Ahad, 30 Ogos 2009

Ramadhan di Tempoyang Part 1

Sakit telinga dia punya rasa nak pelempang orang macam sakit gigi jugak rupanya. aku baru jee sampai dari lipis ni. sampai buka puasa kejap lepas tu pergi jumpa doktor pakar telinga kat bandaraya Kuala Terengganu, Doktor pakar tu dengan rileks jee buat rumusan yang gendang telinga aku pecah lepas dia main kepala aku. tapi dia cool giler, dia cakap pecah sikit dan dia kasi satu bulan untuk sembuh.

bagaimana ia terjadi? macam mana boleh terjadi? kat mana terjadi? siapa yang terlibat?

hari khamis lepas kerja aku terus blah ke Kuala Lipis. ikut jalan tasik kenyir. dia punya hujan tak payah nak cakap. lebat tak patut. kereta pun tak banyak. ada satu tempat tu aku macam berdebar-debar macam ada orang tumpang aku naik. tapi aku rileks jee memandangkan hari masih lagi ada matahari. bila ada matahari maka aku akan jadi berani.

sampai lipis ada satu jam lagi nak buka puasa. lepas buka aku layan nak tulis blog, tapi celcom punya celaka kat taman seri tempoyang line tak sampai. panas giler aku. so sejak khamis sampai petang tadi aku tak bukak internet. dia punya perasaan suka sekarang bila bukak internet macam dapat 1st gaji masa mula masuk kerja gomen dulu.

malam tu aku bawak abah aku, jeman dan jeri pusing town. abah aku cakap ini laa kali pertama dia turun town lipis waktu malam dalam tempoh setahun ni. aku dah kagum. so malam tu aku belanja dioorang makan ketiow goreng kat D.A Cafe Lipis. dia punya muak ketiow tu toksah cerita. tapi aku tetap habiskan juga. padeli, amin sama mail lepak rest house katanya. awek cun kata padeli.

esok pagi aku bawak abah aku pergi hospital, cheak gula dalam badan dia. lepas tu aku membeli belah kat pasar baru lipis kat bandar baru. bandar baru lipis punya kodi aku tengok macam bandar hantu. orang pun tak ada. aku pikir majlis kena pindah 2 -3 bank kat bandar baharu tu. kasi bukak affin bank satu, bank rakyat, RHB bank dan pikir laa sendiri. bila ada bank baru ramai orang. itu pun nak aku pikirkan ke?

petang tu aku melepak kat pekan sehari sama pasar ramadhan lipis. aku tak cari apa-apa melainkan rendang jamil. abah aku kata rendang jamil ini Sultan Pahang sendiri order dari Lipis nak makan kat istana dia. so, rendang jamil memang juara segala rendang.

tiba-tiba adik aku jeman cakap dia nampak padeli. so aku tanya mana padeli? lepas jeman tunjuk padeli aku beristifar berkali-kali dan teragak-agak nak tegur dia. tapi nasib baik dia tegur aku dulu. muka dengan jambang sebijik macam ayah dia. aku ingat mamat bangla mana tadi. so lepas melepak seround sambil suruh aku beli roti john sepupu dia aku blah dari situ.

malam tu mail dan padeli ambik aku kat rumah. tempat dituju ialah rest house. kata padeli awek situ lentik. sampai sana aku rasa nak terajang padeli bila tengok awek kedai tu tapi aku tak kisah sangat janji kedai tu ada astro. malam tu ata ada jugak datang. ata dia punya loser sama je macam zaman dia belajar isap rokok dulu. azy carter sungguh. lepas tu pp sama ben sampai. pp berapa banyak kali beristifar lepas tengok raut wajah padeli. malam tu borak hal-hal biasa sangat macam siapa terer main bola? hal awek, hal politik sikit-sikit dan biasanya hal padeli yang banyak.

malam masa balik telinga aku macam nak bernanah bila dengar padeli sama pp bertengkar. macam budak darjah 6. kalau ikut aku, aku suruh jee jalan kali balik. tapi memandangkan kereta padeli ada kat depan rumah aku maka terpaksa aku hantar diorang sampai rumah aku. tapi bab2 bertengkar tu memang aku panas. kalau dengar dek orang memang memalukan persekutuan.

bersambung ( serius aku sambung esok, nak makan ubat sakit telinga..)

Khamis, 27 Ogos 2009

Selamat merdeka kanak-kanak bermain riang!


ini gambar abah aku dan gengnya sebelum satu operasi memburu komunis di Miri Sarawak pada tahun 1974. kalau balik lipis cerita hal ini sekali sekala memang sedap mendengarnya. kekadang macam cerita Rambo ada jugak dia punya suspen sikit-sikit.

kamu mempunyai 2 ekor lembu yang menjadi hak kamu. kerajaan mengambil kedua-dua ekor lembu kamu itu dan kerajaan hanya memberi kamu sedikit susu daripada lembu kamu itu. dan kerajaan kamu itu adalah kerajaan yang komunis sifat ekonominya. kamu bangga dengan idea komunis kamu?

ada satu tahun selepas merdeka. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau nama glamernya HAMKA telah ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan Sukarno selama 3 tahun kerana didakwa terlibat dalam cubaan membunuh Sukarno dan dikatakan mendapat peruntukan daripada Perdana Menteri Malaysia Tunku Abd Rahman setika itu. rasanya semua tahu bahawa HAMKA di tahan kerana tidak bersetuju dengan tindakan Sukarno untuk mengabungkan Nasionalisme, Agama dan Komunis( NASAKOM) sebagai satu idealogi negara. dan rasanya semua tahu bahawa pada masa itu Sukarno begitu kamceng sama Komunis Indonesia.

kenapa Islam macam ada hal sama komunis? rasanya semua penganut Islam dalam dunia ini macam bermasalah dengan komunis. betul tak? try tgk patani satu ketika dulu. selain daripada kerajaan thailand sendiri mereka memang banyak hal sama komunis.

tapi ada jugak geng-geng komunis cuma menyamakan tentang hasrat dan idea komunis itu adalah selari dengan islam. sebagai contohnya, Islam dan Komunis itu sama-sama anti kapitalis dan Islam dan komunis mahukan manusia hidup tanpa kelas sosial. bagaimana Islam dan komunis itu sama sedangkan asas komunis itu menidakan pekara-perkara yang ghaib? sila baca buku Engel kalau tak percaya. tajuk tak ingat.

so, bersyukurlah pada tuhan kerana hidup aman damai dalam Negara Malaysia ini. cuma sedih dengan sesetengah pihak dan anak muda yang cukup bangga dengan sejarah komunis dan keinteletualan kiri dan anti kapitalis mereka. walau bagaimanapun aku mengucapkan tahniah kepada mereka dan idea-idea intelek mereka. semoga mereka mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka.

selamat merdeka abah!
selamat merdeka mak!
selamat merdeka nenek!
selamat merdeka melayu!
selamat merdeka cina!
selamat merdeka india!
selamat merdeka orang muda!
selamat merdeka orang tua!
kanak-kanak bermain riang! selamat merdeka juga!

Rabu, 26 Ogos 2009

Cinta Buatan Asrama Penuh Bahagian 2 per 2

( sambung dari cerita bawah..)

"babi. ayat filem...kau dah berapa kali layan cerita tu? " gua dah geram.

"sekali tu jee laaa. pek, aku nak sambung cerita itu hari. lu nak dengar? " muka brader
tu macam laki mati bini.

"ha cerita jee laaa..."

"kan aku cakap kat kau yang awek tu tak terima cinta aku kan? " beria benar cara dia
bercerita

"ha..nape dia dah terima ke? "

brader tu keluarkan rokok dan hulur kat aku. dalam hati aku dah pikir macam nak
bual sampai maghrib.

"bukan. aku sebenarnya ada couple sama kawan baik dia. budak johor. masa tu aku
tingkatan 5. aku SPM masa tu. aku pun tak tahu macam mana aku boleh tangkap
jiwang sama kawan dia tu. hahahaha...hahahaha"

style dia gelak kalau korang tengok memang korang menyampah giler. bunyi gelak dia style suara gelak background dalam cerita komedi.

"pehhh...sekarang kau dengan dia lagi ke? awek tu tahu tak? " gua sedap tanya sambil hembus rokok dan lepas tu letak tangan kat kepala. macam pemikir.

"awek ni lain beb. tinggi. tinggi dia lebih tinggi dari aku. body cam model. suka ziana zain dan yang paling top up sekali dia habis mengaji Quran.." dia cakap sambil angguk-angguk kepala.

"tapi pek...aku baru putus sama dia ni. baru jee 4 - 5 hari ni..." muka sedih dia memang cam jahanam.

"pulak. putus pulak. apa kes? kau tak kasi biodata lengkap kee apa? " aku kasi lawak panas sekali.

"babi pek. putus sebab mungkin jauh beb. aku kat Lipis. dia kat Johor. jauh beb. telefon rumah aku dah naik mendadak ni. bapak aku dah sound semacam. so mungkin ini satu alasan. tapi aku pikir salah satu sebab ialah dia tinggi daripada aku.aku 170 cm. dia tinggi 175 cm. tak sepadan. bersusah payah aku berjogging nak kasi aku tinggi. tapi sia-sia sekarang..."

"banggang jogging nak kurus ada laaa. kalau nak tinggi kena makan apple aku dengar.habis tu macam mana? ko dah 'lonely' laa sekarang? " aku ayat macam kak sri siantan punya ayat.

"yeee..kitaorang tak sepadan. sebab ketinggian. aku kecewa dilahirkan pendek pek. kecewa. " brader ni cakap merapu. nasib baik air teh aku dah sejuk. kalau panas aku simbah kat muka.

"gini laa. aku cadang kau cari awek lain. awek-awek satu sekolah ni tak berkembang mana. balik-balik cerita hal cikgu yang sama. balik-balik cerita hal kawan yang sama. kau kena keluar dari zon asrama penuh kau tu " aku kasi motivasi

"pek, gua dah try. tapi jiwa aku tetap dengan budak sekolah aku pek. so sekarang
ni aku tengah berusaha tekel awek junior yang aku jumpa dalam IRC nie pek..kau nak dengar cerita tak pek pasal dia? " brader tu dengan muka berseri-seri try pancing aku untuk dengar cerita dia.

"aku dah lewat nak main bola ni. lain kali laa. kau jangan dengar sangat cd Black Coffee Blues yang aku kasi tu. boleh mati kau nanti "

aku blah dari situ, pecut WCL aku dan singgah beli rokok kat mini ria batu 2.

"pergi jahanam laa sama asrama penuh kau! " aku cakap dalam hati.

Cinta Buatan Asrama Penuh Bahagian 2


satu pagi aku ke stesyen keretapi Kuala Lipis. sekali sekala layan keretapi pergi KL memang sedap bukan main. walaupun perjalanan dia lama tapi dalam keretapi aku tak perlu pikir hal-hal tandas, teh tarik dan juga bab-bab nak tidur. selesa beb dan masa tu aku memang bangga banget naik keretapi.

bukan apa taknak naik bas pergi KL, aku menyampah giler sama itu jalan Raub ke Bentong. bengkang bengkong, berliku-liku, kalau orang nak muntah time jalan tu laa orang muntah, siaran radio memang tak dapat dan dengar cerita pontianak banyak kat jalan tu.

"woi apek...apek woi...."

dari jauh aku dengar ada orang panggil aku. dia punya jerit kalah bunyi keretapi. ha, brader asrama penuh tu. memang takleh nak lari.

"mari sini lepak-lepak pekena teh! " brader tu jerit sambil lambai-lambai tangan.

"ok kejap aku nak beli tiket jap..." aku hai dia kejap lepas tu cari tiket pergi KL. tempat minum ini kawasan orang-orang kelantan selalu minum. abah aku tak jugak berkecuali melepak sini. kekadang aku nampak jugak bapak kumprinx sama kumprinx lepak sini sambil cakap kelantan.

"kau nak gi mana apek? " brader tu tanya sambil tengok tiket

belum aku jawab dia cakap "KL? apa kejadahnya pergi KL naik keretapi? buang masa beb"

time tu memang aku rasa nak terajang.

"saje tukar angin. sekali sekala nak pekena isap rokok dalam keretapi. awek pun ramai, nak main terup pun senang. ini panggil lepak saje-saje ke? air-air tak ada ke? " aku bercakap style AR Tompel.

"muka subsidi. cam celaka. order laaa" mamat tu cakap sambil kasi balik tiket keretapi aku.

"ha, awek cam ne? sihat? lama tak nampak ko. sibuk ke? " aku saje bakar line bab-bab awek ni.

"macam ni laa, lama tak kuar rumah. Kuala Lipis dah boring giler. nak main bola pun tak ada kaki, semua dah masuk askar..hahaha" brader tu cakap style satu filem yang Hishammudin Rais buat tu.

bersambung

Selasa, 25 Ogos 2009

Solusi!


terus terang gua cakap syarikat yang terbit majalah ini tak bayar gua satu sen pun untuk promosi majalah ni. SOLUSI, majalah hal-hal agama dan kehidupan yang terbaik yang pernah gua jumpa daripada ladang pemasaran majalah di Malaysia.

sangat sesuai di baca oleh mat-mat indie, golongan-golongan kiri sekular, manusia yang taksub dengan duniawi dan semua jenis manusia yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang Islam dan kehidupan.

yang gua bangga tentang majalah ini ialah gua tengok tak ada langsung syarikat kurma, syarikat-syarikat produk kesihatan, syarikat pembekalan Amah dari Jawa dan juga syarikat-syarikat travel/haji /umrah buat promosi/iklan dalam majalah ini kalau nak dibandingkan dengan Harakah. gua memang kagum dan gua ambik masa 2 minggu kasi habis baca majalah ini.

harga rm9.00, kulit berkualiti dan purata ketebalan isi dalam 108 mukasurat. yang paling gua rasa gampang sekali ialah gua dapat tahu majalah ini bila gua jumpa kat satu kedai kat Kuala Terengganu dan majalah ni dah masuk isu no 10. yang gua hairan sebelum ini setiap kali gua pergi kedai buku ini gua tak pernah nampak langsung majalah ini. nampak sangat tokey kedai ini order sikit majalah ni.

gua pikir daripada lu orang layan majalah kartun yang kutuk kerajaan, marah dengan PM, sajak protes dan maki hamun orang dan hal-hal kiri yang lain, baik lu orang layan SOLUSI, dapat jugak ilmu dunia dan akhirat.

gua mohon mencadangkan.

kakinota : Biar tak menyala, baranya jangan padam! Hidup Palestin!

Ahad, 23 Ogos 2009

Hal Buah Melaka

aku ke Pasar Ramadhan Cabang Tiga Kuala Terengganu semalam. suasana dia macam esok nak raya. jalan jem. orang Majlis Bandaraya ramai giler berkawal. kalau aku jadi datuk bandar mesti aku tangkap bangga dengan penguatkuasa Bandaraya. aku harap Yusof Haslam buat cerita hal-hal penguatkuasa lepas ni. ambik Fazura berlakon sekali. mesti orang-orang penguatkuasa bangga.

orang dah laa ramai. tempat parking memang susah nak cari. nak mencarut bulan puasa. disebabkan aku tahu satu jalan rahsia maka aku dapat satu parking belakang pasar cabang tiga.

sampai pasar orang ramai tak patut. H1N1 orang semua dah tak takut. kat ayam golek orang beratur macam nak bayar air kat pejabat pos. semua gembira petang tu. pak long, mak ngah, ayah de, tok wan, aki yang semua ada. semua memang dalam mode riang ria ramadhan.

aku pergi satu tempat yang jual kuih yang biasa aku beli,

" kak, onde-onde seringit " aku cakap sambil hulur duit

" onde-onde habis dik " kakak tu cakap style muka berseri-seri

" Habis! WTF! " aku cakap dalam hati

aku berjalan dari warung ke warung. cam celaka semua onde-onde habis. kenapa? kenapa? kenapa? kenapa orang suka makan onde-onde?

aku call bini aku.

" elo yang. onde-onde dah habis" aku cakap macam nak menangis

dalam on the way ke kereta aku nampak macam bende hijau dalam plastik. dari jauh jugak aku tengok ada sorang makcik dok belek-belek plastik hijau tu. bende tu tinggal 2 lagi. tanpa memikirkan perasaan orang ramai dan juga perasaan abang penguatkuasa aku berlari-lari anak ke sana. kalau orang tengok mesti syak aku tak puasa.

akhirnya ku mengenggam onde-onde tanpa melepaskannya. masa tu hati aku berbunga-bunga sambil bersiul-siul lagu dari Rahmat (Ekamatra) Hanya Segenggam Setia.

notakaki : jangan baca sangat cerita ini. memori murtabak tu memang ada, tapi bab-bab melarikan diri tu aku dah lupa. aku syak PP saja buat sedap cerita.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini penuh makna kepada anda semua.

Sedia menerima tempahan bermain bola di bulan Ramadhan

nama team aku Belia Roma FC. aku ambik nama Roma letak kat Belia sebab aku taknak pasukan aku ni nampak macam EPL sangat. sekarang ni kalau masuk kejohanan mana-mana team semua nak bunyi macam epl punya team. main pun nak macam epl, semangat pegang bola rilek-rilek dah tak ada. korang tengok liverpool main, tergopoh-gapah sungguh. nak kejar apa bende pun aku tak tahu.

Perkataan belia aku mesti letak. budak-budak sekarang pandang serong sungguh dengan perkataan belia. nampak belia ni kodi sangat. kalau buat bende-bende mesti cakap yang diaorang ni buat-buat hal sendiri dan secara indie dan diaorang ni bukan mat belia atau mat persatuan belia. pergi mati laa. apa diaorang ingat best sangat ke jadi indie ni? setakat ilmu dapat dari wikipedia sama youtube pergi mam laa sama korang punya indie (maaf jika berbunyi takbur dan riak)

yang berdiri dari kiri tu Amir. orang Kg Dusun Hulu Terengganu. dia memang samseng Kg Dusun. Walaupun samseng dia takut sama hantu raya. ada satu kes dia tak balik rumah tidur kat opis pasal hantu raya punya cerita. Amir ini tinggi dan macam Peter Crouch sikit-sikit. korang tahu jee laa Peter Crouch punya sentuhan. harap bola tinggi jee lebih. sebab taknak dia jadi macam Peter Crouch aku letak dia main bek. tapi perangai epl dia memang kuat. lepas naik atas taknak turun-turun.

sebelah amir tu aku. sejak jadi chubby aku jadi keeper sepanjang masa. aku taknak tulis lebih-lebih hal aku takut nanti editor blog ni potong.

sebelah aku nama dia azman majid. dia bekas pengerak rakan muda daerah marang. dia orang kuat arsenal. hari-hari provoke aku suruh masuk fantasy football. hensem orangnya. posisi terbaik ialah bek tengah dan dia memang pandai menanduk. seorang pemain yang islamik kerana setiap kali main bola dia mesti tutup aurat.

sebelah man adik amir. aku tak kenal sangat. baru sekali bermain untuk team.

duduk dari kiri berbaju kuning itu ialah azwan. posisi terbaik ialah keeper dan kekadang bek tengah. dia ni dah macam aku sikit. chubby. skill terbaik dia ialah menghisap rokok macam naga selepas habis separuh masa pertama. displin memang fail. ada satu musim 7 sebelah dia keluar padang terus cari rokok. Dunhill memang suka orang macam dia.

yang duduk tengah tu nama dia syahril. penyerang ala Thierry Henry. aku ambik dia pasal dia pandai shoot gol. biasanya kalau satu sama satu dengan keeper mesti dia shoot gol. kalau dia tak shoot gol mesti dia ada masalah peribadi macam baru lepas gaduh dengan bini atau kena marah sama boss. cuma dia sebelum main muka macam berdebar-debar dan aku tengok macam berzikir sikit-sikit.

sebelah syahril ni zizul. aku dengar cerita dulu dia ni chubby tak patut. tapi lepas cintanya ditolak, dia tekad menguruskan badan. dengar cerita dia tak makan nasik. kalau pagi-pagi bf dengan aku dia makan kuih jee. dia ni bekas keeper daerah hulu aku dengar cerita. tapi posisi terbaik dia ialah pertahanan. kekadang dia selalu melepaskan penyerang dengan mudah sehingga menyusahkan aku. biasa laa budak tak kahwin lagi, masa main ingat kat awek.

tiada dalam gambar ialah fabregas. nama betul arizan. budak kuantan. main nak macam cristiano ronaldo. ada satu musim bola, dia layan skill ronaldo pakai youtube kat opis seharian. memang rugi duit gomen itu hari.

kejayaan terbesar team kami ialah kami selalu tewas dengan team yang jadi juara. contohnya minggu lepas, Belia Roma FC tewas sama satu team yang jadi juara kejohanan. kalah kat suku akhir pulak tu. aku pikir kalau memang suku akhir memang confrim kitaorang juara.

well...welll...well....bagi meningkat mutu permainan Belia Roma FC, kami sedia menerima tempahan bermain bola di bulan Ramadhan sama ada padang futsal atau main kat stadium. cabaran anda amat dihargai dan kerjasama pihak tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih ( macam surat gomen laa pulak).

notakaki: kalau minat bola sila layan sokernet. memang sedap baca blog hal-hal bola kat situ. tapi aku pikir semua yang tulis kat situ semua jenis chubby dan tak reti main bola. memfitnah liverpool memang sedap aku tengok.

Khamis, 20 Ogos 2009

Catatan Laju - Hal-Hal Kuala Berang

Notadahi: Catatan kali ini betul-betul gua dapat idea daripada blog Tun Mahathir! Memang gua betul-betul ketagih nak tulis style dia!

1. Penutup lens kamera gua jatuh masa perasmian Pekan Budaya Hulu Terengganu. Memang panas sungguh hati gua. gua pikir jatuh masa gua duduk kat tempat khas para gomen. habis satu pekan budaya gua tawaf cari lens gua. (catatan laju - gua menyesal pergi perasmian tu!)

2. Hooray! Bandar Kuala Berang dah ada KFC! dengar cerita ramai bebenor orang pergi masa hari pembukaan dia. habis ayam dia gua dengar cerita. gua betul gembira dengan perkembangaan ni. gua harap KFC bukan orang yahudi punya. kalau yahudi punya gua akan support RFC(radix fried chicken), dengar cerita kalau nak bukak kena cari modal 1.5juta RM. amacam? (catatan laju - gua teringat lagu band papa - berjuta-juta ayam mati di KFC!)

3. Tadi gua pegi Hospital Hulu Terengganu. saringan H1N1 dia bapoknya kodi. ada ke pakai termometer yang besar bapoknya. letak kat lidah pulak tu. letih gua sampai gua pegang dengan tangan. ada dekat seminit. beza sungguh dengan saringan H1N1 kat Hospital Lipis, pakai termometer yang jenis usap-usap kat dahi, 10 saat pun tak sampai. (catatan laju - tadi gua letih pegang termometer dalam satu minit lepas tu sepanjang gua pergi hospital Hulu Terengganu yang cheak gua semua penolong pegawai perubatan, mana pergi doktor? apa doktor2 ingat Hulu Terengganu ni kodi sangat ke? )

4. Bulan ini gua hatrik pergi mandi kat air terjun Sekayu. dah macam ketagih sekarang. (catatan laju - ini memang dah cacatan laju dan pendek)

5. Gua tengah pikir nak sokong pasukan dalam epl yang biasa-biasa je sekarang. gua takut malu nanti bila ada orang tanya pasal pasukan epl pilihan gua. gua pikir nak sokong Man City tapi lepas liverpool menang 4 - 0 semalam gua ambik keputusan nak sokong pasukan liverpool. tapi kalau tengok Man City main sedap gak, Blackburn pun itu hari sedap bukan main masa lawan city,mungkin blackburn, man city atau liverpool. tengok laa mana satu baju jersi yang lawa. nanti gua turun Wakaf Che Yeh cari satu baju jersi. gua sokong mana team yang jersi dia lawa.(catatan laju - pergi mati sama EPL!)

Cerita Pendek - Ramadhan Y2K

abah aku dah sound awal-awal pasal lubang pagar rumah aku. seminggu sebelum pose dia dah sound siap-siap. katanya jangan gali lubang time-time pose, nanti letih, 2-3 hari sebelum pose gali laa siap-siap. aku angguk macam biasa sambil tengok dunia jam 10.

tiba-tiba bulan pose datang tanpa disedari. daripada cakap baik-baik abah aku dah sound macam guru besar sekolah. panas dengan ceramah abah aku pagi tu aku cari kawan-kawan untuk jadi rakan buruh aku.

macam biasa 3 orang rakan seperjuangan berjanji akan turun datang membantu. anak cc, anak guru besar sekolah dan anak cikgu sekolah. anak cc tu pp, cakap ok bukan main, cara angguk macam konfiden bola masuk gol. padeli anak guru besar sekolah keledek dia punya setuju sampai tepuk-tepuk bahu aku dan syoba rakan sepancing memang dari awal setuju tolong dengan syarat pergi ambik dia kat rumah.

so, balik rumah aku kasi laporan kat abah aku yang esok anak cc, anak cikgu besar sekolah keledek sama syoba setuju turun padang untuk kasi buat lubang pagar. abah aku punya suka petang tu dia kasi tazkirah sambil buke pose.

.
.
.

esok tengahari hanya aku sama syoba yang mengorek lubang pagar. pp sama padeli datang tersengih-sengih selepas lubang ke-3. kalau ikut horoskop memang diaorang kena terajang hari tu.

notakakis: diambil dan diubah dari siri novel " rumah murah tak berpagar " karya Nor Hisham Mohamed.

Selasa, 18 Ogos 2009

Cinta Buatan Asrama Penuh

Aku kenal brader ni dah lama. ada dekat 30 tahun. sepanjang lepak dengan dia aku tak boleh lagi nak baca minda dia. perangai cam celaka kadang-kadang. kekadang emosi tak pasal-pasal. macam perempuan ada sikit-sikit perangai dia ni.

brader ni ada dua kenderaan. satu kereta dan satu motor. ada satu musim hujan dia pakai motor bawak berjalan. aku pelik. aku tanya dia pasal tak bawa kereta time hujan hujan ni, so dia jawab bila lagi nak pakai baju hujan yang dia beli.

satu hari aku melepak sambik minum teh dengan dia. satu perangai yang aku rasa nak terajang bila dia aku order teh o ais dia mesti order air sirap. lepas minum sirap sikit dia try minum air aku sikit. perangai tak sudah. kalau tak pikir hal-hal penjara aku dah kasi pelempang kat situ jugak.

hari tu aku tanya dia pasal apa dia tak kahwin lagi. umur dah tua. lama jugak dia termenung sambil pandang baju naga aku. masa tu aku tengah isap rokok. rasa nak jee cucuk rokok aku kat hidung dia. berpikir lama sangat.

" apek, masa kecik dulu aku ada tangkap jiwang sama sorang awek ni..." dia memulakan cerita dengan intro yang ada macam bunyi kitaro sikit-sikit.

suasana senyap, sekali sekala dia ambik air aku minum.

" kalau aku cerita hal ni kau jangan kecoh-kecoh pulak pek, ini cerita kalau kasi yusof haslam kalah Sembilu.." masa dia cakap macam tu aku rasa nak hentak jee meja makan

" masa tu kau darjah berapa? " aku kasi soalan

" masa tu aku tingkatan satu. aku sekolah kat satu sekolah asrama penuh ni. budak ni budak raub. rambut panjang, ikal mayang macam puteri tujuh ulik mayang " cakap dia macam berpantun

" chubby tak? " aku try tanya soalan panas

" bodoh laa ko pek, chubby-chubby ni tak main. kurus beb. lawa. body macam maya karin. kalau ko tengok pek, makan pun kau mesti tak lalu, muka dia pek, aduhh, ziana zain kalah ni " dia berkata sambil tunjuk kaset ziana zain.

" habis tu macam mana? cinta kau berbalas tak? " aku tanya

" tu laa masalahnya. aku pikir dia dah syok kat aku. masa kat dewan selera aku duduk bertentangan dengan dia. dia tgk aku, aku tgk dia. dia macam senyum kat aku, aku pun senyum kat dia...tapi.."

suasana sedih, tiba-tiba aku pikir hidup ni macam drama melayu pulak...

" arhh..tapi pahal? ada pakwe lain tekel kee.." aku tanya sambil ambik rokok dia sebatang

" ni pahal ambik rokok aku tanpa kebenaran ni "

aku tersengeh-sengeh seraya berkata,

" ala, aku tengah syok layan cerita kau ni...sebatang jee.."

" aku syok dengan dia dari tingkatan satu sampai tingkatan lima pek, lima tahun tunggu dia jawab aku punya lamaran nak jadi kekasih dia. tapi sepoi..bertepuk sebelah tangan aku.."

" ko ni cerita style bende ni, kata makwe tu dah syok kat ko, ni pasal pulak tak berjaya ni..."

" entah aa apek, hari tu aku jumpa dalam IRC, aku ada tanya dia pasal apa dia tak jawab cinta aku...kau tahu tak apa dia jawab pek? "

" bende? "

" katanya masa 1st date masa tingkatan satu dulu dia kata aku campak biodata aku kat tanah suruh dia ambik. bioadata dia, dia kata dia kasi kat aku pakai tangan sedangkan biodata aku campak kat tanah...sebab tu dia taknak ke aku, kau rasa logik ke?" mamat tu cakap macam nak nangis

" yang kau campak biodata kau kat tanah suruh dia ambik pahal? kau giler kee? " aku marah kat dia.

" entah aa apek, aku dah lupe, aku pun tak ingat langsung bab-bab kasi biodata ni. mana aku ingat biodata aku jatuh kat bawah..." dia jawab sambil menangis.

" logik gak alasan dia beb, pandangan pertama dia yang ko tak serius kat dia. sebab kau campak biodata kau suruh dia ambik..." aku macam sokong tindakan awek tu.

" pasal kau macam sokong dia ni. kau kata kau belajar pembangunan manusia. ini macam melemahkan aku jee..."

aku panggil makcik ni suruh kira. aku nak blah. pergi pejabat pos, hantar surat-surat yang ada zine pada peminat-peminat aku. kalau layan brader ni mungkin tumbuh bisul kat punggung aku.

atas motor WCL aku, aku pikir awek ni sama banggangnya dengan brader ni. buat alasan tak logik langsung. ada ke hal biodata jadi satu isu. yang brader ni satu lagi banggang, dah orang taknak tu pergi laa cari makwe lain. bersepah dalam dunia ni.

" bodo punya cinta buatan asrama penuh! " gua jerit sambil hi mat terap yang jaga pagar Kem Askar

Ahad, 16 Ogos 2009

How Soon Is Now?

Hari ini 16 Ogos 2009 genap 8 tahun gua berada di Negeri Terengganu. macam tak percaya. gua macam mimpi pulak rasanya. sedar tak sedar gua dah 8 kali sambut merdeka kat Terengganu. selalunya gua sambut merdeka kat Kuala Lumpur Kota Metropolitan tak pun kat Karnival Lipis.

Pada hari ini pada tahun 2001, gua datang sini dengan jiwa yang tak berperasaan sangat. perasaan sedih memang tak ada langsung masa gua blah dari KL hari tu. hati gua cuma syok giler bila pikir hal-hal pantai. gua tak ingat sape yang hantar gua ke puduraya pada malam 15 Ogos 2009. gua pikir member gua ajuba kot yang menghantar gua tak pun member yang bawak kereta honda ayah dia.

Gua sampai ke Stesyen Bas Tanjung pagi dengan berbekal satu beg deuter yang ada 3 helai baju kerja, 2 helai seluar kerja, pelbagai jenis baju, 7 -8 helai seluar dalam, sepasang kasut kerja bundle, satu tali leher mrsm pdrm, sehelai baju sejuk hardcore, walkman dan 4-5 kaset dubb. Tilam sama bantal gua tak pikir langsung masa tu. tak tahu laa pasal. boleh dikatakan gua turun Kuala Terengganu dengan ilmu hardcore di dada dan sebatang kara. sedara mara memang tak ada langsung kat sini.

Gua sampai stesyen bas tanjung pagi giler. ada dalam kul 5.30 pagi rasanya. sebab dah biasa tidur kat stesyen bas maka gua tak kisah sangat tidur situ. sampai jee gua terus cari kawasan tidur sebelum menanti hari pagi.

Lepas mandi gua cari tempat makan situ. gua cari satu kedai makan dan order nasik lemak. tapi makcik tu hantar satu nasik lemak ada ikan aya. gua sound makcik tu yang gua mintak nasik lemak yang ada ikan bilis tapi makcik tu sound balik yang ini nasik lemak terengganu. sejak daripada itu gua redha jee makan nasik lemak ikan aya.

Pagi tu gua mencari wisma persekutuan. gua kena lapor diri situ. hasil pertanyaan dengan orang ramai, diaorang cakap wisma persekutuan tak jauh mana dari situ. ada dalam 3 atau 4 km. bagi gua setakat 5 km gua boleh berjalan macam biasa. masa duduk KL gua pernah menapak dari Puduraya ke Central Market dan terus ke Pertama Kompleks dengan tak ada perasaan apa-apa.

Tapi sebab gua pakai kasut kulit maka gua ambik keputusan naik teksi. memang dekat tak patut tapi gua kasi RM5 ke pakcik teksi tu. dengan beg deuter yang besar, pakaian masuk pejabat dan bertali leher, gua pergi melapor diri. tiap-tiap tahun bila gua pikir hal ini balik gua rasa nak bakar jee beg deuter gua tu.

Bersambung ( siri ni ada 15 siri)

ps: Beg deuter tu sekarang ada kat member gua zaidi muda. dia beli sebab masa tu gua nak pakai duit pergi mana gua tak ingat. Takpe satu hari nanti gua pajak balik beg tu.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Sekayu, Hulu Terengganu, Terengganu

Tadi selepas satu perlawanan bola, sebelum jumaat. aku dan geng-geng bola mengambil keputusan ke Sekayu. Jarak air terjun Sekayu sama padang bola ada lebih kurang dalam 15km.

Jarak yang dekat dan dengan perasaan berkobar-kobar untuk berlatih menendang bola di dalam air supaya tendangan yang akan dihasilkan nanti menakjubkan membuatkan semua pemain-pemain sunguh bersemangat ke sana.

Suasana yang aman, damai, keadaan yang sedap, air yang sejuk, oksigen yang cukup dan orang yang ramai seperti hari raya membuatkan aku sangat teruja di Sekayu. Aku rekemankan kepada mereka-meraka di bawah ini untuk ke sini.

1. Mereka yang mencintai alam sekitar dan berjiwa greenpeace.

2. Mereka yang ada anak bini dan bercita-cita untuk beriadah/berkelah bersama keluarga sambil mandi manda.

3. Mereka yang hendak menangkap gambar pokok-pokok (pokok hutan, pokok bunga dan pokok herba)

4. Mereka yang ingin mencari ilham (buat sajak, buat lirik lagu, buat cerpen dan tulis skrip drama, penulis blog tak digalakkan sangat)

5. Pelukis

6. Cikgu-cikgu yang nak bawak anak murid berkhemah. ( kat sini banyak kawasan perkhemahan, sesuai sangat)

7. Pengarah filem (sesuai sangat buat drama seram)

8. Peminat bola yang kecewa kerana ramai sangat minat sama team EPL daripada team Malaysia.


Khamis, 13 Ogos 2009

last gol!

suasana tegang masa tu. 5-5. permainan diteruskan.

sapik baling bola kat aku. macam biasa melekat dan macam biasa aku melepasi padeli. 3 orang pertahanan kat bawah. aku pass bola ke dd. dd cuma merembat tapi dia mengacah sahaja. dia pas bola ke aku balik. amar try ambik bola dari aku. asakan dia kuat. aku pass bola ke sapik balik.

permainan cantik dan ala brazil yang ditunjukkan oleh pasukan aku membuatkan pp panas. pp menjerit kepada padeli supaya memberi tekanan kepada sapik. sapik tenang walaupun padeli berlari sekuat hati kearahnya. bola dd ambik dengan tenang. dd pas ke aku. kami bermain one two. pp tertipu, padeli dan pp saling berlaga antara satu sama lain. amar yang bermain penyerang tadi sudah hilang posisi kerana terpaksa membantu barisan pertahanan. dd jelas bijak berlari antara ketiga-tiga pertahanan tersebut. dd merembat....

....terkena tiang gol. bola melantun pada padeli. padeli membawa bola secara solo. kat bawah hanya tinggal kumprinx dan sapik. sapik menjerit suruh semua turun. semua panik. larian deras padeli telah memasuki kawasan D. padeli pas pada pp. pp cuma merembat dan dihalang oleh kumprinx. bola di kaki amar. amar cuma membuat u turn tapi tak berjaya, gagal sebab lembik. bola dirampas dd. dd cuma pasing aku. tersalah pasing. bola dapat kembali pada padeli, padeli mengacah-gacah aku dan dd. padeli berjaya mengelirukan kami. ada ruang kosong di situ. padeli merembat.....

padeli rembat angin. bola hilang dari bayangan kami. semua terhiling-hiling. arghh, dah malam rupanya..jerit hati ku seraya mengajar padeli menemani ku balik.

bersambung...aku sambung nanti tak pun amar akan sambung, takpun pp atau padeli sendiri..)

ps: ada satu musim kitaorang main dalam keadaan suara azan berkumandang ke udara.

Bro, suara mu terbaik di dunia!

Sebagai seorang peminat rahsia scene nasyid negara gua begitu merasai kehilangan Ustaz Asri Ibrahim. gua ingat lagi masa gua kat UPM, Raihan, Rabbani sama Hijjaz kira band kegemaran rahsia gua. Bila gua boring layan punk rockers dan muzik bingit yang lain, gua akan keluarkan kompilasi lagu-lagu nasyid yang gua dubbkan secara rahsia.

ada satu musim gua pergi tengok nasyid secara rahsia ke dewan besar UPM tu dengan baju gua yang agak rock. Masa tu gua kamceng betul sama sorang abang senior dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang satu kolej dengan gua. Memang time 1997 - 2000 scene nasyid memang diminati ramai dan berkembang baik. Rabbani kira satu band yang kekal konfiden dihati gua sebagai sebuah band yang paling gua minati sehingga ke hari ini.

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kembara Seniman Jalanan Gua Musang

Gua Musang bukan jenis daerah yang boleh di pandang serong sekarang. Kalau dulu bila sebut Gua Musang aku rasa macam nak menangis jee. Nak menyampai ke Gua Musang dulu dari Kuala Lipis mesti muntah seround dua. Mak aku kalau nak balik Kota Bharu memang dah standby pelbagai jenis plastik sama coklat hacks dari rumah.

Dulu orang-orang gomen mesti cuak bila dengar nama Gua Musang. Daerah Hulu biasanya sinonim dengan pegawai-pegawai gomen yang bermasalah. Aku pun tak tahu pasal. Kalau nak buang daerah pun nama Gua Musang mesti top up.

Tapi Gua Musang sekarang dah lain macam. Gua Musang kira satu daerah yang cukup strategik bagi aku. Dari Gua Musang nak ke Kuala Terengganu perjalanan ada dalam 2 jam. Dari Gua Musang ke Kota Bharu pun dalam 2 jam jugak. Dari Gua Musang ke Cameron Highlands dalam 1 jam setengah je. Dari situ nak ke Ipoh pulak boleh pergi dalam 2 jam kalau tak silap aku. Kuala Lipis ke KL ada dalam 3 jam dan aku kira-kira dari Gua Musang ke KL ada dalam 5 jam kalau bawak kancil. amacam? Lu orang panas tak?

Aku memang panas sekarang ni. Lagi panas bila orang Gua Musang pergi Cameron Highlands balik hari. Macam pergi Mydin pulak bunyinya. Aku bukan apa Cameron Highlands bila orang sebut aku sensitif sikit. Feeling minum teh kat atas sana lain macam sikit. Seminggu sekali takpe pergi sana.

Aku tengah simpan cita-cita untuk duduk Gua Musang satu hari nanti. Balik lipis boleh naik keretapi. Aku pikir boleh dah kerajaan Malaysia buat satu jalan keretapi dari Gua Musang ke Kuala Terengganu lalu Tasek Kenyir.

notakaki : Tadi pun gua dah Need For Speed Undercover dari Kuala Lipis Ke Kuala Berang dalam 3 jam setengah naik kereta. Kalau ada jalan keretapi mungkin dalam 2 jam. Amacam Menteri Pengangkutan?

Selasa, 11 Ogos 2009

Road to Kuantan

lepas 2 tahun kerja gomen aku ambik keputusan ambik kereta. nak beli kereta punya laa susah. berfikir macam nak beli kapal selam. last-last aku ambik kancil. mula-mula aku cadang nak ambik wira 2nd, tapi atas khidmat nasihat pakar kereta aku tak jadi ambik.

lepas tu ada orang kasi cadangan kat aku suruh ambik iswara. aku tak berkenan sebab style macam kereta kebal. paling evil ada orang suruh aku ambik honda tapi sebab aku ni semangat kebangsaan tebal aku ambik kancil jugak last-last. jimat minyak dan senang nak parking.

lepas dapat kereta dan baru sebulan lulus lesen. aku ambik keputusan bawak balik kereta ke lipis. macam biasa petang ni aku bawak kancil aku tayang kat budak-budak persekutuan. padeli macam biasa dengan perangai terhiling-hiling dan tak pernah tengok kereta kancil model baru tawaf 4 kali kereta aku. lepas tu dia tepuk-tepuk bahu aku sambil berkata kat aku yang aku dah berjaya dalam hidup. saat tu aku rasa nak menitiskan air mata. sejak tu aku pikir dia ambik aku sebagai model dalam hidup dia.

pp membebel katanya dia nak pergi ambik sijil spm kat sekolah sains dia kat kuantan. sepanjang borak dengan aku dia akan sebut sekolah dia sebagai 'sekolah sains'. ayat cam ego, tahu laa sekolah sains. sama cam amar style dia.

sebab aku nak balik terengganu aku tak kisah sangat dia nak join aku sampai kuantan. lagi pun aku memang suka ada geng-geng duduk melepak sebelah sambil borak hal-hal negara. tak laa sunyi sangat aku. so petang tu aku set dengan dia ambik dia kat rumah jam 8.00pagi.

pagi esok macam biasa dia lambat, style terhiling-hiling. muka macam tak mandi lagi, mulut penuh dengan biskut. dalam hati aku pikir sape laa yang malang jadi makwe dia ni. mesti makwe tu sedih memikirkan pakwenya yang tak pandai menjaga perasaan.

macam biasa perjalanan dari lipis ke kuantan kena melalui jalan jerantut yang boring yang amat. kita orang berborak hal-hal persekolahan. maklum laa aku bawak budak baru habis sekolah. cerita pun hal-hal sekolah. dia ada cakap kat aku yang ayah ata memainkan peranan yang besar dalam hidup dia. apa kes entah aku sendiri tak tahu. lepas bercakap besar pasal kejayaan dapat 7A dalam PMR dan peranan ayah ata dalam hidup dia tidur. yang gua panas dia terus tidur sampai Maran. lepas Maran kitaorang pekena roti canai dan lepas tu dia pekena tidur terus sampai sekolah dia.

Fakta Penting.

1. Dari Lipis ke Kuantan ambik masa 3jam setengah. Jalan Maran ke Kuantan merupakan satu jalan yang paling boring dalam dunia. Masa tu highway tak ada lagi.

2. pp pergi bekas sekolah dia sorang-sorang diri. memang berani, aku pun pergi ramai-ramai takut junior-junior nak balas dendam. bab tu memang dia berani. bab awek tak berani.

3. aku tgh pikir apa pasal ayah ata memainkan peranan yang besar dalam hidup dia.

4. padeli sekarang pakai kancil jugak. memang dia jadikan aku model dalam hidup dia.

5. pp selalu jadikan tidur sebagai satu 'pelarian' untuk taknak bercakap hal awek dia. cam gamp!

Isnin, 10 Ogos 2009

Live dari Hospital Lipis

Sekarang dah jam 11.30mlm. abah aku yang pengsan pagi tadi pasal kurang gula dalam badan sedang bincang hal politik, hal tanah, hal Pejabat Daerah, hal Majlis Daerah, hal Najib,hal harga getah/sawit yang rendah dan pelbagai hal lagi dengan seorang pakcik yang aku rasa jaga ayah dia jugak. bukan main sedap lagi borak ni. sekarang jugak datang seorang misi muda tengah berbual-bual tanya tentang kes ayah aku ni. makin gagah pulak borak siap tanya kenapa tak ada kopi teh malam ni. amacam?

Aku gatal nak tulis style Mahathir ni.

1. Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lipis aku buat dalam 4 jam perjalanan. macam tak percaya. rasa laju gila myvi aku ni. semua aku potong, lori balak, lori tangki, lori sayur, motor, kereta proton dan juga kereta polis.

2. Jalan Kuala Berang ke Felda Aring memang cun laa. memang sedap pecut, sebab tu ramai orang Terengganu hari minggu je lepak Cameron Highlands. tapi yang tak sedap jalan yang start sempadan Kelantan tak siap-siap sampai hari ini. apa kes ni kerajaan kelantan? korang takada duit ke nak buat? ke kerajaan persekutuan jugak yang salah ni? sesapa bijak tolong jawab untuk aku.

3. Sampai lipis aku rasa nak mencarut. cam biasa, suasana serupa, tak cantik, keadaan cam faking kotor, pasaraya active punya penangan lagi cam celaka. ketam ada dua ekor jee tinggal. tu pun tahun bila punya aku tak tahu. ketam original kalau petang ni makan, malam dah rasa gatal. ini aku makan maghrib tadi tak datang gatal-gatal lagi. faking tul.

4. Aku jumpa amar sama mail. tobat skema diaorang ni. datang melawat kakak mail bersalin. amar mengadu kat aku dia nak ubah nama blog. semua benda dia nak ubah ni. no telefon pun nombor baru, kata hp hilang. ini nak tukar nama blog pulak. nampak sangat tak ada prinsip. yang aku panas sekali tadi kata nak rocking lepak pekena teh. ini dah pukul 11.30mlm. misi yang jaga wad ni pun nampak macam tak puas hati aku jalan mundar mandir dalam wad, inikan pulak nak mintak kebenaran keluar pekena teh.

5. Jalan ke Taman Seri Tempoyang bagi aku still jalan yang paling bahaya. hal-hal pontianak sentiasa memainkan perasaan aku. tadi aku suruh jeman teman aku keluar. lepas tu dia mintak aku seringgit untuk lepak-lepak minum air katanya. seringgit? aku rasa terhina dengan permintaannya, lantas aku kasi RM10, esok teman aku lagi.

6. PP menyerang aku dari arah kiri. nampak sangat dia terhiling-hiling. malam ni kalau aku tak gantuk aku akan mengumpul maklumat dan seterusnya menyerang dari arah kanan. dia memang lemah kalau serang dari arah kanan. lu tunggu!

7. Ramai dah kawan-kawan aku yang aku kenali join tabligh secara bersungguh ni. Sorang tu ada kat Jitra sekarang keluar 40 hari, yang sorang tu keluar 3 hari, yang sorang lagi tu ada lepak kat Surau JKR Lipis sekarang. korang bila lagi?

8. Kalau dah lepak kat wad lelaki, jangan tanya misi yang jaga wad kat mana tandas lelaki.

notakakis: Kumprinx/amin kena kurantin kat rumah sebab disyaki H1N1. Aku pikir dia deman, batuk dan selsema sebab kuat isap rokok. Harap lepas ni jadi straightedge balik.

Power to the tempoyang!

Ahad, 9 Ogos 2009

Terhiling-hiling ( kenapa pp macam ada hal sama padeli?)

kalau ukur ikut perangai diaorang ni macam kembar. ayat masing-masing sama. tak tahu sapa tiru sape. kalau padeli cakap faking, esok lusa pp cakap faking. kalau hari ni pp cakap hal murtabak tiga segi esok lusa padeli cakap hal yang sama. kalau main CM, bila pp cakap dia nak beli totti, aku boleh agak dengan tepat yang padeli beli pemain yang sama.

satu lagi perangai tak semegah yang ada pada diaorang ialah perangai terhiling-hiling diaorang. kalau ikut kamus dewan, terhiling-hiling ni macam hilangpunca, lembab, perangai tak serius, mandi tak basah, makan tak kenyang, sedikit cuai, malas pun ada, tak bersungguh, bola depan gol pun tak gol dan moody ikut drama. kalau hari tu drama tu sedap, maka sedap laa perangainya, kalau tak sedap memang diaorang buat hal.

perangai terhiling-hiling yang ada pada pp ialah dia memang tak reti nak menjaga perasaan kawan-kawan. sama laa cam padeli. sebagai contohnya aku kerana aku selalu menjadi mangsa diorang. petang bila time main bola, aku pun call dia suruh standby kat buai taman permai. dia pun cakap ok aku tunggu. lepas dia cakap ok aku pun naik motor pergi taman permai. bila sampai dia tak ada...apa kes? lagipun bola kekadang pp pegang, tak ada pada pp, padeli yang pegang. aku kekadang panas jugak tunggu sorang-sorang kat padang tanpa bola dikaki, kalau ada bola lain sikit.

jarak rumah aku dengan gelanggang permai tak sampai 5 kilometer manakala jarak rumah dia dengan gelanggang permai tak sampai 500meter. yang aku panas bila aku sampai, buai masih lagi kosong dan ini memaksa aku pergi ke rumah dia.

pergi umah dia satu hal, bapak dia korang tahu laaa. kasi salam pun kekadang cam tak jawab. pp pun satu hal, ada satu kes aku tgk dia still lagi duduk depan komputer bila aku sampai. 10 minit tadi dah pesan suruh tunggu kat buai. kekadang malas aku pergi rumah dia, aku selalu gak melepak sorang-sorang tunggu dia sampai. ada satu musim, dia datang dengan mulut penuh dengan cengkodok. terhiling-hiling sungguh. itu belum cerita hal dia bawak kereta dalam keadaan terhiling-hiling. ada satu kes, nyaris-nyaris ada cina nak langgar kereta kitaorang masa nak keluar satu simpang nak pergi tempoyang. dia kasi alasan tak nampak.

padeli lagi satu hal. sama jee cam pp, biasanya padeli lebih banyak terhiling-hiling dipadang bola. aksi-aksi dia buat kitaorang cam nak marah. ayat dia pun kekadang panas. ada satu hari pen dia jatuh kat bawah buaian. dia cuma ambik, selepas besusah payah ambik pen, sekali lagi pen dia jatuh bawah buaian. nampak tak moral of the story? pen yang diambik perlu diletakkan terus didalam kocek seluar atau baju. ini tidak belum letak dalam seluar dah jatuh sekali lagi. bila dah jatuh buaian kena stop. bila dah stop feel duduk atas buaian dah lari.

ada satu musim diorang ni berkerja jadi pembanci kat felda. apa benda yang diorang banci aku tak tahu. tapi aku syak pokok. ada satu hari semua budak tak pergi kerja. kira macam holiday laa. tiba-tiba ada gossip mengatakan padeli pergi kerja seorang diri. ini terbukti benar bila kitaorang terserempak dengan dia tengah isi minyak kat petronas untuk pergi kerja kat felda. so dengar cerita gaji padeli memang lebih selalu daripada kumprinx sama pp. aku sampai hari ini ingat lagi kes ni. kejadian ini membuatkan semua terhiling-hiling termasuk aku.

padeli dengan pp sama jee. dua-dua minat arsenal, dua-dua minat sama anak pengurus bank taman, dua-dua sama-sama maki majlis daerah lipis dan paling panas diaorang dua kalau pergi sembahyang jumaat kat masjid tempoyang style pun sama. pakai baju melayu sama pakai seluar slack takpun jean dan lepas tu seluar tu kasi lipat atas. padeli smart sikit pasal ada butang baju melayu berbanding pp yang tak berbutang. ini style kampung Keledek ke mana aku sendiri tak tahu...tapi memang bapoknya tak smart. yang gua hairan anak ustaz maiyudin pun boleh ikut sekali sama style diaorang ni...

ps: semua ini kisah benar.

Sepagi di Bank Kuala Berang, Hulu Terengganu

Aku nak ikut style Mahathir menulis. Sekali tengok cam orang malas. Kalau buat karangan PMR style Mahathir tulis mesti dapat D. Tapi sape cikgu yang berani kasi D kat Mahathir?

Terdapat beberapa fakta ringkas menarik dan bombastik yang aku catat semasa aku melepak kat sebuah bank di Kotaraya Kuala Berang tadi.

1. Cash deposit bank ini dia letak dalam pejabat dia. Maknanya orang hanya boleh masukkan duit time waktu pejabat sahaja. Malam hari dan hujung minggu memang tak boleh. Kalau nak jugak kena pergi Kuala Terengganu sana. Apa pengurus ini ingat orang Kuala Berang tak keluar town ke malam hari dan hujung minggu?

2. Salah satu tugas hakiki pengawal keselamatan kat sini ialah tolong mengisi borang untuk pelanggan. kebanyakan pelanggan kat sini warga emas. aku pikir untuk warga emas takyah laa isi borang, suruh dia orang datang bank, bawak buku bank, ambik cap jari sekali, lepas tu beritahu jee nak masuk berapa ribu dan nak keluar berapa ribu. tadi pun ada sorang pakcik warga emas isi borang nak masuk duit RM 20,000 ribu. itu pun pak guard yang tolong isikan.

3. Ada seorang kakak tu aku tengok cara dia masukkan nombor akaun kat borang unik sekali. biasanya aku baca dan isi no akaun dari depan ke belakang. tapi dia baca dan isi nombor dari belakang sampai depan. lepas tu dia cheak banyak kali. memang kuat was-was kakak tu macam aku muda-muda dulu.

4. tadi ada sorang nyonya masuk bank. masuk rileks dan pakai seluar pendek. dia ambik satu borang keluar duit. lepas tu dia dengan tenangnya isi no akaun tanpa tengok buku bank. WTF! aku jerit dalam hati. macam mana dia boleh hafal 12 no akaun bank ni. aku dah kagum giler. tapi kekaguman aku hilang bila dia takleh nak eja perkataan LAPAN RIBU SAHAJA. ayo nyonya, lu dah berapa lama duduk Malaysia ni?

itu baru setengah jam melepak. Kalau sehari memang banyak kes nak kena pikir.

power to the people!

ps: pakcik dan makcik yang guna cap jari kanan dan kiri. Unite and take over!

Sabtu, 8 Ogos 2009

hal 7 sebelah...

dari jauh aku nampak kelibat Subri Sulong pakai jersi tulis SETIU kat belakang. 10 minit lagi team aku lawan sama team dia. budak-budak team aku ramai pulak yang kena demam. panas betul, nama jee pemain bola, tapi anti bodi lemah. tak pasal-pasal aku import budak kampung mana entah 3 orang kasi team aku sedap sikit.

dari bawah khemah tiba-tiba aku tengok Hairudin Omar, Rosli Talib sama Syamsuri Mustafa dan budak-budak T-Team jalan rileks masuk padang. aku jadi hairan. takkan hadiah RM 10,000 pun diorang nak masuk. dari bawah khemah jugak aku tengok kelibat budak-budak team Liga Super duduk berborak rancak bawah pokok tepi sekolah.

aku geleng kepala sambil beristifar dan pergi kat kereta ambik kasut bola.

perlawanan pertama lawan sama geng Subri Sulong aku tak ada mood nak masuk. Sorang mamat pejabat aku yang aku panggil dia Fabregas demam lagi. ada dekat seminggu mamat tue demam. aku pikir kalau dia tak main memang permainan hari ni tak syok. so aku ambik keputusan tak main perlawanan pertama ni.

perlawanan pertama team aku kalah 0 -5 sama team Subri Sulong. Panas tul aku tgk budak-budak ni main. Umur masing-masing ada laa dalam 20an, tapi stamina dan strategi main gagal, tapi style macam EPL ada.

perlawanan kedua aku main. itu pun penganjur kasi rehat 15 minit. cam setan. aku sebenarnya malas nak main. daripada main tak ada mood baik tangkap gambar. tapi sebab diorang memerlukan keeper yang benar-benar keeper maka aku main laa. lagi pun dah tak ada orang dah yang naik main.

perlawanan ke-2 kita orang kalah 0-2 dengan pasukan yang aku rasa terkuat kat daerah Setiu ni. lepas habis main aku rasa nak menyumpah seranah diri sendiri. ini lah dalam tempoh 15 tahun aku main bola pukul 11.00 pagi. dah laa cuaca panas tak patut, angin pun tak ada dan yang paling bahaya sekali ialah cuaca berjerebu. nak tangkap bola pun tak nampak.

aku pikir setakat hal 7 sebelah ni yang pernah main untuk negara tak payah main laa. kasi peluang laa keeper kampung cari makan...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Padeli


padeli ajak aku pergi konvo dia. jarang-jarang anak melayu ajak orang pergi konvo. padeli la orang pertama dalam dunia ajak aku. kalau kuala terengganu sama serdang selangor tu dekat memang aku pergi meraikan kejayaan padeli tu.

aku cadang pada padeli sambung buat master. aku cakap kat dia musim sekarang musim budak-budak ramai menganggur, kat mydin sana bersepah budak-budak U, tapi dia eksen katanya dah isi borang mintak PTD. kalau aku tak fikir yang tempat dia bercakap tu kawasan UPM aku dah kasi karate satu kali.

sejak dia duduk UPM aku tengok pretasi dia dah cemerlang. dalam team kolej dia kata dia jadi pemain tengah utama kolej. jarang anak lipis jadi pemain tengah utama kolej. Kira hebat laa dan mengagumkan. aku bukan apa, sejak dulu main bola dengan padeli dia antara pemain yang paling senang nak dijaga selain daripada amar. biasanya untuk padeli dan amar aku suruh anak tok penghulu yang baru masuk darjah 6 tu jaga.

sejak jadi mahasiswa aku tgk bahasa yang dia gunakan dah lain. macam ada bentuk sinis pun ada. intelek pun ada laa jugak sikit. perkataan faking dah ganti sama butoh dan gampang. aktiviti-aktiviti yang dia join bukan calang-calang. jarang-jarang anak melayu yang join. setakat jadi fasi, jadi ketua biro, panjat gunung, melawat rumah orang tua, join keluarga angkat dan membersih kawasan kubur dah kira mainan dia. bab tu aku bangga.

ha, tengok laaa kalau rajin ada masa aku turun laa konvo lu padeli. tahniah laa nanti aku kasi bunga via facebook. semoga cita-cita lu untuk berkerja dalam aircond tercapai.

ps: apa cerita padeli telefon persekutuan pakai telefon bilik pensyarah dia? nak selesai macam mana ni?

Khamis, 6 Ogos 2009

ke mana lu nak pergi?


gua bawa kereta dengan mode slow and steady. suara serak-serak basah J Mascis membuatkan gua hampir terfatamorgana. kereta gua meluncur dengan kelajuan 40km/j, kelajuan yang sama dengan gorengan gitar mascis.

gua teringatkan saat manis gua dengan Dinosaur JR. entah siapa yang bagi kat gua album Where you been tu. gua tak ingat. tapi lepas layan album tu gua memang jatuh cinta sama Mascis. sebab mascis gua try mengoreng gitar tapi jari manis gua tak boleh nak bengkok sangat.

bas metro serdang ke KL yang berhenti depan Metrojaya membuktikan cinta gua pada Mascis. ada dekat 10 kali brader tiket bas metro gerak gua turun sebab gua terlena dalam nafas-nafas Mascis. Gua ada try simpan rambut cam dia tapi keturunan rambut gua jenis rambut tebal dan bercabang. WTF!

gua dengar cerita album baru dia ada keluar dan gua dengan mode baju batik hari ni nak turun bandar KT cari. kalau tak jumpa memang gua turun towel records cari.


Rabu, 5 Ogos 2009

Universiti Putra Malaysia - Journey to the end of the east bay!

aku campak beg aku atas katil. jiwa aku panas giler. dah laa bilik tingkat 4. letih campur panas dan campur lapar. kalau nak diikutkan aku nak terajang je mamat Afrika yang tegur aku tadi. aku tak tahu kenapa aku rasa nak marah kat orang pulak. mungkin sebab bilik aku tingkat 4. tapi aku tgk budak lain yang duduk tingkat 4 tak ada pun cerita kat aku perasaan mereka untuk terajang orang.

aku ambik walkman aku. aku menyumpah. bateri dah nak habis. walkman sony aku baling kat meja. aku turun bawah beli bateri. naik balik atas. memang panas giler. tiba-tiba aku rasa nak basuh baju. kalau aku tak basuh baju esok tak ada baju nak pakai. spender tinggal satu. tiba-tiba aku menyumpah. babi tul, sabun serbuk dah habis. kalau tak banyak buih memang membasuh baju tak ada feeling.

aku turun balik pergi kedai. makwe yang jaga kedai tu perasan semacam. fak laa, dia ingat aku nak gorat dia ke. layan 6 jahanam lebih baik dari layan awek kedai tue. aku naik balik sambil berjalan rileks naik tingkat 4 sambil-sambil berdoa agar makwe tu tak perasan lebih-lebih.

baju ada satu lori nak basuh. aku tersenyum lebar. tiba-tiba aku rasa nak marah. fak tul, mana pergi baldi? tiba-tiba aku teringat yang sebelum aku pergi kelas tempoh hari, aku ada sidai baju and baldi tu aku tumpang letak kat bilik member aku kat tingkat bawah. aku terajang pintu almari sekali dan turun pergi ambik baldi.

aku masuk bilik. ambik walkman, penuhkan baldi dengan baju, tabur sabun atas baju, kasi pekak telinga dengan valume walkman yang ditarik sampai 10 dan jerit suka hati sambil basuh baju dalam tandas.

PS :" to the end to the end i'll journey to the end! " part ini paling kuat aku jerit masa basuh baju.

panic H1N1!

panik betul sekarang. aku demam lepas balik dari PAC kat Kemaman. Aku syak demam urat pasal lepas berlari 2.4km sama buat UKJK badan-badan aku habis sakit. dada aku rasa tegap sikit tapi ada rasa tak selesa. macam tegang urat. aku syak dalam 5 tahun kebelakangan ini, inilah kali petama aku bersungguh buat UKJK. berlari 2.4km pun aku buat 25 minit 57 saat. orang nombor last sekali pulak tu.

balik dari kemaman aku demam. pergi klinik doktor kasi ubat deman, batuk sama ubat sakit urat. aku pikir aku sorang jee demam. tiba-tiba kecoh pulak kes beberapa orang yang kerja kat negeri demam lepas balik dari Kemaman. What the fuck aku cakap dalam hati.

Budak pejabat aku yang sorang jadi penguji UKJK pun demam. suhu cecah 40 darjah. tapi tak kena tahan pun kes H1N1. Sorang budak yang kerja kat jabatan negeri tengah disyaki ada H1N1. tadi aku call tak dapat. Sorang akak yang satu UKJK dengan aku sampai hari ni demam lagi, telefon tadi dengar kata pergi Klinik.

Sedang aku menaip ni, badan aku sedikit berpeluh kes makan ubat lepas makan pagi tadi. batuk-batuk pun dah kurang sikit. badan pun tak panas mana. aku mensyaki diri aku yang aku just demam urat kes lama tak bersukan. agak-agak esok tak baik jugak demam aku nak pergi hospital. nak cheak H1N1.

Sekarang ni cam panik satu terengganu. demam sikit syak H1N1. tiba-tiba aku rasa nak marah sama Kementerian Kesihatan. Kenapa diaorang tak jaga baik-baik kawalan kesihatan kat Lapangan Terbang, perlabuhan dan sebagainya.

Fuck Babi! Fuck Pig! Fuck khinzir as motherpigfucking crew! and if you love and be down with pig then fuck you too! (take money, take money) - aku ambik dari lirik lagu 2PAC (Hit 'EM UP). aku tengah panas nie!

ps: berdoalah semoga kalian dan keluarga kalian berada dalam perlindungan Allah SWT.

Selasa, 4 Ogos 2009

#pisscall

itu hari aku ada try main IRC balik. saja nak cari perasaan chat kat IRC macam dulu-dulu. tapi MIRC cam ass sekarang. dia kasi cuma tempoh try 30 hari jee dan lepas tu dia suruh bayar. tanggungjawab sosial memang tak ada langsung.

dulu kat IRC aku pakai nick nubita. sedapnya bukan main pakai nick ni. orang kalau nak berkenalan dengan aku mesti dia mula tanya dengan soalan,

" hi nobita, doremon mana? "

tak pun

" hi nobita, nak pinjam alat dari doremon leh tak? "

aku akan gelak sorang-sorang masa tu. best memang best tapi aku yang tak bestnya kita tak tahu orang yang chat dengan kita tu siapa sebenarnya. kalau lelaki, lelaki betulkah atau pondan and kalau perempuan, perempuan betulkah atau lelaki yang menyamar perempuan. pp pemilik hilangpunca.com tu dah 4 kali kena tipu dengan aku. nampak sangat lelaki lemah.

ada satu musim channel(#) pisscall adalah satu # yang sangat sawan untuk lepak. #pisscall kekadang didiami oleh elit-elit punk dan hardcore malaysia yang nakal-nakal. #malscene takyah cerita laa, mat rock pun ada datang melepak.

syok sebenarnya IRC ni. chat yang paling true. jenis chat sekarang dah tak true. nak chat perlu ada webcam laa, nak dengar suara laa dan sebagainya. cam ass laa pulak....

ps: aku paling panas bila aku tanya ASL?(age/sex/location) diaorang akan jawab, " kedah", "kat opis ni" tak pun " bende ASL tu? " tak ada jiwa IRC langsung...

rebel and yell!

EOS 1000d atau Rebel XS yang baru diangkat bukan jenis kamera yang boleh kasi anak buat main. Ini benda yang boleh tahan mahalnya, kekadang aku pikir daripada beli kamera ni baik beli sofa letak kat ruang tamu atau beli set katil tempat tidur. Tak pun simpan duit buat melabur dalam asb.

Kalau tak kerana rosak kamera digital samsung rebel aku mungkin aku tak ada cita-cita nak angkat kamera DSLR. apa kes nak gantung leher kamera kat tengkung. tapi kekadang aku pikir syok jugak ada kamera gantung kat tengkuk ni. nampak cam best dan ada unsur riak sikit-sikit.

sekarang ni gua tengah study sikit-sikit bab cara mengambil gambar pakai kamera ni. susah tu ada sikit-sikit. tapi kalau selalu buat latihan memang tak ada masalah. belajar cara tangkap gambar pakai kamera ni macam hafal sifir 12.

satu hal yang tak syok tentang kamera ni ialah dia besar sangat. nampak tak cool langsung. sebab tu aku pikir kenapa orang letak kat leher. cam peserta kursus lak kekadang tengok.

yang tak cool tentang hal kamera ini ialah hal lens dan flash. bende alah tu mahal tak patut. cina tempat aku beli kamera ni kabo kalau lu ada sen lu tukar flash dulu ma lepas tu baru lu pikir pasal lens. mahal beb. hobi yang mahal dan sebab tu ramai cari makan buat foto kahwin untuk pusing modal beli lens sama flash aku rasa.

sekali lagi aku tegaskan bahawa kamera jenis ni bukan jenis bende yang anak-anak boleh buat barang permainan...

ps: rebel, rebel and yell! Power to the abang-abang and kakak - kakak kamera! Unite and Yell!