Khamis, 6 Ogos 2009

ke mana lu nak pergi?


gua bawa kereta dengan mode slow and steady. suara serak-serak basah J Mascis membuatkan gua hampir terfatamorgana. kereta gua meluncur dengan kelajuan 40km/j, kelajuan yang sama dengan gorengan gitar mascis.

gua teringatkan saat manis gua dengan Dinosaur JR. entah siapa yang bagi kat gua album Where you been tu. gua tak ingat. tapi lepas layan album tu gua memang jatuh cinta sama Mascis. sebab mascis gua try mengoreng gitar tapi jari manis gua tak boleh nak bengkok sangat.

bas metro serdang ke KL yang berhenti depan Metrojaya membuktikan cinta gua pada Mascis. ada dekat 10 kali brader tiket bas metro gerak gua turun sebab gua terlena dalam nafas-nafas Mascis. Gua ada try simpan rambut cam dia tapi keturunan rambut gua jenis rambut tebal dan bercabang. WTF!

gua dengar cerita album baru dia ada keluar dan gua dengan mode baju batik hari ni nak turun bandar KT cari. kalau tak jumpa memang gua turun towel records cari.


4 ulasan:

al razy berkata...

Ini salah satu album feveret gua.
Yupp, album baru diorang, Farm. Aku pun blum sempat dengar lagi. Kalau ko dah beli, dubbing2 laa bagi kengkawan..nanti aku passing tape kosong. hahaha.. macam dulu-dulu plak

Pok Li berkata...

Dah tak minat dengar lagu weh

Firol berkata...

memamng rare

j or ji berkata...

where you been - den bagi markah penuh utk album ni.

dinosaur jr. and j.mascis...terbaik!
tak emo pun jadi emo bila dengar...tak pasal2!