Khamis, 29 Julai 2010

yeah, this is ammo P!



Lambai-lambaikan tangan kau ke atas sebut Peluru Puitis

Rimaku tidak mengenal batas katakan Peluru Puitis

Jangan jangan kau lupa yang asas Peluru Puitis

Senjata pujangga bertindak balas hanya Peluru Puitis

Rabu, 28 Julai 2010

Pecah Panggung RM30 Juta

aku ada banyak idea nak tulis dalam blog masa dalam kereta tadi. sampai opis,lepas bukak lampu sama aircond terus idea tu hilang. misteri betul.

aku pikir nak bela ikan puyu lepas ni.

Selasa, 27 Julai 2010

Temu Murni

kat sekolah sekarang ada satu style yang aku rasa semua sekolah menengah baru buat. program ini merupakan satu program di mana hari ibu bapa boleh berjumpa dengan cikgu-cikgu kelas atau cikgu-cikgu yang mengajar anak mereka untuk membincangkan tentang pencapaian pelajaranan anak-anak mereka.

nama dia temu murni.

masa aku belajar kat mrsm dulu memang ada buat program ni. abah yang yang duduk lipis datang penuh semangat untuk berbincang dengan cikgu-cikgu tentang prestasi pelajaran aku. akhirnya SPM aku dapat 2 dengan 22 argegat. syukur kepada tuhan kerana pihak sekolah telah berjaya menjadikan aku seorang manusia.

aku tak pasti sama ada pencapaian moral anak-anak mereka turut diperkatakan dalam majlis penemuan tersebut. aku rasa tak sebab cikgu-cikgu tak ada cerita pun pasal perangai aku masa belajar dulu. kalau cikgu-cikgu cerita aku tak dapat nak bayangkan rotan abah aku. trauma beb.

bende ni bukan wajib. tapi kalau dilihat dengan kesungguhan mak bapak dan cikgu-cikgu maka bende ni macam wajib jugak. cuba bayangkan kalau seorang pengetua yang datang satu sekolah yang setiap tahun buat temu murni. tiba-tiba ini tahun pengetua tu tak buat temu murni. mesti orang-orang PIBG cop pengetua tu pengetua wahabi.

semalam aku tak ambik port langsung pasal malam nisfu syaban. jalan-jalan di kuala terengganu cukup lenggang. masjid-masjid jadi penuh. aku dengan rileks pergi main badminton dan berharap agar orang kampung tak mengata aku wahabi.

Ahad, 25 Julai 2010

Pecah Panggung RM20 Juta


akhirnya aku jumpa gambar ni. gambar ini di ambik ketika tempoyang di landa serangan pontianak. sebagai anak muda yang berani, pesimis, berpandangan jauh seperti mahathir dan berani (ayat berani mesti disebut banyat kali) maka aku ambik keputusan untuk menjejak pontianak dengan menggunakan kaedah moden. hasil pencarian akan diumumkan nanti.

sekarang ni aku tengah berdebar tunggu filem pecah panggung 20 juta dr.Rozmey. ayat-ayat interview dia dalam kosmo! ini hari memang buat aku rasa tak sabar-sabar nak menonton. ayat paling panas ialah, " ...2 alam filem melayu pertama Doktor bawa mengikut acuan Malaysia, sebab itu rakyat teruja dan mengigil tidak sabar untuk menonton 2 Alam yang merobek jiwa dan sebuah karya yang berkualiti.."

ingat tu semua. ini filem pertama acuan Malaysia. filem pendek dan pelakon filem pendek aku tak layan. kah kah kah kah kah....

Damia dan Delisha

Gua sebenarnya tengah layan Novel Bumi Cinta. Novel pembangun jiwa katanya. gua tengok novel ni lebih kurang novel Ayat Ayat Cinta. Hero dia kuat agama lepas tu ramai awek macam syok sama dia.

gua pikir adik gua jeman yang dulu belajar kat sekolah agama padang tengku mesti menyesal tak patut tak habis belajar situ. sekurang-kurangnya dia banyak awek syok sama dia sekarang.

mamat yang buat novel ni mesti masa muda dia rock star tak patut kat sekolah agama dia. gua rasalah.

Khamis, 22 Julai 2010

Tempoyang Nakal

aku dapat cerita mat indie tempoyang sekarang terer betul main futsal. hari tu diaorang menang futsal yang kemas anjur.

tapi aku dengar laporan diaorang ni semua sokong sepanyol masa final piala dunia tu hari. siap conteng-conteng muka lagi.

viva tempoyang nakal!

Rabu, 21 Julai 2010

dari tour de france 2010

aku pikir kalau ada sen lebih aku nak beli satu mesin yang boleh print atas jalan raya. sepanjang tour de france ni aku letih membaca tulisan-tulisan yang ada kat jalan raya daripada tengok orang berlumba. ini satu idea bagus untuk menyampaikan mesej kepada dunia. aku harap jkr akan setuju tentang perkara ni.

jalan raya kalau dibiarkan kosong tak berapa menarik aku rasa. jkr perlu buat pertandingan slogan diatas jalan raya. mana slogan yang terbaik akan di berikan hadiah. kapitalis-kapitalis yang pegang tol boleh buat acara untuk menjadikan jalan-jalan tol mereka lebih menarik.

demi Agama, Bangsa dan Negara

tembakan padu kata jurulatih aku. tak tepat tapi sekata. menghala kekiri bawah. kalau berlatih banyak kali tembak gerenti kena jantung musuh katanya.

aku memang respek tak patut sama jurulatih aku tu. dia ajar aku tak sampai 5 minit aku dah panggil dia boss. kekadang panggil cikgu.

ketepatan penting dalam menembak ni. selain ketepatan ialah kecekapan dan kesabaran. aku rasa aku dilahirkan untuk jadi sniper. sabar dan tepat.

itu hari aku layan enemy of the gates. aku tak ingat itu hari tu bila. kekadang aku rasa menjadi sniper ni tak rambo langsung. tapi kekadang aku rasa menjadi sniper ni macam best gak. sape kaki skodeng hubungan dia dengan sniper tak lari jauh mana.

musuh-musuh negara harap berhati-hati dengan aku sekarang.

Selasa, 20 Julai 2010

asap-orang-bakar-sampah-depan-rumah

pak aji dan mak hajah yang dah pergi haji takpe untuk bakar sampah depan rumah. tak berdosa aku rasa. hari-hari bakar pun takpe. tak ada sape nak marah pada pak haji dan mak hajah.

apalah sangat bakar sampai waktu petang. asap-asap yang berkepul-kepul naik keudara tu taklah sangat mencemarkan alam. apalah sangat asap yang di bakar dengan asap-asap motor dan kereta dan jugak kilang petronas kat kerteh.

asap-asap putih yang terhasil tu sebenarnya satu seni. orang yang pakai seluar kerja dan baju smart tak layak nak menilai seni. orang kerajaan lagilah. dia orang lagilah buta seni. pandai baca surat khabar jee. surat khabar pulak yang free. orang kerajaan, pekerja bank dan pemain bolasepak bukan orang seni. so diaorang tak layak nak cakap pasal seni.

asap-asap putih yang terhasil tu jugak bukanlah teruk sangat kesan dia pada alam dan orang-orang. tak terjejas langsung pada pemandu kereta. bukankah kereta sekarang dah ada aircond? buat apa nak bukak aircond tu. yang naik motor pun tak terasa sangat asapnya. yang mungkin terkena mungkin budak yang bawak basikal dan orang yang berjalan.

tapi asap sampah tu bukan boleh bawak sakit. asap sampah ni ubat. ubat halau nyamuk. kalau dah nyamuk lari tak ada sape yang kena denggi. asap rokok jee tak sama dengan asap sampah.

kenapa sekolah tak terbakar sedangkan cikgu-cikgu adalah lilin?

nota kepala : cikgu ibarat lilin. membakar diri untuk menerangi orang lain.

gua pikir upsr sama pmr tak payahlah di hapuskan. kesian cikgu-cikgu sekolah rendah yang buat tusyen untuk budak-budak upsr. kesian jugak pada cikgu-cikgu sekolah menengah yang buat tusyen untuk budak-budak pmr.

diaorang pun nak ada rumah besar. kereta besar. pergi haji dan bernikah sorang dua lagi. tolonglah jangan hapuskan upsr dah pmr. kalau betul-betul nak hapuskan periksa, mintak kerajaan hapuskan periksa akhir tahun. biar orang kampung tak tanya dalam kelas dapat no berapa.

periksa akhir tahun ni betul-betul bahaya. psikologi budak-budak boleh terganggu. sebab tu ramai main myspace sama facebook sekarang. sekurang-kurangnya ada alasan untuk dapat no 32 atau 27 dalam kelas.

budak-budak yang dapat no 1 atau 2 dalam kelas kekadang tengok cam ego pun ada. ajak main ting-ting pun tak boleh. perangai rock tu tak ada langsung. budak-budak lelaki yang dapat no 1 sampai 10 masa aku dulu isap rokok pun takut. semangat perjuangan rebel tak ada langsung.

upsr sama pmr tak boleh dihapuskan. yang perlu dihapuskan ialah periksa akhir tahun. bende tu berhantu.

Ahad, 18 Julai 2010

gig merdeka

" zeba..." aku sape zaiba macam zaiba ni awek aku.

" bende pek? " zeba jawab acuh tak acuh. mamat ni kekadang moody cam awek datang bulan.

" gig merdeka ni kita nak pergi tak? ramai dah budak-budak ajak ni. wakil hardcore lipis tak ada ni." aku duduk depan kaunter tempat zeba kerja sambil tengok anak dara mat rani.

" jomlah " zeba jawab simple, padu dan menyengat. yang menyengat tu aku tak tahu nape.

aku diam.

pandang dinding.

sekali sekala batuk perlahan-lahan.

batuk tu bukan batuk berpenyakit tapi batuk keluar toksid dalam badan.

" aku tak ada sen ni zeba. duit tak ada langsung ni." aku jawab hiba. masa jawab tu aku tak pandang muka zeba.

zeba senyap.

" sekarang ni pun ada 4 ringgit jee ni. 2 ringgit main internet. 2 ringgit karang makan cendol sama goreng pisang. nak pergi macam mana ni aku tak tahu. aku dah kira jatuh miskin sekarang." aku tambah kasi sedih.

zeba senyap lagi.

aku pandang anak dara mat rani. dia dah blah. pergi makan kot.

" takpelah pek. aku belanja. kalau tak cukup kita telefon rodong ke kat temerluh. takkan wan takleh belanja kot " zeba kasi semangat.

aku bangun lega sambil kenyit mata kat zeba.

" aku nak pc no 3. kalau mat rani datang kau cover lah aku. "

tanpa rasa berdosa aku bukak laman web pondok puteri dan bayar 2 ringgit untuk 3 jam.

buat pat tak?


" tok pa..tok pa..tok pa..tok pa " ayat biasa damia hari-hari masa lambai tok pa pergi sembahyang. setiap waktu dia buat termasuk subuh. tok pa mesti balas balik lambai dia. kalau tak damia mengamuk. ikut style sape aku tak tahu.

" buat pat tak? (buat empat tak?) " ayat wajib damia setiap kali lepas buat susu. mesti jawab "ye buat pat " selagi tak jawab dia tak minum susu tu. lepas tu mesti tunjuk 4 jari ke damia.

ini pengaruh astro ceria aku rasa.

Khamis, 15 Julai 2010

naik

kah kah kah kah....minyak naik 5 sen je woi.....kah kah kah kah

kah kah kah kah...aku ingat 50sen tadi....kah kah kah kah kah

woiii.....apa susah....woiii

woiii.....barang lain dijamin tak naik woi....woiiii

woiii....minyak tong gas naik kat seringgit jugak woi....kah kah kah

woii....goreng pisang naik lepas ni woiii....kah kah kah kah

woiii...roti canai naik woiii...kah kah kah kah

woii...padan muka korang woi...kah kah kah

gua dah naik basikal sekarang woiiii.....kah kah kah kah kah

MELAYU is the reason - back and to the left

aku baru lepas baca berita harian. sejak dua menjak ni hubungan aku dengan utusan malaysia dah tak berapa gam. macam ayam dan helang. tak tahu kenapa sedap pulak baca beritaa harian sejak dua menjak kebelakangan ini. adakah aku aku menjadi penulis untuk berita harian?

dalam satu ruangan surat & e-mel daripada pembaca terpampang satu gambar dengan tajuk
" masyarakat kita tiada kesedaran sivik "

aku angkat tangan setuju. kerendahan tahap sivik masyarakat kita ini mengingatkan aku kepada cerita pelayaran munshi abdullah. dalam ceritanya ada diceritakan bahawa orang-orang melayu kita ini bersikap pengotor adanya.

satu sikap tak patriotik yang diselalu diamalkan oleh masyarakat kita ialah membuang sampah daripada kereta. aku hairan. perkara ini berlaku tak kira diaorang pakai kereta kancil, kereta waja, honda atau bermotosikal.

alasan yang diberikan mudah. kalau tak buang sampah maka orang masjlis daerah/perbandaran/bandaraya tak buat kerja. itu pikiran paling tak cerdik dan mencabar tahap SPM aku yang pernah aku dengar. menyedihkan. pak ungku aziz pun sedih bila memikirkan hal ini.

lagi menyedihkan apabila ada orang melayu yang mempunyai kereta besar, pemimpin kepada manusia, seluar dan baju di seterika sehingga tajam bucunya tapi mempunyai kerendahan jiwa dengan membuang sampah dari kereta mereka.

lagi lagi menyedihkan apabila seorang pakcik yang berkopiah putih, berbaju putih dan mempunyai sticker tok guru di belakang lorinya mencampakkan dengan selamba bekas plastik air. cuba bayangkan kalau tok guru ada dibelakangnya?

notakaki : syair singapura terbakar karya mushi abdullah boleh diganti namanya dengan syair sampah terbakar.

Rabu, 14 Julai 2010

sue the bugger!


vote early and vote often - al capone

Isnin, 12 Julai 2010

i'm fine. thank you.

1997 - 1998 - 1999 - 2000 - 2001

perjalanan malam dari kuala lumpur ke kuala lipis dengan menaiki bas dari stesen puduraya merupakan satu perjalanan yang melokonik.

tahun-tahun itu perjalanan penuh dengan unsur bahawa cinta itu satu benda yang paling kejam dalam dunia.

tahun-tahun itu penolakan perasaan merupakan satu hukuman yang tidak boleh diterima dalam jiwa ini.

dari sebuah bandaraya metropolitan yang sibuk, bas perlahan-lahan menjadikan perjalanan ini satu perjalanan yang seharusnya dicatatkan dalam sebuah warkah cinta untuk seorang gadis yang dipuja.

suasana senja menjadi lebih romantik bila bas ini melalui gunung-gunung hijau dengan cahaya matahari yang semakin nipis sehinnga hutan-hutan hijau ini menjadi satu gunung yang hitam namun ia bisa membuat seorang manusia terpukau dengan kejelitaan malam di kaki bukit.

mahu sahaja aku menjerit.

" tuhannnnnnnnnnnnn....aku tak mahu jadi seorang tua di kaki gunung! "

perjalanan hidup ini seperti juga perjalanan dari bentong ke raub ke lipis. hidup ini tidak selurus yang disangka. ada bengkang bengkongnya.

sekali lagi aku menjerit,

" tuhannnnnnnnn...jangan babaskan aku dalam bengkongnya jalan ini ! "

oh tuhan..

inspirasi dari sajak mamat charles bukowski " hello, how are you? "

Ahad, 11 Julai 2010

hubungan antara Tasik Kenyir dan Belanda (rahsia yang tak pernah korang tahu)

itu hari gua pergi sanctuary kelah, tasik kenyir. main dengan ikan kelah yang jinak-jinak macam anak kucing. niat dihati nak upload video gua bersama kelah-kelah. gua pikir kalau gua letak satu tempoyang mesti angkat gua sebagai manusia pencinta haiwan.

gua sebenarnya dah lama tak jungle tracking. berjalan dalam hutan menuju ke sanctuary kelah membuatkan gua betul-betul insaf sama stamina gua. gua pikir gua nak jadi kurus balik secara serius kali ini. gua berjanji pada diri gua, nasik dan ikan kelah yang gua akan menguruskan diri secara jujur, benar, amanah dan hadhari.

semalam gua bersama kawan-kawan rekreasi berkhemah di sg buweh, pengkalan gawi, Tasik Kenyir. sebagai manusia yang ada ilmu rekreasi secara sikit-sikit maka gua memang into sangat hal-hal ini. dengar je berkhemah dalam hutan gua tak pernah nak tolak. sekali lagi dalam hidup gua, malam semalam gua tidur kat area dapur. apa entah perangai gua sejak dulu suka tidur kat dapur.

gua pergi tengok orang Rela menembak di Pusat Latihan Rela Kg Kemat Hulu Terengganu. untuk makluman korang untuk peringkat zon timur(pahang, kelantan sama terengganu) pusat latihan ini merupakan satu satunya pusat latihan yang melatih orang untuk jadi rela di peringkat zon timur.

kesimpulannya tadi gua join sekali latihan menembak. dapatlah rasa pegang m16. sekarang gua rasa bahu gua macam rambo dan rasa sengal sikit-sikit. gua tak tahu macam mana nak jawab sama kem penyokong belanda kalau gua tak hadir tengok bola malam ni secara beramai-ramai.

gua sokong belanda walaupun gua rasa spain akan menang. budak-budak jerman boleh tidur awal.

Sabtu, 10 Julai 2010

tube kau

1. aku melalui hari-hari yang sibuk dengan hal-hal dunia yang sibuk.

2. menunggu video untuk diupload dekat 2 jam dari youtube merupakan hal yang sia-sia.

3. ikan kelah memang sedap di makan.

4. membaca buku amalan mulia.

5. berbasikal menyihatkan badan.

6. mempercayai mamat sotong paul merupakan satu hal yang syirik.

7. menunggu video untuk diupload dekat 2 jam dari youtube merupakan hal yang sia-sia (diulang dari perkara nombor 2)

8. hari-hari layan tracy chapman boleh buat giler.

9. ikan kelah memang sedap di makan (diulang dari nombor 3)

10. orang melayu kena sokong jerman pasal nak bercakap bahasa jerman lebih senang dari bahasa english.

Rabu, 7 Julai 2010

analisa perlawanan uruguay lawan belanda

aku tidur awal semalam dalam pukul 11 malam. niat nak tengok bola memang tak ada. tapi tiba-tiba aku terbangun dalam 5 minit lepas 2.30 pagi.

dalam keadaan mata tertutup aku bukak tv. orang belanda tengah kawal bola. sebab banyak sangat warna oren aku sakit mata. aku tutup mata.

gollllll!! tiba-tiba ada mamat tv menjerit. aku buka mata. dalam hati aku berkata,

" comel sungguh gol 'bronkos' ni. " ( ejaan nama tak ingat susah sangat eja)

aku pejam mata balik. dalam mamai-mamai aku pikir orang jawa mesti bangga sama bronkos. seingat aku mak bronkos ni orang indonesia. aku pikir sebab gol lawa dia kerajaan indonesia mesti kasi kawasan balak dalam 1000 ekar kat bronkos ni. buat belanja dapur.

aku pejam mata balik.

aku dengar orang suka.

semua orang oren gembira. semua berpelukan. semua menari kesukaan. aku sengih.

" belanda masuk final. takkan satu kosong je. " getus hatiku

lepas tu aku pejam mata balik.

lepas tu aku cheak internet. 5 gol semuanya. aku hairan kenapa 4 gol lagi aku tak dengar mamat tu menjerit. sejak daripada itu hubungan aku dengan tv, sofa rumah dan astro tak berapa baik.

Selasa, 6 Julai 2010

petroleum-free global network!

aku dah start main basikal secara serius sekarang. setiap pagi kalau ada masa aku akan gohead satu kampung. petang pun macam tu jugak. gohead satu atau dua kampung.

berbasikal masuk kampung ni perasaan dia sedap jugak dalam hati. disamping menambah pahala dengan memberi salam dan hai kepada orang yang tak kenal ia juga membuatkan aku mengetahui jalan-jalan yang sebelum ni tak pernah aku masuk. perangai macam ni Yang Berhormat jarang buat.

semalam jugak aku terbeli satu basikal road bike. nasib baik murah, kalau mahal memang aku tak beli. ini semua salah tour de france. ini juga salah orang yang cipta roda. hati aku betul-betul terguris sekarang.

ps : sesiapa yang sokong jerman tahun ni memang poyo. sekian terima kasih

Isnin, 5 Julai 2010

gohead!


semalam aku layan tour de france. masa jerman lawan argentina itu hari aku layan kejap. aku sedang pikir macam mana nak layan orang berlumba basikal. kalau indoor punya basikal layan jugak sebab ada aksi kejar mengejar. ni berlumpa dalam 3-4 jam ni aku mengaku aku tak reti nak layan sangat.

aku pikir sukan yang paling cool lepas bolasepak ialah main basikal. tetapi kekadang aku rasa bolasepak merupakan sukan yang paling cool selepas basikal. pertama main basikal ni tak perlu ada kemahiran banyak sangat. yang penting pandai imbang badan.

yang penting sebenarnya stamina.

Ahad, 4 Julai 2010

jerman barat - poland lawan argentina dan maradona

gua tak rasa enjoy betul tgk bola tadi. pertama badan gua rasa letih tak patut. sepagi sampai malam gua jadi drebar kepada seorang ahli kabinet. gua sebagai orang gomen kena patuh arahan ketua. kalau nak hardcore sangat mungkin gua kerja jaga tol takpun jual suratkhabar.

kedua sebelum tengok bola gua kena berperang sama anak gua damia. sejak sekolah tadika anak gua ni dah jadi macam rebel jee gua tengok. gua berebut nak tengok bola, damia pulak berebut nak tengok ceria. sebagai peminat kepada pasukan yang lemah gua akhirnya berjaya menonton bola.

ketiga gua hairan sama messi. gelak pun ada tengok mamat tu. sekor gol pun tarak jumpa. ada hati nak jadi pemain terbaik kejohanan. gua juga rasa terkilan sama permainan jerman. walaupun menang besar, gua tgk diaorang macam tak ada semangat yang jitu dalam hal mengambil dan mengejar bola. berlari pun macam nak taknak. rasanya main macam selangor main lawan harimau muda.

gua rasa gua dah tak reti tengok bola.

Khamis, 1 Julai 2010

pilihanraya - 3 dari 5

1. tun mahathir tulis balik hal jambatan bengkok. perkara ni mungkin akan jadi polemik untuk 6 bulan akan datang. hal ini kena tanya orang johor, diaorang nak jambatan tak?

2. sebenarnya ada jambatan best. kat terengganu kalau korang lalu jambatan kat sini korang akan jumpa mat mat kaki pancing melepak tepi jambatan sambil pancing ikan. try tengok jambatan manir kat umah aku. malam-malam jumaat mesti ramai lepak sambil memancing. sekurang-kurangnya aktiviti tak senonoh berjaya dielakkan.

3. terjun tiruk dari jambatan pernah tengok? tunggu jambatan bengkok siap nanti.

4. presiden nigeria kasi banned skuad bola nigeria untuk beraksi diperingkat antarabangsa selama 2 tahun. bukan setakat pemain, pengadil pun dia tak kasi sekali. bab ni gua respek. malaysia?

5. presiden baru filipina janji nak hapuskan kemiskinan. ini satu hal yang bagus. setiap kali orang baru naik hal kemiskinan memang diaorang akan cakap. hapuskan kemiskinan dan hapuskan rasuah. negara filipina merupakan satu negara melayu yang beragama kristian dan berbahasa orang putih. tapi tak jugak majunya. mungkin sebab negara tu berpulau. isu selatan filipina tak selesai-selesai.

6. walaupun tak maju, ada juga drama filipina sampai malaysia. aku jadi kagum. aku sedang berpikir sama ada tv kerajaan filipina siarkan perlawanan tertunda piala dunia. aku pikir rtm kena buat sesuatu nak kasi tambat orang muda tengok tv kerajaan. perlawanan tertunda orang dah tak buat dah. nampak poyo kalau buat. orang rtm yang jadi boss-boss kena terbuka minda sikit. kalau orang rtm yang rajin cuma cari blog yang puji rtm masa piala dunia ni.

7. politik merupakan hal-hal berkaitan dengan persepsi. politik jugak seperti air pepsi.

Hubungan saya dengan Cameron

gambar ni diambik masa bulan puasa itu hari. kelihatan gambar gunx pakai baju melayu sebab baru balik dari tarawikh. pp malas nak cerita.

hari ni dah masuk bulan 7, bulan 8 karang dah nak masuk puasa. gua harap tahun ni gua jumpa pp, amin sama mail pakai baju melayu masa minum air nanti. mungkin lepas tarawikh kitaorang pekena air kat cameron highlands, sahur kat sana dan lepas subuh balik lipis.

tak pun gua cadang lepas asar naik cameron, berbuka kat sana dan lepas tarawikh balik lipis. gila dekat tak patut cameron sama lipis. gua dah rasa sayang sama menteri kerja raya yang dulu.