak nemo aku mati pasal aquarium aku tak cukup sejuk. tapi lepas aku buat pemeriksaan secara serius maka aku dapati tangki oksigen rosak. tapi lepas aku baca buku 'perikanan' kemungkinan mati sebab ada virus penyakit dalam aquarium aku.

sekarang aquarium aku dah lama bertapak dalam stor aku kat rumah. nak mulakan operasi perikanan banyak bende lagi aku nak pikir. bela ikan memerlukan satu set penjagaan yang rapi. tak boleh main-main. cuba korang main the sims. ikan-ikan dalam the sims tu kena beri makan hari-hari. seminggu sekali kena tukar air. kena cheak selalu sama ada ikan kena virus ke tidak. nak cheak ikan virus ke tidak pun dah kira satu HAL yang susah.

rileks. nanti aku buat come back (beli aquarium baru dengan penuh bergaya dan ilmu penuh di dada!!!!)

Ahad, 3 Ogos 2008

" kita perlukan penjahat yang berkualiti di bandar ini!! " the joker

dekat-dekat pukul 1 pagi tadi stam sms aku,

" eternal sunshine of the spotless mind kat tv3 skarang! "

dengan tegas aku jawab,

" kerja woi esok "

stam sebenarnya jarang-jarang sms aku. kalau dia sms pun benda yang penting-penting je. sebenarnya waktu tu aku sibuk tengah cari maklumat untuk study aku. so memikirkan susah payah stam sms aku pagi-pagi nie. maka aku pun bukak tv.

arghhh...dekat pukul 3 pagi jugak aku tidur semalam.

ps: aku syak ada adegan yang dipotong.

Rabu, 23 Julai 2008

aku bukan adam sulter...tapi aku minum susu malam-malam..

hari isnin baru ni aku jadi pelajar balik. sambung belajar kat UDM. pendaftaran cukup sempoi. tak payah beratur panjang-panjang dan buang masa menunggu. aku datang dah cukup lewat. sampai terus masuk bilik dan isi borang pendaftaran.

" salinan sijil asal tak bawak, gambar tak bawak dan laporan perubatan saya tak siap lagi nie.." cakap aku bersahaja

" takpe laa, encik bawak nanti.."

kalau aku jadi pegawai pendaftar, dan lama aku cakap ,

" awak nak belajar ke tidak? tak baca buku panduan ke? lain kali serius laa sikit! "

lepas daftar aku mundar mandir lepak dalam kawasan UDM. ramai budak dressing ala-ala adik aku jeman. aku agak ramai daripada mereka ni kaki shuffle. rambut sama baju ala-ala band my chemical romance. pakai tali leher tapi baju tak smart langsung.

aku teringat masa aku belajar kat UPM dulu. lebih kurang macam sekarang. cuba dulu tak ada jiwa nak jadi mat shuffle atau mat chemical romance. yang ada cuba baju 24 reasons sama baju biskut gorrila. seluar cawat labuh. ahh, identiti mat hardcore katakan. bawak beg sebijik kat belakang. seluar dan baju cari kat bundle chow kit.

kalau pikir baik-baik rasa nak gelak pulak. tapi aku tak gelak dengan idealisme yang aku bawak waktu dulu. aku serius. sampai sekarang pun aku masih mempertahankan semangat idealisme yang aku pikul dulu-dulu.

straight edge, etika d.i.y dan dan beberapa kebaikan-kebaikan seperti anti perkauman merupakan satu dua perkara yang sangat bagus untuk terus dipikul sehingga hari ni. melepaskan ketensionan tentang kekejaman manusia-manusia yang palat yang hanya memikirkan tentang keuntungan tanpa peduli akan kesusahan orang lain melalui ruang-ruang seni seperti lirik lagu dan perenggang-perenggang protes dalam fanzine-fanzine merupakan satu perkara yang secara personalnya disokong oleh aku sehingga hari ini.

" kebebasan bererti kita bebas menghayunkan tangan kita setinggi mana yang kita mahu asalkan tangan kita itu tidak menyentuh tangan, bahu dan badan orang lain. nah, hayunkan tangan ditinggi mana yang kita mahu. ayun! ayun tinggi-tinggi. "

kekadang, kebebasan itu ubat tapi lama-lama ia bertukar menjadi kurap. kebebasan tanpa sifat ketanggungjawaban merupakan satu malapetala yang bisa menghancurkan. aku keliru kekadang dengan konsep kebebasan. bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu? bebas ke sana ke mari tanpa sekatan? bebas bersuara? bebas memaki hamun? bebas menghayunkan tangan setinggi mana yang kita mahu sehingga hinggap ke muka-muka jahanam?

ada beberapa sekatan yang melanda golongan pencinta dan pejuang-pejuang kebebasan. yang pertama Agama. suka tak suka mereka secara tak langsung akan berdepan dengan manusia-manusia yang memiliki jiwa-jiwa agama. ada beberapa etika, cara hidup dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam agama sehingga ramai yang golongan pencinta kebebasan ini menolak agama sama sekali. mungkin korang pernah dengar perkataan seperti ini, " hey, ini punk rock dan hardcore fanzine, ini bukan buku agama...tolong jangan letak kat sini.."

ada juga idealisme yang dibawa jelas mencanggah dengan agama seperti feminisme. ultra/radikal feminisme jelas menolak agama. yee semua korang tahu bahawa semua agama langit memaklumkan bahawa asal wanita iaitu hawa itu jelas dari tulang rusuk adam. jadi perjuangan hak sama rata wanita itu akan menjadi tak sama rata laa kan?

apa korang pedulikan tentang nak jolok depan atau belakang? apa korang sibuk tentang hal seksual lelaki hensem dan wanita cantik itu? masalah isu seksual yang terbalik seperti lelaki suka lelaki dan wanita suka wanita merupakan satu isu yang menjengkelkan aku sekarang.

" saya wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki!!"

aku pernah duduk sama budak-budak pondan UPM dulu. tak lama sebab sakit jiwa sebab ada seorang abang tu minat kat aku. dulu aku bukan homopobic. dulu aku anggap itu kebebasan diorang. buat laa apa yang korang nak buat janji tak ganggu hidup aku. tapi bila diganggunya hidup aku. aku jadi tak keruan.

tapi sekarang, mungkin sebab aku dah besar sikit dan mempunyai pandangan yang agak "kemasyarakatan" maka bagi aku ia di anggap satu tindakan yang devian. jika mahu membesarkan dan meneruskan generasi masyarakat hari ini maka bagi aku golongan gay dan lesbian ini PERLU "di hapuskan".

haaa...ada bunyi macam adam sulter dalam v for vendetta tak? jika ramai jadi gay sama lesbian maka macam mana masyakarat akan berkembang? jangan bercakap pasal KLON kalau nak cakap pasal perkembangan manusia. aku nak bercakap tentang satu perkembangan manusia yang normal.

yang kedua mungkin adat resam / budaya yang dimiliki oleh masyarakat. kalau belajar sosiologi/antropologi kita akan dapat semua masyarakat memiliki set-set kehidupan yang mereka patuhi bersama dan berkongsi sama.

sebab tue ada satu lagu " township rebellion" dari rage against the machine yang berbunyi " why stand on the silence platform, fight the war, fuck the norm! " ahhh, angry betul bunyinya. walau pun lagu tu berkaitan dengan sistem apartheid kat south afrika ( ia juga berkaitan dengan kebebasan) tapi " kebiasaan" masyarakat juga merupakan satu penghalang kepada perjuangan kebebasan.

masyarakat melayu memang cukup terkenal dengan pantang larang yang banyak. itu dulu tapi tak tahu laa sekarang macam mana. dulu kalau orang tua bercakap, adalah kurang ajar untuk anak-anak muda menyampuk bercakap. dulu lalu depan orang tua kena tunduk hormat, jangan lalu belakang diorang. dulu kalau nak berkahwin kena pergi merisik, lepas tue meminang dan lepas tue bernikah. bernikah dulu baru kahwin. tapi sekarang mungkin dah ramai kahwin dulu baru bernikah.

rumusannya ialah tiada rumusan yang kursus dan umum. anda bebas merumuskan apa-apa yang rasional bagi diri ada. bagi aku memang benar kita boleh menghayunkan setinggi mana tangan yang kita mahu, tapi jika tuhan telah menjadikan tangan kita dihayunkan secara normal, buat apa nak hayun tinggi-tinggi?

aku bukan kat padang kawad...

Khamis, 17 Julai 2008

cerita dari cambodia

aku baru habis baca reader's digest keluaran jun 2008. muka depan gambar barack obama, bakal orang besar amerika. amerika memang negara yang besar. satu negeri dia tak ada pun sebesar semenanjung malaysia. maka kesimpulan aku kalau sesapa yang dapat wakil amerika dalam acara sukan memang dia terer gaban!

aku ada cita-cita nak pergi amerika. tgk amerika football sama baseball. sawan beb tgk dalam tv itu sukan. aku dengar cerita tak ada lagi orang mati gaduh-gaduh pasal tgk baseball sama football macam gaduh-gaduh tengok bola kat england.

aku bukan nak cerita pasal amerika tapi aku terkagum sehingga mengusik jiwa dan perasaan dengan satu cerita yang aku baca dalam RD nie. the healing fire karya sokreaksa s. himm atau nama senangnya sok(aku ringkaskan). mamat nie hidup masa zaman khmer ruoge. korang mesti tahu cerita-cerita pasal kekejaman rejim nie. satu hari kalau tak bunuh orang memang tak sah.

keluarga sok merupakan keluarga yang menerima kekejaman ini. suatu hari bapak dan adik-adik dia termasuk laa sok ni kena tangkap pasal disyaki dalang amerika. disebabkan diaorang nie memang kejam (askar-askar), dalang ke tak dalang, disyaki besar ke disyaki kecik ke maka secara manualnya confirm kena bunuh. maka dihentaknya bapak, adik beradik dan sok sendiri dalam satu lubang yang besar. tapi nyawa sok memang panjang. lepas askar-askar tue blah dari lubang tu dan pergi mencari mangsa baru maka sok bangun dan blah dari situ. dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sok melepak dicelah-celah hutan tak jauh dari lubang kubur tue.

tiba-tiba sok nampak mak dan kakaknya di bawa berhampiran dengan kubur tue dan askar-askar tue membunuh dengan kejamnya. sok nak menjerit tapi tak terkeluar suaranya. lepas membunuh semua ahli keluarganya askar-askar tue pun blah dari kubur tue dan sok ambik kesempatan untuk menatap wajah ahli-ahli keluarganya untuk kali terakhir. di depan mayat ahli keluarganya sok telah bersumpah untuk menuntut bela kematian mereka, jika tidak dia akan menjadi sami dan jika tak dapat menuntut bela dan jadi sami, dia akan blah dari combodia.

sok tak jadi sami. sok juga tak jadi tuntut bela.maka sok blah ke kanada. sok jadi paderi. tapi dendam kesumat dan mimpi ngeri sentiasa menghantuinya. memang laa. tgk mak ayah dan satu keluarga di bunuh depan mata. sapa tak trauma. ini bukan kes kecik. bukan kes tersepak batu atau tangan tersepit pintu atau kaki terkena ekzos motor. ini hal hidup dan mati.

jiwa sok tertekan, perkara lepas menghantuinya. sok ambik keputusan balik combodia. balik kampungnya dan cari pembunuh keluarganya. dia berjumpa dengan 2 orang yang membunuh keluarganya. yang menarik dia balik kampung bukan nak tuntut bela, tapi nak beri kemaafan kepada mereka yang telah membunuh keluarganya.

"aku datang ke sini hari ini adalah untuk memaafkan kamu. aku datang ke sini untuk membebaskan kamu dari hutang kamu terhadap keluarga aku. aku tidak mahu mengapakan kamu tapi memaafkan kamu..." sok berkata-kata demikian ketika berjumpa dengan mereka yang telah membunuh keluarganya.

kalau korang baca cerita ni memang korang rasa sedih. kalau korang baca yang aku tulis memang susah nak rasa sedih. aku tak dapat nak bayangkan orang seperti sok ini boleh memaafkan orang-orang yang telah membunuh keluarganya. korang boleh bayangkan? itu baru seorang manusia. manusia yang berjiwa besar. sanggup memberi kemaafan kepada manusia lain yang melakukan kesalahan yang besar kepada dirinya.

jika seorang manusia seperti sok boleh memaafkan orang lain dalam satu perkara yang cukup besar, bagaimana pula dengan kita dalam hal-hal yang kecil?

" aku menangis...menangis...menangis sehingga hilang rasa takut itu..." sokreaksa s. himm

Rabu, 9 Julai 2008

sungai bulan dan aku...

kuala terengganu - kuala lipis - penang - kulim - kuala lumpur - kuala terengganu

(cacatan pendek dari satu perjalanan yang panjang...)

bila kita beramai kita akan rasa nak sorang-sorang but bila kita sorang-sorang baru kita hargai rasa ramai-ramai tue. perjalanan aku dari kuala terengganu ke kuala lipis memang cukup membosankan. selalunya balik dengan anak dan isteri tapi sebab isteri aku gandung kat 9 bulan maka aku ambik keputusan balik lipis sorang-sorang.

adik aku si jeman dapat politeknik kat kulim. sebagai abang dan anak yang bertanggungjawab maka urusan penghantaran biar aku ambik hal. no hal. minyak mahal macam mana pun aku tak ada hal. sebagai anak dan abang aku rasa aku perlu lebih menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab. bak kata uncle ben dalam spiderman, " makin besar kita, makin besar tanggungjawab kita.." lebih kurang macam tu laa...

adek aku si jeman mat shuffle rupa-rupanya. itu pun didedahkan oleh amar. kalau tak kuar minum malam tu sama amar, mail dan kumprinx sambil layan hellboy tobat aku tak tahu jeman tu mat shuffle. kalau jadi punk rocker, mat skin atau mat hardcore boleh laa tahan sikit tapi kalau jadi mat shuffle aku kena study jiwa raga kehidupan mereka.

jalan raya dari gua musang ke cameron highlands boleh tahan bagus. boleh puji. jarang jumpa jalan-jalan yang baik dan cantik kalau nak ke kawasan tanah tinggi melainkan ke genting. tengok jee jalan bukit fraser boleh muntah 7 kali sebelum sampai. tapi aku hairan kenapa jalan2 kat sabah masih lagi kurang baik. aku rasa jalan dari kota kinabalu ke gunung kinabalu tak sebaik jalan gua musang ke cameron highlands nie...ada kah ini nasib orang sabah?

sampai ipoh aku boleh steady boleh nyanyi lagu nie "ipoh mali..ipoh malu, amoi kencing tarak bunyi... "aaaa...lalu ipoh jee secara auto aku nyanyi lagu nie...apahal?

aku sampai penang agak lewat. dalam 6.3o petang. sampai ambik adik aku di USM. adek aku aida yang kerja maybank ada support satu penginapan kat berjaya hotel. start kul 7.00 malam keluar usm kitaorang sampai pukul 8.30 mlm cari tu hotel. memang susah sungguh cari hotel tue tapi tak kisah pasal bila lagi nak stay kat hotel mahal-mahal.

pagi-pagi kitaorang dah turun, nak kejar pendaftaran jeman. kul 7.30pg kitaorang dah melewati bandar penang yang sunyi pasal hari tue hari ahad. lalu persiaran gurney, ramai sungguh warga emas cina duduk bersenam dan berjogging, susah nak jumpa warga emas melayu macam nie. lepas hantar adik aku ke usm, kitaorang pekena feri. adek aku jeman dan jeri tak pernah lagi naik feri. " jeri, nanti balik lipis cerita kat orang tempoyang yang aok naik feri, biar terlopong mulut deme.."

kulim. aku duduk kulim 5 tahun lamanya. dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5. abah aku kata aku halus bebenor masa pergi belajar dulu. takut nak lepaskan aku pergi sini sorang-sorang. lepas daftar jeman aku singgah sekejap masuk maktab. rumusan aku tentang mrsm pdrm yang pernah aku belajar dulu ialah bangunan asrama kotor, tempat belajar macam sesak sebab pembangunan pesat dalam kawasan maktab dan aku rasa masjid kem pph jalan junjung tue kecik bebenor. kecik jee rasanya. mungkin sebab aku dah besar kot...

dalam kul 4 petang aku gerak pulang. aku rasa sebak pasal mak aku menangis masa cium pp jeman. arhhh...emosi sungguh aku nie. tapi aku tak dapat nafikan bahawa aku nie seorang manusia yang berjiwa lembut, mudah simpati dan seorang yang mudah menangis. dulu masa kecik-kecik dulu, aku tak segan menangis bila tengok cerita hindustan yang sedih. banyak cerita sedih yang buat aku menangis kecuali cerita janji diana yang habis sirinya 3 minggu lepas kalau tak silap aku...

dari penang aku terus turun KL. tidur rumah adik aku semalaman. lenguh tak patut kaki dan tangan aku. tapi lepas kena urut dengan mak aku subuh-subuh hari. aku jadi segar bugar. ajaibkan tangan mak?

pagi tue lepas makan aku blah ke kuala terengganu. bawak sorang-sorang memang membosankan. lepas habis berangan, sambung berangan lagi..lepas satu...satu....sebagai manusia yang tak kejar apa2 aku selamat sampai kat kuala terengganu lebih kurang 6.00 petang. bawa slow-slow..pandu cermat jiwa dan duit selamat...

" aok lepas nie boleh bukak poliklinik..." aku cakap

" nape? " jeman jawab

" sebab aok masuk politeknik.." aku kabo

" betul ke besham? " jeri menyampuk

p/s: sayangi keluarga anda

Ahad, 29 Jun 2008

gua sibuk membaca buku-buku lama dengan puisi-sajak tahun tahun sebelum merdeka dan selepas merdeka...

sedang baca titian zaman dari usman awang dan ismail ahmad.

gua bukan mat puisi

Sabtu, 14 Jun 2008

thephobia

aku jumpa artikel yang menarik dalam saifulislam.com dan yang paling menarik adalah kata-kata daripada Hakan Sukur.

" Kita berada di dalam minggu kelahiran Nabi Muhammad (SAW), dan kita patut menghargainya. Bahkan kita sepatutnya membesarkan anak-anak kita dengan nilai toleransi Nabi kita. Para penyokong (Fenerbahçe and Galatasaray) sepatutnya datang ke stadium bukan dengan pisau, tetapi dengan bunga ros! "


p/s: buat apa gaduh-gaduh tengok bola nie...

gaya hidup yang bergaya

baru jee tadi gua down grade gua punya astro. dari bayar pakej RM 93.95 sebulan gua tukar kasi RM 54.00 sebulan. tak ada movie. tak ada news. cuma ada sports sama learning je. boleh laa. ingat-ingat nak ambik pakej asas yang tak sampai RM 40.00 tu tapi gua kesian sama anak gua nanti tak boleh nak tengok ceria.

esok gua nak down grade stremyx gua sama line telefon bimbit gua. ambik yang paling cikai. cikai? giler babi lama tak guna perkataan cikai.

gaya hidup mungkin berubah. gua nak try jadi vegetarian . makan sayur-sayur laa pulak. tanah tepi rumah akan di jadikan kebun sayur. tanam laa apa-apa. kalau tak faham mintak tolong pejabat pertanian.

pergi kerja mungkin naik bas. gua berulang satu hari dekat 80 kilometer. kalau isi minyak myvi agak-agak dalam rm 30 boleh ulang alik 2 hari jee. cuba bayangkan kalau gua naik kereta honda. tak ke bala. nampaknya kena pakai tangki ngv. tapi macam mana kalau gas ngv pulak yang naik?

eletrik naik? malam-malam nak tidur pasang lampu satu jee. had penggunaan komputer sampai pukul 11.00mlm. kipas kena bukak yang paling slow. kalau panas bukak tingkap. takut nyamuk? nanti pasang jaring kat tingkap. nyamuk gerenti tak masuk.

makan makanan segera macam KFC sama McD mungkin di hadkan 2 bulan sekali. banyakkan makanan kat rumah. jimat, cermat dan selamat.

kerana minyak gaya hidup kita berubah. berubahlah gaya hidup. tapi bak kata jorji, macam mana nak berubah gaya hidup sedangkan hidup pun tak ada gaya?

ps: main bola GAYA ronaldo ada laa aku nie....

Khamis, 12 Jun 2008

sekitar sukma

pembukaan sukma aku tak ada. pergi KL. balik sukma layan basikal sikit lepas tue layan ping pong sedikit sebanyak. dulu aku rasa masa pembukaan atau perasmian atlit-atlit masuk siap berkawat-kawat lagi. tapi sekarang aku tengok tak macam dulu. masa aku kecik-kecik dulu kat sekolah, kitaorang pun kena berkawat macam askar. ala-ala sambut hari merdeka. siap ada latihan lagi. tapi sekarang bende-bende macam nie dah kurang. tahniah pada penganjur dan mereka-mereka yang menang. terengganu menang cuit woi...cuti!








Rabu, 11 Jun 2008

sesibuk subang

dulu subang cukup membingaikan. hari-hari kapal terbang lalu atas kepala. aku yang duduk situ sekali sekala masa belajar dulu pun rasa bingai semacam. dulu masa kecik-kecik semangat nak cari duit lebih memang ada. keinginan kebendaan cukup tinggi. pernah kerja satu hari kat holiday villa dan aku jugak pernah kerja berminggu-minggu stesyen minyak subang. tahu tak stesyen minyak esso kat area sunway pyramid tue? ha, memang sah aku pernah kerja situ dulu.

serasa-rasa aku, subang dulu dan subang sekarang lebih kurang sama jee. sama sibuknya. masa aku turun subang hari tue, aku jadi gelisah gelaman bila sebut subang.

" nak pergi subang? jem tak patut situ.."

adik ipar aku kahwin sama orang situ. rumah diaorang kat area 3K Hotel. adik aku duduk kat area lepas mydin mall. apa kejadah namanya tempat tinggal diorang aku tak tahu.

lepas puas berjalan KL, kita orang cari hotel kat area subang. macam biasa cuti sekolah semua hotel habis. nak berkhemah memang tak ada tempat yang selamat. rezeki ada satu bilik kosong kat 3K tue. hotel murah so aircond dia pun jenis murah, tv pun kena panggil house keeping mintak area tv.

malam tu lepas cheak in, adik ipar ajar makan malam. orait. makan laa apa-apa pun. janji kenyang. adik ipar bawak jalan makan kat carrefour subang. lepas makan sedikit sebanyak, balik hotel balik. cadangan nak pergi ambik mak ayah aku yang kebetulan datang KL umah adik aku. tapi masalah pengangkutan adik aku telah selesaikan. maka secara autonya malam tue aku boleh rehat awal.

boring duduk bilik aku lepak bawah. cool. kat bawah 3k hotel ni ada a&w. dalam kul 11.00 malam aku turun cari makanan. nak makan ayam tak sedap. nak minum rootbeer bahaya. banyak asid. last2 aku order waffer. lama giler menunggu.

aku hairan. hairan dan mendebarkan. dalam pukul 10.00 - 11.00 malam. mereka bersama mak, ayah, opah, datuk, abang long, kak de dan anak-beranak lain-lain keluar makan kat fast food ramai-ramai. bukan kat a & w jee tapi kat banyak tempat semua macam tue. diorang tak belajar sivik kesihatan ke? tak baca panduan kesihatan hamid arsyad ke? tak ada pedoman tentang piramid makanan ke apa? dah laa aku malas nak mengumpat tentang cara hidup makan diaorang.

esok, lepas makan. aku dan bini cadang nak pergi zoo negara. satu tempat yang aku tak pernah pergi. tapi kena pergi uitm shah alam dulu ambik pelekat kereta dulu. sampai shah alam dalam pukul 11.00 lebih. lepas makan aku dan bini melepak kat Mcd shah alam. dalam suasana azan jumaat berkumandang aku masih lagi steady maca surat khabar sinar harian. bagus paper nie. pkr ke, umno ke, dap ke, mca ke semua dapat liputan yang adil.

lepas anak aku dapat bermain di mcd sepapan dua..agak lama juga. aku menuju ke masjid shah alam. memang tak ada rezeki cari parking, cari punya cari punya cari, bilal dah panggil sembahyang. memang tak ada rezeki nak dengarn kutbah jumaat hari tu.

lepas solat jumaat memang cadang nak pergi zoo negara. tapi keadaan cuaca tak menentu.

" kalau shah alam hujan renyai-renyai, area zoo negara mesti banjir kilat " congak aku dengan confident seraya mencadangkan pada bini aku agar kita lepak sunway pyramid je petang tue.

rasanya dah berkurun tak pergi sunway pyramid. boleh sesat jugak rasanya. masa kecik-kecik dulu pergi sana pasal nak tgk orang main ice skating jee. nak main haram duit tak ada. tgh-tgh berjalan ada satu pameran jual meja makan yang siap ada aquarium ikan. harga mahal tak patut, meja makan yang 6 orang duduk dia jual dalam RM 8,000. yang meja kopi tu dalam 5,000. mahal gila tapi lawa. nanti laa dah kaya sikit aku beli. tapi beli kosong, tak termasuk ikan sama air.

puas melepak, damia nak makan KFC. budaya pemakanan yang tidak sihat. tapi disebabkan anak aku kecik lagi maka dia dibenarkan makan KFC. tengah-tengah makan adik aku sampai. rupa-rupanya dia kerja kat maybank dalam sunway pyramid tue. aku ajar dia makan KFC, tapi jawapan yang aku terima membingaikan,

" besham, akak bukan taknak makan kfc tapi akak lepas meeting ni pun makan KFC jugak.."

bingai, lepas meeting makan KFC. orang lepas meeting makan nasik minyak ke, nasik dagang ke, nasik ayam ke, kuih karipap ke, mee goreng ke, mihun goreng sama air milo o atau sirap pandan. ini makan KFC. aku memang tak ada cita-cita nak duduk KL kalau macam nie.

lepas makan, aku bawa damia masuk kedai mainan sama kedai buku, ambik buku belajar melukis satu dan beli satu anak patung barbie. jadi laa buat kenangan.

malam tu aku tidur rumah adik aku kat subang jugak. rumah dia lepas mydin mall subang tue. masuk kedalam lagi. seingat aku jarak dari hotel 3k ke rumah adik aku tak sampai 1o kilo rasanya tapi nak sampai situ ada laa kat setengah jam jika jem tak seteruk rasa dan mungkin cecah berjam-jam kalau jem sesangat. sah tak ada cita-cita nak aku kerja di kota-kota besar.

jalan jauh-jauh meletihkan. malam tue tidur agak awal memandangkan pagi esok kena bangun awal nak ke uitm shah alam.

bersambung ( shah alam bandar putar-putar)

Jumaat, 6 Jun 2008

melawat Kuala Lumpur


hujung bulan lepas aku dipanggil untuk satu peperiksaan. bini pulak cuti sekolah dan anak pun tak sekolah lagi. kebetulan pulak adik ipar aku ada konvo kat uitm. so dengan rasa gembira aku dan bini pun planning untuk bercuti-cuti malaysia ke Kuala lumpur.

kuala lumpur? sebut nama dah rasa goyang. sebelum bergerak ke kuala lumpur, bini aku dah kasi service baik punya enjin sama aircond kereta aku. maka secara gembiranya aku akan membaca kereta dengan penuh keriangan ke kuala lumpur. tol? takpe aku support? minyak? takpe nanti boleh claim.

28/5 pagi kami bertolak slow-slow ke kuala lumpur. tak ada apa nak di kejar. aku periksa keesokan harinya. sebagai seorang pemandu yang berhemah dan berhati-hati kita orang sampai ke tempat penginapan iaitu Hotel Seri Petaling dalam jam 7.00 malam. kawasan sini memang happening habis. lebih kurang macam kat area Kl International Hotel kat Chow Kit tu. tapi aku tgk sini kawasan cina ramai. melayu pun jauh-jauh ada laa kedainya. Malam tue aku bawak anak dan bini round ke serdang. tempat belajar lama. kasi lawat desa serdang, seri kembangan dan makan di kawasan seri serdang. satu kawasan yang menjadi port makan aku dulu masa belajar kat UPM. malam tue anak aku sibuk menangis nak pergi tengok 'fish'. memang salah satu objektif utama ke KL ialah ke aquaria KLCC. so, dengan kaedah psikologi yang tinggi aku berjaya menyakinkan anak aku yang kita akan tgk 'fish' tu sama-sama esok.

aku perasan bilik aku kat hotel seri petaling nie duduk sebelah dengan masjid seri petaling. korang tahu tak tempat bende nie. dulu masa aku belajar upm. aku pernah ikut sorang brader tabligh lepak kat masjid nie. tapi aku sedikit hairan pasal aku tak dengar bunyi azan subur pagi tue. selalunya kalau rumah tepi masjid mesti wajib dengar azan subuh nie...tapi confrim hari tu aku tak dengar pun azan subuh dari masjid tue. ke masjid tu ada perjanjian sama hotel ?

pagi lepas ambik periksa yang aku buat secara tidak bersungguh-sungguh. kita orang dah plan untuk ke midvalley. cari hotel area situ. lepas tue naik LRT pergi KLCC. aku call adik aku. tanya dia jalan ke midvalley. dia gagal menunjuk arah dengan baik. last-last aku jumpa Kl central. takpe, parking kereta kat sini dulu naik LRT pergi KLCC then kita cari midvalley lepas nie.

cuti sekolah orang memang ramai tak patut kat Kl central. dengan pengalaman lama semasa berada di KL, kitaorang dapat duduk dengan steady dalam LRT ke KLCC. ramai sungguh nak ke KLCC, apa yang best kat KLCC aku pun tak tahu.

sampai KLCC, dengan rasa lapar kita orang pergi makan dulu. sekali sekala nak jugak rasa makan tempat mahal-mahal. nasik beriayani aku harga kat RM15 dan nasik beriayani bini aku dengan harga RM 10. "diaorang kena bayar sewa mahal, sebab tue makanan diorang mahal." itu satu teori yang aku rasa boleh dipakai sebab apa makanan kat KLCC mahal.

habis makan perjalanan ke Aquaria memang jauh. aku rasa ada dalam satu kilometer. bini aku yang mengandung 7 bulan membebel secara solo. nak masuk sorang RM 28. kanak-kanak 3 tahun ke atas aku tak ingat. kakak counter boleh buat muka confused bila aku cakap anak aku ni belum lagi 3 tahun.

harapan mengunung aku untuk melihat keindahan aqua KLCC sedikit berkecai. terus terang aku cakap underwater world langkawi lebih comel dan lebih menarik. per10 aku boleh kasi 6 setengah jee kat aquaria KLCC nie. tapi kalau korang nak tgk pirana. korang boleh datang tgk. kekadang aku tgk view atau hiasan coral2 kat sini tak menarik hati sangat. so tak nampak macam underwater. tak macam langkawi.


boring dengan Aquaria. aku cadang nak blah cepat-cepat. nak cari bilik hotel. bini and anak aku dah letih. aku betul-betul rasa kecewa sedikit sama aquaria ni. tapi baju2 dia boleh tahan. boleh tahan menariknya dan aku angkat 3 helai.

anak aku dah mengamuk nak tidur. mungkin letih sangat berjalan sambil tengok fish. dalam LRT damia dah tidur. sampai Kl Central ada dekat sejam aku melepak sambil damia tidur dalam suasana hujan yang lebat sambil kilat-kilat berdentum-dentum bunyinya.

dalam perjalanan balik aku try cari hotel area Chow Kit. JEM TERUK! last-last kitaorang jumpa jugak Midvalley. bini aku kata dia letih sangat. so, cadang nak tidur area midvalley terbantut pasal esok nak pergi Shah Alam. lepas pikir sedalam-dalamnya. kitaorang ke Subang Jaya dan cuba cari hotel kat sana. Summit penuh, Sheraton dan Holiday Villa pun penuh. tapi kitaorang bernasib baik pasal jumpa satu hotel bajet murah kat area subang. nama dia 3K. ok laaa...nak makan kat bawah ada A&W. malam tue, adik ipar aku ajar makan kat area Carrefour. letih seharian berjalan aku tertidur sambil layan cerita Penarik beca..." oh amran, bawalah aku lari amran...."

bersambung...cerita ceriti tentang subang dan shah alam.


" lain kali papa bawak pergi underwater world langkawi...sini tak best sangat..."