Jumaat, 30 April 2010

politik baru malaysia



saya sedang memikirkan tentang politik baru malaysia. saya juga sedang memikirkan hala tuju negara tanpa parti yang berasaskan perkauman. bersediakan kita untuk satu politik baru untuk meneruskan jangka hayat negara-bangsa malaysia? bersediakan kita untuk perpaduan nasional yang benar-benar tulen?

saya sedang memikirkannya dan saya sedang memfantasikannya.

ps: sedap jugak tulis blog pakai "saya" dari "aku atau gua". stylo.

ps2 : gambar ini dirakamkan secara tidak sengaja dalam keadaan kereta bergerak laju menghala ke Kuala Kubu Bharu di hadapan sebuah masjid. nampak gayanya anak kecil ini sudah bersedia.

Khamis, 29 April 2010

rap itu jauh dari kita


sekali sekala pekena rap dalam opis sedap gak.

Selasa, 27 April 2010

palestin itu jauh dari kita

rasa kecewa sama arab saudi sebab kurang ambik port dalam hal palestin. ambik keputusan untuk genjatan memblog selama beberapa hari lagi.

Isnin, 19 April 2010

Hal-hal Dunia - Blackberry

teknologi merupakan aplikasi daripada sains. itu je yang aku ingat kalau bercerita tentang sains. dalam sejarah pembelajaran KBSM dan KBSR aku memang tak into sains. kata-kata semangat dan motivasi daripada albert einstein pun aku sendiri tak tahu. yang aku tahu dia malas pergi sekolah. semangat malas pergi sekolah dia jee yang aku tiru.

dunia berpusing dengan cukup cepat. masa berganti-ganti. jumaat ke jumaat terlalu cepat. tak sempat lagi nak buat rumusan tentang khutbah jumaat yang lepas dah kena buat rumusan isi khutbah jumaat yang baru. masa berlalu dengan pantas dan aku syak masa merupakan sejenis makhluk.

aku nak buat rumusan tentang penggunaan teknologi yang aku pakai sekarang. menggunakan telefon memerlukan satu kajian yang kursus. perkara ini bukan perkara main-main. ia memerlukan satu hipotesis, kajian ilmiah dan juga memerlukan kritikan-kritikan yang membina.

telefon blackberry yang aku guna sekarang merupakan satu telefon terbaik selepas nokia 9300i yang pernah aku pakai. blackberry lebih sawan. nak kata nampak cool masa pakai tak nampak jugak. nak kata nampak rebel tak jugak, nak kata bohemia sangat tak lee jugak. tapi bila pakai nampak banyak duit sebab bil aku kena bayar dalam rm180 setiap bulan.

aku bukan nak rekeman sangat tapi aku nak beritahu bahawa jika blackberry dicipta oleh mamat yahudi mabuk mana, maka aku pikir mamat yahudi mabuk tu cool dan cute. blackberry juga tak melanggar akta penjanjian kg sekati dimana peranan calculator tidak dicabul seperti telefon-telefon lain. yang penting dalam penjanjian perang dunia ke-2 para syarikat telah berjanji tak akan buat telefon yang ada tv.

peranan telefon sekarang dah mengarut. daripada hanya alat untuk menelefon orang telefon dah jadi tempat untuk mengira duit (calculator), main game, kamera(gambar dan video) dan sebagainya. bukankah ini satu pencabulan kepada mesin kira-kira, kamera dan remote tv?

tidakkah kita sedar? bayangkan kalau satu hari nanti telefon jadi kunci pintu tak pun pengering rambut. ini sudah tentu satu pencabulan alaf baru kepada barangan dunia. adakah ini permulaan kepada peperangan antara manusia dan robot?

blackberry ada telefon terbaik bagi aku dan mesra alam. blackberry tidak menjadi mesra alam kepada para tokey-tokey balak yang terliur melihat hutan belantan.

power to the people!

Sabtu, 17 April 2010

Rabu, 14 April 2010

ade-bayar

bas kena serang masa pergi main bola. kawan-kawan mati. psikologi terganggu. malam-malam teringat tentang hal tu dan ambik keputusan tak wakil negara.

jatidiri tak ada. budak malaysia dah banyak perangai macam ni sekarang.

"kelat pisang kelat, buka bujur taik lalat,
batu pisang batu, bintang banyak bulan satu "

" rumah tepi sawah pakai pulak
jersi biru, adebayor jangan marah nanti balik dapat PELURU.."

afrikaman of the world, unite and take over!

Selasa, 13 April 2010

aku, dia dan lagu

(inspirasi daripada ruangan aku, dia dan lagu dalam Klasik FM)

muzik latar alunan biola, tak ada bunyi biola tak true.

nama aku hisham. aku lahir kat kelantan. walaupun lahir kat kelantan tapi aku tak dibesarkan di kelantan. sejak lahir mak aku kata aku duduk kat kulim. masa kecik aku tak ingat langsung tentang kulim.

lepas lepak kulim abah aku pindah ke cameron highlands. disebabkan lama duduk cameron maka memang banyak kenangan manis aku kat cameron. dulu aku duduk berek polis tanah rata. kalau korang pergi cameron highlands kalau korang nampak majid atas bukit tu kat bawah masjid tulah kawasan berek polis tanah rata. sekarang aku tengok diorang buat flat rumah kerajaan sama flat polis.

masa darjah satu aku sekolah kat sekolah convent atas bukit. orang kata tu sekolah kristian. aku tak kisah sangat. masa sekolah situ sampai darjah dua tak ada diorang ajar aku hal-hal agama kristian. sister-sister cina yang ajar aku situ ok je. ada sorang sister cina situ merupakan orang yang ajar aku komputer. masa tu komputer bapaknya besar. aku suka main game tembak-tembak. kenapa tak ada game bola masa tu? tapi yang aku tak puas hati bila aku turun lipis, bila aku cakap aku sekolah convent budak-budak gelak sama aku. katanya mana ada budak lelaki sekolah convent. aku rasa sedih sama perangai diorang.

( bunyi biola...)

bersambung...

Siri Sejarah - Asal usul nama Tempoyang

dulu kat lipis ada ramai orang asli. mengikut tafsir para ulamak sejarah mengatakan bahawa orang asli sahaja yang ada kat lipis.

salah satu kesukaan orang asli ialah menari. tarian sewang tu kira macam satu adat yang mesti diorang buat dalam kehidupan diaorang.

pada satu hari ada seorang mamat orang asli yang bernama Yan. dalam sejarah orang asli Yan laa manusia yang paling hebat menari sewang. tak ada dah orang lain.

satu hari tok batin ada idea untuk mempromosikan lipis sebagai tempat perlancongan. maka tok batin tu telah mengadakan pertandingan menari sewang peringkat kebangsaan. pertandingan ini mendapat sambutan mengalakan dari seluruh semanjung malaysia.

disebabkan Yan dari lipis ni manusia yang paling kelas menari maka turn dia last sekali. part ni memang amerika tiru. cuba korang tengok gusti wwf. yang hebat-hebat lawan last sekali. macam cabutan bertuah jugak. hadiah cabutan yang paling special sekali macam basikal, peti ais, motor diorang cabut last sekali. ini semua orang asli dah buat lama dah.

sampai turn Yan menari semua orang terlopong. semua kagum giler dengan Yan. ramai peserta geleng kepala tengok Yan menari. perasaaan ini menyebabkan seorang peserta orang asli dari terengganu berkata-kata ala-ala menjerit,

" hebat sungguh tempo Yang ni, hebat sungguh tempo Yang menari. hebat tempo Yang " disebabkan dia dari terengganu maka dia secara langsung menyebut nama Yan kepada Yang.

maka sejak dari itu nama kampung tempat pertandingan menari itu disebut TEMPOYANG.

Isnin, 12 April 2010

pening

kapitalisme terus menghancurkan dunia secara slow-slow. walaupun begitu komunisme bukan satu penganti yang baik. dunia menjadi kelam kabut. pemikir amerika menjadi serabut. orang politik amerika goyang. orang ekonomi amerika pening kepala. ekonomi dunia dalam ketidak tentuan. semua pening.

aku pening sebab pikir macam mana orang-orang besar gomen sama seorang exco boleh kena tipu dengan budak yang menyamar jadi anak angkat tengku mahkota pahang? adakah daya keintelektualan aku telah mati?

awas globalisasi barat. awas penipu globalisasi timur.

Ahad, 11 April 2010

Cinta Buatan Asrama Penuh Kembali

satu petang lepas habis mengajar budak-budak main bola baling kat Sekolah Orang Kaya Haji aku melepak kat Central Point. sebagai cikgu sekolah sandaran tak terlatih aku masih lagi mengekalkan ciri-ciri sebagai cikgu sandaran terbaik di lipis.

belum parking betul motor ada mamat jerit kuat-kuat kat aku.

" woi cikgu apek..."

jeritan dia macam gampang. entah babi mana yang menjerit macam tu. aku tongkat satu kali dan terus memaling muka dengan wajah seorang cikgu yang cintakan ilmu pengetahun.

" woi.." aku jerit balik.

celaka. mamat asrama penuh tu rupanya.

" woi cikgu, babi lu apek. gua dengar cerita lu jadi cikgu kat orang kaya haji. lu gajar apa? ini asal pakai macam cikgu pj ni? ko yang punk ni pun boleh ajar orang ke? macam mana pejabat pelajaran ambik ko jadi cikgu ni ? "

soalan dia punya laa banyak. macam celaka rasa. aku jawab cool.

" rezeki bro. semuanya dah ditentukan oleh Allah. aku terima je. ko apa cerita? bila nak kahwin? ko dah tua ni. "

sikap membakar memang jadi senjata utama aku. kitaorang berjalan ke kedai aji. mamat kedai aji ni pun dah tua. bila entah nak kahwin.

" faking laa apek. lu ingat senang ke nak kahwin ni. sekarang kos mahal. minyak naik harga. kalau nak bertunang kena bayar wang perdahuluan dulu kat lipis ni. susah cam ni. " dia kasi penjelasan.

" ala ko carilah awek kelantan la. tak payah bayar advance. " aku aksi cadangan.

" masalahnya sekarang pek aku pikir aku nak cari orang lipis " mamat tu dah tak sedap hati, rokok dikeluarkan, api dinyalakan dan asap sepul-sepul bahasa keluar.

" aik, awek jiran siti nurhaliza apa cerita? bukan main rancak aku tengok ko dating kat clifford. siap bawak guard lagi. jaga situ pun ada jugak cerita kat aku. " aku ambik rokok sebatang. nyalakan api dan asap aku try keluar ikut telinga.

" ah malas laa aku cerita pasal awek tu. tak ada feeling. ramai sangat budak alternative nak kat dia. budak yang main skate tu nak. budak yang jaga cc atas tu nak. budak taman permai pun nak. aku malas nak jiwang sama budak sekolah. lagi pun dia budak sekolah harian biasa. darjat pendidikan kitaorang tak sama. " mamat tu hirup cendol dengan cool.

" bod laa ko. ko memang selalu memainkan perasaan gadis-gadis. ginilah. aku ada sorang awek. dia rakan sekerja aku. cikgu sandaran jugak. orang lipis dan anak polis. macam mana? ko nak? aku leh rekeman. cam ne? "

" anak polis tu? aku kenal. giler ko. dia dah tua laa bro. kenapalah lu rekeman yang dah tua ni? cam ass je perangai. gini ko leh tak cari awek yang ada ijazah. lepas tu pakai kereta dan dalam bank ada duit dalam 10 ribu. cam ne? "

" macam celaka perangai " aku cakap depan dia.

mamat tu serius. aku pun serius.

" siti nurhaliza amacam? dia kaya beb dalam bank entah berapa juta dia ada. amacam? gua leh rekemen. "

" jangan pek, ex awek gua dulu sebelah rumah siti. banyak dah perkara siti tahu pasal aku. aku tak mahu pisang berbuah dua kali pek " mamat tu diam sambil isap rokok dan hirup cendol.

aku diam.

" pek, kali ni ko belanja ye. ko dah cikgu sekarang. kaya raya. simpanan kwsp mesti banyak. "

aku mengangguk lemah, blah dari central point dan melajukan motor aku dan seraya berkata,

" budak asrama penuh bodoh-bodoh rupanya..."

Jumaat, 9 April 2010

Samseng Senam

tadi aku jogging kat batu buruk. orang boleh kata sangat ramai. kat bukit besar area mydin tu lagi sangat ramai. kat bank negara pun ramai jugak.

hari ni aku jogging tak pakai stokin. dulu sape yang tak pakai stokin masa bersenam dan jogging aku kira samseng. tapi sekarang ni aku tengok orang yang bersenam dan berjogging pakai kasut/selipar crocs adalah 4 kali lebih samseng daripada orang tak pakai stokin masa bersenam.

persoalannya sape lebih samseng? godfather, samseng madras atau geng kapak kat kuantan?

Rabu, 7 April 2010

Messi dan Jihad and anti british



mamat arab yang jadi pengacara ni memang aku respek tak patut. macam ajak orang berjihad pun ada, style tabligh ajak orang masuk Islam pun ada, macam kasi khutbah jumaat pun ada dan yang paling penting macam ajak orang sokong barcelona.

orang arab ni anti british macam aku.

Selasa, 6 April 2010

Selamat bersidang datuk-datuk YB

gambar ini diambik dengan menggunakan kamera 1000d aku semasa perhimpunan agung UMNO tahun lepas. disebabkan terer, hensem dan lapar maka aku dapat join sekali makan tengahari sama dengan diorang.

aku melihat politik daripada sudut kamera kerana fotografi dan politik merupakan satu seni yang serba mungkin. keindahan, kelawaan dan kecantikan sesebuah gambar dari kamera boleh ditafsirkan dengan beribu-beribu perkataan. begitu juga dengan politik. tindakan karakter politik juga melahirkan beribu-ribu "kata sedap/kata nista" dan dalam hidup ini benda yang paling sedap sekali ialah mengata.

politik juga merupakan tentang 'siapa mendapat apa, bila dan bagaimana?' dan begitu juga dengan fotografi kerana bila memegang kamera aku akan terpikir tentang persoalan siapa/apa yang nak ditangkap, bila nak tangkap dan bagaimana untuk menangkap?

politikus dan fotogritus merupakan manusia yang berseni. dan orang yang berseni sememangnya layak untuk menerima sebarang anugerah seperti anugerah bintang popular berita HAIRAN.

Isnin, 5 April 2010

din beramboi

masa duduk flat dulu lepas pukul 1 pagi memang tv dah tak ada siaran. yang ada siaran masa tu radio. masa tu radio-radio swasta memang tak banyak. radio muzik masa tu memang pujaan hati. selain radio muzik, radio rtm masa tu memang masuk jugak. tapi jiwang sangat. nak layan muzik hardcore memang tak kuar radio. masa tu mahathir kata punk ni bodoh.

selain mahathir, radio muzik sama radio rtm, radio thr memang masuk jiwa. mula-mula aku rasa macam tak caya jee area flat ni boleh terima radio thr sebab aku dengar cerita radio thr ni boleh dengar bila kat highway jee. mungkin sebab flat aku antara flat tertinggi kat lipis maka secara auto gelombang radio dia datang dari karak highway.

malam-malam hari dari bilik kecik rumah flat aku, aku dihiburkan dengan lawak-lawak dari arwah din beramboi. masa tu aku keliru juga sape dia yang true din beramboi. din beramboi ujang ke atau din beramboi thr. tapi aku tak kisah sangat. janji lawak. kalau layan lawak thr din beramboi memang syok. kekadang dia buat suara apek, suara pondan yang namanya shasha, pakcik tua dan banyak lagi dan aku masa tu memang kacip sama thr. tapi yang tak tahannya program tu menghala ke subuh .

din beramboi memang dalam kenangan. Al-fatihah

Sabtu, 3 April 2010

jagong

tahun ni aku pikir aku nak buat rekod dalam hal melawat cameron highlands. tak sampai pertengahan tahun aku dah 2 kali naik cameron. aku pikir setiap 2 bulan sekali aku akan naik sini.

nak naik sini bukan main-main punya operasi. ada 3 jalan runtuh kat laluan tasik kenyir. jalan felda aring berlubang-lubang macam negara afrika. pemandangan kat lojing buat sakit hati. hutan botak-botak. alam sekitar telah tercemar.

masa nak naik atas aku tengok pembangunan cameron highlands macam tak ada hala tuju. orang tanam sayur berterabur, bangunan entah apa2 boleh buat, mat bangla bersepah, cuaca dah tak sesejuk dulu, orang berterabur parking kereta, cina makin kaya, india makin ramai, melayu bergaduh sesama sendiri, hotel bersepah dan persatuan belia entah ada ke tidak.

aku datang cameron sebab aku jatuh hati sama jagung dia. tadi makan 4 sekali gus. apa baja dia pakai? karam singh tak ambik port ke siasat hal jagung cameron?

pasal tidur malam ni aku pakai baju biasa macam tidur kat sekati? mana pergi sejuk?