Selasa, 25 Ogos 2009

Solusi!


terus terang gua cakap syarikat yang terbit majalah ini tak bayar gua satu sen pun untuk promosi majalah ni. SOLUSI, majalah hal-hal agama dan kehidupan yang terbaik yang pernah gua jumpa daripada ladang pemasaran majalah di Malaysia.

sangat sesuai di baca oleh mat-mat indie, golongan-golongan kiri sekular, manusia yang taksub dengan duniawi dan semua jenis manusia yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang Islam dan kehidupan.

yang gua bangga tentang majalah ini ialah gua tengok tak ada langsung syarikat kurma, syarikat-syarikat produk kesihatan, syarikat pembekalan Amah dari Jawa dan juga syarikat-syarikat travel/haji /umrah buat promosi/iklan dalam majalah ini kalau nak dibandingkan dengan Harakah. gua memang kagum dan gua ambik masa 2 minggu kasi habis baca majalah ini.

harga rm9.00, kulit berkualiti dan purata ketebalan isi dalam 108 mukasurat. yang paling gua rasa gampang sekali ialah gua dapat tahu majalah ini bila gua jumpa kat satu kedai kat Kuala Terengganu dan majalah ni dah masuk isu no 10. yang gua hairan sebelum ini setiap kali gua pergi kedai buku ini gua tak pernah nampak langsung majalah ini. nampak sangat tokey kedai ini order sikit majalah ni.

gua pikir daripada lu orang layan majalah kartun yang kutuk kerajaan, marah dengan PM, sajak protes dan maki hamun orang dan hal-hal kiri yang lain, baik lu orang layan SOLUSI, dapat jugak ilmu dunia dan akhirat.

gua mohon mencadangkan.

kakinota : Biar tak menyala, baranya jangan padam! Hidup Palestin!

10 ulasan:

bijen moretti berkata...

wahaha..
bagus bulan2 puasa nih..
;)

Schalfyzcha berkata...

Saya kunci usul anda!


*Insaf*

robb16 berkata...

bro,turun jb,kat plaza angsana..ade sume keluaran..harga tetap sama..member gua dah angkat sedikit demi sedikit..gua pun nak angkat gak,tapi belom mampu lagi..
kalau bro buat kad diskaun,boleh jimat sehingga 10%

Pipiyapong berkata...

Majalah blue yang lu cakap lu order pakai kredit kad tu dah sampai ke? Senyap je..kedekut laa tu.

terrarosa berkata...

salam Ramadan,
keh baru ada 3 isu , beli ikut tajuk 'cover' dengan slogan atas sekali,
bulan ni slogannya: BERIBADAHLAH SEBANYAKNYA HINGGA KAMU PENAT UNTUK BERBUAT MAKSIAT.
yang bulan lepas lagi 'deep'
ALLAH MENCINTAIMU DENGAN NIKMAT, MENGAPA BALASNYA DENGAN MAKSIAT
adeh , 'cover' diapun menginsafkan...

harga memang mahal dari majalah KERETA , tapi pulangan diakhirat memang berbaloi...malah lebih dari tu.

Cadangan disokong !

Abang Terrer berkata...

Setuju...

mannmusa berkata...

Syukran...Syukran....Syukran....

Tanpa Nama berkata...

"Biar tak menyala, baranya jangan padam!"
- mana mungkin tak padam kalo tak dihembus dan dinyalakan bara tu bro.. mat tiara dah 'sejuk' rupenye... tak radical ass la bro!-

iyan berkata...

alhamdulillah....

pu3aan berkata...

ermm..pu3 penah dgr org promote mjlh ni kat Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan last month..die promote kat jemaah..siap pakai speaker yg bese dorg gune utk solat n azan tu..huhu..dgr die cite mcm best je isi kandungannye..tp lum penah jumpe lg..so..xtau le..;P