Khamis, 13 Ogos 2009

Bro, suara mu terbaik di dunia!

Sebagai seorang peminat rahsia scene nasyid negara gua begitu merasai kehilangan Ustaz Asri Ibrahim. gua ingat lagi masa gua kat UPM, Raihan, Rabbani sama Hijjaz kira band kegemaran rahsia gua. Bila gua boring layan punk rockers dan muzik bingit yang lain, gua akan keluarkan kompilasi lagu-lagu nasyid yang gua dubbkan secara rahsia.

ada satu musim gua pergi tengok nasyid secara rahsia ke dewan besar UPM tu dengan baju gua yang agak rock. Masa tu gua kamceng betul sama sorang abang senior dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang satu kolej dengan gua. Memang time 1997 - 2000 scene nasyid memang diminati ramai dan berkembang baik. Rabbani kira satu band yang kekal konfiden dihati gua sebagai sebuah band yang paling gua minati sehingga ke hari ini.

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim.

4 ulasan:

langkasuke berkata...

alfatihah buat beliau.. segala kebaikan yg beliua lakukan utk umat islam moga dibalas berlipat ganda oleh Allah..

aminn ya rabb..

Juan Nazlan berkata...

al-fatihah..

IBU KUMBANG berkata...

hehe... time tu memang tgh hit nasyid. Ko kolej canselor yer, aku belakang kolej ko SIX tapi aku suke pegi koperasi canselor, mcm2 ade! huh dah lama x drop by kat UPM. rindu lak!

Pok Li berkata...

Suka dengar semua lagu. Al-Fatihah.