Rabu, 5 Januari 2011

5 Januari 1992

Abah kata Kulim tu jauh. dari Kuala lipis kena naik Fraser Hill, lalu Perak dan Kulim tu dekat-dekat dengan Penang. abah kata jugak masa aku kecik-kecik dulu dalam umur 2-3 tahun abah pernah bertugas dekat Balai Polis Kulim.

5 Januari 1992 merupakan hari pendaftaran pelajar perintis MRSM PDRM. aku tak sangka dengan 3A 1C aku boleh dapat masuk MRSM PDRM. orang flat lagi tak sangka sebab budak yang banyak kes macam aku boleh pergi belajar situ. itu belum lagi perasaan terkejut budak-budak kelas 6 Bendahara yang dapat 4A dan 3A 1B yang hanya dapat pergi sambung belajar kat SMK Clifford. sebagai seorang pelajar yang selalu dapat no 5 terakhir dan kekadang hampir dapat no last semua cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan pakcik-makcik terkejut bila mendengar aku dapat belajar sambung kat MRSM PDRM. diaorang naik hairan. disebabkan sejak kecik dah pandai mencarut dan bersikap kurang ajar dengan rakan-rakan maka bila aku jumpa diaorang maka aku pun berkata,

" ha, sape suruh ayah kau tak kerja polis??!! "

sebenarnya ramai kawan cerdik pandai dalam kelas 6 Bendahara aku selalu kutuk aku bila aku cakap Polis nak buat MRSM untuk anak Polis kat Serendah Selangor. diaorang selalu cakap mana ada MRSM kat Serendah. aku pun sebenarnya dapat maklumat dari abah aku. maka satu hari aku pun merajuk dan menangis sebab aku ingat abah aku tipu aku sebab nak kasi semangat ambik UPSR. disebabkan tercabar dengan sikap aku maka abah aku bawak balik keratan akhbar yang mengatakan MRSM akan dibuka untuk anak polis. sejak dari itu, hubungan aku dengan Berita Harian semakin rapat seperti hubungan aku dengan Mail XPDC.

pergi Kulim memang jauh. mak muntah banyak kali. masa tu abang Nie adik kepada pakcik Mie bas yang bawak. masa tu pergi naik kereta proton plat CAD. pergi pulak konvoi tak silap aku. perjalanan jalan jauh-jauh syok rupanya dapat naik proton. tapi aku rasa lebih heaven kalau dapat naik van veenet (entah betul ejaan ni).

sampai Kulim kitaorang tidur umah kawan abah yang satu kerja kat IPD Kulim. hari masa sampai Kulim tu rasa seronok tambah sedap bukan main. perasaan nak jumpa kawan-kawan baru memang tengah berbunga dalam hati. apa yang penting ialah awek jenis mana yang aku nak tekel kali ni. malam sebelum tidur aku berangan untuk cari awek yang pertama pandai main bola jaring, yang kedua rambut panjang mengurai, hidung mesti mancung, pipi tersorong-sorang, gigi takleh jonggang sangat, dahi mesti licin dan yang penting pandai mengambil hati mak aku.

pagi 5 Januari 1992 selepas pekena nasik lemak rumah pakcik Tumian namanya kalau tak silap aku, kitaorang blah slow-slow dalam keadaan perasaan jiwa dan perasaan aku berdebar-debar tak patut. abah kata MRSM PDRM ini dalam kem polis. style dia ada lebih kurang macam Maktab Tentera diRaja. dalam kepala aku terpikir perasaan boring bila pakai uniform polis. aku terpikir yang aku kena bangun awal-awal dan mandi air sejuk. tiba-tiba aku rasa nak balik Lipis. tapi kalau aku cakap nak balik Lipis mesti aku kena sekolah kat SMK Setiawangsa balik. kalau sekolah SMK Setiawangsa kes aku mungkin kena buka balik. hal ini betul-betul mendatangkan perasaan berbelah bagi seperti bagaikan pinang dibelah dua.

Sampai dewan besar kat tempat pendaftaran aku tengok ramai betul manusia. ini kali pertama aku tengok ramai manusia berkumpul ramai-ramai hantar anak pergi sekolah.lagi pun sebelum 1992 aku tak pernah ada kesempatan hantar sesapa pergi Haji kat Subang. orang kata biasanya lepas hantar haji kat subang ramai pergi melawat Batu Caves. entah betul entah tidak cerita ni.

disebabkan aku tak ambik port langsung pasal hal-hal pendaftaran maka aku anggap memori masa pendaftaran itu tak ada. dalam banyak-banyak hal aku tengok ramai gak budak tak pakai tudung. ada sorang tu dah laa tudung tak pakai, spek mata pulak besar tak patut. ini betul-betul 60an.

dari dewan besar kitaorang blah slow-slow ke asrama. aku sebenarnya trauma sungguh dengan perkataan asrama. salah satu sebab ialah tandas kat hujung dan cerita hantu kat tandas betul-betul telah melahirkan seorang aku yang penakut. bab tu cerita lain.

aku duduk satu katil dengan Aswad. orang kedah, sebelah aku Dasrulnizam orang penang dan bawah Das ialah Farid Izwan, geng kerinting dari Negeri sembilan. depan aku entah sape nama. tapi sebelah depan aku budak nama Nurul Fadli(Ajooba) dan atas dia Shan, budak India pertama dalam Malaysia yang masuk MRSM PDRM. disebabkan kitaorang perintis maka apa barang dengan senior. abang seniur memang tak ada. kelas WAR memang tak wujud masa tu. yang wujud hanya perang GENDER.

dekat-dekat tengahari mak dan abah nak blah. katanya takleh lalu bukit Fraser malam-malam. masa tu perasaan sedih tak ada langsung. mak abah nak blah, blah laa..

tapi malam itu aku rasa nak menangis. tiba-tiba aku rasa satu rindu sama mak dan abah aku, aku rindu sama adik aku jeman. aku rindu sama kepala dia. aku menangis sebenarnya malam tu. dalam esakan aku tu aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sampai luar negara, tak akan abaikan pelajaran, belajar dengar lagu nasyid, berbuat baik dengan cikgu dan kawan-kawan dan yang lebih penting aku akan cari makwe lepas dapat kerja nanti. kalau boleh makwe tu nanti seorang doktor dan juga pandai menjaga hati mak aku dan lebih penting pandai memasak dan mengaji.

aku betul-betul pandai berjanji sejak itu.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-19 PELAJAR PERINTIS MRSM PDRM, KULIM KEDAH. IN GOD WE TRUST!

4 ulasan:

Ummu Abiha berkata...

Best lah story ko nih.. Aku memang peminat blog ko... teruskan usaha ko Mat Tiara. All Da best!!

aziema berkata...

dah 19 Thn dah berlalu....rindu btul nga MRSM PDRM....kalu bleh ulang balik...itu la masa yg paling aku nk ulang dalam idup aku...mmg best skolah kat c2.....

aziema berkata...

Aku 1st time gi lapor diri, sewa van bertolak dari kelantan sehari sebelum. itu la jugak 1st time aku kluar dari negeri cik siti wan kembang ke negeri kedah...dah la loghat bahasa mmg lain (di kelantan, bak kata cikgu nik, kami guna bahasa Jerman...eheheh), makanan pun lain, sume benda mesti pedas @ ada perisa kari...nasib baik aku bleh telan je sume kecuali pulut bakar...mmg xbest.

1st time lapor diri, nama aku xde dlm list....waaaaaa ;( .....camano ni?! dah dtg jauh2 tetiba kn balik saja2, mau haru biru purple ijau sume kaler la....malu gila rasanya. surat tawaran lak tertinggal rumah. Ayah aku dh hampir2 nk jadi HULK dah...huhuhu...

nasib baik dgn bantuan Pengetua Halim, rerupanya cikgu yg cek nama aku tu terlepas pandang... Alhamdulillah, sumenya lancar. Lps bwk brg2 gi asrama, lunch kejap, pastu mak ayah mtk diri nak balik, xleh stay lama2...nnti kn byr sewa van byk plak...biasa la...aku ni bdk kampung...keta pun xde lagi masa tu....mak bagi duit RM30 buat blanja nnti, pepandai la berjimat sampai ujung bulan...

siang2 hari ok lagi...bila nk tido je, cam ko gak tiara....ingat rupa mak ayah, adik beradik kat kampung...rasa sgt rindu n syahdu..... tp, Alhamdulillah, dari c2 aku blajar utk tabah n berdikari sampai arini....

Apa pun cbrn n ejekan dari kwn2, aku cuba trima...yg ptg NIAT kita adalah kerana Allah n keluarga.... tq MRSM PDRM...jasamu ku kenang ^_^

alizamarwa berkata...

yg aku ingat..aku dtg mendaftar ngan mawin....dan yg paling aku ingat bila hari pertama pendaftaran tu, siti narissa buat pertanyaan pada shafri.."abang, tumpang tanya, mana jalan nak ke ..(mana tempat tu aku lupa...tapi mmg muka shafri blur masa tu...wakakakakakka)...last2 baru narissa perasan yg shafri tu sebaya kita...budak baru jugaaa...wakakakakka..pepun..selamat ulangtahun perintis MRSM PDRM yg ke 19....hip..hip..hooreeyyy