Ahad, 31 Januari 2010

dari Kuala Berang ke Cameron Highlands


" alamak...palatlah cameron ni. aku bosan macam nak mati kat sini. tengok, nak main futsal pun tak ada gelanggang. semua dah jadi hotel..."

" mana kita nak pergi ni boss? "

" aku tak mahu lama kat sini...ini bukan kampung aku. ada chance blah aku blah.."

" blah? ke mana boss? "

" aku? kau tanya aku? dari dulu aku dah cakap..aku nak pegi....arsenellllllllllllllllllllllll"


ps: gelanggang futsal di cameron tengah dibuat bawah gelanggang rakyat KBS. yang berbayar tak ada, daripada buat futsal baik buat hotel atau padang golf. model diatas merupakan peminat tegar arsenelll. skrip drama diambik dari cerita dari Jemapoh ke Manchester...

Rabu, 27 Januari 2010

Hardcore is the feeling artzine

Another artzine, or ‘artwork zine’ as written on the front page of it, is ‘Hardcore is a Feeling’ which came out in the same year from Kuala Lipis, Pahang. For this one, the artworks are associated with the artist’s name, wordings, expressions and also dialogues. It was done by Hisham and Huzaiba with contributions from friends. - nizang

rasa macam sedih pulak bila baca tulisan nizang tentang scene zine kat malaysia. lebih-lebih lagi tentang artzine hardcore yang dibuat bersama huzaiba dan kawan-kawan yang lain pada tahun 2000. huzaiba paling lawa lukis, aku nombor 2, stam nombor 3 dan pp nombor last sekali.

sebab kedudukan lawa melukis aku nombor 2 maka tahun lepas aku ada cadang nak buat reunion artzine hardcore ni. tapi cam hampas, hangat-hangat taik ayam. mungkin semua dah tak hardcore dan semua dah tak cool. paling cool sekarang aku tengok dd je. dia kerja gomen dan banyak masa mengorat kerani-kerani.

paling aku rasa cemas ada seorang mamat nama Dan Bucks dari amerika hantar satu dollar amerika dan satu lukisannya yang bertajuk ' Wage-Slave'. aku rasa aku simpan lagi lukisan mamat tu. satu dollar amerika yang mamat tu kasi aku dah buat belanja kawan-kawan makan roti canai hameed rasanya.

sebab tu aku nak buat balik artzine ni. sesiapa yang nak menyumbang lukisan sila kasi tahu aku takpun pada pp. ini projek serius. kalau jadi 1 Mei 2010 kitaorang nak keluarkan. kalau korang taknak hantar pun takpe, anak aku damia dah pandai melukis nampaknya.

hardcoreman of the world, unite and take over!

Selasa, 26 Januari 2010

krisis epal hijau

aku baru perasan epal hijau dalam peti ais aku dah habis. 4-5 hari jugak aku tak pekena epal hijau. katanya epal hijau baik untuk kesihatan terutamanya untuk melegakan darah yang tinggi. ada satu story aku dengar, epal hijau cukup baik kepada mamat-minah yang nak kurus.

disebabkan malas nak ke mydin sama giant time hujan dan time gaji ni maka aku turun ke pasar manir. pasar manir ni dari umah aku tak sampai 5 hari berjalan.

sampai-sampai puas gak aku mencari epal hijau. disebabkan takut malu bertanya sesat jalan maka aku pun tanya brader yang ada kedai buahan-buahan tempatan dan import.

katanya sekarang musim epal hijau tak ada stok. dia kata lagi kalau jumpa epal yang ada jual time sekarang ni memang jenis epal lama. katanya lagi kalau ada rezeki esok ada laa epal hijau kat kedai dia esok. itu pun dia tak jamin epal hijau tu sampai kedai dia ke tidak.

panas sama para penanam epal hijau aku beli anggur rm16 sama epal merah yang harga rm2.50 sebiji dan berpikir sama ada orang amerika atau orang cameron highlands yang jual epal hijau kat malaysia.

lepas tu aku tanya bini aku macam mana nak eja epal dalam bahasa melayu.

krisis betul.

Isnin, 25 Januari 2010

Membela Arnab



itu hari gua janji sama damia kalau dia masuk sekolah gua nak belikan dia arnab. dia pun dah ok pergi tadika dan gua dengar laporan macam-macam daripada bini gua tentang tadika kemas damia.

seingat gua pakcik bakar belakang rumah pernah bela arnab kat flat tempoyang. dalam satu peristiwa hujan lebat, reban arnab dia runtuh. berpuluh-puluh arnab tak dapat diselamatkan. gua tak ingat sangat cerita ni. nanti balik lipis gua try tanya dia balik. tapi gua ingat pakcik bakar memang pernah ternak itu arnab.

kalau gua beli arnab, sape nak kasi arnab tu makan? sangkar dia sape nak bersihkan. kalau nak beli kena beli sekor jantan sekor betina. biar diorang membiak. kalau dah beli takkan nak letak kat bawah rumah. nyamuk banyak. tak pasal-pasal leh kena denggi.

hal bergaduh dengan kucing mungkin diorang terlibat sama. bunyi bising kambing mungkin menjejaskan kehidupan arnab-arnab yang gua akan bela. takkan gua nak letak atas rumah. ini boleh mendatangkan rasa dengki tikus-tikus yang suka berlari atas siling rumah. kekadang gua terima laporan tupai-tupai turut juga berlari keriangan mengejar tikus-tikus.

kalau gua tak beli arnab gua mungkin beli baju golf cap arnab.

Ahad, 24 Januari 2010

bolo sepok

semalam lepas terengganu menang besar sama selangor 4 -0, aku ambik keputusan letak jawatan sebagai penyokong bola stadium. kekadang sakit jiwa tengok bola kat stadium. bila pergi tengok bola sekor gol pun tak ada. tapi bila tak pergi bersepah pulak gol.

lagi pun pergi stadium sekarang takleh bawak air mineral. satu peraturan yang paling aku tak setuju. alasannya mungkin tak mahu penyokong yang tak puas hati membaling botol minuman ke tengah padang. 90 minit tanpa air dalam suasana yang panas, asap rokok yang berkepul sama gigitan kuaci merupakan satu feeling yang tak best.

liverpool kalau kena gaya boleh bangkrap macam leeds united. sekarang kalau tgk liverpool main pun macam tak ada semangat kesukanan. penyokong pun menghala macam penyokong arsenal. ketinggalan sikit dah nak balik awak. takut jem katanya. salah rafa atau salah pengerusi? kelab tak ada duit macam mana nak beli pemain. arsenal rileks2 jee tak ada pemain baru. sebab tu youth punya akademi kena kasi power. agak-agak tak ada duit leh pakai budak-budak muda tu.

leeds pulak macam best sekarang. semalam boleh seri sama spurs. aku dah kagum. masa kecik2 dulu leeds merupakan satu team yang paling diminati. aku ada dua jersey leeds beli pakai duit pinjaman jpa kat petaling street. aku pikir leeds bakal kembali mengegar epl dua-tiga tahun lagi.

bolasepak malaysia kembali meriah? kalau dunhill taja lagi mesti lagi meriah. kena pulak rokok sekotak rm50. confrim ada liga daerah dan liga kampung-kampung. orang yang ada sijil awalan FAM macam aku mungkin dapat jadi jurulatih kg.

hidup kg sekati!

Khamis, 21 Januari 2010

mari berbengkel

gua gelak giler. geli hati pun ada. sedih pun ada sikit-sikit. mula-mula gua nak tulis style gelak abang tukar tiub. tapi gua takut gelak gua tak ikhlas. tapi gua tetap gelak jugak.

dulu kalau gua tahu zine dapat sambutan hangat gua akan bikin satu bengkel. gua yakin semua penulis zine satu malaysia akan datang. nama bengkel yang gua akan buat nanti namanya seminar 2 hari menulis zine.

gua akan terangkan macam mana nak buat interview dengan band dan juga dengan penulis zine sendiri. yang penting gua akan ajar macam mana nak interview band kampung dan macam mana nak interview band yang sign sama rock star label. lepas tu gua akan ajar macam mana nak buat zine punk rock, zine hardcore, zine skinhead, zine emo hardcore dan zine sxe hidup-segan-mati-tak-mahu.

gua yakin penulis zine satu malaysia akan datang jika gua jemput otai-otai zine macam abang voltex, abang bio.material, abang blasting concept, abang heartcore dan jugak abang hilangpunca. lepas tu gua akan letak kat flyers gua satu bende yang penulis-penulis zine tunggu-tunggu iaitu " 100 fakta-fakta menarik menulis zine" atau " rahsia-rahsia untuk menulis zine dengan baik dan macam mana untuk popular untuk tulis zine"

last sekali gua akan buat pertandingan menulis zine dan pengerusi JKKK Kg gua akan kasi hadiah sape yang menang. untuk memastikan semua penulis zine dapat makan tengahari sama minum petang maka gua akan ambik sedikit bayaran iaitu RM60 untuk kasi sama makcik-makcik KRT taman tempoyang buat makan dan minum.

oh ya lupa. sebab kita semua punk rocker maka gua akan buat sedikit party dan gua namakan sebagai "ZineParty". amacam?

Kahkahkahkahkahahakakaka.........zine party?...................kahakahkahkahakah

kakakahkahakahakahakhha...........comman sense dah mati.........kahkahkahkahkahkah

kahkahkahkahkahkahkah...........mamat punk rock yang terlibat......kahkahkahakahakahakha

kahkahakahakahakahakah........mamat indie?....ada bands marah kerajaan?....kahkahakahakaha

kahkahakahakahakaha...............mamat belia 5B(M) tak terlibat keee?..............kahkahkahkah

kahkahkahkahakhakha..............buat zine cari makan?............kahkahkahkahkahakahklah.

Se (satu) Malaysia

sekarang. yee sekarang. sekarang (diulangi banyak kali untuk menyakin kita tentang masa sekarang) kalau kita nak buat apa-apa program/hal yang boleh kita menang maka buatlah apa-apa bende yang ada perkataan, corak, hal, kes, objektif, visi, misi dan sebagainya maka jangan dilupa tentang 1Malaysia. i yakin kerat jari menang.

percaya lah cakap i. i tak tipu. terbaru i dengar ada satu pertandingan kacau syura satu peringkat tu dia letak nama bubur syura dia "bubur syura 1Malaysia" . kedommmmm, menang tempat pertama. caya lahhhh...

nasik kandar subaidah! unite and take over!

Selasa, 19 Januari 2010

buku muka

sejak ada muka buku- buku muka ramai dah tak update blog. gua pikir nak delete facebook dan tumpukan pada main golf.

Ahad, 17 Januari 2010

aku dengar cerita batistuta main polo sekarang. apa kes?

tadi aku berguru sama Shaaban Hussin. belajar pukul bola golf dari pagi sampai petang. di kala tengah menaip ni aku merasai bahawa aku rasa susah nak gengam tangan. nasib baik bini aku dalam pantang.

kalau tak main golf hari ni aku sendiri tak tahu yang Shaaban Hussin ni merupakan pemain golf profesional negara. sebab dia pro dan jadi cikgu aku maka aku memang respek sama dia ni. aku tengok dia kalau diberi latihan kat luar negara dan berlatih sama tiger woods aku yakin dia jadi no 2 dunia.

tahun 2009 itu hari aku ada cita-cita nak main golf. tak caya try baca apa yang aku tulis dalam tulisan aku dulu. itu pun lepas tengok cerita The Legend Of Bagger Vance. perasaan best main golf ni bila kita dapat swing yang betul dan bola kita pergi jauh. macam aku buat tadi, menuju puncak, pergi jauh dan hilang dari pandangan mata kasar.

tapi aku tengok golf ni sukan yang mahal. kasut jee dah cecah RM300. aku rasa macam sukan orang kaya laa pulak. orang main olahraga mungkin tak boleh main golf sebab aku dengar cerita kalau main golf dapat no 15 pun masih dapat hadiah.

panas gak aku tengok gambar batistura main polo. entah apa gaya dia buat lepas shoot gol. tak marhain langsung batistuta ni.

Jumaat, 15 Januari 2010

tak guna

selalu jugak gua dengar damia sebut ayat,

" tak guna! "

" tak guna! "

" TAK GUNA! "

tak puas hati dengan sesapa dia mesti sebut ayat tu. panas jugak gua kekadang. kalau orang dengar mesti diorang cakap gua tak ajar anak gua. tapi gua mengaku yang gua jarang sangat ajar anak gua. hal mengajar gua banyak serah pada bini gua. lagi pun bini gua cikgu.

kekadang gua rasa gua tak guna pun ilmu-ilmu pembangunan manusia yang gua belajar masa kat UPM. semalam gua tengok transkip akademik gua. rupanya gua pernah belajar subjek " Keluarga dan Keibubapaan" dan yang paling fakingnya gua dapat D subjek tu. cam celaka.

gua mengaku masa buat diploma dulu gua memang jarang pergi kelas. ada satu musim dekan fakulti ekologi manusia masa tu iaitu Dr. Halimah pernah tegur gua masa periksa. katanya,

" kenapa saya tak pernah tengok muka awak dalam kelas? "

gua sengih. apa gila gua nak pergi kelas dia. dalam dunia UPM masa tu kelas dia laa yang paling awal sekali. 7 pagi dah start, kalau tak percaya tanya pakcik yang bukak bilik kuliah sesi akademik Mei 1997 -1998.

ayat " tak guna" yang damia selalu guna gua dah tahu sape mengajarnya. tukang mengalih suara cerita ultraman kat astro ceria pun satu hal. mamat tu kalau raksasa tu menganas sikit dan tembak tak kena selalu sebut " tak guna! " " tak guna! "

tv dah ambik peranan untuk mendidik anak-anak kita sekarang. bersyukurlah pada tuhan.

Penang

aku sekarang kat pulau pinang.dulu-dulu negeri melayu. lepas melayu sesama melayu bergaduh maka mat salleh dapat negeri ni. kalau nak cerita sejarah panjang. pergi layan wikipedia.

aku tak tahu kenapa ada jiwa sentimental sama penang. aku dengar cerita mak dan abah aku dulu lepas kahwin berbulan madu kat sini. mungkin sebab diorang berbulan madu maka secara auto feeling keindahan pulau pinang merasuk dalam sperma tazoo bapak aku. entah laa labu.

aku kagum dengan nilai makan orang penang. malam hari dalam pukul 12 tengah malam, masih ada lagi orang makan nasik kandar. paling kagum datang makan ramai-ramai satu keluarga. jabatan kesihatan pulau pinang tak mengajar makan secara sihat ke apa?

aku rasa kehidupan orang-orang sini berada dalam kemajuan yang amat sangat. kemajuan yang amat sangat boleh dinilai dengan jadual makan yang tak menentu dan tidur tak menentu. menjelang 2020 pelajar-pelajar universiti sains malaysia yang berjumlah ribu-ribu orang akan mengidap penyakit angin/gastrik yang serius.

bayangkan pukul 12 malam bungkus nasik kandar sama roti canai. mesti diorang tahan lapar siang tadi sebab nak ikat perut. apa ingat duit pinjaman ptptn banyak sangat lebih? duit makan lagi, duit fotostat buku lagi, duit prepaid lagi, duit buku lagi, adik pinjam lagi, abang yang kerja gomen pinjam lagi, ayah yang dah pencen ambik sikit, komputer kena format lagi, dakwat printer lagi dan sebagainya.

malaysia dah maju. syukur pada tuhan.

Selasa, 12 Januari 2010

kondo rakyat tempoyang - 2

jika ada hari-hari yang menyedihkan didunia, maka hari semalam adalah hari yang sangat menyedihkan. pagi semalam abah aku call, katanya lin anak mak lang dah meninggal dunia kerana sakit jantung. lin meninggalkan suami dan 4 anak yang masih kecil. yang paling kecil berumur 3 bulan. mata ini berkaca. dalam jernihnya cecair itu aku terkenangkan memori kami adik beradik bersama lin semasa kecil di kondo rakyat tempoyang.

di flat tempoyang keluarga mak lang duduk di rumah yang terakhir sekali dalam flat. blok a, tingkat 4 dan rumah no 12 atau singkatannya A4-12. aku berkawan baik dengan man. seorang mamat yang melayan muzik-muzik rock yang aku tak berapa nak dengar sangat. aku dan kawan-kawan selalu melepak kat luar rumah man sebab man ada carom.

jika tidak kerana lin semalam mungkin aku lupa tentang keriangan kami semua. anak-anak penghuni flat yang sentiasa kegembiraan, diulit keseronokan, hari ini bergaduh, esok jadi kawan balik, esok bergaduh dan lusa berkawan balik. kami anak-anak marhain yang tak tahu tentang kesusahan, bermain dan terus bermain hingga lupa bahawa satu hari kami akan membesar dan menjadi penganti kepada ibu bapa kami.

flat tempoyang adalah cinta, dia juga beringin tua, dia juga mentari dan bulan, dia juga tempat burung-burung bersarang dan yang pasti flat tempoyang adalah tempat untuk anak-anak bermain riang.

Al - Fatihah

Isnin, 11 Januari 2010

2010 - masih ada harapankah untuk seluar saiz 30?


hari tu masa borak-borak sama damia aku mengesan rasa malu damia terhadap aku.

katanya, " papa, damia malu laa kat kawan kakak nanti kalu gi sekolah..."

" kakak malu napenya? " aku tanya dia

" kakak malu sebab papa gemuk dan botak..." damia jawab ikhlas

aku ikhlas tahun ni nak kuruskan badan. segala aktiviti makan malam dan aktviti makan berat akan dipotong sebanyak 30%, ini juga sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat dalam perbelanjaan.

hal-hal seperti senaman, makan epal, minum susu kambing, angkat berat, tidur awal dan berlari setempat amat digalakan untuk diajak join.

aktiviti kurang sihat seperti main facebook, tulis hal pasal tikus atas siling, tulis dalam blog hal tak puas hati dengan orang, berbual-bual bende-bende lama seperti kat reunion, pergi gig, menyanyi ramai-ramai dan sebagainya juga aku tak layan.

2010 merupakan tahun fokus untuk kesihatan. semoga diberi kekuatan kepada aku.

power to the people!

Ahad, 10 Januari 2010

Terengganu - Kelantan

1. semalam gua pergi tengok bola kat stadium yang tak runtuh kat kuala terengganu.

2. siapa tak pergi tengok terengganu lawan kelantan semalam rugi.

3. hairudin, indra sama akma dia punya gandingan mantap. gua pun rasa terharu sebab semua botak.

4. kedua-dua penjaga gol bermain dengan cemerlang. gua macam tak percaya pulak yang gaya diaorang bawah sikit dari keeper arsenal.

5. penyokong macam biasa. gaduh dalam padang kat tempat duduk penonton je. bila pergi luar semua rileks macam tak ada apa-apa. penyokong kelantan pikir 15 juta kali kalau nak buat hal kat terengganu.

6. orang besut gua tak tahu diorang sokong kelantan ke sokong terengganu.

7. k.rajan masa gua ambik gambar gua perasan kat tangan kiri dia ada tatu. harap pemain terengganu tak belajar dengan k.rajan.

8. jurulatih kelantan bawak banyak pemain dan pemain jurulatih india kat kelantan. populasi india di pantai timur dijangka bertambah.

9. ada sorang pemain terengganu yang main penyerang gaya dia bukan macam pemain bola gua tengok, style macam pemain ping-pong. rasanya penyerang dari sabah yang baru beli tu kot.

10. setelah bermesyuarat, gua telah pastikan yang gua akan ke stadium bila terengganu lawan kelantan, pahang, selangor, negeri sembilan dan t-team. yang lain gua tengok siaran langsung dalam radio.

notakakis: gambar gua malas nak letak. internet jalur lebar kejam giler. tak mesra masyarakat sekati langsung.

Sabtu, 9 Januari 2010

the loneliness of the long distance runner


sebenar aku nak tulis pasal piala dunia kat afrika. tapi tiba-tiba aku teringat piala dunia tahun 1998. masa tu aku kat upm. entah team mana aku sokong sangat aku tak tahu laa tapi yang paling aku ingat ialah lagu ' i get knocked down' atau tubthumping dari chumbawamba.lagu tu memang glam tak patut masa tu.

dalam punk scene chumbawamba merupakan satu band yang agak terkenal. berasal daripada UK, diorang ni merupakan sebuah band yang sangat anarchist dan kebanyakan daripada lagu mereka memperkatakan tentang kelas pekerja, peperangan, agama, hak asasi manusia dan sewaktu dengannya. lagu tubthumping ni merupakan satu lagu protest mereka terhadap 'penjajahan' british ke atas Ireland.

sebenarnya aku tak reti jugak nak cakap bende pasal chumbawamba ni. motif sebenar mengapa mereka sign dengan major label EMI pun aku malas nak ulas panjang-panjang. kalau rajin pergi google atau cari kat wikipedia .kekadang aku pikir diorang sign dengan major label ni pasal nak sebarkan apa yang diorang percaya kepada masyarakat dunia. tak pun diorang memang nak jadi kaya raya dulu, lepas kaya raya jadi anarchist balik dan main muzik macam biasa. aku rasa laaa.

aku pikir diorang ni genius. susunan muzik dan kreativiti menyampaikan mesej melalui muzik mereka cantik. jarang ada orang buat band macam ni kat malaysia.tapi tak tahu laa dah ada ke tak band macam ni kat tanah melayu . nak harap ada band macam ni satu dari lipis pun haram jadah. ada ke buat lagu tentang padeli? banggang dan cerdik sikit dari bodo.

tahun 2010 harap ada lagi lagu-lagu daripada band-band macam ni. Indie jadian dah banyak betul kat malaysia sekarang ni. aku takut jugak kalau m.nasir buat band indie. takleh cari makan laa budak-budak lepas ni.

Jumaat, 8 Januari 2010

Aman Palestin


pagi jumaat yang indah. aku pekena nasik lemak sama teh sambil layan tv9. abang azwan ali muncul dengan 'hari rahsianya', hubungan aku dengan azwan ali memang kacip dari dulu lagi.

tiba-tiba muncul aman palestin dengan projek kaki palsu untuk rakyat palestin. 2 rakyat palestin yang tak ada kaki turut muncul bersama.

aku rasa sedih. aku rasa nak menangis. palestin dah hilang 2 anak muda yang boleh dijadikan aset penting buat mereka. kesian tengok muka 2 mamat palestin tu. semoga Allah beri kekuatan kepada mereka berdua.

aku terdiam. pandang awan. hidup udara nyaman dan pikir tentang palestin. bilakah palestin akan bebas? 50 tahun lagi kah? 100 tahun lagikah? atau 1000 tahun lagikah? perlukan orang seperti Sultan Muhamad al-Fatih untuk bebaskan palestin? atau cukup orang seperti aku?

Semoga Aman palestin terus sukses dengan misi-misi dan rancangannya. power to the palestina!

ps: http://www.amanpalestin.net/salam.php?borang_sukarelawan. cakap berapi dalam blog/kedai kopi/dalam gig tak guna. kalau rajin dan tak tahu macam mana nak menyumbang try daftar sebagai sukarelawan aman palestin.

Khamis, 7 Januari 2010

Perhimpunan membantah penggunaan bahasa melayu dalam sportscenter

korang pernah layan sportscenter dalam bahasa melayu kat astro? dah banyak malam dah gua rasa nak terajang tv. entah bende-bende. bunyi banyak menhala macam budak melayu balik dari UK. sebutan entah apa-apa. entah sape minah yang jadi pengacara dia. entah melayu mana.

kalau betul-betul nak buat biar kasi budak melayu yang jadi pengacara. cari melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan seperti beragama Islam, bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan corak hidup budaya orang melayu/orang islam.

melayu yang minum todi, fak merata, cakap orang putih selalu, bawah motor/kereta laju-laju dan tak sembahyang bang dah tak kira melayu. itu bangsa malaysia.

entah ada tidak melayu. senator syed husin ali dalam bukunya Orang Melayu Masalah & Masa Depan pun macam tak reti nak mendefinasikan melayu. pening aku baca. kesian aku kat dia. nasib baik anwar kasi dia jadi senator.

Rabu, 6 Januari 2010

Kondo Rakyat Tempoyang - 1

masa kecik aku duduk rumah flat. flat tu 4 tingkat dan satu tingkat ada 12 rumah. dalam rumah tu ada 2 bilik tidur, satu bilik air dan satu ruang tamu. aku start duduk tempoyang pada tahun 1987 atau 1988 kalau tak silap aku. keluarga aku merupakan keluarga perintis yang duduk blok A flat tempoyang.

orang yang duduk flat tu bukan jenis orang kaya. kerani pejabat, polis atau askar pangkat rendah, askar pencen yang bawak teksi, drebar telekom, orang kerja sendiri, tukang kebun, jaga dan sewaktu dengannya merupakan penduduk yang menghiasi suka duka kehidupan flat tempoyang.

ruang-ruang koridor luar merupakan taman permainan bagi kami. aku dan adik-adik aku belajar berlari di ruang koridor itu. kami bebas berlari mengelilingi tingkat flat sebanyak mana yang kami mahu. jika mahu melihat pemandangan kami akan ke tingkat 4. yang berani naik tangki air.

bila malam hari, apabila semua sudah tidur. terdengar bunyi-bunyi unggas dari hutan yang berdekatan. sekali-sekala terdengar orang-orang tua berborak mengeluh kepanasan. keluar ke koridor tanpa baju dan bersembang dan berborak tentang kehidupan.

ada satu 'bau' tentang flat tempoyang yang membuatkan jiwa ini jadi sentimental. ada beribu 'rasa' tentang flat tempoyang yang penuh dengan buih - buih kehidupan. bait-bait indah tentang masyarakat marhain yang hidup dalam kesyukuran biar pun orang lain memandang mereka dengan rasa yang serba kurang.

bersambung

Damia masuk tabika

Hari pertama Damia di Tabika. Baju tak beli lagi.
Kalau tengok muka aku sendiri rasa sedih.


Pagi hari ke-2, Damia nampak ceria dengan baju barunya.
tapi lepas tu dengar cerita dia menangis kat tabika.


ahad itu hari aku hantar damia masuk tabika kemas kat belakang rumah. sekali sekala pekena cuti hantar anak masuk tabika cam best laa pulak. sebelum ni selalu dengar orang pejabat cuti hantar anak masuk sekolah. sekarang masuk giliran aku pulak.

hantar anak pergi sekolah feeling dia lain sebenarnya. seronok, berdebar-debar sikit pun ada, nak ketawa pun ada, suka pun ada dan kesian pun ada jugak sikit-sikit. aku tahu anak aku damia dia punya perasaan pergi sekolah tak ada lagi sebenarnya. bukan apa sebelum ni setiap kali aku lalu kawasan tadika dan tunjuk kat dia kawasan sekolah dia, dia akan paling kat tempat lain dan buat tak tahu jee. bila tanya nak sekolah ke tidak, dia cakap " tak nak! "

damia ni mewarisi semangat malas pergi tabika aku dulu-dulu. memang masa kecik aku malas banget pergi sekolah tabika. abah aku hantar aku ke sekolah tabika agama kat cameron highlands sama adik aku. disebabkan malas, benci sama ustazah, suasana penuh dengan rule dan sebagainya maka aku setiap pagi akan menangis dan mengamuk. memang aku dah punk sejak kecik aku rasa. abah aku kata aku pernah kena kurung pasal kes ni.

kekadang aku kesian sama damia. kalau ikut jiwa aku yang lembut aku tak kasi dia pergi sekolah. masuk hari ni hari ketiga, semalam sebelum tidur dia menangis dan merayu sama bini aku untuk taknak pergi sekolah. aku kesian sebenarnya. tapi disebabkan bini aku seorang guru dan keras jiwanya maka secara auto hari ni damia bangun pagi macam biasa dan pergi sekolah.

memang benar bahawa penerapan nilai-nilai positif kepada kanak-kanak perlu diterap lebih awal lagi. sistem pembelajaran yang sistematik, model yang berkesan dan sebagainya sangat penting dalam pembentukan positif kanak-kanak. tapi bagi aku kalau kanak-kanak itu dipaksa dalam sesuatu perkara mungkin satu hari kanak-kanak itu akan memiliki jiwa yang rebel, suka langgar undang-undang dan hempas pintu bilik kuat-kuat.

ini satu bende yang merugikan. sebab tu aku tak suka paksa-paksa sangat dengan budak-budak ni. kalau damia malas masuk sekolah takpelah, biar laa dia main puas-puas dulu. ini prinsip aku yang tidak disetujui oleh bini.

secara peribadi, aku rasa tak perlu untuk hantar anak ke tadika elit berbayar yang bersepah bagai cendawan sekarang. cukup untuk hantar anak ke KEMAS. kekadang aku pikir nak buat bende lagi dengan PERMATA. daripada duit membazir habis ke permata baik kerajaan memperkemaskan, memperkasakan dan memperbanyakkan KEMAS sebagai satu agensi penting pendididikan awal kanak-kanak di malaysia.

moto kemas ialah CERIA, CERDIK, CERGAS. aku tengok KEMAS Kg Sekati, Manir ni orait jugak. guru yang mengajar ni memang pandai main hati budak-budak. mungkin diorang dah pakar bab-bab budak ni. aku dengar cerita cikgu-cikgu ni pandai "handel" budak-budak menangis. dari mana datang sabor diorang?

ps : penulis merupakan lulusan Diploma Pembangunan Manusia UPM yang jarang masuk bilik kuliah. power to the people!

Sabtu, 2 Januari 2010

buku pinjam

bini aku yang belum habis pantang dia punya rajin aku boleh puji. semalam dia kemas rak-rak buku dalam bilik aku. melebar senyum aku semalam. nampak kemas dan cantik sikit. memang kena dengan azam tahun baru. baca buku, hayati filem, pekena susu kambing, tidur awal dan menangkap gambar.

sedang seronok belek rak buku. tiba-tiba aku tertengok 5 bijik buku yang aku rasa lain macam. wtf!!! jiwa berdebar-debar. perasaan dia macam beli playboy hongkong kat komtar dulu-dulu.

peh, ini buku yang aku pinjam dari pepustakaan universiti darul iman. debor dia makin kenyang bila aku tengok tarikh hantar dia 12 feb 2009. dah dekat setahun aku pinjam. ini buku aku pinjam masa aku buat master itu hari.

sekarang aku dah berhenti buat master kat udm. buat master secara penyelidikan ni kena displin yang tinggi. aku mengaku aku kurang berdisplin. jumpa penyelia pun jarang-jarang sampai satu hari aku jumpa dia perli lain macam. sebab semangat yang hilang macam lagu xpdc, aku terus tutup buku dan berhenti.

sebenarnya aku punya feeling ni kearah persoalan KUASA. aku minat sains politik sebenarnya. tapi sebab nak cuba menjiwai antropologi/sosiologi maka aku try mintak. kajian aku tentang kepimpinan belia dalam masyarakat. boleh kata buku senator syed husin tu banyak dak aku baca. tapi aku tak tahu kenapa aku tak serasi sama displin antro/sosiologi.

so, tahun 2010 aku try nak apply buat sains politik kat usm. pensyarah untuk jadi penyelia dah ada. borang usm tu aku rasa dah kena gigit lipas. aku sama kawan aku sekarang ni memang semangat nak belajar berkobar-kobar.

esok aku pikir nak call perpustakaan tu nak tanya berapa denda. kekadang aku pun rasa macam ass jugak sama pengurusan perpustakaan ni. dah tahu aku lewat kasi laa hantar surat amaran macam astro selalu buat. kalau boleh hantar surat peguam. kasi gerun sikit

kalau lewat sehari 10sen. setahun dah berapa? darab pulak dengan 5 buku. boleh barai ni...

ps: selamat bersekolah!!!