buku ni aku tak beli. buku ni pp punya. pp tengah baca aku ambik bawak balik rumah. sebenarnya sebelum baca buku ni ada orang dah pesan aku supaya berhati hati bila baca buku ni. tapi aku ok. aku tak dengar cakap orang.
sebagai penulis aku tak dapat nafikan bahawa minda manusia ni kekadang akan mengalami kecederaan otak. bahasa sastera kecederaan otak ni ialah writer's block. kecederaan ni otak ni sangat bahaya, aku dulu pernah kena sampai satu tahap tak tahu nak tulis apa.
kekadang selepas mengalami kecederaan otak kita akan menghasilkan penulisan yang sedap . sebab semasa kecederaan otak tu kita akan berada dalam keadaan stim, bawah bawah sedar yang paling bawah, kecelaruan fikiran dan panas baran. yang panas baran tu aku reka.
Stereo genmai (SG) ni sedap. aku suka baca sebab dia bawa pikiran kita berjalan-jalan. pikiran apabila dibawa berjalan jalan akan melahirkan perasaan yang pelik pelik. kita kena pandai bezakan fikiran yang dibawa berjalan dengan perasaan yang dibawa berjalan jalan.
lepas baca buku ni aku rasa letih. letih sebab yang pertama fikiran aku dibawa berjalan jalan dan keduanya ending buku terbang babak last sekali tu power.
percaya lah. lepas korang baca buku ni secara jujurnya aku mintak korang tengok movie Fantastic fear of everything.
korang ingat senang nak jadi penulis buku? korang kena giler dulu. kena giler dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan