Ahad, 20 September 2009

Cacatan Puasa 1430 Hijrah

Macam biasa aku tulis style Mahathir.( marah sangat dia kat samy vellu rupanya..)

1. tahun ni puasa ok. cuma keadaan cuaca yang tak menentu dan serangan H1N1 menyebabkan jumlah tarawikh aku kat masjid agak berkurangan. banyak buat kat rumah daripada kat masjid. lagi satu serangan kumbang masuk telinga aku sehingga menyebabkan aku tak dengar dalam 2 minggu juga merupakan satu sebab mengapa kurang pergi masjid. kawan aku kata gegendang telinga pecah bahaya duduk kat speaker.

2. dalam banyak-banyak murtabak yang aku jumpa. satu murtabak kat pasar ramadan batu 6, kuala terengganu sedap tak patut. kat tempat lain lebih sayur dari daging. nak untung lebih aku agak.

3. onde-onde sama laksa penang merupakan dua makanan yang hari-hari ada kat dapur. kalau tak ada macam lain je malam tu.

4. disebabkan aku kerja gomen, maka jemputan untuk makan diluar memang banyak jugak diterima. tetapi banyak jugak aku tolak sebab perasaan berbuka kat umah lebih syok.

5. puasa ni sebenarnya bagus. melatih fizikal, emosi, mental, rohaniah, perasaan, jiwa dan sebagainya. aku masa kecik-kecik dulu menyesal jugak buat perangai tak senonoh makan di bulan ramadan. menyesal tu ada sikit-sikit. kalau tak sekarang aku dah buat ucap selamat hari raya dari universiti Al-Azhar Mesir.

6. bini aku puasa penuh tahun ni.

ps: tadi aku pergi wakaf che yeh. macam aku cakap nak berjalan pun susah. ni dah bukan selisih-selisih bahu dah, ni macam nak berlaga dada. baik duduk rumah layan tv rancangan ucapan hari raya tak pun layan gila-gila/ujang/apo? bumper tak pun layan takbir dan tahmid aidilfitri, pahala pun dapat.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

2 ulasan:

terrarosa berkata...

Salam Aidilfitri,
maaflah yer kalu keh ada terkasar bahasa, peh perkara 5 tu dari segi fizikal brapa kilo berat turun ? kikikiiiii...hah tahniah untuk perkara nombor 6 :)

amANI berkata...

Patut aa suruh orang lain beranak lagi ramai, carik geng rupanya. Hahah.