Selasa, 26 Mei 2009

genjatan memblog!

hari tu ada pyanhabib buat genjatan memblogger. apa kes entah. hari ini aku mahu istihar satu genjatan memblog diatas sebab-sebab berikut :-

1. kamera digital aku rosak. tokey kedai tu kata ambik 3 bulan untuk repair sebab hantar KL sana. gamp! ingat orang KL pandai sangat ke baiki kemera!

2. aku ingat aku kena kurap kat muka. habis sapu ubat kurap. tak jadi jugak, last2 aku pergi klinik. doktor kata aku kena eczema. naik sebab elergik makanan. dia tanya apa yang aku makan minggu lepas. lepas tu aku jawab aku makan sotong bakar, ketam bakar, udang bakar dan ayam bakar. doktor syak aku takleh makan makanan laut. habis tu aku cakap kat dia apa ubat untuk penyakit ni, lepas tu dia jawab, ubat terbaik ialah awak tak makan makanan tu. habis kena bayar jugak untuk ubat sapu apa cerita?

3. sinar harian keluar cerita anak pengerusi JKKK berkahwin.

Ahad, 24 Mei 2009

melayu tudung boleh!



bak kata fahmi FSF,

" gila sape tak kenal butterfingers? "

lepas habis spm tahun 1996. butterfingers keluar album 1.2 mg. ada satu hari gaji, abah aku ada kasi sedikit rm untuk belanja. dengan duit tu aku turun satu kedai kaset kat lorong and beli 2 kaset. 1.2 mg sama ziana zain. amoi kedai tu kata aku orang pertama beli kaset tue. entah betul ke tidak amoi kaset ni, dia pikir aku tak belajar strategi perniagaan ke masa belajar kemahiran hidup dulu.

musim 1996 bukan musim hardcore sangat. aku jadi true hardcore dalam era 1997-1998. musim tu jiwa pelbagai dan dengar semua muzik. punk, oi, ska, hardcore sekolah lama/baru dan sama nasyid raihan. metal tak dengar, seram.

aku start suka sama butterfingers bila satu musim tahun 1994/95 aku boleh terbang pergi gig kat KL dengan penuh semangat kerebelan. terbang/fly dalam istilah budak asrama ialah keluar dari asrama tanpa kebenaran cikgu. so aku terbang bukan sikit-sikit, tapi jauh sampai KL dan biasanya setiap 2 minggu sekali atau sebulan sekali. terima kasih kepada budak-budak kelas akaun 4/5 Cempaka yang cover aku. biasanya hari ahad jee aku tak ada.

satu hari pergi gig aku jumpa Rijal, kawan sekolah aku. masa tu dia tengah buat part time kat satu kedai kat puduraya. jumpa hari tu dan dia terus bawak aku balik rumah dia kat sungai besi. sejak dari tu aku jadi kamceng sama dia sampai sekarang.

dia dubbkan aku banyak lagu termasuklah demo butterfingers yang macam celaka bunyinya. kejuruteraan bunyi memang tak ada lagi masa tu. aku ada tanya rijal, ni band main apa ni? maka rijal cakap ini band budak-budak kaya nak jadi nirvana. rijal dubbkan aku banyak lagu termasuklah the bollocks, acab dan sebagainya yang aku tak ingat.

zaman piccadilly merupakan satu zaman yang syok bagi aku. masa gig semua campur. oi ada, punk ada, hardcore ada, metal pun ada dan indie. oag memang top masa tu. kumpul flyer gig merupakan satu aktiviti yang sedap macam kumpul demo dan zine-zine. zaman ni memang satu zaman permulaan aku untuk mengenali dunia underground yang nampak sedap bunyinya.

so bila album butterfingers keluar aku beli sebab nak tahu bende apa yang diorang jerit dalam demo dulu-dulu. lagi pun muzik diorang pun sedap jugak telinga mendengarnya.

bersambung nanti dengan cerita pengalaman buat zine 10 tahun yang dulu..

Jumaat, 22 Mei 2009

Pulau Perhentian - Gambar 2


menikmati mentari senja dan ombak laut dengan lebih bermakna...syahdu dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Khamis, 21 Mei 2009

perasaan rock yang tertunda..

Konsert Search di Terengganu ditunda 29 Mei
21/05/2009 4:35pm

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 21 Mei - Konsert Search Di Awan Biru di Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan esok terpaksa ditunda kepada 29 Mei kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut jurucakap penganjur konsert itu, Art-Is At Work Sdn. Bhd., Aida Husin, konsert di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu tetap akan diadakan pada pukul 8 malam pada tarikh baru itu.

Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang telah membeli tiket untuk esok, boleh menggunakan tiket berkenaan untuk konsert pada 29 Mei. - Utusan


notakakis: pasal tunda? gua dah planing nak rocking nie. gua dah ready sama singlet putih dan seluar jeans GA BLUE ni. habis tukar 29 macam mana gua nak pegi? gua kena balik lipis itu hari. adik gua kahwin. habis apa cerita? rancangan gua nak tangkap gambar sama amy tertunda laa jawabnya. nak tunggu main kat lipis entah bila.ahli majlis daerah banyak sangat anginnya...

Pulau Perhentian - Gambar 1


semua orang sibuk. aku pun.

kacip ! Make some noise! X-PAC !


sekali pandang cover kacip orang yang rabun akan sebut kicap. kacip buatan pp ni membuatkan orang tempoyang bangga. abah aku ada call tanya soalan yang serupa masa siti nurhaliza mula-mula jadi penyanyi dulu.

" mung tak beli kaset siti? "

mula-mula aku jumpa kacip kat tokong cina kota bharu hari tu aku rasa nak marah kat pp. nak jee aku buat gaya X-PAC masuk gelanggang gusti kat dia. tapi apa kes buat gaya tu depan tokong. ini boleh mendatangkan kemarahan bagi masyarakat cina kat situ. bila dah marah mesti aku mengakibatkan pertelingkahan antara agama. dulu orang Buddha marah sama Islam pasal itu Taliban musnahkan berhala besar di Bamiyan. korang ingat tak? sekarang orang Buddha tengah meraikan kejayaan kerajaan Sri Lanka menewaskan Harimau Tamil yang kebanyakan beragama hindu di sana. so, aku pikir hal ni besar. buat X-PAX di gelanggang seni tak pe lagi. kalau di tokong cina tu kena pikir banyak kali.

pp kata indie. sebab indie tak patut jual dalam rm20.gila mahal. dah laa nipis. ciput giler. baca pun tak puas. kapitalis tak patut dan aku rasa pp macam kena eksplotasi jee. zikir rindu karya Azizi Hj Abdullah yang aku beli pun harga dalam RM10.

ramai kawan-kawan lipis bila pergi KL untuk berkerja bila balik ke tempoyang cakap bunyi "KAU-KAU dan AKU-AKU". aku yang duduk terengganu dah 8 tahun bila balik lipis boleh smart lagi cakap lipis. nahu tempoyang tu betul dan membanggakan pakcik bakar sama husen di kampung tercinta sana.

tapi aku pikir blook kacip ni memang kacip laa. kalau tak nak beli korang baca laa blog dia. kalau sakit mata, cari mana-mana cerita lepas tu print jee. kalau sayang dakwat sendiri guna jee dakwat opis. agak rasa mahal try zerox kacip, baru budak universiti.

terima kasih kepada mana-mana pihak yang mengharumkan nama tempoyang. DIY or die!!!

ps: tak beli tak hardcore!

notakakis: kaset/cd diatas pernah jadi isu pasal jual mahal sangat. apa kejadahnya hardcore kalau mahal-mahal?

Isnin, 18 Mei 2009

hal - hal lain

Nama rasmi Nor Hisham. Nama masa sekolah Mat Tiara. Nama Rock Apex Neon. Nama rasmi kat tempoyang ialah besham, sham, hisham, apek dan kekadang orang panggil anak tok mat.

notakaki: gua sekarang kat Pulau Perhentian. gua pikir tak ada internet tapi rupa-rupanya ada. laju pulak tu. gua sekarang tengah berinternet sambil layan bunyi pantai. lu orang jangan marah banyak sangat pada kerajaan malaysia. kat pantai bahamas sana jangan laa cerita hal internet,pejabat pos pun tak ada. sekarang ni gua tengah ambik gambar sambil melompat macam orang lain selalu ambik. macam gamp jee style!

Sabtu, 16 Mei 2009

Sentimental 1996 - Pelempang Cikgu Nik

1 September 1996

pagi tu aku berdebar tak patut. nak hilang debar aku berdoa panjang sikit dalam bahasa melayu. Ustaz Mat Diah ada kata tak kisah berdoa dalam bahasa melayu. tapi lagi afdal kalau dalam bahasa arab.

masa nak berjalan ke dewan selera kaki aku rasa berat jee. tapi bila tahu menu pagi tu mee goreng tak ada sayur aku try jugak berjalan sambil pikir apakah yang akan berlaku nanti.tapi ada satu magic jadi bila aku sampai dewan selera. debar aku sedikit hilang. mungkin sebab sambil makan dan minum teh aku sempat mengenyit mata pada dua hingga empat orang budak junior yang pandang aku.

lepas makan, kenyit mata dan cerita pasal band slandek dengan kawan-kawan yang lain dada aku kembali berdebor tak patut...

30 Ogos 1996

" panjang, aku ada bom 3 bijik. entah budak mana kasi aku. kita kasi letup asrama macam mana? " aku syak setan dari blok 10 yang duduk kat parit hasut aku malam tu.

" betul hang ada mat? hang jangan pelawak.." panjang tak konpiden sama aku

" jom tgk bom kat bilik aku.."

panjang nama betul dia Nor Hisham Halil, orang Baling, ikut aku masuk bilik.

" macam mana? ada berani kasi gegar satu Kem? " sah memang setan yang duduk belakang blok 10 hasut aku.

" bila kita nak bakar? kat mana nak bakar? " panjang semangat macam orang lepas hisap gam

" jang, kita bakar tepat kul 12 macam mana? baru sambut merdeka..." aku kasi cadangan

" kita kasi gegar satu KEM!!! " entah setan mana yang semangat sekali berkata-kata.

belum lagi pukul 12.00 pagi sekumpulan budak-budak silat cekak yang di dalangi oleh Mat Due balik dari pertapaan. dalam perjalanan balik walaupun ada ilmu silat tapi perangai diorang tak semegah mana. diorang boleh buat bising sambil jerit merdeka. disebabkan jeritan diorang ni maka budak-budak blok 9 dan 10 mengambil kesempatan untuk turut menjerit merdeka disamping mengeluarkan bunyi-bunyi binatang seperti bunyi harimau, ayam, itik, gajah dan bunyi babi. yang aku heran macam mana diorang buat bunyi babi tu sebijik?

dari jauh kitaorang dah nampak kelibat cikgu nik. cikgu nik ni cikgu displin maktab, merangkap cikgu asrama, cikgu jurulatih bola tampar dan semua serba serbi dia pegang. budak-budak blok 9 dan 10 dipanggil turun.

" ingat! jika awak semua buat bende macam nie lagi. saya tak teragak-agak untuk ambik tindakan. dalam 5 tahun saya kat sini orang yang saya tampar tak sampai 10 orang..." cikgu nik berkata-kata sambil mengaru tapak tangannya.

jam dah dekat pukul 2.00 pagi. aku, panjang dan para pengebom lain dah naik boring. aku lambung-lambung mercun yang aku pegang nie sambil isap rokok DUNHILL.

" macam mana kita ni, tak punk kalau ikut cakap cikgu. nanti kena gelak sama budak nirvana kat luar macam mana? lu tahu laa punk luar pandang sinis pada budak mrsm nie" aku menghasut panjang sambil hembus asap pada kipas diri yang dihalakan ketingkap.

" pergi tengok line " panjang kasi arahan pada budak junior rumah dia.

5 minit kemudian.

" ok bang, line clear "

aku, panjang dan beberapa budak lain bangun bersemangat sambil buang puntung rokok kedalam baldi yang disediakan. sebagai langkah berjaga-jaga aku dan pengebom-pengebom yang lain memakai pakaian ala-ala ninja.

panjang pakai kain pelikat sambil tutup muka. aku berstyle sikit. tutup muka guna baju lepas tu pakai topi. semangat gerila memang ada masa tu. niat kami baik, kami letupkan mercun ni sebagai simbolik perayaan merdeka tahun nie. masa tu mahathir marah sama penjajah. so kami pun marah penjajah jugak.

" mat hang kasi tegak mercun tu..." panjang kasi arahan. aku dirikan dua mercun tu.

panjang pakai lighter untuk letupkan mercun pertama. aku duduk tepi dia sambil pandang kiri dan kanan.

mercun pertama gagal di letupkan.

" mercun ni dah masuk angin " kata panjang

" try mercun no 2. aku dah jampi " aku bercakap macam bomoh

mercun kedua ditegakkan kembali. aku betulkan sumbu mercun sambil baca bismilah. panjang dah steady dengan lighternya. budak-budak lain ada yang duduk sambil cekak pinggang dan ada yang tutup telingga.

KABOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!

" WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...jangan lariiiiiiiiiiiiiiiiiii..." entah warden mana yang menjerit.

kitaorang lari berterabur.masing-masing masuk bilik dan buat-buat tidur. aku pikir kalau masa tu dah ada baju kelawar untuk tidur memang dah aku pakai baju tu.

babi, kitorang tak sangka bunyi dia kuat gila. aku syak satu KEM PPH gegar dengan bom tue.

Ustaz Mat Diah, Cikgu Anuar dan beberapa orang warden kasi arahan semua pada budak blok 9 dan 10 keluar berkumpul mengikut rumah masing-masing. sebagai ketua rumah asrama aku kena duduk depan dan aku pun mengira sama ada cukup ke tidak budak rumah aku.

sambil menguap dan buat-buat gosok mata aku tanya sama ustaz Mat Diah.

" Ustaz kenapa panggil kitaorang turun ni? " cakap aku mengikut nahu kelantan.

" entah laa sape bakar mercun nie...tak dengar kee? " Ustaz bercakap sambil geleng-geleng kepala.

" aduhh...budak mana laaa nieee..." aku bercakap sambil gosok-gosok mata

lama jugak cikgu anuar membebel. tapi last-last sekali dia cakap,

" oklah, tak ada siapa pun nak mengaku. baik. saya dan ustaz akan buat sembahyang hajat, mintak kat tuhan agar orang yang buat bende ni SPM dia atau peperiksaan dia nanti.....awak tahu-tahu sendiri..." cikgu anuar bercakap sambil bermain dengan mercun yang tak meletup tadi.

aku faham maksud dia. maknanya sape tak mengaku dia akan berdoa agar SPM budak tu kantoi.

" ok. saya bagi peluang terakhir. ada sesiapa nak mengaku? "

tiba-tiba....

panjang angkat tangan dan mengaku dia yang buat.

" what the f***kkk..." aku bercakap dalam hati dengan perasaan yang berombak..

" saya nampak ada orang lagi bersama kamu Hisham. siapa orang tu, baik kamu cakap..."

suasana senyap...

" Mat cikgu..." panjang bercakap sambil menundingkan carinya ke arah aku.

Ustaz Mat Diah pandang aku...dia beristifar...

dan aku tunduk pandang bumi...

Kembali 1 September 1996 pagi selepas perhimpunan

lepas perhimpunan Cikgu Nik panggil kami 3 orang. aku tak pasti sama ada sorang lagi mamat tu arwah Mat Yie atau Hilman@demang, budak kampung aku kat lipis.

sebelum kena hukuman, Cikgu Nik bersyarah sedikit.

" saya dah kasi amaran malam tu, tapi awak buat jugak. Awak jangan salahkan saya ok?"

aku jawab ok dalam hati. kalau boleh nak jugak cakap TAK OK. apa kes nak lempang orang kat depan orang ramai ni...

tapi aku redha...

pelempang pertama untuk panjang

pelempang kedua untuk aku

dan

pelempang ketiga untuk yang sorang lagi...

mata aku berkaca. macam nak nangis. tapi aku pikir kalau aku menangis aku tak nampak macam gerila.

Hari tu Cikgu Nik buat hatrik dalam melempang...

notakaki: aku rasa bukan aku saja yang sayang dan suka kat Cikgu Nik, tapi tak terkecuali pada budak-budak mrsm pdrm yang lain. kalau ada apahal cikgu nik lah tempat kitaorang mengadu. cuma aku tak faham kenapa cikgu nik sekarang dah tak kerja cikgu. kalau dia kerja cikgu mungkin dia dapat tokoh anugerah cikgu tak pun cikgu cemerlang pangkat jusa. aku ada cerita hal kena lempang ni ke abah aku. abah aku gelak dan cakap padan muka kat aku.

terima kasih cikgu!

Jumaat, 15 Mei 2009

Unite and take over!

" The duty of youth is to challenge corruption " Kurt Cobain

Selamat Hari Belia! Power To The People!

Khamis, 14 Mei 2009

Politik - Seni Serba Mungkin

ada satu malam aku layan awani astro. sekali sekala layan hal-hal politik ni sedap jugak. malam tu cerita pasal People's Progressive Party (PPP). dalam bahasa melayu aku tak pasti sama ada perkataan people itu digantikan dengan nama penduduk atau rakyat.

masa nak habis rancangan ada satu cadangan yang menarik yang aku dengar dari Datuk M.Kayveas. dia ada cadang agar barisan nasional tu dijadikan satu parti. bubar UMNO, bubar MIC, bubar MCA, bubar PPP dan tubuhkan PARTI BARISAN NASIONAL.

betul jugak cakap dia. kita bercakap hal 1 malaysia. 1 malaysia tu apa bende kalau dalam hal parti kita tak bersatu? kita nak anak kita bersatu dengan masuk sekolah wawasan, suruh ibu-ibu bersatu, bapak-bapak bersatu tapi bila hal politik kita tak boleh bersatu. masing-masing dengan hal dan agenda 'perkauman' masing-masing. Kayveas cakap bukan aku cakap.

aku pikir sistem dua parti boleh kita buat slow-slow. macam amerika dan UK. kalau tak puas hati sama parti buruh, boleh tukar dengan konservatif. jika benci sama demokrat boleh kasi tukar dengan republikan. so apa kata kat malaysia kita wujudkan PARTI Barisan Nasional dan PARTI Pakatan Rakyat (Barisan Alternatif) misalnya. so masing-masing parti boleh bincang dan perjuangankan KEPELBAGAIAN HAL dalam negara tapi perlu diingat bahawa sistem dua parti dikatakan tidak akan berlaku dan berjaya jika masing-masing STILL punyai perasaam perkauman yang tebal dan jiwa agama yang sempit.

konsep ni bagus sebenarnya. macam konsep ying dan yang. syurga dan neraka. pahala dan dosa. baik dan buruk. panas dan sejuk. kiri dan kanan. depan dan belakang. setuju atau tak setuju. bagus atau tak bagus.

aku pikir sudah tiba masanya untuk sistem dua parti kita praktikkan di malaysia. jika anda bimbang akan 'kontrak sosial' yang menjadi asas kepada pembentukan negara malaysia ini terjejas ekoran daripada pembentukan sistem dua parti, maka apa salahnya kita panggil para pemikir dan cerdik pandai untuk membincangkan tentang isu ini. aku cadangkan kita kekalkan Kontrak Sosial dan amalan perkongsian kuasa yang diamalkan sekarang sebagai asas dalam menjalankan sistem politik dua parti ini.

bukankah politik adalah seni yang serba mungkin?

ps: ini bukan tulisan serius. sumpah makan sate 20 cucuk!

Rabu, 13 Mei 2009

wanita dengan pelita

maaf semua jururawat. aku pikir hari jururawat 14 Mei tapi rupa-rupanya 12 Mei. menurut dalam buku The Fall of advertising and the rise of PR ( ada orang kasi tahu aku, aku tak baca lagi buku ni) jururawat ini merupakan satu pekerjaan yang paling IKHLAS sekali dalam dunia.

betul ke? ada sama macam kat Malaysia?

selamat hari misi!

ps: aku syak mesti ada subjek khas pasal florence nightingale dalam kelas jururawat.

" kau bela hantu raya laa suruh jadi urusetia program.."

" kau pahal tak balik rumah hari tu mir? " aku tanya pada sorang staff aku

" leni kampung saya hantu raya tengah mengacau boss...bukan sorang dua jumpa, ramai dah jumpa, tu yang saya tak berani balik malam-malam leni..."

" ko biar benar. saje kot orang kampung buat cerita kasi budok dok merempit..."

" betul boss, lepas orang tua tu mati memang kuat betul mengacau. sebelum ni tak ada pun.."

" ada dia kacau 7E kuala berang? " aku try buat lawak

suasana tambah jadi menarik bila ada mulut-mulut yang celupar sedap bercerita tentang ramai lagi orang kampung kat sini membela dan bersahabat dengan pelesit, hantu raya, toyol, saka rimau dan sebagainya.

aku yakin diorang tak bercerita berdasarkan cerita-cerita seram kat tv3 malam jumaat tu atau menonton filem-filem seram melayu. bercerita menjadi lebih sedap bila nama-nama kampung turut disertakan supaya cerita menjadi lebih menyakinkan lagi seperti ,

" ramai orang kampung sini yang bela toyol, pelesit sama hantu raya. orang alik2 telemung ramai jugok membela bende ni, kampung ni, kampung tu, kampung tasek kenyir ni, kampung alik sekayu ni, bela ni, bela tu, hantu raya ini, hantu raya tue, hantu penanggal kat sini, penanggal kat situ, toyol main kat kaki masa tgk EPL, toyol sokong liverpool, penanggal atas rumah kat kampung nie, nampak orang berjalan naik rimau kat kampung tue, kampung ni bla,bla,bla.....

aku kira-kira ada 10 ke 15 kampung disebut-sebut.

dengan tenang aku buat keputusan,

" program kita buat siang-siang jee la. malam-malam hari kita lepak rumah tgk bola. aku memang tak ada cita-cita nak jumpa penanggal "

Selasa, 12 Mei 2009

rempit silat unite!


tadi petang aku melepak sambil makan roti canai dengan 2nd boss dan seorang pengiat silat yang terkenal di Terengganu.

perbincangan berkaitan dengan hal-hal semasa yang berlaku di negeri seperti keadaan cuaca yang pelik sejak kebelakangan ini, hal-hal berkaitan dengan masalah orang berkahwin dua dan juga hal-hal masalah sosial yang melanda golongan belia pada hari ini.

aku ada cadang pada boss aku supaya kerajaan kasi peruntukan untuk hidupkan kelas silat kat kampung-kampung. kasi pengerusi JKKK buat kerja untuk budak-budak belia. kumpul budak-budak belia, ajar diaorang silat lepas tu buat pertandingan silat antara kampung-kampung. biar budak-budak bergaduh antara kampung-kampung. bila dah bergaduh antara kampung-kampung dia orang akan berdebor nak keluar malam.

yang menang kampung wakil mukim, yang menang mukim wakil daerah, yang menang daerah wakil negeri, yang menang negeri wakil negara. macam karate kid. kita wujudkan dendam antara kampung-kampung. sense of belongi kata orang putih.

bila dah kuat perasaan kekampungan, perasaan balas dendam mesti wujud. yang tak terer akan menuntut sampai dalam gua. belajar ilmu kebal, bela hantu raya dan masa tu mesti tak pikir hal-hal nak merempit.

tapi masalahnya kata guru silat tue ialah mereka kekurangan tenaga pengajar. kebanyakan yang ada ilmu silat buat masa ini lebih utamakan keperluan asasi mereka seperti bekerja untuk membayar bil eletrik, astro dan api/air.

so aku rasa ini peranan kerajaan. kita wujudkan permintaan-permintaan. so boss aku cadang kita wajibkan setiap kampung buka gelanggang silat. so setiap guru silat itu kita suruh mereka mengajar 3 atau 4 kali seminggu. 2 kampung seminggu. kita bagi seorang pengajar ini elaun rm600 sebulan. kita try buat untuk 6 bulan. so guru-guru silat boleh tambah pendapatan dan yang menganggur tu tak lepak kosong. agak-agak dalam 6 bulan budak-budak dah tak turun merempit kita up sampai setahun.

budak-budak rempit yang degil, daripada kita rotan dia baik kita paksa diorang belajar silat dalam setahun. letak satu tempat, paksa belajar silat dan belah kayu kalau nak makan.

kalau diorang tak minat silat, kita panggil chuck norris ajar karate. amacam?

ps : gua rindu sama barry prima. last sekali aku tengok dia berlakon dalam Janji Joni. sekarang ni tak tahu dia berlakon lagi ke tidak.

notakakis : gambar budak bersilat masa pelancaran Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Terengganu di SMK Sultan Ismail, Kemaman. Sambil tangkap gambar aku jerit " terajang kuat sikit dik!! "

Isnin, 11 Mei 2009

aku pembunuh upahan beringin tua di pinggir sebuah bandaraya...

hari tu aku pilih radio IKIM sebagai radio rasmi KERETA aku. tapi sejak kebelakangan ini aku dapati radio ini iklan dia banyak sangat. macam ERA dulu-dulu. tapi banyak iklan hal-hal makanan kesihatan. nampak sangat orang Islam banyak penyakit.

selain memutarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis pilihan setiap masa, radio ini tidak ketinggalan men'deklamasikan'kan beberapa buah sajak pilihan yang sememangnya mensyahdukan hati.yang aku ingat salah satu sajaknya bertajuk MENGENALI-MU YA ALLAH karya MASURI S.N. Sila layan dengan penuh perasaan. Jika anda tidak mempunyai perasaan selepas membaca sajak ini mungkin ada sesuatu masalah dalam limpa anda.

Mengenali-Mu, ya Allah

Rasa-rasanya makin merindu
Yakin-itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;

Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh mahluk ini
Ada yang menjadikan
Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibir
Dan degup jantungku
Sentiasa mengigati-Mu
Adalah tandaku
Dalam ikatan-Mu
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku;

Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah
Maka aku sentiasa mengigati-Mu
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku:
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.

Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.


MIMPI PANJANG SEORANG PENYAIR

siapa ada cita-cita nak jadi vegetarian?



dulu zaman hardcore tak patut hari-hari gua layan lagu nie. kalau ada band yang 'makan daging' bawak lagu nie pun gua turun ikut mosh.

gua ada cita-cita jugak nak jadi vegetarian. tapi gua tak boleh refuse sama rendang-rendang orang tempoyang. lebih-lebih lagi rendang pakcik husen sama pakcik baha sebelah rumah. kena pulak sama lemang. sawan wehhhh...

ps: jangan bunuh binatang suka hati!

Ahad, 10 Mei 2009

Hari ibu - ibu Tempoyang!


ibu-ibu di tempoyang biasanya akan berkumpul di tadika kemas dalam jam 11.00pagi. masa tu time budak-budak balik.

ibu-ibu tempoyang bersatu disitu. ketika menunggu, ibu melayu, ibu cina dan ibu india duduk berbual seperti biasa dan membincangkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja seperti,


" masak apa tengah hari ni? "

" tengok tak cerita semalam? "

" si jeri kencing lagi semalam, tu yang sidai tilam..,"

" anak no 1 keje sini, anak no 2 keje situ bla, bla...bla.."



ibu-ibu tempoyang tetap bersatu disitu. ibu melayu, ibu cina dan ibu india tetap setia menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Sambil memimpin anak mereka, soalan biasa-biasa sahaja akan ditanya kepada anak-anak seperti,


" makan apa tadi? "

" abang/adik/kakak belajar apa tadi, meh ibu nak dengar... "

" cium tangan cikgu tak masa nak balik tadi? "



...dan saban hari ibu-ibu tempoyang bersatu!!!


notakaki:sekadar gambar hiasan, gambar diatas bukan tadika taman seri tempoyang. tak silap aku ,Kelas TABIKA di Taman Seri Tempoyang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). ada juga kelas TADIKA yang dikendalikann oleh Jabatan Perpaduan yang dikenali sebagai TABIKA PERPADUAN. dengar cerita PKR pun nak buat tadika selepas dapat tahu PAS untung besar dengan PASTI (tabika PAS). belum cerita lagi bab-bab tabika swasta yang kena bayar mahal-mahal. oh ya TADIKA bermaksud taman didikan kanak-kanak ,TABIKA bermaksud taman bimbingan Kanak-kanak dan PASTI pula ada singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam.

kaki nota : Aku belajar di tadika convent, Tanah Rata, Cameron Highlands. Sekular tak patut.

POWER TO THE PEOPLE!

Jumaat, 8 Mei 2009

kalau gua tak pakai jersi Malaysia, sape lagi yang nak pakai?

Bersyukur kepada tuhan kerana Inggeris yang menjajah Tanah Melayu. Jika tidak kerana Inggeris mungkin tanah melayu ini duduk dibawah negara Indonesia Raya atau pun kita semua tengah menyembah kaki Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej.

Bersyukur kepada tuhan kerana usaha mulia Tony Blair. Bekas PM Britain diatas semangatnya yang mempopularkan EPL sehinggakan setiap orang di Malaysia sanggup berjaga sehingga pukul 5 pagi untuk menonton pasukan kegemaran mereka. dari abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan pakcik-makcik mempunyai pasukan EPL kegemaran mereka. Bak kata Tony Blair " Tengok lah Liga kami, Lupakan Peperangan, jangan bimbang tentang sistem kesihatan dan forget about the crime yang berlaku di tempat anda..."

ya lupakan pasukan negara anda. jika anda rasa terhina dengan kedudukan negara anda dalam ranking fifa. jangan menyokong pasukan negara anda. sokong lah england. jika tidak mahu menyokong england carilah negara yang pernah menjajah negara anda. ya, kita ada Portugal, Belanda dan Jepun.

jangan malu dan segan memakai jersy negara lain. jika anda minat pada messi, pergi cari jersi negara argentina. jika anda minat torres, cari jersi negara spain yang ada namanya di belakang, jika anda peminat ronney cari jersi england. hey, freedom of choice! jangan malu, jangan segan dan jangan takut dengan nilai jajahan dari luar!

X X X globalisasi 3.0 dan penerusan kuasa imperialisme barat. tahniah. kita semua telah berjaya X X X

Rabu, 6 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Empat


dalam bot ada jugak satu diskusi ilmiah 'cara-cara bermain 400'. 2nd boss aku ada ajar dan buat sedikit praktikal. serius aku tak faham. sebenarnya main terup 400 ni merupakan satu aktiviti yang aku dah tengok sejak aku darjah 4. masa tu husen, bakar and the geng selalu main kat bawah rumah flat tempoyang. kalau nak ikut aku dah kira master main 400 kalau aku duduk melepak dan study sama geng-geng tue. tapi aku hairan kenapa kemahiran bermain 400 memang tak masuk dalam jiwa aku.

tak faham dengan 400 aku layan novel yang aku bawak. 5 jam perjalanan pergi sama 5 jam perjalanan pulang memang satu perkara yang membosankan jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah. kalau tak bawa buku memang aku syak aku akan terer main 400 sambil makan kuaci. hedonist tak patut!

novel Gerila merupakan satu novel yang sangat true dan berlatar belakang pada tahun akhir 70an. pertama ia ditulis oleh Lukman Iskandar. seorang bekas tahanan ISA dan dah pun arwah. dia juga merupakan bekas gerila bagi Barisan Revolusi Nasional melayu Patani(BRN).aku yakin semua latar belakang dan fakta-fakta yang dibentangkan dalam novel ini adalah benar. cuma aku tak pasti sama ada nama TPP (tentera pembebasan patani) dan nama-nama lain yang digunakan dalam novel tu benar-benar wujud atau ada nama lain yang sebenarnya digunakan di alam realiti.

ya kawan-kawan, novel ini telah membuka minda aku tentang sejarah-sejarah yang tidak aku pelajari di sekolah rendah dan menengah. tidak terlintas langsung dalam kepala otak aku tentang sebab dan akibat mengapa pergolakan di selatan thai tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. yang aku tahu ada 4 buah negeri melayu yang dijajah oleh Siam dan mereka dikatakan memperjuangan kebebasan negara daripada siam sejak 1902 iaitu selepas Siam menghapuskan sistem beraja di sana.(baca sistem beraja kerajaan Melayu)

aku terfikir nak menulis tentang ini bila aku jumpa satu blog yang namanya Kampung Perdamaian Sukhirin -Kini dan Silam dari blog dhani. dalam blog itu ada diceritakan dalam bentuk komik tentang Tentera Pembebasan Nasional Malaya, sayap militen Parti Komunis Malaysia. Kampung Sukhirin merupakan satu penempatan yang duduknya para bekas kader dan perajurit(? perajurit bagi pihak siapa? rakyat malaysia? ) Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Merekalah komunis yang diburu oleh bapak aku dulu-dulu. Ya tuan-tuan, bapak aku merupakan bekas polis hutan dimana tugas hakikinya ialah memburu komunis-komunis dalam hutan malaysia. untuk maklumat anda semua para komunis ini juga merupakan musuh kepada golongan perjuang pembebasan patani ni walaupun dikatakan bahawa PKM bukan musuh utama orang patani. untuk cerita yang lebih sedap tentang perjuangan gerila patani boleh rujuk kepada website ini,ini juga. dan jugak ini. dalam novel ini menunjukkan bahawa selain tentera Thai, PKM merupakan satu pihak yang sentiasa diperangi oleh pejuang gerila Islam patani. so kesimpulan aku mudah, PKM jahat dan kita tak perlu sokong sebab gerila Islam pun tak sokong komunis. so mengapa perlu melayu Islam sokong komunis? Haha

aku pikir, jika anda membaca novel ini dan juga rujukan-rujukan blog yang diberi, gambaran yang diberikan ialah masalah orang melayu yang tidak boleh bersatu. bila beza sikit je idea dan pemikiran kita maka kita akan mudah berpecah. ambik contoh Patani, terdapat tiga pertubuhan besar yang mempunyai objektif yang sama tapi berpecah-pecah akibat mungkin daripada 'pemikiran yang berlainan'. Habis macam mana nak menang?

Buku ini memang direkemankan untuk sesiapa yang nak jadi askar dan suka kisah sejarah tapi perlu diingat bahawa kisah percintaan yang dipaparkan tak sedap dan tak realistik langsung...

" ...perlu ingat yang titik politik nasionalisme Patani adalah bersifat ketuanan Melayu yang mencakupi seluruh Kepulauan Melayu atau Malay Archipelego. Politik Patani adalah bayangan kepada orang melayu Malaysia. Selagi orang Melayu Patani bergelar Melayu dan orang Melayu Malaysia bergelar Melayu maka sikap politik secara parlimenteri berbeza dengan politik orang melayu Patani yang radikal, agresif dan revolusioner. "


BERSATULAH MELAYU!

ps: Langkasuka itu Patani!

kenapa gua kena pergi BEKWOH maskara shorties?


1. rumah nenek gua kat kg pintu geng, kota bharu. gelangang seni tue dekat jee dengan rumah dia. agak-agak nak pergi tandas boleh balik rumah nenek gua. gua selalu dengar cerita tandas kat gelangang seni tu selalu tutup.

2. pp janji melayu betul. kata nak pos kacip. mula-mula nak kasi free, tapi tiba-tiba jee kasi no akaun bank. apa kes? sepatutnya dia kasi free pada persekutuan. tanpa persekutuan mungkin dia tak hidup dalam dunia blog nie. pasal kes ni laa gua dengar cerita kumprinx nak buat buku jugak. lepas tu padeli, lepas tu amar dan lepas tu otam. semua nak buat buku.so aku pergi ni pasal aku nak beli banyak-banyak kacip dan lepas tu jual kat terengganu. bak kata morrissey ' WE HATE IT WHEN OUR FRIENDS BECOME SUCCESSFUL!'

3. gua nak jumpa mamat khalid. mana tahu ada watak-watak sebagai orang gomen dalam filem-filem dia yang akan datang. bukan susah jadi watak orang gomen. masuk kerja pukul 8, minum air bersama rakan-rakan, bincang hal berita semalam, baca paper, mengumpat boss, belek-belek file, ada masa main facebook dan keluar kerja kul 5 petang.

4. gua saje nak berjalan kat kota bharu cari tapak stadium bola baru. ada sesapa kenal pegawai tanah kat sana?

Selasa, 5 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Tiga



malam kedua tak ada aktiviti yang nak dibuat. semua ikan tak makan umpan. Ikan-ikan kat Tasik Kenyir ni makin cerdik. umpan sawit memang diorang tak makan, umpan roti jauh sekali. aku ada try kasi letak umpan cacing tapi haram tak makan.

malam kedua semua jadi boring. so buat julung kalinya kami menonton cerita Hindustan ramai-ramai. malam tu kitaorang layan cerita bertajuk Shakti-The Power. Lakonan hebat daripada Karisma Kapoor, Sanjar Kapoor, Nana Patekar dan penampilan khas Datuk Shahrukh Khan.

cerita tu start dalam kul 9 malam lepas masing-masing menikmati hidangan ikan kelah yang ciput. sebab tak puas hari, malam tu kitaorang bakar ikan atas bot. sambil bakar ikan kami layan cerita ini.

Lakonan Nana Patekar sebagai Narasimha memang betul-betul melekat dalam kepada otak aku. bagi aku dialah penarik kepada filem tersebut. Narasimha ni merupakan kepala samseng dalam kawasan dia. tahu tak berapa besarkah kawasan jajahan dia? ketua samseng bagi 40 buah kampung yang dihuni kira-kira 4000 orang penduduk. dah kira macam satu DUN.

Nama Narasimha tu dah kira menakutkan. kalau ikut agama Hindu, Narasimha tu merupakan nama Dewa yang melindungi orang-orang yang menyembah Wismu. Wismu ini kira dewa hindu yang tertinggi laa. So, pada firasat aku pengarah filem ni memang letak nama Narasimha sebab dia melindungi 4000 orang yang duduk dalam 40 buah kampung dalam jajahan takluknya. So sebab nama dia Narasimha maka dia memang membuat apa sahaja bagi mengamankan kampungnya. adakah cerita ini pro anarki?

aku dan beberapa kawan yang lain rasa nak bakar bot bila tengah-tengah cerita orang yang kami anggap hero filem iaitu Sanjar Kapoor yang berlakon sebagai Sektar, anak kepada Narasimha mati kena tembak. apa kes pengarah ni? jam baru 10.30 malam, cerita habis pukul 12.00mlm dan ini menimbulkan persoalan sape hero dalam cerita ini. mula-mula aku syak filem ini jenis filem anti hero tapi mustahil cerita hindustan tak ada hero. maka siapa yang akan balas dendam kematian Sektar? adakah anaknya? adakah isterinya iaitu Karisma Kapoor? atau ayahnya sendiri, Narasimha?

suasana jadi panik bila muncul Shahrukh Khan. apa kejadahnya Shahrukh Khan muncul diakhir-akhir filem bersama-sama unta-untanya. yang lebih panik tiba-tiba muncul Aiswarya Rai dalam mimpi Shahrukh Khan.

Sebenarnya bagi aku cerita ini simple je. cerita ini berkisahkan kepada pemikiran tradisional india Vs pemikiran moden orang india. India moden tak dapat menerima tindakan-tindakan yang tidak berbentuk undang-undang. macam zaman arab jahiliah. perasaan kabilah tu kuat sangat. hutang darah mesti dibalas dengan darah. Narasimha ada tangkap sorang mamat yang bunuh menantunya. maka mamat tu dibunuh. bila mamat tu kena bunuh maka anaknya Shektar jadi mangsa bunuh. maka Narasimha ini pun ambik cucunya sebagai waris supaya cucunya itu jadi sepertinya. maka Karisma Kapoor yang memiliki pemikiran moden dari barat ini mengangap ia satu tindakan yang gila dan tak bertamadun dan merancang untuk melarikan diri untuk balik ke Kanada.

adakah karisma Kapoor dapat balik ke Kanada? Apa kena mengena Shahrukh Khan dalam cerita ini? Adakah Narasimha dapat membalas dendam atas kematian anaknya? Siapakah yang tercekik tulang semasa makan ikan bakar pada malam itu? dan siapakah yang tidur awal semata-mata nak tengok bola antara MU sama Arsenal?

Ada sen boleh cari cerita ini. Shakti The Power

notakaki : Watak Narasimha merupakan satu watak samseng yang terbaik selepas Godfather. cool, psiko, pakai kain, tembak orang suka hati, terajang bini suka hati dan duduk mencangkung bila rasa tak puas hati.

Ahad, 3 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Dua



Terdapat 2 objektif utama penganjuran program ini. pertama untuk mengenali tasik kenyir dengan lebih dekat dan keduanya adalah untuk meransang ekonomi pelancongan di Hulu Terengganu.

rupa-rupanya masih ramai daripada kami dan juga para peserta tak pernah sampai ke kawasan Taman Negara Terengganu. so bila lagi nak berjalan-jalan secara percuma? sebab itu kekadang aku pikir ada untungnya join apa jua jenis NGO. ada rezeki boleh jalan satu dunia.

pakej ransangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini merupakan satu kaedah yang baik bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda dunia kini. kalau ikut teori ekonomi keynes, dalam menangani krisis ekonomi, kerajaan dituntut untuk memainkan peranannya untuk campur tangan dalam meransang ekonomi dengan mewujudkan permintaan-permintaan.

sebagai contohnya, bila krisis ekonomi berlaku maka orang akan kurang duit. bila kurang duit maka akan kurang belanja. bila kurang belanja maka mereka tak buat apa-apa seperti melancong misalnya. kalau diorang tak melancong ke Tasik Kenyir,Hulu Terengganu sape yang nak sewa rumah-rumah bot yang ada sini? maka dengan penuh keinsafan bagi membantu para pengusaha-pengusaha bot ini maka program ini pun dijalankan. secara tak langsung program-program yang dianjurkan oleh kerajaan ini berjaya meransang ekonomi diperingkat akar umbi. bukan setakat pengusaha bot sahaja mendapat faedah, tapi tokey buat baju, tokey buat banner, tokey bus dan sebagainya turut mendapat faedah.

malam pertama di Kenyir terdapat satu sesi pencambahan minda dibuat. turut hadir pengarah, timbalan pengarah dan juga wakil NGO belia daerah. kami bertukar2 pandangan dan idea tentang sejauh mana kerajaan dapat menolong belia, apa masalah belia, kemana arah tuju belia dan kami juga mendengar pandangan dan pengalaman orang lama belia tentang gerakan belia dan sebagainya. majlis tak rasmi malam itu berjalan dengan penuh rasa harmoni dalam keterbukaan minda semua para peserta yang hadir. walaupun program ini bermula dengan perkataan " riang ria..." tapi yang menarik apabila semua diberi peluang untuk bercakap dalam suasana yang penuh ceria walaupun isu yang dibangkitkan boleh menyinggung perasaan para pelaksana dasar.

yang memancing teruskan memancing, yang kaki bola tidur awal sebab nak berjaga pagi nanti untuk perlawanan antara Barca sama Chelsea. walaupun kami dalam hutan belantara dimana line telefon pun tak ada, kami masih berkesempatan menonton Buletin Utama sambil memikirkan tentang isu selsema babi dan isu para pegawai PTD yang kena smash sama PM Najib. Para PTD yang sangat cekap dalam bab-bab melaksana dasar kerajaan ini mungkin tak tidur malam pasal memikirkan tentang kerusi KSU(Ketua Setiausaha kementerian, satu jawatan tertinggi dalam sesebuah Kementerian)

Irama tasik kenyir terus berlagu dari unggas-unggas rimba yang mengagumkan dan menjadi simfoni syahdu menemani diri dalam malam indah ciptaan Tuhan.

Jumaat, 1 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Satu


satu tempat yang telah mempopularkan daerah Hulu Terengganu ialah Tasik Kenyir. Tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. mengikut kata-kata member yang ada disini terdapat lebih daripada 300 pulau, 20 air terjun, beberapa gua dan berpuluh-puluh jenis ikan yang terdapat di tasik kenyir. disini juga terdapat penempatan orang-orang zaman batu atau penempatan neolitik di gua bewah dan beberapa gua lain. dikatakan tasik kenyir ini mula dibuat pada tahun 1979 dan siap 2-3 tahun selepasnya dan ianya telah menengelamkan beberapa buah kampung dan juga kubur-kubur yang ada di kampung tersebut.

jika korang peminat alam semula jadi dan juga merupakan kaki pancing, Tasik Kenyir merupakan satu kawasan yang harus dan wajib korang lawati. masa aku mula-mula tengok kenyir dulu perkara pertama yang aku pikirkan ialah bagaimana hutan tebal ini boleh dipenuhi dengan air, berapa lamakan proses penangkungan air dan macam mana binatang-binatang yang ada dalam hutan ini dipindahkan?

baru-baru ini pejabat aku dengan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program rekreasi yang dinamakan " Riang Ria Di Tasik Kenyir ". Program ini mendapat sambutan mengalakan sehingga terpaksa menyewa 2 house bot. untuk maklumat korang, jika korang tidak mahu berkhemah atau tidur di chalet-chalet yang disediakan, terdapat rumah bot untuk disewa. dalam rumah bot ini ada bilik tidur, tandas, tempat makan, dapur dan juga astro. yang mahal sikit mungkin ada karaoke. yang penting korang bawak bahan-bahan makanan seperti beras, gula, garam, teh/kopi sama gula, ayam sekilo dua dan bahan-bahan untuk korang makan sendiri. house bot hanya menyediakan peralatan asas untuk memasak di dapur mereka.

perjalanan kami ke Taman Negara Terengganu mengambil masa hampir lima jam dari Jeti Pengkalan Gawi. lima jam merupakan satu masa yang lama tuan puan sekalian, macam nak pergi kuala lumpur dari kuala terengganu. perjalanan yang panjang telah digunakan oleh peserta dengan menghayati keindahan alam semula jadi, membaca suratkhabar, bermain terup, memasang peralatan memancing dan memakan kuaci.jika korang adalah pembaca buku, inilah masa yang sesuai untuk membaca buku. anda boleh membaca buku dengan tenang dalam suasana yang aman damai dengan kandungan oksiden yang bersih lagi nyaman.

sebelum masuk ke Taman Negara Terengganu, terdapat satu kawasan macam transit ke taman negara. semua bot-bot dan house bot akan berhenti disitu untuk diperiksa bot-bot mereka oleh Pegawai Perhilitan. setiap joran akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 satu joran kalau tak silap aku. segala jenis pukat, senapang, bom ikan, c4, jala dan perangkap samar adalah dilarang sama sekali. golongan pemuja alam sekitar perlu berbangga dengan pihak kerajaan kerana peraturan yang kerajaan buat ini ada baiknya untuk alam sekitar.

disebabkan pejabat aku dah deal awal-awal sama pejabat perhilitan tentang program ini maka urusan kemasukan kami ke Taman Negara Terengganu berjalan dengan lancar dan cepat. hajat kitaorang untuk masuk ke Kawasan Sungai Cacing tak kesampaian kerana kawasan itu ditutup, maka kami terpaksa masuk ke kawasan Sungai Terenggan. Sungai Terenggan merupakan satu kawasan yang paling jauh dan dalam sekali di tasik kenyir. ianya berdekatan dengan Gunung Gagau dan sempadan dengan Negeri Pahang. Sila Lihat peta tasik kenyir untuk makluman yang lanjut.

semua kaki-kaki pancing dan bersiap sedia. siap jee parking bot, kapten bot menabur satu umpan yang dinamakan umpan buah sawit. umpan sawit itu direndam lama dan baunya cukup busuk. aku cukup kagum bila tengok betapa banyaknya ikan lampan memakan umpan tersebut. sahabat-sahabat kaki pancing dah siap sedia dengan joran masing-masing dari tadi dah tak sabar-sabar nak memulakan balingan. walaupun bukan kaki pancing tapi bila aku melihat banyak ikan lampan memakan umpan sawit tu maka tak pasal-pasal jadi panas. maka aku pun menjerit kepada sorang staf aku,

" zul, sediakan peralatan perang, kasi tambah peluru power sikit..aku dah tak sabar niii..."

adakah aku mendapat banyak ikan?

berjayakah aku menewaskan raja ikan air tawar?

benarkan aku berjaya mengangkat kelah seberat 3 kilo?

siapakah yang memesan prepaid kepada member yang hendak ke Pengkalan Gawi sedangkan kat dalam kenyir haram nak ada line?

benarkan kata PM bahawa bukan PTD layak jadi KSU Kementerian?

..tunggu sambungan akan datang.