Selasa, 30 Disember 2008

dari blog lama

CINTA ADALAH SEEKOR ANJING DARI NERAKA…

October 18th, 2005 by ammosham

aku selalu mempunyai masalah dengan duit.
ditempat aku kerja, semua orang makan
hotdog dan ubi kentang di kantin kompeni
3 hari sebelum hari gaji. aku mahu steaks.
aku pernah berjumpa dengan pengurus kantin
dan meminta dia menyediakan steak tetapi dia menolaknya.

aku terlupa dengan hari gaji. aku mempunyai rekod
ketidak hadiran kerja yang tinggi dan apabila
tiba hari gaji maka ramai orang akan bercakap
tentangnya.
"hari gaji?" aku berkata, " celaka, hari ini gaji?
aku terlupa untuk ambik cek terakhir aku…"

"jangan mengarut kawan…"

"tidak, tidak, ia benar…"

aku melompat dan berlari ke tempat pembayaran gaji
dan yakin bahawa aku masih mempunyai gaji. aku kembali
kepada kawanku dan menunjukan cek aku kepada mereka.
"oh tuhan, aku terlupa dengan semua ini…"

dengan alasan yang munasabah mereka menjadi sangat marah.
selepas itu kerani gaji datang kepada mereka. aku
mempunyai 2 cek lagi. "oh tuhan" aku berkata, " 2 cek."
dan mereka menjadi marah. setengah daripada mereka bekerja
dengan 2 pekerjaan.

hari ini adalah hari yang sangat teruk.
hari ini hujan turun dengan lebat sekali. aku
tidak mempunyai baju hujan jadi aku memakai
baju hujan yang sangat lama dimana sudah sebulan aku
tidak membasuhnya. aku berjalan dengan lambatnya ketika
mereka bekerja. aku mencari rokok di dalam baju hujan ku itu
dan kemudian aku menjumpai 5 dollar bil didalam poket.
"hey, tengok nie," aku berkata ," i jumpa 5 dollar bil
dan aku sendiri tak tahu, ini sungguh kelakar."

"hoi kawan, diam laaa"

"tidak, tidak, aku serius nie, betul, aku baru teringat
yang aku memakai kot ini bila aku mabuk di bar. aku mengambil duit dan menyembunyikan nya daripada diri sendiri.

"woi!! duduk dan pergi buat kerja!!"

aku meraba poket sebelah.."hey, tengok ini DUA PULUH!
oh tuhan, di sini DUA PULUH dan aku tak tahu yang
aku ada DUA PULUH! AKu KAYA!!"

"celaka haram jadah…"

"hey, oh tuhan ini lagi dua puluh telalu banyak,
terlalu banyak…aku teringat yang aku tidak menbelanjakan
nya semua pada malam itu.

aku terus mencari," hey, ini sepuluh dan ini 5! oh tuhan…"

"woi dengar ini, pergi duduk, buat kerja dan diam!!…"

"oh Tuhanku, aku KAYA! aku tak memerlukan kerja ini lagi…"

"kawan, tolong lah duduk…"

aku terjumpa sepuluh lagi selepas aku duduk tetapi
aku tidak berkata apa-apa. aku dapat merasai gelombang
kebencian dan aku menjadi sangat keliru. mereka percaya
yang aku merancang ini semua untuk menyakitkan hati mereka.
aku tidak bermaksud demikian. orang yang memakan
hot dog dan ubi kentang 3 hari sebelum hari gaji akan
merasainya.

aku duduk dan mempelajari sesuatu dan mula untuk bekerja.

diluar, hujan masih lagi lebat…

diterjemah dan diubah suai tanpa kebenaran daripada
LOVE IS A DOG FROM HELL karya Charles Bukowski…

Jumaat, 26 Disember 2008

soalan-soalan yang membuatkan aku mahu melempang diri sendiri...

kes-1

pergi 7 eleven, beli barang dalam harga RM 9.70 dan adik kedai tu tanya,

" abang ada 70 sen tak? "

kes-2

pergi mc doland, beli apple pai satu lepas tu adik kedai tu tanya,

" rugi abang beli satu ni, satu rm 2.00, beli dua rm 3.00. abang ambik dua yeee...?"

kes-3

pergi kursus kat seremban, tengah cari hotel, sambil tanya kat co-pilot,

" hotel yang kita nak tidur nie tepi pantai kee? "

Sabtu, 20 Disember 2008

oh cameron...

sebelum aku duduk kuala lipis aku lepak cameron highland adalah dalam 5 -6 tahun. aku blah dari cameron masa aku darjah 2. cameron? tempat sejuk, pagi pagi mandi air panas. makanan biasa kobis, stawbery dan limau, teh o mesti ada dan 'hai' mat salleh yang lalu belakang rumah aku hari hari.

masa " hari 100 tahun cameron highland " aku memang ada sana kat situ. meriah gile sambutan dia. siap ada helikopter bawa budak-budak lagi bapak aku cakap. sukaneka dia sikit punya meriah. mak aku dan geng-geng perkep dia sibuk tak patut, buat apa entah. masa tu aku duduk rumah polis kat bawah dekat masjid cameron highland yang kat atas bukit tue. kalau sesapa pergi, rumah polis tu dah tak ada sebab diorang runtuh buat apa entah.

hujung bulan lepas aku ada pergi lawat sana, kerja sambil melancong. pehh, tiba-tiba nostalgia mengimbau dalam benak kepala otak aku. syahdu dan ada satu 'bau' yang membuatkan aku jadi sentimental bila sampai kat cameron highland.

realitinya semua dah berubah. cameron 20 tahun dulu tak sama macam sekarang. brincang memang berubah gila-gila. kat tanah rata siap ada starbuck lagi. bar-bar pun ada kat tepi-tepi tue. hotel-hotel tumbuh macam cendawan. cuma sekolah lama srk convent masih lagi macam dulu. tapi ramai kawan aku gelak kat aku bila aku cakap aku sekolah convent sebelum sekolah kat clifford. diorang kata mana ada budak lelaki sekolah convent. tapi realitinya memang aku sekolah darjah 1 dan 2 kat situ.

dulu, ruang-ruang di tanah rata, cameron menjadi jajahan takluk aku. padang bola tanah rata, bandar tanah rata, taman permainan tanah rata tu sampai srk convent tu aku berjalan dengan penuh rasa sayang dan penuh kenikmatan. kehijauan dan kesejukan cameron jadi pujaan aku sehingga ke hari ini.

ada sesuatu 'bau' yang menyentuh sentimental aku. mengegar ruang emosi perasaaan aku. yang mencetus dimensi nostalgia yang mengegar jiwa aku yang sememangnya romantik dan sentimental ini. adakah bau pokok teh? adakah ia bau pokok-pokok rhu yang banyak disini? ataupun dia mungkin bau oksigen-oksigen yang meraikan kedatangan aku kembali kesini?

ada satu petang masa kita orang main layang-layang kat padang tanah rata tu. aku ada dengar ada orang cakap, " layang-layang kita yang paling tinggi dalam dunia nie..." tiba tiba aku rasa bangga, aku rasa syok, aku rasa memang best...yee, aku setuju...layang-layang kami paling tinggi.

notakakis : aku start baca gila-gila masa kat sini

notakakis2 : ada musim-musim aku buat alasan mak aku tak masak air panas kalau malas pergi sekolah. pergi sekolah dulu pakai baju sejuk tapi seluar pendek.

notakakis3: hari tu pergi tidur kat brincang, hotel sana untung giler pasal aircond pun tak ada. tidur 3 lapis baju. duduk atas tandas cangkung siap jerit dulu.

notakakis4 : ada peluang kerja kat sini aku kerja. syahdu beb...teh dia memang syahdu.



ps: gambar kat tanah rata, bukan kat anfield.

Khamis, 18 Disember 2008

sepak bola II

tadi lepas makan petang, aku ada berborak-borak dengan geng-geng pejabat aku. yang paling muda aku dan yang paling tua ada laa dalam umur 50an. rupa-rupanya pengetahuan sejarah bolasepak memang aku tak cukup power lagi. sambil cerita pasal bolasepak malaysia, aku juga dapat pengetahuan pasal cerita-cerita lama dan baru pasukan kelantan dan terengganu.

aku rasa ini lah 1st time aku ada berborak ramai-ramai pasal scene bolasepak malaysia secara serius. last sekali ada laa masa darjah 6 dan tingkatan satu. sekarang balik-balik cerita pasal ronaldo, balik balik cerita pasal MU, cerita gossip pasal team england. buang masa, orang sepanyol sama orang town liverpool yang tengah mabuk dalam bar tak ada cerita pasal scene bola malaysia. nak pakai jersey malaysia? haram laa...isap laa telor aku sampai lebam kalau ada orang sana cerita pasal bola malaysia sama pakai jersey malaysia. kat malaysia ada siar pasal liga qatar. korang agak ada tak dia cerita pasal liga malaysia kat qatar? arhh..haram jadah laa kalau nak ada.

memang syok dengar cerita pasal sejarah lama-lama. paling syok cerita pasal orang-orang jepun belajar dari FAM tentang pengurusan bolasepak malaysia. apa kes? sebab dulu malaysia adalah antara pasukan terkuat dan terhebat dirantau asia. orang jepun sama korea kalau dengar lawan malaysia malam tu confirm buat sembahyang hajat ramai-ramai(style diorang laa). indonesia, vietnam, thailand, mana kita pandang sangat. bila jumpa pasukan tue, malaysia bawak masuk 2nd team. tapi sekarang apa kes? lawan maldives pun sesak nafas beb, jepun sama korea sebelum main siap main game tv lagi.

aku setuju kadang-kadang dengan pak ungku aziz. dia kata corak pemakanan orang malaysia dan atlit malaysia tak berdisplin. kalau boleh kena makan telur 2 biji sehari, try tgk orang jepun, under 16 dia body macam budak-budak umur 25 tahun. member aku cakap tadi, kat jepun ada 1000 orang macam akmal rizal. maknanya ada ribuan lagi pemain yang lebih hebat dari akmal.( sebab akmal bukan hebat sangat)

pasal pengurusan toksah cerita. dari awal sampai habis mesti salahkan FAM sama persatuan-persatuan bola. pemilihan untuk pasukan negeri pun ada unsur-unsur politikal, rasuah, kedaerahan, kekampungan dan ketidakadilan. yang terer giler babi tapi tak duduk kat daerah macam kat kuala terengganu memang jangan harap nak main untuk negeri. dulu-dulu kata member aku unsur-unsur kedaerahan cukup menebal laa dalam skuad bolasepak negeri terengganu. itu dia kata laa, bukan aku kata. tapi sekarang rasanya tak ada kot.

bab-bab sejarah pemain toksah cerita laa. nak tulis tak larat korang nak baca. cerita pasal anuar jusoh laa, hairuddin laa (cerita pasal dia banyak laa aku tahu pasal staf aku sorang bapak sedara dia), sejarah ariffin othman...ha korang kenal dia? penyerang berbisa satu ketika dulu kat terengganu. masa tragedi rasuah bolasepak dalam negara sekitar tahun 1992/93, aku ada jumpa dia kat kulim, kedah. masa tu aku tingkatan 2. nak salam mintak autograf aku berada dalam situasi sukar. pasal masa aku terserempak dengan dia dulu aku tengah beratur tengah keluar duit. korang bayangkan kalau aku pergi minta autograf? ha, kena beratur belakang balik laa jawabnya.

kalau dengar cerita memang bolasepak malaysia dulu hebat-hebat. stadium penuh, yang reti panjat pokok sanggup panjat pokok. yang paling histeria yang aku dengar ialah ada geng-geng peminat bola dari pulau duyung, terengganu(tempat monsun cup tue) diorang sanggup balik kampung lepas tengok bola dengan cara berenang. maklum laa, bot penambang dah takde masa tu. macam mana? true tak penyokong bolasepak masa tue. sekarang apa kes? tengok jee stadium darul makmur kat kuantan. orang boleh kira dengan jari. nak buat siaran langsung mesti rasa malu. nak cari penaja pun mesti susah.

itu belum cerita pasal mokhtar dahari lagi. tak cerita pasal malaysia pernah seri sama england B dulu. cerita pasal malaysia pernah kalahkan amerika 3 -0 masa kejohanan olimpik. lawan amerika menang 3 -1. hebat beb, kalau LA galaxy ada masa tu, mesti dia ambik pemain malaysia main. nostalgia beb.........nostalgiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....(aku jerit nie..)

notakakis: kat sini bersepah orang malaysia pakai jersey argentina, ada tak orang argentina pakai jersey malaysia?

notakakis 2: aku pakai jersey malaysia woi!

Sabtu, 13 Disember 2008

sepak bola

zaman aku kecik awal 1990an orang kata zaman bolasepak malaysia sedang meleset. nama besar dalam bolasepak yang aku ingat masa tu ialah azman adnan. dia memang top masa tu. azman adnan ada cakap yang dia mulakan karier main bola dia masa main padang simen kat bawah rumah flat dia. start dari tu maka aku dan geng2 rumah flat tempoyang hari-hari main bola bawah rumah flat kami yang bersimen. masing-masing memang kaki keras macam simen. kalau main bola setakat sepak simen luka dan berdarah dah kira normal. masa tu semua nak jadi azman adnan. kalau shoot angkat tangan luas-luas macam azman adnan shoot gol.

halangan terbesar main bola rumah flat tempoyang ialah kitaorang selalu berdepan dan berkonvontrasi dengan geng-geng daun terup 400. ah, bakar dan the geng. korang bayangkan kalau main bola tak merempat? sekali sekala kalau tendang terkena geng2 400 memang bola kitaorang akan melayang sampai kebun getah kat bawah. nak bergaduh dan berlawan memang tak guna sebab kita orang budak kecik lagi. masa tu bawah motor tak ada lesen lagi.

kitaorang memang DIY tak patut masa tu. kalau bola hilang dan rosak. memang sanggup kumpul duit beli sendiri bola. kumpul duit sikit-sikit. kalau tak main bola dalam sehari memang hilang keceriaan bola kitaorang. hari-hari bercerita pasal bolasepak, kejap-kejap berangan nak jadi khairul azman, kejap-kejap nak jadi azman adnan, kejap-kejap nak simpan rambut macam matlan marjan. ada satu kes sebelum main bola boleh simpan angan-angan nak shoot gol macam hashim mustafa. pemain import? alan davidson, attapol sama piyapong je yang aku kenal. yang lain susah nak sebut.

serius beb, liga malaysia awal 1990 memang meriah tak patut. biasanya malam ahad dah kira malam yang berdebarkan bagi aku. dalam 830mlm dah ready depan tv. kerusi panjang aku dah tempah awal. kalau malam tu pahang ada masuk tv memang happy tak patut. kalau tgk stadium mesti penuh satu stadium.

tapi sekarang apa kes semua minat sama liga english? dalam pikiran aku kita semua dah kena tipu. korang semua tahu betapa lajunya diorang main. lepas tu kita nak harapkan pemain kita yang stamina tak seberapa nak main macam dalam liga english. gila apa. sebab tu kita rasa tak syok dan menyampah bila tengok malaysia main. realitinya liga english telah menjajah minda orang orang kita. padeli dan pp, entah dari kampung hulu lipis mana tiba-tiba boleh sokong arsenal. apa kejadahnya diorang ni. nak kata diorang lahir kat arsenal tak jugak, belajar kat arsenal ke, macam mana diorang boleh sokong arsenal. tak ke mangkuk namanya. adek aku jeman tiba-tiba sokong sama liverpool, syok sendiri, kalau tanya liverpool kat england belah mana mesti tak tahu jawab. banyak sangat penjajahan liga english dalam kotak pemikiran orang-orang kita.

bila malaysia kalah sama vietnam dan thailand ramaia giler orang kutuk. cakap main tak kemas laa, passing tak steady laa, sistem tak ada laa. kesian beb pemain-pemain muda kita. relaks laa. bagi diorang peluang lagi. paling kuat pun kasi tukar jurulatih. budak2 muda jangan kita kutuk sangat beb. sabar..sabarkan separuh dari iman.kalau tak dapat main macam dalam liga english pun tak pe. dapat main macam liga itali B pun dah ok. aku rasa pemain bolasepak kita pun terjajah mindanya dengan liga english. sudah-sudah laa liga english tu. kita layan liga yang sedang-sedang sudah laa. sudah laaa...kita perlu sokong malaysia untuk kelayakan piala asia yang seterusnya...peace

woi, korang tak sedar kee?

Rabu, 10 Disember 2008

harap pasukan malaysia pakai baju batik bila lawan bola tahun depan...kasi kemas sikit bila main bola....

jersi team Sriwijaya FC dari indonesia
(jersi paling true dan bercorak nusantara)


jersi pasukan Kelantan untuk musim 2009
( tak true sebab corak batik dia tak banyak)