Khamis, 31 Mac 2011

London

tadi masa aku bawa kereta ke opis, hujan pun turun. tapi kali ini hujan turun dalam keadaan yang tak selebat mana seperti semalam. aku ingat sekarang dah masuk bulan 11 atau 12. kalau dah masuk bulan 11 dan 12 kenapa budak-budak pergi sekolah lagi?

aku terpikir tentang London. kat London boleh kata hujan hari-hari. masa aku duduk London dulu hujan yang turun hari-hari menyebabkan matahari tak keluar. apa gila matahari tak keluar? macam mana proses fotosentesis nak berlaku. jika tiada matahari macam mana proses pengaratan boleh berlaku? Jika tak karat maka itu tidak besi. jiwa mesti karat.

disebabkan hidup di London tak begitu baik maka aku ambik keputusan balik Malaysia. di Malaysia aku pilih Terengganu sebagai tempat lepak yang paling cool sebab yang pertama di Terengganu tiada panggung wayang, tiada hiburan, pentadbiran masa tu di perintah oleh alim ulama Islam tapi tiada hudud dan yang paling penting ada pantai dan matahari yang bersinar terik sehinggakan habis rumput-rumput padang bola mati.

tetapi sekarang hujan semakin lebat, ribut kembali menganas, ombak-ombak menjadi sangat jahat, rintik-rintik hujan berbunyi kuat apabila terkena atap zink dan aku teringatkan London. Aku rindu sama London.


Kampung Tempoyang, Westminster, 27200, London.

Rabu, 30 Mac 2011

Cerita Pendek Melawat Asrama Perempuan

1996

masa itu tengah SPM. disebabkan SPM bukan segalanya-galanya maka aktiviti-aktiviti membaca dikurangkan. disebabkan masa tu tinggal pelajar tingkatan 5 sahaja maka pihak pengurusan sekolah telah membuka hanya blok 5 dan blok 6 sahaja sebagai penginapan kepada pelajar yang sedang ambik SPM.

maka dipendekan cerita blok 5 hanya untuk pelajar perempuan dan blok 6 untuk pelajar lelaki. cuma yang cool macam aku dan beberapa kutu yang lain lepak macam biasa kat blok 10.

maka dipendek lagi ceritanya maka pada satu malam datanglah perasaan boring tak patut untuk sebenarnya-benar. lagi pun masa tu aku tak tahu apa cita-cita aku sebenar, nak jadi polis ke, doktor ke, pegawai hasil dalam negeri ke, cikgu ke dan apa bende aku tak tahu. hari-hari kalau tengok buku pun boring pulak. makwe pulak masa tu datang bulan. kekadang emo entah apa-apa. maka aku pun boring.

tiba-tiba, dipendek-pendekkan lagi cerita, datang 2 orang kawan yang tidak boleh di sebutkan namanya ada sebab-sebab tertentu.

" mat, malam ni kita pergi blok 4 nak? " kata mamat A

" blok perempuan? menarik ni. sepanjang 5 tahun karier aku sebagai pelajar MRSM tak pernah masuk blok perempuan ni. jom, bab ni aku setuju " jawab mamat B ( aku )

" kita kena menyamar Mat, kalau boleh orang tak tahu kita sape. ni projek rahsia. kalau kantoi masuk u nanti MARA mungkin tak kasi kita biasiswa, " ulas Mamat C dengan penuh intelektual.

" ko jangan bimbang, aku pakai macam ninja, orang mesti tak perasaan itu aku, "jawab mamat B

" tapi aku takut orang dapat cam ko Mat, " mamat C menambah

" apasal? "

" diaorang perasan dahi mung yang jendul itu kot...ha ha ha " mamat A saje bikin panas

" pundek lu mamat A, lu dah hitam mesti orang tak nampak, malam ni aku cabar ko tak pakai apa-apa.." aku panas

maka dipendek-pendek-pendek lagikan ceritanya, pada malam itu mamat A, mamat B dan mamat C pergi melawat asrama puteri dengan hati yang berdebar, lepas tu datang syok, lepas tu suka, lepas tu rasa penuh gelak sedap dan lepas tu debor balik.

dan dipendekkan cerita, masa masuk U itu hari MARA tendang permohonan pinjaman belajar aku. sampai sekarang aku ada sedikit dendam sama MARA.

Melayu

melayu selalu cakap keling ni jenis manusia yang putar alam.

apa melayu tu bagus sangat?

ha?

bagus?

melayu bagus?

tak baca harian metro?

apa bagus sangat melayu ni?

Selasa, 29 Mac 2011

Cuaca dan Jiwa Celaru

itu hari gua berborak sama kawan-kawan seopis. perbualan dengan rakan seopis ni banyak melibatkan persoalan negara dan negeri.

tapi keadaan cuaca yang tak menentu dan kepelikan cuaca ini menyebabkan perbualan kitaorang berada di peringkat antarabangsa dan jugak peringkat planet.

" ini semua sebab tsunami ni, bulan 3 dan bulan 4 kalau ikut normal Terengganu kita ni dalam kemarau. pokok habis mati " ulas kawan gua.

" kalau ikut aku baca utusan semalam, ada satu planet akan hampir dengan bumi, bila planet ni hampir akan berlaku tarikan graviti, masa tulah macam2 berlaku, tsunamilah, gempalah, gunung berapilah, sebab tu ada orang cakap kiamat ni tahun 2012 " gua bercakap ikut satu rencana dalam utusan malaysia.

" bala dah kita ni. semua orang takut, dok tahulah guane 2012 ni..." kawan gua sorang lagi.

" takut..takut..takut...nok lari mana ni..." gua kasi tambah saspen.

" sebenarnya, kalau kita sokmo gi surau/masjid, kita dok ada perasaan macam ni. orang jadi takut sebenarnya sebab diaorang takut mati, cuba-cuba kita pergi surau, dok takutlah bende-bende macam ni...." ulas seorang member tua gua yang dah nak pencen.

gua angguk-angguk dan sangat bersetuju dengan pandangan dia dan terus kasi markah A dalam ulasan yang diberikan.

Ahad, 27 Mac 2011

Kg Tempoyang - Jalan Misteri ke Masjid Tempoyang

dulu kat bawah flat Tempoyang ada rumah orang. bukan bawah taman sekarang, tapi kawasan mengadap ke arah kebun getah. seingat aku ada 3 buah rumah kat situ. 2 rumah di duduki oleh 2 orang yang aku panggil aki.

sebagai seorang budak belia yang agresif, bersifat pengembaraan dan glokal, budak-budak flat ni semua jenis kaki rekreasi. meredah hutan dan mencari rahsia flora dan fauna didalam hutan kecik tempoyang merupakan satu hal yang agak steady untuk dibuat oleh kami semua. untuk maklumat anda, masa tu amin kumprinx, pp, padeli dan amar budak lagi. berkawan dengan diaorang ni sebenarnya buat malu diri sendiri.

berbalik pada cerita umah aki-aki tu, kalau kitaorang nak ke kebun getah mencari biji getah, kitaorang akan melalui rumah aki tu. rumah diaorang ni nak kata rumah tak rumah jugak, nak kata pondok tak jugak tapi yang pasti rumah diaorang ni tak ada api. mengikut cerita-ceritanya rumah diaorang ni merupakan satu rumah yang paling hujung dalam Kg Tempoyang. kalau nak ikut ceritanya maksud hujung tu ialah paling hujung dari masjid Tempoyang.

aku sebenarnya baik dengan seorang aki ni. aku anggap dia kira seorang tua yang di kaki flat Tempoyang. orangnya kira misteri, anak dan bini aku tak tahu. dia kaki masjid. setiap malam kalau tak silap aku dia akan berjalan ke masjid melalui satu jalan kampung yang aku rasa memang seram kalau berjalan waktu malam.

dari flat tempoyang tu sebenarnya ada satu jalan belakang untuk ke Masjid Tempoyang. budak-budak zaman sekarang mesti tak tahu jalan tu. mail rockers pun aku rasa tak tahu jalan tu. orang yang rebel dan berani jee lalu jalan tu. yang menarik tentang jalan tu dikiri-kanan perjalanan ada pokok rambutan dan pokok salak. kalau kena gayanya balik dari masjid ada peluang kenyang makan salak sama rambutan.

dulu sebelum masjid tempoyang bertukar jadi simen dan batu, masjid tempoyang ni merupakan satu masjid yang agak luas dan diperbuat dari kayu yang berbentuk 4 segi kalau tak silap aku. dalam banyak2 bahagian, bahagian dapur dan belakang masjid Tempoyang merupakan satu tempat yang sedap dan cool untuk melepak. abah gua selaku orang masjid selalu jugak bawak gua melepak kesitu. masa tulah boleh dikatakan aku baik sama aki tu. aku sendiri tak tahu nape air teh masjid tetap sedap sampai sekarang.

lepas surau Flat Tempoyang siap, hubungan gua dengan aki tu kira terputus, tapi aku still lagi jumpa aki tu berjalan malam ke masjid Tempoyang dengan lampu suluhnya.

sebenarnya aku nak cerita pasal sepohon pokok buah kundang yang ada kat umah aki tu. korang tahu tak buah kundang tu macam mana? rupa dia macam mempelam, tapi dia kecik-kecik macam buah tomato mini. rasanya masam-masam tapi kalau pekena lama-lama rasa manis pulak kadang-kadang. pokok dia bergetah dan kalau lepas ambik buah dia kena basuh betul-betul.

kalau kitaorang datang ramai-ramai kerumah aki ni, dan kebetulan ada buah kundang. maka kita akan dijamunya. kalau ada buah salak pun dia akan jamu kami. melepak rumah aki tu kekadang buat aku bertanya-tanya tentang kenapa pondok yang didiami oleh aki ni tiada eletrik? dimanakah keadilan sosial? siapakah yang mendapat apa, bila dan bagaimana? kenapa hanya segelintir sahaja manusia yang mendapat manfaat politik? sudah betulkah dasar kita?

KAU FIKIR ORANG TUA INI TIDAK TAHU BAHAWA PENINDASAN WUJUD SEBAB ADA PERGOLAKAN DALAM MASYARAKAT DAN KEPINCANGAN ORGANISASI ? KAU FIKIR AKU TAK TAHU?

Jumaat, 25 Mac 2011

ammoshang


perhatikan baik-baik gambar ni. tengok baik-baik. perhatikan muka mamat ni. perhatikan rambut, dahi, telinga, mata, hidung, warna kulit dan kepala mamat ni.

mamat ni melayu ke? perhatikan baik-baik. muka mamat ni macam melayu ke? perhatikan muka mamat ni dengan obama. perhatikan baik-baik.

aku tanya lagi. mamat ni melayu ke? muka mamat ni ada muka memperjuangkan bangsa melayu ke?

tengok muka mamat ni baik-baik. mamat ni melayu ke?

notakaki : kita semua bersaudara dan warna darah kita sama. Hentikan peperangan!

Khamis, 24 Mac 2011

ammobama



perhatikan wajah mamat ni elok-elok. mamat ni boleh jadi melayu ke tidak? Sebab apa mamat ni serang Libya? Ghadafi jahat sangat? kejam? bunuh rakyat?

mamat ni nak ubah apa dalam amerika? dalam dunia? perhatikan wajah mamat ni elok-elok. muka dia macam siapa?

mamat ni muka dia macam melayu kan? perhatikan elok-elok.

Ahad, 20 Mac 2011

BFM

sebenarnya sebagai individu yang berkereta ke sana dan ke mari, hubungan aku dengan radio tidak dapat dipisahkan umpama seperti manusia dan penghawa dingin. setiap kali on kereta maka setiap kali tu aku on radio. bende ni memang dah automatik sejak kecik.

dulu semasa berada dalam krisis kemanusian aku selalu pekena radio IKIM. selain cerita hal yang baik-baik dan lagu yang jarang-jarang bergitar, aku telah mengiktirafkan bahawa radio ikim.fm ni kira terbaik. tapi sejak liberalisasi melanda radio ikim.fm di mana lagu damasutra sama sheila majib pun masuk maka aku pun mencari satu radio alternatif yang cool, berwawasan, tak tinggal sembahyang dan rajin membantu orang ditengah jalan.

akhirnya aku jumpa Business FM. sebuah radio yang beranginkan 89.9fm dan yang paling palat radio ini aku dengar bila aku turun kl sahaja. tahukah anda kenapa radio ni cool?

sebenarnya radio ini taklah cool mana. kalau siang hari aku dengar cerita banyak into bisnes-bisnes, hal-hal saham,tentang pasaran kapitalis dan cerita-cerita motivasi keusahawanan dan macam mana nak jadi jurujual yang cool. bende ni semua memang tak boleh didengar oleh orang gomen yang neo-sosiolis-maxisime-punk macam aku.

radio ni cool sebab diaorang banyak udarakan lagu dari band2 emo jahat seperti Stone Roses sama The Smiths. cuma Jesus dan The Mary Chain jee aku tak dengar lagi dalam radio ni.

Terengganu terus kodi sebab panggung wayang sama radio ini tetap tak ada lagi.

Jumaat, 18 Mac 2011

Anti Nuklear

gua setuju sangat sama Tun Mahathir pasal Loji Nuklear. gua pikir Tun M memang seorang yang Anti Nuklear. kalau nak loji nuklear dah lama Tun M buat, kalau tak dah lama Malaysia ada Loji Nuklear. bab ni memang gua bersetuju dengan Tun M.

bak kata Musyid Abdulah, orang macam ni perlu diberi TABIK!

tabik sama Tun M!

Selasa, 15 Mac 2011

Tahukah anda?

tahukah anda gua sekarang tengah sibuk baca buku? tahukah anda daripada membaca banyak bende yang gua dapat tahu?

tahukah anda bahawa,

1. orang melaka dulu-dulu lebih suka orang belanda jadi ketua daripada orang english?

2. burung garuda bercakap-cakap dengan Nabi sulaiman dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa?

3. Tok gajah abah kepada mat kilau bukan seorang pejuang tapi seorang alim ulamak?

4. kalau ada gempa bumi di Malaysia dan sekiranya empangan tasik kenyir bocor maka ia akan menyebabkan banjir besar di terengganu?

5. Kuala Lipis merupakan tempat paling selamat jika ada tsunami?

tahukah anda bahawa jika anda banyak baca buku anda lebih mendapat banyak pengetahuan daripada membaca status orang dalam facebook?

anda tahu?

Jumaat, 11 Mac 2011

Dataran Kering Tempoyang (buat manusia Marhain Taman Seri Tempoyang)

ke mari orang bukit,

dataran kering ini tempatmu,

dataran kering ini rumah barumu,

dataran kering ini juga tempat bermain mu.


ke mari orang bukit hendakku khabarkan kepada mu sesuatu.

dataran kering ini hujungnya titiwangsa,

dataran kering ini tempat akhirnya...

bayu...

sayu...

bayu...

sayu...


oh lupakan kesedihanmu,

penghijrahan itu anggaplah sebagai satu kenikmatan,

aku tahu kau merindui akan enaknya bau bukit,

dan nyamannya subuh-subuh yang pernah kau lalui,


jangan bersedih kerana dataran kecil yang kau kata,

usang ini...

sepi ini...

kotor ini...

terbiar ini...

merupakan satu tempat indah untuk kita semua masyarakat marhain

untuk sama-sama kita pegang, cium dan sayang akan...


anginnya,

kicauran burungnya,

kemerduan cengkeriknya,

kelembutan hujan lebatnya,

keenakan angin-anginnya

keindahan bintang-bintangnya,

kejelitaan bulannya

dan sudah pasti

kenikmatan subuhnya untuk kita terus berkongsi,

antara kamu orang bukit dan dataran kering Tempoyang ini.



POWER TO THE PEOPLE!

Khamis, 10 Mac 2011

Selasa, 8 Mac 2011

Soalan No 4 kepada Weng Hickey Of Your Brain dari Neon Zine yang diterbitkan pada April tahun 1999.

4) "DIY OR DIED" 'DIY OR BYE-BYE" boleh dikatakan bahawa slogan-slogan seperti ini banyak muncul dalam zine-zine kita, band-band dan juga orang perseorangan. apa pandang kau? adakah ini menunjukkan kita telah sedar tentang perjuangan etc? bagaimana cara penerapan nilai-nilai DIY yang berkesan agaknya? bagaimana pula dengan SCR? biarkan sahaja? Apa yang kau cuba maksudkan?

DIY adalah satu reaksi/tindak-balas punk/hardcore terhadap cara-cara perniagaan mainstream sistem yang hanya mementingkan untung semata-mata dimana kita ada control atas apa yang kita buat. dengan lain perkataan, penentangan terhadap sistem pada skala yang kecil. mungkin scene kita dah mula bukak magta dan sedar akan perjuangan, struggle dan etika underground yang sebenarnya dan mungkin ini satu trend yang mana mereka hanya ikut orang dan ikut kawan takut dikata tak cool kalau tak DIY.

Saya harap mereka-mereka yang melaungkan slogan-slogan DIY betul-betul yakin dan faham konsep DIY yang sebenarnya dari perspektif punk/hardcore. in other words they truly carry the conviction. kalau tidak nanti mulalah kita cuba nak justify/halalkan apa yang kita buat dengan mengeluarkan alasan-alasan kita sendiri. pada saya kalau seseorang/band/label tu betul-betul sincere dengan etika DIYnya, dia tak akan buat bende yang bercanggah seperti jual harga yang mahal atau harga tak fair dan gunakan mainstream distributors atau independent distributors yang beroperasi sama seperti apa yang mainstream atau major label buat.

Dia tak akan kisah pasal laku tak laku atau untuk mendapatkan pasaran yang lebih meluas dan sebagainya. saya percaya kalau seseorang itu betul-betul nak sesuatu barang/kaset, dia akan cuba mendapatkan dengan channel yang ada, kalau mail order, mail orderlah, tanpa harus menunggu ia terjual di Towel Records atau virgo, kita sanggup susah-susah order dari overseas..the whole idea is about being apart from the system NOT being part of the system.RESIST! cara yang berkesan ialah dengan melakukannya, too actually do it wisely like what ASAS Distro is doing. lead by example. terpulanglah kepada kita untuk menerima/mencontohinya atau tidak. apa yang saya maksudkan untuk soalan dalam hardcore newsletter berkenaan kenyataan saya tentang SCR " kita biarkan sahaja...." kita biarkan dia dengan dunia dia yang bukan sebahagian dari dunia underground scene kita yang sebenarnya. mungkin juga ia bermaksud biarkan dia mampus...? :)

Isnin, 7 Mac 2011

jogging - basikal - berenang

masuk petang semalam dan mengikut pengiraan diari aku, aku dah 16 hari berjogging. maknanya dah 2 minggu. daripada 98 kilo aku berat aku sekarang dalam 92/93 kilo. kalau ikut pengiraan matematik tambahan aku dah kurang dalam 5 atau 6 kilo. secara falsafahnya aku telah berjaya mengurangkan berat badan dengan berjogging. ini merupakan satu hal yang paling cool pernah aku buat.

aku target tak banyak, kalau ikut bmi aku kena dalam 75kg. so dalam tempoh 3 bulan ni aku sedang berusaha untuk sampai ketahap 80kg. hal ni tak susah sebenarnya tapi memerlukan tahap kesabaran dan jatidiri yang tinggi. aku sendiri tak dapat bayangkan betapa hensemnya aku bila berada dalam keadaan berat 75kg.

lepas berjaya turun kepada 75kg aku akan start belajar main gitar. lepas tu aku buat lagi macam budak aizat af tu. lepas tu aku akan menang ajl. lepas tu berlakon dalam sitcom raja lawak.

manusia-manusia yang dulunya gemuk dan kemudinya kurus akibat daripada amalan kesihatan yang true seperti berjogging, bersenam, main basikal tanpa memakan ubat-ubat kurus merupakan manusia-manusia yang memberi inspirasi yang boleh menyebabkan hatiku terguris.

hidup kaki jogging! hidup kaki basikal! hidup kaki berenang! hidup kaki angkat berat !

Khamis, 3 Mac 2011

Kalau

Kalau aku dapat Phd nanti aku tak akan letak DR kat ammosham. pangkat DR yang didapat tu bukan satu tiket untuk menunjukkan bahawa kita ni bagus sangat atau pandai sangat. jangan bimbang, blog ini takkan memperbodoh-bodohkan orang syiah atau orang sunni. blog ini tak akan bercakap pasal soal konspirasi serta mengulang hal-hal lama seperti peristiwa 13 Mei, kes jambatan bengkok atau juga kes penangkapan orang syiah beramai-ramai itu hari. tidak sama sekali kerana blog ini akan hilang coolnya kalau bincang hal-hal yang sama.

Kalau aku dapat Datok nanti aku tak akan letak Datuk kat Ammosham ni. anugerah-anugerah yang aku dapat aku tak akan letak kat belah tepi blog aku. jangan bimbang kawan, sampai korang mati pun korang tak tahu apa bende yang aku menang dan apa bende yang dapat dalam dunia ni. sebab apa, mengapa dan kenapa aku dapat Datuk pun korang tak akan tahu. ini blog cool dan bukan blog nak menunjuk ketinggian jasa atau ketinggian tahap pemikiran intelektualan.

tapi blog ini akan kekal sebagai blog yang percaya bahawa setiap manusia baik jantan, betina, hensem, lawa, hodoh, smart, agama tak beragama dapat hidup dalam dunia yang serba indah ini.

ini "kalau".... ok.

Selasa, 1 Mac 2011

awas bahaya jogging!

entah kat mana sebabnya. entah siapa yang perlu dipersalahkan. tapi ia berlaku dalam diri aku sekarang. aku tak tahu dimana datangnya apa yang di panggil ortodoks, konvensional atau jumud itu. 3 bende ini dikaitkan dengan pemikiran. siapa yang mencipta perkataan ini merupakan satu hal yang tiada siapa tahu.

entah apa silapnya aku melihat 3 bende ini berlaku dalam diri aku. dimana hilangnya semangat pemikiran terbuka dan liberal yang selama ini berada dalam kotak fikirku. sehingga sekarang aku masih lagi mencari jawapannya.

akhirnya aku telah menemui jawapannya. ini semua sebab jogging. sekarang aku berjogging hampir setiap petang. kalau tak petang aku jogging waktu pagi. kebanyakan geng-geng jogging yang aku jumpai adalah warga emas. kebanyakan daripada mereka tidak berjogging tapi berjalan sambil membincangkan isu-isu semasa.

disebabkan telinga yang capang dan otak yang bijak, aku dapati bahawa apa yang mereka lontarkan di mulut mereka itu masuk juga kedalam otakku. maka secara automatik aku dapati bahawa ini lah puncanya mengapa aku kehilangan pemikiran ku yang sangat "liberal itu".

awas. jogging itu bahaya!