sepatutnya cerita ni keluar masa hari guru itu hari. tapi memandangkan siang malam aku meeting entah apa-apa maka aku ambik keputusan untuk tunda cerita ini ke satu tarikh yang tak berapa busy.
kat sekolah dulu aku ambik kelas prinsip akaun. masa tu kelas prinsip akaun hanya 50 orang jee yang ambik daripada 200 orang. 150 orang lagi tu takut dengan nombor dan bercita-cita tinggi nak jadi doktor. masa tu kelas Anggerik sama kelas Cempaka merupakan kelas yang paling power. tapi dalam banyak-banyak kelas, kelas aku Cempaka yang sangat cool, punk dan jarang-jarang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah.
cikgu prinsip akaun tu aku dah lupa nama. tak macam cikgu Azian yang gajar Matematik Tambahan, cikgu prinsip akaun ni kita glamer jugak dalam sekolah aku ni. masa tingkatan 4 hubungan aku dengan cikgu yang ada taik lalat kat bibir ni seperti biasa. tak ada apa yang luar biasa.
walaupun belajar prinsip akaun, kekadang cikgu ni best jugak. kekadang boleh jugak diajak bergurau. pernah satu hari dia tanya aku pasal apa imbangan duga aku tak seimbang, maka dengan penuh semangat pendidikan agama maka aku pun jawab " kalau seimbang amalan kita macam mana nak masuk syurga cikgu.."
ada satu kes dia nak kasi semangatlah kononnya kepada anak murid supaya bersemangat untuk belajar. contoh paling power dia kasi ialah " tengok cikgu ni, berulang dari penang, pagi2 dah naik bas, sampau kulim naik bas sampai sini pulak..bla bla..bla..." lepas tu seingat aku, aku ada kasi nasihat kat dia supaya cari rumah dekat dengan sekolah.
walaubagaimanapun entah apa kes masuk jee tingkatan 5 semangat punk dan malas belajar serta pandai mengorat telah menyebabkan hubungan aku dengan cikgu prinsip akaun ini seperti " pisang emas dibawa belayar, masak sebijik diatas peti, hari-hari malas belajar, result yang teruk di kemudian hari"
seperti Matematik Tambahan, prinsip akaun pun jenis aku tak reti jugak. sejak belajar prinsip akaun, imbangan duga aku tak berapa nak seimbang. salah satu sebabnya ialah kerana perangai suka men'copy' kerja sekolah dari budak perempuan kelas aku. aku ingat sebab tu aku banggang semua subjek.
maka satu hari cikgu ni dapat mengesan bahawa aku sedang mengorat anak homeroomnya. tanpa membuang masa dia panggil aku masuk bilik guru. masa masuk bilik guru dia nasihat, marah, sound aku macam-macam. seperti biasa aku tak mengaku. apa barang nak mengaku. paling tak power dia kata, prestasi anak buahnya menurun sejak aku mengorat budak tu. ini alasan yang paling tak kukuh. maka sejak tu hubungan aku dengan cikgu prinsip akaun ni kira dinginlah.walaupun tak berapa kacip namun aku dengan cikgu tu ok gitu2 sehingga spm.
spm menjelang tiba. aku sebenarnya tak faham langsung bab2 prinsip akaun ni. orang kata janji imbangan duga kena sama semua. aku target aku dapat 6 atau 7 prinsip akaun. harapan nak sambung belajar tingkatan 6 kat sekolah menengah kembali bersinar.
akhirnya spm prinsip akaun aku dapat 3. ending cerita kali ini aku tak reti nak kaitkan dengan hari guru. karang kalau ulas panjang2 nanti korang ingat aku suruh derhaka pada cikgu.
sebenarnya cikgu tu memainkan peranan paling penting dalam hidup ni. cikgu yang paling true ialah cikgu Maktab perguruan. cikgu KPLI tak berapa true. kebanyakkan diaorang kerja sebab dah tak ada kerja lain yang layak untuk ijazah diaorang. maka diorang pun masuk KPLI. semangat cikgu KPLI sama cikgu MAKTAB ni memang jauh powernya.
cikgu yang paling true dua kali ialah cikgu yang duduk kat pusat kegiatan guru dan cikgu yang jadi cikgu pengakap. diaorang memang dipandang tinggi oleh masyarakat. kesimpulannya ialah kita kena respek sama cikgu kita walaupun kita gaduh sama dia.
notakaki : cikgu-cikgu yang mengajar aku dari di MRSM PDRM tahun 1992 hingga 1996 merupakan cikgu-cikgu yang jatidiri dia kuat. trimas cikgu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan