Selasa, 25 November 2008

holilday dalam hujan

ada satu zine waktu remaja dulu yang aku suka baca. namanya holiday in the rain. tulisan rulez ke apa kejadah namanya. budak kuantan. dulu hari-hari kitaorang selalu meng'contack' melalui surat. dia belajar kalau tak silap aku kat politeknik PD (ingat-ingat lupa)

setiap kali musim cuti sekolah hujung tahun memang secara autonya mesti hujan. sekali sekala banjir. setiap kali hujan di musim cuti sekolah hampir saban tahun ingat ke nama zine nie. memang sentimental sungguh nama zinenya. rules, mana lu pergi?

notakakis: tengah-tengah sibuk hujan dan bencana, apa kes sinar harian tulis pasal inspektor polis kahwin? itu belum cerita pasal sambutan hari jadi anak sape entah...mana hati gua tak tercalar!

1 ulasan:

Blogger Pahang berkata...

Assalamuaalikum, saya ingin senaraikan blog saudara dlm Himpunan Blog Pahang. Minta saudara singgah di sana dan kemukakan detail. Terima kasih.