Ahad, 31 Oktober 2010

Ujub 2

gua ingat tahun depan gua nak start tulis dalam suratkhabar atau majalah-majalah. gua ingat isu politik, hal pelancongan sama isu sosial-ekonomi-belia merupakan satu ha yang sangat baik untuk dikupas.

selama ni gua baca rencana-rencana utusan malaysia dengan serius. tapi sekarang gua tengok utusan dia punya rencana macam dah tak ada kick. berita harian macam tu. kekadang gua agak ni semua sebab facebook sama blog.

kekadang gua tengok scene blog dah macam tak in jee sekarang. musim dulu punyalah ramai blogger masuk tv. gua pun rasa nak gelak pun ada. budak kampung gua pun ada sorang jadi blogger terkenal. tapi impak untuk sosial-ekonomi-politik memang 10% jee ada.

scene facebook gua tengok makin menjadi-jadi. raya itu hari, masing-masing sibuk update diri sendiri dalam facebook. masing-masing mengadap komputer. bagi gua update diri sendiri ni macam ada nilai UJUB dalam diri kita. mengikut kajian gua, blog sama facebook ni secara tidak sedar telah melahirkan rasa bangga pada diri sendiri dan semamangnya elemen UJUB itu wujud tanpa kita sedari.

contohnya macam gua. dalam artikel yang lepas gua tulis pasal gua dapat sambung belajar. hal ni kalau bagi budak-budak yang kenal gua gua diaorang tak kisah sangat, tapi bagi orang lain mungkin persepsi mereka mengatakan gua ni macam nak menunjuk.

antara elemen UJUB yang gua perhatikan dalam facebook ialah seperti update status

" pehh, sejuknya kat sini.." sambil letak gambar dekat turkey

" gua bersama brader kacip " sambil tersengih dan tunjuk buku kacip.

" gua dan feroza gua " sambil duduk tepi kereta ferrari.

" gua nak pergi singapore esok tengok the cure.." sambil tunjuk tiket bas pergi singapore

gua ingat gua dah kena tipu sama teknologi.

Khamis, 28 Oktober 2010

Jamilah Othman

siapa jamilah othman? adakah jamilah othman ini 'bekeng' orangnya? adakah garang macam singa? adakah dia terer menggunakan bahasa intelektual dalam kehidupannya? aku harap dia steady dan tabah dalam menjalani hidup sebagai orang intelektual.

jamilah othman adalah bakal penyelia aku dalam hal-hal belajar selepas ni. ini kali kedua aku sambung belajar selepas mengagalkan diri sendiri masa belajar kat udm itu hari. udm pun satu hal, mula-mula nama universiti darul iman. tiba-tiba dah tukar kepada universiti sultan zainal abidin (uniza). jatidiri selalu berubah-ubah.

sebenarnya malu jugak nak bercakap pasal hal belajar ni. ramai kawan-kawan ingat aku dah habis buat master. maklumlah dah lama. tapi yang lepas tu biarlah lepas, yang akan datang ini kita akan hadapi dengan gembira. so aku beritahu sekarang yang aku dah berhenti belajar dah dekat setahun. sebab apa itu kita cerita kat kedai kopi.

so sekarang ni aku akan kembali ke upm. universiti putra malaysia. masa aku mula-mula masuk dulu aku sempat dapat tanda nama sebagai pelajar universiti pertanian malaysia. aku sebenarnya hairan sama mahathir. nama pertanian dan sedap-sedap dia tukar kepada putra. kononnya nak kasi sedap macam putrajaya. bagi aku nama pertanian tu dah gempak. apa kejadahnya nama putra itu dengan pertanian. masa mula-mula dulu aku ingat putra tu nama baru bagi pertanian.

tapi yang tak bestnya yuran dia agak mahal. nak menuju serdang jalan sesak. udara tak berapa bersih, minda pelajar melayu sana lesu dan komuter selalu penuh. dari terengganu nak pergi sana mungkin agak jauh. hubungan dengan kapalterbang dah tak semakin gam yang paling penting kalau dah start belajar ni maka aku dah kena start baca buku.

notakaki : jual kereta untuk sambung belajar sedap gak bunyinya ni.

Mu - Se

mu ni boleh jadi mung. mung tu kalau ikut bahasa antarabangsa ialah u. kalau ayat kl, kau. engkau pun sedap jugak tapi nampak ganas. orang kedah pakai hang. ayat sopan ialah saudara. contoh ayat sedap ialah ," saudara hendak ke mana? "kat lipis mu itu lebih merujuk kepada awok. " awok nak gi mana? " contoh bunyinya di lipis.

' se ' pulak kalau kat terengganu ialah satu. kalau di kelantan, e selepas s itu di panjangkan. seeeeee...musang tu kalau di kelantan kan akan bunyi seeeeeeeeee kat belakang tu.

so apa menjadi persoalan sekarang?

gua muse ni tak ada kena mengena dengan kumpulan muse.

Selasa, 26 Oktober 2010

aku, cameron, lojing dan catatan ala mahathir.

1. tiada kedai kopi di perkampungan orang asli lojing. maka sebab itu tiada anjakan paradigma orang asli disini. apa kejadahnya paradigma?

2. line astro ada. line telefon kurang ada.

3. rupanya penyanyi kajol tu orang asli gua musang. nama dia hafis dulu. tadi masa nyanyi sama roy kapilla sedap tak patut suara dia. dengan cerita dia dah jadi perempuan sekarang.

4. orang asli sini minat sama kajol, sepak takraw, rokok free dan astro.

5. gua tengah pikir apa hubungan menara warisan sama orang asli kat sini. celah mana? paradigma?

6. cameron highlands dah 3 kali gua nak dalam tempoh 7 hari. ini boleh melahirkan ujub.

Ahad, 24 Oktober 2010

gomo kelate gomo!

tahun ni gerenti kelate menang. ini tahun semangat raja kelate yang baru. tahun lepas semangat raja n9 yang baru.

dalam bajet 2011 itu hari tiada bajet peruntukan untuk kerusi stadium yang baru. gomo weh...gomo weh...gomo weh...

keh keh keh

Jumaat, 22 Oktober 2010

bajet

majlis daerah lipis perlu diberi bajet yang lebih besar dalam soal-soal kebersihan. gua memaki dalam hati bila melihat bangunan central point lipis. kotor dan penuh daki. gua akan maki diri sendiri kalau gua bawa kawan amerika gua makan cendol aji dalam keadaan bangunan penuh daki. wtf? tak ada bajet?

bangunan 100 tingkat yang pnb nak buat tu katanya dapat menjana ekonomi malaysia. kat celah mana dapat menjana ekonomi gua sendiri tak dapat tengok. gua ingat setiap daerah kena ada bangunan 20 tingkat. kalau semua daerah ada bangunan 20 tingkat sekurang-kurang ia dapat menjana ekonomi daerah. sekali lagi gua tanya celah mana nak jana ekonomi daerah dengan bangunan tingi-tinggi. siapa dapat faedah sebenarnya?

tahun ni kerajaan tak kasi bonus kepada kakitangan awam. padan muka orang gomen. kerja malas. duit nak banyak. hari-hari main facebook. celah mana negara nak maju. NKRA sama KPI tak tercapai ada hati nak bajet. celah mana nak dapat kalau malas. kalau kasi bajet kerajaan kena keluar 3.2 bil. banyak tu. duit banyak tu boleh buat banyak hospital sama jalan raya. duit banyak tu boleh buat bangunan 75 tingkat.

ramai rakyat tak faham. kerajaan suruh berjimat cermat, eletrik kasi jimat, elaun sana-sini kasi potong, makanan asrama dengar cerita kena potong, program-program sukan kat sekolah-sekolah pun kena potong dan sebagainya.

bila kerajaan umum nak buat bangunan 100 tingkat sama projek karambunai ramai rakyat marah. abah gua pun bunyi macam marah-marah. budak-budak mrsm gua yang sekarang jadi golongan kelas menengah bertambah marah. gua tak tahu nak setel macam mana ni.

korang setel lah sendiri. gua bukan terer ekonomi.

Khamis, 21 Oktober 2010

Bola Piala Malaya

tahun lepas ada gossip cerita bahawa N9 telah dimenangkan sebagai juara Piala Malaysia sebab untuk memberi hadiah kepada raja baru mereka. cerita ini tersebar luas di telinga para peminat bola kelantan. sebab tak ada bukti maka apakejadahnya kalau hal ini diperbesarkan.

tahun ni kelantan sama johor dapat sultan baru. kalau jadi kelantan lawan sama johor masa final ini tahun maka perlawanan final ini betul-betul satu hadiah kepada sultan baru. siapakah yang menang? benarkan tokey stadium akan untung sedap sebab stadium sentiasa penuh apabila melibatkan peminat kelantan? apakah hubungan politik dengan bola dan apakah peranan bolasepak dalam setiap peti undi dalam pilihanraya?

benarkah pilihan jalan raya lebih bermakna dari pilihanraya? benarkah ada gossip mengatakan bahawa ada calon orang asli dalam pilihanraya galas pada hari ni? jika orang asli tu memang maka beliau akan mencatat sejarah sebagai wakil rakyat orang asli mungkin yang pertama di semanjung tanah malaya. jika ini benar maka mungkin ramai para kontraktor orang asli yang akan berjaya dalam hidup mereka.

dunia ini semakin cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kenangan entah apa-apa

pada satu hari aku dan kawan-kawan telah dihantar ke sebuah pusat membeli belah dalam kota phnom penh. aku tak tahu apa nama pusat membeli belah tu. sedar-sedar dari tidur-tidur ayam aku dapati kitaorang dah sampai. disebabkan semua turun maka aku pun turun tanpa apa-apa objektif yang nyata.

inilah malangnya apabila mengikuti pakej tour yang tak DIY. semua orang dah atur. kekadang rasa tak punk langsung. kekadang rasa macam VIP pulak. perasaan ini selalu menipu kita. sebab tu ziana zain menangis bila kena lempang dalam cerita sembilu.

sampai je situ semua pakat pergi tengok jam. aku merasa sangat hairan dengan hal ni. apa sedapnya jam kat sini aku tak tahu. orang-orang besar daerah jugak turut membeli jam ni. orang kata kalau orang tengok jam yang kita pakai ni mesti ingat harga dekat 11 ribu. disebabkan nafsu membeli jam takada maka aku dan kawan aku pun mendaki tangga-tangga supermarket ini. sedar-sedar dah sampai tingkat 4.

kat tingkat 4 ni orang kata ada jual ipad murah. tengok punya tengok harga dia kat 3 ribu jugak. disebabkan malas nak membeli maka aku dan kawan tengok iphone buatan china sambil membuat proses tawar menawar.

tengah sibuk tawar menawar tiba-tiba ada orang menjerit dan terus berlari turun. suasana macam panik giler. yang duduk tingkat 5 semua berlari turun. disebabkan panik jugak maka aku dan kawan aku pun berlari turun.

disebabkan terer maka aku sampai bawah dulu. perasaan macam tu macam celaka pulak rasanya. rasanya tak sempat langsung nak berzikir dan beristifar untuk mengingati tuhan. cara larian menunjukkan bahawa skill turun bukit guna kaki masih lagi ada.

disebabkan ramai orang panik maka aku pun bertanya dalam bahasa orang putih kepada akak-akak dan makcik-makcik ni yang turun berlari bersama aku.

" what happen? what happen? what happen? " aku bertanya steady

" i dont know laa sir...they run i run tooo..." jawab kakak tu.

aku tanya lagi kat sorang brader pengawal keselamatan. jawapan yang sama. pengawal keselamatan macam ni memang boleh dibuang kerja.

disebabkan keadaan dah ok. aku pun naik atas balik. hasil siasatan aku ada gas bocor kat tingkat 5. gas bocor tu macam bunyi bom meletup. patutlah orang panik.

sebenarnya dalam sejarah hidup aku tak pernah lagi suasana panik ni berlaku sepanjang melepak di mydin, giant, hanku jaya, pasaraya bilal, wakaf che yeh, pasal lipis, pasaraya active lipis dan central point lipis. disebabkan berada dinegeri orang maka aku pun ikut jadi panik. perasaan panik masa tu sebab dalam fikiran aku mungkin ada gempa bumi, gunung berapi, serangan al-qaeda, tembak menembak antara geng dadah mexico dan sebagainya.

panik memang tak patut masa tu.

Selasa, 19 Oktober 2010

Melayu Kemboja - Hal 2

sebelum datang ramainya orang malaysia memberi bantuan kepada saudara muslim mereka di kemboja, kebanyakan masyarakat disini percaya bahawa hanya orang cham/muslim khrem sahaja merupakan orang yang memeluk agama Islam di dunia ini.

Kemboja di bawah Hun Sen dikatakan sangat bertoleransi dalam hal Islam di Kemboja namun yang demikian digossipkan bahawa tiada langsung peruntukan untuk perkembangan agama Islam dibawah bantuan kerajaan. maknanya kerajaan kemboja tiada elaun khas kepada guru agama islam, tiada bantuan khas kepada iman dan bilal dan tiada juga peruntukan untuk membina masjid untuk umat islam disini.

namun yang demikian dalam suasana letih di petang jumaat di tepi sungai mekong, gua masih lagi dapat mendengar suara azan berkumandang indah. satu benda yang sedap didengar dalam satu negara yang majoritinya merupakan beragama buddha.

dibawah pemerintahan Pol Pot, hampir 100,000 ulama islam telah dibunuh. mengikut cerita yang gua dengar asal dengar orang tu pandai jee pol pot bunuh, asal pakai spek jee terus kena tangkap, asal pakai serban jee terus kena sembelih. hal ini telah menyebabkan gua mempersoalkan tentang etika dalam komunis pratikalisme.

bersambung.

Melayu Kemboja - Hal 1

sebenarnya banyak bende nak tulis tentang lawatan sambil belajar dan kempen Iqra ke kemboja baru-baru ini. entah sape kasi idea pergi sini. tapi dalam pikiran singkat aku daripada berjalan tak tentu hala di kota-kota besar jakarta, bali, bandung, phuket sama hatyai ada baiknya pergi buat sesuatu yang berfaedah untuk sesuatu komuniti yang tidak bernasib baik.

nasib baik atau tidak baik sesuatu masyarakat itu sebenarnya bergantung kepada apa? atau kepada siapa? atau kepada bagaimana? persoalan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan satu hal yang dianggap sangat politik dikalangan manusia. nilai-nilai yang terhad dengan kemahuan manusia yang tidak terhad menjadikan bumi ini merupakan satu planet yang sangat sesuai untuk manusia.

faker tul, gua dah rasa nak tidur ni. karang sambung.

Isnin, 18 Oktober 2010

Babad Gua Musang - siri 1

gua geleng kepala lepas tengok liverpool main tadi.

Sabtu, 16 Oktober 2010

The Voice Of God is Goverment

naik kapal terbang balik ke malaysia dari kemboja buat gua berjanji untuk tidak naik kapalterbang lepas ni. kalau ada jalan laut pergi UK gua berjanji untuk naik kapal laut.

sampai Malaysia gua dapat berita bini gua masuk hospital sebab keguguran. gua baru cadang kalau dapat anak lelaki gua nak namakan anak tu Salahudi Ayubi tak pun Muhammad Al Fatih. duduk dihospital buat gua rasa insaf serta memikirkan bahawa kalau kita ni susah ada orang lain yang lebih susah dari kita. kalau kita miskin ada lagi orang yang miskin dari kita. kat sini gua boleh belajar konsep syukur.

sepetang lepak hospital gua dapat surat pergi kerja kat Gua Musang sampai awal bulan depan. melepak gua musang syok jugak sebab pertama dekat dengan cameron, kedua dekat dengan ipoh dan ketiga dekat dengan kuala lipis. yang paling penting dekat dengan kuala lipis.

pagi nak blah pergi gua musang gua dapati memory kad kamera gua hilang. gua rasa cam nak menangis pasal dalam memori tu banyak gua tangkap gambar gua kat kemboja. gua pergi kemboja bukan untuk suka-suka tapi pergi dengan projek kemanusia untuk orang Islam sana. sekarang gua tengah berdoa pada tuhan agak memori kad itu anak gua main dan ada kat bawah mana-mana kerusi kat umah gua. serius gua tengah berdoa sekarang.

sekarang konsep redha memang gua tengah belajar.

Selasa, 12 Oktober 2010

bas

naik bas ni sedap. tadi dari kuala lumpur ke kuala terengganu aku betul-betul balas dendam sama tidur. sedar-sedar dah sampai hentian rehat temerluh. dari temerluh sedar-sedar dah sampai kuala berang. entah bila jumpa karak highway.

bas bila di bawa laju rasa sedap sebenarnya. tapi yang jadi tak sedap bila berlaku eksiden. sampai malaysia orang tengah cerita pasal eksiden bas. banyak teori aku dengar. teori paling banyak aku dengar ialah teori bawa laju, teori jalan lurus dan teori pemandu mengantuk. teori-teori macam ni tak boleh menang hadiah nobel.

aku ada sorang kawan kerja dia tengok radar kapal terbang. aku pikir kementerian pengangkutan kena tubuh satu jabatan khas. jabatan ni kerja dia tengok radar bas. mana-mana bas yang laju boleh kasi amaran. hal ini bukan sahaja sangat bagus untuk keselamatan penumpang tapi boleh memberi kerja kepada budak-budak muda lepasan universiti yang tak ada kerja sekarang ni. pengambilan pekerja jaga radar ni macam style kpli jugak.

yang paling penting, radar ni bukan sahaja boleh kesan bas. tapi boleh kesan ufo. aku dengar cerita kawan aku radar yang dia jaga sekarang ni tak boleh kesan ufo. bab tu memang kodi.

ufo tu aku rasa penting jugak untuk dibincangkan. aku jugak hairan kenapa tak ada ufo terhempas kat malaysia? kenapa tak ada hal ufo dibincangkan secara intelektual dalam rtm? adakah ini diskiminasi terpimpin? siapakah yang akan menjadi calon dun galas bagi PAS dan UMNO? dan apa hubungan politik dan ufo? kita akan bincang lepas ni.

Isnin, 11 Oktober 2010

jatidiri

semua hal kena jatidiri. tak ada jatidiri memang susah nak in dalam hidup ini. jati ini jenis kayu yang kukuh, kuat dan keras. diri ni boleh kita maksudkan dengan manusia.

manusia dan kayu memang takleh berpisah jauh. semua hal manusia dari dulu sampai sekarang ada kaitan dengan kayu.

ini soal jatidiri manusia. banyak manusia yang jatidiri mereka lemah. hal ini disebabkan banyak perkara. contoh manusia yang lemah dan takada jatidiri ialah menyokong pasukan kelab luar negara. contohnya jenis manusia lahir kat kelantan, besar kat pahang dan berkerja kat terengganu tapi jadi barai sebab sokong liverpool.

ada orang kata orang tanah melayu tak ada jatidiri sebab dah beratus tahun kena jajah. dengan siam, degan portugal, dengan belanda, dengan jepun, dengan agam hindu, dengan agama islam, dengan orang champ, dengan cukong cina dan orang india yang jual karpet. sebab tu orang melayu tak ada jatidiri.

semua hal perlu jatidiri. scene bola, scene kamera, scene blog, scene fb, scene tabligh, scene cincin dan terbaru aku dengar scene berkahwin ramai pun kena ada jatidiri.

jatidiri bende yang real yang dah mati di tanah melayu.

Restoran Seafood

perhatian kepada semua pengusaha restoran makanan laut. sila pastikan ada sup ketam di kedai anda. kalau tak ada sup ketam itu bukannya restoran seafood. ketam berasal dari laut. sekian terima kasih.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Hujan Emas dan Hujan Batu

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik main bola di negeri sendiri.

Rabu, 6 Oktober 2010

Tawaran dari Kelab


Baru-baru ini gua ditawarkan untuk bermain dengan satu kelab. tawaran ini bukan sahaja akan menyebabkan gua akan berubah dari pemain amatur ke pemain separuh pro tapi mampu meraih populariti gua sebagai pemain bola. tapi ada beberapa hal yang menyebabkan gua terpaksa menolak tawaran tersebut.

1. main sebagai keeper. apa barang jadi keeper. mana ada keeper glamer kat malaysia. lagi pun keeper mana shoot gol. kalau penyerang gua confirm akan terima.

2. kebanyakkan pemain dalam kelab tu adalah peminat tegar kelab english. terutamanya Man U. apa barang Man United? yang tua tak sedar diri minat betul sama liverpool. disebabkan gua sorang jee tegar sama Liga Itali maka gua tolak.

3. bermain secara part time. ini dah lari dari prinsip profesional gua.

4. tiada elaun tambahan untuk ketua Pasukan. ini betul-betul blues. ketua pasukan merupakan satu hal yang penting. jerit dan maki kepada pasukan sendiri siapa nak bayar?

5. apa barang main dengan kelab keluarga?

Algebra

aku pikir pakai tudung cam ni lebih senang dari belajar algebra. tapi ia akan jadi lebih susah dari algebra apabila hal ni melibatkan jiwa-jiwa manusia yang berkata,

" Jagalah dirimu sendiri! "

" Jangan sibuk hal aku! "

" kubur masing-masing "

" ko ingat ko alim sangat? "

...apabila kita sedang cuma untuk saling ingat-mengingati.

Isnin, 4 Oktober 2010

Tengkujuh

banjir dah nak start. kat sini hujan turun lebat petang-petang. pagi cuaca sedap tapi bila menjelang petang cuaca terus menjadi blues kepada orang-orang obesiti yang bersemangat untuk berlari.

hujan petang juga menjadi carutan kepada budak-budak bola anarki. tapi bola terus disepak kepada mereka yang rebel dan tak takut petir. betul-betul hati kering.

hujan petang juga blues bagi emak emak dan abah abah yang tinggal berdua dirumah. bertemankan kopi dan ubi mengenangkan anak-anak yang besar panjang yang dah berpindah dikota mencari rezeki. hanya memori pengubat hati buat rindu dalam alunan air dari awan yang membasah bumi.

hujan itu rahmat dari tuhan buat insan yang mahu memikirkan kebesaran tuhan.

Selamat datang tengkujuh!

Ahad, 3 Oktober 2010

Kelab Peminat PUISI

dalam scene puisi selepas Usman Awang, Masuri SN, Aziz Deraman sama Muhammad Haji Salleh, kini gua jatuh suka sama puisi Rahimin Idris. Nasib baik dia bukan awek. gua harap dia boleh buat satu buku berserta borang fanclub macam penulis "aku budak setan' buat dulu-dulu. bersama ini gua sertakan satu puisi yang gua curi ada satu laman web yang namanya dunia penyair.

Dan saat kau lepaskan pesawat kertasmu

Jun 6, 2008

… dan saat kau lepaskan pesawat kertas yang ada ditanganmu itu ke udara, pantas ia meluncur membelah angin, mendarat dan lesap di padang rumput yang tak bernama.

tapi sebenarnya sebelum sempat ia mendarat, bayang-bayangnya telah terlebih dahulu terhempas dan terbakar di atas rumput-rumput dek tembakan terik matahari yang tegak di atas kepalamu itu.

selepas itu:
pesawat kertasmu tiba-tiba lesap entah kemana
ada setompok rumput terbakar hangus
padang itu masih lagi tak bernama
bayang-bayang pesawat kertas menjadi debu-debu
matahari masih tegak berdiri di atas kepalamu
kau masih terpinga-pinga.

hari itu sebenarnya entah siapa yang paling malang diantara pesawat kertas, rumput-rumput hangus, padang yang tak bernama, bayang-bayang pesawat kertas, matahari yang masih tegak di atas kepalamu atau pun engkau — yang masih belum tahu pun entah apa namanya tempat kau berdiri itu.

ABDUL RAHIM IDRIS
Bandar Jengka, Pahang

Belia Melayu Mudah Lupa

sepatutnya hari ni gua ada temu janji sama doktor gigi. tapi sebab gigi gua dah tak sakit gua buat tak tahu sama itu janji. adakah gua seorang munafik? siapakah bangsa yang sanggup menjadi hamba kepada klinik gigi?

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kuala Lumpur & Melayu

bulan 10 ni gua akan turun KL untuk dua hal. satu untuk Perhimpunan Agung UMNO dan satu lagi untuk Festival Fotografi Kuala Lumpur. menurun Kuala Lumpur sejak ada Lebuhraya Pantai Timur merupakan satu hal yang sangat sedap. terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan nasib-nasib kereta.

hal umno kita bincang lepas ni. lagi pun suka tak suka kita tak boleh nafikan bahawa umno telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara pada hari ni. bagi gua semua parti memainkan peranan penting dan gua tak reti bahasa sama orang yang cakap politik itu tak penting.

melalui pengamatan gua. scene photo memang begitu mencanak naik sekarang. lebih-lebih lagi scene kamera gantung kat leher. dulu gua selalu gak bakar mamat minah yang gantung kamera kat leher.

scene kamera gantung ni bermula bila 2 biji kamera gua buat onar sama gua. sejak dari itu gua start pakai kamera gantung dan sejak tu hubungan gua sama pelajaran fizik semakin dekat dihati. bagi gua kamera ini tentang persoalan cahaya. walaupun ramai kata cahaya ini bergerak lurus tapi mengikut seorang cikgu matematik gua, cahaya ni bengkong sikit. disebabkan ia bengkong sikit maka ia boleh dibiaskan menjadi satu bende yang lain. sebab tu malaikat boleh merupai banyak bentuk pasal malaikat dibuat oleh cahaya. peh, gua dah masuk bab-bab malaikat ni.

pasal festival ni gua tengok tak ada semangat 1malaysia langsung. dalam promosi klpf tu penganjur menggunakan bahasa cina dan bahasa english sebagai bahasa promosi. inilah nasib bahasa melayu.

oh tidak, tidak. bahasa melayu mana layak untuk bahasa pembangunan. bahasa melayu mana layak untuk negara maju macam malaysia ni. orang melayu mana layak nak membangunkan ekonomi negara.

orang scene kamera tak serius tentang isu bahasa sebab bahasa tak ada kesan dalam kamera. kamera tentang cahaya. kalau nak bercakap pasal bahasa pergi ke dewan bahasa dan pustaka. kalau nak bercakap dalam bahasa melayu pergi tengok rtm sama klasik nasional. ini kuala lumpur. kotaraya metropolitan dimana warganya bercakap english dan mereka rasa malu bercakap melayu.

dalam suasana pasaran bebas ni rasanya tak salah kalau terus untuk kita bercakap bahasa melayu. Ahmaedinejad pun cakap bahasa iran kat UN itu hari. entah bila orang nak bercakap bahasa melayu kat perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu?



ps: sape kata kena cakap orang putih kat persidangan dunia?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Melayu History X


" lu jangan tuduh gua beli baju melayu ni kat Mydin "

masa ni gua tengah bercakap pasal isu beli barangan buatan Malaysia sama hal liberalisasi pasaran. sebagai penjunjung pasaran bebas gua hot sikit bila baju melayu gua dikaitkan dengan Mydin.

scene berborak dengan pakcik-pakcik

kalau kena gayanya pagi sebelum masuk opis aku akan melepak kat kedai Bakar. Kedai bakar ni kat sebelah Majlis Daerah Hulu Terengganu. tak tahu sebenarnya apa bende yang sedap makan kat kedai bakar ni. cuma sedap melepak sini pasal banyak hal boleh tahu pasal kejadian-kejadian yang berlaku dalam daerah. Bakar ni Pengerusi JKKK. kalau pengerusi JKKK mesti orang umno.

melepak kat kedai bakar ni aku jumpa macam-macam orang, biasanya jenis yang dah berumur. boleh kata semua jenis 45 tahun keatas. so bila 45 tahun keatas sepatutnya aku kena panggil pakcik. tapi apa kes aku guna "mung dan aku", rasa kurang ajar pulak tapi mesra rakyat bunyinya. ada doktor, ada kontraktor pakai kereta besar, ada kontraktor pakai wira, orang gomen pangkat besar, orang gomen pangkat bawah, pakcik-pakcik rela, orang politik pencen dan sebagainya.

tapi semalam masa aku lepak sama sorang pakcik rela ada satu benda yang true tentang apa yang dia cakap. katanya,

" duit banyak kalau tak sihat tak guna. yang penting sihat tubuh badan. duit boleh cari..."

lepas tu aku tengok banyak tak patut dia makan tapai. tapai ni orang cakap boleh buat sakit badan.

aku geleng kepala sambil bercita-cita nak jadi petani.

Alasan

hari ni dah 22 syawal. scene puasa 6 tak buat lagi. cita-cita nak puasa 6 memang dah tanam dalam hati. sejak setahun dua ni suasana syawal di Malaysia telah berada di satu tahap kenikmatan dan kesenangan duniawi. tetapi kenapa tv dan suratkhabar selalu keluar ayat " sambutan sederhana tetapi meriah..", setiap tahun ayat ni keluar.

bersyukurlah sebab hidup dalam negara Malaysia yang aman permai ni. setiap hari ada jemputan rumah terbuka sama orang kahwin. tahun ni kali pertama dalam dunia aku dengar ada jemputan orang kahwin pada 1 syawal. jemput rumah terbuka tu cerita lain. hari-hari orang jemput. selain orang jemput, pejabat-pejabat gomen juga membuatnya.

aku tak tahu sama hal ini merupakan satu alasan yang baik untuk tidak berpuasa 6. aku tengah pikir sama ada para pemimpin kita pada hari ini ada masa untuk berpuasa 6. bayangkan jadi PM atau Yb misalnya. aku pikir setiap hari ada jemputan macam ni. YB PAS aku taknak cerita. hal orang susah diaorang pikir ke tidak aku tak tahu.

ini betul-betul satu dillema bagi aku dan melayu-melayu baru yang berjaya dengan dasar-dasar ekonomi baru (DEB). kalau dijemput dan lepas tu kita cakap kita puasa, hal ini akan mendatangkan perasaan kecewa tuan rumah dan juga seperti menunjuk yang kita into 'orang-orang alim' dan seterusnya akan menyebabkan kita ditolak kedepan untuk jadi iman.

aku pikir ustaz-ustaz kena buat satu kursus seperti " bagaimana mengurus puasa 6 anda didalam bulan syawal? " atau "bidaah membuat rumah terbuka" atau " bagaimana untuk menjadi ustaz terbaik dalam rancangan tanyalah ustaz? " atau yang paling last sekali " kenapa radio IKIM dah jadi radio pop?"