Rabu, 25 Februari 2009

tak cukup bulan

turun KL main pingpong kat bukit jalil dan tidur kat UPM Serdang dari 26 Feb hingga 1 Mac. pehh, aku ingat bulan ni ada 29, 30 dan 31 haribulan. apa sedap tidur asrama orang lama-lama.

ping pong itu pun satu seni. seni yang serba mungkin. semua nak seni.

Ahad, 22 Februari 2009

rumah banglo tiangnya berSENI

serius aku tak faham dengan SENI. nama orang putihnya ART. apa bende yang seninya para pelukis, para penyair, para pelakon, para penari, para pengukir, para bloggers dan sekian para-para seni yang ada dalam dunia ni.

lebih tak paham jika ada orang seni berkata tentang perjuangan. contoh ayat,

" kak pah harap agar semua pihak dapat menerima perjuangan seni kak pah ni.."

lagi...

" i berasal dari keluarga yang berdarah seni.."

lagi lagi,

" saya akan memperjuangan suara rakyat melalui lagu saya ni "

lagi dan lagi

" dia seorang seniman yang tersohor, pemergiannya tidak dapat dilupakan.."

SENI = PERJUANGAN = CARI MAKAN ?

yang aku pelik. orang yang memperjuangan hak-hak rakyat biasanya akan jadi kaya raya lebih dari rakyat.

tengok m.nasir, tengok sudiman, tengok siti norhaliza, tengok pyan habib, tengok joe kidd, tengok john bodin, tengok anwar ibrahim, tengok azmin ali, tengok nizar, tengok meetunclehusen, tengok lipan bara, tengok mustafar kamal altatuk, tengok rita rudaini, tengok abdullah jones dan tengok mahathir

mana seni untuk rakyatnya?

Sabtu, 21 Februari 2009

ping pong

minggu ni sibuk tak patut. hari-hari berlatih sama ryu seung min dalam youtube. 26 ni turun kl, tidur kat UPM dan main kat bukit jalil. padeli iptaman lipis dah berdebar bila aku sms dia yang aku nak turun sana. macam taknak belanja aku minum teh tarik lagak gaya smsnya. padeli macam takut pulak aku nak main futsal dengan dia. blah laa padeli, blog pun tak update

ps: ding dong ding dong i hate ping pong....(entah budak indie mana yang buat lagu nie dulu...racist giler!)

Rabu, 18 Februari 2009

sajak orang hulu terengganu

kat lipis ada penyajak tak?pakcik hashim zabidi penyajak ke? setakat hari ni aku tak pernah jumpa lagi penyajak dari lipis.

tak tempat aku kerja sekarang kat daerah hulu terengganu ada seorang penyajak dan juga kaki teater yang terkenal. namanya ibrahim. ibrahim mohamed taib. kekadang orang panggil dia ibrahim hulu. ada jugak panggil dia abah. ada kawan-kawan dia yang aku kenal panggil dia ibrahin natang.

ibrahim punya style baca sajak memang syok habis. kalau pian habib dengan style dia, ibrahim dengan style bahasa hulu terengganu. serius sape yang tak pernah cakap hulu terengganu memang akan rasa pening kepala. tak paham bende.

tahun lepas aku ada buat kelas teater untuk budak belia kat daerah hulu terengganu. yang tukang ajarnya ibrahim la. sebab selain sajak dia memang kaki teater. arwah datuk razali ismail timbalan menteri pelajaran pun memang kaki teater. sama sama kaki dulu. arwah datuk razali kalau ikut asal pun dari hulu terengganu.

kekadang aku pikir kat peringkat akar umbi kena ada persatuan-persatuan teater ni. ajar budak-budak berlakon. aku dengar cerita dulu teater ni hebat sungguh. sekarang ni kalau dengar teater macam satu hiburan untuk golongan-golongan elit je. majlis kebudayaan yang ada kat daerah-daerah pun macam rumah kosong jee. bergema tapi tak ada apa-apa. ha, mana seni untuk rakyatnya?

sebab tu kot manusia zaman sekarang kurang berjiwa seni. aku agak..

tentang ibrahim aku dengar itu Sultan Terengganu minat sangat kat dia. kalau dengar dia bersajak memang ralit dan buat aku ketawa. dan dia ada blog http://keulu.blogspot.com/

sawan apa layan sajak.


Selasa, 17 Februari 2009

cerita lama

aku dulu satu kelas dengan siti nurhaliza. kitaorang sama usia lahir tahun 1979. arwah bapak siti satu polisi sama abah aku. sebelum siti jadi popular dia dan family duduk kat flat polisi kuala lipis dan sebelum aku popular aku duduk kat kampung tempoyang dekat rumah abang farid. rumah tempoyang aku dulu kat bawah rumah arwah ayah pakcik mie bas tempoyang.

seingat aku, aku sekelas dengan siti masa darjah 3 dan 4. aku boleh kata aku baik jugak laa dengan siti sebab kalau ada program-program polisi mesti abah aku bawak aku sekali dan kitaorang akan saling mengHAI antara satu sama lain. siti ni memang terer sukan dan kuat berlari dan aku tak pasti aku pernah tewaskan dia masa berlari 100 meter dulu. dan seingat aku kitaorang jadi baik sebab dulu sama-sama wakil sekolah pergi latihan pusat bola baling kat sekolah menengah panglima garang, budu, benta masa kitaorang darjah 6.

aku dengan siti terputus hubungan secara tak rasmi sebab lepas darjah 6 pihak polisi dengan kerjasama mara buat satu mrsm untuk anak-anak polisi dan masa tu aku jadi popular kejap pasal dari daerah lipis hanya aku 2 orang jee yang dapat masuk mrsm tue. lepas masuk mrsm kita orang dah jarang bersms.

aku teringat nak tulis pasal siti bila abah aku sms aku pasal kematian bapak siti dan akan ditanam dikubur kampung tempoyang. arwah bapak siti, pakcik din ni memang suka memancing. dulu masa kecik-kecik memang selalu nampak dia memancing kat tasik depan balai polisi takpun kat dewan majlis tu. kekadang jugak sekali sekala akan nampak dia memancing kat area tempoyang dan kekadang muncul di kolam cik apu. secara peribadi aku tak kenal sangat dengan arwah bapak siti ni. abah aku laa baik dengan arwah bapak siti ni.

keluarga diorang ni memang keluarga seni. kejayaan siti masa dia memang bintang rtm betul-betul mengubah status sosial keluarganya dan yang penting dia benar-benar mengharumkan nama kuala lipis dan aku memang tumpang bangga sekaki. cuma yang tak best siti kahwin dengan duda tak dengan jejaka manja yang ada di malaysia. ada jugak abah aku cerita pasal siti kahwin dengan datuk K tapi aku rasa tak perlu laa nak cerita dalam blog ni.

tapi yang paling aku panas sekali ialah bila aku sebut rumah aku kat lipis kat sesapa mesti dia buat lawak macam nie. and aku rasa ramai orang lipis pernah kena macam nie.

" ooo..asal lipis ke? "

" ya. rumah mak ayah kat sana.."

" saya ada sepupu/sedara/bekas makwe/kawan kat sana..."

" sapa? "

" siti nurhaliza..kenal tak?"

rasa macam nak singgung.

notakakis : Al-Fatihah untuk arwah bapak siti nurhaliza.

bukan kerana adam smith

manusia

menjerit,

melolong,

meminta tolong,


syarikat di amerika dah

punah,

hancur,

ranah,

haram jadah,

ekonomi apakah ini?

setiap 10 tahun sekali,

pasti musnah,

syarikat tua muda kerdil gergasi jatuh rebah,

tersungkur dan berdarah.

apa kejadah semua ini?

aku tak pasti kerana subjek ekonomi,

di universiti aku ambik dua kali,

haram jadah kalau aku mahir ekonomi,

mungkin dunia tak jadi begini.

Kampung Sekati Manir
17 Feb 2009 12.42 pg

Ahad, 15 Februari 2009

jujur

orang zaman dulu-dulu ada cerita aku dengar dari sumber mana entah selalu buat kaedah penipuan untuk cari calon menantu.

misalnya ada lelaki tu datang ke kedai dia. beli goreng pisang dalam 50sen. lelaki tu bagi seringgit dan orang kedai akan kasi baki dalam 70sen ke. kalau lelaki tu jujur dia akan pulangkan balik 20sen ke tokey kedai dan kalau lelaki tu tak jujur dia buat-buat bodo jee bila tokey kedai bagi lebih.

macam musang berjanggut laa. lebih kurang kaedah macam tu.

memang ini budaya alam melayukah? atau budaya ni satu budaya yang melayu cedok dari luar nusantara?

sejak semenjak dua ini aku banyak berfikir tentang melayu. orang melayu. raja melayu. politik melayu dan bahasa melayu.

siapa yang bergelar melayu ye? kenapa kawan aku yang jelas jawa, dalam ICnya ada tertulis melayu?

(apa kau tak baca perlembagaan persekutuan ke woi?) - hati aku berjawab.

mudah nak jadi melayu. mudah nak jadi melayu mungkin sebab melayu tu mudah lupa kot. melayu lupa sejarah sebab orang melayu sekarang tak suka sejarah. tanya budak-budak sekarang. siapa suka sejarah tu kira pelik. diorang suka sains dan matematik sebab diorang boleh cakap bahasa english. canggih kata KRU.

raja melayu toksah cerita laa. ada orang tanya aku apa yang raja melayu buat untuk orang melayu? aku jawab raja tu payung. then diorang tanya aku lagi. buat apa kalau pakai payung sedangkan orang melayu dah hanyut dengan banjir. lepas tu aku senyap.

politik melayu toksah cerita laa. macam drama. tun mahathir kata dalam satu bukunya dulu yang orang melayu ni suka berpolimik. polimik bende entah tun ni bercakap. aku rasa tun mahathir jelas melayunya sebab sekarang ni pun dia banyak berpolimik. maaf yee kawan-kawan yang puja tun mahathir.

orang melayu dah canggih. canggih beb. malam-malam pukul 11 bawak anak makan kfc tak pun mcd. bawak satu keluarga makan ramai-ramai. yeah, keluarga bahagia macam lagu band nasyid tu. habis tu macam mana anak-anak nak main bola wakil malaysia nanti. patut laa couch tak ada calon nak main bola. semua dah obes.

pak ungku kata orang melayu perlu ada dua bende yang membolehkan mereka maju. pertama pendidikan dan yang kedua makanan yang seimbang.

bab pendidikan toksah cerita. ramai dah sekarang masuk belajar jadi nurse. liberalisasi pendidikan. kat mydin, kat tesco yang jaga kaunter tu jangan buat main-main. yang berijazah bertambun tak patut, diploma toksah kira. ada sorang anak kawan yang ada ijazah maritim sibuk call aku pasal nak isi borang kerja belia kat MSN. yang paling canggih ada sorang member tu ada diploma siap kerja kat majalah kereta lagi.

ha itu belum cerita pasal koperal dan sama askar and sama ahli bomba yang ada ijazah dan diploma.

bab pendidikan dah berjaya.

bab pemakanan yang seimbang? ha korang boleh tengok diri korang sendiri. (aku selalu tengok diri aku sendiri)

sambung cerita kat atas sekali. aku agak kalau mydin, tesco terpulang lebih duit kat aku aku tak pikir yang diorang nak jadikan aku calon menantu. tapi kita perlu jujur dalam hidup kita. jika kita rasa kita benar, kita nyatakan kebenaran kita dan jika kita salah kita akui kesalahan kita.

aku rasa orang muda mahukan kebenaran dan sedikit pembelaan. mereka mungkin mahu pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka tapi sejauh mana kapitalis dan kerajaan dapat sediakan?

aku percaya orang muda mahukan kerajaan selesaikan isu pengangguran yang melanda mereka dan masalah sosial yang melibatkan mereka. bak kata bob marley ,

" hangpa boleh tipu kami sekali sekala, tapi hangpa takleh nak tipu kami selalu..."

Khamis, 12 Februari 2009

dia dan rahsia kerajaan pakistan...satu cerita bila muncul hari bercinta...


" apek, koi le fat mike temerluh kalau awok nak tahu..."

aku kenal dia masa aku belajar upm tahun 1997 dulu. betul-betul baik dengan dia dalam tahun 1998 atau 1999. itu pun sebab kitaorang satu kolej. bilik aku tingkat 4 dan bilik dia tingkat 1. sebab penakut tidur sorang-sorang maka aku selalu melepak dan tidur dalam bilik dia ( mamat hardcore takpe takut hantu...)

dia mamat punk rock yang genius pernah aku jumpa. semua budak ijazah sains komputer yang aku tahu semuanya ada laptop tak pun komputer besar. tapi dia tak ada dan dia memang punk rock tak patut bila dia pakai kertas kajang berjela-jela untuk buat program C++.

sebab dia punk rock maka secara tak langsung dia juga ada banyak staf punk rock yang aku tak dengar. gua hardcore beb. layan muzik punk rock ni pun sebab dia banyak ajar aku dengar staff punk rock macam nofx, no use for a name, dan band-band punk rock seangkatan dengannya. biasa laaa dah menumpang bilik orang maka kita kena layan muzik yang dia dengar. jangan jadi belanda.

tiap-tiap malam sebelum tidur kitaorang akan bincang pasal scene, bincang pasal etika dan prinsip, bincang pasal band dan idealisme, bincang pasal otai-otai punk rock scene, dan kitaorang layan bende-bende yang serius sebelum kita orang layan bende-bende yang romantis yang bisa mencairkan jiwa kitaorang. biasanya bab-bab awek, masa depan, agama dan bab-bab cinta akan kitaorang bincangkan sebagai syarat yang kitaorang nak tidur.

dan satu malam dia pasang lagu siti nurhaliza sebelum tidur dan berkata,

" apek, kita pasang lagu siti nurhaliza ye, orang kabo kalau tidur dengar lagu awek nanti mimpi jumpa awek..."

satu hari aku masuk bilik dia senyap-senyap. biasa laa anak SB. kemahiran tu ada.

aku tengok dia sibuk menulis. biasanya kalau aku masuk dia akan sedar dan akan HAI sama aku, tapi hari ni dia kusyuk tak patut menulis.

pelan-pelan aku pergi belakang dia. ooo, tulis surat chenta rupanya

perenggang atas sekali bertulis,

" RAHSIA KERAJAAN PAKISTAN "

dan lepas tu ada lagu dari the smiths yang berbunyi,

" STOP ME IF YOU THINK YOU'VE HEARD THIS ON BEFORE..."

pehhh...menulis surat chenta rupanya..dia dok sedar lagi...tengah syok aku nak membacanya dia pandang aku dan perasaan yang aku tengah curi baca suratnya dan kitaorang pun gelak..aku pun tanya laa surat untuk siapa ni. lepas tu dia kata adalah sorang budak yang dia minat.

lepas tu, 2 - 3 minggu lepas tu(mungkin sebulan) kitaorang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, punk rockers dan orang islam yang beriman.

satu hari aku pun macam biasa kitaorang akan pergi makan malam bersama. biasanya jalan kaki. hari tu dari awal berjalan sampai akhir balik bilik dia sungguh happy dan semangat sekali. macam-macam dia cerita, percaya pada anarchy laa, sambil berjalan menyanyi lagi kuat-kuat laa dan sebagainya. aku rasa biasa dan tak syak apa-apa pasal kehappyan dia petang ni.

.
.

tapi malam tu aku masuk bilik dia macam biasa. dia tak ada dalam bilik. aku pelik. sepatutnya time-time macam nie kitaorang dah borak hal-hal biasa. masa tu telefon bimbit tak ada. yang ada telefon bimbit masa tu kira canggih laa. nak sms memang tak dapat. lepas tu aku tanya roomate dia. mana dia? and roomate dia jawab..

" tadi mak ayah dia ambik dia bawak balik berubat.."

fuck aku kata. berubat apa kejadahnya. sakit apa? takkan isap rokok sekotak sehari dah kena sakit jantung. usianya muda lagi.

lepas tu roomate dia cerita macam-macam hal pasal dia. roomate dia kata dia macam tak betul. kejap-kejap suka, kejap-kejap menangis, kejap-kejap happy dan kejap-kejap sad.

fuck aku berkata dalam hati.

tak puas hati aku call rumah dia. masa call adik dia angkat. orang temerluh kata adik dia cun. tapi sebab aku profesional dan tidak berkawan dengan lelaki sebab dia ada adik cun aku pun tanya mana dia? lepas tu adik dia pun jawab seperti yang aku dah tahu jawabnya.

"pergi berubat"

lepas tu tiba-tiba jadi kecoh. semua orang temerluh dan mentakab tanya aku. kenapa leh jadi macam tu?

aku tak reti nak jawab apa. aku buntu. selama nie ok jee. kalau nak kata bab duit. dia mana selalu pinjam duit dari aku. nak kata bab study dia genius. takkan sakit sebab banyak sangat layan lagu punk rock?

dan aku terpikir tentang surat rahsia kerajaan pakistan dia. sebab chenta?

hidup ini palat kalau bab-bab ni boleh menyebabkan orang jadi tak sihat. aku syak awek yang dia syok tu tak nak ke dia. awek tu dok cinta dia balik. awek tu menolak cintanya. mungkin sebab terlalu mengharap maka dia jadi macam tu. itu hipotesis aku.

aku rasa seluruh jiwa dan raganya untuk awek tu. dia belajar rajin-rajin mungkin sebab tu. dia sembahyang mungkin dia berharap agar tuhan buka hari awek tu untuknya. itu hipotesis aku yang kedua.

hidup memang palat bunyinya bila awek yang kita minat tak minat kita balik. banyak lagu chenta punk rock mencatatkan betapa palat dan pedihnya penolakan cinta. macam ramlah ram selalu kata, kau kunci cintaku didalam hatimu...steady laa kak..

macam gampang! henry rollins pernah berkata. mana chenta? mana kesunyian? mana kepalatan chenta? mana? mana? ke mari dan akan ku patah-patahkan dia.

si dia entah kat mana sekarang ni. dengar katanya sedang berkerja dengan komputer.

ps: ini kisah benar. kalau buat filem memang letup. gambar diatas dilukis pada tahun 2006 dengan menggunakan perisian paint.

notakakis: ada satu fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan dengan sambutan hari kekasih. sambutan itu jelas haram bagi orang-orang islam kerana sebabnya boleh baca di SINI. nak ucap cinta dan berkasih boleh buat hari-hari. tapi tak salah kalau layan video clip nie song from craig armstrong dan elizabert frazer yang berjudul this love. jumpa lagu ni masa layan cerita cruel intentions satu ketika dulu.



Rabu, 11 Februari 2009

luahan perasaan seorang penjaga gol awal 30an...


malam tadi semua main bola macam budak-budak tadika main bola. aku marah pada semua budak-budak bintang belia fc semalam. kritik tapi bunyinya macam marah. bintang belia fc nie merupakan salah satu pasukan yang terbaik dalam daerah kuala terengganu. terbaik sebab setakat hari ni tak pernah lagi main kat luar stadium.

main nak style liga english semua. semua nak jadi ronaldo. semua nak jadi rooney. tak ada semangat zola langsung. italian laa sikit. passing berterabur. nak pass jauh-jauh. penyerang selalu buat bola off target.

semua nak jadi penyerang. habis sape nak main bertahan. lepas naik turun laa. mentaliti nak menyerang 100%. mentaliti bertahan hancur. yang main last bek boleh ada cita-cita nak jadi robinho kat atas.

habis ingat aku ni apa? reina? bodo Lllgner? helmi eliza?

kalau diorang jadi keeper pun mesti bolos jugak laa. apa kejadahnya kalau ada 2 bek kat bawah lawan 4 orang penyerang mereka. yang lain mana? defender midfielder yang aku suruh cover bek mana? left and right bek yang tadi naik pasal tak turun-turun?

lu orang kena tengok ac milan main macam mana. diorang sedar diorang dah tua. main style smart laa sikit. tak ada stamina pass slow-slow. jangan mata keranjang. main jangan sombong. percaya kat orang sebelah.

nak menyerang tak tentu pasal. ini semua mentaliti liga english.

blah laa. lepas nie aku nak buat " persatuan membenci liga english" kat facebook.

aku nak terapkan semangat zola sama italian dalam jiwa mereka.

ps: pasal orang italy tak jajah tanah melayu dulu-dulu?

notakaki: ini bukan blog pasal bola.

Sabtu, 7 Februari 2009

sepak bola kita

idea najib dalam blognya tentang bolasepak malaysia memang sedap bunyinya. masa melepak dengan pp, stam dan macang kat kl hari tu. pp laa orang yang begitu semangat sekali bercerita pasal bola dan beritahu aku tentang idea najib nie. aku agak ingat-ingat lupa dengan muka najib ni. tapi pp kata aku kenal sangat dengan najib masa zaman hardkore dulu.

beberapa aspek seperti pengurusan, kewangan, hal tuju serta mekanisma dicadangkan dalam blog tersebut. revolusi dari atas ke bawah. dari raja ke orang bawah-bawah. kalau orang FAM dan persatuan bola negeri dan daerah baca mesti makan tak selera lepas nie.

bagi aku, kalau Presiden Sultan FAM berundur pun masalah bolasepak tak selesai. ramai bercakap bahawa punca utama kelesuan bolasepak negara ialah sebab kepimpinan atasan persatuan. perlu di ingat bahawa persatuan bolasepak malaysia merupakan satu petubuhan NGO yang bergerak di bawah akta pembangunan sukan 1997. sesiapa yang merasakan bahawa persatuan bolasepak malaysia menghalang pembangunan sukan bolasepak malaysia boleh laporkan pada pesuruhjaya sukan.

tapi siapa yang akan ambik tindakan sekiranya individu "berstatus" memegang jawatan yang tinggi dalam persatuan. Presiden FAM semua tahu Sultan Ahmad Shah. Timbalan Presiden FAM Encik Khairy Jamaludin, Menantu kepada Perdana Menteri malaysia merangkap presiden UMNO Malaysia. Siapa Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk ambik tindakan terhadap pengurusan bolasepak malaysia jika ada sesiapa yang melaporkannya?

maka orang bercakap inilah masalahnya jika terlalu banyak sangat politik dalam sukan. tapi aku hairan dengan Italy, juara dunia bolasepak. mungkin semua tahu bahawa pemimpin fasis Italy yang terkenal iaitu Musssolini merupakan pengerak utama kepada kehebatan bolasepak italy. bekas perdana menteri italy Silvio Berlusconi juga merupakan pemilik kelab bolasepak AC Milan. ini belum cerita lagi bab-bab mafia dalam liga italy. hubung kait mafia sama bolasepak italy mungkin kita cerita dalam episod lain.

tapi mungkin kita tak sedar bahawa bolasepak italy juga pernah mengalami zaman kegelapannya. ingat tak dulu berderu pemain-pemain bolasepak kita kena tangkap rasuah. berderu kena buang daerah. italy pun aku dengar macam tu jugak, tapi tak ada laa berderu kena buang daerah. mungkin kena kena belajar macam mana nak membangunkan bolasepak dari Italy.

Sense of belonging yang dikatakan najib itu memang benar. ia memang sesuai sekali dengan semangat kedaerahan yang cukup menebal di kalangan orang melayu dimalaysia. tapi pada hari ini semangat kedaerahan mungkin dah kurang. salah satu masalah nak menyatukan orang melayu untuk memerdekakan negara ialah semangat kedaerahan dan kenegerian yang tinggi. tapi tak tahu laa sekarang macam mana. boleh cuma. tak cuba tak tahu.

kita lihat italy.banyak nilai-nilai politik dalam setiap pasukannya. semua tahu tentang itu. semua tahu pasal lazio yang tak sebulu dengan pasukan roma. pasukan lazio merupakan pasukan kelas atasan (kapitalis) dan kebanyakan penyokong pasukan roma merupakan mereka dari kumpulan kumpulan pekerja. kalau jumpa dua team ni mesti ada gaduh-gaduh sampai berdarah. nampak tak betapa semangatnya jika para pemain mewakili idealogi dalam sesebuah kelab. jika menang maka menanglah idealogi mereka. agak-agak kat malaysia boleh praktikan ke idealogi politik dalam pasukan bola? agak-agak siapa memang kalau team Permatang Anwar FC vs Pekan Najib FC?

aku rasa mike neraka ada bercerita pasal politik dalam bolasepak ini dulu-dulu.tentang inter vs milan, rangers sama celtic dan lain-lain yang aku tak ingat.

sebab apa bolasepak malaysia tidak dapat lari dari politik? mengapa biasanya orang-orang politik yang selalu pegang jawatan dalam apa jua bentuk NGO yang ada di daerah-daerah dan juga negeri-negeri. ramai cakap inilah puncanya. inilah sebabnya kita tak maju. orang politik ambik kesempatan nak mempopularkan diri mereka dan banyak lagi yang sedap didengar(mengata orang memang sedap)

aku rasa ini sejarah. sejarah sistem feudal melayu yang patuh kepada pemimpin dikatakan punca segalanya. sebenarnya sepatutnya benda ini tak timbul pun. dulu-dulu pun masa malaysia popular orang politik jugak yang berperanan besar dalam perkembangan bola malaysia. tun abdul rahman pernah pegang, tun razak pernah pegang sekejap, datuk hamzah samah pegang dan Sultan Pahang pegang sampai sekarang.

bagi aku yang jadi masalah bukan golongan atasan yang pegang jawatan tinggi-tinggi tu. bagi aku masalahnya utama ialah sikap dan mentaliti orang kita jugak. orang kampung melayu. semangat dan kemelayuan mereka telah dihilangkan akibat kemunculan muzik pop yang melanda dunia suatu ketika.dulu kat kampung-kampung semua sibuk nak buat band pop. tak caya? try siasat hahah..aku dah merepek. tapi aku rasa ada benarnya jugak.

hubung kait orang politik dan orang berniaga pada zaman sekarang dan dulu-dulunya amat erat sekali. sebab tu ada dalam teori ekonomi politik tentang persoalan siapa yang lebih berkuasa. negarakah yang berkuasa? kapitaliskah yang berkuasa? atau golongan buruhkah yang berkuasa?

jika negara yang berkuasa sejauh mana kerajaan sendiri memainkan peranan penting dalam sukan bolasepak negara? sejauh mana kemudahan infrastruktur kerajaan sediakan diperingkat akar umbi? adakah sebuah kampung ada padang bolasepak agak budak-budak kampung dapat bermain bola? bagaimana dengan kemudahan padang bola bagi mereka yang mendiami rumah-rumah flat? mampukah kerajaan yang sedang membangun dapat menyediakan kemudahan-kemudahan ini?

jika tidak, disinilah peranan para pemodal untuk memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi dalam pembangunan sukan bolasepak negara. sebab itu dulu peranan dunhill cukup besar dalam perkembangan bolasepak malaysia. sebenarnya banyak syarikat berminat untuk berlabur dalam pembangunan bolasepak malaysia rasanya tapi apa guna jutaan ringgit jika prestasi pemain tidak seberapa dengan tajaannya. kalau aku ada syarikat mungkin aku ada datang jugak rasa was-was nak taja lipis FC.

cadangkan untuk mengadakan liga di peringkat akar umbi dan peringkat komuniti merupakan satu cadangan yang baik dan pernah dicadangkan dan tak silap aku pernah dipraktikan sejak dulu. masa zaman aku dulu memang ada perlawanan bola liga daerah lipis. mie factory effex sendiri pernah main dengan kampung Gua, lipis.

apa masalahnya dengan liga daerah? tahukah anda menjadi pengurus untuk pasukan kampung sebenarnya sangat susah dan kelu lidahnya. ok biasanya siapa yang akan jadi pengurus pasukan bolasepak pasukan kampung? biasa yang jadi pengurus pasukan merupakan individu-individu yang mempunyai pengaruh dalam sesebuah kampung ni. dalam team pasukan kampung biasanya melibatkan budak-budak muda belia dan dalam jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK) ada satu individu yang mewakili golongan belia. biasanya individu inilah yang memainkan peranan penting dalam mengurus pasukan bolasepak kampung mereka.

kos mengurus pasukan kampung sebenarnya besar. untuk pasukan kampung aku boleh anggarkan bajetnya. contohnya :

1. jersey 2 set (home away) Rm350 (jenis jersey cap ayam/kodi) x 2 unit
2. bola latihan dalam rm200
3. kos pengangkutan RM30 satu kereta x 10 kereta (termasuk penyokong)
4. kos makan minum lepas perlawanan(biasanya game habis sebelum maghrib dan biasanya pemain bola akan makan nasik goreng sama air sirap) rm 5.00 sekepala x 50 orang (termasuk penyokong-penyokong, kalau tak ajak jangan harap laa lepas ni nak jadi penyokong)
5. kos dobi
6. pemain kekadang kasi jugak rm10-rm20 lepas main. darab 20 orang.

macam mana? itu baru satu perlawanan. kalau diorang kena main dalam 20 perlawanan macam mana? sesak nafas sape jadi pengurus.

siapa yang serius untuk jadi penaja bolasepak? biasanya di kampung-kampung mereka mengharapkan simpati dari para kontraktor-kontraktor yang berurusan dengan projek di kampung mereka. biasanya pengerusi JKKK pun dapat jugak projek-projek yang kerajaan bagi. dari sini aku rasa kita sendiri dah boleh nampak sejauh mana azabnya nak mengurus satu pasukan bolasepak diperingkat kampung.

tapi mungkin jika kerajaan serius nak memastikan perkembangan bolasepak diperingkat akar umbi maka mungkin duit boleh disalurkan kepada JKKK yang ada dan wajibkan menubuhkan pasukan bolasepak di peringkat kampung dan dipantau dengan kerjasama persatuan bolasepak diperingkat daerah dan pejabat belia dan sukan daerah.

diperingkat daerah pula. pejabat daerah, pejabat belia dan sukan daerah bersama persatuan bolasepak daerah mengadakan satu liga bola untuk daerah mereka dan menubuhkan satu jawatankuasa diperingkat daerah bagi memastikan pemilihan pemain-pemain mewakili daerah berlaku secara adil dan saksama. kadang-kadang aku rasa masalah kita ialah kita silap dalam proses pemilihan para pemain. kekadang kita salah menilai seseorang pemain tersebut. sebab itu kita akan selalu dengan orang bercakap bahawa si polan polan ini bagus mainannya tapi sayang tak terpilih pasal jurulatih si polan sipolan ini tak suka dia sebab pemain ini anak orang PAS misalnya, ayah dia dulu masa kecik gorat awek jurulatih tu contonya dan banyak lagi contoh yang palat bunyinya.

kadang-kadang dalam pemilihan peringkat pusat di peringkat negeri dan daerah pun para pemain dah berpakat sesama sendiri. misalnya aku, pp dan padeli dari kampung yang sama telah terpilih untuk menjalani latihan pusat untuk daerah lipis. tiba-tiba datang najib dari kampung sebelah. maka agar aku, pp dan padeli terpilih dalam pasukan maka kitaorang dah berpakat nak passing sesama kitaorang dan takakan passing bola ke najib. nampak tak kekampungan dan kedaerahan mentaliti pemain kita? apa yang aku cakap ini sememangnya berlaku. tak caya boleh soal siasat jurulatih.

pernah dengar istilah jaguh kampung? kebanyakan dari kita memang macam tu. percaya laa. kalau main dengan kampung sendiri sedapnya bukan main. semangatnya lain. biasanya yang samseng kampung atau yang pegang kampung tu akan main kat posisi pertahanan. tak caya cuba siasat tengok.

kekadang aku rasa sejauh mana hebatnya sistem yang dibina dan liga yang dicipta tetapi jika 'manusia' itu lemah dari dari sudut mental, fizikal dan rohaniahnya maka sia-sia juga tindakan kita itu tapi tak salah untuk kita mencuba.

semuanya tentang manusia.

yang penting bagi aku ialah sejauh mana kita dapat mencipta manusia yang hebat,kuat fizikalnya, tinggi mentalnya dan rohaninya. sebab itu untuk lahirkan jaguh dunia kita kena buat style macam orang dulu-dulu di kota athens kalau tak silap aku. mana yang nak jadi askar kita dah kesan dia dari kecik, budak yang kuat fizikalnya kita letak dia di sekolah askar. yang nak jadi ahli falsafah kita cari siap-siap, yag nak jadi penyanyi kita standby awal-awal. aku tak ingat aku baca dari mana, plato atau aristotle.

macam kapitalisme, buruh yang produktif itu lahir dikalangan manusia yang muda dan sihat dan bertenaga. lagi ramai yang macam nie, syarikat akan kaya.

teringat kata-kata pak ungku. budak-budak kena makan telur hari-hari. kalau boleh 2 bijik sehari. baru diorang kuat fizikal. tapi ada diorang makan telur hari-hari?

ps: najib, idea lu gempak. gua suka!

bandar lipis - the story is old...aok semua tahu..

ada banyak jalan sebenarnya ke bandar lipis. aku bercerita tentang jalan darat ber-tar. jalan sungai, jalan denai, jalan keretapi dan jalan short cut hutan lain tak masuk story ni.

masa aku turun lipis 20 tahun dulu aku begitu teruja dengan 2 jalan ni. jalan pertama yang aku lalu untuk ke bandar lipis ialah jalan depan smk orang kaya haji. jalan yang ada air terjun bunian tu. orang cerita ada malam-malam tertentu puteri bunian dalam tujuh orang akan turun mandi kat situ. sebab tu lipis selalu terputus bekalan air. aku syak wasangka kalau rumah tak ada air je mesti geng-geng bunian ni mandi. kurafat tak patut pikirannya. kurafat tak kurafar tapi jalan tu memang aku tak lalu malam-malam bila sorang. bukan apa aku tak rela mata ni tgk orang mandi berkemban. tapi jalan tu memang jalan yang bagi aku bahaya sebab jalan berselekoh 90 darjah dengan kapasiti gaung yang dalam.

jalan kedua ni kira jalan paling selamat. yang selamat sebab jalan dia rileks sama lurus dan yang kedua kat situ ada kem askar. kekadang aku ada jugak HI sambil angkat tangan kat brader-brader askar yang duduk berkawat jaga pagar kem tu. kalau korang nak tahu kem askar dalam tu besar tak patut. kekadang aku syak bangkai makhluk asing sama pesawat ufo simpan kat situ. bukan apa kekadang orang selalu nampak objek-objek ganjil kat area kem tu dari flat tempoyang. tapi biasa laa ada agen-agen rahsia kerajaan akan cakap yang kitaorang nampak tu hantu penanggal laaa, roh pesawat askar jepun dan pekara-pekara mistik yang orang melayu suka dengar.

dulu aku rasa bandar lipis bandar yang paling cool dalam dunia. pukul 7.00mlm jee dah bunyi burung-burung. semua manusia dah balik rumah. senja-senja hari budak-budak semua dah beratur berjalan balik rumah sambil bawak boot bola masing-masing. kedai semua dah siap pasang papan penutup. suasana lenggang. yang bukak cuma kedai ubat cina tengah bandar lipis. sekali sekala terjumpa orang berjalan usung beg malam-malam pasal terlepas bas pukul 6. nak cari teksi memang azab. ada tu ada tapi mesti charge mahal tak patut. aku dulu kalau naik bas dari KL pukul 7malam mesti berdoa dalam bas supaya bapak aku ada laa tunggu kat stesyen bas. bukan apa, sebab orang jarang-jarang ada. malam yang rancak pun cuma malam sabtu kes ada pasar malam. malam tu dikira malam segala malam. mak mesti kasi lesen pelepasan untuk keluar malam. syoknya bukan main.

tapi sekarang balik lipis tak ada syoknya. kesunyian malam dah tak ada di bandar lipis. malam-malam ramai orang keluar. tak pergi kfc diaorang pergi pasaraya aktive. dulu kalau nak tahu kat area central point tu ada tempat orang main bola keranjang sama satu deretan kedai-kedai makan. klinik hijrah kira klinik segala klinik masa tu. masa kecik dulu keluar malam bukan nak jalan-jalan atau berhibur macam sekarang, aktiviti keluar malam cuma nak pergi klinik, makan sup kat pasar lama dan ambik or hantar orang kat stesyen keretapi atau bus.

masa balik raya haji hari tue aku tengok jalan yang kat air terjun bunian tu bahayanya bukan main. tanah runtuh sana-sini. jalan lepas kem askar pun macam ada tanah runtuh. aku harap jkr sama majlis daerah kasi ambik tindakan awal-awal. aku setuju dengan kata-kata abdullah jones. biasanya kat malaysia tunggu ada orang mati dulu baru pihak berkuasa nak ambik tindakan. aku agak kalau ada anak vip atau anak yb dun/parlimen yang mati pasal kes tanah runtuh kat lipis tu maka tindakan seWAJAR-WAJARnya akan di ambik. kat taman tempoyang aku tengok ada satu bukit kat belakang rumah cina depan rumah addy arwah pakcik zamani macam ada peluang jadi tanah runtuh macam kat bukit antarabangsa. harap orang-orang kampung situ kasi ambik tindakan segera. kalau orang kampung degil apa gunanya perseKUTUan?

Jumaat, 6 Februari 2009

MELAYU bersatu di TERATAK dangdut !



notakakis : bila turun KL, mesti lepak chow kitt. bila lepak chow kitt mesti nampak teratak dangdut. bila nampak teratak dangdut mesti aku teringat lagu nie. dangdut in the music of my country from projek pop. boleh MELAYU bersatu dengan dangdut?

titik bukan noktah. blog warga emas lipisian

aku syak hubungan aku dengan pp sama dd macam direstu oleh bapak aku bila dia selalu sebut,

" anak cc cari mung tadi..."

" mung kawan dengan anak cc taman permai atas ke?"

" anak cc tu belajar sekolah sains kan? "

bapak pp memang glamer laa jugak kat tempoyang tu. orang panggil bapak dia cc. lagi pun tak ada orang dah kerja cc kat tempoyang.

tapi realitinya memang aku rasa tersinggung sikit dengan bapak pp ni. aku rasa bukan aku sorang jeee. kumprinx mesti rasa, padeli mesti rasa, amar mesti rasa dan mail pun mungkin rasa.

kalau nak pergi rumah pp perasaan mesti berdebar sikit. kalau mata kiri berkelip atau biawak melintas jalan memang aku patah balik tak pun singgah kasi hilang debar kat rumah padeli. bukan apa setiap kali aku pergi rumah dia aku rasa macam orang bersalah pulak.

aku tak tahu kenapa bapak pp macam nak marah kat aku bila aku datang rumah dia. bukan nak ajak pp isap dadah, bukan nak ajak pp beli nasik goreng tafa masa bulan puasa. jauh sekali nak ajar pp isap rokok. mungkin dia marah pasal ekzos atau hon wcl 964 aku bunyi kuat sangat. tak pun dia memang tak suka aku kawan dengan pp sama dd. entah la, sampai sekarang aku confused.

pp pun kekadang satu hal. dah tahu aku nak datang rumah keluar laa awal. standby kat luar. ini buat-buat tak kisah. rileks kat dalam. dengar lagu. gorat awek kat irc sambil makan karipap. saje jee bikin panas.

tapi itu dulu, bapak pp aku rasa dia dah kamceng dengan aku. dia pun mesti bangga sebab anak-anak dia berkawan dengan orang gomen. bapak aku dengan dia pun dah kira geng-geng pencen lepak kedai kat stesyen bas pagi-pagi sambil baca utusan melayu.

bapak pp antara orang pencen pertama yang tulis blog kat lipis yang pernah aku jumpa. dah realitinya aku memang suka baca cerita pengalaman orang dulu-dulu. so aku rekeman blog dia. dan memang aku cadang balik lipis ni aku nak pujuk bapak aku tulis blog jugak. lepas ni ramai yang akan ikut menulis. bapak kumprinx, bapak otam, bapak padeli, bapak amar, pengurus maybank lipis yang amar nak gorat anak dia, mungkin ustaz maiyudin tak pun cikgu zubir ex guru besar srk clifford dan ramai lagi. tak caya tengok laa nanti...hidup warga emas lipisian! hidup dangdut!

http://titikbukannoktah.blogspot.com/

Khamis, 5 Februari 2009

ini bukan blog pasal bola. tapi bola ada banyak cerita dalam blog ni...

" ha, FAM ini cakap lebih..." ada sorang kawan aku bercakap lepas makan

" pahal.." aku balas sambil lewa

" kata tak ada pemain import dalam liga malaysia.." jawab dia macam nak marah

" memang tak ada pun...nape?" tiba-tiba aku rasa marah

" habis ni kl plus apahal. ada pemain sepanyol mana entah..." jawab dia sambil tunjuk paper..

" ha....sapeeeee. kau biar benar...?" aku dah rampas paper tue...

" bobby gonzalez...siap shoot gol lagi semalam..." jawab member aku dengan serius...

ok. aku reka jee cerita ni. kalau bawak jumpa sifu raja lawak boleh masuk tak musim depan?

Ahad, 1 Februari 2009

sepak jurulatih bola

berita panas. jurulatih malaysia B. Sathianathan dan pengurus pasukan Datuk Soh Chin Aun dah kena pecat. aku baru jee layan berita kat utusan online tadi. nah, ambik ubat. siapa bakal calon jurulatih? kat sini aku bagi cadangan.

ok semalam aku layan 2 games bola. satu kelantan lawan johor. kelantan kenakan johor 4 - 0. sedapnya bukan main kelantan main semalam. stadium penuh. tak macam darul makmur. sunyi sepi. so aku agak kalau malaysia ambik peter butler meletup jugak. dia ada pengalaman kat australia, indonesia sama singapore. agak-agak kalau nak jadi champion untuk asia tenggara aku rasa tak ada hal.

game kedua aku tengok semalam arsenal lawan west ham. cantik sungguh zola terapkan dalam corak perlawanan semalam. main slow2 jee dan passing dekat-dekat. simple tak patut. kalau macam tu aku boleh main dengan west ham. cara pass tak gopoh dan meroyan tak tentu pasal. aku agak calon ke dua FAM boleh ambik zola.

sheby takyah laa boss. kalau ambik dia tak ada sape nak bercakap pasal bola kat astro. serius. aku memang cadang peter butler tak pun zola. tak pun cari laa orang italy mana-mana jadi couch. serius...mengaum laa sikit!