Khamis, 30 April 2009

Selamat Hari Pekerja



Bulan Mei merupakan bulan pengiktirafan kepada beberapa golongan manusia yang banyak memberi sumbangan kepada manusia lain.

1 Mei merupakan hari pekerja, 14 Mei merupakan hari Jururawat, 15 Mei merupakan hari Belia dan 16 Mei merupakan hari Guru. dengar cerita pulak 17 Mei merupakan hari teknologi.

pekerja adalah manusia. kecanggihan teknologi menjadikan mesin-mesin membantu dan mengambilalih kerja-kerja manusia. satu hari nanti hubungan antara manusia dan mesin menjadi tidak harmoni akibat daripada ketidak puasan hati antara manusia dan 'perasaan' mesin. perang manusia dan mesin akan berlaku.

100 tahun dari sekarang tuntutan pembebasan dari mesin akan mengantikan tuntutan keadilan daripada puak-puak kapitalis. perjuangan bentuk gerila akan mengantikan corak protes seperti mogok atau perarakan seperti yang biasa dilakukan pada hari ini.

chumbawamba, conflict, crass dan berapa species band anarcho-punk sudah tidak relevan dan akan digantikan dengan askar-askar pekerja yang bersenjata.

Pekerja akan terus relevan! Hidup Pekerja Seluruh Malaysia! Hidup manusia!

ps : Gambar band Chumbawamba!

Selasa, 28 April 2009

people of the sun

cerita selsema babi begitu mencemaskan. panik satu dunia. panik juga berlaku di Kg Sekati, Manir, Kuala Terengganu bila kedua-dua anak aku kena selsema. babi tak ada kat sini tapi kambing sama lembu punya kandang memang ada. aku jadi steady bila aku dapat tahu bahawa selsema babi ni tengah berlaku kat mexico, amerika dan kanada sikit-sikit. setakat hari ini tiada ahli keluarga dan juga jiran-jiran pergi ke mexico. tengok telemovie mexico adalah kot.

aku menuntut para pemenang hadiah nobel dalam hal-hal kesihatan haiwan dan manusia untuk mencari vaksin penyembuh kepada penyakit selsema babi ni. nama pun tak sedap. harap benar para ilmuan dan cerdik pandai yang ada di fakulti Veterinar UPM yang dapat waran juta-juta dari kerajaan malaysia untuk cipta ubat kasi babi tak kena selsema.

mexico dikatakan mempunyai politik yang stabil di dunia. mexico pernah jadi sebuah negara yang anarki selama 30 tahun sejak 1910. antara nama yang glamer dalam bab-bab memberontak ini ialah zapata. nama penuh yang betul yang lebih sedap boleh digoogle sendiri. nama zapata diabdikan dalam satu kumpulan pemberontak mexico yang terkenal yang diberi nama Tentera Pembebesan Nasional Zapatista. mereka dikatakan memperjuangan keadilan untuk masyarakat dan suku kaum Mayan.

hal ehwal zapatista ini banyak diceritakan melalui lirik lagu oleh kumpulan rage against the machine. satu kumpulan muzik yang cukup terkenal didunia sehinggakan mak aku pernah berkata,

" mung nak marah ke mesin basuh ke? "

aku tak faham kenapa banyak sangat kumpulan pemberontakan di kawasan amerika selatan. sejarah amerika selatan tak ambik port sangat. itu belum cerita kumpulan pemberontakan kat bolivia lagi, colombian lagi dan negara-negara yang berhampiran mereka. adakah kerana antinya mereka kepada kapitalis yang menindas maka mereka muncul memberontak? dan persoalannya siapa yang menaja mereka?

sambung cerita pasal hal ini lain kali. hari ini aku ke tasik kenyir, hulu terengganu untuk program sayangi flora dan fauna. lepak sana 3 hari 2 malam. buat program untuk belia dan beliwanis yang kita sayang kat hulu terengganu ni. siapa kata kerajaan tak sayang belia?

power to the orang ulu!

notakaki: tabligh ada sampai mexico?

Isnin, 27 April 2009

Never Mind The Bollocks, Here's the Sex Pistols

satu perkara yang syok tentang kerja aku sekarang ialah bekerja dengan 'orang-orang' yang berbeza dalam suasana persekitaran yang turut berbeza. latar belakang yang berbeza, pendapat dan idealogi politik yang berbeza menjadikan ruang-ruang kerja aku sekarang begitu menyeronokkan dan harmoni.

ia umpama keseronokan bila kali pertama mendengar Sex Pistols masa kecik dulu dan sekali sekala menjerit, " anarchy kat lipisssssssssssss!!!! "

aku tidak mempunyai masalah dengan pendapat orang, aku menerima dengan seadanya dan aku tidak bisa mengganggu keintelektualan anda semua. dunia ni akan menjadi begitu harmoni jika kita saling menerima dan memberi pendapat dan apa jua pandangan itu di terima dan didengar dengan penuh rasa hormat.

semasa belum akil baligh dulu ada satu bentuk prinsip kendiri yang dipegang iaitu etika untuk tidak terlalu rasict, tidak terlalu sexist dan tidak terlalu homophobic dalam hidup ini. kepercayaan kepada kebebasan dalam hak-hak individu begitu dihormati dan menjadi satu madah perjuangan.

bagaimana dengan hak masyarakat?

itu yang aku tengah fikir.

notakakis : hey, betul kata fahmi. space gambus experiment memang sedap didengar. all power to the gambus! rock wei! boleh layan dan download disini. try tengok...

Sabtu, 25 April 2009

Lelongan Kopi Syarikat Dagangan Belanda

minum kopi memang sedap. dua tiga tahun lepas aku memang tangkap syahdu habis sama kopi colombia. sehinggakan aku ada buat blog nama kopisham lepas tutup ammosham satu ketika dulu. tapi aku dengar sape ada gastrik/angin tak digalakan minum kopi. so sekarang ni aku jadi peminum teh yang tegar.

salah satu negara pengeluar kopi dan teh yang terkenal di dunia ialah sri lanka. tapi aku serius tak tahu sama ada teh atau kopi yang menjadi satu hasil utama sri lanka. tapi seingat aku sri lanka ada teh ceylon sama kopi ceylon yang cukup terkenal. teh sri lanka siap ada jual kat cameron highlands kalau korang perasan.

sri lanka merupakan satu negara kecik yang terkenal. pertama kerana teh dan kopi, kedua kerana pasukan kriketnya, ketiga kerana gerakan pembebasan tamil eelam dan keempat ia merupakan tempat turunnya Nabi Adam dari syurga.

selain isu palestin, hal sri lanka merupakan satu hal yang penuh tragedi yang aku dengar sejak kecil. palestin dan tamil eelam merupakan satu berita yang cukup popular dan sakit telinga bila dengar. lepas rejim zionis membunuh orang awam palestin esok lusa mesti keluar berita gerila tamil meletupkan diri di tengah2 orang awam di sri lanka. aku pelik kenapa isu zapatista di mexico jarang-jarang keluar dalam tv malaysia?

majoriti kaum di sri lanka ialah Sinhala. kebanyakan daripada mereka beragama buddha. ada riwayat mengatakan bahawa kaum sinhala ini juga berasal dari india tapi aku tak tahu india dari belah mana. orang tamil merupakan minoriti di sri lanka dan kebanyakan daripada mereka beragama hindu. komposisi kaum di sri lanka tak sama macam malaysia. 70% rakyat sri lanka ada sinhala, tamil ada laa dalam 20% dan melayu toksah cerita ada tak sampai 1% , so bila dah besar maka secara autonya besarlah kepala mereka.

aku bukan nak mempertahankan tamil atau golongan minoriti. tidak sama sekali. keadilan tidak terletak pada besa atau kecilnya sesuatu kaum itu. sejarah mengatakan bahawa orang tamil di bawa oleh penjajah Inggeris ke sri lanka sebagai kerani dan sebagainya dan kebanyakan orang tamil memiliki ekonomi yang kukuh di sri lanka. mungkin atas sebab ini maka orang-orang sinhala merasa sangat jeles, dengki dan cemburu.

tragedi ini bermula kerana politik. sinhala tidak mahu BERKONGSI KUASA dengan tamil. mereka bersikap sangat racist terhadap orang tamil. orang tamil tidak diberikan tempat yang adil dalam kabinet, sistem pendidikan, ekonomi dan sebagainya. lagi satu kebanyakan tempat tinggal orang tamil ini merupakan satu kawasan yang tidak subur dengar ceritanya.

so sebab itu Fron pembebasan Tamil bersatu merasa jika politik dan rundingan gagal memulihkan orang tamil maka jalan terbaik adalah dengan melakukan pemberontakan yang bermula sejak tahun 1983 sehingga sekarang. google sendiri untuk cerita yang lebih sedap.

sebab itu secara personal dalam negara yang majmuk seperti malaysia ini maka amalan perkongsian kuasa perlu diteruskan bagi memberi keamanan dalam negara kita ini. pak abu, ali dan kassim pegang laaa kuasa sikit, ah chong dan ah seng kasi sikit dan muthu dan acapan kita kasi sikit. so aku rasa nilai perkongsian kuasa yang diamalkan pada hari ini merupakan satu yang cukup relevan.

sri lanka dan india merupakan satu negara yang menarik untuk dilawati. kebudayaan mereka unit, teh tarik aku dengar cerita dari utara india, roti canai dari selatan india, capati dari tengah india dan ayam tadori dari sepi-sepi india. aku agak kalau aku join tabligh mungkin dah sampai sana.

notakakis : lelongan kopi syarikat dagangan belanda atau Max Havelaar dikatakan merupakan karya asas yang membunuh kolonialisme di indonesia dan Pramoedya banyak suka sama karya ini. jika tuan dan puan ke kedai buku atau ke pesta buku antarabangsa dapatkan Pemikir keluaran ke 56. cari, bayar, baca dan pikir.

Jumaat, 24 April 2009

berita bergambar

1

dulu ada sorang pakcik kat tempoyang yang selalu sentuh gua masa kecik. sampai hari ni gua tengok dia still lagi pegang jadi ketua kat tempoyang. sesapa kahwin lantik dia jadi ketua rundingan, orang mati dia juga ketua, kalau tahlil dia kekadang bawak dan kalau tak ada iman kat surau dia akan jadi iman. gua agak sebab aura gua.

gua syak Shabery Cheek jadi PM nanti.



ps: gambar dari notashabery

2

pp dah bikin satu buku. panas sampai sini. sesapa yang tak pernah baca zine sama blog dia sebelum ni aku cadangkan pergi beli. sesapa yang dah baca sebelum ni, gua syor tak payah beli. tapi boleh baca kalau bagi free. sesapa nak beli boleh contact dia sendiri di blog hilangpunca.

ps: gambar cover tak smart langsung. orang letak laa gambar tengah makan nasik ke, atas tikar sembahyang ke takpun gambar tengah main bola. baru kacip.



3

gua ada cadang nak tgk final piala FA kat bukit jalil. 4 hari gua traning cakap kelantan, bukan apa senang nak berkomunikasi dalam stadium nanti. abah gua pun sibuk call tanya sama ada gua hadir atau tidak ke perlawanan akhir ni. tapi gua dengar cerita halim napi tak main. gua tengah berpikir sama ada gua nak tgk kelantan main bola, atau nak tgk halim napi dan tengok orang gaduh-gaduh sambil bakar kereta polis.



ps: sekali pandang macam david seaman.

Selasa, 21 April 2009

take the power back!

" jamoh-jamoh laa makanan tu. jangan dok pikir sangat, hok mati mati. bukang boleh hidup balik " kata polis yang bernama mahadi tu.

" semua orang mati. doh masa dia sampai. masa kita sampai jugok nanti " sampuk kawan aku zaidi.

" ye laa, kita ni satu hari mati jugok. hari ni hari dia. hari kita dok tahu lagi " pakcik yang duduk sebelah aku tadi berkata dalam nada penuh keinsafan. anaknya baru 17 tahun. mati eksiden. terbabas lalu melanggar tiang eletrik. belakang kepala pecah dan meninggal ditempat kejadian.

aku pandang dia. aku pandang kawan aku zaidi. aku pandang timbalan pengerusi JKKK yang ada. aku pandang polis yang bernama mahadi tu dan selepas tu aku pandang siling cafe hospital.

" cafe ni kena letak aircond. sedap sikit minum air " kata zaidi

kami berada di unit forensik hospital kuala terengganu. melawat sorang mangsa kemalangan maut yang berlaku berhampiran dengan rumah kawan aku zaidi. zaidi muda merupakan seorang rakan sekerja aku yang menjadi calon bagi dewan undangan negeri bukit payung, terengganu dalam pilihanraya ke-12 tahun lepas. calon BN dan tewas dengan majoriti sebanyak 165 undi dalam pilihanraya yang lepas.

selepas tewas, kerajaan negeri lantik dia sebagai pegawai penyelarasan DUN(PP DUN). pegawai penyelarasan DUN ni kira macam wakil BN dikawasan dun tersebut. taraf macam YB tapi bukan YB. semua peruntukan pembangunan untuk DUN tersebut akan disalurkan melalui pejabat beliau.

sebagai PP DUN kerja dia macam YB. jumpa rakyat, melawat rakyat sakit, kalau mati pergi melawat dan kalau rajin sikit ikut sampai kubur. aku tengok semua YB style macam tu. masa pakcik zamani meninggal hari tu pun kat tempoyang, muka YB Rahman ADUN Padang Tengku muncul jugak hari tu.

" kita tak boleh swastakan hospital. segala usaha untuk mengswastakan hospital perlu ditentang. kesihatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan. " aku berkata-kata

" ramai manusia yang cuba jadi anarki tak dapat nak jadi anarki bila menyentuh soal hospital. ini pulak nak swastakan hospital. kapitalis brengsek sungguh " aku membebel

" pergi hospital nak terima rawatan bayar seringgit. kalau pergi klinik swasta paling murah rm15 " entah sape berkata-kata selepas tu.

aku tengok pakcik tu. aku teringatkan cerita John Q. ada satu ayat daripada filem John q yang aku ingat-ingat lupa.

katanya lebih kurang " bukan aku yang akan kebumikan anak aku, tapi anak aku yang akan kebumikan aku "

hari semalam ada beberapa moral yang boleh dimoralkan dalam jiwa, hati dan perasaan :-

1. naik motor pakai helmet. peraturan yang kerajaan buat ada baiknya.

2. tak ada mak ayah yang tak sayang pada anak masing-masing. semua bapak macam john
Q. percayalah...so sayangilah mereka balik nanti.

3. segala bentuk pengswastaan hospital perlu ditentang.

4. makan kat kantin hospital murah. 6 orang makan tak sampai 30 ringgit.

5. sesapa nak cari jodoh pergi hospital. misi ramai dan doktor muda pun ramai.

Sabtu, 18 April 2009

negara Islam atau kerajaan Islam?

" kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap " kerajaan lebih mengetahui" (goverment know better) sudah berlalu...kepada rakyat Malaysia terimalah cabaran saya...terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga kearah pembaharuan negara.." PM - Najib Tun Razak

kata-kata PM tempoh hari buat gua banyak berpikir tentang negara. ya, tentang negara dan kerajaan. dua konsep dan teori politik yang bertahan sehingga kehari ini.

sudah tiba masanya untuk kita memikirkan sesuatu perkara yang serius sekarang. lupakan tentang filem-filem sedih, serius dan seram yang menghantui hidup kita. lupakan pelbagai teori-teori dan hipotesis gampang yang membebankan minda seperti teori RAHMAN, teori keynes serta pelbagai teori dalam subjek kimia dan juga fizik.lupakan bolasepak. liga juara-juara tiada makna tanpa liverpool dan piala FA buatan Malaysia tiada makna tanpa Kelantan.

sebenarnya kalau ikut cakap orang dulu-dulu, kerajaan dan negara adalah dua entiti yang berasingan. kalau tak ada kerajaan dalam negara pun takpe tapi negara perlukan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak negara.

sebab pentingnya kerajaan dalam negara maka kita akan melihat betapa seriusnya orang bercakap pasal pembentukan kerajaan dalam negara. bende ni boleh buat orang mati dengan tragedi-tragedi.

orang muda dan muda mudi pada hari ini tak melepaskan peluang untuk bercakap dan menyoal jawab tentang perkara-perkara ini. kebanyakan daripada mereka ini mempunyai nilai bangkangan yang sangat tinggi. boleh kata apa yang kerajaan buat semua benda tak betul. tapi kita tak boleh nak salahkan mereka. mungkin mereka melihat sesuatu perkara mungkin berdasarkan persepsi, pengetahuan dan juga pengalaman-pengalaman mereka.

realitinya depa tak boleh dipersalahkan...

adakah ini kerana tiada komunikasi antara orang muda dan kerajaan? mungkin tiada tempat untuk anak muda menyampaikan rasa tidak puas hati mereka? mungkin kerana terlalu lama 'pihak kerajaan' mengawal mereka sehingga mereka lemas dan bila munculnya sistem teknologi seperti sms dan laman web maka mereka melepaskan segala-segalanya?

kekadang aku pikir sikap kebangkangan anak muda hari ini merupakan satu perkara yang sementara. macam mamat hardcore straightedge yang pangkah tangan sambil bercakap dan menjerit " tidak merokok, tidak ambik dadah dan tidak sex bebas " tapi 3 tahun kemudiannya dia kaki gudang garam.

sudahlah, sudah tiba masanya untuk anak-anak muda mengumpul duit untuk ke afrika selatan pada tahun 2010. aku dengar cerita dari seorang mamat otai yang jadi teman borak dan makan pada waktu pagi aku di hulu terengganu, katanya pada tahun 1982 masa piala dunia kat spain, pihak kerajaan ada kutip duit seringgit sorang untuk kasi ada siaran langsung kat TV.

sebab bola punya pasal maka ramailah rakyat malaysia menderma dan dikatakan lebihan derma tu banyak lagi. aku syak sebab tu sampai tahun 2008 tak bunyi orang kerajaan mintak duit nak buat live kat tv lagi. terima kasih kepada rakyat malaysia pada tahun 1982 yang kasi derma, sebab anda kitaorang dapat tengok siaran langsung bolasepak sampai sekarang.

habis kita nak sumbang apa agar anak-anak-cucu-cucu kita ucap terima kasih pada kita 30 tahun akan datang?

Jumaat, 10 April 2009

Please, Please, Please Let Me Get What I Want


kepada pengusaha-pengusaha atau usahawan kapitalis yang prihatin,

tuan kapitalis yang mulia,

adalah saya ingin memohon pihak tuan agar dapat membuka satu kedai buku yang benar-benar kedai buku di Kuala Terengganu. adalah malangnya negeri yang dipenuhi manusia yang ulul albab ini tidak mempunyai satu kedai buku yang betul-betul kedai buku.

pustaka seri intan, kedai segala kedai buku yang ada di Terengganu ini merupakan satu kedai buku yang poser dan tidak true. ia bukan kedai buku tapi kedai menjual alat-alat pejabat termasuk pen lamy, parker dan nikko. saya juga confused sama ada pustaka seri intan ni kedai buku atau kedai menjual alat tulis atau kedai menjual pen-pen mahal. yang lebih malang setiap buku yang dijual telah dibalut dengan plastik sehingga ia menimbulkan tanda tanya saya sama ada kedai buku ini mahu menjual buku atau buku bersama pembalut plastik.

tuan penyokong dasar ekonomi bebas yang disayangi,

kedai buku popular yang ada di mesra mall juga tidak mesra pengguna. baru-baru ini dengan harapan dan perasaan DEB dalam jiwa ini saya telah ke kedai buku Popular untuk mencari beberapa buku yang mahu dibaca. antara buku yang mahu dicari ialah buku yang berjudul The Kite Runner karangan Khaled Hosseini. buku ini dah lama dah. tahun 2003 lagi dah keluar. tapi memandangkan pada masa itu saya tidak dapat berbahasa english dengan baik dan setelah sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris maka pada tahun 2009 inilah baru saya dapat membaca novel-novel dan surat khabar dalam bahasa english. terima kasih kepada kerajaan Malaysia.tapi malangnya kedai buku ini tidak menjual buku yang saya cari. saya merasa sangat sedih lalu semasa pulang saya singgah di kedai McD yang dah lama dibuka di Kerteh, Kemaman.

sahabat setia Adam Smith,

saya mohon jika kedai buku MPH dibuka di Kuala Terengganu. semasa di subang parade, subang jaya kedai buku MPH disitu betul-betul buat saya rasa kagum. kalau boleh semua buku saya nak beli. siap ada sale pulak tu. tetapi disebabkan duit gaji saya juga digunakan untuk beli lampin anak-anak maka saya memasang cita-cita untuk kembali ke sini semula bila dapat bonus nanti. harap bonus tahun ini lebih banyak dari tahun sebelumnya. mungkin keuntungan petronas yang dimiliknegarakan oleh kerajaan boleh buat bayar bonus kepada pegawai dan kakitangan kerajaan pulak. mungkin tahun ini bonus sampai 5 bulan gaji.

saya meminta maaf jika pemintaan saya ini melampau. buku Kite Runner ini pun dicari selepas menonton filem Slumdog Millionaire. Kata orang filem jika saya menyukai movie ini maka saya juga akan menyukai The Kite Runner movie. saya tak tahu pun apa-apa sebelum ini dan saya sangat malu sebab saya baru tahu tentang hal ini. Ia umpama peminat bolasepak Kelantan yang tak tahu bahawa Peter Butler yang menjadi jurulatih kelantan sekarang pernah main dengan West Ham United dulu-dulu. Sebab tue Kelantan sedap main dan sebab tu penyokong kelantan mengamuk bila kalah. Oh ya tuan kapitalis, tolong bina satu stadium baru di Kelantan. Please, Please, Please Let Me Get What I Want...

ps: i love u kapitalisme! Harapan baru orang muda di Kuala Terengganu (Panggung Wayang dan sebuah kedai buku yang benar-benar kedai buku)

Isnin, 6 April 2009

sedang sibuk memikirkan tentang perkara-perkara dibawah. akan menulis setelah semua persoalan ini dijawab.

1. Adakah kita mahu bangsa melayu menjunjung nilai-nilai kebudayaan dagangan yang meruntuhkan akhlak dan mementingkan keuntungan diri serta membelakangkan kesejahteraan ramai?

2. Adakah kita mahukan sebuah bangsa melayu yang terus diselaputi oleh pengaruh feudal yang memupuk perasaan takut walaupun demi kebenaran, semangat menyerah, jiwa hamba serta sikap pak turut?

3. Adakah kita mahukan sebuah bangsa melayu yang membiarkan agama dicemar oleh golongan yang mahu memperalatkannya untuk kepentingan diri atau untuk menahan arus perubahan serta kebebasan?

4. Adakah kita mahu melanjutkan struktur serta nilai ekonomi, politik dan agama yang menimbulkan ketegangan serta pertentangan kaum dan mengancam perpaduan nasional?

5. Siapa yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba? - Marcus Junius Brutus

Rabu, 1 April 2009

" saya Jamil Md Shah, saya Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji wahab, saya Lans Koperal 7186 Jidin bin Umar, saya 10533 Osman bin Yusof....."

aku menangis bila selesai menonton the curious case of benjamin button. situasi sama bila menonton forrest gump satu ketika dulu. tak cerita lagi pasal menangis tonton cerita hindustan waktu petang jumaat sama mak aku.

tak tahu berapa banyak filem yang membuatkan aku menangis. setiap kali ada babak sedih aku akan gerenti menangis. salah satu filem melayu yang buat aku menangis ialah cerita bukit kepong. cerita perang tapi jiwa dan sentimental di akhir ceritanya buat aku menangis dan rasa benci giler pada komunis.

lepas tengok bukit kepong aku rasa benci sama komunis masa kecik dulu. dalam pikiran aku komunis tu mesti cina, mata sepet dan tak ada agama. tapi bila dah besar sikit dan cerdik sedikit aku dah mula paham dengan penghayatan kepada fahaman-fahaman ideologi manusia.

buku manusia dan islam tulisan dr. harun din dan rakan-rakannya dari UKM merupakan satu buku yang aku baca sejak kecik hingga sekarang. dulu buku tu merupakan satu buku yang dibuat dengan kerjasama UKM dan PDRM (masa hanif omar kalau tak silap aku)dan sebagai anggota polis abah aku diwajibkan beli buku tue. aku tak ingat tahun berapa buku itu dikeluarkan tapi aku dah start baca buku tue dan ada satu bab tentang perbezaan ideologi-ideologi ciptaan manusia dengan islam terutamanya komunisme dan sosiolisme yang aku betul-betul baca.

yang aku mengerti komunis bukan ideologi tetapi satu jenis bentuk pelaksanaan ekonomi. begitu juga dengan sosiolisme dan begitu juga dengan kapitalisme. aku mula terpikir bahawa adakah kehidupan ini hanya kerana ekonomi semata-mata? adakah semua aliran pemikiran sama ada kiri dan kanan melihat ekonomi sebagai satu pencapaian utama dalam hidup manusia?

dalam tahun 1971 seorang mamat bernama tadd fisher ada menulis dalam bukunya yang bertajuk " dunia kita yang sesak ", dia mengatakan kebimbangannya bahawa dunia pada tahun 2000 merupakan satu dunia yang sesak, 2 per 3 manusia akan hidup dalam kemiskinan dan sering kelaparan dan dia juga bimbang bahawa sumber-sumber yang terhad yang ada di dalam muka bumi ini seperti tidak dapat menampung sejumlah manusia yang ramai pada tahun 2000.

manusia yang ramai, ideologi yang mengelirukan dan filem-filem yang menyedihkan merupakan satu nikmat yang merancakkan hidup aku. manusia yang ramai melahirkan seribu juta kisah yang tersendiri. ideologi yang mengelirukan melahirkan sejuta buah fikiran dalam kepala otak ini dan filem-filem yang sedih bisa melembutkan jiwa yang keras dalam hati yang hitam ini. tidakkah itu nikmat hidup?

bak kata-kata dari filem the curious case of benjamin button,

" Some people, were born to sit by a river. Some get struck by lightning. Some have an ear for music. Some are artists. Some swim. Some know buttons. Some know Shakespeare. Some are mothers. And some people, dance.."

hidup memang begitu....