Rabu, 31 Mac 2010

menjual kamera


ok. ini berita serius dan tak tipu. tiada unsur-unsur kapitalisme dan juga unsur riba. ini satu proses jual beli yang steady.

aku nak beritahu korang yang kamera eos 1000d rebel ratm yang aku beli pada tahun lepas akan dijual. harga aku letak Rm1600. perundingan digalakkan.

kamera ini dijual bukan kerana sebab ia rosak. tapi dijual sebab aku dah belia kamera 50d. disebabkan tak ada kerja nak bawak 2 kamera berjalan maka aku nak jual 1000d ni. keadaan masih lawa. bunyi masih sedap, ekzos ok, bersih, snap gambar tak sampai 10,000 keping lagi dan yang penting ia pernah digunakan oleh kawan baik siti nurhaliza. aku dengar cerita siti lancar jenama ubat kulit semalam. harap orang lipis akan dapat potongan harga dan kulit-kulit deme semua comel macam siti.

ini berita serius dan tak tipu. sesapa nak beli kamera sila hubungi aku.

Isnin, 29 Mac 2010

kes II

semasa otw balik ke terengganu gua dan rakan-rakan gua yang gua suka singgah di bukit tinggi, bentong. gua syak bukit tinggi ni daerah bentong yang punya. sepanjang 31 tahun hidup inilah kali pertama gua singgah ke bukit tinggi sepanjang gua lalu highway karak.

sampai bukit tinggi gua ambik gambar ikut sedap hati dan tiba-tiba bateri kamera habis. siapa yang salah? bateri atau kamera? kamera atau tenaga? atau tenaga, anwar ibrahim dan juga empangan bakun yang bersalah?

kes betul.

Ahad, 28 Mac 2010

Gambar Rosak

iso 320 aperture f/14
pasar chow kit

Sabtu, 27 Mac 2010

kes

gua sekarang dalam bandar Kuala Lumpur. kereta orang bawak. laptop ada bateri. internet pakai bb. lalu pwtc tadi orang ramai tak patut. budak-budak gua singgah chow kit cari buah-buahan. macam kat mydin tak ada.

yang jadi kes sekarang. aircond kereta gua tiba-tiba rosak. panas betul gua sekarang. dah laa cuaca panas. awan kommunus sekor pun tak ada kat langit KL.

gua betul-betul anti kl sekarang.

Rabu, 24 Mac 2010

hari yang gemilang di Syurga - part 1

Jam loreng berbunyi. mat terjaga. dalam adab yang rutin dia terus menyarungkan seluar kerjanya dan menuju ke dapur untuk melihat samada isterinya sudah memasak bubur bijiran sedia untuknya. ketika sedang makan dia meneliti Harian Kebenaran untuk berita utama pagi selasa.

" makanan dan produksi-bekalan-kemewahan mencapai peringkat tertinggi. golongan kelas pekerja sangat gembira, "

" sebuah konspirasi membabitkan tiga ribu orang musuh kerajaan terbongkar dan para pemimpin parti yang telah memutuskan bahawa pengikut-pengikut jalan yang salah tersebut tidak akan dibunuh, separuh dari mereka akan dibentuk dengan tindakan yang baru untuk manusia berkhidmat bagi kepentingan awam "

Mat berpendapat ianya sesuatu yang sangat mulia bahawa kerajaan sekali lagi melangkah kehadapan dalam matlamat-produksi mereka dan bilangan pengikut-pengikut jalan yang salah telah berkurangan. mat kemudiannya memandang ke dinding dan melihat sebuah gambar yang bertulis,

" demokrasi bermakna kita adalah dalam bilangan yang lebih banyak dari musuh kita "

dia mengangguk dengan perasaan tenang dan meninggalkan meja makan. "ianya merupakan sesuatu yang amat membanggakan sekali dapat hidup didalam sebuah negara, dimana semua orang berkhidmat untuk kepentingan awam dan di mana kita dipimpin oleh pemimpin yang amat hebat dan agung seperti Iljits! "

dia bergegas dan berjalan keluar kearah syurga.

bersambung...

Selasa, 23 Mac 2010

Pagi yang sumbang (cerita 10 tahun dulu yang sesuai untuk lelaki menganggur zaman sekarang)

gua terjaga dari tidur gua yang lena bila gua terdengar suara-suara makcik-makcik dan mak gua selaku tuan rumah berborak cun-cun kat belakang bilik gua. tak payah tengok jam gua dah tahu sekarang pukul 11 pagi. time-time 'anak mak' balik dari tadika kat area taman gua time macam nilah 'mak budak' berborak kat rumah gua.

gua sebenarnya tak risau sangat mereka nak berborak tapi tidakkah mereka sedar tuan rumah mempunyai anak-teruna-lulusan-universiti yang sedang tidur dan melayani puteri-puteri dari kayangan. mereka tidak pernah menjadi anak-dara-remaja ke?

gua sebagai anak remaja yang bertoleransi, baik hati dan kadang kala bermastubasi diwaktu pagi mengambil langkah bijak dengan mendiamkan diri sahaja. kadang-kadang tu gua rasa bagus jugak diorang ada disini kerana gua dapat mengetahui tentang berita terkini hiburan sensasi yang berlaku kat area taman gua.

suasana nyaman pagi tu bertukar menjadi taik apabila ada seorang makcik yang pantat mulutnya bertanya beberapa soalan kepada mak gua.

" anak kau buat apa sekarang? kerja ke? tak sambung belajar...." belum habis lagi soalan dari makcik tu gua lekas-lekas pasang radio sekuat-kuatnya dan pagi tu mereka pun blah slow-slow...

selamatkan aku atau aku selamatkan kamu?

dipetik daripada neon zine # 6

Isnin, 22 Mac 2010

dari lombok wtih love

dalam peta aku tengok lombok sama malaysia sikit punya jauh. jauh dia macam pergi australia. nak sampai lombok kalau tengok peta macam kena naik feri. tapi aku tengok dalam channel kat astro tu ada gak kapalterbang yang turun situ.

awek-awek yang lari ikut kekasih diorang pergi lombok mesti tak tengok peta. mesti diorang ingat lombok tu macam pergi tanjung balai. tak pun lombok tu macam kat jakarta. ini semua salah cerita bawang merah bawang putih.

kalau tak salah filem atau drama indonesia ini mesti salah lagu-lagu indonesia yang memang banyak kat pasaran radio malaysia. ini mesti salah padi, dewa19, inul daratista, projek pop dan sebagainya.

inilah sebabnya jika subjek geografi tidak dijadikan subjek wajib dalam SPM. kalau jadi subjek wajib mesti tak ada awek2 yang akan lari ke lombok. paling jauh diaorang lari pun kat station bas larkin.


Jumaat, 19 Mac 2010

Selamat Hari Luar Bandar LIPISIAN!

power to the people!!!

bolasepak, politik dan fotografi - siri 1

aku baru selesai kursus kejurulatihan awalan C semalam. last sekali aku ambik kursus ini pada tahun 2006. setelah 4 tahun menunggu untuk buat Lesen C dengan FAM melalui Terengganu FA tapi sampai hari ini tak panggil-panggil maka secara auto aku ambik balik kursus awalan C ni. kalau hari tu aku berkursus dengan Mr Jibam dari Terengganu maka kali ini aku berkursus dengan Mr fuzaimi Ibrahim bekas jurulatih Pahang.

benda yang diajarnya merupakan benda-benda asas dalam bolasepak seperti cara menendang dan mengawal bola dengan betul. banyak betul coaching point yang aku dapat dari mamat fuzaimi ibrahim ni. yang penting sebagai seorang jurulatih ialah memahami coaching point dalam setiap bende yang di buat. kalau dah terer dan hafal hal2 coaching point maka secara auto kita dah boleh nak manage real madrid.

selepas kursus awalan c selama 4 hari, maka kita layak untuk pergi kursus Lesen kelas C selama 2 minggu. tapi lesen C cabaran dia memang boleh tahan. dia ada beberapa ujian praktikal latihan dan juga periksa undang-undang bolasepak. biasanya yang pergi kursus awalan C akan dapat sijil daripada FAM. tapi kelas C sape tak lulus dia tak kasi sijil. antara mamat yang ada kelas C ialah shebby singh astro tu.

selama ini aku ingat dia ada kelas A ke B ke. cakap sedap tapi kelas B dan kelas C tak pergi. ok siapa yang berjaya akan dapat Lesen C FAM/AFC. lesen tu AFC yang keluar bukan FAM. so sebab tu aku nak sangat ambik kursus lesen C sebab kita boleh dah laa nak jadi pembantu jurulatih untuk mana-mana daerah dalam Asia.

lepas C boleh ambik B, B ni lama sikit dalam 3 minggu kalau tak silap aku. macam C kursus dia ada 3 pratikal, paper undang-undang dan satu paper sport sains sama belajar komunikasi. bila dah lulus dapat laa Lesen AFC B dan kalau lepak malaysia boleh laa jadi jurulatih Piala presiden atau FAM Cup. kalau cerdik sikit boleh jadi pembantu jurulatih liverpool youth kelab.

lepas B pergi laa ke A. A ni aku dengar lama sikit. sebulan ke dua bulan dan melepak kat banyak tempat. Ujian dan periksa dia pun mencabar sikit. sape ada A boleh jadi jurulatih kat seluruh dunia. Fuzaimi Ibrahim kata Ken Worden pun buat A sama dengan dia.

persoalan aku sekarang apa yang menjadikan seorang itu jurulatih yang baik dan bagus? kalau ikut modul semua yang diajar sama jee dari C sampai A diseluruh dunia. apa beza fuzaimi ibrahim dengan rafa benitez? apa beza zainal abidin hassan sama wenger? apa beza norhisham mohamed dengan mourinho? mereka belajar bende yang sama disekolah sukan. mereka menyepak bola sfera yang sama.

aku pikir kalau aku latih liverpool bila dapat A nanti mungkin tak jadi masalah nak jadi juara epl. inilah berkat daripada bermain championship manager sejak tahun 1997.

Selasa, 16 Mac 2010

1997 punya cerita - neon #5

jadual 2 : Dua puluh Rancangan Popular di Tiga Saluran Utama Televisyen Tempatan

1. cerekarama
2. pi mai pi mai tang tu
3. spektra
4. buletin utama
5. mr bean
6. siaran langsung dunhill piala malaysia
7. kisah benar
8. siaran langsung sinara/komposer akhir
9. lois &clark
10. siaran langsung hiburan minggu ini
11. deepavali movie
12. chinese blockbuster
13. panggung sabtu
14. jade theater
15. kes juvana
16.usop sontorian
17. mega movie
18. along
19. wira
20. pop kuiz

sumber : survey research malaysia(19/10/97 - 11/97)

ps : masa tu salah satu bende yang aku pikir ialah kenapa kisah benar tak dapat top 5. sedangkan kisah benar merupakan satu cerita yang paling in, kelakar, banyak bagi peluang kepada pelakon baru dan memberi pengajaran yang berguna dalam hidup seorang mamat punk rock pada masa tu. pikir sampai tumbuh uban.

Isnin, 15 Mac 2010

Neon #5 - April 1999

satu artikel yang aku jumpa dalam neon zine #5 bertajuk renungan.

baru-baru ini aku berkesempatan berborak dengan beberapa kakitangan kerajaan sewaktu aku buat pratikal. so, kat sini ada beberapa ayat-ayat yang aku dengar dan ingat sampai hari ni.

" aku ni, kalau nak ikut etika sebenar kerja, memang tak terbuat la. kerja pun pasal aku nak tengok orang-orang kita senang..." juruteknik A

" susah betul bila orang kampung dah pandai berpolitik nie " juruteknik A

" tak faham betul aku. pasal laa bagi projek/tender akhir-akhir tahun ni. dah laa musim hujan. kalau tak siap tak ikut masa, kita laa yang kena marah " kontraktor kelas F

" siapalah mintak jalan tengah-tengah hutan ni? " juruteknik B, sewaktu kitaorang sesat dalam hutan Kuala Ketil - Padang Tengku

" engko ni tak ikut reformasi ke? " pakcik X

" saya ni tak pernah naik bot " aku

Sabtu, 13 Mac 2010

Lepih, padeli dan skate



amar, amin sama pp memang buat hal betul dengan padeli.

ps: padeli tak main skate.

perhatian sekali lagi : lagu padeli paling 'in' kat kuala lipis sekarang.

perhatian lagi-lagi sekali : semua babak dalam videoklip ni ok. cuma babak mail berlari entah apa-apa (tengok minit 1.08). gua rasa nak terajang ada sekarang ni.

Rabu, 10 Mac 2010

rage against the machine dan kamera gantung

tahun 2018 kalau ikut cerita terminator masa tu manusia tengah perang sama mesin. dalam suasana dan hal-hal yang panas sekarang ni gua sempat jugak berpikir sejauh kuman.

tengah gua belek-belek kamera gua terpikir satu hari nanti di masa hadapan manusia cipta kamera yang dah siap ada sistem adobe photoshop. kasi ada lubang sumbat mouse lepas tu boleh terus ejas gambar kat dalam kamera terus. senang dan tak payah beli laptop.

tiba-tiba gua rasa nak jadi terminator. ambik gambar terus dari mata. cool tak patut.

Isnin, 8 Mac 2010

thechalatchalat

stam
umt, kuala terengganu

capang dan jendul

gua tengok sekarang cerita-cerita melambangkan hal-hal dan sifat fizikal orang dah macam meletup. semalam gua macam terlayan sikit cerita fatimah juling. hari tu terlayan sikit-sikit drama halimah jonggang.

gua pikir kalau gua jadi pengarah filem mungkin gua cari pelakon yang capang dan berdahi jendul. nama filem dan drama yang gua akan buat bertajuk " lelaki playboy terakhir berdahi jendul " atau " capangtar (ala-ala avatar)"

Sabtu, 6 Mac 2010

darjah celcius

cuaca panas sekarang. nak keluar rumah malas. air kena banyak minum. hujan tak turun-turun. otam datang main muzik kat umt hari ni. mak dia tak marah ke?

air kena minum banyak. kalau ada pening-pening itu tandanya air tak cukup. kalau boleh minum air 8 gelas air sehari tapi gua pikir kita kena up sampai 16 gelas sehari. pergi tandas acap kali takpe.

yang isap rokok jangan buang rokok merata-rata. rumput sekarang ni sensitif betul. terbakar sikit habis terbakar semua. bila semua habis terbakar kat mana kita nak main bola.

sape nak belia kamera canon 1000d sila maklum pada gua.

Selasa, 2 Mac 2010

pisang dan masalah sosial

harga pisang setangkai sekarang gua dengar dalam rm20. kira mahal tu. keadaan harga yang mahal ketika ini menyebabkan orang-orang kampung dan para petani moden dan tak moden mengeluh bila mereka kehilangan pisang mereka.

gua kesian sama petani-petani ni. dimanakan keadilan? adakah keadilan itu tercapai bila kita semua masuk parti keadilan? nampak gayanya besi buruk dah tak laku mana. hasil penyelidikan gua dengan orang-orang kampung semasa melepak mendapati bahawa bukan setakat pisang yang masak sahaja dirembat malah yang tak masak/putik lagi pun dirembatnya. adakah mereka mahu membuat kerepek?

situasi ini sangat merbahaya. selain dadah, komunis dan cili padi. mencuri pisang juga boleh mengugat keselamatan negara. gua pikir telah tiba masanya untuk kita berjuang memastikan pisang-pisang tidak dijual dengan harga mahal dan menghukum pencuri yang mencuri pisang.

elakkan sembelit! makanlah pisang!! hidup masyarakat marhain malaysia!!!