1 Januari itu hari aku dan keluarga buat satu perjalanan balik kampung. balik kampung kali ini bukan ke Kuala Lipis tapi ke Kampung Lembah, Pasir Putih, Kelantan. Kg Lembah kiranya kampung belah bini aku.
perjalanan balik kampung ini merupakan satu perjalanan kerana "melawat orang mati". "melawat orang mati" ini merupakan satu istilah tradisional masyarakat melayu Malaysia. sepupu bapak mertua aku telah meninggalkan dunia ini pada 31 Disember 2010, sehari sebelum dapat menghidu udara baru 2011.
suasana 1 Januari 2011 merupakan satu suasana sejuk dan sedap. hujan turun dengan begitu cool. sekejap hujan dan sekejap tak hujan. pandai sungguh hujan memainkan perasaan orang yang membasuh baju. lebih-lebih lagi perasaan dan jiwa anak bujang yang berdoa agar baju yang dibasuh dapat disidai diluar rumah dan matahari dapat mengeringkan baju-baju mereka.
perjalanan ke Pasir Putih ini melalui dua daerah. satu daerah Setiu dan satu lagi daerah Besut. ada ceritanya dari orang-orang besar daerah mengatakan bahawa dulu-dulunya daerah Setiu ini berada dibawah daerah Besut dan dikenali dengan Hulu Besut. disebabkan besarnya Daerah Besut ini dan memudahkan urusan pentadbiran negeri maka dipecahkan daerah Besut ini kepada dua. maka secara tak langsungnya wujudlah daerah Setiu ini. tentang daerah Besut kita akan cerita lain kali. ingat tak cerita Anak raja kalah menyabung ayam? ha..lepas ni cerita.
sebenarnya untuk makluman dan perkongsian cerita, ada satu riwayat mengatakan bahawa daerah Setiu ini daerah pada satu ketika yang dulu-dulu pernah dilanda tsunami. jumlah korban tidak dapat diketahui dan mengikut satu sumber penempatan yang melanda tsunami dulu masih lagi tidak dihuni oleh manusia pada masa sekarang.
salah satu yang special di Terengganu ialah kat sini ada dua jenis jalan yang korang boleh lalui bermula daripada kemaman hingga ke Besut. Jalan pantai dan jalan dalam/hutan/darat. biasanya orang luar suka jalan pantai sebab boleh nampak pantai. tapi orang 'dalam' macam aku lebih suka jalan darat ini sebab katanya lebih dekat.
di Setiu kalau ikut pantai, korang akan melalui pantai-pantai menarik dan yang paling top sekali kat situ ialah Pantai Penarik. Situ memang tempat king of udang, sotong, dan ikan goreng. nak pekena gaut boleh pekena kat situ. aku dulu masa bujang hari-hati makan sotong goreng. hampir sudah mahu kena gaut.
yang penting ialah kat situ orang ada buat budu. budu merupakan satu hal yang bukan boleh buat main-main. ini dah kira makanan warisan melayu. sepatutnya budu dah jadi makanan warisan dunia. nasik lemak boleh pergi mati. budu, cencalok sama belacan patut dah lama diiktiraf sebagai makanan terkemuka alam melayu.
kalau true makan budu, carilah budu yang masih ada ikan lagi dalam botolnya. mengikut perbualan aku dengan pengusaha-pengusaha budu, nak dapatkan budu yang still ada ikan dalam botol kena datang Setiu dalam bulan 3. bulan 3 ni bukan boleh main-main, sekarang dah bulan 1.
hari ni tak hujan. dalam hujan, makan nasik sama budu sama telur dadar goreng dah heaven. kenapa tak hujan hari ni?
notakaki: tumpang taip pakai wifi kat rumah orang. nanti sambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan