Ahad, 27 Februari 2011

Hidup dulu-dulu

kekadang bila pikir hal dulu-dulu aku merasa sangat sedih. sedih sebab aku tak selalu dapat apa bende yang aku nak sebab keluarga aku bukan jenis keluarga yang mempunyai kadar pendapatan yang tinggi.

itu hari semasa balik lipis, aku dan family berbincang tentang hal-hal dulu. kata adik aku, dulu nak beli seluar sukan sekolah kena tunggu giliran. dulu makan paling sedap ialah ketam dan ayam. kalau kena hari gaji mak beli seekor ayam dan ayam tu dikerat kecik-kecik supaya nampak banyak.

kata mak, pendidikan itu sangat penting untuk anak-anak. sebab itu mak sebagai surirumah tangga yang tak punya pendapatan tetap tak kisah untung berhutang demi pendidikan kanak-kanak.

ini satu bende yang real yang terus berlaku dalam negara Malaysia yang aman ini. setiap orang akan berkorban demi orang yang mereka sayangi dan kita juga akan melakukan hal yang sama dikemudian hari.

bak kata The Smiths dalam lagunya " lawak itu tidak sekelakar mana " - " aku pernah lihat perkara itu berlaku kat orang, dan sekarang berlaku kat aku, yeah..yeah..yeah...mari kita sepak mereka bila mereka jatuh...sepak mereka bila mereka jatuh..."

Khamis, 24 Februari 2011

lagi tentang ART

sekali aku terpikir. antara sedar tak sedar aku melihat kutu-kutu tempoyang sedang menjadi manusia ART. maknanya manusia SENI. manusia seni macam biasa akan terus berkata-kata tentang " perjuangan seni" sharifah aini sama siti nurhaliza selalu berkata-kata tentang perjuangan seni.

apakah itu perjuangan seni? aku sendiri tak faham. mungkin perjuangan seni itu ialah bagaimana manusia yang tak seni itu terus memberi 'makan' kepada manusia seni. simple tapi menyakitkan hati.

kutu-kutu tempoyang terus bergerak maju. mereka terus bergerak secara bawah tanah dalam perjuagan seni mereka. mereka berkhidmat dengan orang-orang yang akan menjadi terkenal dalam INDUSTRI art malaysia. jika dari dulu mereka mengenal Ahmad Idham. mungkin sekarang mereka telah mejadi pelakon terkenal.

disebabkan kita berbeza daripada orang lain maka kita di anggap manusia art? disebabkan kita cool maka kita boleh dianggap manusia seni? giler. lagi aku tak faham tentang seni.

kah kah kah

Selasa, 22 Februari 2011

Kuala Lumpur ke Kuala Lipis.

tahun tahun masihi aku merindui satu bangunan dan bangunan itu adalah stesyen bas Pudu.

6.50 petang - kuala lumpur - aku ke tandas pudu. bau busuk tandas memang cool. ini baru punk. tanpa busuk maka tiadalah wangi. tanpa kejahatan kemana akan perginya kebaikan.

6.55 petang - kuala lumpur- aku sudah menaiki bas. katanya tak penuh. boleh duduk mana-mana- penumpang dari bas pekeliling tak ada. harapan untuk duduk sebelah awek musnah secara perlahan-perlahan. perlahan tapi menyedihkan.

7.00petang - kuala lumpur - bas meluncur laju. kuala lumpur masih lagi bising. bising-bising kuala lumpur menyakitkan telinga. tapi kuala lumpur itu indah. indah pada orang-orangnya, indah pada bangunan-bangunanya, pada awannya, pada burung-burungnya dan pada bintang-bintangnya. bintang? mana bintang di kuala lumpur?

8.00 mlm - selepas gombak - pemandangan luar yang mempersonakan. pertukaran siang ke malam merupakan satu keajaiban dunia. tak perlu jadi kaya untuk melihat keindahan dunia. warna merah-merah yang berada di antara bukit-bukit ini perlahan-perlahan bertukar kepada gelap. menyaksikan peristiwa ini merupakan satu pengalaman yang menginsafkan.

9.00 malam - aku tidur

10.00 malam - aku tidur

11.00 malam- kuala lipis - aku jadi muram, aku jadi hambar, aku rasa lapar , aku rasa sunyi, aku rasa takut, aku dengar macam satu tragedi, tiba-tiba wujud banyak persoalan, tiba-tiba teringat tempoyang dan aku teringat bintang-bintang.

2 pagi - tempoyang - aku bilang bintang.

Ahad, 20 Februari 2011

2011 RMK - 10

1. mahathir tu jadi PM 8 tahun ke?

2. sekarang tengah glamer sate ikan kat terengganu. style berniaga dia macam jus jambu dulu-dulu. tapi rasa dia tak berapa sedap. aku sempat beli 2 kali. sama rasanya, kurang sedap. namun yang demikian ini model ekonomi baru. jangan sesiapa caci.

3. akhirnya aku dengan bini bersetuju bahawa salah satu sebab kenapa ramai tak tengok badminton peringkat kebangsaan kat kuala terengganu ialah kurangnya promosi. kain rentang tak banyak. kat radio ikim.fm tak ada. budak-budak zaman sekarang mana dengar radio. facebook dia pun tak ada. persatuan badminton terengganu apa cerita?

4. tahun ni aku pikir nak belajar berenang sama main gitar. kata bini aku buang tabiat. daripada belajar tu semua baik belajar fardu ain.

5. mahathir kata nak jadi PM kena lapan tahun je? kah kah kah kah....

Khamis, 17 Februari 2011

Tragedi Abon

satu malam tahun 1996

esok hari Ahad. di Kedah, hari Ahad ini macam hari Isnin. blues hari Ahad lebih kurang sama dengan blues hari Isnin. bagi para pelajar sekolah hari Ahad kira hari blues. sebab jadi blues ialah hari Ahad ada perhimpunan pagi. perhimpunan pagi jadi boring bila ramai orang bercakap bende-bende yang susah. pengetua bercakap, ketua pegawas bercakap, ustaz bercakap, cikgu displin bercakap, sape yang menang atau mengharumkan sekolah hari Ahad lah naik pentas.

paling tak demokrasi, hari Ahad lah cikgu displin cheak pelajar. periksa rambutlah, periksa tanda namalah, periksa tali pinggang, periksa kuku dan sebagainya. sebagai pelajar super senior dan tak takut dengan orang, geng-geng senior tak ambik peduli sangat tentang hal ni. Ketua Pengawas maktab, Fairus Wahi Anuar satu kelas dengan aku. perhubungan kitaorang dah kira macam abang adik dalam kongsi gelap cina. apa gila kalau ambik tindakan pada geng sendiri.

bagi pelajar junior, hari ahad merupakan satu satu yang cukup mendebarkan mereka. masa tu kasut nak kena bersih, baju kalau boleh kemas sampai boleh luka kulit, rambut mesti pendek dan sebagainya.

maka pada malam tu ada seorang junior rumah aku datang menghampiri bilik aku. masa tu jam dalam kul 11.30mlm, semua lampu bilik wajib kena tutup. katanya nak menjimatkan eletrik sebab Malaysia nak buat Sukan komanwel. katanya orang...

" abang Mat boleh tolong saya tak? "

junior tu namanya Abon. Abon ni adik Fendi. Fendi ni pulak satu kelas dengan aku. disebabkan hubungan keluarga macam kongsi gelap maka pemintaan tolong ini tidak boleh di tolak begitu sahaja.

" tolong bende sayang? " aku berkata manja. perkataan sayang itu terkeluar secara tidak sengaja akibat membaca surat dari awek. biasanya awek akan hantar surat pada malam-malam hari. kekadang surat tu datang warna dengan kertas kuning, kertas merah, kertas putih dan macam-macam warna lagi. warna ungu pernah sekali aku dapat.

" abang Mat ni apalah, angau laa tu. Abon nak mintak tolong abang mat potong rambut Abon ni. leh tak? esok ada perhimpunan ni..." merayu abon.

" rambut tu dah pendek. oklaaa tu. tak kena tangkap punya" aku kasi tambah konpiden pada abon.

" tolonglah abang mat. pleaseee...tolonglah..tak ada sape nak mintak tolong ni..." Abon merayu.

" ok. pisau ada? " aku tanya Abon

" nak buat apa pisau? " Abon tanya aku balik

" laa..nak potong rambut rambut laa..." aku jawab balik

" pakai gunting laa abang Mat Tiara..."

" haha..cuak...."

gunting diambik. surat khabar diletakan di bawah. kerusi diletakkan di tangga sebab kawasan tu jee yang terang sikit.

ditanganku sudah bersiap sedia dengan sikat dan gunting dengan keadaan seluar pendek tanpa baju. tiba-tiba rasa macam misbun sidek masa hari tu.

" kita buat style apa ni Abon? abang Mat tengok kalau kita buat style GQ abon nampak hensem. ke nak buat style nipis kat tepi, nampak macam cina sikit. macam mana? "

" ikut abang Mat lah. janji pendek " Abon kasi freedom pada aku

tap...tap..tap...tap...bunyi gunting. rambut abon digunting dengan bergaya.

tap..tap..tap..tap....aku potong dengan bergaya. inilah kali pertama aku potong rambut budak.

tap..tap...tap..tap..esok Abon gerenti hensem...

tap..tap..tap...tap aku hanyut dalam keghairahan memotong rambut. stim pun ada

tap..tap..tap...tap..tap

tap

tap

tap

adoi......

arghhhhhhhhhhh...

arghhhhhhhhhhhh....

arghhhhhhhhhhhh..

tiba-tiba Abon menjerit. aku jadi panik.

gampang!!



aku tergunting telinga Abon.

Rabu, 16 Februari 2011

Anak Lelaki Tok Mat

tak sangka pulak sekarang ni diaorang dah pandai pergi KL sendiri-sendiri.

Isnin, 14 Februari 2011

Penulis, Cikgu Azian dan Persatuan Matematik


Cikgu Azian duduk paling tengah manakala penulis berdiri dua dari kanan. Paling gampang penulis tak ingat langsung memori dalam Persatuan Matematik ni. adakah penulis sengaja memasukkan diri semasa sesi bergambar untuk mengambil hati Cikgu Azian?

Memasuki Persatuan Matematik merupakan satu bende yang paling tak cool yang penulis pernah buat. apa barang peminat Nirvana masuk Persatuan Matematik?

Ahad, 13 Februari 2011

Rekreasi bersama Orang Lama



balik dari Shah Alam aku terus bersiap pergi Tasek Kenyir. Tujuan pergi kenyir adalah untuk mencari hal dengan ikan-ikan di sana. tujuan paling tepat ialah untuk makan ikan Kelah. itu objektif utama. objektif lain seperti menghayati keindahan alam sekitar hanya wujud masa aku masuk Kelab Percinta Alam masa sekolah dulu.

aku pergi dengan orang-orang tua yang biasa sangat pergi sini. tujuan utama diaorang dirahsiakan. kemungkinan besar mencari hal dengan orang-orang bunian Gunung Bewah. Menurut ceritanya dalam perjalanan ke kawasan Taman Negara ni terdapat beberapa penempatan bunian. bila ada penempatan bunian mesti ada puteri bunian. hal ni memang aku jaga kesopanan dan kesusilaan semasa dihutan sambil berharap agar puteri bunian tak minat sama aku.

aku sebenarnya banyak belajar dengan orang-orang lama ni dalam bab-bab rekreasi. kebanyakan daripada diaorang ni memang otai tak patut dalam bab-bab atau hal masuk hutan, masuk air, tangkap ikan, cari rusa, makan petai, mengecam suara burung dan mencari arah kiblat. masa aku pergi itu hari kompas yang ada kat iphone aku tidak boleh melawan ketetapan arah kiblat diaorang. tahukan anda bahawa arah kiblat boleh ditentukan oleh pucuk-pucuk yang ada pada sebatang pokok? tak tahu? pergi belajar balik.

berbeza dengan generasi muda. kalau nak masuk hutan kena cari beg deuter, kalau boleh kasut adidas/timbeland dan beberapa barang-barang outdoor yang berjenama termasuk sleeping beg dan 2-3 bende yang nampak cool. aku gaku masa aku kerja dulu hal-hal barang rekreasi ni aku ambik serius sangat. kalau dapat barang outdoor yang paling cool itu dah kira sedap masuk hutan. entah sape nak tgk.

tapi tahukah anda apa bende yang aku belajar dari otai-otai ni. untuk 3hari 2malam diaorang cuma bawak sehelai baru sejuk yang entah bende jenamanya, sehelai baju biasa, sehelai seluar seluar yang banyak kotak, seluar pendek dan beberapa kain batik atau pelikat. paling cool bawak kain batik. yang penting rokok bawa banyak. kalau nak makan sedap bawa parang. beg diaorang bukan beg deuter. paling cool beg yang ada lambang ultraman atau beg sekolah.

ada sorang itu paling cool pernah aku nampak. pergi memancing bawa joran, tak pakai baju dan lepas tu pakai kain batik. bab ni aku geleng kepala. diaorang betul-betul cool dan diy.

paling tak cool diaorang bab-bab hantu ni tak takut langsung. hal ni macam gampang. bab-bab memainkan puteri bunian umpama gurauan mereka. ada sorang member aku yang tak otai terus malam tu nampak orang berjalan atas air.

aku ingat orang yang true dalam rekreasi ialah orang yang membuatkan orang bunian takut dengan diaorang. aku pikir macam tu. kekadang aku pikir diaorang bela hantu raya. tak pun ada ilmu2 pendinding didada. aku macam biasa nasib baiklah ilmu kemahiran tidur yang ada dalam diri aku ni menyebabkan aku boleh tidur kat mana-mana. bab ni korang kena belajar dengan aku.

akan datang tidur tepi pantai disebuah pulau. berita tak sedap didengar bunian pulau ni noty2 sangat orangnya.

Khamis, 10 Februari 2011

Falsafah

bini gua sound gua itu hari. sebagai suami dan bapak yang cool, toleransi, agak kelakar, juga agak chubby, liberal sikit-sikit dan mematuhi peraturan lampu isyarat gua terima dengan hati yang terbuka.

katanya,

" abang ni banyak sangat falsafah. itulah inilah, falsafah inilah, itulah...tapi hidup HURU-HURA jugak..."

gua sengih-sengih sambil meneruskan perlawanan bola di PES 2011.

Rabu, 9 Februari 2011

MAKA Aku Pun Masuk Dalam Pasukan Bola Sekolah Asrama Penuh

tahun 1995

tahun ni aku start belajar MRSM balik selepas berjaya secara nasib dalam PMR 1994. MRSM ni salah satu hal yang paling kejam selepas Hosni Mubarak ialah sesape yang tak dapat A dalam Sains dan Matematik dalam PMR memang secara auto akan keluar pegi belajar sekolah menengah biasa. sebagai seorang yang selalu masuk kelas pemulihan hari-hari masa PMR dulu, aku memang dah target masuk belajar kat Setiwanga Lipis. tapi apa entah rezeki masa tu dapat sambung belajar balik situ.

maka pada satu hari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah(MSSD) Kulim buat pertandingan lawan bolasepak. disebabkan MRSM aku ini kira MRSM perintis maka secara auto mana budak-budak yang masuk tingkatan 4 kira budak paling senior, tingkatan 5 memang takada. masa tu budak lelaki MRSM Tingkatan 4 memang takberapa ramai.

masa Tingkatan 1 sampai 3 aku tak berapa Maradona. aku cuma main pingpong sama Hoki wakil sekolah. walaupun aku tak main bola tapi sekolah aku menang bola bagi kategori menengah rendah atau bahasa sekolah ialau bawah 15 tahun pada tahun 1994.

so tahun 1995 ni kira kali pertama masuk kategori bawah 18. maka pada satu hari tiadalah pemain-pemain lagi yang handal-handal yang boleh main bola.kebanyakan yang ada pergi belajar sekolah yang lebih pandai atau berhijrah ke sekolah biasa sebab tak dapat A dalam Sains dan Matematik.

walaupun aku agak lincah main bola tapi disebabkan masa tu bukan musim Messi maka untuk bola menengah rendah aku tak wakil sekolah pada tahun 1994. tapi secara auto pada tahun 1995 tiba-tiba aku dipanggil untuk main bola untuk sekolah.

maka berlatihlah aku siang dan malam untuk bermain bola ini. maka sebagai pemain sempurna aku boleh main kat mana-mana posisi termasuk posisi simpanan. aku tak kisah sangat sama ada nak jadi Maradona atau Paolo Maldini. maka selepas melihat keupayaan aku maka secara auto diberi jawatan untuk pegang jadi bek kiri. mungkin masa tu Roberto Carlos baru nak naik.

Pada hari pertandingan tu maka bersiap sedialah aku dengan perasaan gemuruh termasuk perasan hensem. sebagai pemain bola sekolah mengenyit mata pada awek junior serta memberi tunjuk ajar tentang macam mana nak lulus PMR merupakan satu hal yang dipandang serius masa tu. mendapat awek junior tinggi kedudukannya daripada mengorat awek sama baya.

tapi pada hari tu apa entah gampangnya MSSD ni. time main bolalah dia buat pertandingan bola tampar. hal ni memang rasa celaka. tiba-tiba keeper kitaorang takada sebab main bolatampar. aku ingat lagi mamat tu. nama dia Wan Mohd Rezal, kat sekolah semua bende dia main termasuk Chess.

maka secara auto semua budak pandang aku. macam gampang perasaan bila orang suruh aku jadi keeper. dah laa sarung tangan besar, baju keeper pun besar.maka secara manual aku pun jadi pucat. berdebar toksak cerita. aku membayangkan perasaan awek-awek junior apabila melihat mat tiara melepaskan gol celah kangkang. hal-hal ini memang bahaya.

disebabkan aku steady maka aku pakai jugak baju keeper. perlawanan akan bermula dalam masa 10 minit. masa tu aku pandai berselawat je. maka aku pun berselawat banyak kali. kekadang tersebut jugak selawat melayu seperti menyebut nama Saidina Ali secara slow-slow. aku tak ingat apa ayatnya tapi nama Saidina Ali memang ada masa tu.

tiba-tiba bas yang bawa peserta bolatampar balik. aku merasa sangat lega. perasaan tu kembali berbunga-bunga dan jurulatih masa tu Abang Kamal secara auto menukar balik posisi aku kepada bek kiri. masa tu perasaan cool kembali hebat. dengan kasut bola aku pinjam dari junior aku melangkah bangga ke dalam padang, sedikit berdebar dan sedikit bongkak sebab dapat wakil sekolah. masa tu pulak semua pelajar diwajibkan pergi tengok bola. peraturan macam ni merupakan satu peraturan yang paling cool sekali. peluang untuk dapatkan awek semakin cerah.

" gampang "

hari tu aku kasi penalti pada pihak lawan. sekolah aku kalah.

Selasa, 8 Februari 2011

Rojak Fakta Malaysia


ok ini serius. aku tak tahu kenapa aku suka sangat beli buku yang diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd. mungkin sebab kulitnya yang sedap mata memandang atau penulis-penulisnya. entah aku tak tahu. tapi buku yang diaorang keluarkan aku beli secara slow-slow.

terbaru atau sudah hampir terbaru ialah buku berfakta ala yellow pages yang bertajuk ROjak Fakta Malaysia dengan lambang kerajaan persekutuan yang smart.

sedap baca buku ni. korang tak perlu pandai untuk baca buku ni. memang direkemenkan. yang penting semua fakta, angka-angka, ungkapan dan anekdot yang ada dalam buku ini merupakan tentang 1malaysia.

sape tak beli dia tak sayang negara.

notakaki: Shah Alam tetap kodi pasal takada panggung wayang. no dua kodi ialah Kuala Terengganu. Kuala Terengganu jadi no 2 sebab Kuala Terengganu ada pantai, Shah Alam tak ada.

Alam Melayu Yang Kodi

kah kah kah...biar benar ni...kah kah kah

biar benar kat Shah Alam tak ada panggung wayang ni? gilerlah kodi tak patut. aku ingat Kuala Terengganu je tak ada panggung wayang. giler gini..

tapi biar benar Shah Alam tak ada panggung wayang ni?

kah kah kah kah...kodi giler...kah kah kah kah...

kalau ada tolong kasi tahu...kah kah kah

exco-exco selangor tak buat kerja ke? kah kah kah

Isnin, 7 Februari 2011

Kewajiban Mentaati Pemerintah Yang Zalim

dulu aku ada baca satu buku. buku ini ada kaitan dengan hal-hal realisme dan ada hubung kait antara Al-Gazel atau Iman Al-Ghazali. aku sendiri tak tahu kenapa aku suka sangat sebut Al-Gazel daripada Al-Ghazali. mungkin nama dia boleh bawak dalam Akedemi Fantasia lepas ni.

disebabkan ditulis dalam keadaan ingat-ingat lupa maka tolonglah jangan serius sangat ketika membaca tentang hal ni. ada sesetengah orang menjadi serius apabila melihat kesalahan orang sunni dan menjadikan kesalahan orang sunni itu sebagai justifikasi yang kukuh bagi mempertahankan hak asasi orang bukan sunni. keh keh keh ini dah merepek.

seingat aku realisme ni satu pendekatan paling cool dalam politik. kekadang aku tengok realisme ni bila masuk dalam politik jadi jahat tak patut. bila sebut tentang politik maka tak lain tak bukan tentang hal kuasa. " siapa mendapat apa, bila dan bagaimana" merupakan satu hal persoalan kuasa yang besar sangat persoalannya. " BUAT APA SAHAJA UNTUK BERKUASA" merupakan satu kesimpulan cool tentang realisme.

giler, menulis dalam keadaan bersila ni buat kebas kaki. perangai macam ni takleh di ajar.

bersambung

Belum Ke Mesir

perlawanan sudah masuk minit ke 24. sebagai peminat ala kadar epl, menengok bola antara Liverpool sama Chelsea ni umpama melihat bola antara Kelantan dan Selangor. sepanjang perlawanan ini sempat jugak aku menampar 2-3 ekor nyamuk, berangan untuk jadi kaya dan juga bercita-cita untuk jadi rockers balik.

tahun 2002 aku ada satu program rekreasi di Hulu Perak. nama dia Belum di Belum. masa tu hutan dara belum ini betul-betul dara. para komunis kat sini dulu-dulu jarang-jarang memperkosa hutan Belum ini. sape yang belum ke Belum di mesti wajib pergi sini. tapi aku rasa dia punya sedap lebih kurang Tasik Kenyir. so kalau rasa jauh pergi Tasik Banding tu ada baiknya pergi Tasik Kenyir. lepas ni aku dengar cerita Tasik Kenyir ada jual selipar bebas cukai.

siapa pengantin mubarak? adakah orangnya mesti pro amerika? adakah orangnya mesti seorang pemuja syed Qutub? adakah orangnya seorang Islam liberal yang moden? adakah orangnya mesti baik dengan kerajaan Iran? adakah orangnya mesti geng dengan ulama-ulama Al-Azhar atau ulama Saudi? benarkah Al-Azhar bersalah kerana menyebabkan Mubarak jadi diktator? apakah maksud sebenar diktator? salahkah menjadi diktator?
apakah hukumnya menghantar para pelajar belajar di Al-Azhar di sebuah negara yang diktator?

tentang pelajar ke Mesir aku harap diaorang boleh menarik nafas lega. aku kekadang pikir diaorang bukan risau sangat pasal keselamatan diaorang. aku rasa diaorang susah hati pasal tak boleh nak Facebook. sebab tu diaorang bersyukur sangat sebab kerajaan dapat keluarkan diaorang dari Mesir. bab makan tak timbul sangat pasal biasalah budak-budak U. makan sehari sekali. paling kuat 2 hari sekali. daripada makan baik main games football manager 2011 sama PES 2011. tapi yang penting facebook.

facebook ini jenis kepala bana yang menghancurkan negara-bangsa dalam dunia ni.

Sabtu, 5 Februari 2011

Tahun Baru Cina Malaysia

raya cina tahun ni aku balik Lipis. keadaan Lipis tetap macam tu. bandar Lipis memang selalu kena maki dengan aku dalam hati. hati dan perasaan ni mencarut-carut bila melihat Central Point, tempat lepak sejati aku masa dulu. stesyen keretapi tetap macam tu. bandar baru Lipis laginya tak cool. aku tak tahu kenapa bandar baru Lipis kurang bermaya kalau nak dibandingkan dengan bandar baru Raub.

kat bandar baru Raub tu ada satu kedai namanya Rokiah Sate. malam raya cina itu hari kitaorang ada singgah Raub. mula-mula aku ingat nak berhenti kat Rokiah Sate ni. tapi aku tengok tak ada orang. jarang anak melayu buat kedai khas untuk sate dalam kawasan bandar baru. aku ingat next time jelah aku berhenti kat Rokiah Sate ni.

kat Tempoyang tak ada bende jugak yang berubah. cuma sebelum masuk jalan ke Tempoyang ada satu kedai. aku ingat kedai makan tapi selepas membuat kajian dan juga risikan rupanya kedai jual kereta. menjual kedai kereta di kawasan masuk jalan ke Taman Seri Tempoyang merupakan satu hal yang tidak tradisional bagi aku. apa barang dalam kampung ada kedai jual kereta? anak muda Tempoyang kena bangkit bangun membantah.

apa yang menarik tentang Lipis ialah Pasar baru Lipis. aku rasa itu yang paling cool. pasar itu benar-benar pasar 1malaysia. melayu, cina dan india berjumpa sambil borak-borak tentang keadaan hidup. melayu,cina dan india bersatu di pasar tu. orang melayu, cina dan india masing-masing cari makan kat situ. aku berdoa agar pihak kerajaan kat sana tak ada cita-cita nak buat mydin atau giant kat situ.

yang paling penting orang cina still lagi pegang ekonomi di Lipis ni. pergi bandar Lipis hari Khamis itu hari memang tak ada kedai yang bukak. orang cina pergi meraya. tapi ada jugak 2-3 kedai cina yang bukak. bapak aku kata itu cina murtad.

tahun ni nak pergi beraya kat taman pun tak ada kaki. budak-budak cina yang dulu buat padang bola sesama masa kat Flat Tempoyang dan main bola sesama entah kemana. aku ingat semangat hidup berlainan bangsa cukup in sekitar tahun 1985 sampai 1993. sekarang ni aku tengok budak-budak kurang bergaul dengan budak-budak cina sama india. entah nak jadi apa.

oi! warna darah manusia sama! oi!

Selasa, 1 Februari 2011

demokrasi bukan Islam?

aku ingat apa yang berlaku di Tunisia itu hari dan Mesir sekarang ni akan merebak ke seluruh Tanah Arab. hal ini juga akan merebak ke Arab Saudi. Negara-negara arab yang diwujudkan selepas kekalahan empayar Othmaniah hasil bantuan negara-negara asing akan mengalami kelam-kabut.mana-mana yang kuku besi, pemimpin makan daging kambing hari-hari akan digoncang oleh kuasa rakyat.

walaupun aku into sains politik tapi hal-hal politik asia barat ini aku tak reti sangat. kekadang aku selalu berpikir ini semua sebab depa semua taknak tolong orang palestin. doa orang yang dianiaya tuhan akan makbulkan.

Arab Saudi sebagai sebuah negara yang banyak keturunan nabi-nabi mungkin tengah bergoncang juga pikiran raja-rajanya. dah la bola sekarang tak terer. diaorang mesti berdebar pasal demokrasi akan datang ke Arab Saudi.

kekadang aku pikir negara Islam sebenar adalah Arab Saudi dan Arab Saudi bukan negara yang amalkan demokrasi. maka secara auto demokrasi itu bukan Islam? betul tak. jika bukan Islam mengapa demokrasi mesti disokong dan dipuja?

gelombang demokrasi sedang melanda dan ini mungkin salah FACEBOOK.