dulu kat tempoyang ada dua flat yang tingginya di puncak awan. nama dia flat tempoyang. sebab apa nama dia flat tempoyang sebab dah duduk dalam kawasan kampung tempoyang. masa tingkatan satu, aku ada try nak buat satu kajian georgrafi tak pun sejarah. nama dia sejarah flat tempoyang, tapi usaha aku terbantut sebab bila aku tanya abah aku bila flat tempoyang ini dirasmikan, maka abah aku jawab tak ada siapa lagi yang pernah rasmi flat ni. kecewa punya pasal, maka aku ambik keputusan terima belajar kat luar lipis masa tu.
flat tempoyang ada dua bangunan. satu blok A dan satu blok B. blok A untuk golongan melayu dan bumiputra manakala blok B untuk cina dan india. flat tempoyang ada 4 tingkat dan satu tingkat ada 12 buah rumah. dalam rumah ada hanya 2 bilik tidur, satu tandas, satu ruang tamu dan satu beranda.
blok A kira blok yang paling tinggi aku rasa dalam kawasan tempoyang nie. dulu aku ingat paling tinggi dalam kuala lipis tapi lepas pergi melawat kat flat sungai kerpan ada satu hari tu maka sah memang tinggi lagi flat sungai kerpan tue.
masa aku mula-mula duduk dulu, blok A dah kira penuh. cuma tingkat 3 dan 4 tak ada orang lagi. baru sikit2 nak masuk. blok B, hanya satu rumah sahaja yang orang baru. satu keluarga India yang cukup memberi makna dalam skop masyarakat majmuk di malaysia. aku lupa nama ketua family dia, tapi aku ingat seorang anak dia menama Kumari. aku panggil dia kak kumari. bapak dia aku panggil ane dan mak dia aku panggil aci.
Blok B masa tu tak masuk eletrik lagi. sebab rumah aku view dia menghala ke ladang getah maka hari-hari aku aku tgk rumah kak kumari. aku ada try tanya abah aku kenapa blok B tak masuk eletrik lagi, then abah aku cakap sebab orang tak ramai masuk lagi.
hubungan masyarakat melayu dengan keluarga kak kumari sebenarnya amat erat. bagi aku kak kumari ni macam kajol, comel dan menawan. bahasa melayunya cukup hebat dan tak ada langsung bunyi india(ada laa sikit-sikit). kak kumari ni jugak jenis manusia cerdik jadi masa aku sekolah rendah bapak aku hantar aku bertusyen dengan kakak kumari. tak silap aku dia ajar aku matematik dan english. sebab kamcing sangat, aku rasa rumah kak kumari dan kira rumah kedua aku. ada peluang aku jalan.
masa depavali merupakan satu masa yang cukup meriah kat flat tempoyang. pagi-pagi dah pergi beraya kat rumah kak kumari. kak kumari ada cakap jangan risau pasal masakan dia sebab semua ayam dia beli dari orang melayu dan gerenti sembelih punya. favorite masa tu tak lain dan bukan ialah tosei dan juga maruku sama satu makanan yang keras tak patut yang aku sendiri yang reti nak beri nama.
hubungan aku dan kak kumari terputus pasal aku blah belajar luar lipis selepas UPSR. so sejak dari hubungan aku dengan masyarakat India tidak semersa seperti hubungan aku dengan keluarga kak kumari.
flat tempoyang ada satu contoh indah kejayaan masyarakat majmuk di malaysia. walau pun tak dapat di nafikan berlaku juga permasalahan hubungan semasa di flat tempoyang, tapi aku rasa kepimpinan melayu, cina dan india flat dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik sekali. dulu syok dapat gotong royong sama-sama dengan india sama cina. dulu main bola kat bawah flat sama-sama degan cina dan india. masuk hutan sama-sama, cari buah getah sama-sama. tapi sekarang aku tgk muhibah kaum agak kurang bila aku balik tempoyang.
tahun 1996/1997 aku tak ingat bila. tapi masa tu kami semua dah pindah ke kampung tempoyang selepas didapati rumah flat yang kami duduki tak selamat untuk dihuni. maka sejak dari tu aku tak pernah lagi jumpa kak kumari walaupun mak aku cakap rumah kak kumari kat belakang rumah aku. mak ada cakap juga yang ane dan aci kalau tak silap dan meninggal, ialah masa aku kecik masa darjah 6 pun dua-dua tu dah tua.
persengketaan antara kaum merupakan satu perkara yang perlu kita elakkan. dalam masyarakat majmuk seeprti malaysia ini aku berharap agar segala apa juga permasalah kaum dan agama dapat diselesaikan dengan baik sekali. bukankah tuhan ciptakan lelaki dan wanita dan pelbagai kaum dan bangsa yang ada didunia ini bertujuan untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain?
dan aku tak boleh jawab bila kali terakhir beraya depavali? 15 tahun? 10 tahun? 8 tahun?
4 ulasan:
betul sekarang melayu india cina dah tak ngam.
terlalu banyak halangan. Mungkin anataranya kita tidak tinggal satu taman. kalau taman cina penuh cina. kalau melayu penuh melayu..
kak kumari anak baper yerk??
nice entry, en sham... seronak bace. seronak??? hehhe...
Catat Ulasan