Isnin, 11 Januari 2010

2010 - masih ada harapankah untuk seluar saiz 30?


hari tu masa borak-borak sama damia aku mengesan rasa malu damia terhadap aku.

katanya, " papa, damia malu laa kat kawan kakak nanti kalu gi sekolah..."

" kakak malu napenya? " aku tanya dia

" kakak malu sebab papa gemuk dan botak..." damia jawab ikhlas

aku ikhlas tahun ni nak kuruskan badan. segala aktiviti makan malam dan aktviti makan berat akan dipotong sebanyak 30%, ini juga sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat dalam perbelanjaan.

hal-hal seperti senaman, makan epal, minum susu kambing, angkat berat, tidur awal dan berlari setempat amat digalakan untuk diajak join.

aktiviti kurang sihat seperti main facebook, tulis hal pasal tikus atas siling, tulis dalam blog hal tak puas hati dengan orang, berbual-bual bende-bende lama seperti kat reunion, pergi gig, menyanyi ramai-ramai dan sebagainya juga aku tak layan.

2010 merupakan tahun fokus untuk kesihatan. semoga diberi kekuatan kepada aku.

power to the people!

4 ulasan:

crazy_labelle berkata...

wahaha... rilex je bro... utk lelaki, makin buncit mkin digilai ramai... sbb simbolik bg kekayaan, kestabilan n mature... hoho...

StingRay berkata...

Bagi tempoh 6 bulan utk 6 pax kat perut.

Setiap sebulan kena timbul satu.6 bulan cukup la 6pax.

terrarosa berkata...

cuba aok berkawan - kawan dengan Dr Rozmey !
jangan duk kutuk dan dengki jer , formula dia tu menjadi la wei....

j or ji berkata...

wakaka.
kanak2 tak pandai menipu.
nway,lawa gambar.

takyah la cuba2 nak kuruskan badan,layan je makan selagi selera..- anggap ni sebagai cabaran beb!