Isnin, 30 Mac 2009

melawat pwtc

minggu lepas lepas berkursus di subang, aku dengan bangganya pergi melepak ke pwtc. sape yang tak melepak kat pwtc kira tak true laa masa tu. disebabkan bawa kamera maka aku mengsnap gambar sebanyak yang mungkin. semua masuk, makcik umno masuk, pakcik umno masuk, papan tanda masuk, india roti masuk, jurujual masuk,kain rentang masuk, pakcik kantin masuk dan boleh kata semua bende aku snap. balik terengganu sedang aku teruja melihat kembali gambar yang disnap. tiba-tiba aku terpegun tgk gambar nie. lihat mamat hujung berbaju putih yang senang memegang kamera tu. korang kenal sape?




fahmi FSF. apa dia bikin situ? buat risikan ke apa? aku dah berdebar nie...

Sabtu, 28 Mac 2009

lupo - dio lupo

kata tun mahathir wirawan negara dalam blognya semalam, dia akan rasa dirinya tercemar jika berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

tapi tadi aku rasa terkejut bila tengok tun ada sekali dalam perhimpunan UMNO tu. lepas tu aku rasa nak gelak. betul kata tun, melayu mudah lupa.

ok semua. buat-buat lupa. tercemar? alah lupakanlah...

notakakis: hidup KJ!

Jumaat, 27 Mac 2009

memori iphone - www.mrsmpdrm92-96.blogspot.com

semalam dalam bilik hotel mewah bersama rakan-rakan sekolah kami sangat beriang ria sambil bercerita tentang sejarah hidup. kita orang bercerita tentang memori hidup semasa bersekolah dan masing-masing menyesal kerana tidak dapat merakamkan memori zaman persekolahan melalui kamera.

" dulu mana ada kamera digital bai..." ujah kawan gua juba.

" sape pakai kamera dulu? " rijal menyoal

" anak orang kaya jee pakai kamera. lepas picit kena pusing " azam menyampuk

" gua pikir reduan sapian banyak tangkap gambar. dia ada kamera." entah sape bercakap. gua syak pian

" budak-budak sekolah sekarang sekor-sekor ada kamera digital bai. lepas tangkap boleh masuk facebook " gua pikir juba bercakap

" gambar lama gua ada. tapi kena scan.." gua bercakap separuh menyesal sebab tak bawa kamera pergi sekolah dulu.

lepas tu kitaorang sambung bersembang dan tidur di katil masing-masing dalam hotel yang serba mewah itu.

ps: gua ada try iphone yang baru. kawan sekolah gua punya. takyah beli. nak tulis dalam blog pun susah. beli laptop baru lagi bagus.

Selasa, 24 Mac 2009

Selasa, 17 Mac 2009

i love rocking out - out of memory

sumpahan " holiday in the rain " betul-betul buat gua jadi blues. sebagai bekas budak rock hardcore yang manja di lipis. waktu hujan merupakan satu waktu yang boring dan menghampakan. pertama sebab tak boleh keluar bandar. kalau tak boleh keluar bandar macam mana gua nak berCM sama kaki-kaki lain yang sibuk beli pemain masa tu. kalau dah tak boleh kebandar macam mana gua nak layan 'emo' zeba? lagi satu kalau hujan padang futsal taman permai licin. kalau licin prestasi tak menarik dan ini boleh menimbulkan kecederaan.bila dah cedera, main jadi tak best. padeli iptaman selalu buat alasan cedera. kalau tak gol cakap kaki bengkak laa, kena pijak laa, kena sengat tebuan laa, kucing gigit laa. habis alasan keluar.

tapi aku alu-alukan hujan waktu malam. indah sungguh bunyinya bila hujan waktu malam. bilik kecik aku jadi sejuk. aroma udara mengancam. selimut pun tarik sampai dada. bunyi titik hujan yang kena atap rumah aku jadi satu irama yang sungguh merdu. katak-katak kegembiraan. otak jadi cergas. nak tulis dalam zine pun ada semangat. the smiths dan the cure tak dapat nak lawan sama irama itu. tutup lampu. tutup kipas. tutup radio. bukak cermin.mata pejam. fikiran melayang.tidur pun sedap dan mimpi pun jadi best..

itu hujan yang turun sebagai satu rahmat daripada Tuhan...

Ahad, 15 Mac 2009

doremon terbang tinggi



tiba-tiba hujan ribut melanda. rasa macam musim tengkujuh. orang kata pemanasan global. banyak sangat pakai penghawa dingin maka gas cloro-floro-karbon (cfc) punca dunia jadi panas. bila panas ais-ais kat kutub utara dan selatan akan cair. lepas cair dengar cerita tempat-tempat yang dekat pantai akan ditenggalami air. dengar cerita berpuluh tahun lagi singapure, penang, langkawi, pulau kapas, pulau redang, pulau tioman akan tenggelam. yang paling sedap dengar kuala terengganu dan kuantan pun tak terlepas jugak. buat atau beli rumah kat lipis jua akhirnya...

notakakis: tun mahathir sedih bila orang mahu sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu balik. sedih? KAKAKAK..KAkakKAKAK...HehehAHAHAHAHHAaaa...(macam blog hishammudin rais pulak...) disebabkan bahasa melayu tak ada mutu, dan orang tak suka inggeris maka aku cadang kita ajar dalam bahasa latin lah pulak...

Jumaat, 13 Mac 2009

saya sayang "bahasa" jawi saya

teknologi adalah implikasi kepada sains. gitu laa apa yang aku belajar masa kecik-kecik dulu. masa dulu-dulu subjek sains masa kat sekolah rendah ialah alam dan manusia. kelas alam dan manusia kekadang rasa seronok sebab kekadang belajar bawah pokok, tepi longkang dan kat kantin sekolah.

masa tu bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu. sebab banyak bende yang belajar dalam bahasa melayu rumi. maka sampai hari ini bahasa inggeris aku berterabur sama macam jawi aku. inggeris tu boleh laa sikit-sikit. kalau pergi england setakat nak tanya mana jalan pergi anfield dan tanya arah kiblat sembahyang boleh laa kot. bab jawi toksah cerita. baca satu ayat dah rasa macam kena darah tinggi.

ok aku memang tak reti baca jawi. yang pertama sebab tak ada tanda atas, bawah dan depan. yang kedua mungkin sebab semua pendidikan masa zaman kecik-kecik dulu dalam tulisan rumi dan mungkin sebab masa kecik banyak sangat ABC dari alib ba ta.

6 tahun lepas sekolah-sekolah dah start belajar matematik dan sains dalam inggeris. inggeris amerika ke inggeris british ke aku tak tahu jenis belajar bende. salah satu alasan yang aku dengar ialah ia merupakan satu kaedah yang terbaik nak mantapkan bahasa inggeris.

lepas 6 tahun bantahan jadi kemuncak. ramai orang komen sudah-sudah laa mengajar sains dan matematik dan sains dalam bahasa inggeris. dari cikgu-cikgu sampai mak ayah dalam pibg sampai sasterawan negara suruh kerajaan berhenti mengamalkan amalan yang salah ini. diorang kata apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris maka bahasa melayu terhapus secara perlahan-lahan dan lumpuh sebagai satu bahasa ilmu pengetahuan.

pada tahun 2003 iaitu kira 6 tahun yang alu. aku ada buat penyelidikan amatur dalam bidang sains sosial yang bertajuk "kesan penggunaan bahasa inggeris di dalam matapelajaran sains dan matematik pada peperiksaan akhir tahun di kalangan pelajar tahun satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Kepong, Kuala Terengganu" Sekolah ini kira sekolah pinggir bandar. tak kampung tak bandar.

try tgk kajian aku kat sini. ada aku save dalam savefile. kajian simple dan amatur. tapi dapatan ini aku rasa real. budak-budak tahun satu yang belajar sains dan matematik tak ada masalah nak score.

yang menjadi masalahnya yang aku tengok ialah bila sebut sains dan matematik dibelajar dalam bahasa inggeris ia memberi kesan dan impak kepada semua subjek yang ada makna dan istilah sains dan matematik( yang ini yang aku faham dari kajian shukri yang bertajuk kesan penggunaan sains dan matematik di institut Pendidikan malaysia. sains rumah tangga, sains sosial, sains pendidikan, sains sukan, dan semua jenis sains yang ada bunyi sains akan belajar dalam bahasa inggeris. prinsip akaun, perdagangan,kaukulus dan segala jenis setan matematik akan turut juga diajar dalam inggeris.

sebab itu aku syak mengapa pejuang bahasa begitu takut bila sains dan matematik terus diajar dalam bahasa inggeris. bahasa melayu akan hilang identiti sebagai bahasa ilmu. macam tulisan rumi jugak yang telah menghilangkan identiti jawinya dan melahirkan orang ilmu pengetahuan yang tak reti membaca jawi macam aku.

macam aku cakap implikasi sains ialah teknologi. cuba korang pergi maybank atm sekarang. masa nak keluar duit ada lagi tak pilihan bahasa yang boleh dibuat? ha, dengar cerita masuk kad terus keluar bahasa inggeris. maybank dah tak true. aku syak bsn jee true. boleh pilih bahasa, nak melayu, nak cina dan nak inggeris. tapi aku rasa bsn separuh true. nak true ganti laa dengan tulisan jawi.

Rabu, 11 Mac 2009

dapat banyak A dalam pmr tak semestinya jadi pilot bila besar...

setiap kali musim result periksa keluar gua mesti call mak gua. tak kira musim. upsr, pmr, spm, stpm dan musim masuk u dan sebagainya. tadi gua call mak gua lagi,

" anak siapa amik stpm tahun ni mak? "

" entah laa tak tahu sape ambik stpm. tapi spm ramai laa esok tahu resultnya. anak ni, anak tu, anak tu, anak nie..."

" habis jeri macam mana? " ujah gua merujuk adik bongsu gua

" jerikan baru pmr tahun nie...ish awak nie...." ayat mak gua lebih kurang macam tu.

gua rasa macam 15 tahun tak balik lipis...

Selasa, 10 Mac 2009

selepas hujan - http://www.mannmusa.blogspot.com/


sesapa suka baca blog pakcik hashim zabidi mungkin boleh try baca blog selepas hujan. cerita pasal zaman dulu-dulu dan pengalaman kerja sebagai pekerja belia. ingat pakcik hashim zabidi bapak pipi dulu memang aktif tak patut dengan gerakan belia kat lipis. dan pemilik blog ini pulak dah kerja dengan belia sejak 1979 lagi. zaman tu aku tak lahir lagi. yang syok tentang blog ini sebab boss aku ni kalau tak ada kerja dia akan baca novel sebelum tidur dan waktu senggang. klasik tak patut. boleh baca mungkin ada ayat-ayat novel dalam blog dia.


" respons pakcik hashim zabidi tentang belia dan gerakan belia.."

AMMOSHAM,

Salam...

Pakcik tak napikan kerja kamu sbg. Peg.Belia masa kini. Mmg agak sukar sikit berbanding zaman pakcik. Dulupun tak ramai yg masuk jadi ahli belia 30% pun takde. Yg ambil kesempatan banyak.Pakcik pernah cadang pd Pem. Belia bahawa Pengerusi Belia atau Ketua Belia diwajibkan sama spt adanya Ketua kampung, disetiap kampung. Ertinya Ketua Belia setaraf dgn Tok empat. Pem Belia jawab, tak boleh jadi, susah tu. Tak apalah.

Bagaimanapun belia zaman pakcik senang dikawal, senang diajak berunding dan melakukan kerja kerja dgn kerelaan. Skrg semua pakai duit. Siapa ajar?

Salah siapa? Kita tak boleh nak salahkan siapa siapa. Ini isu nasional. Sebenarnya budak belia dipersimpangan skrg, takde hala tuju. Nak tuju kemana. Nak ikut belia ke, nak ikut politik ? Politikpun sudah buka cawgan belia - putera dan puteri. Pokoknya siapa nak kontrol siapa.

Oleh itu, buatlah kerja mengikut patut. Bekrjasamalah dgn pemimpin. Mengsyorkan boleh, mencadang kena fikir. Polisi jangan buat. Cari jalan selamat, kamu masih muda, akan banyak lagi bukit dan lurah perlu kena daki dan turun.

Pakcik cuma mengingati nostalgia saja, cerita karut marut, tapi sedap dengar kan! ha ha ...

Pakcik Hashim.

Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW


pagi hening,

gema selawat memecah ozon biru langit kuala terengganu,

untuk Muhammad Abdullah,

pembawa rahmat sekalian alam,

sirah tauladan jadi ingatan,

al-quran dan sunnah jadi panduan,

agar aku tak alpa,

dalam dunia moden yang penuh bergaya,

idealisme manusia yang memeningkan kepala,

aku tak mahu jadi anarki,

sorak dan teriak dalam demokrasi yang mati,

tidak mahu,

tidak mahu hati ini mati dan sepi,

dalam dunia ciptaan Ilahi.

10.45 pg
13 Rabiulawal 1430H / 10 Mac 2009
Pusat Rakan Muda Cyber Kuala Terengganu

Khamis, 5 Mac 2009

jangan tidur petang dan jangan update blog waktu maghrib...

pes 2009 memang sawan. balik kerja terus on ps2. aduh, hedonist tak patut. gerakan dia comel. aku cabar sesapa nak lawan pes 2009 dengan syarat main mesti dalam rumah, ada air dan biskut dan kalau boleh main senyap-senyap.

amacam pp, padeli sama kumprinx? ada berani? balik lipis nanti kita berentap. sebelum tu ada satu lagu sedap yang aku jumpa dalam playlist lagu PES 2009. ha, layan wei. monday street from UK. tajuk lagu straighten out. goyang sungguh maghrib-maghrib nie.


Rabu, 4 Mac 2009

http://3titikhitam.blogspot.com/


pemilik blog diatas merupakan kawan lama aku. ada laa dalam 8 -9 tahun tak jumpa. kita orang kenal bila kitaorang meminati satu bende yang sama. scene underground yang indah dan muzik-muzik dan idea-idea kiri yang romantis. kalau kitaorang hidup zaman sekarang mungkin kitaorang tengah bershuffle kat bukit bintang. aku agak.

ateng ada band dulu.tak tahu sekarang ada band ke tidak. apa benda namanya aku kurang ingat tapi hardcore tak patut. ada satu musim gig kat actor studio band dia ada datang buat show. masa tu musim valentine kalau tak silap aku.

yang buat aku teringat ke ateng sampai sekarang bila dia bikin satu babak yang menguris hati aku. menyanyi dalam keadaan yang menangis sambil baring. depan aku pulak tu. tobat emo tak patut. aku syak masa tu dia putus dengan awek kot. memang sape yang putus dengan awek time-time valentine masa dulu memang sakit jiwa.

sekarang ateng jadi orang gomen. pergi kerja pakai tali leher dan tali pinggang. lepas tu dia tulis dalam blog dia tak ada awek. arhh, tak caya aku tak ada awek. aku rasa awek nak ke dia tapi dia taknak ke awek tu. ha, aku rasa je. hidup tampin hardcore!

notakakis : fahmi FSF punya jiwang belum cerita lagi.

tolong kasi ada panggung wayang kat kuala terengganu

sebab busy aku layan movie yesman 3 kali bersambung. macam layan drama pulak. tapi aku sedar aku takleh nak kasi komitment sepenuh masa untuk tengok movie. prestasi menonton wayang sama tgk movie kat terengganu sangat lemah. kelemahan dia macam prestasi pasukan PDRM dalam liga super. dah laa kalah, insuran tak bayar pulak tu.

bila tengok yesman aku teringat dua cerita yang jim carrey turut berlakon iaitu eternal sunshine of the spotless mine sama the thuman show. dua-dua cerita tu memang masuk dan lakonon dia memang buat aku psiko.

tiba-tiba aku terpikir yang jim carrey bukan jenis pelakon lawak. dia pelakon psiko sebenarnya. banyak watak-watak yang dia pegang memang jenis psiko. psiko-lawak atau comedy-crazy-punk-rock. pehh..cam gampunk bunyinya.

kekadang watak-watak yang dia bawa memang berat psikonya. try korang tgk cerita masa dia berlakon dalam batman forever sebagai riddler. psiko tak patut sebenarnya. tapi pembawakan dia macam pelawak tapi bukan melawak sebenarnya. dia memang terer bawa watak-watak psiko niee. tak pun aku rasa dia memang psiko orangnya.

psiko sama dengan mental tak?

semua lakonan berkaitan dengan mental. bukan lakonan dalam filem jee. yang kita duduk atas bumi pun lakonan jugak. tak ingat sape yang berkata " bumi ini pentas dan kita adalah pelakon-pelakonnya" psiko tu mental laa. psikologi pulak kajian tentang mental. bagi aku para pelakon kita yang ada didunia tak pun di malaysia ini boleh diberi sijik kelayakan psikologi. macam CF bangunan. sape jadi pelakon secara auto dapat sijil psikologi. yang otai-otai macam m.nasir kerajaan bagi masters. macam mana? tulen tak idea gua?

falsafah filem dan watak-watak dalam filem kita serahkan kepada orang-orang filem. biar abang mamat khalid sama abang pian habib memikirkannya. aku yang duduk kat terengganu ni selagi ada jual cd/dvd filem kat pasaran dan selagi ada duit boleh menonton filem. cuma kat terengganu ni tak ada panggung wayang. orang cerita dulu ada laa. itu dulu bai, aku nak sekarang. sekurang-kurangnya aku tak perlu menapak sampai kuantan untuk layan cerita spiderman macam dulu-dulu. sekarang movie upin dan ipin dah keluar. takkan aku nak ke kuantan lagi kot.

sebab tu ramai orang beli cd dan dvd haram kat sini. (kebarangkalian orang membeli cd atau dvd haram adalah dua kali ganda disini memandangkan sini memang tak ada panggung wayang)

ps: ada 8 keping dvd yang aku tak tgk lagi. cd max payne yang aku beli dulu pun tak tengok lagi. kena tinggal berapa tiang aku tak tahu.

tolong jangan makan kuaci bila tengok bola...

15 minit terakhir aku hilang fokus. sibuk tengok penyokong kelantan sama penyokong selangor bergaduh kat sebelah kiri dan sebelah kanan. aku syak masing-masing meraikan 'sense of belonging' yang ada dalam jiwa masing-masing.

masa tu kelantan dah kena 2 - 0 sama selangor. para penyokong yang sedang gembira dan sedang marah masing-masing baling botol air antara satu sama lain. perasaan sentimental memang tak wujud masa tu. walaupun hujan lebat petang sebelum perlawanan, suasana memang panas masa tu. 27 darjah celcius.

kekadang aku pikir salah satu sebab mengapa penyokong di malaysia tak 'cool' sebab dalam stadium suhu dia memang tinggi. itu belum kira para penyokong yang makan kuaci dalam stadium. lagi panas bila ada orang isap rokok. kalau ikut aku memang aku dah panas.

tapi buat apa nak rasa panas dengan kawan yang meminati satu team yang sama? takkan aku nak suruh brader yang hisap rokok depan aku supaya isap rokok jauh-jauh. lagi satu takkan aku nak suruh pakcik-makcik-adik-kakok yang duduk belakang aku yang begitu semangat makan kuaci supaya membuang sisa kuaci dalam kocek mereka dan selepas tu buang dalam tong sampah yang disediakan diluar stadium. perlukan aku menjadi orang yang sivik?

aku SETUJU dengan kata fredie dalam blog dia tentang 'skill' para penyokong malaysia dan pasukan-pasukan negeri yang ada. kita lebih sibuk kutuk pengadil, kutuk pemain yang terlepas peluang, sibuk kutuk penjaga garisan yang angkat bendera, sibuk itu dan sibuk ini.

stadium penuh sebab team kita main sedap. tak pun sebab team kita berada di kelompok teratas liga. korang tgk pasukan pahang. duduk no 2 last.try korang pergi stadium darul makmur tengok. berapa kerat yang ada. mana patriotiknya orang pahang? bukan cerita pahang jee, tapi satu malaysia. team sedap main, orang mesti ramai. try tengok pasukan terbawah epl. cikai macam mana pun kedudukan diorang stadium tetap penuh tak patut.

aku rasa penyokong kita kena sedap dulu sebelum kita dapat team yang sedap...


ps: gambar pakcik aku yang sanggup turun dari melaka. kelihatan dalam gambar beberapa pemuda yang sedang main sms semasa tengok bola. pehh, nasib baik tak bawak laptop...