gambar profile blogger yang korang selalu tengok tepi belah kanan ni ialah gambar adik aku yang bongsu. nama dia Huzairi. orang tempoyang panggil dia jeri.
dalam keluarga aku melalui pemahaman dan penglihatan jiwa aku, aku perhatikan bahawa jeri ni merupakan seorang keturunan melayu-kelantan-sunni yang paling art sekali.
dia reti main gitar. adik aku jeman bab mengorat power tak patut. aku hairan macam mana awek boleh tangkap jiwang sama jeman. adakah dia seorang yang bermulut manis.
berbalik kepada jeri, tahun ni dia tingkatan 5. bila masuk tingkatan 5 semangat nak study spm sepatutnya memang tinggi. siapa tak bangga bila anak keluar tv3 waktu keputusan spm diumumkan nanti. bila besar nanti boleh jadi orang berguna dan boleh dapat rumah sebiji. rumah tu mungkin lebih besar dari rumah pemain bola malaysia yang menang piala aff.
tapi jeri itu hari hantar sms ke aku katanya nak buat zine. sebagai seorang abang-abang yang mempunyai karektor kelakar seperti zizan, badan chubby dan ketinggian intelektual yang tak sampai PHD. maka aku pun dengar lantas menjawab
" lu interview gua sudah..."
sebenarnya buat zine bukan satu hal yang boleh buat main pada zaman teknologi maklumat ni. kalau silap-silap boleh kena tangkap, kalau salah tangkap kena jumpa Suhakam, lepas tu kena buat report polis dan lepas tu hempas pintu bilik kuat-kuat tanda protes kepada kenaikan harga minyak.
bakat jeri main gitar aku tengok makin power. kalau ikut perkiraan aku boleh lawan sama mail. silap-silap mail jatuh nombor dua. mail memang power sekarang, mungkin berkat duduk saf pertama masa sembahyang tarawikh kat taman seri tempoyang tu hari. dah laa iman tarawikh tu kawan hilman, pakai jubah hitam. entah wahabi, entah syiah atau true sunni. tak tahu. tapi dari mesir.
aku ingat nak belikan gitar karen kepada jeri. aku tengok kat giant harga dalam 499 ringgit malaysia. aku ingat nak beli, tapi lepas memikirkan banyak hal dan kajian positif dan negatif
terhadap budaya rock dan roll ini maka aku cadangkan cadangan itu ditutup.
tapi aku merasakan cadangan itu terpaksa di buka semula bila dengar ada lagu yang rock-rock insaf dalam radio IKIM. hari tu IKIM pasang lagu sheila majid. sheila majid tu dengar ceritanya jazz, aku hairan kenapa jazz jadi macam satu muzik yang elit, kenapa tidak dirakyatkan kepada masyarakat marhain? adalah ini satu penyelewengan muzik?
jika wujud penyelewengan agama maka penyelewengan muzik jugak perlu ditumpaskan. sejak tadi aku tengah pikir untuk membawa muzik jazz dalam jiwa masyarakat marhain terutamanya dikalangan penghuni rumah murah dan juga flat-flat 3 bilik yang ada di bumi malaysia.
jazz untuk semua!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan