Selasa, 9 September 2008

selera ramadhan dan jenis-jenis kain pelikat

satu pagi sahur.

" ustaz boleh tak ustaz terangkan kelebihan bulan ramadhan? "

" ye, dalam bulan ramadhan ini Allah melimpahkan rahmat dan hidayat-NYa kepada semua umat Islam. Allah buka pinta syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya dan di ikatnya syaitan-syaitan dan dalam bulan ramadhan ini juga..."

" nampaknya kita dah boleh angkat masakan ini...nampak sedap kan ustaz? "

dalam mata yang kabur. mulut yang penuh dengan nasik. aku rasa nak terajang jee tv nie.

satu malam tarawikh

" gajah duduk, gajah kursi, mangga, tak ada jenama, pakai track suit, satu set baju melayu..macam mana orang ni boleh pakai seluar sukan datang tarawikh nie...."

aku agak pahala tarawikh aku tinggal 4 daripada 10. haru...

2 ulasan:

sak berkata...

cap atlas takde ke. tu kain paling hit

ammosham berkata...

sak, memang gua syak mamat depan gua pakai atlas. tapi sebab berkilau warna emas dia punya tulisan buat gua confused.