Rabu, 9 September 2009

aku, 2 ekor lembu dan kerajaan..

dari blog lama, aku jumpa dalam buku politik apa nama entah. boleh laa buat pikir-pikir sebelum buka puasa karang.

Sosialis - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik seekor dan memberikannya kepada jiran ku.

Fabianis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan jaga kedua-dua ekor lembu tersebut dan memberikan susu lembu kepada jiran ku.

Komunis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan beri aku sedikit susu.

Fasict- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan menjual susu lembu tersebut.

Birokrasi- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya, tembak seekor, jaga seekor lagi dan buang susunya.

Kapitalis- aku ada 2 ekor lembu, jual seekor dan beli kerbau.

Islam - aku ada 2 ekor lembu, jaga lembu itu, aku beri susu lembu itu kepada jiran dan yang memerlukan, jual selebihnya dan beli kerbau.

4 ulasan:

aida cy berkata...

cool..

meor saiful rizal berkata...

haha..sempoi

Jimadie Shah Othman berkata...

aku ada dua ekor lembu. susu dia aku minum sendiri dan jual kepada jiran aku. Kemudian beli kerbau, aku buat macam itu juga. Ikut suka akulah, lembu aku, kerbau aku. Apa kerajaan dengan jiran nak sibuk?

Ini panggil nama apa tuan?

sumy vollo berkata...

ayoyo maca.semua worang ada marah sama itu kerajaan ka. ini musti pasal itu lembu. itu KERAjaan ada LEMBU ka.ayoooo