Rabu, 29 Oktober 2008

meditasi otak padeli...

blog padeli true. bersih. pikirannya bebas dari unsur kelucahan dan jugak anasir anasir luar. tak macam pp yang banyak di pengaruhi dengan unsur unsur luar macam bende2 yang melemahkan semangat macam band weezer ,search dan juga the smiths, padeli tak mendengar semua bende tu. padeli habis mengaji. amin, amar dan pp aku tak tahu.

padeli dah ada blog. aku yakin dia bakal meletup. dia tak ada rule dalam penulisan blognya. sekejap2 dia menggunakan perkataan 'gua' dan kejap-kejap 'aku'. kritikan sosialnya tetap. sapa tak pandai, tak pandai laa. sape tak habis mengaji, tak habis laa. sape tak reti main bola, tak reti laa.

semangat dia kuat. apa yang dia cakap dia akan kotakan. lepas ni tunggu laa dia tayang kereta K.E (apa kejadahnya kereta nie?) depan rumah korang. aku tgh berdebar nak tunggu nie.

blog dia memang di rekomenkan. http://padlychenko.blogspot.com/

dia mungkin tak ada dalam senarai dalam anugerah " loser of the year tahun 2008 ..."

Selasa, 28 Oktober 2008

flat dan masyarakat dan orang india..

dulu kat tempoyang ada dua flat yang tingginya di puncak awan. nama dia flat tempoyang. sebab apa nama dia flat tempoyang sebab dah duduk dalam kawasan kampung tempoyang. masa tingkatan satu, aku ada try nak buat satu kajian georgrafi tak pun sejarah. nama dia sejarah flat tempoyang, tapi usaha aku terbantut sebab bila aku tanya abah aku bila flat tempoyang ini dirasmikan, maka abah aku jawab tak ada siapa lagi yang pernah rasmi flat ni. kecewa punya pasal, maka aku ambik keputusan terima belajar kat luar lipis masa tu.

flat tempoyang ada dua bangunan. satu blok A dan satu blok B. blok A untuk golongan melayu dan bumiputra manakala blok B untuk cina dan india. flat tempoyang ada 4 tingkat dan satu tingkat ada 12 buah rumah. dalam rumah ada hanya 2 bilik tidur, satu tandas, satu ruang tamu dan satu beranda.

blok A kira blok yang paling tinggi aku rasa dalam kawasan tempoyang nie. dulu aku ingat paling tinggi dalam kuala lipis tapi lepas pergi melawat kat flat sungai kerpan ada satu hari tu maka sah memang tinggi lagi flat sungai kerpan tue.

masa aku mula-mula duduk dulu, blok A dah kira penuh. cuma tingkat 3 dan 4 tak ada orang lagi. baru sikit2 nak masuk. blok B, hanya satu rumah sahaja yang orang baru. satu keluarga India yang cukup memberi makna dalam skop masyarakat majmuk di malaysia. aku lupa nama ketua family dia, tapi aku ingat seorang anak dia menama Kumari. aku panggil dia kak kumari. bapak dia aku panggil ane dan mak dia aku panggil aci.

Blok B masa tu tak masuk eletrik lagi. sebab rumah aku view dia menghala ke ladang getah maka hari-hari aku aku tgk rumah kak kumari. aku ada try tanya abah aku kenapa blok B tak masuk eletrik lagi, then abah aku cakap sebab orang tak ramai masuk lagi.

hubungan masyarakat melayu dengan keluarga kak kumari sebenarnya amat erat. bagi aku kak kumari ni macam kajol, comel dan menawan. bahasa melayunya cukup hebat dan tak ada langsung bunyi india(ada laa sikit-sikit). kak kumari ni jugak jenis manusia cerdik jadi masa aku sekolah rendah bapak aku hantar aku bertusyen dengan kakak kumari. tak silap aku dia ajar aku matematik dan english. sebab kamcing sangat, aku rasa rumah kak kumari dan kira rumah kedua aku. ada peluang aku jalan.

masa depavali merupakan satu masa yang cukup meriah kat flat tempoyang. pagi-pagi dah pergi beraya kat rumah kak kumari. kak kumari ada cakap jangan risau pasal masakan dia sebab semua ayam dia beli dari orang melayu dan gerenti sembelih punya. favorite masa tu tak lain dan bukan ialah tosei dan juga maruku sama satu makanan yang keras tak patut yang aku sendiri yang reti nak beri nama.

hubungan aku dan kak kumari terputus pasal aku blah belajar luar lipis selepas UPSR. so sejak dari hubungan aku dengan masyarakat India tidak semersa seperti hubungan aku dengan keluarga kak kumari.

flat tempoyang ada satu contoh indah kejayaan masyarakat majmuk di malaysia. walau pun tak dapat di nafikan berlaku juga permasalahan hubungan semasa di flat tempoyang, tapi aku rasa kepimpinan melayu, cina dan india flat dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik sekali. dulu syok dapat gotong royong sama-sama dengan india sama cina. dulu main bola kat bawah flat sama-sama degan cina dan india. masuk hutan sama-sama, cari buah getah sama-sama. tapi sekarang aku tgk muhibah kaum agak kurang bila aku balik tempoyang.

tahun 1996/1997 aku tak ingat bila. tapi masa tu kami semua dah pindah ke kampung tempoyang selepas didapati rumah flat yang kami duduki tak selamat untuk dihuni. maka sejak dari tu aku tak pernah lagi jumpa kak kumari walaupun mak aku cakap rumah kak kumari kat belakang rumah aku. mak ada cakap juga yang ane dan aci kalau tak silap dan meninggal, ialah masa aku kecik masa darjah 6 pun dua-dua tu dah tua.

persengketaan antara kaum merupakan satu perkara yang perlu kita elakkan. dalam masyarakat majmuk seeprti malaysia ini aku berharap agar segala apa juga permasalah kaum dan agama dapat diselesaikan dengan baik sekali. bukankah tuhan ciptakan lelaki dan wanita dan pelbagai kaum dan bangsa yang ada didunia ini bertujuan untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain?

dan aku tak boleh jawab bila kali terakhir beraya depavali? 15 tahun? 10 tahun? 8 tahun?

Ahad, 26 Oktober 2008

pemimpin yang dipimpin

aku tak pernah lagi jumpa manusia yang offer diri nak jadi ketua kelas. tak pernah lagi aku dengar sesapa bangun dan angkat tangan dan berkata kat cikgu rohayu, " cikgu saya tawarkan diri nak jadi ketua kelas! "

tapi aku tahu masing-masing ada hati nak jadi ketua kelas. tapi segan nak offer diri. bagi budak darjah 3 jawatan ketua kelas tu dah kira besar dan glamer. bukan apa, biasanya lepas kelas, yang tukang angkat buku masuk bilik guru ialah ketua kelas. masuk bilik guru mesti glamer sebab mesti ada cikgu tegur.

lepas jawatan ketua kelas, masing-masing sasar nak jadi pegawas perpustakaan. bukan susah jagi pengawas perpustakaan, susun buku lebih kurang, lepas tu suruh budak senyap, then yang syok sikit boleh lepak lama-lama dalam library.

dah besar sikit, cita cita nak jadi pegawas sekolah termakbul kalau korang cerdik sikit. jadi pegawas sekolah memang glamer tak patut, pertama sebab baju biru. lain daripada lain. kedua kalau kena waktu bertugas boleh keluar awal pergi kantin. syok sikit jaga pintu pagar. lagi syok boleh lepak dalam bilik sound sistem jaga lagu negara ku masa perhimpunan.

itu cerita masa sekolah rendah. ini cerita pasal kepimpinan masa kini. 2 - 3 minggu aku dok pikir tentang soal kepimpinan. siapa pemimpin? apa itu pemimpin? apa makna pepimpinan? syarat-syarat kepimpinan? daya juang otak aku kekadang terbungkam bila memikirkan tentang persoalan kepimpinan dan contoh-contoh yang cukup banyak yang dihidangkan didepan mata pada hari ini.

sekarang macam mana nak cari pemimpin? yang rajin, yang bersungguh, yang beramanah, yang jujur, yang punyai idea, yang bijaksana, yang berahklak mulia jangan harap nak jadi pemimpin. yang banyak duit, yang pandai melobi, yang boleh kasi projek, yang ada syarikat besar, yang kaya, yang tak miskin, yang kurang berakhlak, yang tak ada idea mungkin ada peluang jadi pemimpin. sekarang, politik mainstream sekarang sape ada duit dia boleh jadi pemimpin. sape tak ada duit, simpan jee laa bakat kepimpinan tue. simpan dalam almari.

"akan tetapi terdapat juga di antara sebilangan mereka perasaan kicewa terhadap pilihanraya itu, kerana ianya seperti kemerdekaan juga, telah tidak membawakan perubahan yang dijanjikan kepada orang kampung khususnya. sebagaimana yang dirungutkan oleh setengah-setengah mereka, " apa nak pedulikan sangat? siapa juga menang, kita macam itu juga "....."
S. Husin Ali, Masyarakat dan Pimpinan Kampung di Malaysia.

Ahad, 19 Oktober 2008

haaa demehh....sokong local scene weiii...

sindrom sms lelaki berkahwin

kalau bini korang atau awek korang sms panjang-panjang korang jawab laa macam aku jawab sekarang. jangan balas panjang-panjang. tunjukkan kita sebagai lelaki yang berkarismatik, logistik, revolistik, bloglistik dan simplistik.

" ok " kekadang jadi " k"

" ye "

" tak " kekadang jadi " x "

" apa? " kekadang jadi " pe? " tak pun " ? "

" belum " kekadang jadi " lum "

ha..macam mana? berprosa tak?

Selasa, 7 Oktober 2008

cerita hari raya


raya tahun ni aku raya kuala terengganu. tahun lepas aku dah raya kota bharu. biasa laa dah kahwin. kita pandai gilir-gilir. tapi serius raya kat kuala terengganu tak meriah mana. geng aku tak ramai. jadi nak lepak sambil tengok gusti memang tak ada kaki.

2 hari sebelum raya aku balik kota bharu. macam biasa berbuka puasa bersama nenek dan mak ayah yang balik sana. baju raya dah beli, tapi jersey raya tak beli lagi. tahun ni aku memang ada hati nak beli jersi liverpool. sebelum tu memang beria-ria dah nak beli. dalam dompet memang tebal duit bonus. tapi bulan puasa keimanan cukup tinggi. apa cerita nak bawak kehulur kehilir lambang kasberg tue.

lepas buka puasa dan berentap winning eleven sesama adik beradik, kitaorang pergi ke wakaf che yeh. aku heran, dulu wakaf che yeh ni macam pasar malam kat bandar lipis jee. tak ada apa yang best. tiba-tiba meletup tak tentu pasal. apa kes? wakaf che yeh ni belakang rumah nenek aku jee. tapi nak cari parking memang satu hal yang membuat aku rasa nak menampar.

sampai wakaf che yeh manusia ramai tak patut. aku, jeman dan jeri terus membelah lautan manusia mencari sesuatu yang kita orang sendiri tak pasti. tapi tiba-tiba aku jumpa satu kedai jual jersey. tanpa berfikir dgn waras dan panjang aku terus menyambar satu jersey liverpool yang ada tulisan liverpool. brader yang jual siap tanya nak jersey liverpool cap apa? aku rembat 2 jersey liverpool, satu lengang panjang dan satu lenggang pendek, lepas tue satu jersey liverpool untuk jeman dan satu jersey chelsea untuk jeri. hampir ratus2 jugak jumlahnya.

ok. itu cerita 2 hari sebelum raya. cerita hari raya macam biasa. malam sebelum raya aku tak ada kerja. nak ajak member melepak diorang semua tengah jem kat bandar kuala terengganu. mydin dan giant kuala terengganu orang ramai tak patut. malam tu aku keluar cari majalah Apo? bumper super hari raya. dulu masa kecik-kecik setiap kali puasa dan hari raya, keluaran bumper puasa dan hari raya memang letup! lebih-lebih lagi majalah gila-gila. tapi sekarang tak menarik mana. semua jokes dia aku dah boleh tekel.

pagi raya aku kat kuala terengganu. lepas tu kita orang bertolak slow2 balik pasir putih rumah tok bini aku. lebih kurang petang-petang sikit aku balik kota bharu. sampai rumah nenek aku, semua orang macam tak ada. pakcik sedara sama jeman beritahu aku diorang semua tidur kat rumah mak sedara aku sorang lagi. so, aku pun terus ke rumah sedara aku. ah, semua dah tertewas. ini semua kes pulun nasik tak ingat pagi raya tadi. habis beraya kat rumah mak sedara kita orang terus balik rumah nenek aku then lepas tu pergi beraya kat rumah tok sedara kat kubang kerian. so aku boleh buat rumusan bahawa tahun nie aku beraya tak sampai 10 buah rumah sedara mara.

lepas puas berhari raya tiba-tiba datang idea pak sedara aku ciklan. kira punya kira semua sepupu dan sedara mara, cukup 2 team nak main futsal malam tu. apa lagi, walaupun games 1.20 pagi aku dah start pakai baju torres pukul 1100mlm. semangat tak semangat. rupanya semua sedara mara dan sepupu aku ni memang berbakat besar dalam bolasepak. adek aku jeman dan jeri memang berskill main. macam abangnya.

habis futsal kitaorang ramai-ramai ke kedai kopi yang ada astro. layan live liverpool lawan psv. apa kes jeri pakai baju chelsea bila liverpool shoot terus jerit sama-sama? apa cerita ciklan sama jeman boleh rasa nak muntah lepas main futsal?

memang beraya betul hari tue...pukul 4 pagi baru tidur....