Ahad, 9 Ogos 2009

Sepagi di Bank Kuala Berang, Hulu Terengganu

Aku nak ikut style Mahathir menulis. Sekali tengok cam orang malas. Kalau buat karangan PMR style Mahathir tulis mesti dapat D. Tapi sape cikgu yang berani kasi D kat Mahathir?

Terdapat beberapa fakta ringkas menarik dan bombastik yang aku catat semasa aku melepak kat sebuah bank di Kotaraya Kuala Berang tadi.

1. Cash deposit bank ini dia letak dalam pejabat dia. Maknanya orang hanya boleh masukkan duit time waktu pejabat sahaja. Malam hari dan hujung minggu memang tak boleh. Kalau nak jugak kena pergi Kuala Terengganu sana. Apa pengurus ini ingat orang Kuala Berang tak keluar town ke malam hari dan hujung minggu?

2. Salah satu tugas hakiki pengawal keselamatan kat sini ialah tolong mengisi borang untuk pelanggan. kebanyakan pelanggan kat sini warga emas. aku pikir untuk warga emas takyah laa isi borang, suruh dia orang datang bank, bawak buku bank, ambik cap jari sekali, lepas tu beritahu jee nak masuk berapa ribu dan nak keluar berapa ribu. tadi pun ada sorang pakcik warga emas isi borang nak masuk duit RM 20,000 ribu. itu pun pak guard yang tolong isikan.

3. Ada seorang kakak tu aku tengok cara dia masukkan nombor akaun kat borang unik sekali. biasanya aku baca dan isi no akaun dari depan ke belakang. tapi dia baca dan isi nombor dari belakang sampai depan. lepas tu dia cheak banyak kali. memang kuat was-was kakak tu macam aku muda-muda dulu.

4. tadi ada sorang nyonya masuk bank. masuk rileks dan pakai seluar pendek. dia ambik satu borang keluar duit. lepas tu dia dengan tenangnya isi no akaun tanpa tengok buku bank. WTF! aku jerit dalam hati. macam mana dia boleh hafal 12 no akaun bank ni. aku dah kagum giler. tapi kekaguman aku hilang bila dia takleh nak eja perkataan LAPAN RIBU SAHAJA. ayo nyonya, lu dah berapa lama duduk Malaysia ni?

itu baru setengah jam melepak. Kalau sehari memang banyak kes nak kena pikir.

power to the people!

ps: pakcik dan makcik yang guna cap jari kanan dan kiri. Unite and take over!

5 ulasan:

Pipiyapong berkata...

1120 8101 5831. Gua tak tengok buku bank ni. Tak percaya cuba lu try masukkan duit.

Pekan Budaya berkata...

Bank pertanian kat pekan kecil gitu lah.....
agaknya kat lain cam tu gak

langkahkanan berkata...

Agaknya.. situasi ni berlaku kat Maybank kot.. yg kat depan pasar kole berang tu kan.. hahaha... memang unik ah dorang ni.. Mari makang jagorng sekali!

shidah berkata...

Oh kampung ku..
ko lepak kat bank mana mat..maybank ke?
betul 2 mat kadang2 tension gak dah la time office hour pun ramai gila kot org kat bank..

Tanpa Nama berkata...

aku harap lepas cimbank ada buka kat kuala berang ah. x pun bank muamalat ke...bank rakyat..pastu 3 tahun lagi swiss bank. baru x susah aku nak g bank bila balik kg