Isnin, 31 Mei 2010

keluarga satu tempoyang


lepas 4 hari di pulau redang aku balik lipis. along anak pakcik baha kahwin. sejak dulu kami berjiran sebelah rumah. so kalau tak balik rasa macam si tanggang. sebenarnya kalau ikut jiwa setiap kali orang taman kahwin aku nak balik. tolong apa yang patut.

balik lipis itu hari mail sama pp ayat dia memang power. mail aku ajak karaoke masa malam kahwin tapi buat perangai ass tak datang. mungkin kena pengaruh sama amin. takpun mungkin kecewa pasal anak baha tak terima dia. takpun dia malas nak dengar aku membebel kat diaorang.

pp macam biasa. perangai rockstar. cam celaka adalah sikit2. masa telefon beria2 nak datang. lepas aku hantar sms terus senyap. perangai macam ni memang takleh pakai. kalau main bola gerenti kena pijak kaki dengan aku.

setiap keluarga dalam taman seri tempoyang ibarat keluarga. satu keluarga yang besar. ada datang dari sega, ada datang dari batu 9, ada datang dari kota bharu, ada datang dari padang tengku, ada datang dari raub, ada datang dari entah mana-mana dan duduk di taman seri tempoyang dan kami hidup dalam sebuah keluarga yang besar.

aku tak membesar sepenuhnya dalam hidup 'orang flat tempoyang'. lepas darjah 6 aku sekolah kat kulim dari tingkatan 1 sampai 5. lepas tu kat serdang 3 tahun, mengajar kejap kat orang kaya haji dan lepas tu blah ke terengganu dari tahun 2001 sampai sekarang.

kekadang aku pikir aku nak balik lipis. kerja kat sini. buat sesuatu yang mengembirakan orang tempoyang. jasa baik diaorang semua perlu dibalas. kalau nak balas dengan wang ringgit mungkin tak dapat. apa sesuatu yang mengembirakan dan membanggakan orang tempoyang yang aku boleh buat? buat blog macam pp? jadi rockstar macam mail? berlakon dalam filem hanyut ramai2?

masyarakat merupakan satu kelompok sosial yang penting. ilmu sosiologi tak akan wujud jika tiada masyarakat. menjadi manusia yang bermasyarkat merupakan satu perkara yang sangat penting daripada menjadi manusia yang individualistik.

invidualistik merupakan satu ancaman kepada jiwa manusia. percayalah kawan-kawan. menjauhkan diri daripada masyarakat tidak memberi apa-apa makna berguna kepada diri sendiri melainkan keasingan, jiwa kacau dan syak wasangka buruk. individualistik hanya melahirkan manusia yang mendengar radiohead dan menghabiskan banyak masa dengan laman web porno dan lagu-lagu gersang dari the smiths.

Khamis, 27 Mei 2010

nota pulau dua


kos untuk membuat sebarang projek pembangunan di pulau redang sangat tinggi.tinggi dia adalah 3 kali ganda. kalau pasir sungai harga dalam 300 selori maka secara matematik harga kat sini dalam rm 900.

balak-balak disini masih cantik-cantik lagi. kalau tokey balak melihat pasti dua kali leleh. leleh tengok balak dan leleh tengok dugong.

Rabu, 26 Mei 2010

nota pulau satu

hampir dua tahun tiada ceramah agama di masjid pulau redang. ini hasil borak2 aku dengan penduduk kampung. pulau redang merupakan satu pulau dalam daerah kuala terengganu, parlimen setiu dan dun batu rakit.

harap maklum dan sila ambik perhatian.

Jumaat, 21 Mei 2010

Hari Semua orang melukis Nabi Muhammad?


hari melukis Muhammad? apakah jenis manusia yang cuma menimbulkan rasa benci kepada orang lain dan menyebarkannya? dan jenis manusia apakah yang mahu melihat orang lain marah dan kecewa? gua hairan.

gua sangat marah memikirkan tentang hal ini. Muhammad bukan manusia biasa. baginda adalah seorang Nabi. manusia ada 3 jenis. satu manusia kanan, satu manusia kiri dan satu lagi manusia istimewa yang digelar nabi atau rasul.

Isa manusia yang sangat istimewa. orang islam percaya pada Isa. namun tidak pernah orang islam menganjurkan hari melukis Isa. begitu dengan ibrahim, begitu juga dengan musa dan sebagainya.

mereka yang tidak mengenali Nabi Muhammad wajar mengenalinya dengan lebih dekat. gua cadangkan korang yang telah atau belum mengenali siapa Nabi Muhammad agar berpeluang membeli buku dari karya Martin Lings bertajuk, Muhammad - Kisah Riwayat Baginda berdasarkan sumber-sumber awal. gua memang rekeman dan gua hanya jumpa buku ini kat kedai buku popular. jarang anak melayu menulis riwayat Nabi Muhammad seperti Martin Lings.

gua pikir membenci kepada kebencian yang mengugat kesenangan hati orang lain merupakan satu hak. mereka yang memprotes dan melaungkan kutukan terhadap tindakan membenci manusia yang istimewa seperti Nabi Muhammad wajar dipuji.

jika anda merupakan manusia yang bersetuju dengan hari melukis Muhammad atas dasar hak asasi dan ruang lingkup kebebasan berfikir dan bertindak anda. jika ada pikir ia merupakan satu kehendak kepada kebebasan meluahkan perasaan atas keliberalisasian dunia ini, maka anda secara tak langsung akan mendapat respon dari jari tengah saya.

Rabu, 19 Mei 2010

bunting merdeka

satu petang gua diceritakan oleh bini gua tentang satu teori yang dipersetujui oleh cikgu-cikgu sekolahnya.

katanya mereka dah jumpa jawapan sebab musabah kenapa ramai orang duk buang bayi dalam bulan april dan mei ini.

ini semua sebab merdeka kata mereka. masa cuti merdeka ramai remaja, belia, duda, janda, pemuda-pemudi dan pakcik-pakcik akan keluar town sambut merdeka. tepat jam 12 semua jerit merdeka.

masa itu lah peluang untuk semua keluar. kalau tak keluar maknanya tak patriotik. kalau dah tak patriotik maka secara auto kurang rasa sayang pada negara. kalau dah tak sayang negara maka baliklah china, india atau tanah jawa.

lepas menjerit merdeka maka mereka ambik peluang untuk menjerit diatas tilam atau kusyen kereta atau yang tak ada duit di ladang kelapa sawit kepunyaan syarikat malaysia. fak merata lepas sambut merdeka memang berlaku. yang jadi lebih parah bila mereka tak pakai kondom. mungkin mereka ingat kondom itu buatan israel dan tidak membeli produk buatan israel merupakan satu tingkah laku suci.

jika mereka fak merata pada malam merdeka dan bunting merdeka maka secara auto bulan 4 dan bulan 5 maka ramailah budak-budak yang beranak.

ini baru betul anak merdeka.

Ahad, 16 Mei 2010

hidup anak muda!

peranan yang perlu dimainkan oleh pemuda dalam sebuah masyarakat bukan sahaja setakat menjadi mat motor bila orang besar masuk kampung dan menjadi pemegang bunga mangga. ini peranan belia 70 an dan 80an.

golongan muda perlu berani. sejarah dalam mendirikan negara bangsa dan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sejak lama dan dimonopoli oleh orang-orang muda. sejak melaka jatuh ketangan portugis sudah berjuta-juta nyawa orang muda menjadi wira negara.

sikap melawan anak muda adalah aset penting negara. bukan hanya negara malaysia. tapi mana-mana negara dalam dunia.

sayyid qutb pernah berkata bahawa di negara mesir itu bukan minyak yang paling penting, bukan kapas yang paling bernilai dan bukan terusan suez harta yang paling berharga tetapi golongan pemuda dan pemudinya.

anak muda perlu meraikan kehidupan ini. pergilah bermain muzik. pergilah masuk tabligh. pergilah mendaki gunung. pergilah menjerit melahirkan ketidakpuashatian terhadap sistem. pergilah merempit. raikan kehidupan ini dengan penuh kebebasan tapi ingat anak muda, raikan kebebasan ini dengan penuh tanggungjawab.

bangkit anak muda!

ps: menjadi rebel dan berani tidak bererti kita ambik kereta mak/abah/kakak kita tanpa pengetahuan mereka dan bawa kawan-kawan kita jalan pusing bandar. lari dari polis merupakan satu tindakan berani. lari dari mat rempit jugak merupakan satu tindakan berani. langgar kereta orang lepas tu lari juga merupakan satu tindakan berani tapi tak bertanggungjawab. kebebasan ini perlu diraikan dan kebebasan ini perlu dipertanggungjawabkan.

Khamis, 13 Mei 2010

malaysia boleh


aku ingat stadium putra kat putrajaya tapi rupanya kat bukit jalil. esok macam semangat nak pergi tengok semi. tapi orang kata tiket dah habis. kamera dah berasap ni.

kalau menang piala thomas aku ingat nak beli raket untuk anak-anak. biar damia, delisha sama dhia boleh kasi menang piala uber. projek ini bukan projek main-main tapi satu projek yang serius selain beli arnab untuk diorang.

this is sekati!

ps: nama hasbullah awang sama lagu malaysia boleh selalu meniti dimulut aku sekarang. rtm kena buat program realiti mencari penganti hasbullah awang. ini perkara serius.

Isnin, 10 Mei 2010

ini tanah rata


aku pikir aku lepak kat cameron highlands lama jugak. mungkin 5 atau 6 tahun. aku sempat tadika sama sekolah sampai darjah 2 kat atas sana. gambar ini dirakamkan di tanah rata. kawasan ini merupakan berek polis. atas berek polis tu yang korang nampak tangga tu menuju ke masjid tanah rata. sebelah berek polis tu perumahan untuk kakitangan gomen aku rasa.

kalau korang pergi sekarang ke tanah rata memang korang tak jumpa berek polis ni. last aku pergi aku tengok diorang buat rumah flat polis. kawasan perumahan gomen juga dah jadi rumah aparment ( sedap sikit sebut aparment daripada flat).

tangga aku tengok tak berubah. pejabat belia dan sukan daerah cameron highlands pun sejak dulu tetap macam tu. kawasan padang dia cool dan tetap macam tu. perangai orang cameron main bola kat padang pukul 12.00 tengahari merupakan satu tradisi sejak dulu. mungkin mak ayah diorang ajar main bola tengahari.

masa ni, basikal yang aku naik seperti dalam gambar merupakan satu bende yang paling stylo yang pernah ada selain kasut roda. basikal ini memang cool. setakat pusing satu berek polis dengan basikal ini merupakan satu bende yang tak ada masalah. gear-gear speed tak pakai. ada bukit aku masuk, air lumpur aku redah dan pernah satu kali longkang parit belakang tepi rumah pernah aku masuk. masa tu menangis tak ingat.

terima kasih kepada mak dan abah kerana merakamkan memori-memori indah ini. walaupun bukan kamera dslr tapi merakamkan saat-saat indah ni merupakan satu hal yang perlu mak ayah zaman sekarang tiru.

beli basikal untuk anak-anak anda dan beli kamera supaya anak-anak anda dapat mengucapkan terima kasih kepada anda.

this is tanah rata!

Khamis, 6 Mei 2010

edisi awal

bak kata mahathir, " dah lama dahhh.."

betul aku tak tipu. dah lama dah aku ada perasaan macam ni. sejak pak ungku kata internet merupakan musuh buku aku dah macam setuju sama orang tua tu. walaupun orang tu tak pernah tulis buku dan kuat membebel (aku pinjam kata-kata dari abang tukartiup) tapi aku pikir hal-hal membebel merupakan satu perkara yang penting dalam hidup aku.

membebel merupakan satu inspirasi dunia.

ini bukan cerita pasal membebel. ini cerita pasal suratkhabar. dah lama dah perasaan ini berlaku dalam hidup aku. pernah tak korang baca surat khabar lepas baca korang tengok tarikh surat khabar tu?

sebab korang tengok tarikh suratkhabar tu sebab korang rasa korang macam dah baca dah berita tu.

perkara ini dah banyak kali berlaku dalam hidup aku. setiap kali baca utusan malaysia mesti aku cheak tarikh suratkhabar. kekadang aku selalu berpikir, " berita ni macam pernah baca, tapi kat mana? suratkhabar semalam ke aku baca ni? "

lepas aku pikir balik, aku cakap pada diri sendiri bukan pada orang tukang jual suratkhabar.

" padan muka utusan. sape suruh buat utusan online. suratkhabar hari ni berita semalam. aku nak baca berita hari ini. "

bak kata mahathir, " dah lama dah..."

ye, dah lama tak beli utusan.

ps: ini cerita benar.

Selasa, 4 Mei 2010

musuh negara

pak ungku aziz kata internet sama tv sudah jadi musuh buku. perkara ni memang bukan bende yang boleh main-main.

tapi macam mana dengan muka buku? adakah dia musuh buku? adakah pak ungku tak ada muka buku maka secara auto dia pun cakap internet musuh buku?

kenapa abang tukar tiup marah sangat ke orang tua ni? adakah orang tua ini terlalu garang masa jadi cikgu kat UM?

aku berjanji pada diri aku untuk mengurangkan diri dengan musuh buku ini.

Isnin, 3 Mei 2010

wanderer

beberapa minggu lepas aku balik lipis. syok gak balik time-time tak ada musim ni. biasanya aku balik lipis bila musim cuti sekolah sama musim cuti raya.

pagi tu aku melepak sama abah aku dan jeman kat kedai ayam bakar dekat stesyen keretapi.

tiba-tiba abah aku bukak story.

" jeman, abang mungdulu cita-cita dia taknak kahwin. lepas tu nak berjalan satu dunia..."

aku tersenggih-senggih sambil melayan utusan malaysia. macam mana abah aku boleh ingat story zaman aku pakai gelang kat kaki.

betul. itu satu cerita betul. itu satu cita-cita aku yang dah lama aku pendam. berjalan satu dunia merupakan satu projek yang sampai sekarang masih lagi tak jalan-jalan. projek ini memerlukan ringgit malaysia yang agak banyak.

masa tu dalam tahun 1997 hingga tahun 2000 masa melepak di hameed restoran central market aku selalu mendengar kisah-kisah mengembaraan mat mat indie seperti nazeri heartcore, aki weng sama akem. kekadang tu kalau ada rezeki lebih sempat jugak melepak sama mat-mat hardcore indie dari luar negara yang sampai kuala lumpur.

memang syok layan cerita dan pengalaman diaorang. kalau lepak dengan nazri heartcore melayan cerita pengalaman mengembara di indonesia merupakan satu cerita yang suspen. kekadang hati ini jadi berdebar-debar dan cerita akan disambung lepas pergi toilet.

ada satu mamat tu entah nama sape pernah cerita pengalaman mengembara merentas pulau australia dan terus melepak sampai timur timor. lepas tu join sekaki memperjuangan kemerdekaan timur timur. cerita dia memang sedap tapi aku dah lupa nama dia. masa tu isu dan hal timur timor memang tengah panas.

mengembara ini memang syok. semalam aku ada bincang sama bini aku untuk mengembara satu dunia dengan family naik kereta. tapi lepas berkira-kira aku pikir mungkin lepas anak-anak dah besar takpun mungkin lepas habis bayar pinjaman bank rakyat.

aku pikir aku akan berkereta mengeliling satu dunia. dari malaysia naik ke thailand, masuk burma, bangladesh, india, pakistan etc. tapi aku pikir nak melalui iran, iraq sama afganistan ni susah sikit. mungkin ada jalan darat lain untuk ke turkey dan seterusnya ke eropah. tapi sekarang aku pikir macam mana nak pergi amerika dari eropah? letih gak pikir hal ini dari dulu. perkara ini akan digoogle nanti.

pergilah mengembara. belajarlah dari dunia. aku teringat mak aku pernah tanya kenapa pakai gelang kat kaki. lepas aku jawab

" pakai gelang kat kaki merupakan satu protes terhadap kezaliman kepada puak puak asli di mexico dan seluruh dunia."

mexico memang aku kena pergi nanti.