Selasa, 11 November 2008

susah orang jawa dan susah orang jawi

bibik yang bini aku sewa baru baru ni selama 8 jam untuk membersihkan rumah aku ada ijazah akauntan dari universiti di Indonesia. gaji dia sebulan rm900. daripada duit tue, semuanya dia hantar ke kampungnya di indonesia. tak pasti indonesia di mana, jawa barat, jawa timur, surabaya, lombok. aku tak pasti.

kalau kat malaysia. pelajar lepasan universiti mungkin sibuk cari kerja yang pakai tali leher kat pejabat- pejabat berhawa dingin. tengok jee padeli, belum habis belajar dah bercita-cita nak pakai kereta K.E. apa kejadahnya keretanya aku ta tahu.

kalau kat malaysia masa kat universiti dah pakai motor. yang kaya sikit masa zaman aku pakai kancil. yang miskin sikit macam aku pakai honda cup lampu petak. yang kaya sederhana pakai EX5. yang betul-betul miskin dan taknak menyusahkan mak ayah mungkin sanggup jalan kaki tak pun menumpang kasih dengan mencari pakwe atau makwe yang pakai motor atau kereta. contoh korang sendiri boleh tgk di IPTA swasta atau awam yang berdekatan.

mungkin kat indonesia kehidupan diorang susah. malaysia dah kira lubuk mas bagi mereka. bibik yang ada ijazah akauntan diorang hantar kat malaysia. agak2 bibik yang ada ijazah kedoktoran diorang hantar ke arab saudi atau negara-negara kaya lain. tapi aku syak bibik ni mungkin agen spy untuk kerajaan mereka. aku agaknya, tapi aku kagum dengan kesungguhan bibik yang bini aku sewa nie. kerja bukan main bersungguh-sungguh. tak pernah aku tengok orang cuci tingkap sungguh-sungguh. itu belum part cuci tandas sama cuci bilik tidur aku. tapi bini aku ada cerita ramai geng-geng cikgu sekolah dia puji bibik nie.

orang tanah jawi? susah hati pasal industri muzik tanah jawa menyeliap masuk dalam industri muzik tempatan, susah hati sebab banyak sangat cerita indonesia di kaca tv, orang tanah jawi susah hati pasal ramai orang tanah jawa masuk tanah mereka, semuanya kerana orang tanah jawa...

ps: kekalkan tulisan jawi!

3 ulasan:

sak~ berkata...

kesian, nak wat camna. gua pun ingat nak jadi bibik kt norway.

Zaharuddin bin Abdullah berkata...

Syukur dapat bibik ok... Kesian kat diorang. Mujur malaysia tak join Indonesia Raya. kalau tak aku dah lama jadi buruh kat singapura.

PS: takut ambik bibik selepas kes majikan kena tikam!

padeli berkata...

pe kene mengena dgn gua lak..gua plan nak naek bas je pasni..gua sikalang ahli greenpeace...