Khamis, 29 Oktober 2009

Nomos dan Dike

kisah dalam surat khabar melayu semalam mengenai seorang ibu yang membunuh anaknya akibat kemiskinan kekadang tak lojik untuk didengar dalam keadaan negara yang akan ada sebuah pasukan dalam F1.

ibu muda tersebut dilaporkan membunuh anaknya kerana tidak tahan dengan tangisan anaknya yang mahukan susu, oleh kerana tidak mampu maka dibuahnya teh untuk anaknya. dilaporkan juga ibu tersebut telah ditinggalkan suaminya, mempunyai 3 orang anak, mempunyai pendapatan hasil dengan membungkus serai sebanyak RM2 sekilo/segram(tak pasti) dan kejadian ini berlaku d Kota Bharu, Kelantan.

kemiskinan adalah penyakit sosial yang berlaku sejak dulu dan mungkin akan terus berlaku sampai bila-bila. adakah ibu muda ini tidak mendapat keadilan sosial dalam hidupnya? adakah dia tidak menikmati hasil-hasil daripada dasar-dasar negara? adakah Pengerusi JKKK/Ketua Kampung disitu tka buat kerja? tidakkan pejabat kebajikan masyarakat membuat kerja? apa kerja YB DUN dikawasan tersebut? kenapa dah tahu miskin maka tiada bantuan untuknya? adakah masyarakat disitu tidak prihatin tentang nasibnya? kalau dia miskin kenapa dia tidak cari kerja di Tesco, mydin, giant dan pasaraya lain yang bersepah di Kota Bharu?

bak kata Aristotle, manusia bila sempurna dia adalah lebih baik daripada haiwan-haiwan dalam dunia ni tetapi jika dia tersisih atau tergelincir daripada nomos(lurus) dan dike(jujur) maka dia lebih teruk daripada haiwan-haiwan di dalam dunia.

ketidakadilan sosial merupakan satu yang menyedihkan.

4 ulasan:

terra berkata...

kaya ke , miskin ke...kalau dah tak ingatkan Tuhan , macam tu la pex...


apex,
keh dah berborak - borak dengan Idris Jusoh tadi, wah bestlar dia bagi ucapan sama presentation power point, tak sentuh politik langsung , semuanya ilmu baru,
tapi keh malu lar nak ambil gambar dengan dia,
keh kan single lagi ngehngehnngeh....

♥ayudeadwish♥ berkata...

lumrah la tu...da namanyer pon manusia..
yg kaya trus2 kaya
yg miskin tahap tu je la law tak usaha..
maen politik je lebey

Bobo Brazil berkata...

buku teks BM sekolah dulu ade cakap,

"Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.."

// maybe kesusahan dia yang sebenar kita tak tahu...

j or ji berkata...

memang ada manusia yang memilih jalan singkat macam tu. baik miskin atau kaya.

dia tak nampak jalan keluar.