Ahad, 9 Januari 2011

My Name Is Jonas

satu hari dalam tahun 1996

pagi tu pagi sabtu. hujan melanda lebat. air dalam longkang belakang blok 10 yang dekat dewan besar tu mengalir laju. aku pandang longkang melalui tingkap bilik. tiba-tiba teringatkan Reduan. dia dah tak ada, pergi sambung belajar kat mrsm Taiping. apa entah sedap duduk mrsm Taiping tu. bukannya ada longkang besar kat sana. kalau dia ada gerenti dia tokey perlumbaan longkang.

pagi yang sejuk. sejak lebat gugur umpama peluru-peluru dari langit. dalam suasana hujan lebat ni perasaan marah pada Pendekar Awan dan Pendekar Angin sama Pedang Setiawan sikit-sikit ada. kalau hujan, perasaan nak keluar ke bandar Kulim atau Bukit Mertajam memang tak ada.

pagi jumaat dan pagi sabtu merupakan satu pagi yang paling tak true kalau nak pergi dewan selera. hanya sekumpulan pelajar-pelajar yang lapar, mat buku yang hendak belajar secara berkumpulan dan juga pasangan yang ingin beromen di kelas sahaja yang pergi ke sana. yang malas bangun pagi, yang benci sama sekolah, yang benci sama add math, yang layan nirvana dan yang banyak duit cari makanan kat luar pagar asrama.

aku masuk bilik Sham Halil. Sham atau Panjang merupakan rakan seblok yang bukan sahaja rakan, tapi sahabat sekelas, sahabat seperjuangan rock, sahabat serokok, sahabat seagama dan sahabat segala sahabat di bumi mrsm.

bilik Sham ni kira kopitiam atau dah kira syurga duniawi. nak maggi ada, nak roti ada, kekadang nasik lemak ada, teh ada, kopi janda ada, nak rokok ada, nak gudang garam ada, nak ehem-ehem ada dan sebagainya ada. aku masuk bilik Sham untuk sepinggan maggi, secawan teh dan juga sebatang rokok.

sebagai budak alternatif dan pengkaji makhuk asing sebab banyak sangat tengok X-Files, memakan maggi, meminum teh dan menghisap rokok tanpa mendengar lagu indie merupakan satu kesalahan besar. musim tu pulak Weezer tengah hit.

di atas meja sham ada radio. sebelah radio tu ada buku add math dan diatas add math tu ada bekas abu rokok. add math masa tu dah kira satu subjek yang dipandang serong oleh aku, sebab dipandang serong maka layak abu rokok tu diletakkan diatasnya.

dalam keadaan angin bertipu sepoi-sepoi bahasa, hujan turun dengan lebat, air longkang berlari deras, katak-katak melompat kesukaan dan perut penuh kekenyangan akibat maggi dan secawan teh.

aku menjerit kejahilan,

" my name is Jonas, my name is Jonas"

dan jugak,

" yeah..yeah...yeah"

dengan rokok dikepitkan dijari sambil tangan kiri memusing buku teks sejarah dan berfikir bahawa tak ada sape cikgu nak buat tangkapan pada budak-budak merokok time-time hujan ni aku merasakan sampai sekarang bahawa itulah satu hari dalam musim hujan yang paling heaven semasa belajar di mrsm dulu.

yeah..yeah..rebel and yell!!!


Tiada ulasan: